Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MAT SALLEH

06800 YAN, KEDAH DARUL AMAN



BAHASA MELAYU

TAHUN 5

UJIAN BULANAN (MAC)


NAMA : TARIKH : .


JAWAB SEMUA SOALAN

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. (pengetahuan - rendah)

1. Buku kanak-kanak itu ditulis ______ Cikgu Rosli . tahu

A. daripada B. pada
C. oleh D. di


2. Orang tua itu sudah berusia lanjut. _______, dia masih mampu melakukan kerja-
kerja yang berat.

A. Walhal B. Namun demikian
C. Lebih-lebih lagi D. Justeru


3. Rata-rata rakyat mula bersungut kerana harga barang semakin ____________.

A. melambung tinggi B. mendabik dada
C. melontar jauh D. melonjak tinggi



4. Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan bergaris.

Tali pada gitar mainan adik sudah kendur.

A. tegang B. ketat
C. kuat D. keras

5. Pilih jawapan yang paling sesuai sebagai jawapan kepada soalan yang
bergaris.

Mengapakah kamu tidak mengikut lawatan ke Genting Highlands?

A. Saya akan mengikut lawatan itu pada tahun depan.
B. Lawatan itu disertai oleh 30 orang murid.
C. Saya tidak mendapat kebenaran daripada ibu saya.
D. Lawatan itu mengambil masa dua hari.


6. Pilih ayat tanya yang paling sesuai sebagai soalan kepada jawapan yang
bergaris.

Saya suka membaca buku cerita.

A. Mengapakah kamu suka membaca buku cerita?
B. Bilakah kamu membaca buku cerita?
C. Di manakah kamu membaca buku cerita?
D. Apakah yang kamu lakukan pada masa lapang?


7. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris

Sofea, ini buku cerita kamu? tanya Farah.

A. Buku cerita itu kepunyaan Sofea
B. Sofea bertanya kepada Farah tentang buku ceritanya.
C. Sofea memberitahu Farah bahawa buku cerita itu kepunyaannya.
D. Farah bertanya kepada Sofea sama ada buku cerita itu kepunyaannya.


8. Tukarkan bentuk cakap ajuk atau cakap pindah di bawah ini.

Saiful ditanya oleh guru kelasnya tentang sebab dia tidak hadir ke sekolah
semalam.

A. "Kamu pergi ke mana semalam semalam?" tanya guru kelas kepada Saiful.
B. "Saiful, mengapa kamu tidak hadir ke sekolah?" tanya guru kelas kepada
Saiful.
C. "Mengapa kamu tidak hadir ke sekolah semalam?" tanya guru kelas kepada
Saiful.
D. "Saiful, mengapa kamu tidak mahu hadir ke sekolah?" tanya guru kelas
kepada Saiful


9. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.

I. Walaupun sudah tua, namun penglihatan datuk masih lagi tajam.
II. Kata-kata yang diucapkan Mak Melah sangat tajam.
III. Budak-budak itu mempunyai akal yang tajam.
IV. Pak Mat mengasah parang itu sehingga tajam

A. I, II, III dan IV.
B. I, II dan IV.
C. I, III dan IV.
D. II, III dan IV


10. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Suasana di pasar malam itu _______ dengan suara penjual dan pembeli.

A. huru-hara
B. hingar-bingar
C. kusut-masai
D. porak-peranda


11. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah











Haikal suka menunggang basikal ________ waktu petang.

A. di B. pada
C. dari D. oleh






12. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.









Salam melanggar seekor anjing yang melintas secara ______________.

A . tiba-tiba C. diam-diam
B. sembunyi-bunyi D. hati-hati


13. Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat.

Sejak tadi pemuda itu kelihatan gelisah _______________.

A. seperti cacing kepanasan
B. seperti halilintar membelah bumi
C. seperti ikan kena tuba
D. seperti kera mendapat bunga


14. Pasukan bola sepak sekolah kami gagal ke pertandingan akhir.

Pilih perkataan berlawan bagi gagal.

A. juara
B. johan
C. berjaya
D. menang


15. Pilih ayat yang betul.

A. Keluarga itu riuh-rendah kerana tidak bersefahaman.
B. Majlis itu terpaksa ditangguhkan kerana masalah teknikal.
C. Sikapnya yang suka menipu membenci oleh rakan-rakan.
D. Polis trafik telah mendakwa pemandu yang memandu laju itu.




16. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I. Ibu menghangatkan kuah sup di atas dapur.
II. Kehadiran penyanyi popular itu menghangatkan lagi konsert amal
tersebut.
III. Jenaka spontan para pelawak itu menghangatkan suasana
pertandingan.
IV. Berita yang baru diterimanya itu menghangatkan hatinya.


A. I,II dan IV
B II,III dan IV
C. I, II dan III
D. I,II, III dan IV



Soalan 17 hingga 20.

Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Pakaian kemas tampak lawa,
Apabila bertugas sedia berkhidmat;
Semangat waja pendam di jiwa,
Mencipta jaya menjadi matlamat.

Banjir melanda kawasan rendah,
Tanpa berlengah segera berpindah;
Duri dan ranjau terus diredah,
Tidak gentar walau kaki berdarah.

Enak sungguh makan capati,
Di tepi gerai menjamu mata;
Hasrat ibu dan ayah teguh di hati,
Membela nasib keluarga tercinta.

Udara habuk masuk di mata,
Tangan berdarah terkena kaca;
Tidak mahu lagi hidup menderita,
Miskin dihina susah dicerca.


Hari siang matahari terang,
Duduk bersantai di atas tangga;
Mahu ibu tersenyum girang,
Biar ayah tertawa bangga.

Lukisan cantik menghias dinding,
Mata terpegun hati berangan;
Anak berjaya di menara gading,
Menggenggam ijazah erat di tangan.



17. Pada pendapat anda, apakah keinginan pemantun dalam rangkap ketiga
pantun ini?

A. segera berpindah
B. meredah duri dan ranjau
C. membela nasib keluarganya yang tercinta
D. duduk bersantai di atas tangga

18. Bagaimanakah keadaan hidup golongan miskin?

A. tabah mengharungi duri dan ranjau
B. sering dihina
C. menyimpan semangat yang waja
D. tidak mampu meneruskan kehidupan

19. Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan pantun.

A. Pemantun bertekad ingin lari dari belenggu kemiskinan.
B. Pemantun rela bersusah payah untuk mencapai cita-citanya.
C. Pemantun ingin menggembirakan ibu dan bapanya.
D. Ibu bapa pemantun bersikap mementingkan diri.

20. Rangkai kata menjamu mata dalam pantun bermaksud .

A. mengalami masalah penglihatan.
B. melihat sesuatu kerana terpaksa.
C. melihat tanpa berfikir.
D. melihat sekehendak hati.

Anda mungkin juga menyukai