Anda di halaman 1dari 8

UJIAN BULAN FEBRUARI BAHASA MELAYU TAHUN 4

Soalan 1 hingga 5 Baca cerita di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya. Pada suatu hari , Yoke Meng terlewat bangun dari tidur. Dia segera memakai baju sekolah dan mengambil begnya lalu mengayuh basikal dengan laju. Apabila dia sampai di sekolah , pelajaran pertama sudah bermula. Yoke Meng dimarahi oleh gurunya kerana mangganggu kelas. Yoke Meng juga didenda kerana tidak membawa buku latihannya. Denda yang diterimanya ialah dia tidak dibenarkan keluar kelas semasa rehat. Yoke Meng berasa sangat lapar. Tambahan pula dia tidak bersarapan pada waktu pagi. Sebaik sahaja tamat waktu persekolahan , dia segera pulang ke rumahnya. Waktu itu hujan lebat. Yoke Meng tidak membawa baju hujan. Oleh itu , dia tiba di rumahnya dalam keadaan basah dan kesejukan. 1. Apakah yang telah berlaku kepada Yoke Meng ? A. Dia tertinggal bas C. Dia terlupa bersarapan B. Dia tidak dapat ke sekolah D. Dia terlambat bangun 2. Yoke Meng pergi ke sekolah dengan A. kereta C. berjalan kaki B. basikal D. bas 3. Sewaktu dia sampai di sekolah A. pelajaran pertama sudah bermula C. Guru besar sedang berucap B. murid-murid sedang berehat D. Perhimpunan sedang diadakan 4. Mengapakah Yoke Meng didenda ? A. Dia lambat bangun dari tidur. C. Dia datang lambat ke sekolah B. Dia tidak membawa buku latihan. D. Dia tidak keluar semasa rehat. 5. Yoke Meng sampai di rumahnya dalam keadaan ........ A. basah dan berpeluh C. Basah dan kesejukan B. riang dan gembira D. Sedih dan kelaparan Soalan 6 hingga 10. Baca surat kiriman di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya. 232, Jalan Damai 1 , Taman Damai Setia , 53200 Kuala Lumpur. 24 Februari 1999.

Menemui saudara Andrew Lim semoga berada di dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang . Saudara , Kenalan saya dari Indonesia akan datang mengunjungi saya pada hari Sabtu bersamaan 27 Februari. Dia datang bersama-sama keluarganya. Mereka akan tinggal di rumah saya selama beberapa hari. Oleh itu saya akan mengadakan majlis untuk meraikannya. Majlis itu akan diadakan pada hari Ahad bersamaan 28 Februari , jam 3.00 petang. Saya telah menjemput beberapa orang kawan untuk menemui kenalan saya itu. Saya berharap saudara juga akan turut hadir. Menurut kenalan saya itu , bapanya membawa pita-pita video mengenai Indonesia. Jadi , bolehlah kita menonton bersama-sama. Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Sekian , terima kasih. Yang benar , Fadzil ( Mohd. Fadzil ) 6. Kepada siapakah surat ini ditulis ? A. Kenalan C. Mohd. Fadzil C. Kawan-kawannya D. Andrew Lim 7. Kenalan penulis akan datang ke Malaysia bersama ..... A. kawannya C. keluarganya B. gurunya D. bapanya 8. Apakah majlis yang akan diadakan oleh penulis ? A. Majlis perkahwinan sahabatnya C. Majlis meraikan kejayaannya B. Majlis meraikan kenalannya D. Majlis sambutan hari jadinya 9. Bilakah majlis itu akan diadakan ? A. Hari Ahad bersamaan 27 Februari. C. Hari Ahad bersamaan 28 Februari. B. Hari Sabtu bersamaan 28 Februari. D. Hari Sabtu bersamaan 27 Februari. 10. Bapa kenalan penulis akan membawa ........... A. pita-pita video mengenai Indonesia. C. perakam video dari Indonesia. B. kraftangan dari Indonesia. D. peta dan gambar-gambar mengenai Indonesia

Soalan 11 hingga 15 Baca pantun di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya. Pak Mat mengait kelapa , Untuk dijual kepada Mak Nyonya ,

Menuntut ilmu janganlah lupa , Kelak hidupmu akan berjaya . Duduk memencing di tepi paya , Dapat seekor si ikan keli , Apabila kamu telah berjaya , Jangan pula meninggi diri . Naik basikal ke kedai Pak Sulong , Hendak membeli sebungkus kuaci , Jika kita bersikap sombong , Semua orang akan membenci . 11. Kepada siapakah kelapa itu hendak dijual ? A. Pak Mat C. Mak Nyonya B. Pak Sulong D. Semua orang 12. Hidup kita akan berjaya jika ...... A. kita menuntut ilmu B. kita pergi ke kedai sombong C. kita rajin bermain D. kita bersikap

13. Di manakah pengarang pantun pergi memencing ikan ? A. Di tepi laut C. Di tepi sungai B. Di tepi paya D. Di tepi kolam 14. Semua orang akan membenci kita jika kita ..... A. tidak menuntut ilmu C. bersikap sombong B. suka membantu orang lain D. tidak mempunyai harta 15. Maksud rangkai kata meninggi diri dalam pantun di atas ialah .... A. bersikap jujur C. bersikap iri hati B. bersikap sombong D. bersikap tamak Soalan 16 hingga 20 Baca dialog dan jawab soalan-soalan berikutnya. Cikgu Tina : Adnan , apakah cita-cita kamu apabila besar nanti ? Adnan: Saya hendak menjadi seorang juruterbang , cikgu ? Cikgu Tina : Mengapakah kamu hendak menjadi seorang juruterbang ? Adnan: Ia satu pekerjaan yang menarik. Dengan menjadi juruterbang saya boleh melawat banyak negara. Oleh itu saya tidak perlu mengeluarkan tambang sendiri. Cikgu Tina : Bagaimana dengan kamu pula , Ming Fei ? Ming Fei : Saya ingin menjadi guru , cikgu . Cikgu Tina : Beritahu kepada kelas kenapa kamu hendak menjadi seorang guru .

Ming Fei : Guru ialah satu pekerjaan yang baik. Semua orang menghormati guru. Saya ingin berbakti kepada negara . Cikgu Tina : Apakah yang kamu semua lakukan untuk mencapai cita-cita ? Murid-murid : Belajar dengan bersungguh-sungguh , cikgu . Cikgu Tina : Cikgu harap kamu semua akan berjaya . 16. Di manakah perbualan itu berlaku ? A. Di rumah C. Di bilik darjah B. Di padang D. Di kedai 17. Adnan hendak menjadi seorang ........ A. guru C. peniaga B. hakim D. juruterbang 18. Adnan ingin menjadi juruterbang kerana dia .... A. boleh naik kapal terbang. C. boleh berjumpa ramai orang. B. boleh melawat banyak negara. D. Boleh bertemu pelancong asing. 19. Apakah yang mesti dilakukan untuk mencapai cita-cita ? A. Belajar dengan bersungguh-sungguh. C. Menjadi seorang guru B. Menaiki kapal terbang D. Melawat negara lain 20. Maksud perkataan berbakti dalam dialog di atas ialah ..... A. berjasa C. berbaik B. bekerja D. berusaha Soalan 21 hingga 34 Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. 21. Ibu negara Malaysia ialah .............. A. Ipoh C. Kuala Lumpur B. Shah Alam D. Seremban 22. Saya bercita-cita hendak menjadi seorang .......... A. bank C. polis B. pencuri D. bunga 23. Berapa umur .......... ? tanya doktor itu kepada Sanjit. A. awak C. saya B. dia D. mereka 24. Ayah ............... meninggal dunia ketika dia berusia setahun.

A. mereka B. nya

C. kami D. dia

25. Sarah , ............... cita-cita kamu apabila besar nanti ? A. apa C. mengapa B. apakah D. kenapa 26. Saya tidak tahu ........... nama budak itu . A. siapakah C. siapa B. berapakah D. di mana 27. Entah ........... yang budak itu makan. A. mengapakah B. siapa D. apa

C. bagaimanakah

28. Air sungai ini ............... dengan deras. A. mengalir C. melimpah B. menurun D. menerjun 29. Puan Lim ............... sayur dengan pisau . A. memotong C. mencincang B. membelah D. membedah 30. Budak itu berlari ......... membawa bola. A. sambil C. jika B. kerana D. sebab 31. Aminah mengambil begnya .......... pergi dari situ . A. semenjak C. selepas B. lalu D. tetapi 32. Dia duduk di situ ............. pagi ............ petang. A. dari............ ke C. dari.............hingga B. ke...............dari D. ke................hingga 33. ................. tadi ................. sekarang dia masih belum datang lagi. A. Hingga .......... dari C. Ke ............. dari B. Dari .............. ke D. Dari ........... hingga 34. .............. malangnya nasib saya ! A. Oh C. Wah B. Cis D. Amboi

Soalan 35 hingga 38 Pilih simpulan bahasa yang sesuai. 35. Encik Alias mengambil .......... kerana dia tiada anak sendiri . A. bapa angkat C. anak angkat B. anak buah D. buah hati 36. Dia telah menjadi ............ Pak Salleh semenjak kecil lagi . A. anak piatu C. anak ibu B. ibu ayam D. anak pungut 37. Saya berada ............... dan tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak. A. atas angin C. anak angkat C. atas pagar D. ayam tambatan 38. Pihak polis menjumpai banyak ........... di rumah kosong itu. A. barang kemas C. anak gelap B. anak yatim D. barang gelap Soalan 39 hingga 40 Pilih maksud yang sama pada rangkai kata yang bergaris. 39. Pak Ali terkejut melihat bekas kaki harimau di belakang rumahnya. A. tertelan C. terperanjat C. terlihat D. tertanam 40. Rosli memandu kereta itu dengan laju sekali . A. lembap C. perlahan B. pantas D. kuat. Soalan 41 hingga 43 Berikan lawan perkataan yang bergaris. 41. Di dalam pasar itu terdapat pelbagai jenis barangan runcit. A. bermacam-macam C. berjenis-jenis B. sedikit D. berakit-rakit 42. Buku kepunyaan Zaki telah dibuang oleh adiknya. A. diambil C. dicampak B. dikoyak D. dimakan 43. Bangunan yang baharu dibina itu sungguh cantik. A. bersih C. lawa B. hodoh D. menawan

Soalan 44 hingga 47 Pilih ayat yang betul menggunakan perkataan yang bergaris. 44. A. Kok Seng mencakar sampah dengan penyapu. B. Emak menyuruh adik mencakar kakinya yang gatal. C. Kucing itu mencakar dinding rumah. D. Adik suka mencakar buku. A. B. C. D. A. B. C. D. A. B. C. D. Jalil mendapat nombor sebelas Dia berasa sebelas melihat budak itu. Hadi orang yang sebelas sampai Kami sebelas hati dengan kejadian itu Abang sedang memberus sampah. Kakak memberus air yang tumpah dengan kain. Saya memberus gigi sebelum tidur. Ayah memberus kepala adik dengan lembut. Ani berasa bimbang apabila terpegang seekor cicak. Hatinya berasa bimbang melihat telatah lucu pelawak itu. Janganlah kita bimbang ibu bapa. Saya bimbang tentang kesihatan ibu.

45.

46.

47.

Soalan 48 hingga 50 Pilih susunan ayat-ayat berikut mengikut urutan cerita yang betul. 48. I. II. III IV Berhampiran rumah Nora ada sebatang sungai. Nora pergi ke tepi sungai itu pada setiap petang. Dia suka melihat anak-anak ikan di dalamnya. Air sungai itu sangat jernih. IV, III , II dan I D. III , IV , I dan II

A. II , I , III dan IVC. B. I , IV , II dan III

49. I. berjaya. II. III. IV.

Dia berazam hendak menjadi seorang penanam bunga yang Lee Meng suka menanam bunga. Lee Meng gembira melihat bunga-bunganya hidup subur. Dia menanam berbagai-bagai jenis bunga di rumahnya.

A. III , II , IV dan I B. IV , III , II dan I

C. D.

II , IV , III dan I I , IV , III dan II

50.

I. II. III. IV.

Dia menjemput kawan-kawannya ke majlis itu. Hari itu ialah hari jadi Chiew Peng yang ke-10. Ibu Chiew Peng mengadakan majlis hari jadi untuknya. Chiew Peng berasa sangat gembira. C. D. I , III , II dan IV IV , II , I dan III

A. II , III , IV dan I B. III , I , IV dan II

Anda mungkin juga menyukai