Anda di halaman 1dari 9

NAMA : __________________________

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 . Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu _______.


A bagai aur dengan lebung
B bagai pinang dibelah dua
C bagai kacang lupakan kulit
D seperti anjing dengan kucing

2. Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu _____


A seperti api dalam sekam
B seperti gajah masuk kampung
C bagai Belanda meminta tanah
D bagai menatang minyak yang penuh

3. Lee dikatakan _____ kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya.
A bagai itik pulang petang
B bagai kera dapat bunga
C bagai bertepuk sebelah tangan
D bagai menatang minyak yang penuh

4. Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan sebagai _____
A bagai kumbang putus tali
B seperti cincin dengan permata
C bagai kelip-kelip terbang malam
D bagai melepaskan anjing tersepit

5. Perasaan Encik Lee ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam
peperiksaan UPSR.
A seperti rusa masuk kampung
B seperti belut pulang ke lumpur
C seperti pungguk rindukan bulan
D seperti kaca terhempas ke batu

6. Air mukanya _______ kerana dijankiti penyakit H1N1.


A seperti isi dengan kuku
B seperti ayam berak kapur
C begai tikus membaiki labu
D bagai dakwat dengan kertas

7. Nasihat ibu kepada Ramesh _____ kerana Ramesh langsung tidka mempedulikan
nasihatnya.
A seperti sampah hanyut
B seperti gergaji dua mata
C seperti ayam patuk anaknya
D bagai mencurah air di dalam keladi.

8. Encik Ali dan Puan Fatimah menjaga anak angkat mereka _______
A seperti ular kena palu
B seperti bumi dengan langit
C seperti anjing dengan kucing
D bagai menatang minyak yang penuh

9. Mulut Joo Min ____ apabila tiada guru di dalam kelas.


A bagai dihiris sembilu
B bagai murai tercabut ekor
C bagai menarik rambut di dalam tepung
D bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

10. Jia Ling _____ kerana kurang membaca.


A bagai abu di atas tunggal
B bagai pinang dibelah dua
C bagai bertepuk sebelah tangan
D seperti katak di bawah tempurung

11. Pendatang asing yang baru datang bekerja di Kuala Lumpur itu _______
A bagai itik pulang petang
B seperti rusa masuk kampung
C bagai bulan dipagari bintang
D air dicencang tidak akan putus

12. Mak cik itu _____ apabila mendapati dompetnya hilang.


A bagai ayam berak dapur
B bagai ayam disambar helang
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai mencurah air ke dalam keladi

13. Pengurus syarikat itu tidak berpuas hati dengan cara Chee Meng bekerja _____
A bagai bulan jatuh ke riba
B bagai dakwat dengan kertas
C bagai bulan penuh purnama
D bagai melepaskan batuk di tangga

14. Shamsul dan isterinya Mastura sangat secocok _________.


A seperti kerbau dicucuk hidung
B seperti rusa masuk kampung
C bagai pinang dibelah dua
D seperti api dalam sekam
15. Menolong Rudi ______ kerana dia hanya mengharapkan simpati ahli keluarga tanpa mahu
berusaha.
A bagai aur dengan tebing
B bagai bunyi periau pecah
C bagai ayam dimakan tungau
D bagai mendukung biawak hidup

16. Pui Man dikatakan ______ kerana membuat kerja apabila disuruh sahaja.
A bagai pahat dengan penukul
B bagai ayam disambar helang
C bagai menatang minyak yang penuh
D bagai menarik rambut di dalam tepung

17. Lily yang jelita ______ diminati oleh ramai pemuda.


A seperti isi dengan kuku
B bagai murai tercabut ekor
C bagai bulan purnama penuh
D seperti katak di bawah tempurung

18. Puan Lee dan suaminya berasa bimbang kerana keadaan anak mereka _______ setelah
terlibat dalam kemalangan.
A seperti cicak makan kapur
B bagai telur di hujung tanduk
C bagai sirih pulang ke gagang
D seperti kerbau dicucuk hidung

19. Walaupun Ming dan abangnya bergaduh, namun demikian hubungan mereka seperti
______________
A ular kena palu
B batu jatuh ke lubuk
C kacang lupakan kulit
D air dicencang tidak akan putus

20. Kehidupan Wen sekeluarga akhirna _________, apabila kedua-dua orang abangnya
berjaya menjawat jawatan tinggi di ibu kota.
A bagai kain tiga hasta
B bagai kumbang putus tali
C bagai Belanda meminta tanah
D seperti kaca terhempas ke batu
21. Kehidupan Maria yang ___________________ itu menyebakan dia selalu ponteng sekolah
kerana menjaga adik di rumah.
A seperti gunting makan di hujung
B seperti embun di hujung rumput
C seperti rusa masuk kampung
D seperti rumput di tepi jalan

22. Anak-anak gadis Datuk Ali ________________kerana beliau terlalu mengongkong mereka.
A umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung
B umpama memerah nyiur, santan diambil, hampas dibuang
C umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri
D umpama hendak menepung tidak berberas

23. Suri sudah lali mendengar leteran dan kemarahannya ibunya kerana dia _______________
A seperti rusa masuk kampung
B seperti katak dicucuk hidung
C seperti langit dengan bumi
D seperti telinga kuali

24. Hani _____________________, apabila mendengar setiap perbualan kami sedangkan pada
masa itu dia sedang membaca buku.
A seperti mentimun dengan durian
B seperti pungguk rindukan bulan
C seperti lintah menghisap darah
D seperti telinga lintah

25. Wajah Seri Merah ________________, apabila disindir oleh Suri di hadapan Cikgu Mery.
A seperti ikan mendukung biawak hidup
B seperti kera mendapat bunga
C seperti udang direbus
D seperti telinga lintah

26. Judy dianggap seperti ________________, kerana sudah lama tidak menziarahi ibu
bapanya setelah menjawat tinggi.
A seperti mentimun dengan durian
B seperti ulat lupa akan daun
C seperti langit dengan bumi
D seperti gergaji dua mata

27. Walaupun Usman berusaha mengubah sikap Usin, anak angkatnya, namun Usin
__________________, yang mengikut perangai bapa kandungnya.
A umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
B umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga
C umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak
D umpama hendak menepung tidak berbatas

28. Hidup Zakiah _________________kerana selalu mengikut suaminya berpindah kerana


tugas.
A umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi
B seperti burung gagak pulang ke benua
C bagai mencurah air ke daun keladi
D laksana kunyit dengan kapur

29. Walaupun Halim tidak didenda kerana mencuri, namun dia berasa malu pada rakan sekelas
__________________
A umpama ayam terlepas tangan bau tahi
B seperti gunting makan di hujung
C seperti lintah menghisap darah
D seperti rusa masuk kampung

30. Sejak dahulu lagi kehidupan kami sekeluarga tidak pernah senang ___________, namun
kami tidak pernah menyesal dan berputus asa.
A umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
B umpama kayu buruk dek panas, reput dek hujan
C umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak
D umpama hendak menepung tidak berberas

31. Bapa Roza kaya dan mampu memberi apa sahaja kemahuan anaknya, seperti peribahasa
___________________.
A banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
B ada padi, semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
C berani kerana benar, takut kerana salah
D berdikit-dikit lama-lama jadi bukit

32. Nasib pekerja di syarikat itu ______________________ apabila syarikat mengalami


kerugian yang banyak tahun ini.
A seperti sayur dengan rumput
B seperti abu di atas tunggul
C seperti ular kena palu
D seperti timba buruk

33. Tiada guna menyesali kesilapan yang telah berlaku, sebaliknya belajar supaya tidak
mengulangi kesilapan yang sama lagi.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A umpama nasi sudah menjadi bubur
B bagai bertepuk sebelah tangan
C laksana wau melawan angin
D malu bertanya sesat jalan

34. Walaupun tidak memahami perbualan meraka, Mail tetap mahu menyampuk. Sikapnya itu
________________________
A seperti tikus jatuh di beras
B seperti rusa kena tambat
C seperti tempayan bocor
D bagai buntal kembung

35. Persatuan wanita di kampung itu __________________apabila ketua wanita itu meninggal
dunia.
A seperti anak ayam kehilangan ibu
B seperti anai-anai makan kayu
C seperti gergaji dua mata
D bagai air dalam kolam

36. Walaupun Khairil dan Khairul adik-beradik kembar, tetapi mereka selalu bergaduh.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti cincin dengan permata
B seperti bulan dipagar bintang
C seperti anjing dengan kucing
D seperti aur ditarik songsang

37. Semenjak mendapat wang RM 1 juta, Karim banyak bercakap tidak ubah
_____________________
A seperti lintah menghisap darah
B bagai bunyi siamang kenyang
C seperti kerbau dicucuk hidung
D seperti kera mendapat bunga

38. Hati Mila __________________apabila mendengar kata-kata makian dari kakaknya.


A bagai dihiris dengan sembilu
B seperti bulan kesiangan hari
C seperti cacing kepanasan]
D seperti lipas kudung

39. Pembesar negara itu sering menghabiskan masanya melawat rakyat jelata. Beliau amat
prihatin dengan masalah rakyat.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A umpama tidak tahu menari dikatakan langit tinggi rendah
B umpama ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
C umpama seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
D umpama tiada sakit makan ubat

40. Pelawaan Kamisah supaya kami bermalam di rumahnya semasa berkunjung ke Sabah tidak
disia-siakan begitu sahaja.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai orang mengantuk disorong bantal
B bagai menahan jerat di pergentingan
C umpama nasi sudah menjadi bubur
D seperti pelanduk dua serupa

41. Encik Leman ___________________apabila dapat memperisterikan wanita yang sangat


jelita.
A bagai gagak menggongong telur
B bagai kelip-kelip terbang malam
C bagai kacang melupakan kulit
D bagai kacang direbus

42. Peragut yang baru sahaja meragut beg tangan seorang wanita telah dilanggar oleh sebuah
kereta dan mati di tempat kejadian.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
B bagaimana rupa begitulah bayangnya
C ayam terlepas tangan bau tahi
D air digenggam tiada tiris

43. Penduduk Taman Cahaya itu masih mengamalkan semangat gotong-royong dan
bermuafakat untuk menyelesaikan sebarang pekerjaan.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
B sebab nila setitik rosak susu sebelanga
C seperti anak bayam kehilangan ibu
D seperti anjing berebut tulang

44. Pemuda-pemuda di kampung itu takut untuk menganggu Rina kerana sikapnya yang sangat
bengis ___________________
A bagai bunyi siamang kenyang
B bagai harimau beranak muda
C bagai bulan dipagari bintang
D bagai buntal kembung

45. Ketika kecil, keluarga Shane dibantu oleh Puan Shanty kerana kesempitan hidup, namun
beliau dikhianati pula apabila Shane semakin dewasa dan boleh mencari wang sendiri.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A mati semut kerana gula
B susu dibalas tuba
C hidup dua muara
D talam dua muka

46. Rahim kecewa dengan sikap kakaknya yang selalu bercerita tentang masalah yang
dihadapi mereka sekeluarga kepada rakan-rakannya.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
B menahan jerat di pergentingan
C malu bertanya sesat jalan
D mati semut kerana angin

47. Malik ______________________apabila dia memenangi pertandingan teka silang kata di


dalam akhbar itu.
A bagai dihiris dengan sembilu
B bagai bunyi cempedak jatuh
C bagai ayam kena tungau
D bagai kacang direbus

48. Lisa menjerit ____________________kerana terkejut melihat adiknya yang memakai


topeng hantu.
A bagai bunyi cempedak jatuh
B bagai ayam kena tungau
C bagai kambing dijunjung
D bagai kacang direndang

49. Kakak mengemasakan rumah sambil tidak henti-henti membebbel


_________________kepada adik yang tidak mahu membantunya.
A bagai menghitung bulu kambing
B bagai harimau beranak muda
C bagai bunyi cempedak jatuh
D bagai keli kena ketuk

50. Kata-kata wanita itu memang manis kerana dia cuba menyembunyikan niat jahatnya.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A buang yang keruh ambil yang jernih
B biar putih tulang jangan putih mata
C bertanam tebu di bibir mulut
D diberi bertis hendak paha

51. Dato' Lim kecewa dengan kontraktor yang diamanahkan mengubah suai rumahnya kerana
pekerjaan yang dibuatnya tidak sempurna.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai melepaskan batuk di tangga
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai kumbang putus tali

52. Maziah hanya melakukan sesuatu kerja apabila disuruh oleh majikannya.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai panas mengandung hujan
B bagai pelita kehabisan minyak
C bagai sirih pulang ke gagang
D bagai pahat dengan penukul

53. Saiful memenangi sebuah kereta dalam pertandingan nyanyian itu tetapi malangnya dia
tiada lesen memandu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai si kudung mendapat cincin
B bagai panas mengandung hujan
C bagai menumbuk padi hampa
D bagai murai tercabut ekor

54. Dia bersungguh-sungguh membaiki kereta yang rosak itu, tetapi akhirnya kereta itu
bertambah rosak.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai membilang bulu kambing
B bagai telur di hujung tanduk
C bagai tikus membaiki labu
D bagai wau putus tali

55. Murid – murid itu bersungguh-sungguh mengusahakan taman sains di sekolah mereka.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti anak ayam kehilangan ibu
B seperti anai-anai makan kayu
C seperti anjing dengan kucing
D seperti api di dalam sekam
56. Mona tidak berhenti-henti bercerita mengenai percutiannya ke Jakarta.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti anjing berebut tulang
B seperti batu jatuh ke lubuk
C seperti ayam berak kapur
D seperti ayam berak kapur

57. Peter tidak duduk diam di luar wad semasa menanti isterinya bersalin di hospital.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti cincin dengan permata
B seperti ikan di dlaam belat
C seperti cicak berak kapur
D seperti duduk dalam duri

58. Rupa-rupanya Pak Johan itu bekas jaguh badminton negara. Tiada siapa yang sedar
kerana dia begitu merendah diri.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti harimau menyembunyikan kukunya
B seperti kaca terhempas ke batu
C seperti bunyi gong pecah
D seperti gergaji dua mata

59. Sarah tidak pernah membantah suruhan Farah. Dia mengikut sahaja kemahuan kawannya
itu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti lintah menghisap darah
B seperti melukut di tepi gantang
C seperti kerbau dicucuk hidung
D seperti langit dengan bumi

60. Siew Lan menjaga anak tunggalnya dengan penuh kasih sayang.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai menatang minyak yang penuh
B bagai mentimun dengan durian
C bagai melukut di tepi gantang
D bagai langau di ekor gajah

Anda mungkin juga menyukai