Anda di halaman 1dari 6

SINOPSIS

Nurul Hafsa yang merupakan watak utama dalam novel ini bertugas sebagai Pegawai Sains di
Balai Cerap Sultan Salahuddin. Hafsa telah dikunjungi oleh pelajar dari Jepun untuk melihat
buruj dengan mata kasar tetapi terdapat masalah yang menyebabkan mereka tidak
berpeluang pada malam tersebut. Nurul Hafsa berkunjung ke Kampung Kuantan untuk
melihat sendiri kelip-kelip tetapi malangnya sudah tidak banyak seperti dahulu. Budiman
mengajak Nurul Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik yang merupakan pemilik
anak sungai di Kampung Kuantan. Menurut Taufik, anak sungai tersebut dipagar dan
menghalang bot atau sampan melaluinya supaya populasi kelip-kelip tidak terancam. Satu
pembentangan yang dinamakan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap oleh Nurul Hafsa telah
dibuat dihadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di
bangunan SUK Shah Alam. Projek tersebut mendapat tentangan oleh Dato’ Johann Arlington
dan telah mengupah tiga orang tonto untuk menyiasat dan memastikan projek tersebut
tidak berjaya. Taufik telah terlibat dengan kemalangan dan Ketua Inspektor Lim mengesyaki
kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Kemudian Hafsa pula diculik dan Budiman telah
dipukul. Taufik cuba membebaskan Hafsa dengan mengikuti arahan penculik untuk
berjumpa di stesen minyak Petronas. Nurul Hafsa dibebaskan dan sebaliknya Taufik yang
diculik. Hafsa terus membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai Polis Bestari Jaya
mendapat aduan penduduk tentang aktiviti yang mencurigakan dan Pasukan Gerak Khas
telah berjaya menyelamatkan Taufiki dan menembak tiga orang lelaki Nurul Hafsa, Budiman
dan Haji Yassir berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri
kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas
isterinya. Tan Sri Muhaimin telah mengucapkan syukur kerana anak dan isterinya kembali
bersama serta musuh perniagaannya Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan ke muka
pengadilan. Dalam majlis tersebut, Taufik telah meluahkan isi hatinya kepada Nurul Hafsa.
TEMA
Novel ini menceritakan tema berkenaan kegigihan individu yang muda untuk memelihara
kelestarian alam sekitar

PERSOALAN

PERSOALAN HURAIAN
1 Persoalan memelihara alam Nurul Hafsa, Budiman dan Muhammad Taufik
sekitar menjalankan tanggungjawab mereka untuk
memelihara alam sekitar dengan menghalang
pembangunan yang tidak terancang di Kuala
Selangor sekaligus mencemar cahaya

2 Persoalan kerjasama dalam Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman


melakukan tugas untuk bekerjasama untuk membentangkan projek
mencapai misi yang sama Kawasan Simpan Langit Gelap

3 Persoalan menangani masalah Nurul Hafsa memberikan hujah yang diterima oleh
dengan bijak pengunjung apabila aktiviti cerapan bintang tidak
dapat dilakukan kerana langit cerah
4 Persoalan ketaatan kepada Budiman menemani Nurul Hafsa untuk berbincang
ajaran agama dengan Muhammad Taufik di Perpustakaan Awam
Sultan Syarifuddin kerana mereka bukan mahram
5 Persoalan dendam yang tidak Dato’ Johann Arlington masih berdendam dengan
berkesudahan Tan Sri Muhaimin yang berkahwin dengan Maryam
Wickham dan berhasrat untuk menghalang projek
anaknya
WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK PERWATAKAN
1 NURUL HAFSA  Watak utama yang merupakan anak kepada Haji Yassir dan
adik kepada Budiman
 Bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin, Kuala Selangor
 Seorang yang bijak kerana setelah menamatkan pengajian
di luar negara, dia mendapat peluang untuk bekerja
sebagai Pegawai Sains
 Seorang yang berazam tinggi. Nurul Hafsa Dan Muhammad
Taufik gigih menghadapi cabaran untuk mewujudkan
Kawasan Simpan Langit Gelap di Kampung Kuantan
 Seorang yang baik hati apabila dia prihatin dengan nasib
yang menimpa Muhammad Taufik yang cedera diserang
oleh musuh mereka.

2 BUDIMAN  Anak kepada Haji Yassir dan abang kepada Nurul Hafsa
 Bertugas sebagai Guru Sains di SMk Tanjung Keramat
 Seorang yang bertanggungjawab kerana menemani
adiknya Nurul Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad
Taufik
 Seorang yang taat. Budiman dan Muhammad Taufik taat
perintah agama apabila selalu menunaikan solat
berjemaah di masjid

3 MUHAMMAD  Anak tunggal kepada Tan Sri Muhaimin


TAUFIK  Pencinta kepada alam sekitar
 Seorang yang penyabar apabila berhadapan dengan Nurul
Hafsa yang marah dengan tindakannya memagar sungai di
Kampung Kuantan
 Seorang yang berterus terang. Meluahkan isi hatinya
kepada Nurul Hafsa
4 TAN SRI  Bapa kepada Muhammad Taufik
MUHAIMIN  Seorang yang bertanggungjawab kerana menjalankantugas
sebagai bapa walaupun selepas bercerai dengan isterinya,
Puan Wickham
 Seorang yang berpengaruh besar. Beliau menggunakan
pengaruhnya untuk membuka peluang kepada
Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa membentangkan
projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor
5 MARYAM  Ibu kepada Muhammad Taufik
WICKHAM  Seorang yang penyayang. Menyayangi anaknya walaupun
telah bercerai dan memasakkan makanan untuk suaminya

PLOT

PERMULAAN Pada hari pertama Nurul Hafsa bekerja di Balai Cerap Sultan
Salahuddin, sekumpulan murid dari Jepun telah berkunjung untuk
mencerap bintang. Sebagai Pegawai Sains, dia ditugaskan untuk
melayani rombongan tersebut yang diiringi oleh Puan Wickham.
Malangnya, aktiviti mencerap bintang pada malam itu tidak boleh
dilakukan kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa berhasrat untuk ke
Kampung Kuantan bagi melihat kelip-kelip. Tetapi niatnya tidak
kesampaian kerana sungai yang perlu dilalui telah dipagar dan
menghalang bot atau sampan untuk melalui sungai tersebut.
PERKEMBANGAN Nurul Hafsa berkunjung ke Pejabat Daerah untuk melaporkan
pencemaran cahaya yang menghalang aktiviti mencerap bintang dan
kelip-kelip. Budiman kemudian mempertemukan Nurul Hafsa dengan
Muhammad Taufik yang merupakan individu yang memagar sungai
di Kampung Kuantan. Mereka bersetuju untuk melaksanakan projek
Kawasan Simpan Langit Gelap. Dengan pengaruh Tan Sri Muhaimin,
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berpeluang untuk
membentangkan projek tersebut dihadapan Menteri besar dan
pegawai daerah.
PERUMITAN Sebaik sahaja pembentangan dilaksanakan, projek tersebut
ditentang oleh Dato’ Johann Arlington-Majid. Beliau yang merupakan
pembekal lampu menolak cadangan projek tersebut dan sebenarnya
berdendam dengan Tan Sri Muhaimin kerana Maryam Wickham
telah memilih tan sri sebagai pasangan hidup. Muhammad Taufik
telah diserang ketika pulang dari masjid. Selepas mendengar
penjelasan Tan Sri Muhaimin, Menteri Besar Selangor telah bersetuju
untuk meneruskan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala
Selangor.
KLIMAKS Nurul Hafsa telah diculik dan Muhammad Taufik yang sepatutnya
mengikuti ibunya balik ke New Zealand telah menurut arahan
penculik Nurul Hafsa untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.
Nurul Hafsa telah dibebaskan dan sebaliknya penculik menculik
Muhammad Taufik. Nurul Hafsa segera membuat laporan polis di
balai Polis Bestari Jaya. Inspektor Lim menubuhkan pasukan Gerak
Khas setelah menerima aduan daripada penduduk tentang aktiviti
yang mencurigakan dan polis berjaya menyelamatkan Taufik
PELERAIAN Tan Sri Muhaimin mengambil keputusan untuk bernikah semula
dengan bekas isterinya. Pada majlis perkahwinan ibu dan bapanya,
Muhammad Taufik telah meluahkan isi hatinya kepada Nurul Hafsa
dan melamarnya.

TEKNIK PLOT

TEKNIK KEJUTAN : Nurul Hafsa ditolak keluar dari kenderaan oleh penculik
TEKNIK SASPENS : Pengemudi bot yang membawa Nurul Hafsa untuk melihat kelip-kelip di
Kampung Kuantan
TEKNIK MONOLOG : Ya enam ekor kelip-kelip, Nurul Hafsa berdetik dalam hati
TEKNIK IMBAS KEMBALI : Dato Johann yang mengingati kembali permusuhannya dengan
Tan Sri Muhaimin
TEKNIK DIALOG : perbualan antara Dato’ Mustafa dengan Dato’ Johann mengenai
pendapat Menteri Besar

LATAR

LATAR TEMPAT
 Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor
– Tempat dimana Nurul Hafsa bekerja sebagai Pegawai Sains
 Bangunan SUK Shah Alam
– Nurul Hafsa membuat pembentangan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap
 Kampung Kuantan
– Nurul Hafsa bersama ayahnya datang untuk melihat kelip-kelip di waktu malam
 Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor
– Majlis pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan Puan Maryam
 IPD Kuala Selangor
– Nurul Hafsa membuat laporan polis tentang penculikan Muhammad Taufik
Latar Masa
 Waktu Malam
– Nurul Hafsa bersama ayahnya ke Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip
 Waktu Pagi
– Budiman yang terjaga pada pukul lima pagi dan tidak dapat melalapkan mata
membuat keputusan untuk melawat Taufik di hospital
 Hari Jumaat
– Taufik telah menerima nota daripada penculik yang menyuruhnya untuk ke
stesen Petronas pada hari Jumaat pukul 8.30 pagi
 Waktu Subuh
– Haji Yassir, Budiman, Tan Sri Muhaimin, Nurul hafsa dan Maryam Wickham
menunaikan solat subuh di surau hospital selepas mendengar azan dari Masjid
Tanjung Karang

LATAR MASYARAKAT
 Masyarakat yang mengutamakan pendidikan dalam kehidupan
- Nurul Hafsa yang melanjutkan pelajaran sehingga ke Jordan dalam bidang Fizik dan
Ilmu Falak
 Masyarakat yang mencintai alam sekitar
- Muhammaad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman bekerjasama untuk melaksanakan
projek Kawasan Simpan Langit Gelap
 Masyarakat yang mempunyai semangat setia kawan
- Atas semangat setiakawan, Nurul Hafsa dan Budiman menuju ke tempat
kemalangan yang dihadapi oleh Muhammad Taufik
 Masyarakat yang terdiri daripada golongan korporat
- Datu Johann Arlington dan Tan Sri Muhaimin adalah golongan korporat
 Masyarakat yang mengamalkan perkahwinan campur
- Tan Sri Muhaimin yang berbangsa Jawa telah berkahwin dengan Maryam Wickham
yang berketurunan Kaukasia

NILAI

1) NILAI BERTANGGUNGJAWAB : Tan Sri Muhaimin yang memebesarkan anak tunggalnya


dengan sentiasa memenuhi keperluan anaknya
2) NILAI ILMU PENGETAHUAN : Nurul Hafsa yang melanjutkan pelajaran ke Jordan untuk
mendalami ilmu falak dan fizik
3) NILAI CINTA AKAN ALAM SEKITAR : Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa berusaha untuk
mengekalkan kawasan Kuala Selangor daripada pencemaran cahaya untuk memastikan
habitat kelip-kelip tidak terganggu dan aktiviti pencerapan bintang dapat dilakukan
4) NILAI KEBERANIAN : Muhammad taufik yang berani untuk bergerak secara
berseorangan selepas mendapat nota daripad apenculik Nurul Hafsa
5) NILAI KESYUKURAN : Haji Yassir bersyukur melihat Nurul Hafsa dan memeluknya serta
menangis kegembiraan setelah anaknya selamat

PENGAJARAN

1) Kita seharusnya memelihara dan memulihara alam sekitar daripada sebarang ancaman
kerana ia merupakan khazanah alam yang tidak boleh diganti dengan mudah
2) Kita mestilah menghormati dan menyayangi ibu dan bapa kita walaupun mereka telah
bercerai kerana jasa mereka membesarkan kita 3) Kita hendaklah bekerjasama apabila
ingin mencapai satu misi yang sama dengan individu yang lain agar misi itu tercapai
dengan jayanya

Anda mungkin juga menyukai