Anda di halaman 1dari 9

Bahagian A

Soalan 1-6
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai

1. Apabila ………..sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.
A termangu
B terngiang
C terimbas
D terkenang
2 Ibu membeli ………… petai untuk dijadikan ulam makan tengah hari.
A seikat
B secekak
C selonggok
D setangkai
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Masjid Jamek terletak berdekatan dengan kawasan ……..antara Sungai Kelang dengan
Sungai Gombak.
A persatuan
B pertemuan
C perselisihan
D persimpangan
4 Suasana di rumah Puan Shanti ……….. dengan suara cucu-cucunya yang pulang bercuti.
A riuh-rendah
B kucar-kacir
C kelam-kabut
D huru-hara
5 Para penonton yang hadir terhibur ………….persembahan kumpulan nasyid itu.
A dengan
B akan
C oleh
D atas
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah

6 Aminah …………….. semasa balik dari kuliah petang semalam.

A dihujan
B dihujani
C berhujan
D kehujanan
Soalan 7-8
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan. Kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B
atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

7 Majalah-majalah yang bertimbun-timbun itu kami baca. Tiada kesalahan

A B C D

8 Sultan Zanariah akan berangkat untuk bercemar duli dalam majlis jamuan diraja yang akan diadakan di sebuah hotel
A B C
Tiada kesalahan
D

Soalan 9
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

9 I Dia meronta-ronta sekuat tenaga tetapi tidak juga lepas.

Il Mereka tidak lepas daripada menghadapi pancaroba kehidupan.
III Lepas makan tengah hari, bolehlah kita berjalan-jalan.
IV Keterangan yang telah diberikan itu tidak begitu lepas.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, ll dan Ill sahaja
. D II, III dan IV sahaja

Soalan 10 dan 11
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan
10 Kami telah berjalan lebih dari dua setengah kilometer
A dari dua kilometer setengah
B daripada dua kilometer setengah
C daripada dua setengah kilometer.
D dari dua setengah kilometer
11 Semua gula-gula yang dibeli oleh saya sudah saya berikan kepada adik,
A Gula-gula yang saya belikan
B Semua gula-gula yang saya beli
C Gula-gula yang dibeli oleh saya
D Semua gula-gula yang dibeli oleh saya

Soalan 12
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
12 "Kalau awak ada masa lapang petang ini, datanglah ke rumah saya di Taman Satria,"
kata Aiman kepada Hafiz.
A Hafiz dipelawa oleh Aiman supaya datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang itu
jika dia ada masa lapang.
B Aiman berkata kepada Hafiz bahawa sekiranya awak ada masa lapang. datanglah ke
rumahnya di Taman Satria.
C Aiman mengajak Hafiz datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang ini kalau
Aiman ada masa lapang
D Hafiz memberitahu Aiman bahawa dia akan datang ke rumahnya di Taman Satria pada
petang ini jika dia kelapangan
Soalan 13 dan 14
Pilih ayat-ayat yang betul.

13. I Pemandangan di Kulim indah nian pada waktu malam

II Encik Hamidon sangat sayang akan anak-anaknya
III Pemain itu yang dikatakan paling handal sekali
IV Inilah menara yang tertinggi sekali di Malaysia
A I dan Il sahaja C I, II dan lIl sahaja
B Ill dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja
14. I Pengemis itu tidur berbantalan dengan lengan
II Pembungkus makanan itu melakukan kerja dalam keadaan yang bersih
III Bomoh itu meletakkan kemenyan ke dalam perasap.
IV Pengembara sesat itu tiba di sebuah perkampungan orang asli
A I dan IV sahaja C I, II dan III sahaja
B II dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja
Soalan 15 dan 16
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
15. Aida amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia hanya mengharapkan sebentuk cincin
sahaja. Keadaan ini diibaratkan
A orang mengantuk disorongkan bantal
B kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan
C pucuk dicita ulam mendatang
D pungguk merindukan bulan.
16. Peribahasa yang menunjukkan perilaku kalau jauh berkasih-kasihan, kalau dekat
saling bergaduh ialah
A aur ditarik songsang
B gunting makan hujung
C telur di hujung tanduk
D jauh bau bunga, dekat bau tahi

Soalan 17 hingga Soalan 20

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Hatta, maka pada suatu waktu kedua-dua orang suami isteri itu meninggal dunia. Mereka meninggalkan dua
orang anaknya itu yang masih kecil. Kedua-dua orang anak yatim piatu itu masih belum dapat mencari nafkahnya
sendiri kerana mereka masih terlalu kecil. Segala ternakan dan harta benda peninggalan orang tuanya habis
diambil oleh orang-orang jahat, sehingga kedua-dua orang anak yatim piatu itu melarat hidupnya. Hanya sebuah
kolam ikan yang digali dan dibuat sendiri oleh ayahnya sahaja yang masih tinggal dan tidak dapat dicuri atau
diambil oleh orang-orang jahat itu. Pusaka satu-satunya yang tinggal itulah yang selalu dijaga siang dan malam
oleh kedua-dua orang anak yang malang itu. Anak yang sulung sudah agak besar, akan tetapi sayang sekali anak
itu cacat. Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua-dua
tumitnya berlubang.

Hatta, maka pada suatu hari pergilah Si Bongsu melihat-lihat kolam ikan peninggalan orang tuanya. Didapatinya
dekat kolam itu tujuh orang wanita baru sahaja selesai mandi dan sedang bersiap-siap untuk berangkat pulang.

(Dipetik daripada prosa tradisional "Asal Padi",

antologi Kuingin Berterima kasih,
Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

17 Yang berikut ialah harta anak yatim yang ditinggalkan oleh ibu dan bapa mereka setelah ibu
bapa mereka meninggal dunia, kecuali
A tanah
B ternakan
C kolam ikan
D harta benda peninggalan.

18 Yang berikut ialah gambaran kecacatan pada anak sulung, kecuali

A jari-jari kakinya tumbuh melekat antara satu sama lain.
B kedua-dua tumitnya berlubang.
C kakinya kerekot.
D matanya buta.

19 Apakah persoalan utama yang terdapat dalam petikan di atas?

A Persoalan tanggungjawab seorang abang terhadap adiknya
B Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
C Persoalan penganiayaan terhadap anak yatim piatu
D Persoalan keberanian menentang kejahatan

20 Berdasarkan petikan di atas, mengapakah kita dilarang menganiayai anak yatim piatu?
A Anak yatim piatu hidup dalam kesedihan
B Anak yatim piatu tiada tempat bergantung
C Anak yatim piatu tiada harta
D Anak yatim piatu cacat
BAHAGIAN B (25 Markah)
1) KESALAHAN EJAAN (5 markah)

1) Ayah membeli sekotak air mineral yang mempunyai isi padu minima 500 milimeter bagi sebotol air.

____________________________________________________________________________________________________

2) Pihak sekolah mengedarkan surat makluman mengenai pendaftaran para murid-murid Tahun 1 bagi tahun 2020.

____________________________________________________________________________________________________

3) Ibu memberitahu bahawa murid pra-sekolah akan mengadakan lawatan sambil belajar di Zoo Negara.

____________________________________________________________________________________________________

4) Ali berminat untuk mengikuti ke sesi temu duga terbuka yang akan diadakan pada Sabtu ini di Balai Polis Kuala
Lumpur.

____________________________________________________________________________________________________

2) PETIKAN PEMAHAMAN (10 Markah )

Baca bahan-bahan yang dibenarkan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bahan 1

Bahan 2

Hanif : Rajan, buku apakah yang sedang kamu baca?

Rajan: Buku ini adalah tentang sejarah negara Malaysia.
Hanif : Bolehkah kamu terangkan kepada saya tentang isi kandungan buku ini? Boleh. Buku ini
Rajan: menceritakan kisah penjajahan kuasa asing yang pernah menakluki negara kita. Secara tidak
langsung, kita dapat membuka mata dan minda kita agar terus menjaga dan mempertahankan
negara daripada kuasa asing.
Nampaknya kamu sangat meminati buku seperti ini.
Hanif : Betul. Saya amat meminati buku seperti ini supaya saya dapat menghargai jasa dan
Rajan : pengorbanan pejuang terdahulu.
Adakah kamu selalu ke perpustakaan? Saya selalu ke perpustakaan kerana saya dapat
Hanif : membaca pelbagai jenis buku.
Rajan : Terima kasih atas penjelasan kamu, Rajan.
Hanif : Sama-sama, Hanif.
Rajan :
i) Nyatakan persamaan yang terdapat dalam Bahan 1 dan Bahan 2.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(3 markah)

ii) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam Bahan 2.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
(3 markah)

iii) Sebagai seorang murid, apakah cara-cara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu?
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(4 markah)

3) NOVEL ( 10 Markah)

1) Berdasarkan Novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani, jelaskan tiga pengajaran berserta contoh yang peristiwa yang
sesuai.

Berdasarkan novel yang saya kaji ialah ________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________
Antara __________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
Selain itu, _______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
Akhir sekali, ____________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
BAHAGIAN C (15 MARKAH)

1) Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

PERCUTIAN KE PULAU TIOMAN

Percutian Secara Persendirian Pakej Percutian

• Akan menginap di salah sebuah inap desa milik • Dianjurkan oleh Pakej Agensi Urus Bakti
salah seorang rakan di sana • RM500 seorang untuk penginapan selama tiga
• RM250 seorang untuk penginapan selama tiga hari
hari • Penginapan di hotel bertaraf empat bintang
• Atur cara lawatan disediakan sendiri oleh anda • Sarapan disediakan
dan rakan-rakan • Khidmat jurulatih selam scuba disediakan
• Atur cara lawatan yang lengkap

ATAU

2) Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan
pengurusan masa dalam kalangan pelajar. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Menyedari bahawa masa pasti tidak akan menunggu kita, kita sebagai golongan pelajar harus bijak mengurus masa
dengan sebaik mungkin. Hal ini supava kita tidak kerugian dan menyesal sebagai akibat gagal dalam pelajaran. Terdapat beberapa
kepentingan bagi kita jika kita mengurus masa dengan baik
Kepentingan utama pengurusan masa yang baik adalah untuk membolehkan kita mengoptimumkan setiap detik yang ada
dengan perkara-perkara yang berfaedah. Dengan bersikap hati-hati menggunakan masa, kita dapat mengelakkan diri daripada
menjadi leka atau lalai terhadap sesuatu hal yang tidak berfaedah. Di samping itu, orang yang mengurus masa dengan baik akan
mempunyai ciri-ciri seperti berdisiplin, kreatif, cekap bekerja, dan mempunyai matlamat atau berwawasan. Sesungguhnya,
mengurus masa bukanlah suatu perkara yang mudah. Maka, apabila seseorang itu mampu mengurus masanya, bermakna bahawa
dia memiliki beberapa nilai positif yang lain, terutamanya berdisiplin.
Selain itu, seseorang yang tahu mengurus masa dengan baik juga tahu membuat perancangan demi mencapai
matlamatnya. Misalnya, pelajar yang ingin mencapai cita-citanya akan menyusun masanya untuk diagih-agihkan kepada perkara-
perkara yang mengarah cita-citanya itu. Masanya akan dihabiskan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah, mengulang kaji
pelajaran, berbincang tentang topik-topik pelajaran, membaca untuk meluaskan minda, serta mendapatkan rehat yang cukup agar
badannya senantiasa cergas. Di samping itu, pengurusan masa yang baik akan menghasilkan kesempurnaan dalam kerja juga.
Pelajar sebegini akan dapat menyusun dan menulis nota-nota ringkas kerana menjelang peperiksaan, pelajar tidak berkesempatan
lagi untuk membuat rujukan daripada buku-buku teks. Kualiti kerja pelajar sebegini juga lazimnya lebih baik daripada pelajar
yang membuat kerja pada saat-saat akhir.
Akhir sekali, pengurus masa yang baik dapat melalui kehidupan hariannya dengan tenang. Hal ini demikian kerana
segala aktiviti hariannya telah disusun berdasarkan perancangan yang telah dibuat. Hal ini membolehkannya melakukan kerja-
kerjanya satu persatu dengan tenang dan sempurna. Dia tahu untuk mendahulukan kerja-kerja yang penting dan disusuli dengan
kerja-kerja yang lain. Sesungguhnya mereka yang tahu mengurus masa akan dapat mengatur hidupnya dengan sempurna dan
tentunya akan menjamin kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan.
KERTAS 2

Karangan Pendek (10 Markah)

1) Berdasarkan maklumat yag disediakan , tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Percutian di Melaka
cuti persekolahan – bercuti – tempat menarik – Zoo Melaka – berasa teruja – pelbagai jenis haiwan – melawat ke tempat
bersejarah – merakamkan gambar – membeli – cenderamata – berasa gembira – pengetahuan – pengalaman menarik –

Karangan Respon Terbuka (30 markah)

1) Huraikan pandangan anda, mengenai (kepentingan/manfaat/kebaikan/kelebihan/faedah) (aktiviti beriadah / berekreasi)

dalam kehidupan masyakarat yang kian alpa di bawa arus pemodenan. Tulis panjang karangan anda tidak kurang daripada 180
patah perkataan.

2) Pada minggu yang lalu, Kelab Rukun Tetangga di kawasan perumahan anda telah mengadakan aktiviti riadah dan rekreasi di
taman permainan. Anda sekeluarga telah menyertai aktiviti tersebut. Ceritakan pengalaman anda sekeluarga semasa menyertai
aktiviti terebut. 1
RINGKASAN

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kegunaan-kegunaan serai
Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya mengunakan ayat sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Serai ialah sejenis rumput yang dikatakan berasal dari Selatan India dan Sri Lanka. Serai menjadi tarikan banyak pihak
kerana penggunaannya yang meluas dalam industri makanan, perubatan tradisional dan nilai komersialnya dalam penghasilan
minyak pati serai
Sejak dahulu lagi, selain dijadikan penyedap masakan, serai juga digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat
pelbagai penyakit seperti batuk, selesema, sakit kepala, radang gusi, kusta dan maluria. Bagi golongan wanita, serai sangat
berguna kepada mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana serai yang dicampurkan dengan lada dapat dijadikan sebagai terapi
terbaik di rumah untuk mengatasi masalah haid dan loya. Selain itu, serai dipercayai dapat mengurangkan asid urik, kolesterol,
lemak yang berlebihan dan toksin dalam tubuh manusia melalui proses detoksifikasi secara semula jadi. Sudah tentu hal ini
sesuatu yang menggembirakan banyak pihak, khasnya bagi mereka yang menghadapi masalah berat badan yang berlebihan. Bagi
golongan yang menghadapi masalah kulit muka seperti jerawat pula, serai juga diyakini dapat membantu mereka.
Berdasarkan kedudukan serai sebagai tumbuhan ubatan dalam rawatan tradisional, pelbagai kajian moden telah dilakukan
terhadap serai termasuklah minyak pati serai dan ekstrak cecairnya. Kini, minyak pati serai dikomersialkan dalam pelbagai
bidang. Sebatian kimia utamanya iaitu sitral menghasilkan bau lemon yang kuat dan wangi. Sebatian inilah yang digunakan dalam
pembuatan kosmetik seperti minyak wangi dan sabun. Peranan serai sebagai anti kanser juga turut diakui. Hal ini dikatakan
demikian kerana berdasarkan laporan, minyak pati serai berkesan untuk menghalang pertumbuhan sel tumor, sekali gus
membunuhnya.
Jelaslah bahawa serai merupakan anugerah Tuhan yang cukup istimewa kepada manusia. Olch itu, para petani boleh
mengusahakan tanaman serai sebagai tanaman alternatif lantaran potensinya yang besar dalam industri tempatan dan
antarabangsa.

( Dipetik dan diubahsuaikan

daripada Minyak Pati Serai Antikanser
Dewan Kosmik bil 2. 2017)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------

JAWAPAN
KERTAS 1
1. D 6. D 11. B 16. D
2. A 7. A 12. A 17. A
3. B 8. C 13. A 18. D
4. A 9. C 14. D 19. C
5. C 10. B 15. C 20. B

PEMAHAMAN TEKS
Soalan 2 i) …..pentingnya amalan membaca
…..seorang yang membaca bahan bacaan akan menaikkan nama baik bagi sesuatu
bangsa

ii) ….kita mestialh sentiasa membaca tanpa mengira masa

….kita haruslah menjadikan amalan membaca sebagai hobi.

iii) …membaca bahan bacaan yang menggunakan bahasa melayu

….berkomunikasi dengan org lain menggunakan bahasa melayu yang betul dan tepat

RINGKASAN ( Kepentingan pengurusan masa)

- Membolehkan kita mengoptimumkan setiap detik yang ada dengan perkara-perkara yang berfaedah
- Dapat mengelakkan diri daripada menjadi leka atau lalai terhadap sesuatu hal yang tidak berfaedah
- Mengurus masa dengan baik akan mempunyai cirri-ciri seperti berdisiplin, kreatif, cekap bekerja dan mempunyai
matlamat
- Tahu membuat perancangan demi mencapai matlamt
- Mencapai cita-citanya akan menyusun masanya untuk diagih-agihkan kepada perkara yang mengarah cita-citanya
- Menghasilkan kesempurnaan dalam kerja juga
- Kualiti kerja pelajar sebegini juga lazimnya lebih baik daripada pelajar yang membuat kerja pada saat-saat akhir
- Dapat melalui kehidupan hariannya dengan tenang

ULASAN
Jawapan calon mesti ada unsur perbandingan antara dua bahan, contoh
• percutian secara persendirian lebih……drpd pakej percutian
• walaupun …….tetapi……….yang ditawarkan.
• Penginapan .......lebih ……..berbanding ……
- Isi tersurat
- Isi tersirat (contoh)
- Penanda wacana

Anda mungkin juga menyukai