Anda di halaman 1dari 2

HARIMAU DAN BAYANG-BAYANGNYA

Terima kasih pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana.

Apa khabar kawan-kawan ? Harap-harap semuanya sihat hendaknya. Pada hari ini saya akan
menceritakan sebuah cerita yang bertajuk ‘ Harimau dan bayang-bayangnya ‘. Semoga cerita
ini dapat menjadi tauladan kepada kita semua.

    Di dalam sebuah hutan ada seekor harimau yang besar dan garang. Semua binatang yang
kecil takut akan dengan harimau itu. Apabila sang harimau mengaum, semua binatang akan
bersembunyi. Binatang yang tidak sempat bersembunyi pasti akan menjadi mangsa harimau
tersebut.

    Pada suatu hari, sang kancil sedang mencari makanan di satu kawasan yang redup. Ia
seronok memakan daun-daun muda. Tiba-tiba ia terdengar bunyi ranting patah dari arah
belakangnya. Ia terus menoleh. Ia nampak seekor harimau sedang menghampirinya.

    Harimau itu mengaum dengan kuatnya dan sungguh menakutkan dan sang kancil tidak
sempat untuk melarikan diri. "Kali ini kau tidak boleh lari kan diri lagi, aku akan makan kau,
kancil!," kata harimau dengan garang. "Kalau engkau makan aku, kau akan di makan oleh
binatang yang lebih besar," kata sang kancil.

    "Binatang yang mana pula berani melawan ku?" tanya harimau dengan marah. "Pagi tadi
aku berjumpa dengan seekor harimau yang jauh lebih besar dari mu. Kata harimau itu dialah
harimau yang paling kuat di hutan ini." kata  kancil. Harimau menjadi sangat marah dan
mengaum dengan sekuat hati.

    "Tunjukkan aku di mana harimau yang angkuh itu. Aku akan mengalahkannya," kata
harimau dengan nada yang amat angkuh.

    Kancil pun berlari pantas meninggalkan tempat itu dan harimau terus mengekori. Sekali
sekala harimau mengaum kerana marah. Semua binatang lain bertempiaran lari ketakutan
tetapi merasa pelik kenapa harimau hanya mengekori kancil, pada hal mudah untuk harimau
membaham kancil. Sampai di sebuah kolam, kancil pun berhenti.

  "Di sini lah aku berjumpa dengan harimau itu, cubalah kamu tengok, aku takut" kata kancil.
Harimau pun menjadi lebih marah dengan kata-kata kancil. Ia pun menjenguk ke dalam
kolam dengan beraninya. Bayang-bayangnya segera muncul di permukaan air yang jernih dan
tenang itu. Harimau mengaum dan membuka mulut seluas-luasnya menunjukkan taringnya
yang panjang dan tajam. Harimau di dalam kolam pun membuka mulut seluas-luasnya.

   "Kalau engkau harimau yang paling kuat, pergilah lawan dan tewaskannya," kata Kancil.
Harimau bertambah berang dan terus terjun mendapatkan harimau itu sambil mengeluarkan
kukunya yang tajam. Bila ia terjun, bayang-bayang pun hilang. Barulah dia sedar yang dia
telah di tipu oleh kancil. Harimau cuba untuk naik ke tebing kolam tetapi tidak berjaya kerana
tebing itu tinggi. Kancil pun sudah melarikan diri. Oleh kerana terlalu angkuh, akhirnya
harimau tewas dengan bayang-bayang sendiri.

Selesailah sudah... Kisah Harimau dan bayang-bayangnya yang telah tewas akhirnya..Terima
Kasih Sang Kancil  yang sangat cerdik lagi bijaksana…berjaya menumpas musuh yang
ganas…Hidupan hutan… Aman dan gembira….

Hai kawan-kawan,
Dari cerita yang saya sampaikan tadi, dapatlah kita semua teladan bahawa setiap masalah
yang kita hadapi pasti ada penyelesaian, jika kita menggunakan akal seperti Sang Kancil tadi.
Janganlah kita bersikap sombong dan bongkak kerana orang yang sombong akan selalu rugi
akhirnya.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai