Anda di halaman 1dari 8

O11/A 2 SULIT

Tajuk: Perumpamaan Sekolah: SJK(C) Kuang

Soalan 1 hingga Soalan 40


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Penduduk Taman Mewah melakukan aktiviti bergotong-royong _______________.
A bagai aur dengan tebing
B bagai pinang dibelah dua
C bagai kacang lupakan kulit
D seperti anjing dengan kucing

2 Amir dikatakan ______________ kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya.
A bagai itik pulang petang
B bagai kera dapat bunga
C bagai bertepuk sebelah tangan
D bagai menatang minyak yang penuh

3 Sikap John yang menganiaya Jessie yang telah membantunya diibaratkan sebagai____________.
A bagai kumbang putus tali
B seperti cincin dengan permata
C bagai kelip-kelip terbang malam
D bagai melepaskan anjing tersepit

4 Perasaan Encik Abu apabila anaknya gagal dalam peperiksaan UPSR ___________.
A seperti rusa masuk kampung
B seperti belut pulang ke lumpur
C seperti pungguk rindukan bulan
D seperti kaca terhempas ke batu

5 Wajahnya ______________ kerana dijangkiti penyakit H1N1.


A seperti isi dengan kuku
B seperti ayam berak kapur
C bagai tikus membaiki labu
D bagai dakwat dengan kertas

6 Nasihat ibu kepada Kumar _____________kerana Kumar langsung tidak mempedulikan nasihatnya.
A seperti sampah hanyut
B seperti gergaji dua mata
C seperti ular kena palu
D bagai mencurah air ke daun keladi

7 Encik Rahman dan Puan Fatimah menjaga anak angkat mereka_______________.


A bagai langit dengan bumi
SULIT [ Lihat halaman sebelah
O11/A 3 SULIT

B seperti anjing dengan bayang-bayang


C seperti anjing dengan kucing
D bagai menatang minyak yang penuh

8 Mulut Joyah ____________ apabila tiada guru di dalam kelas.


A bagai dihiris sembilu
B bagai murai tercabut ekor
C bagai isi dengan kuku
D bagai itik pulang petang

9 Pendatang asing yang baru datang bekerja di Kuala Lumpur itu ___________.
A bagai itik pulang petang
B seperti rusa masuk kampung
C bagai bulan dipagari bintang
D bagai ayam berak kapur

10 Pengantin itu sangat sepadan ______________.


A bagai pahat dengan penukul
B seperti kerbau dicucuk hidung
C bagai pinang dibelah dua
D seperti api dalam sekam

11 Puan Tan _______________ apabila diberitahu bahawa kereta yang baru dibelinya telah dicuri.
A bagai kucing kehilangan anak
B bagai pinang dibelah dua
C bagai murai tercabut ekor
D bagai dakwat dengan kertas

12 Ahmad _________________ kerana dia tidak mengetahui apa-apa perkembangan semasa yang berlaku
pada masa ini.
A seperti melukut di tepi kandang
B seperti kerbau dicucuk hidung
C seperti katak di bawah tempurung
D seperti anjing dengan bayang-bayang

13 Kedudukan pekerja-pekerja kontrak di syarikat itu _____________ kerana mereka boleh diberhentikan
pada bila-bila masa.
A bagai kacang lupakan kulit
B bagai telur di hujung tanduk
C bagai bertepuk sebelah tangan

SULIT [ Lihat halaman sebelah


O11/A 4 SULIT

D bagai mendukung biawak hidup

14 Hubungan Nalini dan Siti yang erat ________________ menyebabkan mereka dicemburui rakan
sekelas.
A bagai itik pulang petang
B bagai bulan dipagari bintang
C bagai pahat dengan penukul
D bagai isi dengan kuku

15 Shanti dan Ramu asyik bertengkar ________________.


A seperti kaca terhempas ke batu
B seperti cincin dengan permata
C seperti rusa masuk kampung
D seperti anjing dengan kucing

16 Ketika kenduri kahwin diadakan, penduduk kampung itu mengamalkan sikap _____________.
A bagai balak terendam
B bagai aur dengan tebing
C bagai itik pulang petang
D bagai ayam disambar helang

17 Menasihati Chong ______________ kerana dia tidak akan mendengarnya.


A seperti api dalam sekam
B seperti tikus jatuh ke beras
C seperti mencurah air ke daun keladi
D seperti menarik rambut dalam tepung

18 Perjalanan ke Tanah Tinggi Genting membuatkan saya pening kerana jalannya _____________.
A bagai ular kena palu
B bagai tikus membaiki labu
C bagai kacang lupakan kulit
D bagai menatang minyak yang penuh

19 Oleh sebab kesuntukan masa, Halim menyiapkan tugasannya _______________.


A bagai kucing kehilangan anak
B bagai melepaskan batuk di tangga
C bagai melepaskana anjing tersepit
D bagai layang-layang putus tali

20 Penduduk Kampung Wahyu ____________ apabila mereka mendapat sumbangan daripada Yang
Berhormat.
A bagai tikus jatuh ke beras
SULIT [ Lihat halaman sebelah
O11/A 5 SULIT

B seperti ayam berak kapur


C seperti kera mendapat bunga
D seperti orang buta kehilangan tongkat

21 Abang Saifun ___________ kerana kamera yang cuba dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.
A bagai si kudung mendapat cincin
B bagai anjing dengan kucing
C bagai tikus membaiki labu
D Bagai kumbang putus tali

22 Walaupun Fatinah dan Fatihah merupakan pasangan kembar, namun watak mereka jauh berbeza
____________________.
A seperti tikus jatuh ke beras
B seperti langit dengan bumi
C seperti pungguk rindukan bulan
D seperti mentimun dengan durian

23 Segala janji manis wakil insurans itu ___________________ kerana setelah mendapat pelanggan,
beliau tidak lagi datang memberi perkhidmatan.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai menyusu kera di hutan
C bagai anjing menyalak bukit
D bagai menanam tebu di bibir

24 Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang kerana kemalnagan boleh berlaku pada bila-bila
masa sahaja _______________________.
A bagai gergaji dua mata
B bagai pahat dengan penukul
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai telur di hujung tanduk

25 Azhar tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin ______________.
A lain di mulut lain di hati
B tepuk dada tanya selera
C indah khabar daripada rupa
D belakang parang diasah lagikan tajam

26 Sungguhpun Faizal dan Allysha merupakan pasangan artis yang rapat, namun ada ketikanya mereka
SULIT [ Lihat halaman sebelah
O11/A 6 SULIT

tidak sependapat seperti ______________________.


A rambut sama hitam, hati lain-lain
B sambil menyelam minum air
C ukur baju di badan sendiri
D tepuk dada tanya selera

27 Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama sejak dari kecil kerana baginya
___________________________.
A buang yang keruh ambil yang jernih
B harapkan pagar, pagar makan padi
C bagaimana acuan begitulah kuihnya
D melentur buluh biarlah daripada rebungnya

28 Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Razik telah melupakan ibu bapanya di
kampung seperti ______________________.
A enau dalam belukar
B kacang lupakan kulit
C aur dengan tebing
D dakwat dengan kertas

29 Mak Balqis hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya
___________________.
A seperti rumput di tepi jalan
B seperti tikus jatuh ke beras
C seperti mendukung biawak hidup
D seperti sudah jatuh ditimpa tangga

30 Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya __________________________.
A bagai mendukung biawak hidup
B bagai ayam mengeram telur
C bagai pahat dengan penukul
D bagai wau terputus tali

31 Puan Lee dan suaminya berasa bimbang kerana keadaan anak mereka _______ setelah terlibat
dalam kemalangan
A seperti cicak makan kapur
B bagai telur di hujung tanduk
C bagai sirih pulang ke gagang
D seperti kerbau dicucuk hidung

32 Walaupun Ming dan abangnya bergaduh, namun demikian hubungan mereka seperti
A ular kena palu

SULIT [ Lihat halaman sebelah


O11/A 7 SULIT

B batu jatuh ke lubuk


C kacang lupakan kulit
D air dicencang tidak akan putus

33 Abu bersungguh-sungguh membaiki kereta yang rosak itu, tetapi akhirnya kereta itu bertambah
rosak ____
A bagai membilang bulu kambing
B bagai telur di hujung tanduk
C bagai tikus membaiki labu
D bagai wau putus tali

34 Rupa-rupanya Pak Johan itu bekas jaguh badminton negara. Tiada siapa yang sedar kerana dia
begitu merendah diri____
A seperti harimau menyembunyikan kukunya
B seperti kaca terhempas ke batu
C seperti bunyi gong pecah
D seperti gergaji dua mata

35 Mei Mei menjaga anak tunggalnya dengan penuh kasih sayang ________
A bagai menatang minyak yang penuh
B bagai mentimun dengan durian
C bagai melukut di tepi gantang
D bagai langau di ekor gajah

36 Walaupun baru pertama kali bertemu, kami mudah mesra dan seperti pernah berkenalan suatu masa
dahulu __________
A laksana katak, sedikit hujan banyak bermain
B laksana asam dengan garam
C laksana kunyit dengan kapur
D laksana batik lasam

37 Kehidupan saya _______________semasa tinggal bersama bapa dan adik-beradik tiri.


A bagai kambing dihalau ke air
B bagai duri dalam daging
C bagai itik pulang petang
D bagai denai gajah lalu

38 Balqis yang pantas berlari ___________________telah menenangi acara lari 100 meter.
A bagai melepaskan anjing tersepit
B bagai kumbang putus tali
C bagai keli kena ketuk

SULIT [ Lihat halaman sebelah


O11/A 8 SULIT

D bagai lipas kudung

39 Nuri dan adiknya _____________________apabila melihat ayah mereka yang garang itu.
A bagai melepaskan batuk di tangga
B bagai mendukung biawak hidup
C bagai kucing dibawakan lidi
D bagai keli kena batuk

40 Mangsa bot karam itu hanya berserah kepada takdir _____________.


A bagai itik pulang petang
B bagai abu di atas tunggul
C bagai aur di atas bukit
D bagai air titik di batu

JAWAPAN
1 A 11 A 21 C 31 B
2 B 12 C 22 B 32 D
3 D 13 B 23 D 33 C
4 D 14 D 24 D 34 A
5 B 15 D 25 D 35 A
6 D 16 B 26 A 36 C
7 D 17 C 27 D 37 B
8 B 18 A 28 B 38 D
9 B 19 B 29 A 39 C
10 C 20 A 30 D 40 C

SULIT [ Lihat halaman sebelah


O11/A 9 SULIT
TAPAK INI UNTUK SOALAN PILIH AYAT BETUL SALAH YANG MELIBATKAN ANEKA
PILIHAN
I

II

III

IV

A
B
C
D

SULIT [ Lihat halaman sebelah

Anda mungkin juga menyukai