Anda di halaman 1dari 3

KUIZ BAHASA MELAYU TAHUN 6

Perumpamaan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu _______.


A bagai aur dengan lebung
B bagai pinang dibelah dua
C bagai kacang lupakan kulit
D seperti anjing dengan kucing

2 Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu _____


A seperti api dalam sekam
B seperti gajah masuk kampung
C bagai Belanda meminta tanah
D bagai menatang minyak yang penuh

3 Lee dikatakan _____ kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya.
A bagai itik pulang petang
B bagai kera dapat bunga
C bagai bertepuk sebelah tangan
D bagai menatang minyak yang penuh

4 Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan sebagai _____
A bagai kumbang putus tali
B seperti cincin dengan permata
C bagai kelip-kelip terbang malam
D bagai melepaskan anjing tersepit

5 Perasaan Encik Lee ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR.
A seperti rusa masuk kampung
B seperti belut pulang ke lumpur
C seperti pungguk rindukan bulan
D seperti kaca terhempas ke batu

6 Air mukanya _______ kerana dijankiti penyakit H1N1.


A seperti isi dengan kuku
B seperti ayam berak kapur
C begai tikus membaiki labu
D bagai dakwat dengan kertas

7 Nasihat ibu kepada Ramesh _____ kerana Ramesh langsung tidka mempedulikan nasihatnya.
A seperti sampah hanyut
B seperti gergaji dua mata
C seperti ayam patuk anaknya
D bagai mencurah air di dalam keladi.

8 Encik Ali dan Puan Fatimah menjaga anak angkat mereka _______
A seperti ular kena palu
B seperti bumi dengan langit
C seperti anjing dengan kucing
D bagai menatang minyak yang penuh

9 Mulut Joo Min ____ apabila tiada guru di dalam kelas.


A bagai dihiris sembilu
B bagai murai tercabut ekor
C bagai menarik rambut di dalam tepung
D bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

10 Jia Ling _____ kerana kurang membaca.


A bagai abu di atas tunggal
B bagai pinang dibelah dua
C bagai bertepuk sebelah tangan
D seperti katak di bawah tempurung

11 Pendatang asing yang baru datang bekerja di Kuala Lumpur itu _______
A bagai itik pulang petang
B seperti rusa masuk kampung
C bagai bulan dipagari bintang
D air dicencang tidak akan putus

12 Mak cik itu _____ apabila mendapati dompetnya hilang.


A bagai ayam berak dapur
B bagai ayam disambar helang
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai mencurah air ke dalam keladi

13 Pengurus syarikat itu tidak berpuas hati dengan cara Chee Meng bekerja _____
A bagai bulan jatuh ke riba
B bagai dakwat dengan kertas
C bagai bulan penuh purnama
D bagai melepaskan batuk di tangga

14 Shamsul dan isterinya Mastura sangat secocok _________.


A seperti kerbau dicucuk hidung
B seperti rusa masuk kampung
C bagai pinang dibelah dua
D seperti api dalam sekam

15 Menolong Rudi ______ kerana dia hanya mengharapkan simpati ahli keluarga tanpa mahu berusaha.
A bagai aur dengan tebing
B bagai bunyi periau pecah
C bagai ayam dimakan tungau
D bagai mendukung biawak hidup

16 Pui Man dikatakan ______ kerana membuat kerja apabila disuruh sahaja.
A bagai pahat dengan penukul
B bagai ayam disambar helang
C bagai menatang minyak yang penuh
D bagai menarik rambut di dalam tepung

17 Lily yang jelita ______ diminati oelh ramai pemuda.


A seperti isi dengan kuku
B bagai murai tercabut ekor
C bagai bulan purnama penuh
D seperti katak di bawah tempurung

18 Puan Lee dan suaminya berasa bimbang kerana keadaan anak mereka _______ setelah terlibat dalam kemalangan.
A seperti cicak makan kapur
B bagai telur di hujung tanduk
C bagai sirih pulang ke gagang
D seperti kerbau dicucuk hidung

19 Walaupun Ming dan abangnya bergaduh, namun demikian hubungan mereka seperti ______________
A ular kena palu
B batu jatuh ke lubuk
C kacang lupakan kulit
D air dicencang tidak akan putus

20 Kehidupan Wen sekeluarga akhirna _________, apabila kedua-dua orang abangnya berjaya menjawat jawatan
tinggi di ibu kota.
A bagai kain tiga hasta
B bagai kumbang putus tali
C bagai Belanda meminta tanah
D seperti kaca terhempas ke batu

Jawapan
1A
2C
3B
4D
5D
6B
7D
8D
9B
10D
11B
12C
13D
14C
15D
16A
17C
18B
19D
20B

Anda mungkin juga menyukai