Anda di halaman 1dari 12

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu _______.


A bagai aur dengan lebung
B bagai pinang dibelah dua
C bagai kacang lupakan kulit
D seperti anjing dengan kucing

2 Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu _____


A seperti api dalam sekam
B seperti gajah masuk kampung
C bagai Belanda meminta tanah
D bagai menatang minyak yang penuh

3 Lee dikatakan _____ kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh
kawannya.
A bagai itik pulang petang
B bagai kera dapat bunga
C bagai bertepuk sebelah tangan
D bagai menatang minyak yang penuh

4 Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan sebagai
_____
A bagai kumbang putus tali
B seperti cincin dengan permata
C bagai kelip-kelip terbang malam
D bagai melepaskan anjing tersepit

5 Perasaan Encik Lee ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam
peperiksaan UPSR.
A seperti rusa masuk kampung
B seperti belut pulang ke lumpur
C seperti pungguk rindukan bulan
D seperti kaca terhempas ke batu
6 Air mukanya _______ kerana dijankiti penyakit H1N1.
A seperti isi dengan kuku
B seperti ayam berak kapur
C begai tikus membaiki labu
D bagai dakwat dengan kertas

7 Nasihat ibu kepada Ramesh _____ kerana Ramesh langsung tidka mempedulikan
nasihatnya.
A seperti sampah hanyut
B seperti gergaji dua mata
C seperti ayam patuk anaknya
D bagai mencurah air di dalam keladi.

8 Encik Ali dan Puan Fatimah menjaga anak angkat mereka _______
A seperti ular kena palu
B seperti bumi dengan langit
C seperti anjing dengan kucing
D bagai menatang minyak yang penuh

9 Mulut Joo Min ____ apabila tiada guru di dalam kelas.


A bagai dihiris sembilu
B bagai murai tercabut ekor
C bagai menarik rambut di dalam tepung
D bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

10 Jia Ling _____ kerana kurang membaca.


A bagai abu di atas tunggal
B bagai pinang dibelah dua
C bagai bertepuk sebelah tangan
D seperti katak di bawah tempurung

11 Pendatang asing yang baru datang bekerja di Kuala Lumpur itu _______
A bagai itik pulang petang
B seperti rusa masuk kampung
C bagai bulan dipagari bintang
D air dicencang tidak  akan putus

12 Mak cik itu _____ apabila mendapati dompetnya hilang.


A bagai ayam berak dapur
B bagai ayam disambar helang
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai mencurah air ke dalam keladi

13 Pengurus syarikat itu tidak berpuas hati dengan cara Chee Meng bekerja _____
A bagai bulan jatuh ke riba
B bagai dakwat dengan kertas
C bagai bulan penuh purnama
D bagai melepaskan batuk di tangga

14 Shamsul dan isterinya Mastura sangat secocok _________.


A seperti kerbau dicucuk hidung
B seperti rusa masuk kampung
C bagai pinang dibelah dua
D seperti api dalam sekam

15 Menolong Rudi ______ kerana dia hanya mengharapkan simpati ahli keluarga
tanpa mahu berusaha.
A bagai aur dengan tebing
B bagai bunyi periau pecah
C bagai ayam dimakan tungau
D bagai mendukung biawak hidup

16 Pui Man dikatakan ______ kerana membuat kerja apabila disuruh sahaja.
A bagai pahat dengan penukul
B bagai ayam disambar helang
C bagai menatang minyak yang penuh
D bagai menarik rambut di dalam tepung

17 Lily yang jelita ______ diminati oelh ramai pemuda.


A seperti isi dengan kuku
B bagai murai tercabut ekor
C bagai bulan purnama penuh
D seperti katak di bawah tempurung

18 Puan Lee dan suaminya berasa bimbang kerana keadaan anak mereka _______
setelah terlibat dalam kemalangan.
A seperti cicak makan kapur
B bagai telur di hujung tanduk
C bagai sirih pulang ke gagang
D seperti kerbau dicucuk hidung

19 Walaupun Ming dan abangnya bergaduh, namun demikian hubungan mereka


seperti ______________
A ular kena palu
B batu jatuh ke lubuk
C kacang lupakan kulit
D air dicencang tidak akan putus

20 Kehidupan Wen sekeluarga akhirna _________, apabila kedua-dua orang


abangnya berjaya menjawat jawatan tinggi di ibu kota.
A bagai kain tiga hasta
B bagai kumbang putus tali
C bagai Belanda meminta tanah
D seperti kaca terhempas ke batu
1 Dato' Lim kecewa dengan kontraktor yang diamanahkan mengubah suai rumahnya
kerana pekerjaan yang dibuatnya tidak sempurna.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai melepaskan batuk di tangga
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai kumbang putus tali

2 Maziah hanya melakukan sesuatu kerja apabila disuruh oleh majikannya.


Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai panas mengandung hujan
B bagai pelita kehabisan minyak
C bagai sirih pulang ke gagang
D bagai pahat dengan penukul

3 Saiful memenangi sebuah kereta dalam pertandingan nyanyian itu tetapi


malangnya dia tiada lesen memandu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai si kudung mendapat cincin
B bagai panas mengandung hujan
C bagai menumbuk padi hampa
D bagai murai tercabut ekor

4 Dia bersungguh-sungguh membaiki kereta yang rosak itu, tetapi akhirnya kereta
itu bertambah rosak.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai membilang bulu kambing
B bagai telur di hujung tanduk
C bagai tikus membaiki labu
D bagai wau putus tali

5 Murid – murid itu bersungguh-sungguh mengusahakan taman sains di sekolah


mereka.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti anak ayam kehilangan ibu
B seperti anai-anai makan kayu
C seperti anjing dengan kucing
D seperti api di dalam sekam
6 Mona tidak berhenti-henti bercerita mengenai percutiannya ke Jakarta.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti anjing berebut tulang
B seperti batu jatuh ke lubuk
C seperti ayam berak kapur
D seperti ayam berak kapur

7 Peter tidak duduk diam di luar wad semasa menanti isterinya bersalin di hospital.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti cincin dengan permata
B seperti ikan di dlaam belat
C seperti cicak berak kapur
D seperti duduk dalam duri

8 Rupa-rupanya Pak Johan itu bekas jaguh badminton negara. Tiada siapa yang
sedar kerana dia begitu merendah diri.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti harimau menyembunyikan kukunya
B seperti kaca terhempas ke batu
C seperti bunyi gong pecah
D seperti gergaji dua mata

9 Sarah tidak pernah membantah suruhan Farah. Dia mengikut sahaja kemahuan
kawannya itu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti lintah menghisap darah
B seperti melukut di tepi gantang
C seperti kerbau dicucuk hidung
D seperti langit dengan bumi

10 Siew Lan menjaga anak tunggalnya dengan penuh kasih sayang.


Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai menatang minyak yang penuh
B bagai mentimun dengan durian
C bagai melukut di tepi gantang
D bagai langau di ekor gajah
11 Walaupun baru pertama kali bertemu, kami mudah mesra dan seperti pernah
berkenalan suatu masa dahulu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A laksana katak, sedikit hujan banyak bermain
B laksana asam dengan garam
C laksana kunyit dengan kapur
D laksana batik lasam

12 Walaupun sepuluh tahun telah berlalu, namun Puan Laila masih menunggu
kepulangan anaknya yang sudah meninggal dunia itu di stesen kereta api.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A laksana mencari sungai yang tiada berhulu
B laksana asam dengan garam
C laksana wau melawan angin
D laksana lembu kasi

13 Ketika berjalan di tepi sungai, Lily tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai
____________
A bagai ayam dimakan tunggu
B bagai bunyi cempedak jatuh
C bagai aur dengan tebing
D bagai air titik ke batu

14 Alif dan Anas ______________kerana mereka mempunyai banyak minat yang


sama.
A bagai beliung dengan asahan
B bagai dakwat denga kertas
C bagai bulan jatuh ke riba
D bagai badak berendam

15 Kehidupan saya _______________semasa tinggal bersama bapa dan adik-


beradik tiri.
A bagai kambing dihalau ke air
B bagai duri dalam daging
C bagai itik pulang petang
D bagai denai gajah lalu
16 Atikah ________________apabila menghalau rakan serumah yang banyak
membantunya selama ini.
A bagai mendukung biawak hidup
B bagai kacang melupakan kulit
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai kera mendapat bunga

17 Walaupun masih muda, Sizwan sudah bergelar Profesor dan sering dijemput
memberi ceramah di seluruh Malaysia.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
B umpama kiambang di air, akar tidak jejak di bumi
C umpama kayu buruk dek panas, reput dek hujan
D umpama jari di tangan , ada bercincin ada tidak

18 Lee Ping yang pantas berlari ___________________telah menenangi acara lari


100 meter.
A bagai melepaskan anjing tersepit
B bagai kumbang putus tali
C bagai keli kena ketuk
D bagai lipas kudung

19 Nuri dan adiknya _____________________apabila melihat ayah mereka yang


garang itu.
A bagai melepaskan batuk di tangga
B bagai mendukung biawak hidup
C bagai kucing dibawakan lidi
D bagai keli kena batuk

20 Kasih sayang yang dibina oleh Kamal dan Kamelia berakhir jua. Mereka berpisah
setelah sepuluh tahun berkahwin.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A umpama pucuk dengan umbut, tiada lauk baru dibaham
B umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri
C umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
D umpama bunga sedap depakai, layu dibuang
21 nasib Irfan ____________________apabila kakaknya pula meninggal dunia
dalam kemalangan yang telah meragut nyawa kedua-dua orang tuanya.
A bagai ayam disambar helang'
B bagai anjing buruk kepala
C bagai berkain tiga hasta
D bagai ayam mabuk tahi

22 Mangsa bot karam itu hanya berserah kepada takdir ____________________


A bagai ayam dibawa ke kepuk
B bagai abu di atas tunggul
C bagai aur di atas bukit
D bagai air titik di batu

23 Kamarul sungguh bertuah kerana berkahwin dengan Elaira yang cantik dn pandai
memasak itu_________________________
A bagai bertepuk sebelah tangan
B bagai bulan jatuh ke riba
C bagai bulan empat belas
D bagai bulan kesiangan

24 Hati Farah ______________apabila melihat ibunya bersusah payah bekerja


untuk menyara keluarga.
A bagai dihiris dengan sembilu
B bagai hempedu lekat di hati
C bagai duri dalam daging
D bagai denai gajah lalu

25 Hidup Lim yang _________________berubah sejak dia bersekolah dan mula


bergaul dengan kawan-kawan sekelasnya.
A seperti gagak menggonggong telur
B seperti katak di bawah tempurung
C seperti haruan makan anak
D seperti isi dengan kuku

26 Mak Lah dan Pak Jak tidak mahu tinggal di bandar bersama anaknya kerana
masyarakat di bandar ___________________
A bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
B bagai bulan penuh mengambang di kaki awan
C bagai kambing di halau ke air
D bagai anjing buruk kepala

27 Penghuni rumah di tebing sungai itu mula bimbang


____________________apabila hujan turun tanpa henti sejak tiga hari yang lalu.
A bagai gagak menggonggong telur
B bagai katak di bawah tempurung
C bagai berumah di tepi tebing
D bagai bulan kesiangan

28 Walaupun menasihati Peter __________________, namun ibunya sentiasa


mendoakan agar anaknya itu akan berubah suatu hari nanti.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai menghitung bulu kambing
C bagai kera mendapat bunga
D bagai keli kena ketuk

29 Tidak guna membantu orang yang tidak mengenang budi seperti Naim yang
________________
A bagai melepaskan batuk di tangga
B bagai melepaskan anjing tersepit
C bagai menghitung bulu kambing
D bagai keli kena ketuk

30 Hidup Mak Timah _________________apabila terpaksa menanggung hidup


anaknya menagih dadah itu.
A bagai mendukung biawak hidup
B bagai kucing kehilangan anak
C bagai kumbang putus tali
D bagai mencincang air

31 Pertukaran Amin ke Desa Jaya __________________ itu amat


menggembirakan kedua-dua orang tuanya.
A bagai sirih pulang ke gagang
B bagai pahat dengan penukul
C bagai pucuk pisang didiang
D bagai pinang dibelah dua
32 Suara wanita memecah sunyi pagi di rumah Sarah __________________.
Suasana bising itu datang apabila Mila dn Mira bercerita tentang sesuatu perkara.
A bagai pelita kehabisan minyak
B bagai menumbuk padi hampa
C bagai murai tercabut ekor
D bagai mencencang air

33 Tumin seorang pekerja yang berdedikasi dan rajin _____________.


A bagai katak di bawah tempurung
B bagai lebah menghimpun madu
C bagai melepas batuk di tangga
D bagai pelita kehabisan minyak

34 Sejak diberhentikan kerja di Syarikat itu akibat kegawatan ekonomi, Musa


selalu dalam kesedihan ____________.
A bagai panas mengandung hujan
B bagai bertepuk sebelah tangan
C bagai layang-layang putus tali
D bagai telur di hujung tanduk

35 Encik Badri dan Puan Aida berjalan mundar-mandir ______________ semasa


menunggu doktor merawat anak mereka yang kemalangan itu.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai melepskan batuk di tangga
C bagai kelip-kelip terbang malam
D bagai kucing kehilangan anak

36 Wong dan David tidak setuju dengan hukuman yang dibuat oleh ibu mereka yang
dianggap_______________________
A bagai pahat dengan penukul
B bagai limau masam sebelah
C bagai kucing dibawakan lidi
D bagai membelah betung

37 Amer _____________________apabila cintanya tidak pernah dihiraukan oleh


Anjali.
A bagai cembul dengan tutupnya
B bagai bertepuk sebelah tangan
C bagai berumah di tepi tebing
D bagai duri dalam daging

38 Apabila waktu petang, jalan raya itu sesak kerana pekerja-pekerja kilang pulang
ke destinasi masing-masing_______________
A bagai katak di bawah tempurung
B bagai harimau kelaparan
C bagai itik pulang petang
D bagai isi dengan kuku

39 Pasangan penggantin di atas pelamin itu sama cantik dan sama padan
____________
A seperti sirih pulang ke gagang
B seperti rasa batang pisang
C seperti pinang dibelah dua
D seperti kumbang putus tali

40 Hidup Zakuan ______________________kerana tidak dibenarkan keluar


rumah oleh ibu dan ayahnya.
A laksana burung diam dalam sangkar
B laksana kunyit dengan kapur
C laksana asam dengan garam
D laksana lembu kasi

Anda mungkin juga menyukai