Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN SIMPULAN BAHASA

TARIKH : 7. 12. 2020 ( ISNIN )

1. Kami terpaksa _______kerana terdapat kejadian tanah runtuh yang menghalang perjalanan kami .
A   berpatah balik    B   berpusing ligat      C   berubah hati       D   bertegang urat

2. Kerja-kerja  _______ kapal tangki yang rosak itu sedang giat dijalankan .
A   membaik pulih       B   mencari gali C   mengawal selia         D   menaik taraf

3. Setelah lima kali gagal dalam temu duga,Ong Wee Kiat   _______hendak mencuba lagi .
A   sakit hati              B   baik hati                   C   tawar hati                 D   iri hati

4. Sudah hampir sepuluh tahun beliau  _______ dengan syarikat di luar negara itu .
A   bercampur aduk B   berumah tangga    C   berurus niaga    D   beramah mesra

5. Nordin naik angin apabila Cikgu Zul  _______ saja setelah mengesyaki dirinya terlibat dalam
pergaduhan itu.
A   tarik diri             B   tangkap mata            C   tangkap muat           D   tangkap buta

6. Zainal _______ kerana menolong Mak Siti Mengangkat bakul yang berat itu.
A   ringan mulut       B   ringan tangan            C   ringan lidah              D   ringan kepala

7. Pemuda itu sanggup  _______ demi menyelamatkan budak yang hampir dilanggar kereta itu.
A   sakit hati             B   samar muka              C   sakit mata                D   sabung nyawa

8. _______ yang berlaku antara Wan dan Amir berpunca daripada salah faham.
A   Pilih kasih             B   Perang mulut            C   Pilih bulu                  D   Pening lalat

9. Siti Aisyah  _______ apabila Cikgu Norhayati memujinya.


A   senyum simpul       B   senyum tawar    C   senyum kambing     D   senyum sumbing

10. Walaupun telah bermesyuarat selama empat jam, mereka masih belum mendapat  _______ untuk
mengatasi masalah yang rumit itu.
A   jalan keluar             B   jalan belakang          C   jalan pintas             D   jalan tengah

11. Datuk saya _______ untuk menyiapkan perahu yang ditempah khas oleh orang kenamaan itu.
A   berjimat cermat      B   bermandi peluh    C   berputih tulang     D   bertegang urat

12. Persembahan Zaki yang _______ itu memikat hati para juri untuk memilihnya sebagai pemenang
pertandingan mendeklamasikan sajak itu.
A   ada akal               B   ambil berat              C   atas pagar               D   ada gaya
13. Tiada siapa yang menyangka Haslin yang ________ itu dapat menyelesaikan masalah yang rumit.
A   bodoh sepat      B   bongkok udang       C   buaya tembaga     D   bintang terang

14. Setelah isterinya meninggal dunia, Karim  _______ dan berkahwin pula dengan adik isterinya.
A   patah kandar             B   hilang akal              C   ganti tikar                 D   retak seribu
15. Seman dan kawan-kawannya masih bermain dam di pondok menunggu bas di simpang jalan itu
walaupun _______ sudah turun.
 A   bunga dedap           B   embun jantan           C   emas urai        D   bintang terang

16. Pemuda-pemuda di desa itu _______ di bawah cahaya matahari menyabit padi yang sudah masak
di sawah.
 A   makan garam           B   mandi kerbau            C   mandi bunga D   mandi peluh

17. Nenek Limah tinggal  _______ di pondok buruknya itu.


 A   sekapur sirih             B   isi perit              C   sebatang kara           D   orang harapan

18. Kudin yang telah menjadi _______ Jepun amat ditakuti oleh penduduk Kampung Permai.
 A   tali barut         B   tebal telinga             C   teluk rantau              D   tulang belakang

19. Ayah membayar  _______ sebanyak RM10 000 untuk membeli kereta Gen-2.
 A   buah pena         B   hutang darah            C   wang hantaran          D   wang muka

20. Malik menanam sayur di tanah yang luasnya hanya _______ di hujung kampung untuk menyara
hidupnya.
A   dapat terpijak      B   retak seribu     C   sekangkang kera    D   sehelai sepinggang

21.  Jika tiada _______ itu, sudah tentu mereka tidak bertelagah.
A   batu lesung                B   batu loncatan            C   kepala batu             D   batu api

22.  Kakak menjadi _______ apabila melihat pakaian-pakaian di pusat membeli belah itu.
A   rambang mata        B   mata keranjang        C   mata hati              D   bidan terjun

23.  “Berhati-hatilah ketika bergurau dengannya. Dia itu _______,” kata Malek.
A   pasang telinga      B   mulut murai         C   ada angin          D   senapang bamboo

24.  Kadar _______ di kalangan penduduk luar Bandar sudah jauh berkurangan.
A   buta ayam                     B   buta huruf                C   buta perut                D   buta tuli

25. Banyak syarikat bumiputera terpaksa  _______ akibat kelembapan ekonomi negara.
A   cabut nyawa        B   balik gagang           C   hutang darah            D   gulung tikar

Anda mungkin juga menyukai