Anda di halaman 1dari 1

Pada suatu hari, Pak Tua ke hutan.

Dia membawa sebilah kapak besi yang sudah


buruk. Semasa berjalan di tebing sebatang sungai, kapak besinya terjatuh ke dalam
sungai. Pak Tua berasa amat sedih kerana dia tidak mempunyai kapak yang lain untuk
menebas kayu-kayan. Tiba-tiba seorang Si Pari-pari terlihat kejadian yang menimpa
Pak Tua.
Si Pari-pari berasa kasihan terhadap apa yang berlaku pada Pak Tua. Si Pari-
pari menuju ke arah Pak Tua lalu memujuknya. Pak Tua memberitahu Si Pari-pari
bahawa kapak yang terjatuh ke dalam sungai itu merupakan satu-satunya kapak
kepunyaannya. Dia tidak dapat menebas kayu-kayan untuk menyara hidup keluarganya.
Selepas mendengar penjelasan Pak Tua, Si Pari-pari berjanji menolongnya untuk
mencari kapak besi itu. Selepas itu, dia terus menyelam ke dalam sungai untuk mencari
kapak besi.
Tidak lama kemudian, Si Pari-pari timbul di permukaan sungai dengan sebilah
kapak emas. Si Pari-pari memberikan kapak emas kepada Pak Tua tetapi Pak Tua
enggan mengambilnya kerana kapak itu bukan kepunyaannya.
Selepas itu, Si pari-pari terjun ke sungai semula. Tidak lama kemudian, Si
Pari-pari membawa kapak perak dan kapak gangsa. Pak Tua memberitahu Si Pari-pari
bahawa kapak-kapak itu bukan kepunyaannya. Pak Tua berterima kasih kepada Si
Pari-pari tetapi Pak Tua enggan mengambil kapak-kapak itu.
Kemudian, terjunlah Si Pari-pari ke dalam sungai. Dia timbul dengan membawa
sebatang kapak besi. Apabila terpantang kapak itu giranglah hati Pak Tua. Sebagai
balasan kejujuran Pak Tua, Si Pari-pari menghadiahkan kapak emas, perak dan gangsa
kepada Pak Tua sambil berpantun:

Daun palas daun keranji,


Di tepi jalan dimakan rusa;
Jujur ikhlas sikap terpuji,
Jadikan amalan setiap masa.

Anda mungkin juga menyukai