Anda di halaman 1dari 11

Bahagian A

(Soalan 1-20)

Soalan 1-6
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai

1. Apabila ………..sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.
A termangu
B terngiang
C terimbas
D terkenang

2 Ibu membeli ………… petai untuk dijadikan ulam makan tengah hari.
A seikat
B secekak
C selonggok
D setangkai

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Masjid Jamek terletak berdekatan dengan kawasan ……..antara Sungai Kelang dengan
Sungai Gombak.
A persatuan
B pertemuan
C perselisihan
D persimpangan

4 Suasana di rumah Puan Shanti ……….. dengan suara cucu-cucunya yang pulang bercuti.
A riuh-rendah
B kucar-kacir
C kelam-kabut
D huru-hara

5 Para penonton yang hadir terhibur ………….persembahan kumpulan nasyid itu.

A dengan
B akan
C oleh
D atas

1|
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah

6 Aminah …………….. semasa balik dari kuliah petang semalam.

A dihujan
B dihujani
C berhujan
D kehujanan

Soalan 7-8
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan. Kesalahan
itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

Pilih jawapan yang paling sesuai.

7 Majalah-majalah yang bertimbun-timbun itu kami baca. Tiada kesalahan

A B C D

8 Sultan Zanariah akan berangkat untuk bercemar duli dalam majlis jamuan diraja
A B C
yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka. Tiada kesalahan.
D

Soalan 9
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

9 I Dia meronta-ronta sekuat tenaga tetapi tidak juga lepas.

Il Mereka tidak lepas daripada menghadapi pancaroba kehidupan.
III Lepas makan tengah hari, bolehlah kita berjalan-jalan.
IV Keterangan yang telah diberikan itu tidak begitu lepas.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, ll dan Ill sahaja
. D II, III dan IV sahaja

2|
Soalan 10 dan 11
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
bahasa dan mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan

10 Kami telah berjalan lebih dari dua setengah kilometer

A dari dua kilometer setengah
B daripada dua kilometer setengah
C daripada dua setengah kilometer.
D dari dua setengah kilometer

11 Semua qula-gula yang dibeli oleh saya sudah saya berikan kepada adik,

A Gula-gula yang saya belikan

B Semua gula-gula yang saya beli
C Gula-gula yang dibeli oleh saya
D Semua gula-gula yang dibeli oleh saya

Soalan 12
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

12 "Kalau awak ada masa lapang petang ini, datanglah ke rumah saya di Taman Satria,"
kata Aiman kepada Hafiz.

A Hafiz dipelawa oleh Aiman supaya datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang itu
jika dia ada masa lapang.
B Aiman berkata kepada Hafiz bahawa sekiranya awak ada masa lapang. datanglah ke
rumahnya di Taman Satria.
C Aiman mengajak Hafiz datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang ini kalau
Aiman ada masa lapang
D Hafiz memberitahu Aiman bahawa dia akan datang ke rumahnya di Taman Satria pada
petang ini jika dia kelapangan

Soalan 13 dan 14
Pilih ayat-ayat yang betul.

13. I Pemandangan di Kulim indah nian pada waktu malam

II Encik Hamidon sangat sayang akan anak-anaknya
III Pemain itu yang dikatakan paling handal sekali
IV Inilah menara yang tertinggi sekali di Malaysia

A I dan Il sahaja C I, II dan lIl sahaja

B Ill dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

3|
14. I Pengemis itu tidur berbantalan dengan lengan
II Pembungkus makanan itu melakukan kerja dalam keadaan yang bersih
III Bomoh itu meletakkan kemenyan ke dalam perasap.
IV Pengembara sesat itu tiba di sebuah perkampungan orang asli

A I dan IV sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

Soalan 15 dan 16
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

15. Aida amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia
hanya mengharapkan sebentuk cincin sahaja

Keadaan ini diibaratkan

A orang mengantuk disorongkan bantal

B kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan
C pucuk dicita ulam mendatang
D pungguk merindukan bulan.

16. Peribahasa yang menunjukkan perilaku kalau jauh berkasih-kasihan, kalau dekat
saling bergaduh ialah
A aur ditarik songsang
B gunting makan hujung
C telur di hujung tanduk
D jauh bau bunga, dekat bau tahi

4|
Soalan 17 hingga Soalan 20

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Hatta, maka pada suatu waktu kedua-dua orang suami isteri itu meninggal dunia.
Mereka meninggalkan dua orang anaknya itu yang masih kecil. Kedua-dua orang anak yatim
piatu itu masih belum dapat mencari nafkahnya sendiri kerana mereka masih terlalu kecil.
Segala ternakan dan harta benda peninggalan orang tuanya habis diambil oleh orang-orang
jahat, sehingga kedua-dua orang anak yatim piatu itu melarat hidupnya. Hanya sebuah
kolam ikan yang digali dan dibuat sendiri oleh ayahnya sahaja yang masih tinggal dan tidak
dapat dicuri atau diambil oleh orang-orang jahat itu. Pusaka satu-satunya yang tinggal itulah
yang selalu dijaga siang dan malam oleh kedua-dua orang anak yang malang itu. Anak yang
sulung sudah agak besar, akan tetapi sayang sekali anak itu cacat. Kakinya kerekot, jari-jari
kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua-dua tumitnya berlubang.

Hatta, maka pada suatu hari pergilah Si Bongsu melihat-lihat kolam ikan peninggalan orang
tuanya. Didapatinya dekat kolam itu tujuh orang wanita baru sahaja selesai mandi dan
sedang bersiap-siap untuk berangkat pulang.

(Dipetik daripada prosa tradisional "Asal Padi",

antologi Kuingin Berterima kasih,
Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

17 Yang berikut ialah harta anak yatim yang ditinggalkan oleh ibu dan bapa mereka setelah ibu
bapa mereka meninggal dunia, kecuali
A tanah
B ternakan
C kolam ikan
D harta benda peninggalan.

18 Yang berikut ialah gambaran kecacatan pada anak sulung, kecuali

A jari-jari kakinya tumbuh melekat antara satu sama lain.
B kedua-dua tumitnya berlubang.
C kakinya kerekot.
D matanya buta.

19 Apakah persoalan utama yang terdapat dalam petikan di atas?

A Persoalan tanggungjawab seorang abang terhadap adiknya
B Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
C Persoalan penganiayaan terhadap anak yatim piatu
D Persoalan keberanian menentang kejahatan

20 Berdasarkan petikan di atas, mengapakah kita dilarang menganiayai anak yatim piatu?
A Anak yatim piatu hidup dalam kesedihan
B Anak yatim piatu tiada tempat bergantung
C Anak yatim piatu tiada harta
D Anak yatim piatu cacat

5|
BAHAGIAN B
[ 25 markah ]

Soalan 1 (a)
Dalam pengumuman tersebut terdapat kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.

PENGUMUMAN

Bersempena dengan Minggu Kebersihan dan Keceriaan, semua murid dipelawa untuk
menyertai Bengkel Penampilan Diri yang akan dianjurkan oleh Kelab Kebersihan dan
Keceriaan Sekolah. Bengkel ini akan dikendalikan oleh peceramah terkenal. Butir-butir
yang berkaitan dengan bengkel ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 21 Ogos 2019

Tempat : Dewan Citra Utama
Hari : Khamis
Masa : 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari

Penyertaan dibuka kepada 100 orang murid sahaja. Minuman dan makanan disediakan. Sila
berikan nama kepada Azidah Zakaria dari Tingkatan 1 Bestari. Tarikh tutup penyertaan
ialah 20 Ogos 2019. Sekian, terima kasih.

i) ………………………….

ii) …………………………..

Soalan 1 (b)

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.

i) Langkah untuk memperindahkan bilik kaunseling itu inisiatif semua ahli Kelab Kaunseling.
…………………………………….

ii) Lima ikat lidi telah diraut oleh nenek untuk dibuat penyapu di hari ini.
………………………………………

iii) Perdana Menteri telah merasmikan kempen “Budi Bahasa” di Putrajaya dan semua
menteri-menteri kabinet turut hadir dalam program ini.

………………………………………….

6|
2 . Baca bahan-bahan yang dibenarkan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Bahan 1

Bahan 2

Hanif : Rajan, buku apakah yang sedang kamu baca?

Rajan: Buku ini adalah tentang sejarah negara Malaysia.
Hanif : Bolehkah kamu terangkan kepada saya tentang isi kandungan buku ini?
Rajan: Boleh. Buku ini menceritakan kisah penjajahan kuasa asing yang pernah
menakluki negara kita. Secara tidak langsung, kita dapat membuka mata
dan minda kita agar terus menjaga dan mempertahankan negara daripada
kuasa asing.
Hanif : Nampaknya kamu sangat meminati buku seperti ini.
Rajan : Betul. Saya amat meminati buku seperti ini supaya saya dapat menghargai
jasa dan pengorbanan pejuang terdahulu.
Hanif : Adakah kamu selalu ke perpustakaan? Saya selalu ke perpustakaan kerana
Rajan : saya dapat membaca pelbagai jenis buku.
Hanif : Terima kasih atas penjelasan kamu, Rajan.
Rajan : Sama-sama, Hanif.

i) Nyatakan persamaan yang terdapat dalam Bahan 1 dan Bahan 2.

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
(3 markah)

ii) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam Bahan 2.

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
(3 markah)

7|
iii) Sebagai seorang murid, apakah cara-cara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan
penguasaan bahasa Melayu?
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………….
(4 markah)

3 Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2.

Huraikan tiga perwatakan watak utama serta contoh yang terdapat dalam Novel Meniti
Impian.

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

8|
BAHAGIAN C
[ 15 markah ]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.

Soalan 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis
ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

PERCUTIAN KE PULAU TIOMAN

Percutian Secara Persendirian Pakej Percutian

• Akan menginap di salah sebuah inap desa • Dianjurkan oleh Pakej Agensi Urus Bakti
milik salah seorang rakan di sana • RM500 seorang untuk penginapan selama
• RM250 seorang untuk penginapan selama tiga hari
tiga hari • Penginapan di hotel bertaraf empat bintang
• Atur cara lawatan disediakan sendiri oleh • Sarapan disediakan
anda dan rakan-rakan • Khidmat jurulatih selam scuba disediakan
• Atur cara lawatan yang lengkap

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

9|
Soalan 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
kepentingan pengurusan masa dalam kalangan pelajar. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.

Menyedari bahawa masa pasti tidak akan menunggu kita, kita sebagai golongan pelajar
harus bijak mengurus masa dengan sebaik mungkin. Hal ini supava kita tidak kerugian dan
menyesal sebagai akibat gagal dalam pelajaran. Terdapat beberapa kepentingan bagi kita jika kita
mengurus masa dengan baik
Kepentingan utama pengurusan masa yang baik adalah untuk membolehkan kita
mengoptimumkan setiap detik yang ada dengan perkara-perkara yang berfaedah. Dengan bersikap
hati-hati menggunakan masa, kita dapat mengelakkan diri daripada menjadi leka atau lalai terhadap
sesuatu hal yang tidak berfaedah. Di samping itu, orang yang mengurus masa dengan baik akan
mempunyai ciri-ciri seperti berdisiplin, kreatif, cekap bekerja, dan mempunyai matlamat atau
berwawasan. Sesungguhnya, mengurus masa bukanlah suatu perkara yang mudah. Maka, apabila
seseorang itu mampu mengurus masanya, bermakna bahawa dia memiliki beberapa nilai positif
yang lain, terutamanya berdisiplin.
Selain itu, seseorang yang tahu mengurus masa dengan baik juga tahu membuat
perancangan demi mencapai matlamatnya. Misalnya, pelajar yang ingin mencapai cita-citanya akan
menyusun masanya untuk diagih-agihkan kepada perkara-perkara yang mengarah cita-citanya itu.
Masanya akan dihabiskan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah, mengulang kaji pelajaran,
berbincang tentang topik-topik pelajaran, membaca untuk meluaskan minda, serta mendapatkan
rehat yang cukup agar badannya senantiasa cergas. Di samping itu, pengurusan masa yang baik
akan menghasilkan kesempurnaan dalam kerja juga. Pelajar sebegini akan dapat menyusun dan
menulis nota-nota ringkas kerana menjelang peperiksaan, pelajar tidak berkesempatan lagi untuk
membuat rujukan daripada buku-buku teks. Kualiti kerja pelajar sebegini juga lazimnya lebih baik
daripada pelajar yang membuat kerja pada saat-saat akhir.
Akhir sekali, pengurus masa yang baik dapat melalui kehidupan hariannya dengan tenang.
Hal ini demikian kerana segala aktiviti hariannya telah disusun berdasarkan perancangan yang
telah dibuat. Hal ini membolehkannya melakukan kerja-kerjanya satu persatu dengan tenang dan
sempurna. Dia tahu untuk mendahulukan kerja-kerja yang penting dan disusuli dengan kerja-kerja
yang lain. Sesungguhnya mereka yang tahu mengurus masa akan dapat mengatur hidupnya
dengan sempurna dan tentunya akan menjamin kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Pengurusan Masa,

Fokus SPM, Julai)

10 |
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………...

11 |

Anda mungkin juga menyukai