Anda di halaman 1dari 29

BIODATA PENGARANG NOVEL

Nama penuh : Sri Rahayu binti Mohd Yusop


Tempat Asal : Tanjong Karang, Selangor
Tarikh lahir : 18 Jun 1976
Pekerjaan : Guru Bahasa Inggeris
Tempat : SMK Pandan Jaya, Ampang
Status : Berkahwin, dengan 2 orang cahaya mata Firdaus Faramir (9 tahun), Akmal
Anas (7 tahun)
Pendidikan :
- SK Kebangsaan Batu 9, Jalan Bomba, Tanjong Karang, Selangor
- Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
- Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
- University of Otago, New Zealand & Dunedin College of Education, New Zealand
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL

Karya:
- Bukan Legasi Lalang (2001)
- Merdekakan Cinta Ratna (2003)
- Odisi Tanah Kencana (2007)
- Warisnya Kalbu (2008)

- Kasih Nan Agung (2009)


- Impuls/Roh (2010)
- Bimasakti Menari (2011)
- Equilibria (2012)
- Rimba Jiwa (2012)

Pencapaian:
- Kesemua novel memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Kategori Novel
Remaja.
- Novel Bukan Legasi Lalang memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia Kategori
Kesusasteraan Remaja (Novel) 2000/2001.
- Novel Bimasakti Menari memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia Kategori
Kesusasteraan Remaja (Novel) 2012.

SINOPSIS BAB
Novel Bima Sakti Menari bermula dengan kisah Nurul Hafsa yang memulakan hari
pertama dia bertugas sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin,
Kuala Selangor. Pada permulaan tugasnya, dia telah menerima kunjungan
sekumpulan pengunjung yang dianggotai oleh 15 orang murid dan tiga orang
pengiring dari Sekolah Rendah Kichichimahigashi, Hiroshima, Jepun yang ingin
melihat bintang-bintang di Kuala Selangor. Malangnya hasrat murid-murid tersebut
untuk melihat bintang-bintang yang dicartakan dalam peta langit tidak tercapai
akibat langit terlalu cerah pada malam tersebut. Mereka juga tidak dapat melihat
kelip-kelip. Gelagat Nurul Hafsa melayan murid-murid sekolah itu telah diperhatikan
oleh Muhammad Taufik, iaitu anak salah seorang individu terkaya di Asia Tenggara
yang juga mempunyai sifat cinta akan alam sekitar yang tinggi.

Nurul Hafsa cube melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan untuk memastikan


dakwaan salah seorang peserta rombongan itu , iaitu Utada tentang kelip-kelip di
Kampung Kuantan. Hasrat tersebut juga tidak tercapai. Dia hanya dapat melihat
seberapa ekor kelip-kelip yang mengeluarkan cahaya yang tidak begitu terangdan
kerlipan yang dihasilkan tidak kekal sepanjang masa kelip-kelip itu terbang.
Kegagalan ini telah membuatkan Nurul Hafsa berusaha untuk menjadikan Kuala
Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap. Rasionalnya projek tersebut adalah
untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor falak yang terkenal di
peringkat antarabangsa. Pemggunaan lampu-lampu yang amat terang cahayanya
akan digantikan dengan lampu-lampu yang menggunakan gelombang yang rendah.
Dengan ini, pantulan cahaya ke langit akan berkurang. Hasrat Nurul Hafsa telah
mendapat sokongan daripada Muhammad Taufik yang turut ingin menjayakan
projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor tersebut,
Dengan menggunakan pengaruh ayah Muhammad Taufik, iaitu Tan Sri Muhaimin,
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik telah Berjaya membuat pembentangan projek
mereka kepada Pegawai Daerah, iaitu Dato Hj. Mustofa al-Hamidi. Walau
bagaimanapun, projek Kawasan Simpan Langit Gelap tersebut mendapat tentangan
daripada musuh perniagaan ayah Muhammad Taufik, iaitu Dato Johann ArlingtonMajid. Permusuhan antara Dato Johann dengan Tan Sri Muhaimin bukan sahaja
dalam pernigaan tetapi juga berbentuk permusuhan peribadi yang berpunca
daripada bekas isteri Tan Sri Muhaimin, iaitu Marion Wickham ataunama Islamnya,
Maryam yang berbangsa Kaukasia memilih Tan Sri Muhaimin sebagai pasangan
hidupnya.
Menteri besar yang bersetuju dengan projek yang dibentang oleh Nurul Hafsa
telah memanggil satu majlis terbuka di Bangunan SUK, Shah Alam untuk
mendengar pembentan Projek Kawasan Simpanan Langit Gelap daripada Nurul
Hafsa dan Muhammad Taufik. Pada hari tersebut, Dato Johann Arlington-Majid turut
hadir. Beliau telah mengemukakan pelbagai soalan dengan tujuan untuk
mempengaruhi Menteri Besar agar membatalkan projek tersebut. Walau
bagaimanapun, semua soalan yang dikemukakan oleh Dato Johann Arlington-Majid
dapat dijawab dengan tuntasnya oleh Nurul Hafsa.
Lantaran Projek Kawasan Simpanan Langit Gelap ingin diwartakan, satu tender
pembekalan lampu akan dikeluarkan. Dato Johann bertambah marah kerana lampulampu itu tidak dapat dibekalkan oleh syarikat beliau. Lantaran itu, Dato Johann
merancang untuk membuat gangguan terhadap Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa
agar mendapat mempengaruhi Menteri Besar untuk membatalkan projek tersebut.
Pada mulanya, Muhammad Taufik telah diserang dan dipukul ketika dia balik dari
masjid. Mujurlah Budiman dan Nurul Hafsa datang dan menyelamatkannya. Selepas
menjalani rawatan di hospital, Muhammad Taufik telah diminta supaya mengikut
ibunya balik ke Otago, New Zealand. Sewaktu Muhammad Taufik bersiap-siap untuk
keluar dari hospital, dan terus ke lapangan terbang untuk ke Otago, Muhammad
Taufik telah menerima jambangan bunga. Secebis kertas terjatuh dari jambangan
bunga tersebut. Tertulis kata-kata yang mahu dia menunggu seorang diri di
PETRONAS pada hari Jumaat, pukul 8.30 pagi. Paling membimbangkan Muhammad
3

Taufik adalah apabila dia melihat kerongsang mutiara milik Nurul Hafsa yang
tersemat pada selendang yang menjadi pembungku jambangan bunga itu. Lantaran
itu, sewaktu dalam perjalanan ke lapangan terbang, Muhammad Taufik telah
meminta pemandu ayahnya agar berhenti di PETRONAS di hadapan hospital atas
alas an hendak ke tandas. Muhammad Taufik mengambil kesempatan itu untuk
pergi ke van putih dan dilarikan ke suatu tempat. Muhammad Taufik dapat
merasakan bahawa Nurul Hafsa telah diculik terlebih, iaitu sewaktu dia balik dari
mencerap kelip-kelip bersama-sama abangnya, Budiman. Nurul Hafsa, telah
dipergunakan oleh penjahat-penjahat itu untuk mendapatkan Muhammad Taufik.
Kumpulan penjenayah itu telah melepaskan Nurul Hafsa dengan menolaknya
keluar dari kenderaan yang membawanya di kawasan estet. Nurul Hafsa ynag
dibantu oleh seorang pemandu van sekolah pergi ke balai polis untuk membuat
laporan. Berita penculikan Muhammad Taufik telah menjadi berita hangat. Pihak
polis juga telah mengatur siasatan dan mengadakan sekatan jalan raya dalam
usahan menjejaki kumpulan penjenayah tersebut.
Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak polis telah dapat mengesan sebuah
rumah di ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya.
Sepasukan Pasukan Gerak Khas telah dikerahkan ke sana. Akhirnya, penjenayahpenjenayah itu telah dapat diberkas dan Muhammad Taufik dapat diselamatkan.
Selepas peristiwa hitam tersebut, hubungan antara Muhammad Taufik dengan
Nurul Hafsa semakin rapat. Mereka sering berhubung melalui telefon dan bercerita
tentang peristiwa yang menimpa mereka. Selepas peristiwa itu juga, ibu dan ayah
Muhammad Taufik telah bernikah semula. Majlis pernikahan pasangan itu
berlangsung di masjid. Sewaktu mengemas dulang-dulang yang digunakan dalam
majlis itu, Muhammad Taufik telah menzahirkan hasratnya untuk meminang Nurul
Hafsa. Nurul Hafsa yang berasa mal uterus beredar tetapi Muhammad Taufik telah
menghantar mesej yang menyatakan bahawa mereka berdua ialah dua ekor kelipkelip terakhir di dunia.

BAB 1: JANJI SRIKANDI


Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
4

Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru
pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap
tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa
sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi
masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya
telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing
dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat
diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif
akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut,
Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para
pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya
upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia
untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa
dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia
ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya
akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria
kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh
keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

BAB 2: WICHAM
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai
pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah
seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik.
Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap
pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham
yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut
janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya,
Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi
melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali
bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam
tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip
Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan
Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra
alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik.
Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila
subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.

BAB 3: SUNGAI RAHSIA


Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang
kebenaran kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana
tidak dapat melihat kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal
tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang
melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir.
Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa
menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji
Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah
Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam
satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara
serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan sematamata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka
menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima
kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari
Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelipkelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa
turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan
cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelipkelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu
kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka.
Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan
sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi.
Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh
pencemaran cahaya dengan senyap.

BAB 4: BUDIMAN
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah
mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar
Nurul Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat
jawapan yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang
guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun
yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip
adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu
peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di
sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini,
Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada
di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan cahaya
lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum
menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak
dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul
6

Hafsa terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut


menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus
tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.

BAB 5: JIWA AYAHANDA


Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu
kepulangan beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan
kampung tempat projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya
Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau mengimbas kembali
kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham Abdullah
kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran
bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan
kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah
apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap
bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan
pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum
bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya
kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka
tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.

BAB 6: CITA-CITA
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai
Atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang
tahap kecerahan langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian,
Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil
kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah
dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati
janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat
bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk
menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin
tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam
masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya
telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati
Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya,
dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor
daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa
bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan
lelaki kelip-kelip. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di
kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman
7

pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang
dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru
bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki
tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan
Simpan Langit Gelap.

BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP


Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhatihati. Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat
bapa dan berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah
mereka berdua sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak
seorang lelaki muda sedang membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan
pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat
wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah
dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut.
Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan
bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Ruparupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di
Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di
Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad
Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik
menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang
menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang
berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi
kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong
yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air
sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan
manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman kepada
populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip
mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila
populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan
tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap
pemuda tersebut.

BAB 8: BEBAS GRID


Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak
8

Budiman dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri
berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad
Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan
bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid.
Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah
satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan
kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah
untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia
kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan
menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa.
Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat
Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat
dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa
dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak boleh
dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa
tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa
kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

BAB 9: ZURIAT
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri
Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu
kawasan simpan langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan
profisional dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri
Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka ruang kepada
mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan
Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini
merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan
Maryam.

BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP


MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan
kemewahan ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu
didampingi oleh perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas
kemewahannya. Namun begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali
Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang
terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya.
Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan
Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang pembentangan
tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi
memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman
menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka.
9

Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir
untuk menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan
mahram. Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu
untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus
sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian
falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad
Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut untuk menebus
kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung
Kuantan tempoh hari.

BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM


Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan
pendayung, bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk
membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti
setelah sepuluh minit mendayung. Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan
gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang mula hadir,
Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik itu tentang jenis kelip-kelip
atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian bilangan kelip-kelip
menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan
secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut
apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul
Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan
meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada
Muhammad Taufik.

BAB 12: STRATEGI


Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya
menggunakan pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan
pegawai daerah dan panel penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut,
Nurul Hafsa memulakan pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56.
Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat pembentangan dan
menjelaskan segala kekeliruan Dato Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala Selangor,
mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala
Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR


Dalam bab ini, Dato Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann
Arlington- Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap
idea projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut
kerana hal itu bermakna dia tidak dapat meneruskan penguasaan tender
membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya. Johann merupakan ahli
10

perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama Tan
Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri
Muhaimin sebagai suami. Dato Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik
akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri
besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah
Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama
seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu.
Namun Johann tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.

BAB 14: GELAP DALAM TERANG


Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang
diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk
memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu.
Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan
projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya
dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya.
Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu
dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk Johann
dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan
bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat.
Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur
rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul
Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan
projek tersebut.

BAB 15: KHIANAT


Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke
rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah
berasa terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga
hari kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan.
Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi
lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal
Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi
mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya
dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan
Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis
memberitahu walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik,
namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi
11

penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad


Taufik berada dalam keadaan stabil.

BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA


Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk
melawat Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan
bapa Muhammad Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian
yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan
mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka
solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar
tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar.
Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani
abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas
segala yang terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri.
Namun begitu, temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang
mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat
bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam
bermanik Kristal.

BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN


Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya
berada di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim
menasihati beliau agar memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa
anaknya merupakan kejadian jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis
menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik tidak bersetuju dan
meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut
bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk
membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek
kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang
dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar
mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan
Simpan Langit Gelap.

BAB 18: KERASUKAN


Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja
mencerap populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap
Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan
menggunakan peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin
12

kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak samun untuk balik ke kereta
mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar
suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia
dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum
mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan
kain gelap.

BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL


Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya
pulang ke Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang
hitam bermanik kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut
yang memintanya berada di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut.
Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang yakininya milik Nurul
Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan kereta di stesen
petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke
tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih
seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk
ke dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan
dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang
perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul
Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa
walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga
tidak sedarkan diri.

BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA


Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan
Muhammad Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa
berasa bertuah kerana tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini
sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika
rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh melepaskan diri daripada
tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan bantuan
pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah
membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa
selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau
bersabar, berdoa dan menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad
Taufik disiarkan dalam berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

13

BAB 21: LEGASI BAJU BIRU


Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik.
Dengan bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh
penculik tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar
dikesan kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua
Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon bimbitnya yang
memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu menerima
padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan sensasi
etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk
tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah
ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak
Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan.
Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya diselamatkan.

BAB 22: CINTA PEJUANG


Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali
kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan
ucapan ringkas menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya
anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi
pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik kristal yang
disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik.
Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan
lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri
untuk membantu mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan
ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di
dunia.

14

TEMA
1.

Tema Novel Bimasakti ialah cinta akan alam sekitar.

2.

Sikap cinta akan alam sekitar ini telah ditunjukkan oleh dua orang aktivis alam
sekitar, iaitu Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik.

3.

Muhammad Taufik sedang berusaha untuk menyelamatkan kawasan kelip-kelip dan


membina rumah yang mengambil pendekatan mesra alam.

4.

Nurul Hafsa pula berusaha untuk menjadikan kawasan Kuala Selangor sebagai
Kawasan Simpan Langit Gelap untuk memastikan bintang-bintang boleh dicerap di
Kuala Selangor dan keli-kelip dapat dilihat di Kampung Kuantan.

5.

Hasrat kedua-dua orang akitivis ini mendapat tentangan tetapi mereka tidak
mengalah dengan cabaran yang dihadapi itu.

6.

Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.


-

Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati


dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba
memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan
langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang.
Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan
terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di
Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang
mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan
membina rumah mesra alam.

15

PERSOALAN
1. Sikap tidak bertolak ansur antara suami dengan isteri akan
menyebabkan berlakunya penceraian.
- Tan Sri Muhaimin terpaksa menerima kenyataan bahawa Maryam ialah
seorang pengembara dunia yang ingin akan kebebasan dan tidak boleh
diikat.
2. Penceraian antara suami dengan isteri akan menyebabkan anakanak menjadi mangsa kerana kehilangan kasih sayang.
- Selepas bercerai, Tan Sri Muhaimin memainkan peranan untuk mendidik
dan membesarkan Muhammad Taufik manakala Puan Maryam
meneruskan impiannya untuk menyelamatkan dunia.
3. Sikap tamak dan dendam mengakibatkan seseorang itu terjebak
dalam perbuatan jenayah.
- Sikap tamak dan dendam Dato Johann Arlington-Majid terhadap Tan Sri
Muhaimin menyebabkan beliau sanggup megupah penjenayah untuk
menculik dan mencederakan Muhammad Taufik
4. Sekiranya sudah jodoh, seseorang itu tetap bersatu sebagai suami
isteri.
- Tan Sri Muhaimin telah bernikah semula dengan bekas isterinya, iaitu
Puan Maryam Wickham.
5. Sikap penjawat awam yang bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan tugas dan bertanggungjawab.
- Sebagai pegawai di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Nurul Hafsa telah
berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadikan kawasan Kuala
Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap demi kepentingan
pencerapan bintang malam dan kelip-kelip.
6. Tanggungjawab seorang abang terhadap adik perempuan.
- Budiman yang sentiasa menemani adiknya, Nurul Hafsa ketika bertemu
dengan Muhammad Taufik dan mencerap kehadiran keli-kelip di Kampung
Kuantan.
7. Keikhlasan dan kejujuran dalam bersahabat.
- Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa saling membantu untuk menjayakan
Projek Kawasan Simpan Langit Gelap dan berasa risau apabila salah
seorang daripada mereka diancam.
8. Kasih sayang ibu dan bapa terhadap anak.
- Tan Sri Muhaimin dan Puan Maryam Wickham amat sayang akan anak
tunggal mereka, iaitu Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang
dikehendaki oleh anak mereka itu.
16

9. Kekayaan yang digunakan untuk tujuan kebaikan.


- Tan Sri Muhaimin telah membantu anaknya, Muhammad Taufik dengan
membeli kawasan sungai di Kampung Kuantan untuk menyelamatkan
habitat kelip-kelip.
-

WATAK dan PERWATAKAN


1. Watak utama novel ini ialah Nurul Hafsa.
2. Watak-watak sampingan terdiri daripada Muhammad Taufik, Budiman, Tan Sri
Muhaimin, Puan Maryam Wickham Abdullah, Haji Yassir, Dato Johann
Arlington-Majid, dan Dato Haji Mustofa al-Hamidi.
NURUL HAFSA
1. Anak kepada Haji Yassir dan adik kepada Budiman.
2. Nurul Hafsa beljar di luar Negara, iaitu Jordan dalam bidang Fizik dan Kaji
Falak.
3. Nurul Hafsa seorang yang cinta akan alam sekitar. Contohnya, dia
berpendapat bahawa pembangunan yang tidak dirancang dengan teliti di
Kuala Selangor akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar.
4. Seorang yang berani. Contohnya, dia telah menghantar laporan tentang
pencemaran cahaya di Kuala Selangor.
5. Seorang yang bijak dan berilmu. Contohnya, dia dapat mematahkan hujah
Dato Johann Arlington-Majid sewaktu pembentangan projek Kawasan Simpan
Langit Gelap Kuala Selangor.
6. Seorang yang tabah. Contohnya, dia begitu tabah dalam menghadapi
pelbagai dugaan untuk melaksanakan cita-citanya iaitu menjadikan Kuala
Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.
7. Seorang yang baik hati. Contohnya, dia begitu prihatin akan nasib
Muhammad Taufik yang cedera kerana diserang penjenayah.
8. Nurul Hafsa seorang yang berbudi bahasa. Contohnya, dia menyuruh
Muhammad Taufik bertanya kepada ayahnya tentang hasrat Muhammad
Taufik untuk hendak meminangnya.
9. Seorang berpegang teguh pada janji. Contohnya, dia tetap meneruskan
usaha mencerap populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan sewaktu
Muhammad Taufik terlantar di hospital.
10.Beliau juga seorang anak yang baik. Contohnya, dia berniat untuk membina
stor penyimpanan peralatan berkebun untuk ayahnya apabila dia mendapat
gaji kelak.
MUHAMMAD TAUFIK
1. Muhammad Taufik ialah anak tunggal kepada Tan Sri Muhaimin dan Puan
Maryam Wickham Abdullah.

17

2. Dari segi fizikalnya, Muhammad Taufik berambut hitam pekat dan ikal, irisnya
berwarna coklat pekat, kulitnya cerah seperti Puan Maryam Wickham,
hidungnya mancung sederhana serta bertubuh tegap dan tinggi lampai.
3. Seorang yang cinta alam sekitar. Contohnya, dia mengusahakan projek
Ikhtiar Teknoalam, iaitu pembinaan rumah yang berkonsepkan kediaman
mesra alam.
4. Seorang yang penyabar. Contohnya, dia bersikap tenang dan sabar ketika
berhadapan dengan Nurul Hafsa yang berasa marah kepada tindakannya
memagar sungai di Kampung Kuantan.
5. Muhammad Taufik seorang yang berpendidikan tinggi.
6. Seorang yang prihatin. Contohnya, dia sanggup menemui penjenayah
dengan tujuan untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh
mereka.
7. Seorang yang penyanyang. Contohnya, dia menyanyangi kedua-dua orang
tuanya walaupun mereka telah berpisah dengan berusaha untuk memenuhi
permintaan mereka.
8. Muhammad Taufik seorang yang berterus terang. Contohnya, dia berterus
terang dengan bertanya Nurul Hafsa sama ada dia sudi menerima
pinangannya.
9. Muhammad Taufik seorang yang berbudi bahasa dan menghargai tetamu.
Contohnya, dia melayan kunjungan Nurul Hafsa dan Budiman dengan
menyediakan minuman.
10.Muhammad Taudik seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, dia sanggup
memenuhi arahan kumpulan samseng yang menculik Nurul Hafsa untuk
menyelamatkannya daripada kumpulan penculik itu.
BUDIMAN
1.
2.
3.
4.
5.

Budiman ialah anak lelaki tunggal kepada Haji Yassir.


Abang kepada Nurul Hafsa.
Sahabat kepada Muhammad Taufik.
Budiman ialah seorang guru sains di Sekolah Menengah Tanjung Karang.
Budiman seorang abang yang bertanggungjawab. Contohnya, dia sanggup
meluangkan masa untuk menemani Nurul Hafsa di jeti bagi tujuan mencerap
kelip-kelip.
6. Budiman seorang yang baik hati. Contohnya, dia membawa ayah dan
adiknya ke hospital pada pukul 5.00 pagi untuk menziarahi Muhammad
Taufik.
7. Budiman seorang yang taat akan ajaran agama. Contohnya, dia menunaikan
solat isyak di masjid bersama-sama dengan Muhammad Taufik.
8. Budiman seorang yang prihatin. Contohnya, dia bersusah payah mengesan
Muhammad Taufik yang telah diserang sewaktu balik dari masjid.
TAN SRI MUHAIMIN
1. Tan Sri Muhaimin ialah seorang ahli perniagaan yang Berjaya.
2. Tan Sri Muhaimin merupakan antara salah seorang jutawan di Asia Tenggara.
3. Seorang yang berpengaruh besar. Contohnya, beliau menggunakan
pengaruhnya untuk membolehkan Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa
membentangkan kertas kerja berhubung dengan projek Kawasan Simpan
18

4.
5.
6.
7.
8.

Langit Gelap, iaitu menjadikan kawasan Kuala Selangor sebagai kawasan


gelap untuk pencerapan bintang dan populasi kelip-kelip.
Seorang yang penyayang. Contohnya, beliau sentiasa memenuhi kehendak
anak tunggalnya, iaitu Muhammad Taufik.
Seorang yang berpendirian teguh. Contohnya, beliau sanggup bercerai
dengan isterinya kerana tidak sehaluan.
Seorang yang baik hati dan tidak bersifat dendam. Contohnya, beliau tidak
berdendam dengan bekas isterinya serta tidak memarahi anaknya berikutan
kunjungan bekas isterinya itu ke rumah anaknya.
Seorang yang taat akan perintah agama. Contohnya, beliau menunaikan
solat subuh bersama-sama dengan Haji Yassir di surau hospital.
Tan Sri Muhaimin seorang ayah yang bertanggungjawab. Contohnya, beliau
turun dari kereta untuk menemani Muhammad Taufik yang hendak pergi ke
tandas di stesen minyak untuk menjaga keselamatan anaknya.

PUAN MARYAM WICKHAM


1.
2.
3.
4.

Puan Maryam ialah ibu kepada Muhammad Taufik.


Puan Maryam ialah bekas isteri kepada Tan Sri Muhaimin.
Puan Maryam ialah seorang aktivis alam sekitar.
Seorang yang berpegang teguh dengan pendiriannya. Contohnya, dia
sanggup bercerai dengan suaminya, Tan Sri Muhaimin kerana teguh dengan
perjuangannya.
5. Seorang ibu yang baik hati dan penyayang. Contohnya, Puan Maryam
sanggup mengunjungi Muhammad Taufik dan memasakkan makanan untuk
bekas suaminya.
6. Seorang wanita yang bersikap toleransi. Contohnya, dia sanggup bernikah
semula dengan bekas suaminya untuk memenuhi permintaan anak
tunggalnya.
HAJI YASSIR
1. Haji Yassir ialah ayah kepada Budiman dan Nurul Hafsa.
2. Haji Yassir hidup seorang diri selepas kematian isterinya.
3. Seorang ayah yang bertanggungjawab. Contohnya, Haji Yassir sanggup
menghantar anaknya untuk mencerap kelip-kelip di Kampung Kuantan.

19

GAYA BAHASA
DIKSI
1. Novel Bimasakti Menari memilih kosa kata yang sesuai dengan latar tempat,
latar masa dan latar masyarakat. Antara kosa kata tersebut termasuklah
istilah yang berkaitan dengan bintang seperti Betelgeuse, Rigel, Saiph,
Almitak, Mintaka, Alvilam dan Orion.
2. Pengarang menggunakan diksi pinjaman daripada Bahasa Inggeris.
Contohnya:
a) Platform (hlm. 1)
b) Amatur (hlm. 4)
c) Professional (hlm. 8)
d) Hibrid (hlm. 28)
e) Deskripsi (hlm. 44)
f) Beranda (hlm. 53)
3. Terdapat juga penggunaan diksi pinjaman daripada pengaruh Bahasa Arab
dalam novel ini. Contohnya:
a) Falak (hlm. 6)
b) Wafat (hlm. 7)
c) Solat (hlm. 9)
d) Insya-Allah (hlm. 69)
e) Kalam suci al-Quran (hlm. 101)
f) Syukur Alhamdulillah (hlm. 130)

20

4. Pengarang turut menggunakan istilah khusus yang berkaitan dengan alam


sekitar. Contohnya:
a) Grid utility (hlm. 61)
b) Jejak karbon (hlm. 61)
c) Buruj Orion (hlm. 5)
d) Astronomi (hlm. 82)
e) Atmosfera (hlm. 83)
f) Fajar al-Kazhib (hlm. 91)

SIMILE
1. Simile atau perbandingan ialah gaya bahasa yang membandingkan
sesuatu dengan sesuatu yang lain.
2. Perbandingan ini pula menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana,
umpama, macam, dan ibarat.
3. Antara contoh penggunaan simile dalam novel ini termasuklah :
a) Dia cuba berseloroh sedang hatinya bagai dikoyak-koyak apabila
menyedari dia bergurau tentang perkara yang bukan gurauan. (hlm. 15)
b) ibunya akan pergi lagi umpama seorang puteri yang tergesa-gesa lari
dari majlis tari menari dalam kisah si pari-pari. (hlm. 17)
c) Rasa seperti dirinya ditipu. (hlm. 22)
d) Maryam pergi lepas bebas seperti burung terbang mengejar bintangbintang di langit. (hlm. 37)
e) Bagi Budiman, adiknya bagaikan kilat sebelum guruh (hlm. 56)
f) Awak berani umpama srikandi. (hlm. 96)
g) seorang lelaki berjalan di taman sunyi dengan lampu terbuka dan
tertutup sendiri itu seperti sebuah filem seram. (hlm. 103)
h) Johann membuat nota dalam mindanya umpama ayat-ayat dalam
sebuah memoir. (hlm. 110)
i) Merek berdua bercakap dengan cara berdesis seperti ular tedung
(hlm. 131-133)
21

HIPERBOLA
1. Hiperbola merupakan perbandingan yang digunakan untuk
menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan.
2. Antara contoh penggunaan hiperbola dalam novel ini termasuklah:
a) Jika kita berjumpa lebih kerap, pastinya rupa paras Taufik akan lebih
melekat pada mata ibu (hlm. 15)
b) seorang pengembara dunia yang ingin akan kebebasan (hlm. 37)
c) Masakan Nurul Hafsa seorang diri dapat membawa kembali bintangbintang ke Kuala Selangor? (hlm. 35)
d) Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik ialah dua kesatria
yang punyai misi penting ... (hlm. 62)
e) Taman ini melambangkan empat sungai di dalam syurga Firdaus
(hlm. 65)

INVERSI
1. Inversi ialah pembalikan kata atau frasa yang disengajakan oleh
pengarang.
2. Antara contoh penggunaan inversi dalam novel ini termasuklah:
a) Malam ini adik-adik hanya dapat sebahagian sahaja daripada buruj
Orion .. (hlm. 7)
Sepatutnya: Adik-adik hanya dapat melihat sebahagian sahaja
daripada buruj Orion malam ini.
b) Pada malam semalam, selepas menunaikan solat, Nurul Hafsa berdoa
dan menanam azam yang dia akan menjalankan tugasnya sebagai
seorang penjawat awam dengan penuh dedikasi. (hlm. 9)
Sepatutnya: Nurul Hafsa berdoa dan menanam azam pada malam
semalam, selepas menunaikan solat yang dia akan menjalankan
tugasnya sebagai seorang penjawat awam dengan penuh dedikasi.
c) Akhirnya Nurul Hafsa menerima kenyataan bahawa impiannya untuk
melihat kerlipan kelip-kelip secara sinkronasi tidak akan tercapai. (hlm.
21)
Sepatutnya: Nurul Hafsa menerima kenyataan bahawa impiannya
untuk melihat kerlipan kelip-kelip secara sinkronasi tidak akan tercapai
akhirnya.
d) Sekembalinya ke kereta, Nurul Hafsa merungut dan segera berkata
kepada ayahnya. (hlm. 23)
22

Sepatutnya: Nurul Hafsa merungut dan segera berkata kepada


ayahnya sekembalinya ke kereta.
e) Laju sungguh Tan Sri Muhaimin? Sobirin melihat jam tangannya. (hlm.
38)
Sepatutnya: Tan Sri Muhaimin memandu laju sungguh? Sobirin
melihat jam tangannya.
f) Nurul Hafsa akhirnya berkata. (hlm. 55)
Sepatutnya: Nurul Hafsa berkata akhirnya.
SINKOPE
1. Sinkope bermaksud penyingkatan kata dengan menggugurkan satu
atau lebih huruf atau suku kata dari tengah-tengah kata.
2. Antara contoh penggunaan sinkope dalam novel ini termasuklah:
a) dia cedera ringan saja. (hlm. 70)
b) Sabarlah, Taufik. Tak teruk sangat ni, (hlm. 128)
c) Taufik, kamu tak apa-apa? (hlm. 180)
d) Saya pergi dulu, kata Nurul Hafsa, (hlm. 186)

PERIBAHASA
1. Peribahasa yang digunakan dalam sesebuah novel lazimnya ialah simpulan
bahasa, perumpamaan, pepatah dan bidalan.
2. Antara contoh peribahasa yang terdapat dalam nobvel ini termasuklah:
a) Tan Sri Muhaimin membisu seribu bahasa sedang dalam mindanya
terdapat soalan yang membakar untuk diluahkan segera mungkin. (hlm.
38)
b) Tan Sri Muhaimin tidak menjawab, namun jelas air mukanya berubah.
(hlm. 40)
c) Dua beranak itu terus menjamu selera dengan hasil air tangan satusatunya wanita dalam hidup mereka dengan senyap. (hlm. 41)
d) Sesungguhnya dia tidak mahu menghabiskan keseluruhan kerjayanya
makan gaji buta sambil menunggu ketibaan Ramadan, Syawal dan
Zulhijah untuk mengambil foto beberapa orang lelaki dengan
menggunakan teleskop di Balai Cerap Sultan Salahuddin. (hlm. 44)
e) Adakah Nurul Hafsa dah hilang akal, bang? (hlm. 45)
f) Maaflah. Air bujang sahaja, kata Muhammad Taufik kepada tetamunya
itu. (hlm. 146)
g) Bagai bulan dipagar bintang. (hlm. 77)
h) Namun, melihatkan ibunya yang terkenal keras hati itu menangis,
Muhammad Taufik tidak mampu melawan lagi. (hlm. 146)
AYAT
23

1. Dalam novel ini, pengarang menggunakan ayat pendek, sederhana dan


panjang.
2. Ayat pendek banyak diselitkan dalam dialog dan teknik pemerian.
Contohnya:
a) Bayu bertiup lembut. (hlm. 31)
b) Teruk! keluh Nurul Hafsa. (hlm. 31)
c) Ibu baik ayah. Ibu kirim salam. (hlm. 40)
d) Nurul Hafsa akhirnya berkata. (hlm. 55)
e) Keadaan sungguh gelap. (hlm.141)
f) Setahun dua, (hlm. 151)
3. Penggunaan ayat sederhana panjang dalam novel ini adalah seperti
contoh yang berikut:
a) Nurul Hafsa menarik nafas dalam dalam. (hlm 4)
b) Muhammad Taufik kenal benar dengan Puan Wickham. (hlm. 13)
c) Jiwanya marah dan pemanduan tidak semena-mena bertambah laju.
(hlm. 37)
d) Muhammad Taufik menjemput kedua beradik itu naik ke atas rumah.
(hlm. 53)
e) Kombinasi ciri-ciri fizikal ibu dan ayahnya. (hlm. 98)
f) Puan Maryam menuangkan air putih untuk anaknya. (hlm. 138)
4. Penggunaan ayat panjang. Contohnya:
a) Nurul Hafsa merasakan yang langit akan tetap cerah walaupun dia dan
kumpulan kanak-kanak itu menunggu sehingga pukul 12.00 tengah
malam. (hlm. 4)
b) Menjadi tanggungjawabnya juga nanti untuk membangunkan aplikasi
teknologi maklumat berkaitan dengan falak di balai cerap. (hlm. 45)
c) Salah satu yang akan dibina dalam Taman Bandar Raya Hijau Kuala
Lumpur ialah empat saliran air yang membawa air ke sebuah kolam
pusat. (hlm. 65)
PENGGUNAAN PETIKAN TERJEMAHAN AYAT AL-QURAN dan HADIS
1. Pengarang turut menggunakan petikan terjemahan ayat al-Quran dan hadis
Nabi Muhammad SAW dalam novel ini.
2. Antara contoh petikan terjemahan ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad
SAW dalam novel ini termasuklah:
a) Nabi Muhammad SAW telah bersabda, gerhana matahari ialah suatu
kejadian alam dan tiada kena mengena dengan kematian dan kelahiran
seseorang manusia. ( hlm. 7)
b) Allah telah menjanjikan untuk orang Mukmin lelaki dan perempuan
taman-taman yang mengalir air sungai di bawahnya serta mereka kekal
di dalamnya dan beberapa tempat kediaman yang indah dalam syurga
Adn dan keredhaan daripada Allah yang amat besar. Demikianlah itu
kemenangan yang besar. (hlm. 65)
c) Dia yang mengadakan bintang-bintang untukmu, supaya kamu dapat
petunjuk dengannya dalam kegelapan daratan dan lautan. (hlm. 82)

24

d) Janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi, sesudah baiknya.


Mintalah kepada-Nya dengan ketakutan dan harapan. Sesungguhnya
Allah amat dekat dengan orang yang berbuat kebaikan. (hlm. 99)

LATAR (tempat, masa dan masyarakat)


LATAR TEMPAT
1. Balai Cerap Sultan Salahuddin. Tempat Nurul Hafsa bekerja selepas
pulang dari luar negara.
2. Kampung Kuantan. Tempat Muhammad Taufik memberitahu Nurul Hafsa
bahawa populasi kelip-kelip telah berkurang.
3. Stesen Minyak Petronas di hadapan hospital. Tempat Muhammad Taufik
diculik.
4. Kawasan Perladangan di Betari Jaya. Tempat pasukan Gerak Khas
digerakkan untuk menyelamatkan Muhammad Taufik yang diculik.
5. Hospital Besar Tanjung Karang. Tempat Muhammad Taufik dibawa untuk
mendapatkan rawatan setelah diserang oleh sekumpulan sejarah.
6. Taman Rimba Templer. Tempat Budiman mengadakan perkhemahan
bersama-sama dengan budak pengangkap.
25

7. Sekolah Menengah Tanjung Keramat. Tempat Budiman mengajar.


8. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Tan Sri Muhaimin telah
telah memandu keretanya, manakala pemandunya, Sobirin melayannya
bersembang.
9. Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat. Tempat Muhammad Taufik, Nurul
Hafsa dan Budiman belajar.
10.Hotel De Palma. Tempat Puan Maryam Wickham menginap selepas
mengunjungi Balai Cerap Sultan Salahuddin.
11.Rumah Prototaip Ikhtiar Teknoalam. Tempat Muhammad Taufik menerima
kunjungan ibunya, Puan Maryam Wickham yang meninggalkan
rombongannya untuk bersama-sama dengan anaknya itu.
12.Otago, New Zealand. Tempat Muhammad Taufik mengikuti ibunya selepas
ibunya bercerai dengan ayahnya.

LATAR MASA
1. Hari pertama bekerja di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Contohnya,
peristiwa Nurul Hafsa berasa tidak keruan ketika mengiringi kumpulan
pengujung yang dianggotai 15 orang murid dan tiga orang pengiring yang
ingin mencerap bintang-bintang di langit.
2. Waktu malam. Contohnya, peristiwa Nurul Hafsa dihantar oleh ayahnya,
Haji Yassir pergi ke Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip.
3. Sebelum solah zuhur. Contohnya, peristiwa Haji Yassir makan tengahari
bersama-sama dengan Nurul Hafsa dan Budiman.
4. 50 tahun lalu. Contohnya, peristiwa penduduk Kuala Selangor telah
menikmati bekalan air paip.
5. Waktu selepas solat isyak. Contohnya, peristiwa Muhammad Taufik telah
diserang untuk pertama kali oleh penjenayah.
6. Pukul 11.30 malam. Contohnya, peristiwa Nurul Hafsa dan Budiman selesai
memberikan keterangan kepada Ketua Inspektor Lim di Hospital Besar
Tanjung Karang berkaitan serangan terhadap Muhammad Taufik.
7. Pukul 5.00 pagi. Contohnya, peristiwa Budiman bersama-sama ayah dan
adiknya ke Hospital Besar Tanjung Karang untuk menziarahi Muhammad
Taufik.
8. Waktu subuh. Contohnya, peristiwa Haji Yassir, Budiman, Tan Sri Muhaimin,
Nurul Hafsa dan Maryam Wickham menunaikan solat subuh di surau hospital
selepas kedengaran azan dari Masjid Tanjung Karang.
9. Pukul 8.20 pagi. Contohnya, peristiwa van putih berada di hadapan tandas
lelaki Stesen Minyak Petronas dan Muhammad Taufik ditarik masuk ke dalam
van itu sebelum dilarikan ke suatu tempat.
10.
Kira-kira pukul 10.00 malam. Contohnya, kenduri kesyukuran untuk
meraikan pernikahan Tan Sri Muhaimin dengan bekas isterinya, Puan Maryam
Wickham di Masjid Jamik Sultan Ibrahim, Kuala Selangor selesai.

LATAR MASYARAKAT
26

1. Masyarakat yang mementingkan kerjaya sehingga sanggup


mengambil tindakan yang radikal. Contohnya, Tan Sri Muhaimin yang
mementingkan perniagaan dan Puan Maryam Wickham yang mementingkan
aktiviti mencintai alam sekitar sehingga sanggup bercerai apabila masingmasing tidak dapat bertolak ansur.
2. Masyarakat yang cinta akan alam sekitar. Contohnya, Maryam Wickham,
Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa telah melaksanakan kerja-kerja untuk
menyelamatkan alam sekitar.
3. Masyarakat yang tamak. Contohnya, Dato Johann Arlington-Majid yang
tamak sanggup melakukan perbuatan jenayah dengan mengupah
penjenayah untuk menculik anak Tan Sri Muhaimin agar Tan Sri Muhaimin
menarik balik sebut harga pembekalan harga lampu.
4. Masyarakat yang terpelajar. Contohnya, Nurul Hafsa belajar sehingga ke
Jordan dalam bidang Fizik dan ilmu Falak dan bekerja di Balai Cerap Sultan
Salahuddin.
5. Masyarakat yang hidup harmoni dalam sebuah keluarga. Contohnya,
keluarga Nurul Hafsa yang terdiri daripada ayanhnya, Haji Yassir dan
abangnya, Budiman hidup dengan harmoni dan bahagia.
6. Masyarakat yang berkahwin campur. Contohnya, Tan Sri Muhaimin yang
berketurunan Jawa telah berkahwin dengan Maryam Wickham yang
berketurunan Kaukasia.

NILAI
1. Nilai cinta akan alam sekitar. Contohnya, Nurul Hafsa dan Muhammad
Taufik berusaha untuk membawa kembali kegelapan di Kuala Selangor untuk
memastikan habitat kelip-kelip terjaga dan Kuala Selangor kekal sebagai
lokasi pencerapan bintang.
2. Nilai setia kawan. Contohnya, Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan
penjahat di Stesen Minyak Petronas di hadapan hospital semata-mata untuk
menyelamatkan sahabatnya, iaitu Nurul Hafsa yang telah diculik.

27

3. Nilai tanggungjawab. Contohnya, Tan Sri Muhaimin telah membesarkan


anak tunggalnya dengan memenuhi segala keperluan anaknya itu walaupun
dia seorang bapa tunggal.
4. Nilai ketabahan. Contohnya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah
menghadapi ancaman dan cabaran dalam usaha mereka untuk
mengembalikan kegelapan di Kuala Selangor untuk pencerapan bintang dan
menjaga habitat kelip-kelip.
5. Nilai kasih sayang. Contohnya, Maryam Wickham sayang akan anaknya itu,
iaitu Muhammad Taufik dengan mengunjungi rumah anaknya dan
memasakkan makanan untuk anaknya itu.
6. Nilai berilmu pengetahuan. Contohnya, Nurul Hafsa sanggup ke Jordan
selama empat tahun untuk menyambung pelajaran dalam bidang Fizik dan
Falak.
7. Nilai budi bahasa. Contohnya, Muhammad Taufik telah menyambut
kedatangan Budiman dan adiknya Nurul Hafsa ke rumah dengan baik serta
menghidangkan minuman untuk mereka.
8. Nilai ketaatan. Contohnya, Budiman dan Muhammad Taufik taat pada ajaran
agama dengan menunaikan solat berjemaah di masjid.
9. Nilai amanah. Contohnya, Nurul Hafsa tetap meneruskan projek mencerap
kehadiran kelip-kelip di Kampung Kuantan kerana dia telah berjanji dengan
rakannya, Muhammad Taufik untuk meneruskan projek mereka walau apa-apa
pun berlaku kepada mereka.
10.Nilai hormat-menghormati. Contohnya, Muhammad Taufik tetap
menghormati Nurul Hafsa sebagai tetamunya walaupun Nurul Hafsa kelihatan
marah terhadapnya kerana memagar sungai di Kampung Kuantan.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mencintai alam sekitar supaya kehidupan kita dan
mahluk lain tidak terancam. Contohnya, Nurul Hafsa dan Muhammad
Taufik berusaha untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai kawasan gelap bagi
28

memastikan khazanah alam seperti kelip-kelip dan pencerapan bintang terus


dinikmati.
2. Kita mestilah mempunyai sikap setia kawan supaya tidak berlakunya
pengkhianatan dalam menjalin hubungan persahabatan. Contohnya,
Muhammad Taufik sanggup bertemu dengan penjenayah semata-mata kerana
tidak mahu keselamatan Nurul Hafsa yang telah diculik terancam.
3. Ibu bapa mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak supaya
kehidupan anak-anak terbela. Contohnya, Haji Yassir sanggup menghantar
anaknya, Nurul Hafsa ke Kampung Kuantan untuk mencerap kelip-kelip
supaya anaknya tidak mengalami masalah untuk pergi ke tempat tersebut.
4. Kita mestilah tabah dalam melaksanakan sesuatu kerja supaya
matlamat kerja tersebut tercapai. Contohnya, Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik tabah dalam menjalankan projek yang sedang diusahakan
oleh mereka, iaitu Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor walaupun
usaha mereka berhdapan dengan cabaran daripada Dato Johann ArlingtonMajid.
5. Ibu bapa mestilah memberikan kasih sayang terhadap anak-anak
supaya mereka dapat membesar dengan sempurna. Contohnya, Tan Sri
Muhaimin telah membesarkan Muhammad Taufik dengan baik serta
memenuhi segala keperluannya.
6. Kita mestilah berilmudan berpengetahuan supaya kita mampu
membela agama, bangsa dan negara. Misalnya, Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik yang berilmu dan berpengetahuan telah membela alam
sekitar di Kuala Selangor yang tercemar dengan limpahan cahaya.
7. Kita mestilah berbudi bahasa agar kita dihormati orang lain. Contohnya,
Muhammad Taufik yang berbudi bahasa tinggi, akhirnya telah menjadi rakan
karib Nurul Hafsa.

29

Anda mungkin juga menyukai