Anda di halaman 1dari 3

BAB 1 : KATA NAMA AM

LATIHAN A : Soalan 1 hingga 10


Isi tempat kosong dengan kata nama yang paling sesuai.
1 “Sebagai murid, ________ hendaklah belajar bersungguh-sungguh,” kata Cikgu Ramli.
A dia
B kita
C beliau
D mereka

2 “________ mesti tunggu hingga saya sampai,” kata Alif mengingatkan rakan-rakannya.
A Anda
B Kamu
C Kalian
D Mereka

3 Suzana dan Normah ialah rakan sekelas. ________ tinggal di taman perumahan yang
sama, di bandar Taiping.
A Kami
B Kamu
C Kalian
D Mereka

4 Dato’ Azrul dihormati oleh para pekerjanya kerana ________ seorang majikan yang
prihatin dan baik hati.
A dia
B saya
C beliau
D mereka

5 “Tuan puteri sedang berdukacita. ________ mahu beristirahat buat sementara waktu,”
sembah dayang.
A Beta
B Patik
C Tuanku
D Baginda

6 “Patik akan melaksanakan segala perintah ________ itu,” kata Bendahara kepada
Permaisuri Rahimah.
A Beta
B Hamba
C Tuanku
D Baginda

7 “________ telah mengarahkan para hulubalang untuk menghapuskan lanun di perairan


Selat Melaka,” kata Temenggung kepada baginda sultan.
A Beta
B Patik
C Hamba
D Tuanku

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Beberapa orang __________ baharu kolej swasta itu sedang beratur untuk membuat
pendaftaran di meja urus setia.
A pelajar
B jurujual
C sukarela
D usahawan

9 Datuk dan opah sungguh gembira dengan kelahiran ________ perempuan pertama
mereka pada pukul 10:15 pagi tadi.
A bayi
B cucu
C anak
D Murid
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10 Pelbagai persediaan telah dibuat oleh __________ Puan Nafsiah untuk menyambut
ketibaan Hari Raya Puasa.
A kerabat
B kenalan
C sahabat
D keluarga

Anda mungkin juga menyukai