Anda di halaman 1dari 14

KUIZ BAHASA (PUSINGAN PERTAMA)

1 Semua murid diminta masuk ke _______ dewan utama kerana sambutan Hari Guru 2011
peringkat sekolah akan bermula.
A depan
B dalam
C hujung
D belakang

2 “Letakkan penyapu sawang itu di ________ bilik belakang,” kata Haniza kepada adiknya.
A atas
B tengah
C penjuru
D samping

3 Doris Liew terkejut sangat apabila dia disergah oleh kawan-kawannya dari ________.
A depan
B hujung
C penjuru
D belakang

4 Mak Cik Munah mengeluarkan sekotak barang kemas yang disimpannya hampir sepuluh
tahun itu dari ________ katilnya.
A sisi
B tepi
C atas
D bawah

5 Zainab menggunakan telefon awam di ________ jalan itu kerana telefon bimbitnya sudah
kehabisan kredit.
A tengah
B pinggir
C penjuru
D seberang

6 Rumah kediaman baharu telah siap dibina ________ mangsa ribut di Kuala Muda, Kedah.
A bagi
B untuk
C kepada
D terhadap

7 Pemuda yang memandu kereta yang melebihi had laju yang dibenarkan itu telah ditahan
________ pegawai polis trafik.
A oleh
B bagi
C pada
D untuk

8 Roti canai adalah ________ makanan yang yang sangat digemari oleh pelbagai kaum di
negara kita.
A pada
B dalam
C antara
D seperti

9 Keropok lekor losong memang sudah terkenal keenakan rasanya kerana keropok tersebut
diperbuat ________ ikan yang segar.
A dari
B oleh
C pada
D daripada

10 Syarikat Intan Hijrah memerlukan tenaga belia yang berkelayakan ________ mengisi
kekosongan jawatan di firma pembinaan itu.
A dari
B pada
C untuk
D kepada
11 Khairul dimarahi gurunya kerana ________ gula-gula getah semasa perhimpunan pagi.
A menjilat
B menggigit
C menghisap
D mengunyah

12 Puan Noor Hasanah ________ kekabu itu ke dalam sarung bantal yang baru dibuatnya.
A mengisikan
B meletakkan
C mengaturkan
D menggaulkan

13 Emak ________ hirisan peria itu ke dalam air garam bagi menghilangkan rasa pahit.
A menjirus
B merenjis
C menjeruk
D mencelup

14 Mohammad Haikal sedang bercuti, dia mengikut bapanya ke laut untuk ________ sotong.
A mengail
B menjala
C melukah
D mencandat

15 Dia dan isterinya sedang ________ susu getah yang baru ditoreh untuk dihantar ke kilang.
A mengaut
B menuang
C mengutip
D mencedok

KUIZ BAHASA (PUSINGAN KEDUA)


1 Baginda Sultan Johor akan ________ ke Asia Barat untuk lawatan singkat bersama-
sama beberapa orang tokoh usahawan tempatan
A. berjalan
B. bertolak
C. bergerak
D. berangkat

2 “Kalau ________ perkenankan sekarang juga patik akan menjunjung titah,” sembah
Hang Tuah kepada Sultan Melaka.
A. hamba
B. beta
C. bergerak
D. tuanku

3 “Esok ________ dan lima orang pembesar istana akan berangkat ke Aceh,” titah
Sultan Sallehuddin kepada Memanda Menteri.
A. hamba
B. beta
C. tuanku
D. patik

4 “Tarian yang ____________persembahkan tadi merupakan tarian istana Melayu


zaman silam,” kata dayang kepada pemaisuri.
A. hamba
B. tuanku
C. aku
D. beta

5 Setelah baginda mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan kepada
putera _________________.
A. hamba
B. beta
C. baginda
D. patik
7 Manisah membantu ayahnya mengumpul sayur-sayuran untuk dijual di pasar tani.
Perkataan seerti bagi dijual ialah
A dibeli
B disewa
C dipasarkan
D dibersihkan

8 Pak Cik Herman melontar seketul batu ke arah lembu yang memasuki kebun sayurnya.
Perkataan seerti bagi melontar ialah
A merejam
B membaling
C menyambut
D melambung

9 Sup daging lembu yang agak liat itu terpaksa dikunyah berkali-kali sebelum ditelannya.
Perkataan seerti bagi dikunyah ialah
A digigit
B digerit
C dilapah
D dimamah

6 Golongan remaja yang berminat dipelawa untuk menceburi bidang ketenteraan sebagai
kerjaya mereka.
Perkataan sama erti bagi menceburi ialah
A melibati
B merestui
C mewarisi
D mendalami

10 Encik Kamaruddin sering berulang-alik ke Kuala Lumpur kerana urusan perniagaannya.


Perkataan sama erti bagi sering ialah
A suka
B kerap
C jarang
D sesekali

11 Puan Albert Tan menggoreng ________ pisang abu nipah sebagai hidangan minum
petang untuk keluarganya.
A biji
B sisir
C tandan
D kaki

12 Mak Cik Suraya membeli ________ serai daripada seorang penjual sayur-sayuran di pasar
tani pagi tadi.
A seikat
B serumpun
C setangkai
D sepapan

13 Pak Cik Hussin menggunakan __________ cop untuk mengupas berpuluh-puluh biji
kelapa tua yang baru dikaitnya itu.
A selaras
B sebentuk
C sebilah
D sebatang

14 Sebelum meninggalkan majlis kenduri kahwin itu, Encik Nazri menghulurkan


__________ bunga telur kepada para tetamu sebagai buah tangan.
A sebutir
B sekaki
C sekuntum
D sebuah

15 Dua utas rantai dan __________ cincin permata berwarna hijau telah dicuri dari rumah
Puan Aida.
A sebuah
B sebentuk
C sebiji
D sebutir

KUIZ BAHASA (PUSINGAN KETIGA)


1 Cahaya ________ itu bertambah malap kerana kuasa baterinya semakin lemah.
A lampu jalan
B lampu suluh
C lampu kereta
D lampu isyarat

2 Puan Yatie berasa ________ apabila melihat bunga-bunga yang ditanamnya hidup subur.
A citarasa
B sukacita
C sukarela
D dukacita

3 “Apabila makan ________ nanti, jangan lupa pula jemput saya,” kata Ernawati Zaireen
kepada Nurhana.
A nasi ayam
B nasi minyak
C nasi mentah
D nasi ambang

4 Kebanyakan penghuni ________ pulang ke kampung sempena cuti Hari Raya Puasa.
A ibu kota
B ibu sawat
C ibu pejabat
D ibu kandung

5 Yusri berasa gembira apabila ________ mengusahakan kolam menternak ikan dan udang
galah itu mengeluarkan hasil yang lumayan.
A tunjuk ajar
B penat jerih
C untung rugi
D pintu rezeki

6 Cik Suriati memakai sepasang ________ emas yang dihiasi batu permata semasa majlis
pertunangannya pada hari itu.
A. jari-jari
B. anting-anting
C. kisi-kisi
D. langit-langit

7 Tongkang yang sarat dengan muatan itu ________ dipukul badai yang kuat ketika melalui
perairan Selat Melaka.
A terkapai-kapai
B terlonjak-lonjak
C terhuyung-hayang
D terumbang-ambing

8 Pakar Farmasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengakui serta


mengesahkan bahawa __________ tradisional syarikat itu tidak mengandungi racun
berjadual..
A ubat-ubatan
B buah-buahan
C sayur-sayuran
D ulam-ulaman

9 Adik memeluk pinggang ayah __________ ketika membonceng motosikal semasa hendak
ke sekolah pada petang itu..
A benar-benar
B dekat-dekat
C erat-erat
D diam-diam

10 Ahmad berlari ________ kerana dikejar oleh anjing semasa pulang dari sekolah.
A kelam-kabut
B bengkak -bengkok
C lintang-pukang
D huyung-hayang

11 Setelah empat tahun mendirikan rumah tangga, barulah pasangan suami isteri itu dapat
menimang ________.
A pelita hati
B budi bahasa
C teman hidup
D cahaya mata

12 Encik Abdul Hadi sedang ________ untuk menjual kereta Proton Perdana lamanya itu
kepada pembeli yang berminat.
A cari jalan
B ambil hati
C tajam akal
D langkah kanan

13 Muhammad Yusman membuka ________ apabila dikejar oleh beberapa ekor anjing liar di
kebun pisang itu.
A khabar angin
B perang mulut
C langkah seribu
D senapang bambu

14 Persembahan Nabil dalam rancangan Raja Lawak amat ________ para penonton yang
menyaksikan pertandingan tersebut.
A mencuit hati
B menarik hati
C mengambil tahu
D mengambil berat

15 ________ Ravi Chandran berubah serta-merta sebaik sahaja dia dituduh mencuri duit
rakan sekelasnya.
A Isi hati
B Air muka
C Anak buah
D Orang rumah

KUIZ BAHASA (SOALAN TAMBAHAN)


1 Sejak kebelakang ini, Siti Fairus sering mengulang kaji pelajaran hingga ________.
A malam hari
B larut malam
C hujung malam
D malam panjang

2 Nur Natasha dan Mohd Ameer Zikri mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga
setelah mengenali ________ masing-masing.
A hati budi
B hati batu
C hati kecil
D hati besar

3 Warga asing itu telah ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes
________ di sekitar Shah Alam.
A pecah rumah
B pecah kongsi
C pecah tingkap
D pecah amanah

4 Muhammad Aizam menerima ________ kerana sudah tidak menjelaskan ansuran bulanan
keretanya selama tiga bulan.
A surat akuan
B surat aduan
C surat amaran
D surat sumpah

5 “Jagalah ________ kamu apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kamu,”
pesan Puan Rohani kepada anak gadisnya.
A tutur kata
B tutur sopan
C tutur bicara
D tutur bahasa

6 Sharifah Syahora merupakan ________ pasukan bola jaring daerah Larut, Matang dan
Selama bagi sekolah rendah.
A lipas kudung
B orang tengah
C bekas tangan
D ayam tambatan

7 Berita tentang gerhana matahari itu telah menjadi ________ guru-guru dan murid-murid di
sekolah itu.
A pelita hati
B buah mulut
C asam garam
D khabar angin

8 Nurul Aina Najihah memberikan ________ kepada kawannya setelah pulang bercuti dari
Pulau Langkawi.
A sagu hati
B pelita hati
C tanda mata
D sapu tangan

9 Beberapa helai ________ pada buku novel remaja yang terhangat di pasaran yang baru
dibelinya itu tidak bercetak.
A muka baru
B muka jalan
C muka surat
D muka pintu

10 Pekerja Estet Mini Sabak Bernam itu menuntut elaun ________ apabila mereka diarah
bekerja pada hari minggu.
A lebih hari
B lebih jauh
C lebih masa
D lebih penat

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMPOYANG


SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
KARNIVAL BAHASA MELAYU 2020
PERTANDINGAN KUIZ BAHASA
BORANG PERTANDINGAN
PESERTA PUSINGAN PUSINGAN PUSINGAN JUMLAH
RUMAH 1 2 3 MARKAH
SUKAN
1
MAT 2
KILAU
3
(MERAH) 4
5

1
TOK
GAJAH 2
3
(BIRU)
4
5

1
DATO
BAHAMA 2
N 3
(KUNING) 4
5

KEPUTUSAN PERTANDINGAN
KEDUDUKAN RUMAH SUKAN MARKAH
JOHAN
NAIB JOHAN
KETIGA
PESERTA TERBAIK

TANDATANGAN,
………………………………………..
(NAMA : )

NAMA: _____________________________________________ TAHUN : _________________

KEMBARA BAHASA
KARNIVAL BAHASA 2020
SK TEMPOYANG
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang
tahun, ini disebabkan negara kita terletak dalam kawasan Khatulistiwa. Iklim negara Malaysia
yang stabil sepanjang tahun membolehkan penanaman pelbagai jenis tanaman buah-buahan
tropika. Buah-buahan tropika ini pula boleh dikelaskan kepada dua kategori, iaitu buah-buahan
bermusim dan buah-buahan tidak bermusim. Sebahagian daripada buah-buahan tropika ini
ditanam secara komersial bagi menambahkan hasil pendapatan negara. Sebahagiannya pula
ditanam untuk keperluan penduduk tempatan yang dikenali sebagai buah-buahan tempatan.
Berikut adalah buah-buahan tempatan yang biasa dan banyak ditanam di Malaysia.

Buah durian yang juga dikenali sebagai raja buah-buahan sangat popular kerana buah ini
dapat dimakan segar sebaik sahaja jatuh dari pokoknya. Isinya yang lemak-lemak manis sangat
digemari oleh masyarakat Malaysia. Buah durian dapat dijadikan tempoyak, lempuk dan perasa
dalam makanan seperti aiskrim. Bagi mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan darah
tinggi, pengambilan buah durian secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.

Jambu batu atau nama saintifiknya psidium guajava ditanam secara komersil bermula
pada pertengahan tahun 1980. Jambu batu ditanam secara komersil di Perak, Johor, Selangor dan
Pahang. Jambu batu dapat dimakan segar atau sebagai pencuci mulut. Jambu batu juga boleh
diproses untuk dijadikan jus, puri, dan jem.

Kawasan utama tanaman mangga atau mempelam ialah di Perak, Perlis dan Kedah. Walau
bagaimana pun, mangga juga ditanam secara kecil-kecilan di negeri-negeri lain. Mangga
mendapat permintaan yang tinggi di pasaran kerana rasanya yang enak, manis serta harum.
Mangga sangat popular sebagai hidangan pencuci mulut dalam kalangan rakyat Malaysia.

Rambutan pula ditanam dengan meluas di negeri Perak, Pahang, Kedah, dan Kelantan.
Buah rambutan dapat dimakan segar, dijadikan jeruk dan jem. Kini, buah rambutan dapat
dijadikan makanan ringan untuk dinikmati pada bila-bila masa. Perkara ini terbukti melalui
penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang telah dijalankan oleh pihak Pertubuhan Peladang
Kawasan (PPK) Sik, Kedah Darul Aman, dalam menghasilkan snek rambutan melalui kaedah
goreng secara vakum menggunakan isi buah rambutan tersebut.
Manggis pula banyak ditanam di negeri Johor, Kelantan, Perak, dan Selangor. Buah
manggis terkenal kerana rasanya yang manis, sedap dan enak dimakan segar. Buah manggis
mempunyai kulit yang tebal, isinya berwarna putih. Kulit manggis mempunyai pewarna dan
getah pada kulit manggis sukar hilang sekiranya terkena pada pakaian.

1. Senaraikan Kata Nama Khas

1. __________________________________ 6. _____________________________

2.___________________________________ 7.______________________________
3. __________________________________ 8. _____________________________

4.___________________________________ 9.______________________________

5. __________________________________ 10. _____________________________

2. Senaraikan 6 kata kerja

1. __________________________________ 4. _____________________________

2.___________________________________ 5._____________________________

3. __________________________________ 6. _____________________________

3. Senaraikan 4 imbuhan apitan

1. __________________________________ 3. _____________________________

2.___________________________________ 4.______________________________

4. Senaraikan 5 kata adjektif

1. __________________________________ 4. _____________________________

2.___________________________________ 5.______________________________

3. __________________________________

Anda mungkin juga menyukai