Anda di halaman 1dari 6

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pemuda-pemuda yang menjadi _____ Inggeris amat dibenci oleh orang kampung.
A kaki wayang C orang gaji
B bidan terjun D tali barut

2 Sikap Ah Meng yang pelik itu menyebabkan kami ______ terhadapnya.


A buruk sangka C gelap mata
B gelap fikiran D buruk siku

3 Jangan selalu ______ kepada budak-budak itu, nanati mereka manja dan tidak mahu mendengar
kata.
A senyum simpul C tajam akal
B bawa mulut D beri muka

4 Pihak lawan telah mengibarkan _______ sebagai tanda mengundurkan diri.


A bendera putih C putih mata
B buku lima D duit kopi

5 Sejak kematian kedua-dua ibu bapa kami, abang memikul segala tanggungjawab dan menjadi
_____ keluarga.
A tulang belakang C teman hidup
B mata keranjang D orang dalam

6 Malisarah sentiasa memastikan setiap tulisannya diselitkan ______ untuk menambahkan


pengetahuan pembacanya.
A lidah bercabang C lidah biawak
B lidah pendeta D lintah darat

7 Aku akan membalas dendam atas perbuatannya terhadap keluarga aku kerana ______ mesti
dibayar darah.
A hutang darah C hangat hati
B bunga dedap D salah urat

8 Anita sungguh bertuah kerana dia berpeluang mengikut keluarganya melancong ke negeri
______.
A paku Belanda C makan angin
B bawah angin D orang halus

9 Budak yang ______ itu akhirnya pandai membaca dan mengira setelah diasuh dengan gigih.
A gila bayang C otak udang
B habis bulan D paku mati

10 Datuk Kerol dan Datin Kiah mengambil ______ untuk menghantar ibu bapa mereka menuaikan
haji pada tahun hadapan.
A kambing hitam C lidah pendeta
B bintang terang D kata putus

11 Nancy sekadar ______ sahaja semasa menjaga ibunya yang sakit di hospital.
A nyawa-nyawa ikan C gila-gila bahasa
B tidur-tidur ayam D tua-tau keladi

12 Walapun mata anak perempuan Mak jah ______, tetapi wajah mereka sangat cantik.
A rabun ayam C bintang terang
B lintah darat D juling air

13 Rumah Imam Sahak menjadi pusat ______ berkumpul untuk belajar agama pada setiap hujung
minggu.
A hilang semangat C bunga dedap
B saudara baru D ibu kandung

14 Artis wanita yang popular itu menerima _______ sebanyak RM 20 000 daripada suaminya.
A wang hantaran C wang muka
B wang hangus D wang kopi

15 Murid yang ______ itu dirotan di hadapan semua murid di dalam perhimpunan.
A cuci mata C cepat tangan
B lintah darat D rabun ayam

16 Setelah penat bekerja, Silva ______ di kawasan tasik berhampiran rumahnya.


A berta tulang C ambil berat
B ambil angin D gerak hati

17 Aku tahu dia hanya ______, sebab itulah aku tidak mahu mengikutnya.
A nyawa-nyawa ikan C ajak-ajak ayam
B tidur-tidur ayam D tua-tua keladi

18 Kamisah menemui _____ dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangannya.


A lidang bercabang C jalan tengah
B untung sabut D jalan buntu

19 Ingatlah pesan ibu supaya menjaga _____ walau di mana sahaja kamu berada.
A kampung halaman C lidah pendeta
B kera sumbang D harga diri

20 Cikgu Besah memandang kami yang datang lewat ke kelasnya dengan _____ sahaja.
A gerak badan C beri muka
B ekor mata D ada angin

21 “Tolonglah beredar dari tempat kami ______ ini'” rayu emak Tai Thong kepada ahli kongsi gelap
yang mengganggu mereka.
A mandi kerbau C cari makan
B cepat tangan D main mata

22 Berubah ______ Seroja apabila dimarahi oleh Encik Aiman di hadapan rakan sekerjanya.
A langkah tangan C telinga nipis
B kepala angin D air muka

23 Kami membawa ______ semasa menziarahi ibu Malek yang terlantar sakit di rumahnya.
A buah tangan C buah pena
B buah mulut D buah hati

24 Sarah terpaksa menjadi _______ menggantikan seorang pengadil yang jatuh sakit dalam
pertandingan syarahan itu.
A bongkok udang C besar kepala
B adik kandung D bidan terjun

25 Dengarlah nasihat ibu dan bapa kamu kerana mereka lebih dahulu ______ daripada kita.
A makan garam C kaki bangku
B makan angin D kaki lima

26 Sejak peristiwa seram itu, ramai _____ tidak berani keluar pada waktu malam lagi.
A kusut fikiran C kutu embun
B lintah darat D kaki ayam

27 Usahakan perniagaan kamu sehingga berjaya dan janganlah sekadar ______ sahaja.
A hangat-hangat tahi ayam C ajak-ajak ayam
B tidur-tidur ayam D rabun ayam

28 Ziana ______ sehingga sanggup menghalau ibunya dari rumah.


A hidung belang C telinga kuali
B buta hati D buta huruf
29 Murid yang _____ itu engggan berkawan dnegan kami yang dianggapnya tidak setaraf
dengannya.
A mulut tempayan C hidung tinggi
B hidung belang D telinga kuali

30 Wanita _____ itu hanya ingin berkawan dengan lelaki yang kaya sahaja.
A lupa daratan C pisau cukur
B gulungan tikar D ambil berat

31 Pengunjung yang berkelah di tepi sungai itu terkejut dengan kehadiran beberapa ekor _____
yang tenggelam timbul di permukaan sungai.
A harimau berantai C bunga dedap
B buaya tembaga D buaya darat

32 Semua _______ memberikan perkhidmatan yang terbaik dan melayan penumpang dengan ramah.
A mulut tempayan C mulut murai
B anak angkat D anak kapal

33 Oleh sebab Malek ______, maka dia hanya menonton perlawanan bola sepak yang diadakan di
padang sekolahnya.
A kaki bangku C mulut murai
B telinga kuali D kaki judi

34 Berhati-hati apabila bercakap dengan nenek kerana dia amat mudah ______jika kita bersalah
cakap.
A mabuk darah C pekak badak
B keras kepala D kecil hati

35 Jejaka yang _____ itu sememangnya kacak dan berjaya mencuri hati ramai anak gadis di
syarikatanya.
A lidah bercabang C langkah kanan
B bongkok sabut D kera sumbang

36 Johan sering terkenangkan akan ______nya yang sudah lama ditinggalkan sejak dia berhijrah
ke luar negara.
A kampung halaman C kambing hitam
B senyum kambing D lintah darat

37 Maria memuji bibir Siew Ling yang merah bak _______


A delima merekah C senyum kambing
B tangaki jering D kaki botol
38 Saya membayar ________ sebanyak sepuluh peratus daripada harga kereta yang hendak dibeli.
A wnag hangus C darah putih
B wang muka D emas putih

39 “Cermin mata ini sesuai dengan bentuk muka puan yang ______ dan putih melepak,” kata
jurujual itu kepada Puan Lorina.
A hidung tinggi C bujur sirih
B cakar ayam D tahi lalat

40 Lelaki ayng ______ itu sering mengganggu dan memerhatikan gerak-geri bekas isterinya.
A gila-gila bahasa C buah hati
B gila bayang D jatuh hati

41 Anak gadia Pak Jenal memang jelita ddan manis, apatah lagi ditambah dengan _____ di tepi
bibirnya yang comel itu.
A telinga kuali C mata petai
B mulut murai D tahi lalat

42 Ramesh budak yang _____ kerana tidak mahu langsung mendengar nasihat orang lain.
A khabar angin C geli hati
B kepala batu D buah hati

43 Amran _______ apabila ditawarkan sejumlah wang yang banyak untuk memalsukan dokumen itu.
A langkah kiri C gelap mata
B langkah kanan D mata petai

44 kejayaan atlet Paralimpik berjaya ________ banyak pihak yang selama ini memandang rendah
keupayaan mereka.
A membuka tembelang C membuka mata
B membuka mulut D memberi muka

45 Muka pencuri itu seperti _____ apabila terserempak dengan dua orang anggota polis yang
meronda di situ.
A bulan kesiangan C lidah kambing
B mulut tempayan D kambing hitam

46 Jamal terlalu boros dalam berbelanja dan akibatnya dia terpaksa menanggung hutang yang
_______
A sehelai sepinggang C dalam tangan
B keliling pinggang D kusut fikiran
47 Nani berasa lega setelah meluahkan _______nya pada guru kaunseling di sekolah.
A buah hati C isi hati
B jatuh hati D iri hati

48 Peserta larian desa itu masih meneruskan larian walaupun ______ mulai turun.
A embun jantan C delima merekah
B emas putih D durian runtuh

49 “Puan Siti, saya _______ dahulu kerana hari pun sudah lewat petang,” kata Puan Jaya.
A hilang semangat C cakap besar
B pasang badan D minta diri

50 Rupa-rupanya dialah ______ yang dicari selama ini, yang menyebabkan syarikat kita jatuh
muflis.
A musuh dalam selimut C nyawa-nyawa ikan
B Nujum Pak Belalang D jinak-jinak merpati

Anda mungkin juga menyukai