Anda di halaman 1dari 8

Latihan Sistem Bahasa 22- Soalan-soalan Simpulan Bahasa

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya _______


A rambang mata C tajam akal
B otak udang D tanda mata

2 Bacaan ayat-ayat suci al-Quran menajdi _____ Hani di tengah malam yang sunyi.
A halwa telinga C hati terbuka
B telinga kuali D lapik perut

3 Emak membuat agar-agar sebagai ______ untuk kami selepas makan.


A mulut tempayan C banyak mulut
B pembasuh D mulut murai

4 Kasim tidak _______ meninggalkan emak dan ayahnya di kampung untuk berjijrah
ke bandar.
A sampai hati C sagu hati
B makan hati D sakit hati

5 Azizah _______ membantu ibunya menyiapkan pakaian yang ditempah pelanggan.


A bersengkang mata C tebal telinga
B sekangkang kera D berat mata

6 Budak kecil ini ______ menjadi pemimpin negara yang disegani suatu hari nanti.
A buah fikiran C gerak hati
b ada bakat D ada angin

7 Mageswari ______ apabila melihat tangan anaknya yang luka parah itu.
A mabuk selasih C ikat perut
B mabuk darah D geli hati

8 Pembunuhan kejam itu telah menjadi _______ semua rakyat di Malaysia.


A bauh fikiran C curi tulang
B buah mulut D curi hati
9 “Kamu mestilah kawal pemakanan kamu, sikap _______ kamu itu akan mengundang
penyakit,” tegur ibu.
A telinga tempayan C telinga kuali
B buruk selera D buruk siku

10 Setelah kematian kedua-dua ibu bapanya Rahul _____ ke luar negara.


A mandi mawar C mandi peluh
B bawah angin D bawa diri

11 Swee Ling tidak tahan melihat ibu dan ayahnya yang selalu ______ setiap kali
bertemu.
A berpeluk tubuh C kepala batu
B bertikam lidah D habis jodoh

12 Remaja yang diculik itu ditemui sedang bersembunyi ketakutan di ______


kampung itu.
A jalan belakang C gigi hutan
B hilang akal D jejak bara

13 Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber _______ semasa bermain di
padang.
A mulu tempayan C gigi hutan
B kaki ayam D jejak bara

14 Mak Esah tidak disukai oelh orang kampung kerana sikapnya yang suka ______
tentang keburukan orang lain.
A tangan kanan C buta huruf
B bawa mulut D alas perut

15 Emak membebel sebab emak ______ tentang hidup kamu. Emak sayang kamu,
Eja.
A ambil berat C cari salah
B cari makan D ambil hati

16 Mak Minah ______ untuk mencari duit demi perbelanjaan sekolah anaknya.
A diam ubi C habis akal
B hilang akal D makan duit
17 Encik Chan berjaya menangkap pekerjanya yang ______ syarikat dan tindakan
tatatertib telah dilakukan.
A mabuk selasih C makan angin
B mabuk darah D makan duit

18 Encik Linggam ______ apabila mendapati cermin keretanya pecah.


A naik darah C kera sumbang
B diam ubi D lipas kudung

19 Saya kasihan melihat emak yang ______dengan perbuatan ayah yang berkahwin
lain itu.
A rambang mata C tebal telinga
B panjang akal D makan hati

20 Mak Munah _______ apabila anak-anaknya sudah lama tidak pulang


menjenguknya.
A jatuh hati C jalan buntu
B jauh hati D berat sebelah

21 Jikalau mahu berjaya, berusahalah bersungguh-sungguh, jangan jadi seperti


______ yang penuh dengan angan-angan.
A Abu Nawas C Abu Jahal
B raja sehari D Mat Jenin

22 Masalah pecah rumah yang semakin menjadi-jadi di kampung itu menjadi


_______ penduduk kanpung itu.
A buah mulut C bahasa pasar
B darah daging D cangkul angin

23 Setiap hujung minggu, panggung wayang mula dipenuhi dengan ______ yang tidak
mahu ketinggalan menonton cerita terbaharu.
A kaki wayang C kaki ayam
B kaki bangku D kaki botol

24 Saya tidak mahu menegur Shima yang ______ itu kerana dia akan melenting
sesuka hatinya.
A berat sebelah C ambil angin
B kepala angin D tin kosong
25 Ayah selalu bangun awal pagi dan keluar bekerja sebelum ______
A fajar menyinsing C durian runtuh
B embun jantan D hilang akal

26 Dia lulus dalam ujian memandu kerana menggunakan _______


A jalan belakang C jalan damai
B jalan tengah D jalan buntu

27 Dani ______ setelah perniagaan yang diusahakan selama 10 tahun itu musnah
akibat sikapnya yang asyik berjudi.
A mabuk darah C mati kutu
B jatuh melarat D jatuh hati

28 Saya kasiha melihat Azman yang ______ oleh ayahnya kerana gagal dalam
peperiksaan.
A kena tangan C mata duitan
B kusut fikiran D kutu embun

29 “Bila kamu hendak mencari kerja, Amir? Hendak tunggu sampai _____ baru
ehndak berubah?” soal Mak Pah.
A kucing bertanduk C telinga kuali
B kambinh hitam D lintah darat

30 Jangan ______ sangat, kamu harus lebih tegas dalam membuat keputusan.
A campur tangan C betul bendul
B bongkok sabut D buah fikiran

31 Mia tidak menyenangi sikap Wati yang suka _____ dan sering menceritakan
kemewahannya itu.
A angkat senjata C bekas tangan
B batu loncatan D angkat diri

32 Mila ______ sehingga tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran


kerana tidak tidur semalaman.
A hilang nyawa C hilang akal
B berat mata D berat hati
33 Hakimi ______ dengan mengahwini adik iparnya setelah isterinya meninggal
dunia akibat barah otak.
A gelap mata C ganti tikar
B harga mati D hati batu

34 Sarimah ______ menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurunya.


A mandi peluh C memerah keringat
B mencuci mata D memeras otak

35 Vince telah dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan ______


A titik peluh C makan suap
B telinga kuali D minta diri

36 _____ ibu Shah apabila mendapat tahu dia terlibat dengan najis dadah itu.
A Hidung tinggi C Hancur hati
B Iri hati D Besar hati

37 Mariam _____ sejak kematian seluruh ahli keluarganya dalam kemalangan itu.
A titik peluh C makan diri
B mandi kerbau D hilang akal

38 Eza ______ ayahnya menjadi seorang pensyarah.


A anak tunggal C bulat hati
B anak angkat D ikut jejak

39 Walaupun Jong Ai Berharta, tetapi dia _____ dan tidak mahu menghulurkan
bantuan kewangan kepaa adik-beradiknya yang susah.
A sampah masyarakat C tangkai jering
B senyum kambing D tali barut

40 Izat ______ untuk membantu ibunya mengemas rumah.


A berat tulang C alas perut
B cari jalan D senang hati

41 Basri kecewa kerana tidak dapat mendekati anak Mak Cik Ramlah yang ______
itu.
A jinak-jinak merpati C ajak-ajak ayam
B tidur-tidur ayam D hidung belang
42 Ayah _____ bekerja di sawah demi mencari sesuap nasi.
A membuka jalan C mati katak
B memeras keringat D memeras ugut

43 Sikap Syafiah yang sering berlembut dengan adik-adiknya me______nya apabila


dia dihalau dari rumah.
A makan garam C makan duit
B makan gaji D makan diri

44 Sikap Lia yang suka _____ itu menyebabkan Cindy dan Liza bergaduh.
A mencuit hati C mengambil berat
B mencuci mata D mengadu domba

45 Latifiah tidak tahan dengan sikap suaminya yang _____ dan suka berfoya-foya.
A hidung belang C kaki bangku
B gulung tikar D harga diri

46 Pemuda-pemuda itu ber_____ semasa menyiapkan kerja-kerja menanam di


ladang kelapa sawit.
A langkah kanan C mandi peluh
B pekak badak D ketam batu

47 Amira menyediakan bebrapa keping roti untuk anaknya sebagai ______ sebelum
ke sekolah.
A kaki bangku C hisap darah
B kutu embun D lapik perut

48 Dia segera ______ apabila rancangan merompak bank itu diketahui oleh pihk
polis.
A besar kepala C buah pena
B cuci tangan D curi tulang

49 Gajah itu ______ apabila mendapati anak kesayangannya hilang.


A naik minyak C untung batu
B patah arang D ubat hati
50 Tina tidak suka bercerita apa-apa kepada Julia yang terkenal sebagai _______
itu.
A mulut tempayan C kaki ayam
B kutu embun D pekak badak

51 Harga barang-barang yang dijual di pasar raya itu ______ dan tidak boleh
dirunding lagi.
A hisap darah C paku belanda
B makan duit D tangkai jering

Jawapan
1C
2A
3B
4A
5A
6B
7B
8B
9B
10D
11B
12C
13B
14B
15A
16C
17D
18A
19D
20B
21D
22A
23A
24B
25A
26A
27B
28A
29A
30C
31D
32B
33C
34D
35C
36D
37D
38D
39C
40A
41A
42B
43D
44D
45A
46C
47D
48B
49A
50A
51C

Anda mungkin juga menyukai