Anda di halaman 1dari 5

Bahagian A

[20 markah]
[Masa dicadangkan : 25 minit]

Soalan 1 - 4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Sejak keluarganya berpindah, tiada sesiapa pun yang __________ rumah tersebut
sehingga kawasan sekitarnya menjadi semak samun.
A. mewarisi
B. mendiami
C. memasuki
D. mendekati

2. Kedengaran __________ suara orang menjerit meminta tolong ketika saya duduk
bersendirian pada petang itu.
A. jauh-jauh
B. jelas-jelas
C. sayup-sayup
D. samar-samar

3. Tujuan __________ itu dijalankan adalah untuk mendapatkan reaksi masyarakat tentang
sistem peperiksaan di negara kita.
A. maklum balas
B. soal jawab
C. soal siasat
D. kaji selidik

4. Barang-barang yang menjadi bahan bukti pihak pendakwa ada _________ pihak
mahkamah.
A. di C. kepada
B. pada D. dengan

5. Dia berasa ___________ ketika berada dalam majlis yang penuh adat istiadat yang
dihadiri oleh orang kenamaan.
A. kekok C. gerun
B. ganjil D. pelik
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Dengan __________ pelan yang diberikan oleh ibu, abang saya memberanikan diri untuk
ke pejabat pelajaran di tengah bandar.
A. berasaskan C. berpandukan
B. berdasarkan D. berlandaskan

Soalan 7 hingga Soalan 13


Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

7. Pemain yang sungguh lincah itu dikawal ketat oleh pihak lawan setiap kali dia menerima
A B C
bola. Tiada kesalahan.
D
8. Pengetua akan berbincang tentang program kecemerlangan murid kepada semua guru
A B
dalam mesyuarat pada minggu hadapan. Tiada kesalahan
C D

9. Deretan pasu bunga dan tompokan rumput yang terdapat di perkarangan rumah Kak
A B C
Hasnah sangat menarik perhatian kami. Tiada kesalahan.
D

10. Azrul kesejukan kerana kehujanan ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.
A B C
Tiada kesalahan.
D
Soalan 11 dan 13
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

11. Seorang dari peserta pertandingan syarahan itu telah menarik diri.
A. Seorang daripada peserta-peserta
B. Seorang daripada peserta
C. Seorang dari peserta-peserta
D. Seorang dari peserta

12. Juruteknik itu sedang memperbaiki perisian komputer pelanggannya yang rosak.
A. membaiki perisian komputer
B. memperbaiki pengisian komputer
C. membaikkan pengisian komputer
D. memperbaiki perisian komputer

13. Kami akan bersihkan kawasan belukar di belakang dewan itu secara bergotong-royong.
A. akan dibersihkan oleh kami
B. kami akan membersih
C. akan kami bersihkan
D. kami akan bersihkan.

Soalan 14 dan 15
Pilih ayat-ayat yang betul.

14. I. Adik saya pucat lesi setelah melihat tragedi itu.


II. Sekembalinya ke tanah air, cara hidup Halil lebih ke barat.
III. Dalam pasukan bola sepak sekolah kami, dialah yang termuda.
IV. Pokok-pokok cili Pak Abu terbantut pertumbuhannya kerana diserang penyakit.
A. I, II dan III.
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. I, III dan IV
Soalan 15
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan
peribahasa di bawah.

Pak Kassim Kamu perlu menyimpan sebahagian kecil daripada pendapatan kamu itu untuk
persediaan jika ditimpa kesusahan.
Farid Terima kasih atas nasihat Pak Kassim, saya akan sentiasa beringat-ingat.

15. Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan dialog di atas ialah


A. sediakan payung sebelum hujan.
B. ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
C. sehari selembar benang, lama-lama jadi kain.
D. sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Soalan 16 hingga 20
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Beluntung menyandang beg kanvas hijau tua, sementara tangan kirinya memegang
karung guni. Di hadapannya, Tuyoq tertambat pada pokok nangka. Beluntung mengusap-
usap pangkal ekor Tuyoq. Ekornya melentik. Tuyoq bertambah jinak dan mesra. Beluntung
meletakkan karung itu di belakang Tuyoq. Dia mengusap-usap pangkal ekornya lagi sebelum
membuka tali tambatan, kemudian naik ke belakang Tuyoq.
Bawod yang sejak tadi menjerit-jerit kini bertambah-tambah kuat jeritannya. Bawod
mengekori Tuyoq yang mula menjejakkan kaki di tebing Sungai Layong. Tuyoq menguak
dan berhenti langkah. Beluntung mengasak-asakkan kedua-dua belah kaki ke tulang rusuk
Tuyoq beberapa kali. Tuyoq melangkah kembali. Beluntung cepat-cepat memegang ekor
Tuyoq apabila Tuyoq turun ke sungai. Ekor itu dipegangnya kuat-kuat. Dia takut terlorot ke
leher Tuyoq atau terjatuh ke dalam sungai. Bawod masih juga menjerit-jerit. Apabila Tuyoq
berjalan, Bawod berlari-lari ke hulu ke hilir tebing sungai itu. Tuyoq dan Beluntung kini
sudah menyeberangi sungai. Bawod masih lagi menjerit-jerit.
(Dipetik dan diubah suai daripada cerpen Bawod,
antologi Bintang Hati,
Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia.)

16. Beluntung memegang ekor Tuyoq kuat-kuat apabila Tuyoq turun ke sungai kerana
A. Tuyoq terjerit-jerit.
B. Dia takut terlorot ke leher Tuyoq.
C. Tuyoq berlari-lari ke hulu sungai.
D. Tuyoq menjejakkan kaki ke tebing sungai.

17. Rangkai kata mengasak-asakkan kedua-dua belah kaki ke tulang rusuk membawa
maksud
A. membelai-belai tulang rusuk.
B. mengusap-usap tulang rusuk.
C. menendang-nendang tulang rusuk.
D. merapatkan kaki dengan kuat pada tulang rusuk.
18. Berdasarkan petikan cerpen, yang berikut merupakan latar tempat yang dinyatakan
kecuali
A. hilir tebing sungai
B. di bawah pokok nangka
C. halaman rumah
D. tebing Sungai Tuyoq

19. Pada pendapat anda, mengapakah Bawod menjerit-jerit apabila Tuyoq mula menjejakkan
kaki ke dalam sungai?
A. Bawod takut akan air.
B. Bawod ingin mengikut Tuyoq.
C. Beluntung meninggalkan Bawod.
D. Beluntung naik di belakang Bawod.

20. Berdasarkan keseluruhan cerpen, yang berikut merupakan perwatakan Beluntung


kecuali
A. penyayang
B. gigih berusaha
C. berani
D. pemikiran terbuka

Anda mungkin juga menyukai