Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN A

(20 markah)

Soalan 1 – 6
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Apabila ____________ sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.
A termangu C terimbas
B terngiang D terkenang
2. Ibu membeli ____________ petai untuk dijadikan ulam makan tengah hari.
A secekak C seikat
B selonggok D setangkai
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

Bendahara Ali ____________ kerisnya ke pinggang sebelum menghadap sultan.


C menyusupkan
D menyarungkan

4. Suasana di rumah Puan Shanti ____________ dengan suara cucu-cucunya yang pulang bercuti.
A riuh-rendah C kelam-kabut
B kucar-kacir D huru-hara
5. Para penonton yang hadir terhibur ____________ persembahan kumpulan nasyid itu.

A oleh C akan
B dengan D atas

1
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah

6. Pokok yang tumbang itu telah ____________ beberapa buah kereta di tempat letak kereta
itu.
A menghempap C menghenyak

B menghempas D menghimpit

Soalan 7 - 8
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.

7. Majalah-majalah yang bertimbun-timbun itu kami baca. Tiada kesalahan.


A B C D

8. Sultan Zanariah akan berangkat untuk bercemar duli dalam majlis jamuan diraja yang akan
A B C
diadakan di sebuah hotel terkemuka. Tiada kesalahan.
D

Soalan 9
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

2
9. I. Dia meronta-ronta sekuat tenaga tetapi tidak juga lepas.
II. Mereka tidak lepas daripada menghadapi pancaroba kehidupan.
III. Lepas makan tengah hari, bolehlah kita berjalan-jalan.
IV. Keterangan yang telah diberikan itu tidak begitu lepas.

A I dan II sahaja

B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja

Soalan 10 dan 11
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa
dan mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan

10. Kami telah berjalan lebih dari dua setengah kilometer. A. dari dua
kilometer setengah.
B. daripada dua kilometer setengah.
C. daripada dua setengah kilometer.
D. dari dua setengah kilometer.

11. Semua gula-gula yang dibeli oleh saya sudah saya berikan kepada adik.
A. Gula-gula yang saya belikan
B. Gula-gula yang dibeli oleh saya
C. Semua gula-gula yang saya beli
D. Semua gula-gula yang dibeli oleh saya

3
Soalan 12
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hamper dengan ayat
yang dicetak tebal.

12. “Kalau awak ada masa lapang petang ini, datanglah ke rumah saya di Taman Satria,”
kata Aiman kepada Hafiz.
A. Aiman mengajak Hafiz datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang ini kalau Aiman
ada masa lapang.
B. Aiman berkata kepada Hafiz bahawa sekiranya awak ada masa lapang, datanglah ke
rumahnya di Taman Satria.
C. Hafiz dipelawa oleh Aiman supaya datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang itu
jika dia ada masa lapang.
D. Hafiz memberitahu Aiman bahawa dia akan datang ke rumahnya di Taman Satria pada
petang ini jika dia kelapangan.

Soalan 13 dan 14
Pilih ayat-ayat yang betul.

13. I Pemandangan di Kulim indah nian pada waktu malam.

II Encik Hamidon sangat sayang akan anak-anaknya.

III Pemain itu yang dikatakan paling handal sekali.

IV Inilah menara yang tertinggi sekali di Malaysia.

A I dan II sahaja

B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja

4
14. I Pengemis itu tidur berbantalkan dengan lengan.

II Pembungkus makanan itu melakukan kerja dalam keadaan yang bersih.

III Bomoh itu meletakkan kemenyan ke dalam perasap.

IV Pengembara sesat itu tiba di sebuah perkampungan orang asli.

A I dan IV sahaja

B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja

Soalan 15
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

15. Aida amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia hanya
mengharapkan sebentuk cincin sahaja.
Keadaan ini diibaratkan

A orang mengantuk disorongkan bantal.

B kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

C pucuk dicita ulam mendatang.

D pungguk merindukan bulan.

5
Soalan 16 - 20
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sungai Layong yang mudah banjir itu menerima tetamu. Ada yang berenang, ada juga yang
duduk berceratukan di tebingnya. Ibu-ibu separuh umur terbongkok-bongkok mencuci
pingganmangkuk. Anak-anak muda sibuk mengangkat air. Ada yang sempat mengusik seorang dua
anak gadis yang menuju ke sungai. Beluntung membeliakkan matanya. Apa yang terjadi? Mengapa
tiba-tiba sahaja orang kampung berada di halaman rumahnya?
Tuyog mendengus mengejutkan budak-budak yang mandi di sungai. Mereka segera naik ke
tebing. Jantung Beluntung berdebar-debar. Perasaan ingin tahu menguasai hatinya. Dia terjun dari
belakang Tuyog lalu berlari ke rumah.
“Mana ibu?” Mereka yang berada di dalam rumah itu tertinjau-tinjau ke arahnya. “Ibu kamu di
dapur memasak.” Beluntung diam dan terus ke dapur. Dia mendapati ibu tertawa riang bersama
jiran-jiran.
Beluntung memeluk ibunya sebelum keluar meninggalkan mereka. Dia tersenyum sendirian.
Ibu sihat rupanya, katanya dalam hati. Akan tetapi hatinya masih tertanya-tanya kenapa ramai orang
di rumahnya? Dia mencari-cari bapanya. Bapanya hanya duduk tenang sesekali tergelak
mendengar perbualan rakan-rakannya di halaman rumah.
“Kenapa ramai orang di sini?”
“Kau lulus, nak. Bapa gembira. Kita adakan kenduri.” Beluntung tersenyum lagi. Dia mendengar
Bawod menjerit-jerit. Dia berlari tetapi terlanggar tunggul kayu. Beluntung tersungkur dan tidak
sedarkan diri buat beberapa seketika. Setelah sedar, dia berada di pangkuan bapanya.

(Dipetik daripada cerpen Bawod,


antologi Bintang Hati Tingkatan 3,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)
16. Bagaimanakah perasaan Beluntung ketika ramai orang kampung berada di halaman rumahnya?

A Beluntung terlalu risau terhadap keselamatan ibu dan bapanya.

B Beluntung berasa gembira.

C Hati Beluntung tertanya-tanya perkara yang terjadi di rumahnya.

D Jantung Beluntung berdenyut-denyut.

17. Antara yang berikut, manakah perwatakan Beluntung berdasarkan petikan di atas?

6
A Seorang yang penyayang terhadap ibu bapa.

B Seorang yang prihatin akan keselamatan ibu bapa.

C Seorang yang penyayang terhadap haiwan.

D Seorang yang lemah semangat.

18.

“Kau lulus, nak. Bapa gembira. Kita adakan kenduri.”

Singkatan perkataan kau dan nak merupakan unsur gaya bahasa __________
A metafora C hiperbola
B personifikasi D sinkope
19. Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan di atas.

A Selepas sampai ke rumah, Beluntung terus berlari mendapatkan Bawod.

B Beluntung berasa takut untuk balik ke rumah setelah mengetahui ramai orang kampung
berada di halaman rumahnya.

C Bapa Beluntung berasa gembira kerana dia lulus dalam peperiksaan darjah enam.

D Ketika Beluntung sampai di rumah, ibunya sedang melayan tetamu yang hadir.

20. Apakah kesudahan cerpen ini? A Tuyog sudah disembelih.

B Beluntung menganggap Bawod seperti manusia dan sahabatnya sendiri.

C Beluntung sambung belajar ke menara gading.

D Beluntung berasa gembira kerana lulus dalam peperiksaan darjah enam.

Anda mungkin juga menyukai