Anda di halaman 1dari 4

Salam sejahtera kepada tuan pengerusi

majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,


guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan
sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Arnab Dengan
Buaya.
Di dalam sebuah hutan terdapat
sekawan arnab. Salah seekor daripada
arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya
lebat, lembut dan putih melepak. Giginya
pula tersusun rapi dan putih berseri.
Sahabat handai dan binatang-binatang lain
di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan
gigi arnab ini.
Akibat pujian dan perhatian ini,
semakin hari arnab itu menjadi semakin
sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah
yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan,
haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri
daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi
yang suka berbual dengannya, arnab itu
selalu berjalan sendirian.
Pada suatu hari, arnab itu berjalan di
tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya
sedang berjemur di tebing. Arnab berasa
takut dan tidak berani mendekati buaya itu.
“Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau
gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti aku
boleh menjadi raja di laut.” Kata buaya itu
kepada arnab.
“Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi
kau tu?” Tanya buaya itu lagi. Arnab berasa
bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum,
arnab berkata, “Engkau mesti banyak makan
sayur-sayuran dan jangan makan daging.”
Kemudian, buaya pun mengangakan
mulutnya. “Bolehkah engkau tolong periksa
gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak,”
kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang,
arnab pun menghampiri buaya lalu
memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa
berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup
mulutnya dan menelan arnab itu. Maka
tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi
yang cantik tetapi pendek akal itu.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya
cerita saya pada kali ini. Sekian, terima
kasih.
Salam sejahtera kepada tuan pengerusi
majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan
sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Puteri Sulung
Dan Puteri Bongsu.
Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun
mempunyai puteri kembar yang amat cantik.
Puteri Bongsu yang begitu cantik dikatakan
berdarah putih dan amat disayangi oleh
raja.
Kecantikan Puteri Bongsu yang
berdarah putih telah sampai kepengetahuan
Raja Tinggi. Raja Tinggi pun menghantar
rombongan untuk meminang Puteri Bongsu.
Raja Ambun menjadi serba salah. Kalau
pinangan itu ditolak, tentu akan berlaku
peperangan. Tetapi, kalau pinangan itu
diterima, baginda akan dukacita sepanjang
hayat kerana baginda amat kasih kepada
Puteri Bongsu.
Akhirnya, Raja Ambon telah
menukarkan Puteri Bongsu dengan Puteri
Sulung. “Rancangan ini tentu berjaya,” kata
seorang pembesar. “Raja Tinggi tidak
pernah melihat Puteri Bongsu. Kita suruhlah
Puteri Sulung mengaku yang dia bernama
Puteri Bongsu,” Akhirnya pinangan Raja
Tinggi itu pun di terima.
Raja Tinggi pun berkahwin lah dengan
Puteri Sulung yang disangkanya Puteri
Bongsu itu. Pada suatu hari, jari Puteri
Sulung telah terluka akibat terkena pisau.
Luka itu berdarah dan darahnya berwarna
merah. Raja Tinggi berasa terkejut kerana
darah itu tidak berwarna putih.
“Dinda mesti berkata benar, siapakah
dinda sebenarnya?” tanya Raja Tinggi sambil
menghunus kerisnya. Puteri Sulung
menggeletar. “ Adinda ialah kakak kepada
Puteri Bongsu,”
Raja Tinggi amat murka. “Rupa-rupanya
beta telah ditipu! Kita akan serang negeri
Ambun,” kata Raja Tinggi dengan garangnya.
Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar
tentera untuk menundukkan negeri Ambun.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya
cerita saya pada kali ini. Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai