Anda di halaman 1dari 3

BMKSSM

Bimasakti Menari
Sri Rahayu Mohd Yusop
TEMA:
Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar. Nurul
Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati berjuang
untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi
kelip-kelip dan mengambalikan kegelapan langit di Kuala Selangor
sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka telah berusaha
mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan
Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara.

Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan


projek Perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah mesra
alam. Namun demikian, perjuangan mereka dihalang oleh Dato’
Johann Arlington – Majid yang merupakan musuh bapa Taufik.
Beberapa musibah yang berlaku akhirnya dapat diatasi oleh mereka
sehingga membawa kepada pelaksanaan projek yang dicadangkan
oleh Nurul Hafsa.

PERSOALAN
cikguviechunghwakotabharu
BMKSSM

 Persoalan kebijaksanaan untuk menangani masalah.


Nurul Hafsa mengemukakan alasan bijak yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung Balai
Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor pada waktu malam apabila bintang tidak dapat dicerap
dengan mata kasar akibat langit tidak menjadi gelap pada ketika pencerapan dilakukan.

 Persoalan cinta akan alam sekitar.


Budiman dan adiknya sama-sama prihatin terhadap pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala
Selangor dan berazam untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada pencemaran akibat
aktiviti pembangunan yang tidak terancang.

 Persoalan hubungan kasih sayang antara ibu dengan anak.


Maryam Wickham tetap mengambil berat tentang projek Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan oleh
anaknya Muhammad Taufik walaupun mereka jarang-jarang dan sukar untuk bertemu.

Maryam Wickham memasak untuk Muhammad Taufik dengan menyediakan makanan


kesukaannya.

 Persoalan penceraian tidak menghalang kasih sayang antara ibu


bapa dengan anak.
Maryam Wickham dan Tan Sri Muhaimin tidak pernah bermusuh tentang penjagaan anak mereka
Muhammad Taufik, malah sering memberikan sokongan kepadanya walaupun mereka sudah
bercerai.

 Persoalan perasaan dendam yang tidak berkesudahan.


Datuk Johann Arlington-Majid menaruh dendam yang tidak pernah padam terhadap Tan Sri
Muhaimin berpunca daripada Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami
sehingga membawa kepada kes penculikan anak merka iaitu Muhammad Taufik.

 Persoalan tanggungjawab terhadap keluarga.


Tan Sri Muhaimin mengambil berat tentang pelajaran anaknya Muhamamd Taufik walaupun
sibuk dengan kerjanya.

 Persoalan kerjasama memulihara Kawasan Simpan Langit


Gelap.
Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman sentiasa bekerjasama untuk memastikan Kawasan
Simpan Langit Gelap terjamin daripada pembangunan yang tidak terancang.
 Persoalan kegigihan melestarikan alam sekitar.

cikguviechunghwakotabharu
BMKSSM

Nurul Hafsa gigih mencari dan mengumpul data tentang kepupusan kelip-kelip di Kampung
Kuantan, Kuala Selangor.

 Persoalan keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat


Anak lelaki Tan Sri Yahya yang bernama Zharif terpengaruh dengan budaya barat dengan
meminum arak dan mengambil dadah.

 Persoalan kecekapan anggota polis menjalankan tugas.


Pasukan polis telah menubuhkan Pasukan Gerak Khas yang diketuai oleh Inspektor Lim untuk
mengesan kes penculikan Nurul Hafsa.

 Persoalan ketaatan dan kepatuhan terhadap ajaran agama.


Budiman menemanani Nurul Hafsa ketika berbincang dengan Muhammad Taufik di bilik tutorial di
Perpustakaan Awam Sultan Salahuddin, Kuala Selangor kerana mereka bukan mahram.

 Persoalan ketabahan menghadapi cabaran.


Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman sanggup meneruskan usaha mereka
mempertahankan Kawasan Simpan Langit Gelap wlaupun mendapat ancaman atau ugutan
daripada Datuk Johann Arlington-Majid.

cikguviechunghwakotabharu

Anda mungkin juga menyukai