Anda di halaman 1dari 2

NAMA : ______________________________________________ TARIKH: _____________________

KATA GANDA BERIMBUHAN

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pengantin perempuan itu memakai pakaian yang ________________ pada bahagian bawah kainnya.
A berbelang-belang B berbunga-bunga C beropol-ropol D berlipat-lipat

2 Rancangan drama yang disiarkan di televisyen itu sungguh membosankan kerana jalan
ceritanya._____________
A melimpah-limpah B meloncat-loncat C menjerit-jerit D meleret-leret

3 Walaupun sudah __________________ ditegur, Aiman masih melakukan kesilapan yang sama.
A berkobar-kobar B beringat-ingat C berpeluh-peluh D berkali-kali

4 Lembu itu ________________ apabila hendak ditambat oleh ayah di batang pokok.
A menyembur-nyembur B meraung-raung C meronta-ronta D menjerit-jerit

5 Jason ______________ untuk mengambil kunci rumah yang terletak di atas rak yang tinggi itu.
A terumbang-ambing B terjengket-jengket C terkekeh-kekeh D terkinja-kinja

6 Wajah Puan Aiman semakin ________________ setelah mendapat seorang cahaya mata perempuan.
A bertompok-tompok B berbalam-balam C berkedut-kedut D berseri-seri

7 Pak Kasim menjual _______________ pisang nipah kepada pengusaha kerepek yang berasal dari Johor itu.
A bertandan-tandan B berbatang - batang C berlapis-lapis D berbilah-bilah

8 Aslam tidak ______________ biasiswa yang diberi oleh kerajaan semasa menuntut di luar negara.
A menyumbang-nyumbangkan B menangguh-nangguhkan C menakut-nakutkan D mensia-siakan

9 Bahagian yang ________________ pada peta itu menujukkkan kawasan tadahan hujan.
A berconteng-conteng B berlorek-lorek C berlapis-lapis D berbukit-bukit

10 Kita haruss menghargai jasa para pejuang kemerdekaan yang ______________ menentang penjajah.
A berlanggar-langgar B berkejar-kejaran C bermati-matian D berlari-larian

11 Adila _____________ siapakah pemilik kereta mewah yang ada di tempat letak kenderaan itu.
A terangguk-angguk B tertanya-tanya C terbatuk-batuk D tertidur-tidur

12 Puan Ratna tidak pernah _____________ anak-anaknya sama ada mereka berjawatan tinggi atau tidak.
A menggerak-gerakkan B membeza-bezakan C mencerai-ceraikan D mengharu-birukan

13 Murid-murid itu _________________ semasa menari tarian tradisional di dewan sekolah.


A berpanjang-panjangan B berpasang- pasangan C berpasuk-pasukan D berpecah-pecah

14 “Buat baik biarlah ________________ supaya tidak memakan diri sendiri,” nasihat ayah kepada saya.
A berlonggok-longgok B berlumba-lumba C berpada-pada D berlalai-lalai

15 Irdina marah kerana Jason _____________ memberi nombor telefonnya kepada orang yang tidak dikenali.
A memandai-mandai B melambai-lambai C melaung-laung D meleret-leret

16 Pandangan saya _______ apabila keluar dari gua yang gelap itu.
A berpusing-pusing B berpinar-pinar C berpetak-petak D berolak-olak
17 Abang cuba mengambil bola adik yang _____ di permukaan air itu.
A tersengguk-sengguk B terumbang-ambing C terapung-apung D tergolek-golek

18 Suara penyanyi itu ______ ketika menyanyikan sebuah lagu ghazal.


A mendayu-dayu B membelai-belai C menjerit-jerit D mengilai-ilai

19 Datuk ______ setelah mengangkat sebakul durian dari dusunnya.


A termengah-mengah B terumbang-ambing C terlayang-layang D terpinga-pinga

20 Tembikar antik itu ______ kerana selalu digilap oleh ibu.


A berganda-ganda B berkaca-kaca C berkelip-kelip D berkilat-kilat

21 Pujian yang ______ kadangkala boleh membuatkan seseorang mudah lupa diri.
A melampau-lampau B berdozen-dozen C berdekah-dekah D menderu-deru

22 Mila menyampaikan berita sedih itu dengan suara yang _____.


A tersengguk-sengguk B tersekat-sekat C teresak-esak D terjerit-jerit

23 Isan sering _____ pertolongan yang pernah dihulurkan kepada rakannya itu.
A mengangguk-angguk B menggeleng-geleng C mengungkit-ungkit D menggapai-gapai

24 Jason bermain papan luncur sambil _____ di taman rekreasi itu.


A berhenti-henti B berjalan-jalan C bersiul-siul D berlari-lari

25 Puncak gunung itu keliahtan _____ kerana diselaputi kabus.


A bertingkat-tingkat B berbalam-balam C berwarna-warni D berlapis-lapis

26 Kalau hanya _______, semua usaha anda tidak akan menghasilkan kejayaan.
A. Berkorbar-kobar B. Berangan-angan C. Andai-andaian D. Mengharap-harapkan

27 Kepala budak itu _______ketika mendengar nasihat yang diberikan oleh datuknya.
A. Terangguk-angguk B. Terkulai-kulai C. Tergeleng-geleng D. Terangkat-angkat

28 Walaupun sudah pukul 2 pagi, mata Nazli masih ______ tidak mahu tidur.
A. Tercelik-celik B. Terbuka-buka C. Terngantuk-ngantuk D. Terkebil-kebil

29 Mereka berjuang _______ bagi mempertahankan tanah air daripada ditawan musuh.
A Berperang-perangan B. Bermati-matian C. Bertembak-tembakan D. Berbunuh-bunuhan

30 Walaupun Farah berada jauh di rantau orang, namun dia sentiasa _______akan keluarganya di kampong.
A. Terkenang-kenang B. Tersedih-sedih C. Terlihat-lihat D.Terdengar-dengar

31 Orang yang berkasih sayang sentiasa _______ antara satu sama lain.
A. Rindu-rinduan B. Bayang-bayangan C. Suka-sukaan D. Ingat-ingatan

32 Dia masih bersikap _______walaupun sudah berumur tiga puluh tahun.


A. Keibu-ibuan B. Keanak-anakan C. Kemalu-maluan D. Kegila-gilaan

33. Kejadian _____sering berlaku sekarang ini kerana kita semakin lalai.
A.Tawan-menawan B. Kutuk-mengutuk C. Tipu-menipu D. Hina-menghina

34. Para peserta _____________keletihan setelah menghabiskan acara larian 5000 meter.
A. Tercunggap-cunggap B.Terhengeh-hengeh C. Terjelir-jelir D. Terjatuh-jatuh.

35 Pak Long memperoleh rezeki yang banyak setelah lembu yang dipeliharanya ______.
A. Beranak-anak B. Bersungguh-sungguh C. Bertambah-tambah D. Beranak-anak

Anda mungkin juga menyukai