Anda di halaman 1dari 8

Latihan Simpulan Bahasa

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya _______


A rambang mata C tajam akal
B otak udang D tanda mata

2 Bacaan ayat-ayat suci al-Quran menajdi _____ Hani di tengah malam yang sunyi.
A halwa telinga C hati terbuka
B telinga kuali D lapik perut

3 Emak membuat agar-agar sebagai ______ untuk kami selepas makan.


A mulut tempayan C banyak mulut
B pembasuh D mulut murai

4 Kasim tidak _______ meninggalkan emak dan ayahnya di kampung untuk berjijrah ke bandar.
A sampai hati C sagu hati
B makan hati D sakit hati

5 Azizah _______ membantu ibunya menyiapkan pakaian yang ditempah pelanggan.


A bersengkang mata C tebal telinga
B sekangkang kera D berat mata

6 Budak kecil ini ______ menjadi pemimpin negara yang disegani suatu hari nanti.
A buah fikiran C gerak hati
b ada bakat D ada angin

7 Mageswari ______ apabila melihat tangan anaknya yang luka parah itu.
A mabuk selasih C ikat perut
B mabuk darah D geli hati

8 Pembunuhan kejam itu telah menjadi _______ semua rakyat di Malaysia.


A bauh fikiran C curi tulang
B buah mulut D curi hati

9 “Kamu mestilah kawal pemakanan kamu, sikap _______ kamu itu akan mengundang penyakit,” tegur ibu.
A telinga tempayan C telinga kuali
B buruk selera D buruk siku

10 Setelah kematian kedua-dua ibu bapanya Rahul _____ ke luar negara.


A mandi mawar C mandi peluh
B bawah angin D bawa diri

11 Swee Ling tidak tahan melihat ibu dan ayahnya yang selalu ______ setiap kali bertemu.
A berpeluk tubuh C kepala batu
B bertikam lidah D habis jodoh

12 Remaja yang diculik itu ditemui sedang bersembunyi ketakutan di ______ kampung itu.
A jalan belakang C gigi hutan
B hilang akal D jejak bara

13 Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber _______ semasa bermain di padang.
A mulu tempayan C gigi hutan
B kaki ayam D jejak bara
14 Mak Esah tidak disukai oelh orang kampung kerana sikapnya yang suka ______ tentang keburukan orang
lain.
A tangan kanan C buta huruf
B bawa mulut D alas perut

15 Emak membebel sebab emak ______ tentang hidup kamu. Emak sayang kamu, Eja.
A ambil berat C cari salah
B cari makan D ambil hati

16 Mak Minah ______ untuk mencari duit demi perbelanjaan sekolah anaknya.
A diam ubi C habis akal
B hilang akal D makan duit

17 Encik Chan berjaya menangkap pekerjanya yang ______ syarikat dan tindakan tatatertib telah dilakukan.
A mabuk selasih C makan angin
B mabuk darah D makan duit

18 Encik Linggam ______ apabila mendapati cermin keretanya pecah.


A naik darah C kera sumbang
B diam ubi D lipas kudung

19 Saya kasihan melihat emak yang ______dengan perbuatan ayah yang berkahwin lain itu.
A rambang mata C tebal telinga
B panjang akal D makan hati

20 Mak Munah _______ apabila anak-anaknya sudah lama tidak pulang menjenguknya.
A jatuh hati C jalan buntu
B jauh hati D berat sebelah

21 Jikalau mahu berjaya, berusahalah bersungguh-sungguh, jangan jadi seperti ______ yang penuh dengan
angan-angan.
A Abu Nawas C Abu Jahal
B raja sehari D Mat Jenin

22 Masalah pecah rumah yang semakin menjadi-jadi di kampung itu menjadi _______ penduduk kanpung itu.
A buah mulut C bahasa pasar
B darah daging D cangkul angin

23 Setiap hujung minggu, panggung wayang mula dipenuhi dengan ______ yang tidak mahu ketinggalan
menonton cerita terbaharu.
A kaki wayang C kaki ayam
B kaki bangku D kaki botol

24 Saya tidak mahu menegur Shima yang ______ itu kerana dia akan melenting sesuka hatinya.
A berat sebelah C ambil angin
B kepala angin D tin kosong

25 Ayah selalu bangun awal pagi dan keluar bekerja sebelum ______
A fajar menyinsing C durian runtuh
B embun jantan D hilang akal

26 Dia lulus dalam ujian memandu kerana menggunakan _______


A jalan belakang C jalan damai
B jalan tengah D jalan buntu
27 Dani ______ setelah perniagaan yang diusahakan selama 10 tahun itu musnah akibat sikapnya yang asyik
berjudi.
A mabuk darah C mati kutu
B jatuh melarat D jatuh hati

28 Saya kasiha melihat Azman yang ______ oleh ayahnya kerana gagal dalam peperiksaan.
A kena tangan C mata duitan
B kusut fikiran D kutu embun

29 “Bila kamu hendak mencari kerja, Amir? Hendak tunggu sampai _____ baru ehndak berubah?” soal Mak
Pah.
A kucing bertanduk C telinga kuali
B kambinh hitam D lintah darat

30 Jangan ______ sangat, kamu harus lebih tegas dalam membuat keputusan.
A campur tangan C betul bendul
B bongkok sabut D buah fikiran

31 Mia tidak menyenangi sikap Wati yang suka _____ dan sering menceritakan kemewahannya itu.
A angkat senjata C bekas tangan
B batu loncatan D angkat diri

32 Mila ______ sehingga tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana tidak tidur semalaman.
A hilang nyawa C hilang akal
B berat mata D berat hati

33 Hakimi ______ dengan mengahwini adik iparnya setelah isterinya meninggal dunia akibat barah otak.
A gelap mata C ganti tikar
B harga mati D hati batu

34 Sarimah ______ menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurunya.


A mandi peluh C memerah keringat
B mencuci mata D memeras otak

35 Vince telah dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan ______


A titik peluh C makan suap
B telinga kuali D minta diri

36 _____ ibu Shah apabila mendapat tahu dia terlibat dengan najis dadah itu.
A Hidung tinggi C Hancur hati
B Iri hati D Besar hati

37 Mariam _____ sejak kematian seluruh ahli keluarganya dalam kemalangan itu.
A titik peluh C makan diri
B mandi kerbau D hilang akal

38 Eza ______ ayahnya menjadi seorang pensyarah.


A anak tunggal C bulat hati
B anak angkat D ikut jejak

39 Walaupun Jong Ai Berharta, tetapi dia _____ dan tidak mahu menghulurkan bantuan kewangan kepaa
adik-beradiknya yang susah.
A sampah masyarakat C tangkai jering
B senyum kambing D tali barut

40 Izat ______ untuk membantu ibunya mengemas rumah.


A berat tulang C alas perut
B cari jalan D senang hati

41 Basri kecewa kerana tidak dapat mendekati anak Mak Cik Ramlah yang ______ itu.
A jinak-jinak merpati C ajak-ajak ayam
B tidur-tidur ayam D hidung belang

42 Ayah _____ bekerja di sawah demi mencari sesuap nasi.


A membuka jalan C mati katak
B memeras keringat D memeras ugut

43 Sikap Syafiah yang sering berlembut dengan adik-adiknya me______nya apabila dia dihalau dari rumah.
A makan garam C makan duit
B makan gaji D makan diri

44 Sikap Lia yang suka _____ itu menyebabkan Cindy dan Liza bergaduh.
A mencuit hati C mengambil berat
B mencuci mata D mengadu domba

45 Latifiah tidak tahan dengan sikap suaminya yang _____ dan suka berfoya-foya.
A hidung belang C kaki bangku
B gulung tikar D harga diri

46 Pemuda-pemuda itu ber_____ semasa menyiapkan kerja-kerja menanam di ladang kelapa sawit.
A langkah kanan C mandi peluh
B pekak badak D ketam batu

47 Amira menyediakan bebrapa keping roti untuk anaknya sebagai ______ sebelum ke sekolah.
A kaki bangku C hisap darah
B kutu embun D lapik perut

48 Dia segera ______ apabila rancangan merompak bank itu diketahui oleh pihk polis.
A besar kepala C buah pena
B cuci tangan D curi tulang

49 Gajah itu ______ apabila mendapati anak kesayangannya hilang.


A naik minyak C untung batu
B patah arang D ubat hati

50 Tina tidak suka bercerita apa-apa kepada Julia yang terkenal sebagai _______ itu.
A mulut tempayan C kaki ayam
B kutu embun D pekak badak

51 Harga barang-barang yang dijual di pasar raya itu ______ dan tidak boleh dirunding lagi.
A hisap darah C paku belanda
B makan duit D tangkai jering

Latihan Peribahasa Berformat KBSR

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Encik Mail menerima kedatangan kami dengan _____ walaupun belum pernah bertemu.
A tangan terbuka C cuci tangan
B gelap fikiran D tangkai hati
2 Najihah rela _____ untuk membeli kereta idamannya itu.
A gerak badan C hancur hati
B banyak akal D ikat perut

3 Jangan _______ menuduh orang lain kalau tidak ada bukti yang kukuh.
A diam-diam ubi C angkat muka
B serkap jarang D curi tulang

4 Semua pekerja diminta memberi ______ masing-masing dalam perbincangan meja bulat itu.
A buah fikiran C buah pena
B bauh mulut D buah hati

5 Apabila sudah berjaya, Kok Meng menjadi _____ dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.
A bongkok udang C besar kepala
B darah daging D kaki bangku

6 Park Jung merupakan _______ sekolah kami kerana dia sering mengharumkan nama sekolah dalam
pertandingan pidato dan badminton.
A anak kandung C anak emas
B anak angkat D anak buah

7 Setiap hari Ahad, Cikgu Selvi akan mengajar anak-anak penduduk kampung itu yang tidak tahu mengira dan
______
A mata duitan C kaki ayam
B busuk hati D buta huruf

8 Saya berasa _______ melihat telatah pelawak-pelawak di kaca televisyen itu.


A busuk hati C geli hati
B buah hati D iri hati

9 Pihak penguat kuaasa menahan warga asing yang berniaga di _______ bangunan itu.
A kaki bangku C kaki botol
B kaki ayam D kaki lima

10 Ramli sering menggunakan _______nya untuk menipu guru apabila tidak siap kerja sekolah.
A lidah bercabang C buta huruf
B tangkai jering D akal belut

11 Samat suka _____ tentang kejayaan anak-anaknya.


A kerang busuk C cuci tangan
B cakap besar D busuk hati

12 Sikap Wok Lan yang menyendiri seperti ______ itu menyebabkan rakan-rakannya memulaukannya.
A kambing hitam C lipas kudung
B kera sumbang D patah hati

13 Maria sangat gembira menyambut kelahiran ______ sulungnya.


A cahaya mata C bidan terjun
B kaki wayang D anak kapal

14 Mona ______ semasa emak dan ayahnya bernual-bual di ruang tamu.


A pasang telinga C terang hati
B pekak badak D ikat perut

15 Kilang itu dibina dengan wang hasil _____ Amir yang dikumpul olehnya semasa bekerja di luar negara.
A batu loncatan C tin kosong
B asam garam D titik peluh

16 Ayah hanya sempat makan sekeping roti sebagai ______ sebelum pergim ke pejabat.
A ambil angin C ganti tikar
B alas perut D cuci mata

17 Para tetamu mengucapkan tahniah kepada pasangan ______ yang sedang bersanding di atas pelamin.
A gulung tikar C buta huruf
B raja sehari D cari fasal

18 Puan Nancy sentiasa memastikan agar anak dan suaminya tidak keluar rumah dengan ______.
A perut kosong C beri muka
B buah tangan D gerak hati

19 Setelah beroperasi selama 20 tahun, syarikat itu terpaksa ______ kerana tindakan pekerja yang tidak
bertanggungjawab.
A gulung tikar C curi tulang
B angkat kaki D cuci perut

20 Normi meminta ______ yang baru bekerja di rumahnya itu mengemas rumah setiap hari.
A kerang musuk C orang gaji
B orang dalam D anak air

21 Hartawan itu _____ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki pencuri.
A sampai hati C pilih kasih
B putih mata D salah urat

22 Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ______ itu.
A lidah bercabang C curi tulang
B pisau cukur D mati kutu

23 Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan ______ itu sebagai tempat pembuangan
sampah.
A pisau cukur C otak udang
B lintah darat D perigi buta

24 Fatimah hanya ______ apabila dipuji oleh suami dan anak-anaknya.


A putih mata C telinga nipis
B senyum simpul D telinga kuali

25 Emak selalu menegur sikap abang yang ______ itu.


A langkah kanan C berat tulang
B rabun ayam D berat hati

26 Kakak saya ______ dengan Syarikat Jati sejak 10 tahun yang lalu.
A berat sebelah C orang dalam
B ringan tulang D makan gaji
27 Sikap Markiah yang suka ______ urusan orang lain tidak disenangi oleh jiran-jirannya.
A campur tangan C ganti tikar
B ambil angin D batu api

28 Rajan ______ setelah mengecap kemewahan hidup sehingga tidak mempedulikan keluarganya lagi.
A makan angin C berat tulang
B lupa daratan D buruk siku

29 Anita sangat ______ sehingga sanggup menganiaya ahli keluarga sendiri.


A hisap darah C busuk hati
B cakar ayam D suka hati

30 Penduduk kampung itu menerima kunjungan Perdana Menteri pada hujung minggu yang lalu.
A besar kepala C geli hati
B besar hati D isi hati

31 Pekerja syarikat itu menerima ______ setelah dibayar bonus selama enam bulan oelh majikan mereka.
A durian runtuh C mata duitan
B mahkota hati D buah fikiran

32 Charles memang pandai bercakap, tetapi ibarat _____ sahaja kerana dia tidak tahu membuat apa-apa
kerja pun.
A perut kosong C gelap mata
B tulang hitam D tin kosong

33 Remaja itu gelisah bagai _____ apabila rahsianya yang merokok telah diketahui oleh keluarga.
A cacing kepanasan C gila bayang
B kaki bangku D otak udang

34 Walaupun hidup sederhana, Nadia _______ dan sering membantu orang miskin dan fakir.
A mulut tempayan C murah hati
B baik sangka D pilih kasih

35 Mangsa-mangsa kebakaran itu hanya tinggal ____ kerana harta benda mereka semua musnah dalam
kebakaran itu.
A sehelai sepinggang C kacang hantu
B saudara kandung D kata putus

36 Setiap bulan Muirah akan ______ untuk mencantikkan dan mewangikan tubuh badannya.
A mandi bunga C pasang tangan
B mandi peluh D cuci tangan

37 Amiah dan ibunya berkebun sayur di atas tanah yang _____ di belakang rumah mereka.
A sekangkang kera C setengah tiang
B kucing bertanduk D jalan tengah

38 Encik Jaya sudah mengenal pasti pekerjanya yang selalu makan _____ semasa di pejabat.
A banyak akal C gaji pokok
B lintah darat D gaji buta

39 Dia _______ apabila semua rakannya pulang ke kampung semasa cuti sekolah.
A berpeluk tubuh C putih tulang
B makan suap D mati kuku

40 Sarimah sudah pandai ______ apabila keluar rumah.


A pasang badan C naik minyak
B perang mulut D berat tulang

Anda mungkin juga menyukai