Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN A

( 20 markah )
Soalan 1 hingga 12

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Raja Budriz bin Raja Muaz ialah juruhebah radio di stesen radio Kuala Lumpur.
____________ bertugas mengendalikan segmen Kenali Kuala Lumpur setiap
hari bermula pada pukul 10.00 pagi.

A Dia

B Kami

C Beliau

D Baginda

2. ____________, Anida dan Fazlin bercadang untuk berkelah di tepi Air Terjun
Belatan.

A Dia

B Kita

C Saya

D Kami

3. Pak Cik Rashid sedang __________ mancis untuk menyalakan lilin bagi
menerangi kegelapan.

A meraut

B membakar

C menyangai

D menggores

1
4. Pelajar Tahun Enam Waja sangat _______ dan hormat kepada guru-guru
mereka.
A baik
B malu
C takut
D patuh

5. Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau __________
ikan air tawar.
A hapak
B hanyir
C tengik
D hancing

6. Pilih penggunaan kata seru yang betul.

A Wah , ambillah upah ini!

B Oh , begitu caranya untuk memasang langsir yang cantik ini!

C Amboi, berani kamu mencuri wang ibu saya!


D Aduhai , seronoknya dapat bercuti ke Pulau Langkawi!

7. Puan Suzi ___________ mata pelajaran Sains kepada murid-murid Tahun 6 Waja.
A mengajari
B dipelajari
C pengajaran
D mengajarkan

8. Azam berlari ___________ apabila dikejar oleh seekor anjing liar


A lalu-lalang
B gopoh-gapah
C lintang - pukang
D mundar-mandir
2
9. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Adik hanya diam membisu apabila dimarahi oleh ayah .


II Keluarga Pak Mail telah lama diam di hujung kampung itu .

III Suasana diam pada waktu malam amat sesuai untuk mengulang kaji .
IV Sejak kehilangan kakaknya , Rozy diam sahaja dan wajahnya muram .

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D II dan IV

10. Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

Adik Amira berasa takut setelah terpandang wajah lelaki bermisai yang kelihatan
bengis itu .

A hodoh
B ganas
C garang
D bongkak

11. Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai dengan ayat di bawah.

“Pak Fazli menggunakan ______________ kapak untuk menebang


_______________ pokok rambutan yang berdekatan dengan rumahnya,”
kata Nazam kepada adiknya.
A sebatang … sebiji
B sebilah … sebatang
C sebuah … sebatang
D sekeping … sebuah

3
12. Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai dengan ayat yang bergaris.
Kedai kraf tangan kepunyaan Cik Mona itu, mengalami kerugian kerana dia
______________ .

A salah bawa
B putus rezeki
C patah kandar
D salah langkah

13. Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi penyataan yang diberi.

Pasukan Johor telah menjadi johan pertandingan sepak takraw itu

A Adakah kejohanan sepak takraw telah diadakan di negeri Johor?

B Bagaimanakah kejohanan itu boleh dimenangi oleh negeri Johor?

C Pasukan manakah yang berjaya menjadi johan pertandingan sepak takraw


itu?

D Benarkah pasukan negeri Johor menjadi johan pertandingan sepak takraw


itu?

14. Pilih ayat-ayat yang betul.

I Pekerja alatan perkhemahan itu telah mereka cuci sejak semalam.

II Syazrina baru menerima sepucuk surat daripada kakaknya.

III Ayah saya telah menggali di belakang rumah sebuah perigi buta.

IV Puan Siti menjahitkan anaknya sepasang baju kurung yang baharu

4
A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

15. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

“Saya mahu mengikuti seminar usahawan yang akan diadakan di taman


perumahan kita ini,” kata Ramli kepada rakan baiknya.
A Ramli mengajak rakan baiknya mengikuti seminar usahawan yang akan
diadakan di taman perumahan mereka itu.
B Ramli memberitahu rakan baiknya bahawa dia akan mengikuti seminar
usahawan yang akan diadakan di taman perumahan mereka itu.
C Ramli dan rakan- rakan baiknya akan mengikuti seminar usahawan yang
akan diadakan di taman perumahan mereka itu.
D Ramli mengajak beberapa rakan baiknya untuk mengikuti seminar
usahawan yang akan diadakan di taman perumahan mereka.

16. Pekerja-pekerja Jabatan Kerja Raya sedang _________________ jalan kampung


itu dengan tar.

A melapis

B menurap

C menyalut

D menampal

5
Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan - soalan yang berikutnya.

Hatiku melonjak kegembiraan apabila ayah membenarkan aku menyertai lawatan ke


Kuala Lumpur. Aku berasa teruja kerana dapat bersama Kamal, Zahin dan kawan-
kawanku yang lain untuk merasai pengalaman yang sungguh bermakna ini.

Menjelang pagi itu, aku dan kawan-kawan telah diberi taklimat. Cikgu Ang yang
cantik bak bidadari itu meminta kami beratur semasa manaiki bas.

“Jangan sesekali naik dan turun semasa bas sedang bergerak,’’ pesan Cikgu
Syafik pula. Aku berfikir sejenak. Mungkin aku akan terjatuh jika tidak mematuhi arahan
guru yang tampan seperti putera raja itu.

Tidak lama kemudian, bas pun sampai. Aku memasukkan beg ke dalam perut bas
lalu menaiki bas itu dengan berhati-hati. Bas bertolak pada pukul 7.15 pagi. Perjalanan ke
Kuala Lumpur mengambil masa empat jam 30 minit.

“Wah istimewanya bas ini, ada tali pinggang keledar!” hatiku berbisik. Aku terus
mamasang tali pinggang keledar seperti yang diarahkan Cikgu Ang tadi. Aku berasa lebih
selamat.

“Amar beritahu saya, apakah tindakan kamu jika bas ini rosak?” Tiba-tiba
pertanyaan Cikgu Syafik menyentap lamunanku yang sedang membayangkan keindahan
kota metropolitan itu. Selepas berfikir sejenak, aku pun menjawab.

“Saya akan menghubungi ibu bapa saya,”

Dalam perjalanan, aku sempat menulis serangkap sajak yang berjudul


“Destinasiku”.

6
17 Mengapakah Amar berasa gembira ?
A Amar dapat menyertai lawatan ke Kuala Lumpur.
B Ayah Amar turut menyertai lawatan ke Kuala Lumpur.
C Amar dapat bersama dengan kawan-kawannya menaiki bas.
D Ayah Amar memberi kebenaran untuk menyertai lawatan ke Kuala Lumpur.

18 Apakah yang akan dilakukan Amar jika bas yang dinaikinya rosak?
A Memberitahu guru.
B Memanggil kawan.
C Menelefon ibu bapa.
D Menghubungi pihak polis.

19 Berikut merupakan peraturan menaiki bas dengan selamat kecuali


A Beratur ketika menaiki bas.
B Berbual-bual semasa menaiki bas.
C Gunakan tali pinggang keledar yang disediakan.
D Tunggu sehingga bas betul-betul berhenti, sebelum naik dan turun daripada
bas.

20 Pada pukul berapakah Amar dan rakan-rakannya tiba di Kuala Lumpur?


A 10.15 pagi
B 10.45 pagi
C 11.15 pagi
D 11.45 pagi

Anda mungkin juga menyukai