Anda di halaman 1dari 13

Bahagian A

[15 markah]

Soalan 1 – 5
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah ini.

1 Encik Basri menggunakan sebilah untuk membelah kayu api itu.


A sabit
B pisau
C kapak
D parang

2 Biskut di dalam tin itu sudah kerana tinnya tidak ditutup dengan rapatnya.
A lemau
B lembut
C lembik
D lembap

3 Fazli di ruang menunggu kerana risau keadaan isterinya yang berada di dalam bilik

pembedahan. ©SHasAbKadCiIPSTdAn.TBEhRdPELIHARA

A lalu-lalang

B kusut-masai

C gopoh-gapah

D mundar-mandir

4 Nenek melatah apabila abang bahunya.


A meraba
B mencuit
C menggamit
D menyinggung

Pra K1 – 2

Kertas Model Pra-UASA

5 mereka tidak percaya akan kata-katanya?


A Siapakah
B Berapakah
C Mengapakah
D Bagaimanakah

Soalan 6
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.

6 I Kami bertolak ke kawasan pedalaman itu apabila hari sudah segar.


II Peristiwa yang menyedihkan itu masih segar dalam ingatanku.
III Sayur-mayur yang dijual di pasar malam itu masih segar.
IV Kami berjalan-jalan di taman bunga sambil menghirup udara segar.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV

Soalan 7
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa
atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan
dan tandakan D jika tiada kesalahan.

7 Adakah pendapat anda tentang Program Masyarakat Penyayang yang telah dilancarkan oleh pihak
kerajaan?
A Bagaimanakah dapatan anda
B Manakah dapatan anda
C Apakah pendapat anda
D Adakah pendapat anda

Soalan 8
Pilih ayat-ayat yang betul.

8 I Farhan tampil ke pentas untuk menerima hadiah dari pengetua sekolah.


II Pokok kelapa yang gugur ke arah kandang lembu itu telah ditebang oleh ayah.
III Syafik menuntun lelaki tua yang cacat penglihatan itu ketika melintas jalan raya.
IV Pembantu kedai itu memikul tong gas untuk dihantar ke rumah Puan Sofia.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV

Soalan 9
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

9 Penggunaan komputer lebih banyak membawa kesan baik daripada kesan buruk kepada
manusia.
A Manusia menerima kesan baik yang lebih banyak daripada kesan buruk dalam penggunaan
komputer.
B Dengan penggunaan komputer yang banyak, manusia menerima kesan baik dan buruk.
C Penggunaan komputer yang banyak telah mengakibatkan manusia menerima kesan yang baik
dan buruk.
D Lebih banyak manusia menerima kesan baik daripada kesan buruk apabila menggunakan
komputer.

Soalan 10
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
10 Ibu Husna menasihatinya agar berusaha dengan gigihnya sekiranya dia ingin mencapai cita-

citanya. Sekiranya Husna malas berusaha dia tidak akan berjaya.


Keadaan ini diumpamakan seperti peribahasa yang berikut, kecuali
A di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
B hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
C ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
D pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang.
Soalan 11 – 15
Baca bahan di bawah ini dengan telitinya dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Lim Pooi diam. Daripada riak wajahnya dia sedang mentafsir sama ada kata-kata Sim Pau
benar atau palsu semata-mata untuk menarik perhatiannya.

“Lim Meng pernah mengadu kepada aku, orang kampung semuanya kompelin. Kaunaikkan
harga barang sesuka hati. Kausorokkan barang-barang sesuka hati. Apabila orang kampung datang
nak beli, kau cakap gula dah habis. Padahal kausorokkan barang-barang itu di dalam stor dekat
belakang kedai tapi pada suatu masa pula, kaukeluarkan dan menjualnya dengan harga yang tinggi.
Kaukaut untung daripada orang kampung, sampaikan orang kampung terpaksa berhutang dengan
kau. Hutang itu pula kaukenakan bunga. Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan
kaulingkup. Apabila orang kampung dah tak percaya akan kau dan perniagaan kau mula tak laku,
kausalahkan kelahiran Lim Meng kerana Lim Meng lahirlah perniagaan kau rosak. Tak ada onglah.
Macam-macam lagi kautuduh. Lim Meng tak bersalah. Yang bersalahnya diri kau sendiri.”

Lim Pooi seolah-olah menelan sebutir-sebutir kata yang dimuntahkan dari mulut Sim Pau. Dia
langsung tidak baran lagi. Ada riak sedar pada wajahnya. Lim Pooi tampak tidak keruan. Dia mula
bangun dari kerusi malas dan menuju ke arah jendela nako yang terbuka luas. Malam itu tenang.
Cahaya bulan samar di langit.

Dipetik daripada cerpen ‘Kuih Bakul Limau Mandarin’,


antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia

11 Berdasarkan petikan, rangkai kata tak ada ong membawa maksud


A tiada peluang.
B tiada masalah.
C tidak menarik.
D tidak bernasib baik.

Kaukaut untung daripada orang kampung, sampaikan orang kampung terpaksa berhutang
dengan kau. Hutang itu pula kaukenakan bunga.

12 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah simpulan bahasa yang sesuai.


A Gelap mata
B Lintah darat
C Panjang akal
D Kambing hitam

Lim Pooi seolah-olah menelan sebutir-sebutir kata yang dimuntahkan dari mulut Sim Pau. Dia
langsung tidak baran lagi. Ada riak sedar pada wajahnya.

13 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah persoalan yang paling tepat dengan pernyataan tersebut?
A Kejujuran dalam berkata-kata
B Keegoan menyusahkan diri sendiri
C Keberanian dalam menegakkan keadilan
D Keinsafan atas kesalahan yang dilakukan

14 Yang berikut merupakan sikap Lim Pooi kepada orang-orang kampung, kecuali
A Lim Pooi menaikkan harga barang dengan sesuka hati.
B Lim Pooi tidak membenarkan orang-orang kampung berhutang di kedainya.
C Lim Pooi menyorokkan barang-barang tertentu di dalam stor di belakang kedainya.
D Lim Pooi menyatakan bahawa gula sudah habis apabila orang kampung mahu membelinya.
15 Berdasarkan petikan cerpen, Lim Pooi digambarkan sebagai seorang peniaga yang tidak
A bekerja keras.
B berdaya saing.
C berbudi pekerti.
D bertimbang rasa.

Anda mungkin juga menyukai