Anda di halaman 1dari 2

SJKT LADANG LABU BAHAGIAN 1

TEKS CERITA TAHAP 1


Tajuk : Harimau yang Angkuh
    Di dalam sebuah hutan ada seekor harimau yang besar dan garang. Semua
binatang yang kecil takut akan harimau itu. Apabila Sang Harimau mengaum,
semua binatang akan bersembunyi. Binatang yang tidak sempat bersembunyi
pasti akan menjadi mangsa harimau tersebut.

    Pada suatu hari, Sang Kancil sedang mencari makanan di suatu kawasan
yang redup. Ia seronok memakan daun-daun muda. Tiba-tiba ia terdengar
bunyi ranting patah dari arah belakangnya. Ia terus menoleh. Ia nampak
seekor harimau sedang menghampirinya.

    Harimau itu mengaum dengan kuatnya dan sungguh menakutkan. Sang


Kancil tidak sempat untuk melarikan diri. Sang Harimau mahu membahamnya.
Sang Kancilpun mencari akal untuk melepaskan diri.

Sang Kancil memberitahu Sang Harimau bahawa ada seekor lagi


harimau yang lebih kuat dan besar di dalam hutan itu.Sang Harimau menjadi
sangat marah dan mengaum dengan sekuat hatinya selepas mendengar kata-
kata Sang Kancil itu.

    "Tunjukkan aku di mana harimau itu. Aku akan mengalahkannya," kata


harimau dengan nada yang amat angkuh.
    
Sang Kancilpun berlari pantas meninggalkan tempat itu dan Sang
Harimau terus mengekorinya. Sekali sekala Sang Harimau mengaum kerana
marah. Semua binatang lain bertempiran lari ketakutan.

Sampai di sebuah kolam,Sang Kancil pun berhenti. "Di sini lah aku


berjumpa dengan harimau itu, cubalah kamu tengok, aku takut" kata Sang
Kancil. Harimau pun menjadi lebih marah. Ia pun menjenguk ke dalam kolam
dengan beraninya. Bayang-bayangnya segera muncul di permukaan air yang
jernih dan tenang itu.Sang Harimau mengaum dan membuka mulut seluas-
luasnya menunjukkan taringnya yang panjang dan tajam. Harimau di dalam
kolam pun membuka mulut seluas-luasnya.

   "Kalau engkau harimau yang paling kuat, pergilah berlawan dan


tewaskannya," kata Sang Kancil. Harimau bertambah berang dan terus terjun
mendapatkan harimau itu sambil mengeluarkan kukunya yang tajam. Apabila
ia terjun, bayang-bayang pun hilang. Barulah ia sedar bahawa dirinya telah
di tipu oleh Sang
1
Kancil. Harimau cuba untuk naik ke tebing kolam tetapi tidak berjaya kerana
tebing itu tinggi.Sang Harimau hampir-hampir mati lemas.

Mujurlah pada waktu itu, Sang Gajah dan haiwan-haiwan lain tampil
menghulurkan bantuan.Akhirnya Sang Harimau itu selamat dan sedar akan
kesilapannya.Mulai hari itu, Sang Harimau dan haiwan-haiwan lain hidup
dengan aman dan damai bagai aur dengan tebing buat selama-lamanya.

Akhir kata “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai