Anda di halaman 1dari 7

Sang Kancil ingin memakan buah yang sedang ranum di seberang sungai. Dia mendapat akal.

Lalu
diserunya semua Buaya bahawa dia dititahkan oleh Raja Sulaiman untuk membilang jumlah Buaya yang
ada. Kancil melompat di atas belakang dan kepala Buaya sehingga berjaya menyeberang. Lalu
dikhabarkan tentang helahnya ingin memakan buah di situ. Buaya sangat marah dan berdendam untuk
memakannya. Setelah kenyang, Kancil sangat haus. Buaya sedang menanti di sepanjang sungai untuk
memakannya. Kancil mencari tepian sungai yang ada rumpun buluh. Dia minum sepuasnya, tetapi
seekor Buaya berjaya menggigit kakinya. Kancil menghulur batang buluh dan mengatakan itulah
kakinya. Sekali lagi Kancil terlepas daripada gigitan Buaya. Sebaliknya Harimau yang mengejar Kancil
dan bersilat dengannya telah terjatuh ke sungai. Habislah Harimau menjadi makanan Buaya.
Seekor Harimau Tua ingin tinggal di hutan yang diketuai oleh Gajah. Gajah dan semua haiwan lain tidak

bersetuju dan tidak suka harimau tinggal bersama-sama mereka.

Harimau mula membuat helah bahawa dia nampak dua orang pemburu sudah berada di sekitar

hutan mereka. Setiap malam, Harimau meminta seekor haiwan bersamanya untuk mengawal

keselamatan hutan belantara. Rusa, Kijang dan haiwan-haiwan lain habis menjadi makanannya. Gajah

marah dan berlawan dengan Harimau, tetapi Gajah berjaya ditewaskan. Bahkan dipaksa untuk

menyerahkan seekor haiwan setiap hari.

Kancil dipanggil untuk membantu. Kancil pun bertemu Harimau, dan menyatakan ada seekor

Harimau lain sudah sampai disitu. Harimau menjadi sangat marah. Setelah didesak, Kancil membawa

Harimau itu ke tepi kolam. Ketika bulan sedang mengambang, Harimau itu berlawan dengan bayang-

bayangnya di dalam kolam, dan akhirnya terbenam di dalam lumpur.

Akhirnya, Harimau yang kuat dapat dikalahkan dengan helah Kancil yang bijak.

Sang Kancil mengidam untuk makan daging Rusa. Dia yang kecil tidak mampu
berbuat apa-apa. Lalu dimintanya bantuan Harimau. Kancil menyuruh Harimau berpura-pura mati.

Apabila semua haiwan datang, Kancil memberikan isyarat pada Harimau supaya bertindak. Lalu

Harimau terus menerkam ke tengkuk Rusa. Daging dibahagi dua, kemudian disalai bersama.

Ketika Kancil tidur, taringnya tidak boleh disentuh, tetapi Harimau ingkar.

Apabila Harimau tidur, Kancil telah makan sehingga habis bahagian daging

Rusa milik Harimau. Lalu bahagian Harimau diganti dengan kulit kayu.
Seekor Harimau Tua ingin tinggal di hutan yang diketuai oleh Gajah. Gajah dan semua haiwan lain tidak bersetuju.
Harimau mula membuat helah bahawa dia nampak dua orang Pemburu sudah berada di sekitar hutan mereka.
Setiap malam, Harimau meminta seekor haiwan bersamanya untk berkawal. Rusa, Kijang dan haiwan-haiwan lain
habis menjadi makanannya. Gajah marah dan berlawan dengan Harimau, tetapi Gajah berjaya ditewaskan.
Bahkan dipaksa untuk menyerahkan seekor haiwan setiap hari. Kancil dipanggil untuk membantu. Kancil pun
bertemu Harimau, dan menyatakan ada seekor Harimau lain sudah samapi disitu. Harimau menjadi sangat marah.
Setelah didesak, Kancil membawa Harimau itu ke tepi kolam, ketika bulan sedang mengambang, Harimau itu
berlawan dengan bayang-bayangnya di dalam kolam, dan akhirnya terbenam di dalam lumpur.

Anda mungkin juga menyukai