Anda di halaman 1dari 7

Simpulan Bahasa 4

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Penduduk kampung terpaksa membeli barang di kedai runcit itu walaupun peniaga
itu.
A otak udang C lintah darat
B makan hati D kaki ayam

2 Siew Moi menjadi ______ sebaik sahaja tiba di pasar raya itu.
A rambang mata C kutu embun
B mata duitan D bulat hati

3 Badan Tong Kong berbau busuk kerana dia ____ akibat bangunlewat.
A mandi kerbau C tidur-tidur ayam
B kaki bangku D buruk siku

4 Remaja yang suka melepak di simpang jalan itu dipanggil ____ kerana sering
mengganggu orang yang lalu-lalang.
A harimau berantai C kaki bangku
B kacang hantu D otak udang

5 “Kamu _____ pada gadis yang baru pindah ke kampung kita itu?”
A makan hati C hati batu
B bulat hati D ada hati

6 Walaupun baru berumur lima tahun, Farza _____ menipu emaknya.


A ada bakat C ada gaya
B ada angin D ada akal

7 Dalam pergaduhan dua orang sahabat baik itu, Kok Meng dituduh menjadi
_____nya.
A batu loncatan C beri muka
B berat sebelah D batu api

8 Kamisah sungguh tidak menyangka Cikgu Nor ada _____ dengan suaminya.
A jinak-jinak merpati C tulang belakang
B bau-bau kacang D buah hati

9 Aliah tidak suka keluar pada waktu malam kerana dia _____.
A rambang mata C rabun ayam
B ringan tulang D putih mata

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
10 Pada waktu rehat Karim dan Ravi akan membaca dan meminjam buku di
perpustakaan kerana mereka _____.
A embun jantan C rabun ayam
B pisau cukur D ulat buku

11 Ayah membawa kami sekeluarga ______ di kawasan peranginan itu semasa cuti
sekolah.
A makan angin C puteri lilin
B pisau cukur D ulat buku

12 Siva berasa _____ apabila basikalnya dicuri.


A telinga kuali C besar hati
B putih tulang D sakit hati

13 Jika kita hanya _____ semua kerja tidak akan menjadi.


A berpeluk tubuh C naik darah
B kaki wayang D beri muka

14 Encik Wong amat gembira dengan tugas-tugas pembantu rumahnya yang rajin
bekerja seperti _______ itu.
A saudara kandung C lipas kudung
B panjang tangan D lintah darat

15 Cikgu selalu menegur tulisan Salmi yang _____ itu kerana sukar dibaca.
A mulut tempayan C mata lembu
B cakar ayam D mulut murai

16 Salmah berasa ______ hendak melepaskan anaknya belajar di luar negara.


A banyak akal C buah fikiran
B baik sangka D berat hati

17 Wardiah menasihati anaknya supaya berhati-hati dengan Kelvin yang dikenali


sebagai ______ itu.
A buaya darat C lintah darat
B otak udang D mata petai

18 Kami tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang _____ itu.
A berat sebelah C berat mata
B panjang akal D mati kuku

19 Sikap Murad yang _____ itu tidak disenangi oelh rakan-rakan sekelasnya.
A patung bernyawa C peluk tubuh
B panjang tangan D patah hati

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
20 Piala Suzuki itu sudah berada _______ pasukan Harimau Malaya kerana mereka
telah menang pada pusingan pertama.
A dalam tangan C orang dalam
B jejak langkah D harga diri

21 Encik Mail menerima kedatangan kami dengan _____ walaupun belum pernah
bertemu.
A tangan terbuka C cuci tangan
B gelap fikiran D tangkai hati

22 Najihah rela _____ untuk membeli kereta idamannya itu.


A gerak badan C hancur hati
B banyak akal D ikat perut

23 Jangan _______ menuduh orang lain kalau tidak ada bukti yang kukuh.
A diam-diam ubi C angkat muka
B serkap jarang D curi tulang

24 Semua pekerja diminta memberi ______ masing-masing dalam perbincangan


meja bulat itu.
A buah fikiran C bauh pena
B bauh mulut D buah hati

25 Apabila sudah berjaya, Kok Meng menjadi _____ dan tidak mahu mendengar
pendapat orang lain.
A bongkok udang C besar kepala
B darah daging D kaki bangku

26 Park Jung merupakan _______ sekolah kami kerana dia sering mengharumkan
nama sekolah dalam pertandingan pidato dan badminton.
A anak kandung C anak emas
B anak angkat D anak buah

27 Setiap hari Ahad, Cikgu Selvi akan mengajar anak-anak penduduk kampung itu
yang tidak tahu mengira dan ______
A mata duitan C kaki ayam
B busuk hati D buta huruf

28 Saya berasa _______ melihat telatah pelawak-pelawak di kaca televisyen itu.


A busuk hati C geli hati
B buah hati D iri hati

29 Pihak penguat kuaasa menahan warga asing yang berniaga di _______


bangunan itu.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
A kaki bangku C kaki botol
B kaki ayam D kaki lima

30 Ramli sering menggunakan _______nya untuk menipu guru apabila tidak siap
kerja sekolah.
A lidah bercabang C buta huruf
B tangkai jering D akal belut

31 Samat suka _____ tentang kejayaan anak-anaknya.


A kerang busuk C cuci tangan
B cakap besar D busuk hati

32 Sikap Wok Lan yang menyendiri seperti ______ itu menyebabkan rakan-
rakannya memulaukannya.
A kambing hitam C lipas kudung
B kera sumbang D patah hati

33 Maria sangat gembira menyambut kelahiran ______ sulungnya.


A cahaya mata C bidan terjun
B kaki wayang D anak kapal

34 Mona ______ semasa emak dan ayahnya bernual-bual di ruang tamu.


A pasang telinga C terang hati
B pekak badak D ikat perut

35 Kilang itu dibina dengan wang hasil _____ Amir yang dikumpul olehnya semasa
bekerja di luar negara.
A batu loncatan C tin kosong
B asam garam D titik peluh

36 Ayah hanya sempat makan sekeping roti sebagai ______ sebelum pergim ke
pejabat.
A ambil angin C ganti tikar
B alas perut D cuci mata

37 Para tetamu mengucapkan tahniah kepada pasangan ______ yang sedang


bersanding di atas pelamin.
A gulung tikar C buta huruf
B raja sehari D cari fasal

38 Puan Nancy sentiasa memastikan agar anak dan suaminya tidak keluar rumah
dengan ______.
A perut kosong C beri muka
B buah tangan D gerak hati
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
39 Setelah beroperasi selama 20 tahun, syarikat itu terpaksa ______ kerana
tindakan pekerja yang tidak bertanggungjawab.
A gulung tikar C curi tulang
B angkat kaki D cuci perut

40 Normi meminta ______ yang baru bekerja di rumahnya itu mengemas rumah
setiap hari.
A kerang musuk C orang gaji
B orang dalam D anak air

41 Hartawan itu _____ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah
dimasuki pencuri.
A sampai hati C pilih kasih
B putih mata D salah urat

42 Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ______ itu.
A lidah bercabang C curi tulang
B pisau cukur D mati kutu

43 Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan ______ itu


sebagai tempat pembuangan sampah.
A pisau cukur C otak udang
B lintah darat D perigi buta

44 Fatimah hanya ______ apabila dipuji oleh suami dan anak-anaknya.


A putih mata C telinga nipis
B senyum simpul D telinga kuali

45 Emak selalu menegur sikap abang yang ______ itu.


A langkah kanan C berat tulang
B rabun ayam D berat hati

46 Kakak saya ______ dengan Syarikat Jati sejak 10 tahun yang lalu.
A berat sebelah C orang dalam
B ringan tulang D makan gaji

47 Sikap Markiah yang suka ______ urusan orang lain tidak disenangi oleh jiran-
jirannya.
A campur tangan C ganti tikar
B ambil angin D batu api

48 Rajan ______ setelah mengecap kemewahan hidup sehingga tidak


mempedulikan keluarganya lagi.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
A makan angin C berat tulang
B lupa daratan D buruk siku

49 Anita sangat ______ sehingga sanggup menganiaya ahli keluarga sendiri.


A hisap darah C busuk hati
B cakar ayam D suka hati

50 Penduduk kampung itu menerima kunjungan Perdana Menteri pada hujung


minggu yang lalu.
A besar kepala C geli hati
B besar hati D isi hati

Jawapan
1C
2A
3A
4B
5D
6D
7D
8B
9C
10D
11A
12D
13A
14C
15B
16D
17A
18A
19B
20A
21A
22D
23B
24A
25C
26C
27D
28C
29D
30D
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
31B
32B
33A
34A
35D
36B
37B
38A
39A
40C
41B
42A
43D
44B
45C
46D
47A
48B
49C
50B

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A

Anda mungkin juga menyukai