Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN KATA PENGUAT

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.


Soalan 1 berdasarkan gambar 1
1. Ibu saya __________ sayang akan barang-barang antiknya.
A sangat C nian
B benar D sekali

2. Karangan saya telah terpilih memenangi kategori tulisan yang __________ cantik antara
peserta-peserta yang bertanding.
A sungguh C paling
B sekali D begitu

3. Rohana _________ pandai jika dibandingkan dengan adik-beradik.
A begitu C sekali
B agak D betul

4. Tempat ini __________ indahnya sehingga menenangkan fikiran.
A demikian C sekali
B agak D nian

5. Cendol pulut Pak Hassan __________ sehingga terkenal di pekan ini.
A nian enak C paling enak sekali
B sekali enak D sungguh enak sekali

6. Kakak saya sedih __________ apabila nenek meninggal kerana dia tinggal dengan nenek sejak
kecil lagi.
A benar C lebih
B makin D cukup

7. Jurulatih itu _________ tegas terhadap pemain jika berkaitan dengan disiplin.
A amat C nian
B benar D sekali

8. Kediamannya terletak _________ jauh dari pecan itu.
A nian C benar
B agak D paling

9. Para doktor tetap meneruskan tugas menyelamat mangsa serangan askar Israel walaupun
mereka _________ letih.
A amat C paling
B agak D nian


10. ________ tidak disangka bahawa Farid pandai memasak makanan tradisional Melayu.
A Amat C Paling
B Terlalu D Sungguh

11. Kerap _________ dia ke perpustakaan sejak belakangan ini kerana ingin mengulang kaji
pelajaran.
A paling C sungguh
B nian D agak

12. Besar _________ kubah masjid yang terletak di bandar itu.
A sekali C agak
B lebih D terlalu

13. Hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pencadang dalam perbahasan itu ___________
meyakinkan.
A paling C makin
B agak D amat

14. Junaidilah yang ________ banyak mengemukakan idea dalam perbincangan tentang aktiviti
tahunan persatuan Bahasa Melayu.
A paling C terlalu
B sekali D nian

15. Jangan _________ mengharap kita akan menang kerana peserta-peserta sekolah lain tidak
kurang hebatnya.
A terlalu C paling
B sangat D cukup

16. Indah _________ pemandangan matahari terbenam pada waktu senja di tepi pantai itu.
A nian C paling
B terlalu D agak

17. Tikar mengkuang yang dianyam oleh kakak _________ kemas dan perlu dibaiki lagi.
A cukup C makin
B amat D kurang

18. Jangan buka tingkap itu _________ lebar kerana angin dari luar sejuk.
A sekali C terlalu
B cukup D nian

19. Rafi _________ keberatan hendak ke rumah kawannya untuk meminjam buku kerana hari
sudah lewat.

A sekali C agak
B paling D kurang

20. Lambat _________ dia pulang semenjak bertukar tempat kerja.
A terlalu C paling
B benar D agak





































Latihan Kata Adjektif (Latihan Objecktif untuk Kata Adjektif)

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai.

Soalan pertama berdasarkan gambar di bawah :


1. Pakaian pengemis itu kelihatan _______________ sekali.
A. hodoh B. lusuh C. cantik D. indah

2. Emak saya menggunakan pisau yang _________ untuk menyembelih ayam.
A. tumpul B. baharu C. tajam D. panjang

3. Balai polis di kawasan perumahan saya terletak tidak ____________ dari balai bomba.
A. jauh B. dekat C. hampir D. samping

4. Rasa peria itu __________ seperti hempedu.
A. manis B. masam C. pahit D. masin

5. Kerja yang dilakukan secara ___________ tidak akan sempurna jadinya.
A. gopoh B. lampat C.cepat D. cermat

6. Ada ramai ibu bapa yang datang bertemu dengan saya untuk mengikhtiarkan masalah anak-
anak mereka yang ___________ dan tidak mendengar nasihat mereka.
A. gembira B. degil C. peramah D. berahi

7. Seorang guru perlu mesra, _________ dan juga mudah untuk berkawan dengan sesiapa saja.
A. degil B. peramah C. gopoh D. jelita

8. Pemandangan di Bukit Tinggi memang ___________ dan mempersonakan.
A. cantik B. jelita C. indah D. dingin

9. Perempuan yang ___________ itu adalah penyanyi terkenal Siti Nurhaliza.
A. indah B. jelita C. tegap D. lusuh

10. Lee Chong Wei mestilah berbadan _______________ untuk menyertai pertandingan
badminton antarabangsa.
A. tegak B. gopoh C. tegap D. cantik
11. Emak saya suka menggunakan pisau yang tajam dan tidak ___________semasa memotong
sayuran atau daging
A. tumpu B. lumpur C. tumpuh D. tumpul

12. Rasa buah limau itu ___________ seperti cuka.
A. masin C. manis C. masam D. pahit

13. Para penyelidik di Switzerland telah berjaya menghasilkan robot ___________untuk disuntik
ke dalam mata tanpa bantuan ubat bius.
A. halus B. kasar C. hodoh D. gopoh

14. Namun air yang ___________ jangan disangka tiada buaya.
A. tenang B. gopoh C. biru D. lumpur

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah :




15. Pintu rumah saya mempunyai kaca yang berbentuk _____________ .

A. bujur B. lonjong C. bulat D. segi empat




Jawapan : 1.B 2.C 3.A 4.C 5.A 6.B 7.B 8.C 9.B 10.C 11.D 12.C 13.A 14.A 15.B

Anda mungkin juga menyukai