1 Hartawan itu _____ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah
dimasuki pencuri.
A sampai hati C pilih kasih
B putih mata D salah urat
2 Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ______ itu.
A lidah bercabang C curi tulang
B pisau cukur D mati kutu
3 Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan ______ itu sebagai
tempat pembuangan sampah.
A pisau cukur C otak udang
B lintah darat D perigi buta
6 Kakak saya ______ dengan Syarikat Jati sejak 10 tahun yang lalu.
A berat sebelah C orang dalam
B ringan tulang D makan gaji
7 Sikap Markiah yang suka ______ urusan orang lain tidak disenangi oleh jiran-
jirannya.
A campur tangan C ganti tikar
B ambil angin D batu api
10 Penduduk kampung itu menerima kunjungan Perdana Menteri pada hujung minggu
yang lalu.
A besar kepala C geli hati
B besar hati D isi hati
11 Swee Ling tidak tahan melihat ibu dan ayahnya yang selalu ______ setiap kali
bertemu.
A berpeluk tubuh C kepala batu
B bertikam lidah D habis jodoh
12 Remaja yang diculik itu ditemui sedang bersembunyi ketakutan di ______ kampung
itu.
A jalan belakang C gigi hutan
B hilang akal D jejak bara
13 Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber _______ semasa bermain di
padang.
A mulu tempayan C gigi hutan
B kaki ayam D jejak bara
14 Mak Esah tidak disukai oelh orang kampung kerana sikapnya yang suka ______
tentang keburukan orang lain.
A tangan kanan C buta huruf
B bawa mulut D alas perut
15 Emak membebel sebab emak ______ tentang hidup kamu. Emak sayang kamu, Eja.
A ambil berat C cari salah
B cari makan D ambil hati
19 Persiapan majlis perkahwinan anak Encik Harun dan Puan Tina akan dilakukan
secara ______.
A gotong-royong C riuh-rendah
B lintang-pukang D hiruk-pikuk
20 Rumah saya menjadi _________ apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.
A terang-benderang C kacau-bilau
B gelap-gelita D hiruk-pikuk
21 Pujian yang ______ kadangkala boleh membuatkan seseorang mudah lupa diri.
A melampau-lampau C berdekah-dekah
B berdozen-dozen D menderu-deru
23 Isan sering _____ pertolongan yang pernah dihulurkan kepada rakannya itu.
A mengangguk-angguk C mengungkit-ungkit
B menggeleng-geleng D menggapai-gapai
26 Harga kain songket itu mencecah ribuan tinggit kerana kehalusan buatannya dan
corak yang menarik.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A ada sampan hendak berenang
B adat juara kalah menang
C ada rupa ada harga
D ada gula ada semut
28 Mak Tijah tidak menduga anaknya yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar
siswazah.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A belakang parang sekali pun kalau diasah akan tajam juga
B yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
C genggam bara api biar sampai jadi arang
D biar putih tulang jangan putih mata
29 Cik Xing selalu menyamar menjadi orang kaya untuk menipu, sedangakan dia hanya
seorang suri rumah.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A jauhari yang mengenal manikam
B cacing hendak menjadi naga
C alah sabung menang sorak
D air digenggam tiada tiris
30 Saya akan memakai kasut sekolah yang lama ini sementara menunggu ayah
membeli kasut yang baharu. Tidak mengapalah, ____________________juga.
A ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
B berani kerana benar, takut kerana salah
C kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
D kalau tiada rotan akar pun berguna
32 Ban Seng memang panas baran. Sikapnya itu tidak ubah seperti sikap bapanya.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A jerata tidak lupa akan penduduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
B baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
C bagaimana acuan begitulah kuihnya
D kalah jadi abu menang jadi arang
33 Izwan telah menolak tawaran bekerja di Kuala Lumpur kerana menunggu tawaran
daripada sebuah syarikat di Johor.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
B harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan
C kais pagi makan pagi kais petang makan petang
D carik-carik b ulu ayam akhirnya bercantum juga
34 Walapun wanita Inggeris itu baru sahaja tinggal di Malaysia, dia sudah pandai
makan sambal belacan.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
B ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
C di mana buni dipijak, di situ langit dijunjung
D di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
35 Kami bersusah payah menyiapkan tugasan yang diberikan, tetapi Sazali yang tidak
menyumbang apa-apa pula yang mendapat nama.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
B lembu punya susu, sapi dapat nama
C rambut sama hitam, hati lain-lain
D ringan tulang berat perut
36 Banyak anak dan duri yang terpaksa kita tempuh sebelum mencapai kejayaan.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A laut mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
B kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan
C naik seperti semut, turun seperti ribut
D ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
37 Sarimah menulis novel pada waktu malam kerana dia sibuk bekerja di siang hari.
A yang dikejar tidak dapaat, yang dikendong berciciran
B sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
C untung sabut timbul, untung batu tenggelam
D tegak sama tinggi, duduk sama rendah
39 Penat lelah Mak Kiah membersarkan anaknya selama ini berbayar kerana semua
anaknya telah berjawatan tinggi.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
B kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
C diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
D bagaimana acuan begitulah kuihnya
Jawapan
1C
2B
3A
4D
5C
6D
7A
8B
9C
10B
11B
12C
13B
14B
15A
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
16B
17D
18D
19A
20B
21A
22B
23C
24C
25B
26C
27A
28A
29B
30D
31A
32C
33B
34C
35B
36A
37B
38A
39A
40A