Anda di halaman 1dari 11

1

BAHAGIAN A

( 20 markah )

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai

1. “Bilakah __________ akan menjalani Latihan bola sepak?” tanya Aiman kepada rakan
sepasukannya.
A. kita C. kami
B. anda D. kalian

2. Bulu tangkis yang dipukul oleh Malek jatuh di __________


gelanggang.
A. hadapan C. tepi
B. tengah D. penjuru

3. Mak Munah asyik berbual dengan jirannya hingga __________ nasi yang dimasaknya di atas
dapur.
A. tengik C. hangit
B. lemau D. hangus

4. Dina Husna __________ menyertai lawatan ke Melaka anjuran Persatuan Bahasa Melayu jika
mendapat keizinan daripada ibu bapanya.
A. perlu C. sedang
B. boleh D. hendak

5. Pada tahun ini durian, rambutan, dukung dan manggis di dusun Haji Abdul Aziz ____________
lebat buahnya.
A. nian C. benar
B. betul D. paling
2

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Pihak polis menemukan beberapa _____________ pistol semasa menggeledah rumah itu.
A. das C. pucuk
B. butir D. jambak

7. Murid-murid yang mengikuti lawatan ke Melaka dikehendaki berkumpul di __________ sekolah


tepat pada pukul 7.00 pagi.
A. karangan C. pekarangan
B. perkarangan D. pengarangan

8. Pada masa senggang, ___________ murid lebih gemar menghabiskan masa di hadapan kaca
televisyen daripada mengulang kaji pelajaran.
A. semua C. beberapa
B. setengah D. kebanyakan

Soalan 9 berdasarkan penyataan di bawah

9.
Pegawai Istana : Baginda _________ untuk merasmikan kempen masyarakat penyayang
yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Bera, esok pagi.
Pemandu Sultan : Baginda __________ ke majlis tersebut bersama-sama permaisuri.

A. berkenan ………berangkat C. berangkat ………..bersemayam


B. bertitah ……….. menghadap D. bersantap ………..merafak sembah

10. Tongkang yang sarat dengan muatan itu ____________ dipukul badai yang kuat ketika melalui
perairan Selat Melaka.
A. terkapai-kapai C. terhuyung-hayang
B. terlonjak-lonjak D. terumbang-ambing
3

11. Aimi Nazihah sedang ___________ gambar kereta api elektrik (ETS) dan monorel dari internet
untuk buku skrapnya.
A. melukis C. mewarna
B. melakar D. mencetak

Soalan 12

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

12. I Pak Tam melatah sebaik sahaja adik mencolok bahagian pinggangnya.
II Pakaiannya yang mencolok mata tidak sesuai dipakai oleh kakitangan awam.
III Ahli RELA mencolok kawasan yang gelap bagi memudahkan pergerakan mereka.
IV Dia terpaksa menggunakan galah untuk mencolok buah jambu batu yang masak itu.
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV

13. Kemalangan di jalan utama itu telah menyebabkan kenderaan yang melalui jalan itu
______________.
A. tersekat C. terkandas
B. terhumban D. terperangkap

Soalan 14

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14. Hari Usahawan 2020 anjuran PIBG sekolah saya mendapat sambutan hangat daripada ibu
bapa dan penduduk sekitar.
A. Ibu bapa dan penduduk setempat menyambut baik usaha PIBG menganjurkan Hari
Usahawan 2020 sekolah saya.
B. PIBG mengalu-alukan sambutan hangat para ibu bapa dan penduduk sekitar terhadap Hari
Usahawan 2020 yang dianjurkan.
C. Sambutan hangat telah diberikan oleh ibu bapa dan penduduk sekitar terhadap hari
Usahawan 2020 anjuran PIBG sekolah saya.
D. PIBG sekolah saya berminat menganjurkan Hari Usahawan 2020 kerana mendapat
sokongan daripada ibu bapa dan penduduk sekitar.
4

15. Kedua-dua pasangan raja sehari yang diarak menaiki kereta antik itu berasal dari negeri Johor
Darul Takzim.

Pilih perkataan sinonim bagai raja sehari.

A. pengapit C. menantu
B. pengasuh D. mempelai

Soalan 16

Pilih ayat yang betul

16. I Muhammad Faiz tersentak apabila Namanya dipanggil pleh Cikgu Effendi.
II Setengah-setengah murid kurang berminat menyertai kegiatan kokurikulum.
III Berbagai jenis makanan laut dijual dengan harga yang murah di pasar ray aitu.
IV Hakim menjatuhkan penjenayah itu hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV
5

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pengembaraaan menggunakan basikal merupakan minat dan hobiku sejak kecil lagi. Aku telah
meluahkan hasrat dan impianku ini kepada ibu bapaku. Setelah mendapat keizinan daripada
mereka, aku pun memulakan pengembaraan mengayuh basikal kesayanganku menuju ke
utara meninggalkan bandar raya Ipoh. Aku menggalas beg yang berisi pakaian, barang-barang
keperluan sepanjang perjalanan dan sejumlah wang untuk perbelanjaanku Ketika di
perantauan.

Hari pertama, aku mengayuh sejauh 50 kilometer. Selepas menempah pelbagai


cabaran, aku sampai di bandar Taiping ketika hari menghampiri senja. Aku mencari kedai
untuk mengalas perutku yang kosong. Setelah selesai solat Isyak di Masjid kampung Jambu,
aku berborak-borak dengan tuan imam masjid tersebut. Aku menyatakan hasratku untuk
bermalam di masjid itu. Tuan imam merestui hasratku untuk bermalam di situ.

Pada hari kedua pula, perjalanan yang terpaksa kulalui adalah 15 kilometer lebih jauh
daripada hari pertama. Satu pertiga perjalanan, aku terpaksa meredah hutan yang agak lebat.
Aku terpaksa meneruskan perjalananku agar tiba di destinasi sebelum malam. Aku bersyukur
kerana berjaya sampai di rumah kenalanku, Syahrul sebelum Maghrib. Syahrul menyambut
ketibaanku dengan begitu gembira sekali. Aku telah menceritakan keinginanku ke utara.
Syahrul ingin menemaniku dalam pengembaraan ini. Pada malam itu, aku menjadi tetamu di
rumahnya. Aku tidur lena kerana keletihan.

Keesokannya, aku dan Syahrul meneruskan kayuhan sejauh 75 kilometer dari Bukit
Jawi untuk sampai ke Sungai Petani. Dalam perjalanan itu, tayar basikal Syahrul pancit. Kami
meminta simpati daripada pemandu lori yang lalu ketika itu. Sebuah lori enam tayar berhenti
melihat isyarat daripada kami. Kami menaiki lori itu sejauh 20 kilometer untuk sampai di
sebuah kedai basikal. Setelah tayar basikal Syahrul diganti dengan tayar yang baharu, kami
meneruskan perjalanan. Malam itu, kami tidur di Masjid Sultan Abdul Halim, taman Ria Jaya,
Sungai Petani. Sebelum melelapkan mata, kami sempat berbual-bualtentang kisah lama kami
semasa di sekolah rendah dulu.

Pada hari berikutnya, kami meneruskan baki pengembaraan sejauh 70 kilometer lagi
untuk sampai di Alor Setar. Sepanjang perjalanan, kami melihat panorama yang begitu indah.
Hamparan sawah padi yang menguning, bukit-bukau dan gunung-ganang yang berbalam-
balam dengan kehijauannya serta pembangunan yang pesat di sana sini mengasyikkan kami.
Akhirnya, aku dan Syahrul selamat sampai ke rumah datuk. Datuk terpaku seolah-olah
terpukau apabila melihat aku dan Syahrul menuntun basikal di hadapannya.
6

17. Ke manakah ekspedisi kembara berbasikal yang dilakukan oleh penulis ?


A. Ipoh C. Alor Setar
B. Taiping D. Sungai Petani

18. Penulis telah mengayuh basikalnya untuk sampai di rumah datuknya sejauh ………
A. 210 kilometer C. 260 kilometer
B. 240 kilometer D. 280 kilometer

19. Apakah yang penulis dapat lihat dalam perjalanan hari yang keempat pengembaraannya ?
A. Bendang, bukit-bukau dan gunung-ganang
B. Sawah, kebun buah-buahan dan bukit-bukau
C. Bukit-bukau, lading getah dan gunung-ganang
D. Gunung-ganang, kawasan perindustrian dan bukit-bukau

20. Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.


A. Penulis dan Syahrul mula berkenalan sejak mereka di bangku sekolah rendah lagi.
B. Penulis dan Syahrul mengambil masa selama empat hari untuk sampai di Alor Setar.
C. Penulis mengayuh basikalnya sejauh 75 kilometer dari Bukit Jawi ke Sungai Petani.
D. Selama pengembaraannya, penulis hanya memilih masjid sebagai tempat bermalam.

SOALAN BAHAGIAN A TAMAT


7

Bahagian B

( 30 markah )

21 a) Garis jawapan yang paling sesuai bagi ayat yang diberi.

i) Sumbangan itu ( ialah / adalah ) daripada pelajar-pelajar, guru-guru dan para pekerja
sekolah ini.
ii) Johan pertandingan bercerita sekolah menengah tahun ini ( adalah / ialah ) saudara
Masyirah Taib.
( 2 markah )

21 b) Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Ayat tanya

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

Jawapan :

Ya, saya telah terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

( 2 markah )

22 a) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

( 2 markah )
8

b) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang

diberikan.

merestui menawan menjajah meluncur

menggapai mengikut meminati menempuh

Saya ingin ________________ jejak abang saya. Semenjak kecil lagi, saya sangat

___________________ bidang kejuruteraan enjin. Saya ingin menjadi pereka kereta nasional.

Saya mahu kereta ciptaan saya megah ______________________ di jalan raya di seluruh

pelosok Malaysia. Lebih-lebih lagi, saya ingin melihat kereta tersebut _________________

jalan raya di luar negara.

( 4 markah )

23 a) Padankan situasi ayat dengan peribahasa yang sesuai.

Semua murid didenda oleh Cikgu Guna meskipun Bagai melepaskan


hanya dua orang murid berbuat bising di dalam kelas. anjing tersepit

Perbuatan Raju menolong pemandu kereta yang rosak Seperti kera


itu apabila pemandu itu merompaknya. mendapat bunga

Lee tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh Seperti ikan kena
kawannya. tuba

( 3 markah )

b) Namakan jenis-jenis ayat di bawah.

Ayat Jenis Ayat

i. Biakah kita hendak bertolak ke Pusat Sains Negara ?

ii. Wah, cantiknya lukisan di dinding pusat beli-belah ini !

( 2 markah )
9

Soalan 24 berdasarkan iklan di bawah.


Baca dan teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat
yang lengkap.

24 (a) Iklan
tawaran jualan
rumah kedai dan pejabat di atas dikeluarkan oleh ______________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
( 1 markah
)

(b) Di manakah letaknya rumah kedai dan pejabat yang diiklankan oleh syarikat tersebut ?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
( 2 markah )
10

(c) Bagaimanakah caranya untuk orang ramai mendapatkan keterangan lanjut ?


_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
( 2 markah )
(d) Pada pendapat kamu, mengapakah pihak pemaju perumahan perlu membina rumah kedai
dan pejabat di bandar Sungai Petani ?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
( 3 markah )

Soalan 25 berdasarkan pantun di bawah.


Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Berkelip-kelip kusangka api,

Kalau api di mana puntungnya,

Hilang ghaib kusangka mati,

Kalau mati di mana kuburnya? Seronok bermain konda kondi,

Bermain setiap hari Selasa,


Orang jauh menanam betik, Indah tampan kerana budi,
Orang dekat menyirat benang, Tinggi darjat kerana Bahasa.
Hilang semangat penghulu itik,

Melihat ayam lumba berenang. Letak bunga di dalam Loyang,

Hiasan rumah seindah rasa,


Burung serindit burung kedidi, Banyak berdoa selepas sembahyang,
Hinggap sebentar di pohon senduduk, Mohon diampuni segala dosa
Elok diturut resminya padi,

Semakin beisi semakin tunduk.


11

25 (a) Apakah jawapan bagi rangkap pertama pantun di atas dan apakah jenis pantun tersebut ?
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
( 2 markah )

(b) Apakah yang harus kita lakukan selepas menunaikan sembahyang ?


_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
( 1 markah )

(c) Tandakan (√ ) bagi penyataan yang betul dan ( X ) bagi penyataan yang salah berdasarkan
pantun tersebut.

Semakin tinggi ilmunya semakin mantap akhlaknya

Darjat yang tinggi dapat menghapuskan segala dosa

Ketampanan seseorang dapat dilihat dari segi budi bahasanya.

( 2 markah )

(d) Terangkan maksud baris-baris pantun di bawah ini.

Elok diikut resminya padi,

Semakin berisi semakin tunduk

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
( 2 markah )

SOALAN BAHAGIAN B TAMAT

Anda mungkin juga menyukai