Anda di halaman 1dari 20

Pengenalan

Bimasakti Menari adalah sebuah karya yang mengisahkan tentang pemeliharaan alam sekitar
khususnya untuk menangani pencemaran cahaya. Penulis membuka pandangan pembaca
tentang kepentingan menjaga kelestarian alam daripada tangan-tangan yang merosakkan
dengan tujuan pembangunan.

Watak utama, Nurul Hafsa adalah seorang graduan lulusan Ilmu Falak telah mencabar
dirinya untuk mengembalikan kegelapan langit Kuala Selangor setelah kecewa kerana gagal
menyumbangkan kepakarannya dalam mencerap langit kepada pelajar cilik dari Jepun.
Rentetan itu, Nurul Hafsa berjuang agar Kuala Selangor kembali kepada fungsinya sebagai
sebuah tempat pengkaji bintang amatur dan profesional.(Khamis 8.11.18 – 4sn1)

Muhammad Taufik pula adalah seorang yang mempunyai impian untuk memelihara populasi
kelip-kelip yang cukup terkenal di Kuala Selangor khususnya di Kampung Kuantan. Populasi
haiwan tersebut yang sudah semakin berkurangan mencetuskan ilham kepada Muhammad
Taufik untuk membina suatu kawasan di luar grid kemanusiaan agar kelip-kelip mempunyai
ruang dan peluang untuk hidup tanpa gangguan manusia mahupun persekitaran.

Maka, objektif yang hampir sama dalam memelihara alam sekitar menjadikan Nurul Hafsa
dan Muhammad Taufik bergabung tenaga untuk mencapai dua tujuan hakiki yakni pertama,
mengembalikan kegelapan langit atau mengurangkan pencemaran cahaya. Kedua,
mewujudkan semula populasi kelip-kelip daripada ancaman.

Sememangnya, sesebuah novel tidak lari daripada konflik. Ia menjadikan novel ini tidak
mendatar, namun saya rasa mungkin konflik yang ditimbulkan daripada Johann Arlington-
Majid mungkin boleh dikembangkan lagi kerana perkembangannya agak terbatas dan terlalu
cepat untuk diusaikan. Walau bagaimanapun, ia masih tidak menjejaskan kelebihan buku ini
dalam menyampaikan intelektual berkenaan bidang falak dan cahaya.

*****************************************
NOVEL BIMASAKTI MENARI
(Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum)

SINOPSIS BAB

BAB 1: JANJI SRIKANDI


Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.
Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari
Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat
buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap.
Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada
malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang
pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh
kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang
berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat
yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam
dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan
keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham
mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan
pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-
bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat
melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan
menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan
penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.
BAB 2: WICKHAM
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai
Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal
dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-
benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan
pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun
Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan
mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk
berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada
malam tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip
Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham
memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang
sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas
kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali
meneruskan tugas beliau.
BAB 3: SUNGAI RAHSIA
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-
kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-
kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman.
Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang
dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk
bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur
hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke
Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu
gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak.
Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya,
menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang
sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang
dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi
hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang
sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu
kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-
kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan
pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal
dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah
menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.
BAB 4: BUDIMAN
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka,
Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah
tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang
mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah
Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan
menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta
oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan
tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain.
Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum
ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan
cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum
menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang
dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut
namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.
BAB 5: JIWA AYAHANDA
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk
anak mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah
apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap
bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan
pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas
isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana
perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah
bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.
BAB 6: CITA-CITA
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan
langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati
agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada
undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul
hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun
yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini
adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin
tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang
sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan
bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang
dan beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan
masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini
tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya
berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar
sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman
pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan
lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka
buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan
folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.
BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan
berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua
sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda
sedang membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan
pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba
mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul
Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama
Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul
Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika
bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia
belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad
Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan
bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di
Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini
dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin
berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya
lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari
kawasan petempatan manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman
kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip
mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi
kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon
maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.
BAB 8: BEBAS GRID
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman
dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi
yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu
model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak
mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat
mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya
adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia
kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa
pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut,
Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya,
Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar
bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting
yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul
Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa
kembali kegelapan ke Kuala Selangor.
BAB 9: ZURIAT
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan
langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk
menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya
Tan Sri Yahya telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-
masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa
usaha-usaha anaknya selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia
bernama Muhaimin dan Maryam.
BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP
MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang
sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh
keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa
bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor
untuk berbincang tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka
berbalas-balas hujah bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti.
Budiman menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka.
Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk
menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa
mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi
kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan
Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai
perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam
tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti
Kampung Kuantan tempoh hari.
BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM
Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan
Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua
beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener.
Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-
kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul
Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah
ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan
meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad
Taufik.
BAB 12: STRATEGI
Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan
pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad
Taufik selesai membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji
Mustofa , pegawai daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan
mereka untuk mewartakan Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang
pertama di negara ini.
BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia
tidak dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat
miliknya. Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia
merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang
dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa
Muhammad Taufik akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di
hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK
Shah Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama
seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun
Johann tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.
BAB 14: GELAP DALAM TERANG
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang
diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk
memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul
Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut
kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri
Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut
banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri
Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan
Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender
dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam
diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan
projek tersebut.
BAB 15: KHIANAT
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam.
Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan
terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan
walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia
menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa
kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan
lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon
ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis
memberitahu walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun
mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada
mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan
stabil.
BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa
Muhammad Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa
anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan
menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di
surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik
yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari
kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan
seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin
mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan
perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat
bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam bermanik
Kristal.
BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada
di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian
jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu,
Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar
bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut
adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang
projek kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang
dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar
mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan
Langit Gelap.
BAB 18: KERASUKAN
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan
pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika
meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti
pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman
tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak
susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan
kepalnya disarung dengan kain gelap.
BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik
kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada
di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila
melihat kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri
Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan
terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke
tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia
diarahkan masuk ke dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan
dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang
perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa
ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak
dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.
BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad
Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana
tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai
sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka
masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh
mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan
seorang diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran
Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau
bersabar, berdoa dan menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik
disiarkan dalam berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.
BAB 21: LEGASI BAJU BIRU
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik
tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur.
Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas
yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun
Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang
penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang
penduduk tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah
ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah
diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas
tembakan, Muhammad taufik berjaya diselamatkan.
BAB 22: CINTA PEJUANG
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis
tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah
mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia
mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu
dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima
pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di
dunia.

TEMA
- Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.
Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk
melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan
mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang.
Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan
Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad
Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina
rumah mesra alam.
PERSOALAN
1. Persoalan kebijaksanaan dalam menangani masalah.
- Nurul Hafsa mengemukakan hujah bijak yang dapat diterima oleh kumpulan
pengunjung Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor pada malam bintang tidak dapat
dicerap dengan mata kasar akibat langit tidak menjadi gelap pada waktu malam.

2. Persoalan hubungan kasih sayang antara ibu dengan anak.


- Puan Wickham tetap mengambil berat tentang projek Ikhtiar TeknoAlam yang
diusahakan anaknya Muhammad Taufik walaupun mereka jarang-jarang dan sukar untuk
bertemu.
3. Persoalan cinta akan alam sekitar.
- Budiman dan adiknya sama-sama prihatin terhadap pencemaran cahaya yang berlaku
di Kuala Selangor dan berazam untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada pencemaran
akibat pembangunan yang tidak terancang.

4. Persoalan penceraian tidak menghalang kasih sayang antara ibu bapa dengan anak.
- Puan Wickham dan Tan Sri Muhaimin tidak pernah bermusuh tentang penjagaan anak
mereka Muhamad Taufik, malah sering memberikan sokongan kepadanya walaupun mereka
telah bercerai.

5. Persoalan ketaatan kepada ajaran agama


- Budiman menemani Nurul Hafsa ketika berbincang dengan Muhammad Taufik di bilik
tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor kerana mereka bukan
mahram.

6. Persoalan perasaan dendam yang tidak berkesudahan


- Johan Arlington-Majid menaruh dendam yang tidak pernah padam terhadap Tan Sri
Muhaimin berpunca daripada Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami
sehingga membawa kepada kes penculikan anak mereka, iaitu Muhammad Taufik.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama
Nurul Hafsa
Perwatakan

Seorang yang tabah


– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi
cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan
Simpan Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan
bintang dan menjaga habitat kelip-kelip

Seorang yang penyayang


– Nurul Hafsa menyayangi ayahnya kerana dia telah berjanji
membina stor bagi memudahkan ayahnya menyimpan
peralatan-peralatan berkebun apabila dia mendapat gaji kelak

Seorang yang berani


– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat
pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap
di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli
perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.

Seorang yang sanggup berkorban


– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik sanggup berkorban masa
dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk
menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit
Gelap bagi memelihara habitat kelip-kelip dan Kawasan
pencerapan bintang

Seorang yang setia kawan


– Atas semangat setia kawan, Nurul Hafsa dan Budiman
bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh
Muhammad Taufik bagi membantu Muhammad Taufik yang
ditimpa kemalangan

……………………………………………………………………………

Watak Sampingan

Watak Perwatakan

1. Muhammad Taufik
bintang dan menjaga habitat kelip-kelip

Seorang yang taat


– Muhammad Taufik mentaati permintaan ayahnya Tan Sri
Muhaimin apabila ayahnya menyuruh dia mengikut ibunya ke
Otago New Zealand walaupun dia agak keberatan

– Muhammad Taufik dan Budiman taat pada perintah agama


kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di
masjid

Seorang yang berani


– Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa berani membuat
pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap
di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli
perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.

– Muhammad Taufik berani bertindak pergi seorang diri selepas


mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah
diculik oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid

Seorang yang sanggup berkorban


– Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia pergi
Seorang yang tabah berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak
– Nurul Hafsa dan Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya
Muhammad Taufik tabah cedera dipukul oleh penculik
menghadapi cabaran dan
dugaan dalam usaha Seorang yang setia kawan
mereka mewujudkan – Atas semangat setia kawan, Muhammad Taufik sanggup
Kawasan Simpan Langit berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak
Gelap (KSLG) di Kuala Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik
Selangor bagi pencerapan
Watak Perwatakan

2. Tan Sri Muhaimin

Seorang yang tabah


– Tan Sri Muhaimin tabah
membesarkan anaknya
seorang diri selepas
bercerai dengan Pn.
Wickham
Seorang yang bertanggungjawab
Seorang yang bersyukur – Tan Sri Muhaimin, seorang bapa yang bertanggungjawab
– Tan Sri Muhaimin berasa kerana beliau menjaga dan membesarkan anak tunggalnya
bersyukur apabila Muhammad Taufik, seorang diri selepas bercerai dengan
mengadakan kenduri isterinya Puan Wickham
kesyukuran bagi meraikan
perkahwinan semula Seorang yang penyayang
dengan bekas isterinya, – Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham amat sayang akan
Pn.Wickham anak tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan
segala yang dikehendaki oleh anak meraka itu

4. Budiman Seorang yang bertanggungjawab


– Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa
untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga
hubungan adiknya dengan lelaki bukan mahram walaupun
pertemuan mereka untuk berbincang tentang projek Kawasan
Simpan Langit Gelap

Seorang yang taat


– Budiman dan Muhammad Taufik taat pada perintah agama
kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di
masjid

Seorang yang setia kawan


– Atas semangat setia kawan, Budiman dan Nurul Hafsa
bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh
Muhammad Taufik bagi membantu Muhammad Taufik yang
ditimpa kemalangan

5. Maryam Wickham
Seorang yang penyayang
– Maryam Wickham dan Tan Sri Muhaimin amat sayang akan
anak tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan
segala yang dikehendaki oleh anak meraka itu

6. Haji Yassir kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya


diselamatkan selepas diculik oleh orang-orang suruhan
Dato’ Johann Arlington

seorang yang
bersyukur
– Haji Yassir
bersyukur lalu
memeluk Nurul
Hafsa dan menangis
7. DATO' JOHANN ARLINGTON-MAJID

- Berdarah kacukan Melayu-Irish


-Bersahabat dengan Dato'Mustofa iaitu Pegawai Daerah Kuala Selangor
-Pernah memikat ibu Muhammad Taufik namun tidak berjaya

-Seorang yang pendendam. Contohnya, Dato' Johann amat mendendami usaha murni yang
dijalankan oleh Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik kerana baginya usaha tersebut akan
menjejaskan perniagaan lampunya.

-Seorang yang mementingkan keuntungan peribadi.


Contohnya, Dato' Johann hanya memetingkan
keuntungan perniagaan lampunya itu sahaja dan
tidak memikirkan tentang kepentingan
menjaga alam sekitar.

PLOT
1. Binaan Plot
a. Eksposisi/Permulaan
Pengarang memperkenalkan watak Nurul Hafsa yang baharu bekerja sebagai
pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Pada hari
pertama dia bekerja, dia telah melayan sekumpulan murid dari Jepun yang
diiringi oleh Puan Wickham mencerap bintang. Namun begitu, mereka semua
berasa hampa kerana bintang tidak kelihatan disebabkan langit terlalu cerah.
Hasrat mereka untuk melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan juga tidak
kesampaian.

b. Perkembangan
Nurul Hafsa membuat laporan berkaitan dengan cahaya yang menghalang
aktiviti mencerap bintang dan melihat kelip-kelip di pejabat daerah. Ketua
Nurul Hafsa iaitu Puan Foziah telah menasihati Nurul Hafsa agar tidak
mengharapkan sebarang tindakan kerana pembangubab di Kuala Selangor
tidak melanggar undang-undang alam sekitar. Kemudian, abang Nurul Hafsa
iaitu Budiman telah mempertemukan Nurul Hafsa dengan Muhammad Taufik
yang juga seorang pencinta alam sekitar. Setelah berbincang mereka berdua
bersetuju untuk bekerjasama melaksanakan projek Kawasan Simpan LAngit
Gelap di Kuala Selangor bagi membolehkan aktiviti pencerapan bintang dan
menjaga populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan. Dengan bantuan dan
pengaruh Tan Sri Muhaimin, mereka Berjaya membuat pembentangan
kepada Pegawai Daerah Kuala Selangor. Kemudian Menteri Besar telah
mengadakan majlis terbuka kepada orang ramai untuk mendengar
pembentangan tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap tersebut.

c. Perumitan
Projek Kawasan Simpan Langit Gelap mendapat tentangan daripada Dato’
Johann Arlington Majid. Dato’ Johann Arlington Majid cuba membatalkan
projek tersebut dengan mengemukakan pelbagai soalan kepada Nurul Hafsa
tetapi semua soalannya dapat dijawab dengan jelas oleh Nurul HAfsa. Dato’
Johann Arlington Majid juga tidak bersetuju kerana syarikat beliau tidak
dapat membekalkan lampu-lampu ‘full cut off’ yang diperlukan oleh projek
tersebut. Lantaran itu Dato’ Johann Arlington Majid yang sememangnya telah
lama berdendam dengan Tan Sri Muhaimin kerana Maryam Wickham
memilih Tan Sri Muhaimin sebagai pasangan hidupnya, telah merancang
untuk menggagalkan projek tersebut dengan mengupah penjahat untuk
menimbulkan ketakutan kepada masyarakat apabila suasana menjadi
gelappada waktu malam. Cerita bertambah rumit apabila Muhammad Taufik
telah diserang ketika dia balik dari masjid selepas menunaikan solat isyak.
Berita serangan terhadap Muhammad Taufik telah sampai ke pengetahuan
Menteri Besar. Setelah mendapat penjelasan daripada Tan Sri Muhaimin
tentang peristiwa serangan itu, Menteri Besar bersetuju untuk meneruskan
projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor.

d. Puncak/Klimaks
Nurul Hafsa pula diculik. Rentetan penculikan Nurul Hafsa, Muhammad
Taiufik telah membatalkan niat untuk mengikut ibunya balik ke Otago, New
Zeland. Dia telah menemui kumpulan penculik itu di stesen minyak
PETRONAS di hadapan hospital. Kemudian Muhammad Taufik telah diculik
dan dibawa ke kawasan perladangan kelapa sawit. Selepas penjahat dapat
menculik Muhammad Taufik, mereka membebaskan Nurul Hafsa. Nurul
Hafsa telah membuat laporan di balai polis. Berdasarkan laporan dari Balai
Polis Bestari Jaya, Ketua Inspektor Lim telah menubuhkan pasukan Gerak
Khas. Akhirnya, kumpulan penjenayah itu berjaya diberkas dan Muhammad
Taufik Berjaya diselamatkan.

e. Peleraian
Hubungan antara Nurul Hafsa dengan Muhammad Taufik bertambah akrab.
Mereka selalu berbual-bual tentang peristiwa yang menakutkan mereka.
Peristiwa yang berlaku kepada Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa juga telah
merapatkan hubungan antara Tan Sri Muhaimin dengan bekas isterinya,
Maryam Wickham. Mereka mengambil keputusan untuk menikah semula.
Selepas kenduri kesyukuran untuk meraikan penikahan buat kali kedua Tan
Sri Muhaimin dan Maryam Wickham, Muhammad Taufik telah melamar
Nurul Hafsa dan Nurul Hafsa menerima lamaran tersebut. Nurul Hafsa
tersenyum apabila membaca mesej teks daripada Muhammad Taufik yang
berbunyi “Kita ialah dua ekor kelip-kelip terakhir dunia”.
2. Teknik Plot
a. Teknik Pemerian
 Pengarang memerihalkan suasana di kawasan kelip-kelip yang hendak
ditemui oleh Nurul Hafsabersama-sama dengan abangnya, Budiman.
o Tidak sampai 10 minit, kereta kompak buatan tempatan yang
dipandu abangnya tiba di satu kawasan berpagay yang
mengelilingi tanah yang luas dan diisidengan taman kehijauan.
b. Teknik imbas kembali
 Tan Sri Muhaimin teringat kembali kisah dia membesarkan
Muhammad Taufik.
o Anaknya disekolahkan di Kuala Selangor ketika dia masih
membina perniagaannya. Namun, setelah bercerai dengan
Maryam, Muhammad Taufik mengikut ibunya ke Otago, New
Zealand dan bersekolah di sana. Seterusnya, meneruskan
pendidikan di negara itu hingga peringkat sarjana.
c. Teknik Monolog
 Nurul Hafsa bermonolog untuk meluahkan rasa kesal kerana
hasratnya untuk melihat kelip-kelip yang banyak di Kampung Kuantan
tidak kesampaian, sebaliknya dia hanya melihat enam ekor kelip-kelip.
o “Ya, enam kelip-kelip,” Nurul Hafsa berdetik dalam hati.

3. Unsur Plot.
a. Teknik/Unsur Kejutan
 Nurul Hafsa terdengar bunyi hentaman yang kuat dan ternampak
Budiman tergelimpang di tanah serta tangannya dengan sepantas
kilat dipegang sebelum matanya dibalut kasar dengan pita perekat
bersaiz besat dan kepalanya disarung dengan kain gelap.
 Muhammad Taufik ditarik masuk ke dalam van yang sedia
menunggunya di hadapan tandas di stesen minyak PETRONAS setelah
pintu van dibuka.
b. Teknik/Unsur Saspens
 Peristiwa Budiman dan Nurul Hafsa mencari Muhammad Taufik
setelah Budiman mendapat panggilan telefon daripada Muhammad
Taufik yang memaklumkan bahawa dia ditimpa kemalangan.
Latar
(i) Latar Masa
Masa Peristiwa
Hari Nurul Hafsa berasa tidak keruan ketika mengiringi kumpulan
pertama pengunjung yang dianggotai 15 orang murid dan tiga orang
bekerja guru pengiring yang ingin mencerap bintang-bintang di langit
pada hari pertama bekerja di Balai Cerap Sultan Salahuddin.
Pukul Peristiwa van putih berada di hadapan tandas lelaki di stesen
8.20 pagi minyak PETRONAS dan Muhammad Taufik ditarik masuk ke
dalam van itu sebelum dilarikan ke suatu tempat.
Waktu Peristiwa Nurul Hafsa dihantar oleh ayahnya, Haji Yassir pergi
malam ke Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip.

(ii) Latar Tempat


Tempat Peristiwa
Balai Cerap Sultan Salahuddin Tempat Nurul Hafsa bekerja setelah
pulang dari luar negara.
Kampung Kuantan Tempat Muhammad Taufik
memberitahu Nurul Hafsa bahawa
populasi kelip-kelip telah berkurang.
Hospital Besar Tanjung Keramat Tempat Muhammad Taufik dibawa
untuk mendapatkan rawatan setelah
diserang oleh sekumpulan
penjenayah.
Otago, New Zealand Tempat Muhammad Taufik mengikut
ibunya selepas ibunya bercerai
dengan ayahnya.

(iii) Latar Masyarakat


Masyarakat yang cinta akan alam sekitar
o Budiman dan adiknya sama-sama prihatin terhadap
pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor dan
berazam untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada
pencemaran akibat pembangunan yan tidak terancang.
Masyarakat yang tabah dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan
o Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah dalam menjalankan
projek yang sedang diusahakan oleh mereka, iaitu Kawasan
Simpan Langit Gelap Kuala Selangor walaupun usaha mereka
berhadapan dengan cabaran daripada Dato' Johann Arlington
Majid.
Masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan
o Nurul Hafsa mengemukakan hujah bijak yang dapat diterima
oleh kumpulan pengunjung Balai Cerap Sultan Salahuddin,
Kuala Selangor pada malam bintang tidak d
Masyarakat yang tamak
 Dato’ Johann Arlington Majid yang tamak sanggup
melakukan perbuatan jenayah dengan mengupah
penjenayah untuk menculik anak Tan Sri Muhaimin
supaya Tan Sri Muhaimin menarik semula sebut harga
pembekalan harga lampu.
Masyarakat yang berkahwin campur
o Tan Sri Muhaimin yang berketurunan Jawa telah berkahwin
dengan Maryam Wickham yang berketurunan Kaukasia.

GAYA BAHASA
 Diksi (pemilihan kata-kata)
Kosa kata yang terdapat dalam novel Bimasakti Menari sesuai dengan latar masa,
latar tempat dan latar masyarakat.
o Kata pinjaman bahasa inggeris
 Platform, amatur, hibrid
o Kata pinjaman bahasa Arab
 Falak, wafat, solat, syukur alhamdulillah
o Istilah khusus
 grid utiliti
 jejak karbon
 buruj orion

 Simile
Simile atau perbandingan ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu dengan
sesuatu yang lain. Perbandingan ini menggunakan perkataan seperti, bagai, bak,
laksana, umpama, macam, ibarat
o Maryam pergi lepas bebas seperti burung terbang mengejar bintang-bintang
di langit.
o Awak berani umpama srikandi.

 Hiperbola
o …seorang pengembara dunia yang ingin akan kebebasan…
o Taman ini melambangkan empat sungai di dalam syurga Firdaus.
NILAI

Nilai cinta akan alam sekitar

Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berusaha untuk membawa kembali kegelapan Kuala
Selangor untuk memastikan habitat kelip-kelip terpelihara dan Kuala Selangor kekal sebagai
lokasi pencerapan bintang.

Nilai setiakawan

Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penjahat di stesen minyak PETRONAS di


hadapan hospital semata-mata untuk menyelamatkan sahabatnya Nurul Hafsa yang telah
diculik.

Nilai kegigihan

Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik gigih dalam menjalankan projek yang sedang diusahakan
oleh mereka walaupun usaha mereka berhadapan dengan tentangan daripada Dato Johann
Arlington Majid.

Nilai kasih sayang

Maryam Wickham sayang akan anaknya, Muhammad Taufik. Dia mengunjungi rumah
anaknya dan memasakkan makanan untuk anaknya.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah cinta akan alam sekitar supaya kehidupan kita dan makhluk lain
tidak terancam.
 Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berusaha untuk mengembalikan kegelapan
langit Kuala Selangor untuk memastikan populasi kelip-kelip terpelihara dan bintang
boleh dicerap.
2. Kita mestilah menpunyai sikap setia kawan supaya tidak berlaku pengkhianatan
dalam persahabatan.
 Muhammad Taufik bersikap setia kawan kerana sanggup berjumpa dengan penjahat
di stesen minyak PETRONAS semata-mata untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang
telah diculik.
3. Kita hendaklah gigih dalam melaksanakan sesuatu kerja supaya matlamat kerja
tersebut tercapai.
 Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik gigih dalam menjalankan projek Kawasan
Simpan Langit Gelap walaupun usaha mereka berhadapan dengan cabaran daripada
Dato’ Johann Arlington Majid.
4. Ibu bapa mestilah memberikan kasih sayang kepada anak-anak supaya mereka
dapat membesar dengan sempurna
 Tan Sri Muhaimin telah membesarkan anaknya, Muhammad Taufik dengan baik
serta memenuhi segala keperluannya.
5. Kita mestilah berilmu pengetahuan supaya kita mampu membela agama, bangsa
dan negara.
 Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik yang berilmu pengetahuan telah membela alam
sekitar di Kuala Selangor yang tercemar dengan limpahan cahaya.

Anda mungkin juga menyukai