Anda di halaman 1dari 12

LATIHAN PERIBAHASA – SKDML 2016

NAMA: _______________________________ KELAS : __________________

LATIH TUBI PERIBAHASA.


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia
_______________.
A buta hati B buta huruf C buta kayu D buta gaji
2 Munirah tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap ______________ .
A anak buah B anak emas C anak tunggal D anak bongsu

3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik
___________________.
A otak cair B otak udang C mulut murai Dmulut tempayan

4 Amirul mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum pergi ke


sekolah.
A alas perut B ikat perut C perut busuk D perut kosong

5 Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah mendirikan
rumah tangga.
A anak tut B anak tiri C anak bini D anak beranak

6 Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan
mula dihidang.
A langkah kanan B langkah bendul C langkah seribu D langkah kiri

7 Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun


tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
A geli hati B makan hati C cekal hati D isi hati

8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom Heboh.
A harga diri B harga mati C tanda mata D tanda harga

9 Pada malam itu, Shamimi ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya
telah dicerobohi pencuri.
A pekak badak B lepas tangan C makan hati D tidur mati

10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton
kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
A banyak mulut B berat sebelah C angkat kaki D lepas tangan

11 Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai


perlumbaan jalan kaki.
A bagai cicak makan kapur C bagai itik pulang petang
B bagai kumbang putus tali D bagai balak terendam

12 Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering


bergaduh walaupun perkara itu kecil.
A bagai ayam disambar helang C bagai katak di bawah tempurung
B bagai anjing dengan kucing D bagai melepaskan batuk di tangga
LATIHAN PERIBAHASA – SKDML 2016
13 Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________ kerana
mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
A bagai bulan jatuh ke riba C bagai duri dalam daging
B bagai kaca jatuh ke batu D bagai ayam disambar helang

14 Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut


dalam kemalangan itu.
A bagai melepas anjing tersepit C bagai ayam disambar helang
B bagai dihiris dengan sembilu D bagai kaca jatuh ke batu

15 Fatimah dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri


dengan masyarakat setempat.
A seperti lipas kudung C seperti bulan penuh purnama
B seperti ayam berak kapur D seperti kera sumbang

16 Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya _________________ .
A bagai mendukung biawak hidup C bagai pahat dengan penukul
B bagai ayam mengeram telur D bagai wau putus tali

17 Encik Badarudin _________________________ setelah menerima panggilan ugutan dan


pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
A bagai mencurah air ke daun keladi C bagai berumah di tepi pantai
B bagai menghitung bulu kambing D bagai anjing buruk kepala

18 Hidup Mak Timah ____________________kerana setalah suaminya meninggal dunia


dua bulan lalu, rumahnya pula terbakar.
A seperti katak ditimpa hujan C seperti mendukung biawah hidup
B seperti tikus jatuh ke beras D seperti sudah jatuh ditimpa tangga

19 Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti
__________________________________ .
A bumi dengan langit C pinang dibelah dua
B aur ditarik songsang D ular kena palu

20 Razali ___________________________ kerana setelah berjaya menggalas jawatan yang


tinggi di bandar dia telah melupakan ibu bapanya di kampung .
A enau dalam belukar C aur dengan tebing
B kacang lupakan kulit D dakwat dengan kertas

21 Salmi Farhana berasa _____________________ kerana tidak diundang ke majlis hari


lahir rakan baiknya.
A makan hati B iri hati C ada hati D buah hati

22 Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya _____________ ke


taman bunga.
A ambil hati B ambil langkah C ambil ringan D ambil angin

23 Sarasawaji ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam pertandingan


bercerita itu.
A makan hati B jatuh hati C iri hati D ambil hati
LATIHAN PERIBAHASA – SKDML 2016
24 Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi __________
rakyat Malaysia.
A buah tangan B buah mulut C buah hati D buah pena

25 ______________ Puan Anita apabila mendapat berita bahawa suaminya telah meninggal
dunia akibat kemalangan jalan raya.
A Makan hati B Hancur hati C Besar hati D Jatuh hati

26 ___________________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah rumah
kosong.
A Air muka B Ada hati C Ada harapan D Air tangan

27 Perbuatan memberi atau menerima _________________ ketika menjalankan tugas boleh


dikenakan tindakan tatatertib.
A duit hantaran B duit pecah C duit raya D duit kopi

28 Cikgu Patricia Ang tiba-tiba _________________ apabila beliau mengetahui anak


muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.
A ada angin B atas angin C naik angin D khabar angin

29 Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna
di kedai itu.
A rambang mata B lupa daratan C serkap jarang D lipas kudung

30 Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat Program Hari


Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas pada minggu depan.
A pasang badan B pasang telinga C ambil berat D ambil hati

31 Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu menggunakan


komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.
A seperti mencurah garam ke laut C seperti Belanda diberi tanah
B seperti kera mendapat bunga D seperti hujan jatuh ke pasir

32 Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi
sejak kecil kerana baginya _____________________________ .
A tepuk dada tanya selera C harapkan pagar, pagar makan padi
B segan bertanya sesat jalan D melentur buluh biarlah daripada
rebungnya
33 Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketika mencari
rumah rakannya di Kuala Lipis.
A buang yang keruh ambil yang jernih C sambil menyelam minum air
B segan bertanya sesat jalan D bagaimana acuan begitulah kuihnya

34 Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat, namun
ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ___________________.
A rambut sama hitam, hati lain-lain C ukur baju di badan sendiri
B sambil menyelam minum air D tepuk dada tanya selera

35 Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong bagai


________________________ .
A cincin dengan permata C aur dengan tebing
B kucing dengan anjing D isi dengan kuku
LATIHAN PERIBAHASA – SKDML 2016
36 Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia
yakin _________________________________ .
A lain di mulut lain di hati C indah khabar daripada rupa
B tepuk dada tanya selera D belakang parang diasah lagikan tajam

37 Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau menuruti semua


arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.
A seperti lembu dicucuk hidung C seperti tikus membaiki labu
B seperti anjing menyalak bukit D seperti murai tercabut ekor

38 Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya
_______________ kerana semua nasihatnya tidak mereka endahkan.
A bagai haruan makan anak C bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai kambing dihalau ke air D bagai melepaskan batuk di tangga

39 Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan
kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________.
A bagai gergaji dua mata C bagai kucing kehilangan anak
B bagai pahat dengan penukul D bagai telur di hujung tanduk

40 Hanna Nadia seperti _____________________________________ kerana


banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.
A katak di bawah tempurung C kera mendapat bunga
B ayam disambar helang D murai tercabut ekor

Sumber : http://cikguchom.blogspot.my/2013/06/latihan-peribahasa-tingkatan-1-cerdik.html
LATIHAN PERIBAHASA – SKDML 2016
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Encik Mail menerima kedatangan kami dengan _____ walaupun belum pernah bertemu.
A tangan terbuka B gelap fikiran C cuci tangan D tangkai hati

2 Najihah rela _____ untuk membeli kereta idamannya itu.


A gerak badan B banyak akal C hancur hati D ikat perut

3 Jangan _______ menuduh orang lain kalau tidak ada bukti yang kukuh.
A diam-diam ubi B serkap jarang C angkat muka D curi tulang

4 Semua pekerja diminta memberi ______ masing-masing dalam perbincangan meja bulat
itu.
A buah fikiran B bauh mulut C buah pena D buah hati

5 Apabila sudah berjaya, Kok Meng menjadi _____ dan tidak mahu mendengar pendapat
orang lain.
A bongkok udang B darah daging C besar kepala D kaki bangku

6 Park Jung merupakan _______ sekolah kami kerana dia sering mengharumkan nama
sekolah dalam pertandingan pidato dan badminton.
A anak kandung B anak angkat C anak emas D anak buah

7 Setiap hari Ahad, Cikgu Selvi akan mengajar anak-anak penduduk kampung itu yang tidak
tahu mengira dan ______
A mata duitan B busuk hati C kaki ayam D buta huruf

8 Saya berasa _______ melihat telatah pelawak-pelawak di kaca televisyen itu.


A busuk hati B buah hati C geli hati D iri hati

9 Pihak penguat kuaasa menahan warga asing yang berniaga di _______ bangunan itu.
A kaki bangku B kaki ayam C kaki botol D kaki lima

10 Ramli sering menggunakan _______nya untuk menipu guru apabila tidak siap kerja
sekolah.
A lidah bercabang B tangkai jering C buta huruf D akal belut

11 Samat suka _____ tentang kejayaan anak-anaknya.


A kerang busuk B cakap besar C cuci tangan D busuk hati

12 Sikap Wok Lan yang menyendiri seperti ______ itu menyebabkan rakan-rakannya
memulaukannya.
A kambing hitam B kera sumbang C lipas kudung D patah hati

13 Maria sangat gembira menyambut kelahiran ______ sulungnya.


A cahaya mata B kaki wayang C bidan terjun D anak kapal

14 Mona ______ semasa emak dan ayahnya bernual-bual di ruang tamu.


A pasang telinga B pekak badak C terang hati D ikat perut

15 Kilang itu dibina dengan wang hasil _____ Amir yang dikumpul olehnya semasa bekerja
di luar negara.
A batu loncatan B asam garam C tin kosong D titik peluh
LATIHAN PERIBAHASA – SKDML 2016

16 Ayah hanya sempat makan sekeping roti sebagai ______ sebelum pergim ke pejabat.
A ambil angin B alas perut C ganti tikar D cuci mata

17 Para tetamu mengucapkan tahniah kepada pasangan ______ yang sedang bersanding di
atas pelamin.
A gulung tikar B raja sehari C buta huruf D cari fasal

18 Puan Nancy sentiasa memastikan agar anak dan suaminya tidak keluar rumah dengan
______.
A perut kosong B buah tangan C beri muka D gerak hati

19 Setelah beroperasi selama 20 tahun, syarikat itu terpaksa ______ kerana tindakan
pekerja yang tidak bertanggungjawab.
A gulung tikar B angkat kaki C curi tulang D cuci perut

20 Normi meminta ______ yang baru bekerja di rumahnya itu mengemas rumah setiap hari.
A kerang musuk B orang dalam C orang gaji D anak air

21 Hartawan itu _____ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki
pencuri.
A sampai hati B putih mata C pilih kasih D salah urat

22 Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ______ itu.
A lidah bercabang B pisau cukur C curi tulang D mati kutu

23 Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan ______ itu sebagai tempat
pembuangan sampah.
A pisau cukur B lintah darat C otak udang D perigi buta

24 Fatimah hanya ______ apabila dipuji oleh suami dan anak-anaknya.


A putih mata B senyum simpul C telinga nipis D telinga kuali

25 Emak selalu menegur sikap abang yang ______ itu.


A langkah kanan B rabun ayam C berat tulang D berat hati

26 Kakak saya ______ dengan Syarikat Jati sejak 10 tahun yang lalu.
A berat sebelah B ringan tulang C orang dalam D makan gaji

27 Sikap Markiah yang suka ______ urusan orang lain tidak disenangi oleh jiran-jirannya.
A campur tangan B ambil angin C ganti tikar D batu api

28 Rajan ______ setelah mengecap kemewahan hidup sehingga tidak mempedulikan


keluarganya lagi.
A makan angin B lupa daratan C berat tulang D buruk siku

29 Anita sangat ______ sehingga sanggup menganiaya ahli keluarga sendiri.


A hisap darah B cakar ayam C busuk hati D suka hati

30 Penduduk kampung itu menerima kunjungan Perdana Menteri pada hujung minggu yang
lalu.
A besar kepala B besar hati C geli hati D isi hati
LATIHAN PERIBAHASA – SKDML 2016
31 Pekerja syarikat itu menerima ______ setelah dibayar bonus selama enam bulan oelh
majikan mereka.
A durian runtuh B mahkota hati C mata duitan D buah fikiran

32 Charles memang pandai bercakap, tetapi ibarat _____ sahaja kerana dia tidak tahu
membuat apa-apa kerja pun.
A perut kosong B tulang hitam C gelap mata D tin kosong

33 Remaja itu gelisah bagai _____ apabila rahsianya yang merokok telah diketahui oleh
keluarga.
A cacing kepanasan B kaki bangku C gila bayang D otak udang

34 Walaupun hidup sederhana, Nadia _______ dan sering membantu orang miskin dan
fakir.
A mulut tempayan B baik sangka C murah hati D pilih kasih

35 Mangsa-mangsa kebakaran itu hanya tinggal ____ kerana harta benda mereka semua
musnah dalam kebakaran itu.
A sehelai sepinggang B saudara kandung C kacang hantu D kata putus

36 Setiap bulan Muirah akan ______ untuk mencantikkan dan mewangikan tubuh
badannya.
A mandi bunga B mandi peluh C pasang tangan D cuci tangan

37 Amiah dan ibunya berkebun sayur di atas tanah yang _____ di belakang rumah mereka.
A sekangkang kera B kucing bertanduk C setengah tiang D jalan tengah

38 Encik Jaya sudah mengenal pasti pekerjanya yang selalu makan _____ semasa di
pejabat.
A banyak akal B lintah darat C gaji pokok D gaji buta

39 Dia _______ apabila semua rakannya pulang ke kampung semasa cuti sekolah.
A berpeluk tubuh B makan suap C putih tulang D mati kuku

40 Sarimah sudah pandai ______ apabila keluar rumah.


A pasang badan B perang mulut C naik minyak D berat tulang

Sumber : http://bmlatihan.blogspot.my/2015/03/latihan-peribahasa-kbsr.html
LATIHAN PERIBAHASA – SKDML 2016
Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk pernyataan di bawah.

1. Ibu selalu menasihati Zairi agar banyak membaca kerana ________________


A. masa itu emas C. bahasa jiwa bangsa
B. membaca jambatan ilmu D. badan sihat otak cergas

2. Cikgu Poi Leng mengarahkan murid-muridnya supaya meluruskan barisan yang


bengkang-bengkok ______________________.
A. seperti ular kena paling C. seperti ikan dalam belat
B. seperti kerbau dicucuk hidung D. seperti bumi dengan langit

3. Aliff tidak mengenang jasa ibu dan bapa angkatnya yang telah membesarkannya.
Sikapnya ________________.
A. bagai gagak pulang ke benua C. bagai kacang lupakan kulit
B. bagai ayam disambar helang D. bagai melukut di tepi gantang

4. Kepulangan Aziz dari luar negara setelah tamat belajar di sebuah university
___________.
A. bagai sireh pulang ke gagang C. bagai menatang minyak yang penuh
B. bagai itik pulang petang D. bagai telur di hujung tanduk

5. Pasukan pengakap sekolah sekolah bekerjasama _______________ semasa


mengadakan aktiviti perkhemahan di sekolah.
A. bagai isi dengan kuku C. bagai aur dengan tebing
B. bagai dakwat dengan kertas D. bagai abu di atas tunggul

6. penduduk di taman perumahan itu melakukan hal masing-masing tanpa mempedulikan


hal jiran tetangga. Hal ini seperti perumpamaan _____________.
A. bagai enau dalam belukar C. bagai anjing dengan kucing
melepaskan pucuk masing-masing
B. bagai melepaskan anjing tersepit D. bagai melepaskan batuk di tangga

7. Aliana berasa kecewa kerana cintanya terhadap Azizi tidak berbalas, bak kata
orang______________.
A. bagai buluh ditarik songsang C. bagai bertepuk sebelah tangan
B. bagai balak terendam D. bagai mendukung biawak hidup

8. Hanisah mendapat harta yang banyak daripada peninggalan arwah bapanya.Tiada


siapa-siapa yang tahu akan hal itu. Hal ini seperti _________________.
A. bagai tikus jatuh ke beras C. bagai api dalam sekam
B. bagai melukut di tepi gantang D. bagai kacang lupakan kulit

9. Keadaan televisyen yang rosak itu menjadi lebih teruk apabila dibaiki oleh Tan
Choong. Bak kata orang_______________
A. bagai menarik rambut dalam tepung C. bagai tikus membaiki labu
B. bagai kumbang putus tali D. Bagai melepaskan anjing tersepit

10. Penghulu menyelesaikan masalah rakyat dengan berhati-hati supaya tidak mengguris
hati mana-mana pihak.
A. bagai melepaskan batuk di tangga C. bagai buluh ditarik songsang
B. bagai menarik rambut dalam tepung D. bagai aur dengan tebing

Sumber : http://cikgujawiyahosmand052737.blogspot.my/2012/12/latihan-peribahasa_4.html
LATIHAN PERIBAHASA – SKDML 2016
NAMA : ___________________________ KELAS : ____________ TARIKH : ___________
Soalan A : Nyatakan peribahasa berikut berdasarkan pembayang yang diberi.

_____________ ___________ _____________ ____________ _____________


_____________ ___________ _____________ ____________ _____________
_____________ ___________ _____________ ____________ _____________

Soalan B : Sila padankan peribahasa dengan maknanya yang sesuai.


Peribahasa Makna Peribahasa
Bagai kucing kehilangan anak Kesedihan yang membuak-buak

Bagai kambing diseret ke air Hati dipotong tiris

Penyakit yang mudah diubati

Bagai enau dalam belukar, Perhubungan yang sukar dileraikan


melepaskan pucuk masing-
masing

Bagai dihiris dengan sembilu Mementingkan diri sendiri dan


mengabaikan masyarakat sekeliling

Bagai hempedu lekat di hati Hilang kewarasan fikiran

Malas melakukan perkara yang


diminta

Soalan C : Nyatakan maksud peribahasa di bawah.

Maksud Peribahasa
Bagai aur dengan tebing

Bagai anjing berebut tulang

Bagai air di daun keladi


LATIHAN PERIBAHASA – SKDML 2016
Soalan D : Padankan objek berikut dengan maksud peribahasa yang tepat.

Peribahasa Makna Peribahasa

mendapat sesuatu kebaikan


dengan tiba-tiba

keadaan orang yang gemuk


dan
pemalas

hubungan persahabatan yang


erat

sesuatu yang tidak disepakati


tanpa persetujuan orang kedua

bodoh dan sombong

Soalan E : Pilih satu peribahasa yang menerangkan situasi di bawah.


1. Kehidupan Pak Hashim sekeluarga bagai __________________________________
apabila sering dicemuh masyarakat sekeliling yang jijik dengan pekerjaannya sebagai
pengumpul bahan terpakai di tempat pembuangan sampah.

2. Dunia Ismail bagai ____________________________________ kerana sering


mengigau setelah mengalami kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya
sendiri.
LATIHAN PERIBAHASA – SKDML 2016
Bagai wau putus tali
Bagai si buta kehilangan tongkat
Bagai pinang dibelah dua
Bagai menatang minyak yang penuh
Bagai melepaskan batuk di tangga

Bagai kucing kehilangan anak


Bagai kambing diseret ke air
Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Bagai dihiris dengan sembilu
Bagai hempedu lekat di hati

Bagai dakwat dengan kertas


Bagai buntal kembung
Bagai bulan jatuh ke riba
Bagai bertepuk sebelah tangan
Bagai balak terendam

Bagai aur dengan tebing


Bagai anjing berebut tulang
Bagai air di daun keladi

Bagai tikus membaiki labu


Bagai rambut dibelah tujuh
Bagai mencincang air
Bagai melukut di tepi gantang
Bagai lintah dipotong ekor

Bagai kumbang putus tali


Bagai kelip-kelip terbang malam
Bagai itik pulang petang
Bagai haruan makan anak
Baga duri dalam daging
LATIHAN PERIBAHASA – SKDML 2016
Bagai bunyi cempedak jatuh
Bagai bulan purnama penuh
Bagai bulan dipagari bintang
Bagai berumah di tepi pantai
Bagai ayam disambar helang

Bagai ayam dibawa ke kepuk


Bagai anjing buruk kepala
Bagai air titik ke batu
Bagai abu di atas tunggul

Anda mungkin juga menyukai