Anda di halaman 1dari 20

SINOPSIS

Nama watak utama, Nurul Hafsa, pertama kali disebut pada muka surat 3, baris 3. Nurul Hafsa sedang melayan kunjungan
15 orang murid dan 3 orang guru pengiring dari Hiroshima Jepun di tempat bertugasnya, iaitu Balai Cerap Sultan Salahuddin,
Bukit Melawati, Kuala Selangor. Nurul Hafsa baru seminggu tamat pengajian dalam bidang fizik dan kajian falak, Universiti
Jordan dan hari itu merupakan hari pertama Nurul Hafsa bertugas.Watak sampingan, Puan Wickam muncul pada muka surat 11
dan seterusnya menjadi judul bab 2. Watak utama kedua (hero), Muhammad Taufik, anak kepada Maryam @ Marion Wickham
Abdullah dan Tan Sri Muhaimin (yang telah berpisah) melengkapkan cita-cita perjuangan Nurul Hafsa, iaitu projek Kawasan
Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.Kemudian muncul satu per satu watak Budiman (abang Nurul Hafsa), Haji Yassir (bapa
Nurul Hafsa), Tan Sri Yahya (wakil DBKL dan rakan MRSM Tan Sri Muhaimin), Dato' Haji Mustofa al-Hamidi (pegawai daerah
Kuala Selangor) dan menteri besar Selangor (tidak disebut nama).Konflik / pergolakan bermula dengan kemunculan watak
penentang (antagonis), iaitu Dato' Johann-Arlington-Majid (campuran Melayu-Irish) yang kebetulan pernah berebut kasih Marion
Wickam dengan Tan Sri Muhaimin. Dia pembekal lampu utama Kuala Selangor, serta sahabat baik Dato' Mustofa. Projek Nurul
Hafsa bersama Muhammad Taufik dan Budiman suatu ancaman besar perniagaannya, lalu dia merancang komplot dengan
mengupah tiga orang samseng.Mangsa pertama Johann ialah Muhammad Taufik yang dipukul curi setelah tayar keretanya
pancit akibat melanggar stringer (besi hitam yang dipasang bersama besi tajam) yang sengaja diletak di situ. Setelah itu Nurul
Hafsa sendiri diculik, tetapi dia tidak diapa-apakan kerana dia hanya sebagai umpan untuk mendapatkan semula Muhammad
Taufik. Akhirnya pihak polis berjaya menggempur tempat Muhammad Taufik disembunyikan.Peristiwa buruk yang menimpa
Muhammad Taufik memiliki hikmah yang tersembunyi. Tan Sri Muhaimin kembali bernikah dengan Puan Wickham. Malah,
Muhammad Taufik sendiri melafazkan hasrat untuk memiliki Nurul Hafsa yang diterima dengan senang hati.
RINGKASAN BAB DEMI BAB
BAB1:JANJI SRIKANDI

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai
Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan
guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau
buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah
di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang
pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di
Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para
pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham
mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa
dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja
yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita.
Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu
yang tidak dapat dilihat oleh deria.

BAB2:WICHAM

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima,
Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad
Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal
dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang
dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan
mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka.
Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk
bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham
memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya,
Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya
akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.
BAB3 : SUNGAI RAHSIA

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata kumpulan pengunjung dari
Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada
abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh
ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat
kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain
ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah
berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-
mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu.
Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang
terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya
yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik
persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun
demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan
pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan
kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan
senyap.

BAB4:BUDIMAN
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan
adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar
Nurul Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada
adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun
yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh
John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas
1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah
mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala
Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan
membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut
menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.
BAB5:JIWA AYAHANDA

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan beliau di lapangan terbang dan
memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik.
Sepanjang pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham
Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di
situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan
Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan
pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri
Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka
tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.

BAB6:CITA-CITA

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala
Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian,
Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada
undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya
terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak
dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan
peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman
sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar
bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di
Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman
bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar
sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta
hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-
buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya
dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.
BAB7:LELAKI KELIP-KELIP

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia beranggapan bahawa dia akan
bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah
mereka berdua sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-
kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah
lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa
mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau
sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika
bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang
sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad
Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung
Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-
kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya
lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan
cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan
harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah
pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah
anggap terhadap pemuda tersebut.

BAB8:BEBAS GRID

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa.
Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri
berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul
Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik
mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat
mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej
dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia
akan menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa
sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat dua
pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai
misi penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan
asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.
BAB9:ZURIAT

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin untuk menyokong rancangannya
untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan
profisional dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya
telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin
bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia
bernama Muhaimin dan Maryam.

BAB10:SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP

Muhammad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan ayahnya. Muhammad Taufik ketawa
mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas
kemewahannya. Namun begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia
berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya.
Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor
untuk berbincang tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi
memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu
perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga
tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek
tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan
kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan,
Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang
tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.
BAB11:LEWAT SATU MELINIUM

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung, bukannnya dengan menggunakan enjin
motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit
mendayung. Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip
yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa
saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip
yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan
Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa
dia akan meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.

BAB12:STRATEGI

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan pengaruh beliau agar dia dan
Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul
Hafsa memulakan pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai
membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala Selangor, mereka
meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang
pertama di negara ini.
BAB13:DENDAM KEMBALI MEKAR

Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington- Majid. Beliau memaklumkan minat
mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal
itu bermakna dia tidak dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya. Johann
merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila
Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa
Muhammad Taufik akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli
perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar dan memberikan tempoh
selama seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya,dan rasa tamaknya.

BAB 14: GELAP DALAM TERANG

Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad
Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari
itu. Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir.
Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya.
Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri
Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan
bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan
dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa
dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
BAB15:KHIANAT

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya sambil memandu. Walaupun
lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga
hari kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun tiga
orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal
Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam
rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa
ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu walaupun penyerang mengambil barang-barang
berharga milik Taufik, namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada
mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

BAB16:DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad Taufik. Setibanya mereka
di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang
menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman
Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang
keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari
kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang
terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih berkobar-kobar untuk
meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa
tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.
BAB17:JALAN YANG DITINGGALKAN

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada di hospital bersama Muhammad
Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya
merupakan kejadian jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik tidak
bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin
motif serangan tersebut adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan
Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon,
keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit
Gelap.

BAB18:KERASUKAN

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap populasi kelip-kelip terhenti.
Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan
menggunakan peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk
semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi
dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga
orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.
BAB19:SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke Otago apabila dia kejutkan dengan
jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang
memintanya berada di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang
yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika
dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke
tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van tersebut
sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam
sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi
tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga
tidak sedarkan diri.

BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik yang belum dibebaskan.
Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini
sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih
boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan bantuan pemandu van
sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur
keran Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan
menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita setiap jam di semua stesen
televisyen tempatan.
BAB21:LEGASI BAJU BIRU

Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan bantuan CCTV, pihak polis cuba
mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan
kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang dihantar ke
telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah
hari yang membawa khabar tentang penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang
penduduk tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh
di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan.
Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya diselamatkan.

BAB 22: CINTA PEJUANG

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri
kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan
ucapan ringkas menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap
Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui
Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang
tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia
menerima pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.
TEMA
 Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.

Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar.
Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai
kawasan mencerap bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan
Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang
mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah mesra alam.

PERSOALAN
1.Persoalan kebijaksanaan dalam menangani masalah.
Nurul Hafsa mengemukakan hujah bijak yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung Balai Cerap Sultan
Salahuddin, Kuala Selangor pada malam bintang tidak dapat dicerap dengan mata kasar akibat langit tidak menjadi
gelap pada waktu malam.

2.Persoalan hubungan kasih sayang antara ibu dengan anak.


Puan Wickham tetap mengambil berat tentang projek Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan anaknya Muhammad Taufik
walaupun mereka jarang-jarang dan sukar untuk bertemu.

3.Persoalan cinta akan alam sekitar.


Budiman dan adiknya sama-sama prihatin terhadap pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor dan berazam
untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada pencemaran akibat pembangunan yang tidak terancang.

4. Persoalan penceraian tidak menghalang kasih sayang antara ibu bapa dengan anak.
Puan Wickham dan Tan Sri Muhaimin tidak pernah bermusuh tentang penjagaan anak mereka Muhamad Taufik,
malah sering memberikan sokongan kepadanya walaupun mereka telah bercerai.

5.Persoalan ketaatan kepada ajaran agama


Budiman menemani Nurul Hafsa ketika berbincang dengan Muhammad Taufik di bilik tutorial di Perpustakaan Awam
Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor kerana mereka bukan mahram.

6.Persoalan perasaan dendam yang tidak berkesudahan


Johan Arlington-Majid menaruh dendam yang tidak pernah padam terhadap Tan Sri Muhaimin berpunca daripada
Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami sehingga membawa kepada kes penculikan anak mereka,
iaitu Muhammad Taufik.
WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA
 NURUL HASFA
 Anak gadis Haji Yassir
 Belajar di luar negara iaitu di Jordan dalam bidang Fizik dan kaji falak
 Cinta akan alam sekitar
 Bijak,berani dan tabah
 Bersikap baik hati
 Berbudi bahasa
 Pemarah
 Teguh pada janji
 Petah berkta-kata

WATAK SAMPINGAN

 MUHAMMAD TAUFIK
 Anak tunggal kepada Tan Sri Muhaimin dan Puan Maryam Wickham
 Berambut hitam pekat dan ikal
 Cinta akan alam sekitar
 Bersikap penyabar dan tabah
 Bersikap prihatin dan penyayang
 Berbudi bahasa
 Komited dalam mencintai alam sekitar
 Berpendidikan tinggi hingga memiliki sarjana
 Suka berterus terang
 BUDIMAN
 Anak lelaki kepada Haji Yassir
 Abang kepada Nurul Hafsa
 Sahabat kepada Muhammad Taufik
 Bersikap penyabar dan tabah
 Guru Sains di Sekolah Menengah Tanjung Karang
 Baik hati dan bertanggungjawab
 Taat pada ajaran agama
 Bersikap prihatin

 TAN SRI MUHAIMIN


 Ahli perniagaan yang berjaya
 Jutawan di Asia Tenggara
 Mempunyai pengaruh yang besar
 Penyayang dan berpendirian teguh
 Tidak berdendam dengan bekas isterinya
 Taat pada ajaran agama

 MARYAM WICKHAM
 Ibu kepada Muhammad Taufik
 Bekas isteri kepada Tan Sri Muhaimin
 Aktivis alam sekitar
 Baik hati dan toleransi
 Sanggup bercerai kerana teguh dengan perjuangannya
LATAR

LATAR TEMPAT
 Balai Cerap Sultan Salahuddin
 Kampung Kuantan’
 Stesen minyak PETRONAS
 Kawasan peladangan di Bestari Jaya
 Hospital Besar Tanjung Karang
 Taman Rimba Templer
 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
 Sekolah Kebangsaan Tanjong Keramat
 De Palma
 Rumah Prototaip Ikhtiar Teknoalam

LATAR MASA
 50 tahun lalu
 11.30 malam
 Sebelum solat Zohor
 Selepas solat Isyak
 5.00 pagi
 8.20 pagi
 Waktu Subuh
 10.00 malam

LATAR MASYARAKAT
 Masyarakat yang mementingkan kerjaya sehingga sanggup mengambil tindakan yang radikal
 Masyarakat yang cintakan alam sekitar
 Masyarakat yang tamak
 Masyarakat yang hidup harmoni
 Masyarakat yang kahwin campur
 Masyarakat yang terpelajar
NILAI

1. Nilai cinta akan alam sekitar


Contohnya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berusaha untuk membawa kembali kegelapan di Kuala Selangor
untuk memastikan habitat kelip-kelip terjaga dan Kuala Selangor kekal sebagai lokasi pencerapan bintang .
2. Nilai setia kawan
Contohnya, Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penjahat di stesen minyak PETRONAS di hadapan hospital
semata-mata untuk menyelamatkan sahabatnya, iaitu Nurul Hafsa yang telah diculik .
3. Nilai tanggungjawab
Contohnya, Tan Sri Muhaimin telah membesarkan anak tunggalnya dengan memenuhi segala keperluan anaknya itu
walaupun dia seorang bapa tunggal .
4. Nilai ketabahan
Contohnya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi ancaman dan cabaran dalam usaha mereka untuk
mengembalikan kegelapan di Kuala Selangor untuk pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip .
5. Nilai kasih sayang
Contohnya, Maryam Wickham sayang akan anaknya, Muhammad Taufik dengan mengunjungi rumah anaknya dan
memasakkan makanan untuk anaknya itu .
6. Nilai berilmu pengetahuan
Contohnya, Nurul Hafsa sanggup ke Jordan selama empat tahun untuk menyambung pelajaran dalam bidang falak
dan fizik .
7. Nilai budi bahasa
Contohnya, Muhammad Taufik telah menyambut kedatangan Budiman dan adiknya ,Nurul Hafsa ke rumahnya dengan
baik serta menghidangkan minuman untuk mereka .
8. Nilai ketaatan
Contohnya, Budiman dan Muhammad Taufik taat akan ajaran agama dengan menunaikan solat jemaah di masjid .
9. Nilai amanah
Contohnya, Nurul Hafsa tetap meneruskan projek mencerap kehadiran kelip-kelip di Kampung Kuantan kerana dia
telah berjanji dengan rakannya , Muhammad Taufik untuk meneruskan projek mereka walaupun apa-apa berlaku
kepada mereka .
PENGAJARAN

1. Kita haruslah tabah dalam menjalani ujian hidup


Contohnya , Nurul Hafsa tabah menghadapi dugaan untuk melaksanakan cita-citanya iaitu menjadikan Kuala Selangor
sebagai kawasan Simpan Langit Gelap .

2. Kita mestilah berani dalam menegakkan kebenaran


Contohnya, Nurul Hafsa berani menghantar laporan tentang pencemaran cahaya di Kuala Selangor kepada pegawai
daerah .

3. Kita sewajarnya mengambil berat akan keselamatan anak kita supaya dapat menghindari bahaya
Contohnya, Tan Sri Muhaimin ingin mengikuti Taufik ke tandas kerana bimbangkan keselamatan Taufik .

4. Kita perlulah menjaga hati ibu bapa kita yang telah menjaga kita dengan mentaatinya
Contohnya, Taufik mengikuti kemahuan ibu bapanya yang menginginkannya untuk ke luar negara .

5. Kita haruslah sentiasa berfikiran positif agar kita dapat bertenang dalam menghadapi kesulitan sambil
memikirkan jalan penyelesaian
Contohnya, Taufik melaung kepada Hafsa dengan menyatakan bahawa semuanya akan selamat kerana dia yakin dia
dan Hafsa akan dapat melepaskan diri .

6. Kita hendaklah memupuk nilai setia kawan dalam menjalin persahabatan


Contohnya, Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penjahat di stesen minyak PETRONAS di hadapan hospital
semata-mata untuk menyelamatkan sahabatnya, iaitu Nurul Hafsa yang diculik .

7. Kita mestilah bekerjasama ketika melakukan sesuatu pekerjaan


Contohnya, Nurul Hafsa , Budiman dan Muhammad Taufik bekerjasama menyediakan laporan tentang kawasan
simpan gelap Kuala Selangor sebelum dibentangkan di hadapan para pembuat dasar cendekiawan dan menteri besar.
FOLIO NOVEL BIMASAKTI
MENARI

NAMA: WAN RABIATUL ADAWIAH BT. ZAMBRI

KELAS : 5 UMMU KALTHUM

GURU : PUAN ROHAIDA BT. ABAS


ISI KANDUNGAN

 SINOPSIS

 RINGKASAN BAB DEMI BAB

 TEMA

 PERSOALAN

 WATAK DAN PERWATAKAN

 LATAR

 NILAI PENGAJARAN

Anda mungkin juga menyukai