Anda di halaman 1dari 254

Pengurus Projek

Wan Mohd Rashidi Bin Wan Ab Rashid


Penulis
Mohd Hasanuddin Mohd Yusof
Pruf Bahasa
Simi Suhaina Binti Ismail
Pereka Grafik
Mohd Noor Arriffin Bin Sudin
Illustrasi
Faizal Rahmat
Mohd Nur Faezin
Penterjemah Bahasa Turki
Nuramirah binti Shahrin
Sarjana Sejarah Islam (Uthmaniyah),
Universiti Marmara, Istanbul
Cetakan Pertama 2018
Cetakan Kedua 2019
Cetakan Ketiga 2020
© Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, illustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga
bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
dari penerbit buku ini.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-


Penerbitan
Hasanuddin Yusof
Menjejak Hubungan Daulah Uthmaniyah & Kesultanan Melaka /
HASANUDDIN YUSOF ; Illustrasi: Mohd Nur Faezin ;
Penterjemah Bahasa Turki: Nuramirah binti Shahrin.
ISBN 978-967-16795-1-7
1. Islam--Turkey--History.
2. Islam and politics--Turkey.
3. Islam and politics--Malaysia.
4. Melaka--History.
5. Turkey--History--Ottoman Empire, 1288-1918.
I. Mohd Nur Faezin. II. Nuramirah Shahrin.
III. Judul.
297.5409595
Diterbitkan oleh:

PENERBIT ALAMI SDN BHD


No. 2301, Tingkat 1, Jalan SJ 10/1,
Taman Seremban Jaya, 70450 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel: 019 -729 0135
KATA PENGANTAR
PENERBIT
J ika kita perhatikan, di dalam kitab suci yang mulia iaitu
Al-Quran, banyak sekali kisah-kisah sejarah yang dipaparkan.
Sejarah tentang perjuangan para Nabi, sejarah tentang
penderhakaan musuh-musuh Allah, sejarah orang-orang soleh dan
banyak lagi. Ini membuktikan ilmu sejarah sangat penting dalam
kehidupan. Jika sejarah tidak penting, masakan Allah  banyak
menceritakan sejarah-sejarah dalam Al-Quran. Antara manfaat yang
besar yang terdapat dalam ilmu sejarah ialah ianya memberi pengajaran
dan panduan buat manusia untuk menjalani kehidupan pada hari ini
dan membentuk kehidupan pada masa akan datang.

Oleh itu, kami bagi pihak penerbit sangat mengalu-alukan


penulisan-penulisan sejarah dari para penulis untuk diterbitkan kerana
ilmu sejarah sangat penting untuk generasi pada hari ini dan pada masa
akan datang. Pada kali ini, kami menerbitkan sebuah buku sejarah yang
menarik iaitu Menjejak Hubungan Melaka dan Uthmaniyah. Seperti
kita sedia maklum, Melaka dan Uthmaniyah adalah dua buah kerajaan
Islam yang masyhur pada abad ke-15. Maka usaha penulis untuk
mengkaji dan mendedahkan hubungan diplomatik antara kedua-dua
buah kerajaan ini sangatlah kami hargai. Semoga buku ini memberi
manfaat kepada setiap para pembaca.

iii
KATA PENGANTAR

PENULIS
S yukur yang tidak terhingga saya panjatkan ke Hadrat Allah
kerana dengan takzim dan limpah kurniaNya dapat saya
menyiapkan sebuah lagi karya sejarah. Selama ini, kebanyakan
daripada kita hanya mengetahui bahawa kerajaan Islam di Alam
Melayu yang paling awal menjalinkan hubungan diplomatik
dengan Daulah Uthmaniyah ialah kerajaan Aceh Darussalam.
Namun begitu, dalam catatan Portugis, dinyatakan dengan jelas
tentang kehadiran pedagang-pedagang dari Turki Uthmaniyah
ke Kota Melaka untuk membeli rempah ratus dari pelabuhan Melaka.
Malah, sumber Portugis juga menyatakan bahawa terdapatnya tentera
Turki Uthmaniyah dalam angkatan tentera Melaka ketika berlakunya
perang antara Portugis dan Melaka pada tahun 1511.

Sehubungan dengan itu, saya berasa terpanggil untuk membuat kajian


lanjut tentang hubungan Daulah Turki Uthmaniyah dan Kesultanan
Melayu Melaka. Maka sekitar bulan Oktober tahun 2015, saya telah
ke Istanbul selama beberapa minggu khusus untuk melakukan kajian
tentang hubungan Kesultanan Melayu Melaka dan Daulah Uthmaniyah.
Alhamdulillah, dengan izin Allah , dapat saya menyiapkan buku ini
yang memaparkan fakta-fakta tentang hubungan Kesultanan Melayu
Melaka dan Daulah Uthmaniyah. Saya berharap agar para pembaca
sekalian memperoleh manfaat dari penulisan buku ini.

iv
Penulis membentangkan kajiannya tentang hubungan Daulah
Uthmaniyah dan Kesultanan Melaka kepada pakar sejarah
Uthmaniyah, Prof. Dr. Mehmet Maksudoglu di Universiti Marmara,
Istanbul pada tahun 2015.

v
KANDUNGAN 12
KEMASYHURAN HUBUNGAN
SEMENANJUNG TURKI DAN
TANAH MELAYU ALAM MELAYU
SEBELUM MELAKA SEBELUM MELAKA

1 15

67
MELAKA UTUSAN
8
HUBUNGAN
DAN MELAKA SULTAN MELAKA
HUBUNGAN KE ISTANBUL DAN
ANTARABANGSA SULTAN
UTHMANIYAH
85 101 119
34 5
MELAKA KEPENTINGAN MELAKA
SEBAGAI MELAKA KETIKA
PELABUHAN PADA PEMBUKAAN
TERKAYA DI DUNIA UTHMANIYAH KONSTANTINOPLE

29 43 67

9 10 11
KONFLIK TURKI USAHA
UTHMANIYAH DAN UTHMANIYAH UTHMANIYAH
PORTUGIS SEBELUM DALAM ANGKATAN MERAMPAS
PENAKLUKAN TENTERA MELAKA DARI
MELAKA MELAKA PORTUGIS
141 165 185
12 13
GARIS MASA BIBLIOGRAFI
HUBUNGAN
UTHMANIYAH
DAN ALAM MELAYU

203 233

viii
KEMASYHURAN SEMENANJUNG
TANAH MELAYU
SEBELUM

MELAKA
S
emenanjung Tanah Melayu sudah dikenali oleh masyarakat
dunia sejak ribuan tahun dahulu. Malah seorang sarjana
dari Universiti Oxford yang bernama Stephen Oppenheimer
menulis di dalam bukunya yang bertajuk “Eden In The East”
bahawa Semenanjung Tanah Melayu yang termasuk di dalam
benua Sunda atau Sundaland adalah ibu atau induk bagi peradaban
dunia. Stephen Oppenheimer menyatakan lebih lanjut bahawa
penanaman padi bermula dari Semenanjung Tanah Melayu iaitu
kira-kira 9,000 tahun yang lalu. Maka orang-orang di India, China,

1
Peta Semenanjung Tanah Melayu yang dilakar oleh ahli geografi Islam
yang masyhur iaitu Muhammad al-Idrisi pada tahun 1154 Masihi. Beliau
menamakan Semenanjung Tanah Melayu sebagai 'Jazirah Malai'.

Jepun dan bangsa-bangsa lain belajar kaedah menanam padi dari


masyarakat di Semenanjung Tanah Melayu.1

O.W Wolters menulis di dalam bukunya yang bertajuk Early


Indonesian Commerce : The Origins of Srivijaya bahawa
keberadaan Semenanjung Tanah Melayu telah ada dalam pengetahuan
orang-orang Yunani pada kurun pertama Masihi lagi. O.W Walters
menyatakan bahawa dalam sebuah teks Yunani bertajuk Periplus
of the Erythrean Sea dicatatkan bahawa “Kapal-kapal yang belayar

1 Stephen Oppenheimer. 2010. Eden In The East : The Drowned Continent of


Southeast Asia. Terj. Iryani Syahrir, Dieni Purwandari & Melody Violine.
Hlm 103-105

2
ke Chryse dan ke Gangga itu dikenali sebagai Colandia dan sangat
besar.” Chryse di dalam catatan ini merujuk kepada Semenanjung
Tanah Melayu.2

Perkara ini disahkan oleh Paul Wheatley di dalam Golden Khersonese


(Semenanjung Emas). Wheatley menyatakan bahawa seorang pencatat
Yunani bernama Martianus Heraclea mencatatkan di dalam Periplus of
the Outer Sea tentang kedudukan Semenanjung Emas (Semenanjung
Tanah Melayu) yang terletak di antara benua India dan China.3
2 O.W. Wolters. 2011. Early Indonesian Commerce : The Origins of Srivijaya.
Terj. Edy Sembodo. Hlm. 21
3 Paul Wheatley. 2010. The Golden Khersonese, Hlm 135

3
Dalam artikel yang bertajuk “Aktiviti Perdagangan Pedagang Arab-
Parsi di Semenanjung Tanah Melayu Berdasarkan Sumber Asing dan
Data Arkeologi”, Prof Dr. Nik Hassan Shuhaimi dan Prof Madya Dr.
Zuliskandar Ramli menyatakan seperti berikut :

“Kehadiran pedagang-pedagang Arab-Parsi ini adalah untuk


memperolehi komoditi yang bernilai yang terdapat di Asia Tenggara.
Mereka telah membawa barangan hasil teknologi yang telah lama
berkembang terutamanya di Timur Tengah yang bermula sejak era
Mesopotamia lagi. Antara barangan yang diimport dari kawasan
Asia Tenggara ialah rempah ratus, kapur barus, kayu gaharu, kayu
cendana, hasil hutan, kulit kayu manis dan damar manakala barang
yang dieksport ialah seramik, barangan daripada kaca, alatan besi,
senjata, perak, manik, paku, kipas, barangan perhiasan, sutera
dan minyak wangi. Dalam konteks arkeologi, artifak yang boleh
menunjukkan dengan lebih jelas tentang kehadiran pedagang-
pedagang dari Arab-Parsi ialah jumpaan artifak yang berasaskan
kaca dan juga tembikar. Barangan kaca yang boleh dikenalpasti ialah
seperti lampu pelita, bekas minyak wangi dan juga manik polikrom
manakala barangan tembikar pula boleh dikategorikan sebagai
tembikar Timur Tengah bersepuh hijau gelap dan biru gelap dan
tembikar Timur Tengah berlakar kilat.” 4

Sebelum wujudnya Kesultanan Melayu Melaka, beberapa buah


kerajaan telah terbina di kepulauan Nusantara ini termasuk
di Semenanjung Tanah Melayu. Kedudukan Semenanjung Tanah
4 Nik Hassan Shuhaimi & Zuliskandar Ramli. 2012. Aktiviti Perdagangan
Pedagang Arab-Parsi di Semenanjung Tanah Melayu Berdasarkan Sumber Asing
dan Data Arkeologi. Dlm International Journal of the Malay World Civilisation
(IMAN) 30 (1). Hlm 171-196

4
Gugusan kepulauan Alam Melayu atau Nusantara merupakan wilayah utama
pengeluar rempah ratus di dunia sejak ribuan tahun dahulu.

Melayu yang begitu strategik iaitu di pertengahan jalan antara timur


tengah dan timur jauh serta Selat Melaka yang terlindung dari tiupan
taufan menjadikannya pilihan bagi pedagang-pedagang asing untuk
singgah di sini.

Selain itu, hasil bumi yang kaya-raya seperti herba-herba, rempah ratus,
hasil galian dan banyak lagi menyebabkan aktiviti perdagangan begitu
aktif di Nusantara terutamanya Semenanjung Tanah Melayu. Kedua-
dua faktor yang utama ini iaitu kedudukan geografi yang strategik dan
kekayaan hasil bumi menyebabkan wujudnya kerajaan-kerajaan yang
bertamadun tinggi di sini. Maka beberapa kerajaan yang pernah wujud
di Semenanjung Tanah Melayu menjadi masyhur kerana dunia luar
mendapat manfaat perdagangan dengan kerajaan-kerajaan ini.

5
Kerajaan Kedah Tua adalah antara kerajaan yang masyhur
di Semenanjung Tanah Melayu sebelum penubuhan Kesultanan
Melayu Melaka. Kerajaan Kedah Tua dipercayai telah wujud
sekurang-kurangnya sejak 500 tahun sebelum Masihi. Pada abad ke-
3, kerajaan ini terkenal sebagai antara tempat industri pembuatan besi
yang terbesar di dunia. Malah kerajaan Kedah Tua telah menghasilkan
besi antara yang terbaik di dunia. Banyak catatan-catatan tentang
Kedah Tua terdapat dalam catatan pelayar-pelayar asing. Orang-
orang Arab merujuk Kedah Tua dengan nama “ Qala’i” atau “Kalah”.
Orang-orang China pula menyebut Kedah Tua sebagai “Chia Cha”
atau “Chieh Chia”. Manakala orang-orang India pula memanggil
Kedah Tua dengan nama “Kadaram”.5

Paul Wheatley telah menyatakan di dalam bukunya “The Golden


Khersonese” bahawa Kerajaan Kedah Tua telah didapati dalam
catatan China pada tahun 638 Masihi. Catatan itu menceritakan tentang
pengutusan seorang duta kerajaan Kedah Tua ke China. Dalam catatan
Ma Tuan Lin dinyatakan bahawa Chia Cha (Kedah) menghantar
utusannya ke istana China pada tahun 638 Masihi. Manakala seorang
sami Buddha yang terkenal di China pada zaman Dinasti Tang yang
bernama Yi Jing (I-Ching) menyebut tentang Kedah ketika dalam
perjalanannya ke Nalanda, India bagi mendalami agama Buddha.
Beliau menyebut Kedah dengan nama Chieh Chia.

Kedah Tua telah pun menjadi pelabuhan entrepot yang penting


sejak abad ke-4 Masihi berdasarkan pentarikhan relatif yang
dibuat berdasarkan inskripsi-inskripsi yang dijumpai di Lembah
Bujang sebelum menjalinkan hubungan diplomatik dengan China.

5 Mohd Supian Sabtu. 2002. Tamadun Awal Lembah Bujang. Hlm 5-7

6
Pada tahun 671 Masihi, ketika Yi Jing tinggal di Kedah sebelum
meneruskan perjalanan ke Nalanda, India, kerajaan Kedah masih
sebuah kerajaan yang bebas dan Yi Jing juga ada menyatakan bahawa
kesemua perjalanan beliau dilakukan dengan menggunakan kapal
Melayu.

Dalam perjalanan pulang pada tahun 685 Masihi, Yi Jing singgah


lagi di Kedah dan melaporkan bahawa Kedah pada ketika itu sudah
menjadi naungan Sriwijaya berserta dengan kerajaan Mo-lo-yu
(Jambi). Yi Jing juga menyebutkan tentang biarawan lain yang
mengikuti pengembaraan yang sama dengan beliau di mana salah
seorang di antara mereka meninggal dunia di Kedah.6

Kerajaan Sriwijaya sememangnya sudah dikenali oleh dunia Arab


sejak dari zaman pemerintahan Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan,
Khalifah Daulah Umaiyah yang pertama. Kerajaan Sriwijaya yang
berpusat di Palembang mempunyai wilayah pemerintahan yang
luas sehingga ke semenanjung Tanah Melayu. Wilayah Sriwijaya di
semenanjung Tanah Melayu adalah termasuk Kedah Tua.

Hubungan di antara Kedah Tua dan dunia Arab dikatakan terjalin


selewat-lewatnya pada abad kesembilan di mana matawang syiling
zaman Khalifah al-Mutawalul (847-861) bertarikh tahun 848
Masihi ditemui di Lembah Bujang. Paul Wheatley menyatakan di
dalam The Golden Khersonese bahawa pada tahun 940 Masihi,
seorang pelayar Islam dari Bukhara yang bernama Abu Dulaf
al-Muhalhil telah singgah di Kedah dan beliau mencatatkan seperti
berikut :-

6 Paul Wheatley. 2010. The Golden Khersonese, Hlm 41-45

7
Apabila aku tiba di Kalah (Kedah), aku mendapati tempat ini
merupakan tempat yang cantik yang mana ianya dikelilingi oleh
dinding-dinding kubunya, taman-taman bunga dan air yang mengalir
dari mata air. Aku melihat lombong bijih timah yang tiada tara
bandingannya dengan mana-mana tempat di dunia. Di dalam kota
aku melihat pembuat-pembuat pedang “qala’i” iaitu pedang asal
orang India….sebagaimana di China, orang-orang di sini memakan
daging yang tidak disembelih. Masyarakat di sini memiliki sistem
perundangan yang mana ianya meliputi penggunaan penjara dan
sistem denda sebagai salah satu bentuk hukuman.

Mereka memakan gandum, tamar, sayur-sayuran yang mana ianya


ditimbang sebelum dijual dan roti-roti dijual secara bertimbun-
timbun. Mereka tidak memiliki bilik mandi awam seperti orang
Turki (hamam), tetapi mereka mandi di sungai-sungai yang mengalir
deras. Matawang mereka adalah dari perak…yang dipanggil ‘fahri’.
Mereka memakai sutera yang sangat mahal sama seperti orang-
orang China….Raja Kalah (Kedah) membayar ufti kepada China dan
mereka menyebut nama Maharaja China dalam upacara keagamaan
mereka. Raja Kalah menghadap ke arah Maharaja China ketika
sembahyang….” 7

Selain dari penemuan duit syiling Daulah Abbasiyah itu, bukti bahawa
Kedah Tua menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang Arab
dikuatkan lagi dengan beberapa penemuan lain di sekitar Kerajaan
Kedah Tua. Penemuan-penemuan tersebut seperti serpihan-serpihan
seramik Arab, tembikar tanah, batu cop tertulis nama seorang
tokoh iaitu Ibnu Sirdan dan makam seorang pendakwah Arab yang
7 Paul Wheatley. 2010. The Golden Khersonese, Hlm 218

8
Serpihan seramik Arab atau Parsi
yang ditemui di Lembah Bujang.

Serpihan syiling perak (dirham)


kerajaan Abbasiyah yang tertera
nama Khalifah al-Mutawakkil
ditemui di Lembah Bujang.

dikatakan bertarikh 904 Masihi yang bernama Syeikh Abdul Qadir.


Selain itu, Kedah Tua juga begitu masyhur di kalangan pedagang
Arab sebagai tempat membuat pedang yang berkualiti di mana mereka
memanggilnya sebagai Pedang Qala’i.8

Buzurg al-Ramhurmuzi pula telah mencatatkan dalam Aja’ibul Hind


bahawa seorang Nakhoda yang bernama Ismailuyah telah belayar
daripada Kalah (Kedah Tua) menuju ke Oman. Pelayaran ini berlaku
pada tahun 317 Hijrah bersamaan tahun 929 Masihi.9

Sebelum abad ke 15, pengetahuan orang-orang Arab tentang


Semenanjung Tanah Melayu bukan hanya terbatas kepada Kedah
Tua sahaja. Selain Kedah Tua, Fanhan Pahang), Tiyumah (Tioman)
dan Mait (terletak di bahagian selatan semenanjung) merupakan

8 Zakaria Ali. 1994. Islamic Art In Southeast Asia 830 A.D-1570 A.D. Hlm 189-204
9 Buzurg al-Ramhurmuzi. Aja’ibul Hind. Terj. Arsyad Mokhtar. 2017. Hlm 161

9
Batu tertera perkataan 'Ibnu Sirdan' 215
yang diyakini tahun Hijrah bersamaan
830 Masihi.
tempat-tempat yang masyhur bagi mereka kerana tempat-tempat
ini menjadi kota persinggahan bagi pedagang-pedagang Arab
di Semenanjung Tanah Melayu.

Fakta bahawa Pahang menjadi salah satu tempat persinggahan


pedagang Arab dapat dibuktikan juga dengan penemuan batu nisan
di Kampung Pematang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang. Pada
batu nisan tersebut tercatat dalam bahasa Arab perkataan-perkataan
(terjemahan ke bahasa Melayu) seperti berikut :-

Wahai yang mengampuni

Firman Allah Taala

Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati

Dan sesungguhnya akan disempurnakan

pahala-pahala kamu pada hari kiamat

10
Maka barangsiapa yang dijauhkan dari neraka

tidak ketakutan….

Telah benarlah Allah yang Maha Mulia

Tahun empat

Wahai Allah yang Mengasihani

Tarikh wafat hari Rabu

Empat belas dan bulan Rabi’

Dan dimasukkan ke dalam syurga

Maka sesungguhnya menanglah ia

Dan tidaklah hidup di dunia

Dan sembilan belas.

Berdasarkan catatan pada batu nisan ini, makam ini diyakini makam
seorang pedagang dan pendakwah berbangsa Arab yang meninggal
dunia pada 14 Rabi’ul Awwal tahun 419 Hijrah bersamaan 13 April
1028 Masihi. Penemuan ini membuktikan bahawa Pahang telah
menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang Arab selewat-
lewatnya pada awal kurun ke-11.10

10 Zakaria Ali. 1994. Islamic Art In Southeast Asia 830 A.D-1570 A.D. Hlm 69

11
Batu nisan seorang pedagang dan pendakwah Arab di Pekan, Pahang yang
bertarikh 419 Hijrah bersamaan 1028 Masihi.

12
Kewujudan perkampungan pedagang Arab di Pahang kemudiannya
disahkan oleh Sulalatus Salatin di mana terdapat kisah tentang seorang
pedagang Arab yang bernama Nakhoda Saidi Ahmad membantu Hang
Nadim. Di dalam Sulalatus Salatin dinukilkan bahawa pada zaman
pemerintahan Sultan Mahmud Syah yang bermula pada tahun 1494,
Hang Nadim telah diperintahkan untuk membawa Tun Teja dari
Pahang ke Melaka. Nakhoda Saidi Ahmad yang berada di Kuala
Pahang membantu Hang Nadim dengan menumpangkan Hang Nadim
menaiki jongnya dan belayar ke Melaka.11

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah masyarakat di dunia barat seperti


Yunani, Arab, Parsi dan Turki telah mempunyai pengetahuan tentang
Semenanjung Tanah Melayu sejak ribuan tahun dahulu. Malah mereka
telah datang berdagang ke sini dan membuat catatan-catatan tentang
hal ehwal Semenanjung Tanah Melayu. Jadi amat mustahil Daulah
Uthmaniyah yang mula ditubuhkan pada penghujung abad ke-14
tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang Semenanjung Tanah
Melayu, khususnya Kesultanan Melayu Melaka. Apatah lagi penulis-
penulis Portugis seperti Tome Pires mengakui bahawa Kota Melaka di
zaman Kesultanan Melayu Melaka terkenal di seluruh dunia.

11 A. Samad Ahmad. 2013. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Hlm 227

13
Peta Semenanjung Tanah Melayu yang dilakar oleh Ptolemy sekitar tahun
150 Masihi. Ptolemy yang merupakan ahli geografi Greek menamakan
Semenanjung Tanah Melayu sebagai 'Aurea Chersonesus' yang bermaksud
Semenanjung Emas.

14
HUBUNGAN TURKI DAN
ALAM MELAYU
SEBELUM

MELAKA
S eperti mana bangsa Arab, Parsi, India dan lain-lain, hubungan
di antara bangsa Turki dan bangsa di Alam Melayu bukanlah
sesuatu yang baru. Hubungan ini sebenarnya telah terjalin sejak
ribuan tahun dahulu iaitu sejak jalan perdagangan laut diterokai. Alam
Melayu yang kaya dengan hasil mahsul bumi di samping menjadi
laluan tengah di lingkaran perjalanan pedagangan laut menuju ke
China sememangnya merupakan tempat persinggahan pedagang-
pedagang dari dunia barat seperti Arab, Parsi, India dan Turki.

15
Di dalam buku yang bertajuk Culinary Herbs, Ernest Small
menulis bahawa catatan China menyatakan ketika berlakunya
aktiviti perdagangan komoditi bahan makanan dan rempah, bangsa
India, Arab, Parsi dan Turki belajar tentang kemahiran-kemahiran
dalam bidang pelayaran dari orang-orang Melayu. Bangsa Melayu
mengajar kepada bangsa-bangsa besar di dunia itu tentang cara-cara
menggunakan angin monsoon, besi berani atau magnet dan juga
bintang dalam pelayaran.1

Fakta ini diperkuatkan lagi dengan catatan dari John Crawfurd. Beliau
menulis di dalam A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and
Adjacent Countries bahawa orang-orang Melayu telah menggunakan
kompas sebelum orang-orang Eropah. Terdapat perkataan dalam
Bahasa Melayu bagi magnet iaitu “besi berani” dan dengan besi
berani ini orang Melayu membuat kompas yang digunakan untuk
menentukan arah dalam pelayaran dan aktiviti yang lain.

Kompas ini dikenali dengan nama “Padoman” atau “Pandoman”


(asal perkataan pedoman). Pada padoman ini diletakkan jarum bagi
menunjukkan arah. Kompas kuno Melayu ini terbahagi kepada 16
bahagian penunjuk arah yang mana 4 daripadanya menunjukkan arah
yang utama (timur, barat, utara dan selatan). Manakala 12 bahagian
yang lain menunjukkan arah-arah yang lain. Seterusnya John Crawfurd
menyatakan bahawa dengan sebab itu, kuil-kuil Hindu kuno di Jawa
dibina dengan memiliki ketepatan arah yang mengejutkan yang mana
pintu hadapannya dibina menghala ke barat dan timur.2

1 Ernest Small, Culinary Herbs, Ottaw:. NRC Research Press, 2006, Hlm. 9
2 John Crawfurd. 1856. A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and
Adjacent Countries. Hlm 116

16
Bangsa Melayu sememangnya dikenali sebagai bangsa pedagang di
mana ratusan tahun dahulu, orang-orang Melayu telah belayar untuk
berdagang sehingga ke timur Afrika. Seorang ahli geografi Arab
yang masyhur iaitu al-Idrisi (1099-1165 Masihi) pernah mencatatkan
tentang kehadiran orang-orang Melayu dari kerajaan Srivijaya di
timur Afrika. Dalam tulisannya, beliau menyatakan seperti berikut:-

“Orang-orang Zanj (orang Afrika Timur) tidak mempunyai kapal


sendiri untuk mereka mengembara, oleh itu mereka menumpang
kapal-kapal dari tanah Oman dan lain-lain yang menuju
ke Kepulauan Zabaj (Srivijaya), yang merupakan sebahagian
daripada Hind (India). Orang asing ini kemudian menjual barangan
mereka dan membeli hasil-hasil negara itu. Penduduk kepulauan
Zabaj pergi ke Zanzibar menaiki pelbagai jenis kapal, dan mendapat
keuntungan dengan cara menjual barangan mereka kerana mereka
memahami bahasa antara satu dengan lain.”3

Catatan al-Idrisi membuktikan bahawa bangsa Melayu telah belayar


jauh ke arah barat sejak ratusan tahun yang lalu. Jadi perhubungan di
antara orang-orang Melayu dengan bangsa-bangsa di bahagian barat
kepulauan alam Melayu seperti India, Arab, Parsi, Afrika dan Turki
bukanlah sesuatu yang baru.

Kevin Reilly telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu adalah


pelayar yang pertama belayar di lautan luas. Beliau menyatakan
di dalam bukunya yang bertajuk The Human Journey: A Concise
Introduction to World History seperti berikut :

3 Ahmad Jelani Halimi. 2006. Perdagangan dan Perkapalan Melayu Di Selat


Melaka Abad Ke-15 Hingga Ke-18. Hlm 50

17
“Pelayar-pelayar Melayu merupakan golongan yang mula-
mula sekali belayar di lautan luas. Berdasarkan catatan tentang
pelayaran mereka merentasi lautan Pasifik, mereka telah mencipta
perahu kembar yang tirus (asal bagi bot catamaran moden) bagi
kestabilan meredah ombak lautan. Bagi mengharungi angin kencang
di lautan, mereka telah mencipta palang layar yang seimbang yang
mana layar tersebut kelihatan seperti anak panah yang tumpul yang
diacu ke hadapan. Tiang layar diikat pada palang tersebut dengan
kain-kain layar yang banyak dipasang pada tiang yang
membolehkannya belayar di atas air. Dengan itu, angin mampu
menolak perahu tersebut ke hadapan.

Perahu Melayu mungkin menjadi inspirasi kepada pelayar-pelayar


Arab yang mana mereka membina layar segi tiga yang serupa
dengannya. Pelayar-pelayar Melayu juga merupakan pencetus
jalan laut yang terawal di antara India dan China. Walaupun ketika
di zaman kemasyhuran jalan sutera di daratan, pelayar-pelayar
Melayu telah menemui cara belayar menggunakan angin monsun
dari selatan India ke China melalui selat Melaka. Dari India atau
Sri Lanka, mereka menggunakan angin musim sejuk selatan
melalui selat Melaka. Di situ mereka menunggu pula angin musim
panas untuk membawa mereka ke utara iaitu ke China. Mereka
menggunakan cara yang sama untuk pulang semula dari China.
Pelayar-pelayar Melayu juga telah menghubungkan produk-produk
dari timur Afrika dan rempah-rempah dari kepulauan Nusantara ke
dalam perdagangan di lautan India.” 4

4 Kevin Reilly. 2012. The Human Journey: A Concise Introduction to World History.
Hlm 114-115

18
Catatan paling awal tentang hubungan di antara bangsa Turki dengan
bangsa Melayu menurut Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) ialah
berkenaan hubungan Raja Suran dan Raja Fandin. Dalam Sulalatus
Salatin disebutkan bahawa terdapat tiga orang adik beradik dari susur
galur Iskandar Zulkarnain iaitu Raja Hiran, Raja Suran dan Raja
Fandin. Raja Suran telah datang ke Semenanjung Tanah Melayu dan
berperang dengan kerajaan Gangga Negara pimpinan Raja Gangga
Syah Johan. Manakala adiknya yang bernama Raja Fandin pula
menjadi pemimpin di Turkistan. Raja Suran ini kemudiannya menjadi
pemerintah Gangga Negara dan dari keturunan beliaulah lahirnya
sultan-sultan Melaka. Sulalatus Salatin mencatatkan seperti berikut :-

Maka Raja Tersi Berderas beranak dengan puteri anak Raja Sulan
itu tiga orang lelaki, Raja Hiran seorang namanya, ialah kerajaan di
benua Hindi dan seorang namanya Raja Suran, diambil ninda baginda
Raja Sulan; seorang lagi Raja Fandin namanya, ialah kerajaan di
benua Turkistan.5

Ibnu Battutah telah mencatatkan di dalam kitab ar-Rihlah bahawa


ketika beliau dalam perjalanan ke China, beliau telah singgah
di sebuah kota yang bernama Kailukari. Pemerintah kota itu adalah
seorang wanita yang bernama Puteri Urduja. Ibnu Battutah menyatakan
bahawa Kota Kailukari terletak dalam Negeri Tawalisi. Menurut Ibnu
Battutah, Puteri Urduja ini fasih berbahasa Arab dan Turki. Tempat
yang bernama Kailukari seperti mana yang dicatatkan oleh Ibnu
Battutah ini diyakini adalah Kuala Krai, Kelantan.

5 A. Samad Ahmad. 2013. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Hlm 9

19
Miniatur pelabuhan Kedah Tua yang terdapat di Muzium Lembah Bujang.
Kedah Tua telah menjadi pelabuhan entrepot sejak dari abad ke-5 Masihi
lagi.

20
Runtuhan bangunan yang dipercayai pelabuhan Kedah Tua di Sungai Batu,
Kedah.

21
Ibnu Battutah mencatatkan di dalam ar-Rihlah seperti berikut :-

Kami seterusnya tiba di negeri Tawalisi dan rajanya juga bernama


Tawalisi. Ia merupakan sebuah negeri yang luas dan rajanya sama
seperti raja China. Baginda memiliki jong yang banyak dan digunakan
untuk memerangi penduduk China sehinggalah mereka memohon
perdamaian daripada baginda, dengan syarat-syarat yang tertentu.

Penduduk negeri Tawalisi ialah penyembah berhala dan memiliki


rupa paras yang menawan. Mereka menyerupai orang Turki dari
segi bentuk dan raut wajah. Selain itu, pada kulit mereka terdapat
tompok merah. Mereka juga merupakan orang yang berani dan
gagah. Kaum wanita mereka menunggang kuda dan pandai
memanah di samping turut berperang, sama seperti lelaki. Kami
singgah di salah sebuah pelabuhan mereka di Kailukari yang
merupakan kota mereka yang paling cantik dan paling besar.
Di situlah juga putera raja mereka tinggal. Apabila kami berlabuh di
pelabuhan, tentera mereka pun datang. Nakhoda kapal turun menemui
mereka dan membawa bersama-sama dengannya hadiah untuk putera
raja. Apabila nakhoda bertanya tentang putera raja mereka, mereka
pun memberitahu beliau bahawa ayahandanya melantik putera
tersebut sebagai pemerintah di tempat yang lain dan melantik puteri
baginda yang bernama Urduja sebagai pemerintah kota itu.

Apabila aku mengucapkan salam kepada puteri, baginda bertitah


dalam bahasa Turki, “Hasan misan yakhsya misan (khusymisan
yakhsyimisan),” yang bermaksud, “Apa khabar dan bagaimanakah
keadaan kamu?” Baginda mendudukkanku berhampiran dengannya.
Puteri Urduja juga pandai menulis tulisan Arab. Baginda bertitah
kepada salah seorang khadamnya, “Dawat wabitka katuz.” Katuz

22
bermaksud “dakwat” dan “kertas”. Dakwat serta kertas pun dibawa
kepada baginda dan aku menulis, “Bismillahirrahmanirrahim”.
Puteri Urduja lantas bertanya, “Apakah ini?” Aku pun memaklumkan
kepada baginda, “Tandarinam,” dan ia bermaksud “nama Allah”.
Baginda bertitah pula, “Khasyan,” yang bermaksud “baik”.
Kemudian puteri bertanya kepadaku, “Dari manakah kamu datang?”
Aku pun memberitahunya, “Dari negeri India.” Baginda bertanya
lagi, “Negeri lada hitam?” Jawabku, “Ya, tuanku!” Seterusnya
baginda bertanya kepadaku tentang negeri dan kisah-kisahnya. Aku
pun menceritakan semuanya. Kemudian Puteri Urduja bertitah,
“Beta mesti memerangi negeri tersebut dan menjadikannya sebagai
milik beta kerana sesungguhnya beta berasa kagum dengan harta
serta tenteranya banyak.” Aku pun berkata kepadanya, “Lakukanlah,
tuanku!” Seterusnya Puteri Urduja memerintahkan supaya aku
dikurniai baju, beras sebanyak dua muatan yang dipikul oleh gajah,
dua ekor kerbau, sepuluh ekor kambing, empat ratl air mawar dan
empat martaban iaitu jag besar yang dipenuhi oleh halia, lada, limau
serta mangga. Semuanya telah diasingkan dan ini adalah antara
barang yang disediakan untuk belayar.6

Catatan Ibnu Battutah tentang kehadirannya ke kota Kailukari yang


diperintah oleh Puteri Urduja anak kepada Raja Tawalisi ini adalah
sejurus selepas beliau singgah ke Samudera Pasai dan negeri Mul
Jawa. Sebahagian ahli sejarah menyatakan bahawa Mul Jawa yang
dimaksudkan oleh Ibnu Battutah itu berkemungkinan sebuah kerajaan
di pesisir pantai barat Semenanjung Tanah Melayu.

6 Syed Nurul Akla Syed Abdullah & Adi Setia Mohd. Dom, 2006. Pengembaraan Ibnu
Battutah : Pengembara agung, karya terulung, mengungkap wajah dunia.
Hlm 739-741

23
Maka, beberapa ahli akademik percaya bahawa Kailukari yang
dimaksudkan oleh Ibnu Battutah itu adalah Kuala Krai, Kelantan.
Antaranya ialah Abdul Rahman al-Ahmadi yang menulis di dalam
sebuah makalah yang bertajuk Ibnu Battutah Pernah Singgah
di Kuala Krai, Kelantan. Abdul Rahman al-Ahmadi memetik tulisan
Abdullah Nakula seperti berikut :-

“…..bahawa raja Thavalsingha yang disebut dalam riwayat


tradisi Kelantan dengan nama Sang Tawal atau disebut dengan
Sultan Mansur Syah memerintah negeri Melayu di pantai timur
laut Semenanjung mulai dari Terengganu sekarang yang terletak
di antara wilayah Songkhla (Singora) dan wilayah Nakhon S
i Thammarat (Ligor). Ibu Kota Melayu ini terletak dalam wilayah
Phattalhung itu. Negara Melayu ini disebut juga dengan Pulau
Bintang. Mengikut kenyataan Marco Polo yang melawat kawasan Asia
Tenggara dalam tahun 1292, setelah meninggalkan negara Lokak, dia
sampai ke Negara Melayu yang ibu kotanya bernama demikian. Lebih
berat kemungkinan ialah negara Melayu yang tersebut. Ini diperkuat
oleh naskah-naskah lain yang menyatakan negara Melayu itu
merupakan sebuah pulau yang disebut dengan Pentan atau Pentavich
atau Pepethan, yang tidak ragu-ragu lagi ialah Bintang atau Pulau
Bintang sebagaimana riwayat tradisi Kelantan tadi.”

Perkataan ‘Tawalisi’ ini berkemungkinan besar merujuk kepada


‘Raja Sang Tawal’ atau dalam bahasa Sanskrit ‘Thavala Singha’.
Menurut sejarah yang masyhur tentang Kelantan, Raja Sang Tawal
yang pernah memerintah Kelantan memiliki seorang puteri yang
bernama Adruja Wijayamala Singha. Puteri Urduja yang ditemui oleh
Ibnu Battutah seperti mana yang dicatatkannya di dalam ar-Rihlah
ini berkemungkinan besar adalah Adruja Wijayamala Singha. Abdul

24
Rahman al-Ahmadi juga menyatakan bahawa nama Tawalisi ini masih
lagi kekal digunakan bagi nama sebuah kampung iaitu Kuala Tabal.
Tempat ini pada suatu ketika dahulu menjadi pelabuhan penting bagi
lalu lintas dari luar ke pendalaman Kelantan.7

Sebuah galeri di Kuala Krai turut mengesahkan tentang fakta


sejarah Puteri Urduja yang berada di Kuala Krai ketika kedatangan
Ibnu Battutah. Kaylukari yang dicatat oleh Ibnu Battutah
diyakini adalah Kuala Krai. Selain itu, galeri tersebut juga
telah mempersembahkan penemuan tapak pemerintahan Urduja
di Gunung Cinta Wangsa melalui kajian arkeologi yang dijalankan
oleh beberapa pihak.

Wang syiling dinar emas yang


tertera perkataan “al-Julus Kelantan
al-Mutawakkal Alallah” bertarikh 577
Hijrah bersamaan tahun 1181 Masihi.
Dinar emas ini telah ditemui di Kota
Kubang Labu, Tumpat pada tahun
1914.
7 Abdul Rahman al-Ahmadi, 1985. Ibnu Batutah Pernah Singgah Di Kuala Krai,
Kelantan dlm. Nik Safiah Karim & Wan Abdul Kadir Yusuf (pnyt.), Kelantan Dalam
Perspektif Sosio-Budaya: Satu Kumpulan Esei. Hlm. 109-120

25
Selain itu, bangsa Turki juga berperanan menyebarkan dakwah Islam
ke Alam Melayu sepertimana bangsa Arab dan Parsi. Fakta sejarah
tentang peranan bangsa Turki dalam menyebarkan dakwah di Alam
Melayu memang agak asing di kalangan sejarawan. Namun begitu,
Ozay Mehmet menulis di dalam Islamic Identity and Development
tentang peranan bangsa Turki dalam menyebarkan agama Islam ke
Alam Melayu. Beliau memetik kata-kata seorang ahli sejarah Perancis
pada abad ke-18 seperti berikut:-

Sesungguhnya agama ini (iaitu Islam) yang mana tiada sebarang


perkara yang sangat menjijikkan di dalam ajarannya, mengukuhkan
diri sedikit demi sedikit di pelbagai tempat, dan ianya menjadi lebih kuat
apabila beberapa orang Moor atau Arab, telah diangkat ke jawatan
yang utama di dalam istana-istana di Cambay dan Gujerat. Mereka
membawa ke sana sejumlah besar orang-orang Turki yang dipanggil
sebagai orang Rumi. Sesetengah daripada mereka menjadikan diri
mereka sebagai penguasa di beberapa buah pelabuhan, seperti
mana Melique Az, yang membuat penempatan yang besar di Diu, di
mana beliau dalam tempoh yang panjang menentang Portugis. Dari
benua tersebut (India), mereka belayar hingga ke pulau Maluku, di
mana mereka menukarkan agama penduduk-penduduk di Tidore dan
Ternate kepada agama mereka.8

Fakta tentang peranan pendakwah Turki di Alam Melayu dikuatkan


lagi dengan catatan Prof Naqib al-Attas yang dipetik oleh Prof
Azyumardi Azra dalam bukunya yang bertajuk Jaringan Ulama Timur
Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad ke-17 dan 18. Prof Naqib al-

8 S.Q Fatimi. 1963. Two Letters from Maharaja to the Khalifah : A Study in the Early
of Islam in the East. Islamic Studies. (Karachi) 2:1. Hlm 81

26
Attas menyatakan bahawa selain dari bangsa Arab dan Parsi, bangsa
Turki dan Maghribi turut memainkan peranan sebagai pendakwah
Islam yang awal di Nusantara.9

Kesimpulan yang kita boleh dapati daripada catatan-catatan ini adalah


kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa wujudnya hubungan di
antara Turki dan Alam Melayu (Nusantara) khususnya di Semenanjung
Tanah Melayu sebelum penubuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Malah jika kita merujuk kepada catatan Ernest Small, perhubungan
antara kedua-dua bangsa ini wujud ratusan tahun sebelum penubuhan
Kesultanan Melayu Melaka di mana bangsa Turki dikatakan belajar
ilmu pelayaran dari bangsa Melayu.

Selain itu, catatan Ibnu Battutah juga membuktikan wujudnya


hubungan di antara bangsa Turki dengan penduduk di Semenanjung
Tanah Melayu sekurang-kurangnya lima puluh tahun sebelum
penubuhan Kesultanan Melayu Melaka. Oleh itu, perhubungan yang
terjalin di antara bangsa Turki pada zaman Daulah Uthmaniyah dan
bangsa Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah sangat
munasabah.

9 Azyumardi Azra. 2013. Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan


Nusantara Abad 17 dan 18. Hlm 9

27
FAKTA MENARIK
Dakwah Islam Dari Turki ke Aceh

Pada tahun 1215 Masihi, seorang pendakwah Turki yang


bernama Ghazi Johan Syah telah datang ke Aceh untuk
mengislamkan penduduk di Aceh. Di samping itu, terdapat
sumber sejarah dari Aceh yang memberikan maklumat bahawa
nenek moyang para sultan Aceh adalah seorang Arab yang
bernama Syeikh Jamal al-Alam. Beliau diutuskan oleh Sultan
Uthmaniyah untuk mengislamkan penduduk-penduduk Aceh.

Sumber : Hasanuddin Yusuf Adan. 2013. Islam dan Sistem Pemerintahan Di


Aceh Masa Kerajaan Aceh Darussalam. Hlm 189

Azyumardi Azra. 2013. Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan


Nusantara Abad 17 dan 18. Hlm 10

Pedang Si Bongkok, pedang yang


dibawa oleh Syarif Ali dari Tanah
Hijaz ke Brunei Darussalam pada
tahun 1397 Masihi. Pedang ini
dikatakan hadiah dari Sultan Turki
Uthmaniyah kepada Syarif Ali.

28
MELAKA
SEBAGAI PELABUHAN
TERKAYA DI DUNIA

S ejarah membuktikan bahawa empayar Kesultanan Melayu


Melaka merupakan sebuah pelabuhan yang terbesar dan
terkaya di dunia di zaman kegemilangannya. Sebagai sebuah
kerajaan maritim, Melaka mudah dikunjungi oleh pedagang-
pedagang dari luar. Selain itu kedudukan Melaka yang merupakan
jalan tengah di antara benua Arab dan China menjadikan ianya
tempat pertemuan masyarakat dari seluruh dunia. Fakta ini
dicatatkan oleh sejarawan Portugis dan juga sejarawan tempatan.

29
Illustrasi pelabuhan dunia yang dimiliki oleh Kesultanan Melayu Melaka.

Tun Seri Lanang menyatakan di dalam Sulalatus Salatin seperti


berikut:-

“Maka segala dagang bawah angin dan dagang atas angin


sekaliannya datang ke Melaka, terlalu ramainya Bandar Melaka
pada zaman itu. Maka oleh segala dagang Arab dinamainya Malakat,
yakni perhimpunan segala dagang, dari kerana banyak pelbagai jenis
dagang ada di sana; tambahan segala Orang Besar-besarnya pun
sangat saksama.”1

Amat malang jika kita sendiri menganggap bahawa pelabuhan


Melaka hanyalah pelabuhan biasa yang sekadar menjadi tempat
1 A. Samad Ahmad. 2013. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Hlm 80

30
persinggahan pedagang-pedagang sahaja. Para sejarawan Portugis
mencatatkan bahawa Melaka merupakan pelabuhan yang paling
kaya di dunia pada ketika itu. Perkara ini sangat munasabah
kerana barangan yang paling bernilai sekitar abad ke-15 hingga abad
ke-16 ialah rempah ratus.

Melaka merupakan pusat perdagangan rempah ratus pada ketika itu


yang menjadikannya pelabuhan paling kaya di dunia. Dengan sebab
itu, setelah Portugis keluar dari zaman gelapnya dan mereka berjaya
menawan sebahagian wilayah Andalusia, matlamat utama mereka
adalah untuk menguasai pelabuhan Melaka. Atas matlamat ini, Raja
Portugal mengeluarkan perbelanjaan yang sangat besar dan melakukan
sedaya upaya usaha penaklukan. Portugal juga menakluki pelabuhan

31
Goa di India semata-mata untuk dijadikan pengkalan bagi menakluki
Melaka. Sekiranya Portugal gagal menawan Melaka, bererti mereka
bakal muflis. Disebabkan mereka berjaya menawan kota Melaka,
maka Portugal berjaya menjadi kuasa besar dunia pada ketika itu.2

Catatan-catatan sejarah terutamanya yang dinukilkan oleh penulis


Portugis jelas menunjukkan bahawa di zaman Kesultanan Melayu
Melaka, pelabuhan Kota Melaka pernah menjadi pelabuhan yang
terkaya di dunia. Tidak syak lagi bahawa kekayaan yang paling utama
diperolehi oleh Melaka ialah melalui perdagangan rempah. Alam
Melayu atau Nusantara adalah bumi yang sangat subur. Di sini pelbagai
jenis rempah ratus yang sangat bernilai boleh didapati. Semua rempah
ratus di Nusantara ini dihantar ke Melaka untuk diperdagangkan di
peringkat dunia.3

Status Melaka sebagai pelabuhan yang terkaya di dunia ini diakui


oleh penulis-penulis Portugis. Antara catatan Portugis yang
paling awal tentang Melaka ialah catatan Tome Pires di dalam
bukunya yang bertajuk Suma Oriental. Sejurus selepas Portugis
berjaya menawan Melaka iaitu pada tahun 1511, Raja Manuel
I telah melantik Tome Pires sebagai Bendahari Diraja yang
bertugas mengawal dan menjaga harta-harta perdagangan Portugis
di Melaka dan Jawa. Maka Tome Pires telah tiba di Melaka pada tahun
1512 dan beliau tinggal di Melaka sehingga tahun 1515. Semasa di
Melaka inilah beliau telah menulis Suma Oriental yang bermaksud
Dunia Timur.

2 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511.


Hlm 231-235
3 Ibid. Hlm 341

32
Di dalam Suma Oriental, Tome Pires menukilkan seperti berikut:-
Barangsiapa yang dapat menguasai Melaka, maka dia sedang mencekik
leher (dapat menguasai) Venice.4

Tidak diketahui adanya pelabuhan lain yang sebesar Melaka atau


pun pelabuhan di mana perdagangan barang-barang yang sangat
berkualiti dan mahal dijalankan. Segala barang yang berasal dari
timur dapat ditemukan di sini, begitu juga segala barang dari barat
dijual di tempat ini. Tidak diragukan lagi bahawa perdagangan
Melaka merupakan sesuatu yang penting dan mendatangkan banyak
keuntungan serta kehormatan. Ini adalah sebuah tempat yang tidak
akan pernah mengalami penurunan, beralih-alih dan akan selalu
berkembang dari kedudukannya. Di akhir musim hujan, anda akan
menemukan apa pun yang anda cari, bahkan kadangkala (akan temui)
lebih dari apa yang anda inginkan.5

Para raja berpergian (mengunjungi) ke Melaka. Melaka tidak


dapat ditandingi oleh pulau-pulau atau wilayah mana pun,
disebabkan tempat ini merupakan pelabuhan di mana angin musim
berakhir. Di pelabuhan inilah berbagai jong dan kapal berlabuh.
Semua yang datang akan membayar cukai, mereka yang tidak mampu
membayar akan mempersembahkan hadiah yang bernilai setara
dengan cukai. Sultan melabur saham pada tiap-tiap jong yang keluar
untuk berdagang. Dengan cara inilah baginda mendapat wang dalam
jumlah yang besar. Tidak ada keraguan bahawa sultan-sultan Melaka
memang kaya raya.6

4 Armando Cortesao. 1944. The Suma Oriental of Tome Pires (Volume II). Hlm 287
5 Ibid. Hlm 228
6 Ibid. Hlm 251

33
Kejayaan dan kekayaan Melaka terlalu besar sehingga tidak
ada seorang pun yang dapat menghitung nilai yang sebenarnya.
Melaka merupakan sebuah kota yang khusus dibuat untuk barang
dagangan. Kota ini sangat sesuai bagi barang dagangan, lebih
dari kota mana pun di seluruh dunia, terutama di akhir musim
hujan, di awal musim berikutnya. Melaka terletak di tengah-
tengah, dikelilingi oleh wilayah-wilayah lain. Perdagangan dan
perniagaan antarabangsa yang terletak beberapa liga jauhnya,
pasti melalui Melaka. Tempat ini akan memiliki kebesaran dan
kemakmuran yang tidak dapat dinafikan oleh tempat mana pun
di seluruh dunia....7

Penulis-penulis Portugis yang lain turut menyokong fakta yang


dikemukakan oleh Tome Pires bahawa Melaka adalah pelabuhan yang
terkaya di dunia. Antaranya Duarte Barbosa Damiam De Goes Fernao
Lopes De Castanheda dan lain-lain. Dengan sebab itu penaklukan
Melaka menjadi matlamat utama Portugis disebabkan kekayaannya.
Malah ketika Portugis tiba di Melaka, mereka mendapati bahawa
Melaka adalah lebih kaya dari apa yang mereka dengar sebelum ini.

Duarte Barbosa mencatatkan dalam The Book of Duarte Barbosa


tentang status pelabuhan Melaka sebagai pelabuhan yang terkaya di
dunia seperti berikut:-

7 Armando Cortesao. 1944. The Suma Oriental of Tome Pires (Volume II). Hlm 286

34
Kota Melaka ini adalah pelabuhan yang terkaya dengan jumlah
perdagangan borong yang terbesar dan perkapalan serta
perdagangan yang sungguh banyak yang boleh didapati di seluruh
dunia. Emas mengalir ke sana dengan banyaknya sehinggakan para
pedagang yang terkemuka berurusan dengannya. Mereka tidak
menilai harta mereka mahu pun simpanan mereka melainkan dengan
emas yang berjumlah berbahara-bahara yang mana satu bahara
menyamai empat quintal.8

Damiam De Goes menukilkan dalam The Chronicle of The Most


Happy King Dom Manuel of Glorious Memory seperti berikut:-

Pada masa ini, Melaka dikenali sebagai kota yang terkaya


di dunia kerana para peniaga yang tinggal di situ sangat kaya.
Kekayaan mereka diukur dalam bahar-bahar emas - satu bahar
adalah bersamaan dengan empat “quintal”. Sebahagian peniaga
memiliki kekayaan mencecah sepuluh atau dua belas bahar.9

* (Quintal adalah ukuran berat bagi Portugis. Satu quintal bersamaan 100 kilogram.
Maka10 bahar emas bersamaan 4,000 kilogram emas)

Hasil mengalir masuk dari perdagangan. Sultan mengumpulkan wang


dari perkapalan dan cukai. Baginda menjadi begitu kuat sehingga
baginda enggan mengakui kekuasaan Raja Siam, yang mana baginda

8 Mansel Longworth Dames. 1812. The Book of Duarte Barbosa, Hlm 175
9 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 117

35
adalah di bawah naungannya. Raja Siam tidak mendatangkan apa-
apa masalah kepada Melaka lagi kerana ia telah menjadi sebuah
pelabuhan antarabangsa yang hebat. Ia adalah pusat perdagangan
import dan eksport. Ia adalah pelabuhan yang kaya.10

Fernao Lopes De Castanheda mencatatkan dalam History of The


Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese seperti
berikut:-

Perahu-perahu dari Sumatera iaitu dari Kerajaan Minangkabau


yang sarat dengan serbuk emas turut datang ke pelabuhan ini
(Melaka). Begitu juga dengan lada sulah yang datang dari pulau
yang sama (Sumatera) dan juga dari Malabar. Barang-barang
datang dari India iaitu pantai Coromendel (bahagian pantai
di selatan India), Bengal, Tenasserim, Pegu (daripada sini barang-
barang yang mahal dalam kuantiti yang besar), cengkih dari Maluku,
kopi dari Borneo, cokmar (selaput biji puah pala) dan buah pala
dari Banda; kayu cendana putih dan merah dari Timor. Dengan
perdagangan dalam semua komoditi yang telah disebutkan itu, ia
(Melaka) adalah pelabuhan terkaya di seluruh dunia.11

Melaka adalah pelabuhan terbesar bagi perdagangan komoditi yang


paling kaya yang dikenali di dunia. Jong-jong dari China berlabuh
di sana dengan membawa emas, perak, mutiara, kasturi, stok-stok
ubatan akar kayu, permata, kain satin, kain bercorak, kain taf, sutera
yang ditenun, tembikar, peti keemasan, cincin, dan barang-barang
lain yang indah, lebih indah daripada yang dibuat oleh sami-sami

10 Ibid. Hlm 119


11 Ibid. Hlm 87

36
mereka. Mereka mengimport besi dan bahan pengawet makanan.
Mereka menjalankan perdagangan secara barter (tukar barang)
dalam perdagangan lada sulah dan kain dari Cambay, Bengal, dan
Paliakat. Begitu juga dengan gandum, kunyit, batu karang, delima,
air raksa, ubat dari Cambay yang dipanggil “cacho-pucho” dan
barang-barang lain yang melalui Laut Merah.12

Catatan-catatan yang dinukilkan oleh penulis-penulis Portugis ini


jelas sekali membuktikan bahawa Melaka merupakan salah sebuah
pusat perdagangan yang penting di dunia pada ketika itu. Manakala
di bahagian timur, Melaka dianggap sebagai pusat perdagangan yang
termasyhur, terpenting dan terkaya. Perkara ini disebabkan pedagang-
pedagang yang kaya-kaya di dunia pada ketika itu berkumpul di
Melaka. Status Melaka sebagai sebuah pelabuhan yang unggul dan
kaya di dunia menyebabkan para pedagang yang kaya-raya memilih
Melaka sebagai tempat persinggahan mereka. Melaka juga menjadi
pusat berkumpulnya barang-barang perdagangan dari timur dan
barat yang memudahkan pedagang-pedagang dari timur dan barat
menjalinkan hubungan perdagangan di antara satu sama lain.

Status Melaka sebagai sebuah pelabuhan yang terkaya di dunia


menjadikannya melimpah dengan harta kekayaan. Sultan dan
penduduk Melaka turut mendapat tempias dari kekayaan perdagangan
di Melaka. Dengan sebab itu, Sultan Melaka merupakan antara orang
yang terkaya di dunia pada ketika itu. Ketika zaman kegemilangan
Melaka, bukan sahaja Sultan yang kaya-raya, malah penduduk
Melaka juga rata-ratanya merupakan pedagang yang kaya. Keadaan

12 Ibid. Hlm 85

37
ini dinukilkan oleh Tun Seri Lanang di dalam Sulalatus Salatin seperti
berikut:-

“Maka Hang Nadim pun pergilah naik kapal Hang Isap; kerana orang
Melaka pada masa itu, rata-rata berkapal segala yang bermodal.
Maka belayarlah ia ke benua Keling.”13

Maka tidak hairanlah jika Tun Seri Lanang mencatatkan bahawa


mana-mana istana di rantau ini tidak akan dapat menandingi Istana
Sultan Melaka. Sejarawan Portugis mencatatkan hanya satu pertiga
sahaja daripada harta kekayaan Melaka yang berjaya diambil oleh
Portugis. Manakala bakinya berjaya dibawa lari dan disembunyikan
di tempat-tempat yang tidak diketahui. Dengan jumlah sebegitu sahaja
pun berjaya menjadikan Portugis kaya.

Di samping itu, sejarawan Portugis turut membuktikan bahawa Sultan


dan pedagang-pedagang di Melaka merupakan golongan yang kaya-
raya disebabkan statusnya sebagai pelabuhan yang terkaya di dunia.
Kekayaan yang dinikmati oleh Sultan dan para pedagang di Melaka
menyebabkan Alfonso de Albuquerque tekad untuk menyerang
Melaka walaupun Portugis menyedari bahawa sekiranya usaha mereka
menawan Melaka gagal, Portugis bakal menjadi muflis.

Fernao Lopes De Castanheda mencatatkan dalam History of The


Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese seperti
berikut:-
13 A. Samad Ahmad. 2013. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Hlm 218
14 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511.
Hlm 365
15 Ibid. Hlm 85

38
Melaka adalah penaklukan yang agung, dan ia memerlukan
seorang gabenor yang lain dengan tenaga kerja dan satu armada
tentera miliknya sebagaimana gabenor di India; disebabkan dalam
kawasan Melaka terdapat lebih ramai umat Islam, lebih banyak
kekayaan dan lebih ramai pedagang yang kaya berbanding
di India.14

Seperti apa yang aku katakan, terdapat ramai peniaga yang tinggal di
pinggir kota. Mereka terdiri daripada orang-orang Islam dan bukan
Islam terutamanya mereka yang berasal dari Paliakat tetapi tinggal
di Melaka. Mereka adalah orang-orang terkaya dan memiliki
perdagangan yang terbesar yang dikenali di dunia pada masa ini.
Mereka mengukur kekayaan mereka dengan bahara-bahara emas, di
mana sebahagian daripada mereka mempunyai enam puluh quintaes
(ukuran Portugis). Tiada pedagang ini yang akan menganggap dirinya
kaya melainkan jika setiap hari dia mampu menerima tiga atau empat
kapal-kapal dagang yang sarat dengan barang, membayar untuk
kapal-kapal dagang tersebut dengan harta mereka sendiri.15

Kebanyakan pedagang adalah orang Islam, yang tinggal di setiap


negeri yang dikenali di India dan juga di tempat-tempat yang lain.
Melalui Melaka mereka mampu untuk berdagang di pelbagai tempat,
dan tanpa Melaka mereka tidak boleh membekalkan rempah-rempah,
ubat-ubatan dan hasil kekayaan dalam kuantiti yang begitu besar
ke bumi Kaherah, Iskandariah dan Venice. Kota ini adalah sumber
perdagangan yang mengalir ke Calicut sebelum kita menakluki India.16

16 Ibid. Hlm 341


17 Ibid. Hlm 233

39
Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India pula menyatakan
seperti berikut:-

Melaka adalah kota yang paling ramai penduduk di Kepulauan


Hindia dan ianya juga terletak benar-benar di tengah-tengah semua
perdagangan yang kaya di kawasan ini.17

Penaklukan istana berakhir hingga larut malam, dan harta


rampasan yang diambil adalah yang terbesar yang pernah diambil
di mana-mana bahagian di dunia dan yang pernah dirampas.
Para tentera menjual barang-barang kepada peniaga-peniaga di
tempat itu. Walaupun menjualnya dengan harga yang murah, para
tentera menjadi begitu kaya sehingga mereka hanya menggunakan
wang dalam jumlah tiga atau empat ribu cruzado. Selain daripada
barangan mereka menjual, mereka juga memiliki sebahagian barang-
barang di atas kapal-kapal.18

Gabenor gembira ketika melihat pegawai-pegawainya dan tentera-


tenteranya bergembira dengan apa yang mereka miliki. Dia sedar
sepenuhnya bahawa mereka telah mengambil hanya satu pertiga
daripada harta kekayaan kota ini, banyak yang telah ditanam di
dalam bilik kebal bawah tanah dengan dinding-dinding yang kukuh.19

Tome Pires menukilkan dalam Suma Oriental seperti berikut:-

Sultan mengenakan cukai untuk barang-barang dagangan,


sebagaimana yang akan dijelaskan lebih lanjut nanti. Hal-hal

18 Ibid. Hlm 253


19 Ibid. Hlm 255

40
inilah yang membuatnya sangat dihormati oleh penduduk tempatan
mahupun orang asing. Berkat penghormatan ini, baginda berhasil
mendapat kekayaan dan timbunan harta yang besar. Khabarnya,
sultan memiliki 120 kuintal emas dan batu manikam dalam jumlah
besar. Dengan harta ini, baginda memutuskan untuk berziarah
(haji) ke Mekah dengan membawa banyak emas yang diangkut oleh
jong yang berdasarkan perintahnya, dibina di Jawa. Baginda juga
membina jong lain berukuran besar di Pegu; jika penyakit tidak
menghalanginya melakukan semua ini, baginda akan tetap berangkat
ke Mekah. Baginda telah menghabiskan banyak perbelanjaan dan
(melibatkan) ramai orang demi perjalanan ini.20

Catatan Joao de Barros menulis dalam On The Deeds & Discoveries


& Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
seperti berikut:-

Kota ini kelihatan sangat besar dan hebat oleh kerana saiznya,
jumlah kapal-kapal yang berlabuh di dermaga dan betapa giatnya
pergerakan manusia di darat dan di laut yang mana dalam pandangan
tentera-tentera dari armada Portugis bahawa kota ini sebenarnya
lebih hebat dari apa yang pernah mereka dengar sebelum ini dan
pada kota ini mereka telah melihat lebih banyak kekayaan dari apa
yang ada di India.21

Kesimpulannya, kita tidak dapat lagi menafikan status Melaka sebagai


sebuah pelabuhan yang terkaya di dunia ketika zaman Kesultanan

20 Armando Cortesao (1944), The Suma Oriental of Tome Pires An Account of East,
From The Sea to China and The Book of Francisco Rodrigues (Volume II), Hlm 287,
Hlm 250
21 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 43

41
Melaka. Catatan-catatan Portugis yang dipetik dari buku Portuguese
Documents On Malacca (1509-1511) dianggap sebagai satu sumber
yang kukuh tentang Kesultanan Melayu Melaka. Di samping itu,
sumber ini disokong oleh catatan-catatan Portugis yang lain seperti
Suma Oriental dan The Book of Duarte Barbosa. Selain dari fungsi
Melaka yang menjadi sebagai tempat perkumpulan dan perdagangan
hasil-hasil rempah dari seluruh Nusantara, kebijaksanaan pemimpin
Melaka dalam melaksanakan polisi-polisi terhadap pedagang asing
menyebabkan Melaka menjadi tempat tumpuan para pedagang dunia
pada ketika itu.

Dengan status Melaka sebagai salah sebuah pelabuhan yang terkaya


dan terpenting di dunia, maka sangat mustahil nama Melaka tidak
dikenali oleh Daulah Uthmaniyah. Dengan status Melaka sebagai pusat
perdagangan rempah dunia dan tumpuan pedagang-pedagang Islam
dari seluruh dunia, maka adalah sangat munasabah bahawa wujudnya
hubungan dua hala antara Daulah Uthmaniyah dan Kesultanan Melayu
Melaka. Tambahan pula kedua-dua buah kerajaan ini adalah kerajaan
Islam.

42
KEPENTINGAN
MELAKA PADA
UTHMANIYAH
S ebagai sebuah pelabuhan yang terkaya di dunia dan
pelabuhan utama perdagangan rempah, Melaka sangat
penting bagi seluruh dunia Islam. Kerajaan-kerajaan Islam
pada ketika ini menerima manfaat keuntungan dari perdagangan
rempah yang didagangkan dari Melaka. Oleh itu, Melaka boleh
dianggap sebagai kunci kekayaan ekonomi bagi kerajaan-kerajaan
Islam di dunia pada ketika itu.

43
Melaka mampu menjadi pelabuhan terkaya di dunia disebabkan semua
hasil mahsul perdagangan yang boleh didapati di gugusan kepulauan
Nusantara (Alam Melayu) dikumpulkan di pelabuhan Kota Melaka.
Hasil mahsul ini termasuklah rempah ratus yang merupakan komoditi
paling berharga di dunia pada ketika itu. Tome Pires menukilkan
dalam Suma Oriental seperti berikut:-

Di samping pulau-pulau yang berjumlah sangat banyak, (ada


juga) wilayah-wilayah lain yang menyediakan hamba dan
menghasilkan beras. Tempat-tempat tersebut tidak melakukan
banyak perdagangan dan oleh kerana itu namanya tidak
disebutkan. Hanya orang-orang dari tempat-tempat tersebut
di atas yang datang ke Melaka dengan menaiki jong, penjajap
dan kapal-kapal. Sebaliknya, orang-orang pun belayar dari
Melaka ke tempat-tempat tersebut. Hal ini akan dibahas lebih
lanjut dalam pembahasan tiap-tiap wilayah. Pada akhirnya, di
Melaka lah kita menemui penggunaan lapan puluh empat bahasa.
Masing-masing bahasa tersebut memiliki ciri khasnya, sebagaimana
yang disaksikan oleh penduduk Melaka.1

Pelabuhan Melaka yang menjadi tempat pengumpulan hasil mahsul


dari seluruh Nusantara menyebabkan pedagang-pedagang dari dunia
luar tertarik dengan Melaka. Keadaan ini turut menyebabkan Melaka
berfungsi sebagai penyalur utama kekayaan kepada kerajaan-kerajaan
Islam di seluruh dunia. Dengan sebab itu, Tome Pires telah menukilkan
di dalam Suma Oriental kata-kata berikut:-

1 Armando Cortesao (1944), The Suma Oriental of Tome Pires An Account of East,
From The Sea to China and The Book of Francisco Rodrigues (Volume II), Hlm 268 -
269

44
Barangsiapa yang dapat menguasai Melaka, maka dia sedang
mencekik leher (dapat menguasai) Venice.2

Kata-kata ini membuktikan bahawa manfaat perdagangan dari


Melaka menjangkau hingga ke Eropah. Maka sesiapa yang menguasai
keseluruhan perdagangan yang wujud di Melaka, maka dia akan dapat
menguasai perdagangan dunia. Ini kerana sumber kekayaan dunia pada
ketika itu iaitu perdagangan rempah bermula dari Melaka. Peranan
Melaka sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa juga diakui oleh Tun
Seri Lanang dalam Sulalatus Salatin. Tun Seri Lanang menukilkan
seperti berikut :-

Maka segala dagang bawah angin dan dagang atas angin sekaliannya
datang ke Melaka, terlalu ramainya Bandar Melaka pada zaman
itu. Maka oleh segala dagang Arab dinamainya Malakat, yakni
perhimpunan segala dagang, dari kerana banyak pelbagai jenis
dagang ada di sana; tambahan segala Orang Besar-besarnya pun
sangat saksama.3

Kepentingan Melaka pada kerajaan-kerajaan Islam boleh dibuktikan


melalui ucapan Alfonso de Albuquerque. Setelah enam belas hari
sejak serangan terakhir ke atas Kota Melaka, Alfonso de Albuquerque
telah memanggil semua kapten-kapten Portugis untuk menghadiri
satu mesyuarat. Dalam majlis tersebut, beliau telah berucap seperti
berikut:-

2 Ibid, Hlm 287


3 A. Samad Ahmad. 2013. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Hlm 80

45
Illustrasi kedatangan pedagang-pedagang Turki Uthmaniyah di pelabuhan
Melaka.

Kota ini adalah sumber yang paling besar bagi rempah-rempah, ubat-
ubatan dan kekayaan di seluruh dunia. Kota ini dihuni oleh peniaga-
peniaga yang paling kaya, dan ianya wujud di atas manfaat-manfaat
perdagangan. Kebanyakan pedagang adalah orang Islam, yang
tinggal di setiap negeri yang dikenali di India dan juga di tempat-
tempat yang lain. Melalui Melaka mereka mampu untuk berdagang di
pelbagai tempat, dan tanpa Melaka mereka tidak boleh membekalkan
rempah-rempah, ubat-ubatan dan hasil kekayaan dalam kuantiti
yang begitu besar ke bumi Kaherah, Iskandariah dan Venice. Kota
ini adalah sumber perdagangan yang mengalir ke Calicut sebelum
kita menakluki India.

46
Dengan mengusir orang-orang Islam keluar dari Melaka, api
umat Islam akan dipadamkan dan kepercayaan mereka tidak akan
tersebar lebih jauh lagi dengan sendirinya. Ini juga boleh menjadi
punca umat Islam meninggalkan India. Kita telah mengambil dari
mereka mata air mereka di India, dan jika kita mengambil yang satu
ini (Melaka) juga, mereka (umat Islam) tidak akan mempunyai
negara untuk menyara mereka.

Di semua tempat (yang kami singgah) tidak ada petunjuk pada mana-
mana kota lain di mana rempah boleh didapatkan. Ini adalah komoditi
utama yang mana dengannya umat Islam menjalankan perniagaan,
dan jika kita mengambil perdagangan itu daripada mereka, maka
tidak perlu untuk menggunakan apa-apa cara lain untuk menanggung
perbelanjaan-perbelanjaan armada kita yang telah dibawa ke sini.
Walau bagaimanapun, ianya sangat penting untuk kita memiliki
armada di laut secara berterusan bagi menghalang orang-orang
Islam dari membawa kekayaan-kekayaan ke Mekah sebagaimana
mereka membawanya ke sini.

Kamu semua akan menyedari bahawa lapan buah kapal orang


Islam (Melaka) yang telah kita tawan boleh menampung kargo
lebih daripada dua puluh buah kapal-kapal (galleon) kita. Berapa
banyak lagi yang boleh di bawa ke dalam semua kapal-kapal
Melaka yang mana setiap hari meninggalkan pelabuhan ini,
di samping kapal-kapal yang dimiliki oleh pedagang asing! Dari sini
lada-lada lebih banyak di ambil ke Timur Tengah berbanding dari
Calicut. Dengan hanya setengah pusingan kunci laluan ini akan
ditutup, maka Raja, penguasa kita, akan menjadi penguasa bagi
seluruh perdagangan ini.

47
Melaka adalah sebuah kota yang besar, dan ianya kelihatan sukar
untuk ditawan. Ini akan menjadi begitu jika Sultan mempunyai
sebuah lagi kota yang lain yang dia boleh mengukuhkannya;
tetapi dia tidak memilikinya. Jika dia kehilangan Melaka, dia akan
mengalami kerugian yang mutlak.

Maka boleh dikatakan bahawa jika kita mengambil kota ini dengan
kekerasan, pedagang asing bukan Islam akan lari daripada
kota ini, dan tidak ada bekalan lagi yang boleh didapati, kerana
bekalan-bekalan datang dari luar negara untuk orang-orang
ini. Aku beritahu pada kamu semua, kita hanya memerlukan
Ninachatu untuk kekal, bersama-sama dengan saudara-mara
dan kawan-kawannya. Dengan sebab itu, aku akan memberikan
keselamatan kepadanya dan meletakkan kepercayaanku padanya
Dia dan pengikutnya akan kekal di sini dan akan memujuk orang-
orang lain untuk turut kekal di sini. Mereka sudah biasa hidup di
bawah kuasa dan kezaliman orang-orang Melayu, yang bersikap
tidak munasabah, bangga diri dan tanpa kebenaran dan keadilan.
Mereka sudah tentu akan lebih suka cara kita memberikan
keadilan, kehalusan dan kelembutan cara Raja kita, kedaulatan
kita, mahukan kita melayan orang-orang yang ingin menjadi
pengikutnya di wilayah-wilayah ini.

Aku tidak mengatakan bahawa orang-orang yang melarikan diri


pasti akan kembali semula untuk menghuni Melaka, tetapi dari
India mereka yang lain akan datang untuk tinggal di dalamnya
dan mereka akan mendirikan tembok-temboknya dengan emas.
Aku nyatakan semua ini di hadapan kamu supaya aku berharap
kamu semua memberitahuku semula sama ada kamu setuju untuk
membina sebuah kubu di kota ini.

48
Ini adalah keinginanku, semasa aku mentadbir India, di mana aku
sama sekali tidak akan mendarat bersama orang-orangku, atau
berperang, sekiranya tempat ini tidak dilindungi dengan sebuah
kubu. Padaku, ianya seolah-olah hanya semata-mata menawan
satu tempat dengan kehilangan nyawa-nyawa sebahagian tentera
dan meninggalkannya tanpa sebarang manfaat buat Raja,
penguasa kita, yang tidak akan memberi risiko kematian ke atas
seorang lelaki pun, jika boleh, bagi mendapatkan semua kekayaan
yang boleh diperolehi.4

Fernao Lopes De Castanheda turut menyatakan bahawa


penaklukan ke atas Melaka menyebabkan aktiviti perdagangan
Islam di Laut Merah dapat dihentikan. Laut Merah merupakan
penghubung di antara orang-orang Islam di Asia dengan kerajaan
Turki Uthmaniyah. Fernao Lopes De Castanheda menyatakan
dalam History of The Exploration & Conquest of The Indies By
The Portuguese seperti berikut:-

Faktanya bahawa apabila dia telah menawan Melaka membawa


makna bahawa hampir semua perdagangan rempah-rempah
yang dikendalikan oleh orang-orang Islam ke Laut Merah telah
dihentikan, kerana, selain daripada Calicut, Melaka merupakan
sumber utama rempah-rempah. Semua yang ditinggalkan kepada
orang-orang Islam adalah perdagangan dari Calicut, yang mana
ianya sedikit berbanding dari Melaka, dan sedikit yang telah
dihalang oleh tentera-tentera Portugis yang mengawal pantai
Malabar.

4 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 341

49
Melaka adalah penaklukan yang agung, dan ia memerlukan
seorang gabenor yang lain dengan tenaga kerja dan satu armada
tentera miliknya sebagaimana gabenor di India; disebabkan
dalam kawasan Melaka terdapat lebih ramai umat Islam, lebih
banyak kekayaan dan lebih ramai pedagang yang kaya berbanding
di India.5

Daulah Uthmaniyah turut menerima manfaat ekonomi dan perdagangan


dari kekayaan Melaka. Melalui Melaka, Daulah Uthmaniyah dapat
menguasai perdagangan rempah di Eropah. Rempah sangat berharga
pada ketika itu. Selain daripada fungsinya sebagai penyedap dan
pengawet makanan, rempah juga sangat berguna bagi tujuan perubatan.
Hospital-hospital yang didirikan dalam Daulah Uthmaniyah sangat
memerlukan rempah bagi tujuan merawat pesakit.

Di samping itu, fungsi rempah sebagai pengawet makanan dan


perubatan menjadikannya sangat penting dalam bidang ketenteraan.
Pada zaman itu, tentera-tentera memerlukan rempah untuk mengawet
makanan supaya bekalan makanan ketika berperang dapat bertahan
lama. Selain itu, tentera-tentera yang sakit juga dapat diubat dengan
bahan-bahan dari rempah ratus. Ini bermakna, angkatan tentera yang
memiliki bekalan rempah ratus paling banyak, maka angkatan tentera
tersebut memiliki kelebihan ke atas musuh-musuhnya.

5 Ibid. Hlm 365

50
Sejak mula menawan Konstantinople pada tahun 1453, Daulah
Uthmaniyah telah menyedari tentang betapa pentingnya penguasaan
ke atas perdagangan rempah di Eropah. Oleh itu, langkah yang diambil
oleh Sultan Muhammad al-Fatih ialah dengan mewujudkan hubungan
diplomatik bersama kerajaan-kerajaan Islam yang menguasai
perdagangan rempah seperti Kesultanan Bijapur, Bahmani, Gujerat,
Bengal dan tidak terkecuali Melaka. Pius Malakandathil menyatakan
di dalam Maritime India : Trade, Religion and Polity in the Indian
Ocean seperti berikut:-

“Keinginan Uthmaniyah untuk mengawal laluan-laluan perdagangan


di antara Eropah dan dunia timur begitu juga dengan pusat-
pusat perdagangan yang strategik yang berada dalam laluan
perdagangan ini mula menyala dengan penaklukan Konstantinople
pada tahun 1453 oleh Muhammad II. Kemajuan berikutan
peristiwa genting itu menunjukkan bahawa minat Uthmaniyah
tidak hanya terbatas kepada pengawalan laluan perdagangan
di timur semata-mata, tetapi melanjutkan kepada kemungkinan
yang paling jauh iaitu memperolehi kekayaan dari setiap sumber
perdagangan di India dan mewujudkan lingkungan pengaruh pada
tahap-tahap yang berbeza. Kita menemui ramai pengembara-
pengembara dan pedagang-pedagang berhijrah ke India dari
Konstantinople pada waktu itu selepas penaklukan kota tersebut oleh
Uthmaniyah.6

6 Pius Malakandathil, 2010. Maritime India : Trade, Religion and Polity in the
Indian Ocean. Hlm 110

51
Istanbul

Hormuz

Aden

Laluan pedagangan rempah dari Kota


Melaka ke Istanbul.

52
Calicut
Kota Melaka

53
Penulis di hospital Uthmaniyah yang dipanggil 'Darus Syifa' yang dibina
oleh Sultan Bayezid II. Hospital yang terletak di Erdine ini dibina pada
tahun 1484 Masihi.

54
55
Ubat-ubatan utama yang digunakan di Hospital Sultan Bayezid II ini
terdiri dari rempah ratus yang mana Kota Melaka merupakan pusat
perdagangan rempah ratus yang utama di dunia pada ketika itu.

56
Illustrasi Darus Syifa (hospital) di Kota
Melaka pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka.

HOSPITAL KOTA MELAKA ZAMAN


KESULTANAN MELAYU MELAKA
Tome Pires mencatatkan bahawa kemudahan hospital telah pun
wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Catatan ini tidaklah
menghairankan memandangkan kemudahan hospital atau klinik
sememangnya sudah lama wujud dalam negara-negara Islam. Sebagai
contoh, Hospital Ibnu Tulun di Kaherah yang dibina pada tahun 872
di Kaherah dan Hospital Qayrawan di Tunisia yang ditubuhkan pada
abad ke-12. Apatah lagi pada abad ke-15, Melaka diiktiraf sebagai
salah satu sumber ubat-ubatan di dunia sebagai mana catatan Portugis.

Rujukan: Armando Cortesao (1944), The Suma Oriental of Tome Pires


An Account of East, From The Sea to China and The Book of Francisco
Rodrigues (Volume II), Hlm 274

57
Penguasaan Uthmaniyah ke atas komoditi rempah di Eropah
menjadikannya lebih berkuasa. Kerajaan-kerajaan lain di Eropah
terpaksa bergantung pada Uthmaniyah bagi mendapatkan bekalan
rempah yang mana Daulah Uthmaniyah mendapatkannya dari Melaka.
Maka tidak hairanlah jika seorang penulis dari Turki yang bernama
Zafer Ozcan menyatakan bahawa hubungan perdagangan terjalin di
antara Daulah Uthmaniyah dan Kesultanan Melayu pada tahun 1471
iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih dan
Sultan Mansur Syah.7

Hubungan perdagangan di antara Melaka dan Turki Uthmaniyah


juga telah dijelaskan oleh Nayef R. F. al-Rodhan di dalam buku yang
bertajuk “The Role of the Arab-Islamic World in the Rise of the West”.
Beliau menulis seperti berikut :-

“Kemudian setelah itu, Melaka telah menggantikan Jawa sebagai


pusat utama perdagangan di Nusantara. Melaka meluaskan
jaringan-jaringan perdagangannya ke Gujerat, Dhabol, Bengal dan
Coromandel di India, ke China dan Ryukyu, ke Parsi dan empayar
Uthmaniyah, begitu juga ke Laut Mediterranean.” 8

Kedatangan pedagang-pedagang Turki Uthmaniyah ke pelabuhan


Kota Melaka seperti mana yang dicatatkan oleh Tome Pires juga
membuktikan bahawa wujudnya hubungan perdagangan di antara
kedua-dua pihak. Sebagai sebuah kerajaan yang ulung, Daulah
Uthmaniyah pasti tidak ketinggalan dalam mengambil manfaat
perdagangan rempah dari Melaka. Bukan sahaja perdagangan rempah
7 Zafer Ozcan. 2015. Intizar Anne. Hlm 57- 58
8 Nayef R. F. al-Rodhan. 2012. The Role of the Arab-Islamic World in the Rise of
the West. Hlm. 107

58
yang boleh didapati, malah barang-barang bernilai yang lain turut
boleh didapati di pelabuhan Melaka. Dalam Suma Oriental dinyatakan
seperti berikut:-

Orang-orang Islam datang dari Kaherah, Mekah, Aden, dan


Habsyah, orang-orang dari Kilwa, Malindi, Hormuz, Parsi, Rum
(Turki Uthmaniyah), Turki, Turkmen, orang Kristian Armenia, orang
Gujerat, Chaul, Dabhol, Goa, Kerajaan Dekkan, Malabar, Kalinga,
para pedagang dari Orissa, Sri Lanka, Bengal, Arakan, Pegu, Siam,
Kedah, Melayu Pahang, Patani, Kemboja, Champa, Cochincina,
China, Lequeos (Taiwan), Brunei, Lucoes (Luzon, Filipina),
Tanjungpura, Laue, Bangka, Lingga, Maluku, Banda, Bima, Timor,
Madura, Jawa, Sunda, Palembang, Jambi, Tongkal, Inderagiri,
Kappata, Minangkabau, Siak, Arkat, Aru, Batak, Negeri Tamiang,
Pasai, Pedir dan Maladewa (Maldives).9

Kapal dari Kaherah, Mekah dan Aden tidak akan dapat sampai
di Melaka dalam satu musim hujan. Begitu juga dengan kapal
yang berasal dari Parsi, Hormuz, Turki Uthmaniyah, Turki, Armenia
dan lain-lain.10

Komoditi utama yang dibawa pulang dalam pelayaran adalah


cengkih, bunga pala, biji pala, kayu cendana, biji mutiara, porselin,
sedikit wangian kasturi, tanaman perubatan lidah buaya dalam
jumlah yang sangat besar, kemenyan dan beberapa barang lain dalam
jumlah yang mencukupi. Selain itu, mereka juga membawa emas, kain

9 Armando Cortesao (1944), The Suma Oriental of Tome Pires An Account of East,
From The Sea to China and The Book of Francisco Rodrigues (Volume II),
Hlm 268
10 Ibid. Hlm 269

59
sutera, timah, kain dewangga putih yang mereka perolehi dengan
susah payah, sutera berwarna-warni, burung-burung asal Banda
yang bulunya akan dipakai sebagai perhiasan oleh orang-orang Turki
Uthmaniyah, Turki dan Arab.11

Prof Azyumardi Azra menyatakan bahawa terdapat satu laporan


yang dicatatkan oleh seorang Laksamana Uthmaniyah yang bernama
Salman Reis pada tahun 1525 seperti berikut:

“Mereka (Portugis) juga menguasai pelabuhan (Pasai) di sebuah


pulau besar yang dipanggil Shamatirah (Sumatera) ... terletak
melepasi ke hadapan pulau Ceylon yang dimaklumi. Dikatakan
mereka (Portugis) memiliki dua ratus orang tentera kafir. Dengan dua
ratus orang tentera kafir itu, mereka juga menawan pelabuhan Melaka
yang terletak bertentangan dengan Sumatera .... Kesemua rempah
datang dari pulau-pulau ini. Sekarang rempah-rempah ini jatuh ke
tangan Portugal. Dahulu, sebelum Portugis menawan pelabuhan ini
(Melaka), sejumlah besar hasil diperolehi (oleh Uthmaniyah) dari
rempah di Mesir dan sejumlah besar barang dagangan yang boleh
didapati. Dikatakan bahawa Portugis yang terlaknat dapat menawan
pelabuhan yang dinyatakan di atas dengan dua ribu orang tentera
sahaja. Oleh itu, apabila kapal-kapal kita sudah bersedia, dan Insya
Allah, bergerak melawan mereka, kemusnahan mereka akan dapat
dielakkan, untuk satu benteng tidak akan dapat menyokong benteng
yang lain dan mereka tidak mampu untuk membentuk satu pakatan
musuh yang bersatu.” 12
11 Ibid., Hlm 270
12 Azyumardi Azra. 2008. 1530 – 1670 : A Race Between Islam Christianity?. Dlm
Jan Sihar Aritonang & Karel Adriaan Steenbrink (pnyt.) A History of Christianity
in Indonesia. Hlm 15

60
Catatan-catatan di atas jelas membuktikan bahawa betapa pentingnya
pelabuhan Melaka kepada Daulah Uthmaniyah. Sepertimana kata-
kata Afonso de Albuquerque bahawa Melaka telah membekalkan
rempah ratus, ubat-ubatan dan hasil kekayaan dalam kuantiti yang
sangat besar ke Kaherah, Iskandariah dan Venice. Maka sudah tentu
Melaka juga menjadi pembekal utama barang-barang tersebut bagi
Daulah Uthmaniyah. Maka tidak hairanlah jika ramai pedagang-
pedagang dari Turki Uthmaniyah telah singgah di pelabuhan Melaka
sepertimana yang dicatatkan oleh Tome Pires.

Namun begitu, setelah Portugis menguasai Melaka, Aceh


mengambil peranan Melaka sebagai pusat perdagangan bagi
pedagang-pedagang Islam. Dengan sebab itu, pedagang-pedagang
dari Turki Uthmaniyah mula berpindah ke Aceh. Dr. Ahmad
Dahlan menukilkan seperti berikut:-

“Sejak Portugis menguasai Pelabuhan Melaka, saudagar-saudagar


Islam dari Gujerat, Turki, Parsi dan Jazirah Arab enggan berlabuh di
Melaka dan memilih Aceh sebagai tujuan.” 13

13 Ahmad Dahlan. 2014. Sejarah Melayu. Hlm. 165

61
KEPENTINGAN REMPAH RATUS
PADA ZAMAN DAHULU
1) UBAT-UBATAN
Salah satu kegunaan rempah ratus yang menyebabkan ianya sangat
bernilai ialah penggunaannya dalam bidang perubatan. Hospital-
hospital terutamanya dalam wilayah-wilayah Islam menjadikan
rempah ratus dari timur sebagai ubat-ubatan bagi banyak penyakit-
penyakit klinikal seperti demam, batuk, selesema dan sebagainya.
Hospital-hospital dalam Daulah Uthmaniyah turut menggunakan
rempah ratus dari Alam Melayu sebagai ubat-ubatan ketika merawat
pesakit.

2) PENGAWET MAKANAN
Rempah ratus adalah satu-satunya bahan yang mampu mengawet
makanan pada zaman dahulu. Maka ianya sangat berguna bagi
angkatan tentera dalam peperangan dan pedagang-pedagang dalam
pelayaran di mana rempah ratus dapat memanjangkan tempoh luput
bekalan-bekalan makanan mereka.

62
3) PEMANAS BADAN
Bagi negara-negara sejuk seperti wilayah Daulah Turki
Uthmaniyah yang terletak di Eropah, rempah ratus merupakan satu
agen yang baik bagi memanaskan badan. Kebiasaannya bangsa-
bangsa Eropah yang bukan beragama Islam akan menggunakan
arak sebagai bahan pemanas badan. Maka rempah ratus menjadi
alternatif yang sangat baik untuk memanaskan badan bagi umat
Islam yang tinggal di wilayah-wilayah yang sejuk

4) PENYEDAP MAKANAN
Rempah ratus menjadi rebutan para pedagang suatu ketika dahulu
kerana ianya mampu menjadi bahan penyedap makanan. Rempah
ratus juga menjadi bahan pelembut daging yang utama.

5) BAHAN PERTUKARAN KOMODITI


Disebabkan nilainya yang begitu tinggi, rempah ratus menjadi
bahan pertukaran komoditi yang utama di samping emas dan
perak di kalangan pedagang-pedagang dunia pada ketika itu.
Ini bermakna rempah ratus boleh berfungsi sebagai matawang.
Semua komoditi perdagangan seperti permaidani, kain, lampu
kaca, minyak wangi, senjata, haiwan tunggangan dan lain-lain
boleh ditukar dengan rempah ratus.

63
MELAKA SEBAGAI PELABUHAN
UTAMA BAGI PERDAGANGAN
REMPAH RATUS DI DUNIA
IMPORT
JAWA

SUMATERA MALUKU

KALIMANTAN
MELAKA SULAWESI

PULAU
AMBON BANDA

BIMA

64
EKSPORT
CHINA

TURKI
INDIA
UTHMANIYAH

RYUKU
MESIR
MELAKA (JEPUN)

PARSI SIAM

AFRIKA

65
Kata-kata Alfonso de Albuquerque:-

“Kota Melaka adalah sumber yang paling besar bagi rempah-rempah,


ubat-ubatan dan kekayaan di seluruh dunia. Dari sini lada-lada lebih
banyak diambil ke Timur Tengah berbanding dari Calicut. Dengan
menakluki Melaka, umat Islam tidak akan mempunyai negara untuk
menyara mereka.”

Rujukan : M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From


1509-1511. Hlm 341

Kata-kata Tome Pires :-

“Terdapat ramai pedagang-pedagang Turki Uthmaniyah yang kami


memanggilnya sebagai ‘orang Rum’ yang berdagang di Kota Melaka.
Komoditi utama yang dibawa pulang oleh pedagang-pedagang Turki
Uthmaniyah dalam pelayaran dari Melaka adalah cengkih, bunga
pala, biji pala, kayu cendana, biji mutiara, porselin, sedikit wangian
kasturi, tanaman perubatan lidah buaya dalam jumlah yang sangat
besar, kemenyan, emas, kain sutera, timah, kain dewangga putih,
sutera berwarna-warni, bulu-bulu burung yang berasal dari Pulau
Banda yang akan dipakai sebagai perhiasan oleh
orang-orang Turki Uthmaniyah serta beberapa
barang lain dalam jumlah yang mencukupi.”

Rujukan : Armando Cortesao (1944), The Suma


Oriental of Tome Pires An Account of East, From
The Sea to China and The Book of Francisco
Rodrigues (Volume II), Hlm 268-270

66
MELAKA
KETIKA PEMBUKAAN
KONSTANTINOPLE

K
onstantinople adalah kota yang terpenting di dunia pada ketika
itu. Kota ini dibina pada tahun 330 Masihi oleh Maharaja
Rom yang bernama Constantine I. Kota ini menjadi pusat
pemerintahan Kerajaan Rom sejak zaman berzaman. Malah ketika
Rasulullah ‫ ﷺ‬ingin memerangi Rom dalam perang Tabuk, pusat
pemerintahan Rom masih di Konstantinople dan ianya berlanjutan

1 Dr. Ali Muhammad ash-Shalabi. 2015. Muhammad al-Fatih Sang Penakluk.


Muhammad Isa Anshory (terj.). al-Wafi. Solo. Hlm 170

67
sehingga ke zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih.1
Pembukaan Kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad II atau
Muhammad al-Fatih berlaku pada 29 Mei 1453. Sultan Muhammad
al-Fatih yang merupakan Sultan Uthmaniyah yang ketujuh telah
mencipta sebuah sejarah yang besar di dunia pada ketika itu. Sejak
Konstantinople ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fatih, kerajaan
Rom musnah sama sekali.

Sultan Muhammad al-Fatih yang dilahirkan pada 30 Mac 1432


menjadi insan pilihan Allah  dalam mencipta sejarah yang gemilang
ini. Beliau memenuhi hadith yang diutarakan oleh Nabi Muhammad
‫ ﷺ‬seperti mana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal :-

       



Kota Konstantinople akan ditakluk oleh orang Islam. Pemimpinnya
adalah sebaik-baik pemimpin. Manakala tenteranya adalah sebaik-
baik tentera.”
(Musnad Ahmad 4/335)

Persediaan menakluki Konstantinople telah dilakukan oleh Sultan


Muhammad al-Fatih sejak tahun 1452 lagi. Pada tahun itu, Sultan
Muhammad al-Fatih telah membina sebuah kubu yang besar dan
kukuh berhampiran dengan Kota Konstantinople. Kubu itu diberi
nama Rumeli Hisari dan siap dibina dengan tempoh yang begitu
singkat iaitu selama 4 bulan 16 hari sahaja. Kota Rumeli Hasari ini
siap dibina pada 31 Ogos 1452.

Sultan Muhammad al-Fatih telah memperkukuhkan angkatan

68
Penulis di hadapan tembok yang mengelilingi Kota Konstantinople.
Tembok ini dibina oleh kerajaan Byzantin Rom.

tenteranya sama ada di laut mahupun di darat. Jumlah tenteranya


mencecah hampir 250,000 orang. Selain itu, sebanyak 400 buah
kapal perang juga telah dibina dan diletakkan di laut sebagai langkah
persediaan untuk menakluki Kota Konstantinople.

Sultan Muhammad al-Fatih juga telah memperhebatkan lagi


penggunaan senjata api di kalangan tentera Uthmaniyah. Sultan
Muhammad al-Fatih telah membawa seorang pakar pembuat meriam
dari Hungary yang bernama Urban dan sepucuk meriam yang paling
besar telah berjaya dihasilkan oleh Urban.2

Setelah segala persiapan dan perancangan dilakukan, angkatan


tentera Uthmaniyah bergerak menuju ke sempadan-sempadan Kota
Konstantinople dengan membawa meriam-meriam mereka untuk
2 Mehmet Maksudoglu. 2011. Osmanli History and Institutions. Hlm 159

69
Illustrasi angkatan tentera Uthmaniyah pimpinan Sultan Muhammad
al-Fatih menggunakan meriam-meriam canggih bagi menghancurkan
tembok Kota Konstantinople.

70
71
Rantai besi yang
dipasang merintangi
laluan masuk ke Selat
Tanduk Emas oleh tentera Rom
bagi menghalang kemaraan angkatan
laut Uthmaniyah.
mengepung kota itu. Akhirnya pada 6 April 1453, angkatan tentera
Uthmaniyah yang diketuai oleh Sultan Muhammad al-Fatih telah
tiba di sempadan-sempadan Kota Konstantinople. Kota yang telah
dikepung dari segenap penjuru itu, kini siap sedia untuk ditembusi.
Seluruh meriam-meriam Uthmaniyah dihalakan ke dinding-dinding
tembok Kota Konstantinople.

Setelah seluruh meriam Uthmaniyah dihalakan ke dinding-dinding


Kota Konstantinople, mereka mula menembak meriam-meriam
tersebut untuk meruntuhkannya supaya mereka dapat memasuki Kota
Konstantinople. Maka peluru-peluru meriam Uthmaniyah berjaya
menembusi kubu-kubu yang dibina di sekeliling Kota Konstantinople.

Di laut pula, pergerakan angkatan tentera laut Uthmaniyah tersekat


di Selat Bosporus. Dari Selat Bosporus, kapal-kapal laut angkatan
tentera Uthmaniyah tidak dapat memasuki Selat Tanduk Emas kerana
angkatan tentera Rom telah memasang rantai besi merintangi laluan
masuk ke Selat Tanduk Emas. Namun begitu, Sultan Muhammad
al-Fatih telah membuktikan kebijaksanaan dan kesungguhan beliau
dalam misi penaklukan Konstantinople ini dengan melaksanakan satu
tindakan yang luar biasa. Beliau telah mengarahkan angkatan tentera
laut Uthmaniyah supaya memasuki Selat tanduk Emas melalui jalan
darat.

72
Maka pada 22 April 1453, angkatan tentera laut Uthmaniyah telah
memindahkan kapal-kapal laut mereka dari laut ke darat. Kapal-
kapal itu diletakkan di atas batang-batang pokok yang ditebang dan
ianya disapukan dengan minyak agar kapal-kapal itu mudah ditarik.
Kemudian mereka menggunakan lembu-lembu untuk menarik kapal-
kapal mereka di bahagian daratan berhampiran dengan Galata dan
terus menuju ke Selat Tanduk Emas. Akhirnya, kapal-kapal
Uthmaniyah ini berjaya ditarik ke laut dan
berlabuh di Selat Tanduk Emas. Tindakan
angkatan tentera Uthmaniyah yang diluar
jangkaan ini benar-benar mengejutkan
pasukan tentera Rom. Setelah berlabuh
di laut, meriam-meriam yang berada di
atas kapal perang tentera Uthmaniyah siap
sedia untuk menembak dinding-dinding kubu Konstantinople.3

Serangan demi serangan telah dilakukan secara berterusan dengan


dengan penuh semangat. Dalam beberapa keadaan, Kerajaan Rom
berjaya menangkis serangan tentera Uthmaniyah. Ramai di kalangan
tentera Uthmaniyah yang terkorban. Keadaan ini menyebabkan
sebahagian pembesar menasihati Sultan Muhammad al-Fatih agar
beliau menghentikan misi menakluki Kota Konstantinople. Namun,
Sultan Muhammad al-Fatih tidak pernah berputus asa. Serangan demi
serangan terus dipertingkatkan.

3 Dr. Ali Muhammad ash-Shalabi. 2011. Faktor Kebangkitan dan Sebab Kejatuhan
Empayar Uthmaniyah. Salehan Ayub (terj.). Hlm 127

73
Akhirnya pada 29 Mei 1453, angkatan tentera Uthmaniyah
di bawah pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menakluki
Kota Konstantinople dan merampasnya dari empayar
Rom. Peristiwa ini merupakan salah satu peristiwa
yang terbesar dalam sejarah dunia. Empayar Rom
yang telah berkuasa selama lebih seribu tahun itu
ranap sama sekali. Pusat pemerintahan mereka
kini telah dikuasai oleh orang-orang Islam
Turki Uthmaniyah.

Selepas Sultan Muhammad al-Fatih


berjaya menakluki Konstantinople dan
menukarkan namanya kepada

74
Islam Bol yang bermaksud Kota
Islam. Dari sinilah bermulanya nama
Istanbul. Baginda mengutuskan
surat ke seluruh kerajaan-kerajaan
Islam yang ada di seluruh dunia
untuk memberitahu tentang peristiwa
yang menggembirakan itu. Dr. Ali
Muhammad ash-Shalabi menulis
seperti berikut :-

Penulis di hadapan Masjid Sultan Muhammad al-Fatih (Fetih Cami)


di Istanbul. Masjid ini dibina pada tahun 1463 Masihi oleh Sultan
Muhammad al-Fatih.

75
“Di timur Islam pula, kesan penaklukan yang hebat ini membawa
kegembiraan dan keseronokan yang dapat dirasai oleh umat Islam
di seluruh Asia dan Afrika. Penaklukan ini sebenarnya telah lama
menjadi impian dan cita-cita generasi bergenerasi. Saat ini telah lama
ditunggu-tunggu dan kini ia menjadi kenyataan. Sultan Muhammad
al-Fatih mengutus surat kepada semua pemerintah di wilayah Islam
iaitu Mesir, Hijaz, Parsi, India dan sebagainya memaklumkan kepada
mereka tentang kemenangan Islam yang gilang gemilang ini. Berita
kemenangan ini dilaungkan melalui mimbar-mimbar. Sembahyang
kesyukuran juga didirikan. Rumah-rumah dan kedai-kedai dihias.
Dinding dan tembok rumah digantung bendera dan kain tekat yang
berwarna-warni.” 4

4 Dr. Ali Muhammad ash-Shalabi. 2011. Faktor Kebangkitan dan Sebab Kejatuhan
Empayar Uthmaniyah. Salehan Ayub (terj.). Hlm 156

Penulis di sisi salah sebuah meriam


yang digunakan oleh angkatan tentera
Sultan Muhammad al-Fatih ketika misi
menakluki Kota Konstantinople pada
tahun 1453 Masihi.

76
Penulis di samping makam Hasan Ulubate, antara tentera Uthmaniyah
yang berjaya memacakkan bendera Turki Uthmaniyah di atas tembok
Kota Konstantinople pada tahun 1453 Masihi. Beliau mati syahid akibat
dipanah ketika memacakkan bendera tersebut.

Sudah pasti Kesultanan Melayu Melaka tidak terkecuali dari


mendapat surat makluman tentang penaklukan Kota Konstantinople
ini. Apatah lagi Kesultanan Melayu Melaka sudah pun masyhur pada
ketika itu. Peristiwa penaklukan Konstantinople ini berlaku di zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah yang mana baginda telah pun
menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang terpenting di
bahagian timur jauh.

Prof Azyumardi Azra juga telah menukilkan tentang kesan penaklukan


Konstantinople ke atas Alam Melayu (Nusantara) di mana keagungan
politik dan budaya Turki Uthmaniyah telah terjangkau ke Alam
Melayu sejurus penaklukan Konstantinople. Dalam bukunya yang
bertajuk Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara
Abad 17 & 18, beliau mencatatkan seperti berikut:-

4 Dr. Ali Muhammad ash-Shalabi. 2011. Faktor Kebangkitan dan Sebab Kejatuhan
Empayar Uthmaniyah. Salehan Ayub (terj.). Hlm 156

77
Adalah benar, jauh sebelum kebangkitan Dinasti Uthmaniyah, literatur
Parsi dan Turki menggunakan istilah ‘Rum’ untuk merujuk kepada
Byzantin (Rom Timur), dan kadang-kadang juga kepada Kerajaan
Romawi (Rom Barat). Tetapi, ketika Dinasti Uthmaniyah bangkit
sebagai negara paling kuat di Timur Tengah dan wilayah Laut Tengah
pada separuh abad ke-15, yakni dengan penaklukan Konstantinople
pada tahun 857 Hijrah/1453 Masihi, istilah ‘Rum’ seperti dikemukakan
oleh Gibb dan Bowen, kemudian mulai beredar untuk merujuk
kepada Kerajaan Turki Uthmaniyah. Mulai masa ini, keagungan
politik dan budaya Rum (Turki Uthmaniyah) disebarkan ke pelbagai
dunia Muslim termasuk Nusantara. Jangkauan keagungan budaya
itu ke Nusantara, misalnya, tercermin dalam penyebaran sejumlah
perbendaharaan kata bahasa Turki dalam bahasa-bahasa tempatan
tertentu di Nusantara. Kerana itu, lebih masuk akal mengandaikan,
adalah setelah separuh kedua abad ke-15 kaum Muslim di Nusantara
mulai mengenal “Raja Rum” sebagai Sultan Uthmaniyah.5

Terdapat sekurang-kurangnya tiga keberangkalian besar cara berita


penaklukan Kota Konstantinople itu tersebar di bumi Melaka. Pertama,
melalui utusan surat dari Istanbul ke Melaka. Kedua, pertemuan di
antara para pedagang Turki dan pedagang Melayu di pelabuhan-
pelabuhan penting di dunia pada ketika itu termasuk di pelabuhan
Melaka sendiri. Ketiga, melalui pertemuan di antara orang-orang
Melaka dan orang-orang Turki yang menunaikan haji di Mekah.

5 Azyumardi Azra. 2013. Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan


Nusantara Abad 17 dan 18. Hlm 36

78
Sejak menerima Islam, masyarakat Melaka pergi menunaikan ibadat
haji di Mekah. Tome Pires sendiri menukilkan kisah tentang Sultan
Mansur Syah yang melakukan persiapan untuk menunaikan haji di
Mekah. Bukan sahaja Sultan, rakyat kebanyakan juga turut belayar ke
Mekah bagi menunaikan ibadat haji.6

Seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico di Varthema


yang telah pergi ke Mekah di antara tahun 1503 hingga 1508 dengan
menyamar seperti orang-orang Islam turut mengakui bahawa beliau
telah menjumpai sebilangan besar jemaah haji dari Alam Melayu.
Beliau yang kemudiannya singgah di Melaka menyatakan bahawa
pakaian orang-orang Melayu di Melaka menyerupai pakaian orang-
orang Mesir.

Pada tahun 1863, George Percy Badger yang merupakan seorang


ilmuan Inggeris telah memberikan penerangan pada catatan
pengembaraan Ludovico di Varthema ini. Ketika membahaskan
tentang catatan Varthema tentang pakaian orang-orang Melaka yang
menurutnya menyerupai orang-orang Mesir, George Percy Badger
menyatakan seperti berikut:-

“Berhubung dengan pakaian (orang-orang Melayu Melaka), saya


kerap berpeluang, semasa lama menetap di Aden, melihat ramai
pedagang Melayu dalam perjalanan ke Mekah, yang biasanya
berpakaian sama seperti orang-orang di Syria dan Mesir.”7

6 Armando Cortesao (1944), The Suma Oriental of Tome Pires An Account


of East, From The Sea to China and The Book of Francisco Rodrigues (Volume II).
Hlm 250
7 George Percy Badger. 1863. The Travels of Ludovico Di Varthema in Egypt, Syria,
Arabia Deserta and Arabia Felix, in Persia, India and Ethiopia. Hlm 226

79
Maka, besar kemungkinan orang-orang Melayu di Melaka telah
mendapat tahu berita-berita dari seluruh dunia Islam melalui
pertemuan mereka dengan orang-orang Islam dari pelbagai
pelusuk dunia di Mekah. Sehubungan dengan itu, pertemuan
di antara orang-orang Turki Uthmaniyah dan orang-orang Melayu
Melaka di Mekah ketika menunaikan ibadat haji menjadi salah satu
sumber berita-berita dari Istanbul tersebar ke Melaka, begitu juga
sebaliknya.

Ketika Sultan Muhammad al-Fatih berjaya membebaskan


Konstantinople di sebelah barat dunia Islam, Kesultanan Melayu
Melaka pula sedang sibuk menghadapi ancaman musuh utamanya
iaitu Siam di sebelah timur dunia Islam. Berita tentang kejayaan
Uthmaniyah menewaskan empayar Rom sedikit sebanyak memberikan
suntikan motivasi terhadap Kesultanan Melayu Melaka.

Kerajaan Siam tidak berpuas hati dengan Kesultanan Melayu Melaka


disebabkan Sultan Melaka enggan mengiktiraf kekuasaan Siam ke
atas Melaka. Sultan Muzaffar Syah bukan sahaja menganggap Melaka
sebagai sebuah kerajaan yang bebas dan berdaulat dari sebarang
pengaruh kuasa-kuasa lain, malah beliau menganggap Kesultanan
Melayu Melaka setara dengan Kerajaan Siam.

Dasar Melaka itu menyebabkan Siam mengambil keputusan untuk


menyerang Melaka dan seterusnya memaksa Melaka menjadi
sebahagian wilayah kekuasaannya. Maka berita tentang keinginan Siam
untuk memerangi Melaka itu sentiasa kedengaran di Melaka. Apatah
lagi ketika perang yang pertama berlaku antara Siam dan Melaka,
Siam mengalami kekalahan yang teruk. Perkara ini membuatkan

80
Illustrasi perang yang berlaku antara angkatan tentera Siam dan angkatan
tentera Kesultanan Melaka.

Sultan Muzaffar Syah sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah


berjaga-jaga tatkala menanti serangan dari Siam.

Dalam serangan pertama yang berlaku pada tahun 1446, Raja Siam
mengutuskan seorang panglimanya yang bernama Awi Cakri untuk
menyerang Melaka dan seterusnya menjadikan Melaka di bawah
jajahan takluknya. Sebuah angkatan tentera dibentuk menuju
ke Melaka untuk berperang dengan orang-orang Melaka. Pembentukan
dan pengutusan angkatan tentera perang Siam itu sampai ke
pengetahuan Sultan. Maka baginda pun mengamanahkan kepada
bendahara Tun Perak untuk menjadi ketua dan perancang utama dalam
misi menewaskan dan mengusir angkatan tentera Siam.

81
Tun Perak yang mengetuai angkatan tentera Melaka sudah menunggu
kedatangan Siam di Pahang. Maka apabila angkatan tentera Siam
tiba di Pahang, maka berlaku peperangan di antara angkatan tentera
Melaka dan angkatan tentera Siam. Peperangan secara bersemuka
pun berlangsung. Medan perang menjadi begitu berkecamuk tatkala
kedua-dua pihak saling beradu kekuatan. Namun, ramai di kalangan
tentera Siam yang mati. Mereka yang hidup pula melarikan diri dengan
segera. Maka angkatan tentera Melaka telah memenangi peperangan
itu.8

Sepuluh tahun setelah itu iaitu bersamaan tiga tahun selepas


pembukaan Konstantinople oleh Sultan Muhammad al-Fatih, tercetus
perang kedua di antara Melaka dan Siam iaitu pada tahun 1456. Raja
Siam tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka di Pahang. Tidak
beberapa lama setelah itu, Raja Siam mengutuskan pula panglima
perangnya yang bernama Awi Dicu untuk menyerang Melaka buat kali
kedua. Kali ini angkatan tentera Siam yang dibentuk sangat ramai.
Jumlahnya berkali-kali ganda dari jumlah angkatan tentera Siam
dalam perang yang pertama sebelum ini. 9

Tun Perak sekali lagi diamanahkan oleh Sultan Muzaffar Syah untuk
mengetuai angkatan perang. Sultan Muzaffar Syah juga mengarahkan
Tun Ali yang bergelar Dato Seri Nara Diraja dan Tun Hamzah yang
bergelar Dato Seri Bija Diraja bersama-sama dengan hulubalang-
hulubalang Melaka untuk membantu Tun Perak. Salah seorang
hulubalang Melaka yang begitu berani iaitu Tun Umar diarahkan
oleh Tun Perak untuk menjadi pengintip bagi mendapatkan maklumat

8 A. Samad Ahmad. 2013. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Hlm 89


9 Bahasa Othman. 1989. Melaka Sejarah Awal Negara Kita. Hlm 26

82
tentang angkatan tentera Siam seperti kedudukan dan kekuatan
mereka. Maka Tun Umar pun melaporkan kepada Tun Perak bahawa
angkatan tentera Siam akan tiba di Batu Pahat pada waktu malam.

Tun Perak pun menggunakan kebijaksanaannya dengan


mengarahkan agar jamong-jamong api yang banyak dipasang
di sepanjang persisir pantai. Maka angkatan tentera Melaka pun
memasang ribuan jamong api yang mana jumlahnya jauh melebihi
jumlah angkatan tentera Melaka. Pada malamnya, semua jamong-
jamong itu dipasangkan api. Di samping itu, Tun Perak juga
mengarahkan agar semua tentera-tentera Melaka memukul gendang
perang secara berterusan.

Apabila angkatan tentera Siam tiba di Batu Pahat, mereka berasa


sangat terkejut. Pertama adalah kerana angkatan tentera Melaka sudah
mengetahui tentang kedatangan mereka. Kedua, apabila mereka
melihat ribuan jamong-jamong api itu, mereka menyangka jumlah
angkatan tentera Melaka yang berada di persisir pantai Batu Pahat
sangat ramai. Malah melebihi jumlah angkatan tentera Siam berkali
ganda.

Keadaan ini menyebabkan moral angkatan tentera Siam jatuh


sama sekali. Mereka tidak menyangka bahawa Melaka mempunyai
angkatan tentera sebegitu besar. Sekumpulan angkatan tentera Melaka
yang berani yang diketuai oleh Tun Umar pula menyerang kapal-kapal
Siam. Dengan jumlah yang sedikit, mereka mampu menghancurkan
sebahagian kapal-kapal Siam.

Tindakan angkatan tentera Melaka ini menyebabkan tentera Siam


menjadi lebih takut. Maka sebahagian daripada mereka telah pun

83
lari bersama-sama dengan kapal-kapal mereka. Melihat keadaan
ini, panglima Awi Dicu tidak mempunyai pilihan lain melainkan
mengarahkan seluruh angkatan tentera Siam supaya berundur.
Sejak hari itu, Siam mula akur dengan kekuatan Kesultanan Melayu
Melaka.10

Begitulah dua peristiwa besar yang berlaku di dua belahan dunia.


Di barat, Daulah Turki Uthmaniyah berjaya menewaskan Kerajaan
Byzantin Rom. Manakala di timur, Kesultanan Melayu Melaka
pula berjaya menewaskan Kerajaan Siam. Di samping itu, zaman
pemerintahan kedua-dua Sultan iaitu Sultan Muhammad al-Fatih dan
Sultan Muzaffar Syah merupakan permulaan zaman kegemilangan
bagi kedua-dua buah kerajaan Islam tersebut pada ketika itu.

10 A. Samad Ahmad. 2013. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Hlm 94-96

Telaga yang dipahat atas batu oleh tentera Siam


di Batu Pahat ketika berlakunya perang kedua di
antara Siam dan Melaka sekitar tahun 1456 iaitu
tiga tahun setelah Sultan Muhammad al-Fatih
berjaya menawan Kota Konstantinople.

84
MELAKA
DAN HUBUNGAN
ANTARABANGSA

S
ejak dari awal penubuhan Kesultanan Melaka (mengikut
pendapat yang masyhur tahun 1400), Sultan Melaka telah
menjalinkan hubungan diplomasi dengan sebuah kuasa besar
di dunia pada ketika itu iaitu Kerajaan Ming di China. Mengikut
catatan Sejarah Dinasti Ming, hubungan paling awal terjalin
di antara dinasti Ming dan Kesultanan Melayu Melaka adalah pada
tahun 1403. Pada ketika itu, Maharaja Yong Le mengutuskan utusan
ke Melaka untuk menjalinkan hubungan diplomasi dengan Sultan
Melaka yang pertama iaitu Parameswara.1
1 Liang Liji. 2009. Hubungan Empayar Melaka- Dinasti Ming Abad ke-15. Hlm 46

85
Setelah itu, Melaka dan China saling bertukar kunjungan utusan
antara satu sama lain. Laksamana Zheng He atau Cheng Ho sendiri
diutuskan ke Melaka sebanyak tujuh kali. Menurut catatan Dinasti
Ming, Laksamana Cheng Ho telah diutuskan ke Melaka pada tahun
1405, 1407, 1408, 1412, 1416, 1421 dan 1430.2 Di samping itu,
menurut catatan Sejarah Dinasti Ming, Sultan Melaka yang telah
datang berkunjung ke istana Maharaja Ming adalah seperti berikut:-3

Parameswara (Iskandar Syah) Sultan Megat Iskandar Syah


tahun 1411 tahun 1414
(ketika itu masih putera sultan)
dan 1419

Sultan Muhammad Syah Sultan Abu Syahid


tahun 1424, 1433 dan 1434 tahun 1445

2 Kong Yuanzhi. 2010. Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu. Hlm 62.
Lihat juga Liang Liji. 2009. Hubungan Empayar Melaka- Dinasti Ming Abad ke-15.
Hlm 63-76
3 Liang Liji. 2009. Hubungan Empayar Melaka- Dinasti Ming Abad ke-15. Hlm 54

86
Hubungan dengan dunia barat seperti Arab, Parsi dan India juga
diyakini bermula seawal penubuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Namun tiada catatan yang ditemui tentang hubungan-hubungan
tersebut. Namun begitu, Tome Pires telah mencatatkan dalam Suma
Oriental bahawa Sultan Muzaffar Syah menjadi sangat terkenal dan
menerima banyak surat dan hadiah dari Raja Aden (Yaman), Hormuz
(Parsi), Cambay (India) dan Bengal. Tome Pires mencatatkan seperti
berikut:-

“Berkat kehormatan yang baginda perolehi dari kejayaannya


menyebarkan agama Islam kepada para raja dan wilayah taklukannya,
nama Muzaffar menjadi sangat terkenal. Baginda menerima banyak
surat dan hadiah dari Raja Aden, Hormuz, Cambay dan Bengal. Raja-
raja tersebut mengutuskan para pedagang dari wilayahnya untuk
menetap di Melaka.” 4

Hubungan diplomasi antarabangsa yang dijalinkan oleh Kesultanan


Melayu Melaka mencapai zaman kemuncaknya ketika zaman
pemerintahan Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah.
Kedua-dua Sultan Melaka ini mengamalkan polisi yang cukup terbuka.
Mereka akan menjalinkan hubungan dua hala dengan kerajaan-kerajaan
yang besar di dunia pada ketika itu. Malah Kesultanan Melayu Melaka
turut tidak mengabaikan hubungannya dengan kerajaan-kerajaan yang
kecil.

Sultan Mansur Syah terkenal sebagai seorang sultan yang berjiwa


besar dan mementingkan kedamaian. Maka polisi menjalinkan
4 Armando Cortesao (1944), The Suma Oriental of Tome Pires An Account of East,
From The Sea to China and The Book of Francisco Rodrigues (Volume II).
Hlm 245

87
hubungan diplomasi dengan kerajaan-kerajaan yang ada pada ketika
itu menjadi keutamaan di dalam pemerintahannya. Hubungan antara
Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan di bahagian barat tidak
hanya terbatas kepada Aden, Hormuz, Cambay dan Bengal sahaja
seperti mana catatan Tome Pires. Ianya lebih luas kepada kerajaan-
kerajaan lain seperti Mamluk, Uthmaniyah, Gujerat, Calicut dan lain-
lain terutama selepas zaman Sultan Muzaffar Syah.

Sebaik sahaja dilantik menjadi Sultan Melaka, Sultan Mansur


Syah mengamalkan polisi untuk menjalinkan hubungan dengan
kerajaan-kerajaan besar di dunia pada ketika itu seperti Ryukyu
(Jepun), China, Majapahit, Calicut, Gujerat, Siam, Mesir,
Parsi, Turki Uthmaniyah dan lain-lain. Natijah dari hubungan
antarabangsa yang dijalinkan, Tome Pires menyatakan bahawa
di zaman Sultan Mahmud Syah, terdapat sebanyak lapan puluh empat
buah bangsa asing yang berdagang di Melaka termasuk bangsa Turki
Uthmaniyah.5

Catatan China juga mencatatkan bagaimana hubungan di antara


Kerajaan Ming dan Kesultanan Melaka di zaman pemerintahan Sultan
Mansur Syah berada di kemuncaknya. Seawal pelantikan Sultan
Mansur Syah sebagai Sultan Melaka bagi menggantikan ayahandanya,
Sultan Muzaffar Syah yang baru mangkat, Maharaja China telah
memberikan pengiktirafan kepada Sultan Mansur Syah.

Hubungan diplomasi antara Sultan Mansur Syah dan Maharaja China


dicatatkan dalam catatan-catatan China seperti berikut :-

5 Ibid. Hlm 269

88
Tahun 1459

Kaisar mengutus menteri Chen Jia You dan timbalannya Peng Sheng
ke Melaka untuk menghantarkan surat titah tentang pengiktirafan
Putera Mahkota Sultan Mansur Syah sebagai Raja Melaka dan
menyampaikan ucapan takziah atas mangkatnya ayahanda baginda.
Lalu kaisar pun menyuruh Cheng Jia You pergi menziarahi makam
Sultan Muzaffar Syah dan memaklumkan ke seluruh negeri. (Ying
Zhong Shi Lu, jilid 306)

Tahun 1461

Menteri Protokol Shi Mao melaporkan bahawa Chen Jia You dan Peng
Sheng yang diutus ke Melaka untuk pengiktirafan raja, kapalnya rosak
dilanda angin taufan, dan barang-barang anugerah kaisar pun keairan,
mohon diganti dengan yang baru. Kaisar mengkabulkannya. (Ying
Zhong Shi Lu, jilid 326)

Tahun 1467

Dikhabarkan bahawa Menteri Chen Jia You telah meninggal dunia.


Beliau diutus ke Melaka untuk pengiktirafan raja, kapalnya rosak
dilanda angin taufan tetapi beliau terselamat dari bahaya maut. Kaisar
mengirim orang besar untuk mengadakan upacara penziarahan.
Adapun Chen Jia You itu tampan rupanya, gagah perkasa, pandai
membawakan lagu dan hikayat, suaranya nyaring, sangat disukai oleh
kaisar Ying Zhong. (Ying Zhong Shi Lu, jilid 47)

89
Tahun 1468

Melaka mengutus Menteri Ba La Si dan jurubahasa Wu Sha datang


menghadap, mempersembahkan gajah, penyu dan lain-lain. Kaisar
menganugerahi Ba La Si dan Wu Sha dengan perhiasan kepala dan ikat
pinggang, pendamping-pendampingnya dengan pakaian, sutera dan
lain-lain menurut kadarnya. (Xian Zhong Shi Lu, jilid 59)

Tahun 1469

Raja Melaka Sultan Mansur Syah mengutus Duan Ya Ma La Di Na Cha


dan pendamping-pendampingnya seramai 12 orang datang menghadap
dan mempersembahkan barang-barang ufti. Dijamu makan dan
dianugerahi kain sutera, persalinan dan lain-lain menurut kadarnya lalu
disuruh membawa pulang sutera dewangga dan barang-barang lainnya
untuk dianugerahkan kepada raja dan gundiknya. (Xian Zhong Shi Lu,
jilid 65)

Tahun 1474

Menteri Chen Jun yang diutus ke Campa tidak jadi masuk kerana
negerinya sudah diduduki oleh Annam. Chen Jun membawa banyak
barang dagangan dan saudagar yang mengikutinya pun sangat
ramai, maka mereka membuat alasan ditimpa angin taufan. Oleh itu
pergilah mereka ke Melaka untuk berniaga. Setelah balik Chen Jun
pun melaporkan bahawa Campa sudah diduduki Annam dan Raja
Melaka telah membantu mereka dengan memberi bahan makanan serta
memperlakukan mereka dengan penuh kehormatan. Maka Kementerian
Protokol pun bersembah: “Bila utusan Melaka datang menghadap,

90
maka eloklah baginda mengeluarkan titah untuk memuji rajanya.”
Kaisar pun membenarkannya. (Xian Zhong Shi Lu, jilid 136)

Tahun 1475

Melaka mengutus Duan Ma Mi dan pendamping-pendampingnya


datang menghantar warkah daun emas dan mempersembahkan
gajah, kuda, ayam belanda, burung nuri putih, harimau bintang dan
lain-lain. Kaisar menjamu makan dan menganugerahinya dengan
pakaian kebesaran, sutera dewangga dan lain-lain, lalu menyuruh
membawa pulang sutera dewangga, satin kimkha dan lain-lain untuk
dianugerahkan kepada raja, gundik raja dan putera raja menurut
kadarnya. Dalam pada itu kaisar pun menyuruh membawakan surat
titah kaisar kepada Sultan Mansur Syah yang berbunyi:-

“Adapun baru-baru ini menteri yang diutus kerajaan dinasti


ke negeri Campa telah terdampar ke Melaka kerana angin ribut.
Dan Raja Melaka telah menyuruh orang menghadiahkan perbekalan
dan lain-lain. Keikhlasan Raja telah kita terima dengan sepenuhnya.
Kini bersempena dengan utusan Melaka yang hendak balik, maka
kita dengan khas menyediakan bingkisan yang berupa pelbagai jenis
sutera de' Vangga untuk menyatakan rasa pujian dan terima kasih,
harap diterima dengan baik.” (Xian Zhong Shi Lu, jilid 141)6

Catatan-catatan China tentang hubungan diplomasi di antara


Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan Dinasti Ming di China ini
nampaknya selari dengan apa yang ternukil dalam Sulalatus Salatin. Di

6 Liang Liji. 2009. Hubungan Empayar Melaka- Dinasti Ming Abad ke-15.
Hlm 69-71

91
dalam Sulalatus Salatin juga dinyatakan tentang hubungan diplomasi
yang dilakukan oleh Sultan Mansur Syah terhadap kerajaan Dinasti
Ming. Sulalatus Salatin menyatakan seperti berikut :-

“Alkisah maka tersebutlah perkataan raja benua China, setelah


kedengaranlah khabar kebesaran raja Melaka ke benua China, maka
raja benua China pun mengutus ke Melaka bingkisan jarum sarat
sebuah pilau, lain daripada sutera benang emas kimka dewangga,
serta beberapa benda yang gharib-gharib. Setelah datang ke Melaka,
maka disuruh Sultan Mansur Syah jemput surat dari benua China
itu, diarak seperti adat menyambut surat dari benua Siam…….
Setelah Sultan Mansur Syah mendengar bunyi surat itu, baginda pun
tersenyum. Maka disuruh baginda ambil segala jarum yang di pilau
itu, dan pilau itu disuruh baginda isi dengan sagu rending hingga
sarat. Maka Tun Perpatih Putih, adik Bendahara Paduka Raja, dititah
Sultan Mansur Syah membawa utusan ke benua China.” 7

Sultan Mansur Syah juga memulakan langkah untuk menjalinkan


diplomasi dengan musuh utama Kesultanan Melayu Melaka pada
ketika itu iaitu Kerajaan Siam. Langkah yang diambil oleh baginda
ini adalah satu usaha yang asing yang tidak pernah dilakukan oleh
sultan-sultan Melaka sebelum itu. Sedangkan Sultan Muzaffar
Syah telah mengisytiharkan perang terhadap kerajaan Siam.
Di dalam Sulalatus Salatin, dicatatkan seperti berikut :-

“Setelah itu maka titah Sultan Mansur Syah kepada Bendahara


Paduka Raja dan segala menteri hulubalang, “Apa bicara tuan

7 A. Samad Ahmad. 2013. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Hlm 131

92
hamba sekalian, baiklah kita menyuruh ke benua Siam; apa
sudahnya kita beralangan selama ini, kita berkelahi dengan dia
pun tiada, dan berdamai pun tiada; orang Siam tiada datang
ke Melaka, dan orang Melaka pun tiada pergi ke Siam.”

Maka sembah segala Menteri dan Orang Besar-besar, “Benar


titah duli Yang Maha Mulia itu, kerana daripada banyak seteru
sebaik-baiknya banyak bersahabat.” Maka titah Sultan Mansur
Syah, “Jika demikian Bendahara, siapa baik kita suruh utusan
ke benua Siam?” 8

Dari sumber Sulalatus Salatin ini, jelas sekali bahawa hubungan


diplomasi di antara Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan Siam
mula wujud ketika zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah.
Sedangkan di zaman pemerintahan ayahandanya iaitu Sultan Muzaffar
Syah, telah berlaku beberapa siri peperangan di antara Kesultanan
Melayu Melaka dan kerajaan Siam.

Seterusnya, Sulalatus Salatin juga menukilkan tentang langkah Sultan


Mansur Syah untuk menjalinkan diplomasi dengan kerajaan Majapahit
yang berpusat di Jawa. Hubungan yang terjalin dengan begitu erat ini
dinukilkan dalam Sulalatus Salatin seperti berikut :-

“Syahadan orang berjaga-jaga itu pun genaplah empat puluh hari


empat puluh malam. Setelah datanglah kepada ketika yang baik, maka
Sultan Mansur Syah pun kahwinlah dengan Raden Galuh Cendera
Kirana, disuruh Betara nikahkan, setelah sudah nikah, lalu masuk ke
dalam pelaminan. Maka baginda kedua laki isteri pun terlalulah amat

8 Ibid. Hlm 107-108

93
Lukisan yang terdapat di Muzium Melaka yang menggambarkan
rombongan utusan Sultan Melaka ke istana Maharaja Ming di China dan
disambut dengan penuh meriah.

94
95
berkasih-kasihan. Adapun Betara Majapahit sangat kasih akan Sultan
Mansur Syah, sehari-hari dibawa baginda semayam dan santap
bersama-sama.” 9

Dari catatan-catatan tersebut, maka jelaslah bahawa Sultan Mansur


Syah mengamalkan polisi menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa
besar di dunia pada ketika itu. Polisi ini kemudiannya disambung oleh
anakanda baginda iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah. Dalam Sulalatus
Salatin, diceritakan tentang hubungan baik di antara pemerintah
Maluku, Rekan dan Terengganu dengan Sultan Alauddin Riayat Syah.
Sulalatus Salatin menukilkan seperti berikut:-

“Alkisah maka tersebutlah perkataan Raja Maluku, negerinya


dialahkan oleh Kastilan; maka Raja Maluku pun lari ke Melaka.
Pada ketika itu Raja Rekan dan Telanai Terengganu pun ada
di Melaka mengadap Sultan Ala’uddin.” 10

Catatan Ryukyu pula secara jelas menyatakan tentang hubungan


diplomatik yang terjalin di antara Kesultanan Melayu Melaka dan
Kerajaan Ryukyu yang berpusat di Pulau Okinawa, Jepun. Menurut
sebuah dokumen yang bernama Rekidai Hoan telah ditemui di
Okinawa, Jepun pada tahun 1932, terdapat sekurang-kurangnya 19
pucuk surat daripada Kerajaan Ryukyu kepada Kesultanan Melaka
dan 11 pucuk surat dari Kesultanan Melaka kepada Kerajaan Ryukyu.
Antara surat-surat tersebut ialah surat dari Sultan Ala’uddin Riayat
Syah dan laksamana Kesultanan Melaka iaitu Hang Tuah kepada Raja
Ryukyu.

9 Ibid. Hlm 127


10 Ibid. Hlm 179

96
Berikut adalah kandungan surat dari Sultan Ala’uddin Riayat Syah
kepada Raja Ryukyu:-

(Raja bagi) negeri Melaka mengutuskan jawapan ini


kepada Kebawah Duli Tuanku Raja negeri Ryukyu.

Pandangan Tuanku memupuk dan membelai semua orang, dan


mereka semua tinggi Tuanku sepertilah sebuah Gunung yang
agung. Pemerintahan Tuanku yang bijaksana meresapi seluruh
pelusuk dan mendorong penyemaian sifat kejujuran, bakat
dan perasaan malu. Di semua tujuh wilayah undang-undang
dan peraturan telah dikuatkuasakan, dan martabat dan kuasa
Tuanku tersebar luas dan jauh bak sinaran matahari dan bulan.
Tuanku memerintah dengan mandat dari langit dan berselaras
dengan kehendak rakyat jelata, dan banyak peribadi ternama
telah datang dari jauh untuk berada di bawah naungan Tuanku.
Kami amat berterima kasih di atas kemurahan hati Maharaja
Ming yang agung. Kekanda Tuanku sentiasa diberkati dengan
kegembiraan dan kemakmuran, dan kegemilangan Tuanku
berkekalan ribuan tahun, dengan keamanan terjamin untuk
berterusan sehingga abadi.

Syahadan, utusan dan penterjemah Tuanku dan yang lain-lain


telah tiba di sini dengan kapal, membawa bingkisan bersama-
sama mereka. Dengan aman dan tanpa halangan kami telah
membenarkan mereka menjalankan perdagangan mereka.
Kami telah menempah arak yang paling mahal yang berwarna
untuk disampaikan kepada mereka, dan sesudah itu kami
telah mengizinkan mereka pulang ke negeri mereka. Kami
mengharapkan agar gunung dan sungai Tuanku kekal sehingga
abadi. Dirgahayu Tuanku!

97
Laksamana dengan penuh takzimnya.

Ma-an-shan (Sultan Ala’iuddin Riayat Syah) kepada DYMM


Raja Negeri Ryukyu.

Tersenarai di bawah ialah bingkisan-bingkisan:

Chi-ti-pi 20 papan

Hsing-si-chih 14 papan

Lin-wu-na 12 papan

Shan-nan-pi 4 papan

Ch’eng-hua 17/3/? (1481)

Bagi pihak Sultan.11

11 Hashim Musa & Rohaidah Kamaruddin. 2015. Hang Tuah : Catatan Okinawa,
Hlm 120

98
Berdasarkan kehadiran bangsa-bangsa Eropah di pelabuhan
Melaka, maka diyakini bahawa Kesultanan Melayu Melaka turut
menjalinkan hubungan diplomasi dengan kerajaan-kerajaan
di Eropah. Tome Pires menukilkan bahawa antara bangsa Eropah
yang hadir berdagang di pelabuhan Kota Melaka adalah bangsa Turki
Uthmaniyah dan Armenia.12

Luis Filipe Ferreira Reis Thomaz menyatakan seperti berikut:-

Terdapat juga kapal-kapal yang dimiliki orang-orang Armenia seperti


pedagang yang bernama Khoja Iskandar, yang mana pada tahun 1517
membawa dua orang Portugis dari Melaka ke makam Saint Thomas
di Mylapur, Coromandel. Sebenarnya, susah untuk dibezakan sama
ada mereka adalah orang-orang Armenia yang sebenar atau orang-
orang Kristian Nestorian dari Mesopotamia, disebabkan orang-orang
Portugis kebiasaannya menggunakan nama “Armenia” bagi merujuk
kedua-duanya. Menurut Pires, mereka (orang-orang Armenia) telah
menetap di Melaka sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka.13

Sebagai sebuah kerajaan yang memiliki pelabuhan yang terkaya di


dunia, sudah pasti Kesultanan Melayu Melaka giat menjalinkan
hubungan diplomasi dengan pelbagai kerajaan di seluruh dunia.
Sama ada hubungan tersebut dimulakan oleh Melaka atau sebaliknya.
Jika kerajaan-kerajaan yang kecil pun mahu menjalinkan hubungan

12 Armando Cortesao (1944), The Suma Oriental of Tome Pires An Account of East,
From The Sea to China and The Book of Francisco Rodrigues (Volume II),
Hlm 268
13 Luis Filipe Ferreira Reis Thomaz. 1993. The Malay Sultanate of Malacca. Dlm
Anthony Reid (penyt.) Southeast Asia in the Early Modern Era: Trade, Power, and
Belief. Hlm 81

99
diplomasi dengan Melaka atas faktor manfaat perdagangan yang
bakal diperolehi, apatah lagi kerajaan yang sebesar dan sehebat
Uthmaniyah. Maka sudah pasti ada usaha yang dijalankan oleh
kedua-dua pihak iaitu Melaka dan Uthmaniyah untuk menjalinkan
hubungan diplomasi. Apatah lagi Sultan Melaka dan khalifah
Uthmaniyah berkongsi akidah yang sama iaitu masing-masing
beragama Islam.

Surat Laksamana Melaka (Hang Tuah) kepada Raja


Ryukyu (Okinawa, Jepun).

100
UTUSAN

MELAKA
KE ISTANBUL

S
eperti mana yang kita sedia maklum, Kesultanan Melayu
Melaka mengamalkan polisi diplomasi dengan menjalinkan
hubungan dengan kerajaan-kerajaan besar di dunia pada
ketika itu seperti Ryukyu, China, Majapahit, India, Mamluk, Parsi
dan lain-lain. Maka sudah pasti Kesultanan Melayu Melaka tidak
ketinggalan dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan
sebuah kerajaan Islam yang termasyhur di dunia pada ketika itu iaitu
Daulah Uthmaniyah.

101
Satu-satunya manuskrip yang menukilkan dengan jelas tentang utusan
Kesultanan Melayu Melaka ke Istanbul bagi menjalinkan hubungan
dengan Daulah Uthmaniyah ialah Hikayat Hang Tuah. Dalam Hikayat
Hang Tuah dicatatkan seperti berikut:-

Alkisah maka tersebutlah perkataan Raja Melaka hendak mengutus


ke Benua Rom. Sekali persetua pada suatu hari baginda duduk
semayam dihadapan bendahara dan Laksamana dengan segala
pegawai sekalian. Maka titah baginda, "Hai bendahara dan
Laksamana, apa bicara kita, kerana kita hendak mengutus ke
Benua Rom hendak beli bedil meriam itu, kerana anak kita yang
laki-laki itu habislah sudah masing-masing dengan negerinya?
Di Melaka ini kita hendak rajakan anak kita yang perempuan, Puteri
Gunung Ledang itu, akan ganti kita, kerana kita sudah tualah. Kita
hendak bersetia berbuat amal sementara akan mati. Sebab inilah
maka kita hendak mencari senjata yang besar-besar. Pada bicara kita,
kita hendak kotai dengan bedillah negeri Melaka ini, kerana anak kita
perempuan.”

Maka sembah bendahara dan Laksamana, “Daulat Tuanku Syah


Alam, mana titah patik junjung; tetapi pada bicara patik, sepatut
sangatlah seperti titah Duli Yang Dipertuan itu, kerana Raja Benua
Rom itu raja besar, lagi pula raja yang amat budiman dan tuanku
pun raja besar juga pada zaman ini. Patutlah kita berkasih kasihan
dengan dia, supaya masyhur nama tuanku, datang kepada akhir
zaman disebut orang sampai pada masa anak cucu Duli Syah Alam.”
Maka titah baginda, “Jikalau demikian, siapatah baik kita titahkan
pergi ke Benua Rom itu? Maka sembah bendahara, “Daulat tuanku,
lain daripada Laksamana yang pergi ke Benua Rom itu adalah kurang

102
sempurna nama Syah Alam, lagipun maksud Syah Alam tiadalah
sampai. Jangankan hendak membeli bedil, bertemu dengan raja atau
mangkubuminya pun tiadakan diperoleh, kerana Raja Rom itu raja
besar lagi wali Allah.”

Telah baginda mendengar sembah bendahara demikian itu, maka


baginda pun memandang kepada Laksamana seraya bertitah, “Hai
Laksamana, apa bicara Laksamana kita hendak suruh ke Benua
Rom itu?” Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, selagi
ada nyawa dalam badan patik ini, Insya-Allah Taala, jangankan
ke Benua Rom, jikalau dititahkan pergi ke Bukit Qaf sekalipun
patik pergi juga. Tetapi patik pohonkan patik itu Maharaja Setia
akan teman patik; sebagai lagi, hendaklah dikurniakan akan teman
patik itu pegawai yang baik-baik beri banyak supaya terberat
pada mata orang.”

Maka baginda pun terlalu sukacita mendengar sembah Laksamana


itu serta bertitah, “Baiklah, Maharaja Setia kita titahkan pergi sama-
sama dengan Laksamana, enam belas orang pegawai yang muda-
muda serta mengiringi Laksamana. Bawa kelengkapan barang tiga
empat puluh buah, kalau-kalau disampaikan Allah seperti kehendak
hati kita beroleh bedil itu, akan tempat bermuat dia. Lagi pula negeri
Rom itu terlalu amat jauh pelayarannya, banyak permusuhan di jalan,
khabarnya.” Maka titah baginda pada bendahara, “Jika demikian,
segeralah mamak bendahara berlengkap mengarang surat dan
bingkis akan Raja Rom dan mangkubumi.” Maka sembah bendahara,
“Daulat tuanku, mana titah patik junjung.” 1

1 Kassim Ahmad. 2008. Hikayat Hang Tuah. Hlm 490-491

103
Illustrasi pelayaran Hang Tuah ke Istanbul sebagai duta Sultan Melaka ke
istana Sultan Turki Uthmaniyah.

104
105
Berdasarkan petikan dalam Hikayat Hang Tuah seperti di atas,
Sultan Melaka telah mengamanahkan kepada Laksamana Hang Tuah
sebagai duta Kesultanan Melaka ke Istanbul. Tujuan pengutusan duta
ini adalah untuk membeli kelengkapan senjata api iaitu meriam di
samping mengeratkan hubungan dua hala dengan lebih kukuh lagi.
Pelantikan Hang Tuah dilakukan kerana ketokohan yang ada pada
dirinya memenuhi ciri-ciri seorang diplomat sebuah kerajaan yang
agung di samping jawatan penting yang disandang olehnya.

Menurut Hikayat Hang Tuah, Laksamana Hang Tuah fasih dengan


pelbagai bahasa termasuk bahasa Turki. Kebolehan ini juga menjadi
antara sebab penting mengapa Sultan Melaka mengutuskan Hang
Tuah sebagai duta Melaka ke Istanbul untuk mengunjungi Sultan
Uthmaniyah.

Pelayaran Hang Tuah ke Istanbul yang ditemani oleh seorang lagi


pembesar Melaka iaitu Maharaja Setia bersama dengan anak-anak
kapal yang lain. Mereka belayar ke Istanbul dengan menaiki kapal
yang agung dalam Kesultanan Melayu Melaka iaitu Mendam Berahi.
Kapal ini dianggap kapal yang berteknologi tinggi pada zaman itu
kerana ianya mampu belayar dengan laju walaupun saiznya besar.
Hikayat Hang Tuah selanjutnya menukilkan seperti berikut :-

Setelah sampai ke perahu surat dan bingkis itu pun disambut oleh
Laksamana ditaruhnya pada tempat yang mulia. Setelah sudah
maka Laksamana dan Maharaja Setia pun berdiri menyuruh orang
mendirikan tunggul panji-panji dan memasang meriam seperti
bertih bunyinya. Maka kayu dan air pun dimuatkan oranglah
segenap buah kelengkapan yang keempat puluh itu. Maka orang

106
daripada Bendahara Paduka Raja pun datang membawa bingkis
akan Mangkubumi Benua Rom dan menghantarkan segala
bekal-bekalan akan Laksamana dan Maharaja Setia. Maka
kata Laksamana dan Maharaja Setia, “Katakan sembah sahaya
ke bawah kadam datuk.” Maka segala orang kaya-kaya
sekaliannya pun naiklah masing-masing dengan perahunya. Maka
Laksamana pun menyuruh orang membongkar sauh lalu berdayung
hilir dengan segala bunyi-bunyian, terlalu ramai orang sepanjang
sungai itu melihat dia. Setelah lepas alangan, maka Mendam Berahi
pun menarik layarlah menuju tanah Aceh, terlalu laju. Maka perahu
yang banyak itu pun belayarlah mengikut kenaikan Laksamana.2

Perjalanan Hang Tuah dan rombongannya bermula dari pelabuhan


Melaka menuju ke Aceh. Setelah itu, kapal mereka menuju
ke beberapa buah pelabuhan dan kota-kota yang lain. Antaranya
ialah Keling atau Kalinga, Sri Lanka, Mokha, Jeddah, Mekah,
Madinah dan Mesir. Dari Laut Merah, kapal Mendam Berahi
masuk ke Sungai Nil dan menuju ke Iskandariah. Dari pelabuhan
Iskandariah, Hang Tuah dan rombongannya belayar menuju
ke Istanbul. Hikayat Hang Tuah menukilkan seperti berikut :-

Hatta berapa lamanya Laksamana di laut, beberapa Laksamana dan


Maharaja Setia melihat kekayaan Allah Subhanahu wa Taala dalam
dunia ini, beberapa melalui negeri dan pulau dan gunung dan selat,
maka Laksamana pun sampailah ke jajahan Benua Rom yang berkota
di tepi laut itu berpuluh-puluh buah negeri itu. Sekira-kira tujuh
belas dari situ, dari pagi-pagi hari, maka sampailah ke negeri Rom
yang bernama Setambul itu. Maka Mendam Berahi pun dilabuhkan

2 Kassim Ahmad. 2008. Hikayat Hang Tuah. Hlm 492

107
oranglah. Kira-kira tiga hari tiga malam lamanya, maka perahu yang
banyak mengikut Mendam Berahi itu pun sampailah. Maka bedil pun
dipasang oranglah seperti bertih bunyinya dan bunyi-bunyian pun
dipalu oranglah terlalu azamat bunyinya.3

Berdasarkan Hikayat Hang Tuah, tujuan utama pengutusan Laksamana


Hang Tuah ke Istanbul adalah untuk membeli meriam-meriam dari
Daulah Uthmaniyah. Sebagaimana yang tercatat dalam catatan-
catatan Portugis, Melaka telah lama menerima teknologi dari luar
dalam penggunaan teknologi senjata api khususnya meriam. Joao de
Barros telah menukilkan bahawa:-

Terdapat tiga ribu pucuk meriam daripada lapan ribu pucuk meriam
yang dimiliki oleh musuh telah ditemui yang mana jumlahnya
dimaklumkan oleh Rui Araujo tatkala dia memberikan maklumat
(kepada Albuquerque selepas dia dibebaskan, sebelum berlakunya
serangan ke atas kota). Beberapa pucuk meriam sangat berat, dan
salah satu daripada meriam-meriam yang sangat berat itu adalah
sangat cantik yang mana ianya dihadiahkan oleh Raja Calicut tidak
beberapa lama sebelum ini.4

Semasa Calicut berperang dengan Portugis, mereka mengimport


meriam dari Uthmaniyah. Semasa Melaka berperang dengan Portugis
pula, Melaka mengimport meriam dari Calicut. Maka tidak mustahil
meriam yang terbesar yang dijumpai oleh Portugis di Melaka itu
berasal dari Turki Uthmaniyah.5
3 Kassim Ahmad. 2008. Hikayat Hang Tuah. Hlm 506
4 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 181
5 Kaushik Roy. 2011. War Culture and Society In Early Modern South Asia, 1740-1849.
Hlm. 12

108
Di samping itu juga, tidak mustahil bagi Kesultanan Melayu
Melaka untuk mengimport teknologi meriam secara terus dari
Uthmaniyah. Sedangkan Uthmaniyah pada ketika itu memang dikenali
sebagai sebuah kerajaan yang memiliki teknologi senjata api yang
tercanggih di dunia. Mustahil kehebatan Daulah Uthmaniyah ini tidak
sampai ke pengetahuan Sultan Melaka sedangkan pelabuhan Melaka
menjadi tempat berkumpulnya pedagang-pedagang dari seluruh dunia
termasuk dari Turki.

Jika kehebatan teknologi senjata api Uthmaniyah ini sampai


ke pengetahuan Sultan Melaka, sudah pasti Sultan mengambil inisiatif
untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Uthmaniyah lebih-
lebih lagi Daulah Uthmaniyah adalah sebuah kerajaan Islam, agama
yang sama dipeluk oleh Kesultanan Melayu Melaka. Jadi fakta tentang
kewujudan pengutusan utusan Melaka ke Daulah Uthmaniyah ini
lebih munasabah sebenarnya berbanding fakta yang sebaliknya.

Hikayat Hang Tuah adalah sebuah karya Melayu klasik yang ditulis
200 tahun setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Penulis
asal karya ini juga tidak diketahui. Oleh itu, Hikayat Hang Tuah
ini dianggap sebagai sumber sekunder dalam pembuktian sejarah.
Namun, Hikayat Hang Tuah ini telah diterima oleh UNESCO sebagai
salah satu warisan sejarah yang bernilai.

Terdapat kritikan terhadap kesahihan fakta dalam Hikayat Hang Tuah


oleh ahli-ahli akademik. Sebagai contoh, Vladimir Braginsky dalam
sebuah makalah yang bertajuk Co-Opting The Rival Ca(N)Non: The
Turkish Episode Of Hikayat Hang Tuah telah mengkritik fakta tentang
pengutusan Hang Tuah ke Istanbul sebagai menyadur fakta pengutusan

109
110
Peta pelayaran Hang Tuah dari Kota Melaka ke Istanbul.
duta Aceh ke Istanbul dari sumber-sumber Aceh. Vladimir Braginsky
mendakwa bahawa idea penceritaan fakta pengutusan Hang Tuah ke
Istanbul disadur dari idea penceritaan yang terkandung dalam sumber-
sumber Aceh seperti Hikayat Aceh dan Bustanus Salatin.6

Bagi persoalan ini, kita hendaklah membandingkan fakta-fakta


berkaitan pengutusan duta asing Melaka yang terdapat dalam Hikayat
Hang Tuah dengan sumber sejarah Melayu yang lain seperti Sulalatus
Salatin. Dari perbandingan tersebut, kita akan dapati bahawa fakta-
fakta tentang pengutusan duta asing Melaka di dalam Hikayat Hang
Tuah banyak persamaan dengan fakta-fakta yang terkandung dalam
Sulalatus Salatin seperti fakta pengutusan duta ke China, Majapahit
dan Benua Keling (India). Cuma fakta tentang pengutusan duta
Melaka iaitu Hang Tuah tidak didapati dalam Sulalatus Salatin.

Sebagai contoh, di dalam Hikayat Hang Tuah terdapat fakta yang


menyatakan tentang kedatangan rombongan Sultan Mansur Syah
dari Melaka ke Jawa bagi melawat pemerintah Majapahit. Fakta
yang sama juga terdapat di dalam Sulalatus Salatin. Cuma idea
penceritaan terhadap fakta tersebut agak berbeza. Begitu juga dengan
fakta pengutusan utusan Melaka ke Sailan (Sri Lanka), pembawaan
Tun Teja ke Melaka dan serangan Portugis ke atas Melaka. Kesemua
fakta-fakta ini tercatat dalam Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin
tetapi dengan jalan cerita yang berbeza.

Oleh itu, berkemungkinan penulis Hikayat Hang Tuah mendapati


fakta bahawa duta Kesultanan Melayu Melaka pernah diutuskan
6 Vladimir Braginsky. 2012. Co-Opting The Rival Ca(N)Non: The Turkish Episode
Of Hikayat Hang Tuah. Malay literature 25-2. School of Oriental and African Studies
(SOAS). University of London. Hlm 230

111
ke Istanbul. Namun penulis Hikayat Hang Tuah tiada pengetahuan
tentang kronologi atau jalan cerita berkaitan fakta tersebut. Lalu dia
menukilkan kisah pengutusan Hang Tuah ke Istanbul berdasarkan
saduran dari kisah pengutusan duta Aceh ke Istanbul sepertimana
yang terkandung dalam sumber-sumber Aceh.

Maka jika dikatakan bahawa jalan cerita tentang pengutusan Hang


Tuah ke Istanbul yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah itu disadur
dari karya Bustanus Salatin dan Hikayat Aceh, maka ianya boleh
terima. Namun kita tidak boleh menafikan secara mutlak bahawa
terdapat kebarangkalian yang wujud tentang kesahihan fakta bahawa
Kesultanan Melayu Melaka pernah mengutuskan utusan ke Istanbul
bagi menemui pemerintah Uthmaniyah, sebagaimana yang tertulis di
dalam Hikayat Hang Tuah.

Boleh jadi pengarang Hikayat Hang Tuah yang hidup 200 tahun
setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pernah mendengar
atau mengetahui fakta tentang pengutusan Hang Tuah ke Istanbul
dari sumber-sumber tertentu yang tidak kita ketahui. Namun beliau
tidak mengetahui secara terperinci tentang fakta tersebut. Jadi untuk
menghuraikan dan menceritakan fakta tersebut, beliau telah mengambil
jalan penceritaan yang terdapat dalam sumber-sumber Aceh.

Walaupun fakta tentang pengutusan utusan Melaka seperti mana yang


tertulis dalam Hikayat Hang Tuah tidak dapat dibuktikan dengan apa-
apa penemuan, namun tidak mustahil akan ada bukti dari penemuan-
penemuan pada masa akan datang. Sebagai contoh tentang fakta
pengutusan utusan Melaka ke Jepun atau Ryukyu. Fakta ini dapat
dibuktikan dengan beberapa penemuan yang berlaku pada zaman
moden ini.

112
Suatu ketika dahulu, fakta tentang pengutusan Hang Tuah atau
Laksamana Melaka ke Ryukyu bukanlah satu fakta yang kukuh
dsebabkan tiada bukti-bukti fizikal atau arkeologi yang menyokong
fakta tersebut. Ini menyebabkan ramai pihak yang menolak kesahihan
fakta tentang pengutusan utusan Melaka ke Ryukyu (Jepun). Namun
dengan penemuan beberapa bukti fizikal atau arkeologi pada zaman
moden menyebabkan fakta pengutusan Laksamana Melaka ke Ryukyu
menjadi satu fakta yang kukuh yang sukar disanggah.

Penemuan-penemuan bahan-bahan fizikal tersebut mengukuhkan


bukti bahawa Kesultanan Melayu Melaka pernah menghantar utusan
sejauh istana Ryukyu yang terletak di Pulau Okinawa, Jepun. Sebagai
contoh, terdapat sekurang-kurangnya 19 pucuk surat dari kerajaan
Ryukyu ke Melaka dan 11 pucuk surat dari Kesultanan Melayu Melaka
ke kerajaan Ryukyu yang telah ditemui dalam sebuah dokumen yang
bernama Rekidai Hoan.

Dokumen Rekidai Hoan yang sekian lama terpendam


di Okinawa ini telah dijumpai pada tahun 1932 dan ianya disimpan
di Perpustakaan Okinawa Perfecture. Selain itu, sebilah keris purba
yang dipercayai dari Kesultanan Melayu Melaka juga turut ditemui di
Kuil Enkakuji, berhampiran dengan Istana Shurijo di Pulau Okinawa,
Jepun. Prof Dr. Kurayoshi Takara mengesahkan bahawa keris abad
ke-15 itu berasal dari Kesultanan Melayu Melaka kerana wujudnya
hubungan di antara Kerajaan Ryukyu dan Kesultanan Melayu Melaka.7

7 Hashim Musa & Rohaidah Kamaruddin. 2015. Hang Tuah : Catatan Okinawa,
Hlm 69

113
Malah, Prof Dr. Hashim Musa dan Dr. Rohaidah Kamaruddin di
dalam buku yang bertajuk Hang Tuah Catatan Okinawa membuktikan
bahawa tokoh yang diutuskan ke Ryukyu itu adalah Laksamana Hang
Tuah. Seterusnya kesimpulan-kesimpulan hasil kajian kedua-dua
tokoh akademik ini dinyatakan seperti berikut :-

1) Hang Tuah merupakan watak yang wujud dalam sejarah iaitu


dilahirkan pada 1431 dan hidup hingga 1511 atau lebih lama
lagi. Ini berdasarkan 2 dokumen primer yang tertulis pada
zaman hidup Hang Tuah, iaitu berdasarkan dokumen Rekidai
Hoan yang diterjemah oleh Atsushi Kobata dan Mitsugu
Matsuda pada tahun 1969. Terjemahan tersebut dinamakan
Ryukyuan Relations with Korea and the South Sea Countries
: An Annotated Translation of Documents on the Rekidai Hoan.
Dokumen tersebut turut mengandungi 3 pucuk surat kepada
Raja Ryukyu yang ditulis oleh Hang Tuah sendiri bagi pihak
Sultan Alauddin Riayat Syah bertarikh 1480 dan 1481
yang tercatat dalam rekod rasmi kerajaan Ryukyu, dan satu
lagi dokumen ialah tulisan Alfonso de Albuquerque bertarikh
1511 yang menyebut Laksamana Hang Tuah berumur 80 tahun
yang pada masa itu berada di Singapura.

2) Hang Tuah dilahirkan pada tahun 1431, iaitu zaman Sultan


Muhammad Syah (1424-1444), dan mengikut Hikayat Hang
Tuah beliau lahir di Sungai Duyong.

3) Zaman remaja dan pendewasaan Hang Tuah ialah zaman


pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1446-1456) iaitu Hang
Tuah berumur 15-25 tahun, dan pada zaman Sultan Mansur

114
Syah (1456-1477), Hang Tuah berumur 25-46 tahun, zaman
umur pertengahan Hang Tuah adalah pada zaman Sultan
Alauddin Riayat Syah (1477-1488), iaitu Hang Tuah berumur
46-57 tahun, dan zaman tua Hang Tuah ialah zaman Sultan
Mahmud Syah (1488-1511), Hang Tuah berumur 57-80 tahun.

4) Pada tahun 1480 dan 1481, Hang Tuah sebagai Laksamana


Kerajaan Melaka telah mengunjungi kerajaan Ryukyu Jepun
dan membawa bingkisan dan perutusan daripada Sultan
Alauddin Riayat Syah; ketika itu umur Hang Tuah ialah 50-51
tahun.

5) Pada 886 Hijrah bersamaan 1481 Masihi, iaitu selepas kembali


dari Ryukyu, Hang Tuah dan rombongannya telah belayar
ke Benua Rom/ Istanbul, Turki dan singgah di Mekah untuk
menunaikan ibadat haji. Ini termaktub dalam Hikayat Hang
Tuah.

6) Hang Tuah telah berkhidmat sebagai pahlawan dan juga


sebagai Laksamana kepada kerajaan Melaka pada zaman
Sultan Muzaffar Syah (1446-1459), Sultan Mansur Syah
(1459-1477), dan Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488).

7) Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511),


waktu penaklukan Kota Melaka oleh Portugis di bawah
perintah Alfonso de Albuquerque pada tahun 1511, Hang Tuah
yang berumur 80 tahun berada di Singapura.8

8 Hashim Musa & Rohaidah Kamaruddin. 2015. Hang Tuah : Catatan Okinawa,
Hlm 89

115
Kesimpulannya, zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah (1459-
1477) dan Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488) merupakan
zaman kemuncak aktiviti diplomasi di antara Kesultanan Melayu
Melaka dan kerajaan-kerajaan besar yang ada di dunia pada ketika
itu. Jadi, pengutusan utusan Melaka ke Istanbul bagi menjalinkan
hubungan diplomasi di antara Kesultanan Melayu Melaka dan Daulah
Uthmaniyah bukanlah sesuatu yang asing dan ganjil. Ianya sangat logik
dan munasabah. Jika tidak Hang Tuah yang diutuskan ke Istanbul,
berkemungkinan besar ada tokoh yang lain dari Kesultanan Melayu
Melaka yang diutuskan untuk menjalinkan hubungan diplomasi
dengan Daulah Uthmaniyah.

Sebilah keris purba yang dipercayai dari


Kesultanan Melayu Melaka ditemui di Kuil
Enkakuji, berhampiran dengan Istana Shurijo di
Pulau Okinawa, Jepun. Seorang ahli sejarah dari
Universiti Ryukyu yang bernama Prof Dr. Kurayoshi
Takara sendiri mengesahkan bahawa keris abad
ke-15 itu berasal dari Kesultanan Melayu Melaka
memandangkan Kerajaan Ryukyu yang berpusat
di Okinawa, Jepun memiliki hubungan diplomatik
yang erat dengan Kesultanan Melayu Melaka.

116
Catatan dari Surat Laksamana Kesultanan Melayu
Melaka kepada Raja Ryukyu.

Laksamana daripada Melaka, dengan sepenuh takzim


mempersembahkan perutusan ini kepada Kebawah Duli Raja
Negeri Ryukyu.

Sesungguhnya telah datang perutusan daripada Kebawah Duli


Raja Ryukyu dengan seorang penterjemah ke negeri kami,
dan sesudah selesai urusan perdagangan mereka dengan
amannya, mereka telah pulang ke negeri mereka.

Kami telah mendapat tahu bahawa sebuah daripada kapal


Tuanku telah terdampar di pantai Chiao-chih (Annam utara),
dan apabila sedang mencari air, (orang Ryukyu itu) terlibat
dalam pertempuran berdarah dengan orang-orang Chiao-
chih. Setelah kami mendapat maklumat ini, Laksamana telah
menghantar sebuah kapal kecil ke negeri Chan-ch’en (Champa,
Annam), dan sesudah menyiasat secara rapi mereka menemui
dua orang, seorang daripadanya meninggal dunia tidak lama
kemudian kerana sakit.

Shahdan, perwakilan Raja Negeri Ryukyu, termasuk


penterjemah Tei Raku, setelah tiba di negeri ini (Melaka),
dan sesudah selesai perniagaan secara aman, telah pulang ke
negeri mereka.

117
Laksamana sesungguhnya khadam bagi negeri Melaka yang
dengan itu khadam juga kepada Kebawah Duli Raja Ryuku. Bagi
pihak orang-orang (Ryukyu) yang masih ada di sini (Melaka),
hamba memohon kurnia Tuanku mempersembahkan surat ini,
dan dengan ini memohon kurnia Tuanku mempersembahkan
surat ini, dan dengan ini memohon kurnia Tuanku sudilah
apa kiranya menghadiahkan kami sebilah pedang, satu alat
pembentuk busur panah, dan sebuah pelana kuda. Barang-
barang ini adalah untuk kegunaan khadam ini yang kini
berdatang sembah kepada Tuanku.

Jumlah pelayaran kapal perdagangan Kebawah Duli Tuanku


bertambah-tambah setiap tahun, dan kami sentiasa mendapat
bingkisan daripada Tuanku.

Kami berharap Tuanku sentiasa menerima baik terhadap


perasaan ketulusan hati kami sebagai khadam Tuanku.

Dirgahayu Tuanku!

Ch’eng-hua 16/3/2 (11 April 1480)


Ampun Tuanku
Laksamana

118
HUBUNGAN SULTAN MELAKA
DAN SULTAN
UTHMANIYAH
S
angat sulit untuk kita menjejaki hubungan secara langsung
di antara Sultan Uthmaniyah dengan Sultan Melaka. Ini kerana
sebarang surat atau catatan-catatan silam yang merupakan
sumber primer tidak dijumpai. Setakat ini sumber yang paling jelas
mencatatkan tentang hubungan langsung di antara Sultan Melaka dan
Sultan Uthmaniyah hanyalah Hikayat Hang Tuah.

119
Namun jika kita meneliti tentang perdagangan rempah di dunia pada
abad ke-15 dan ke-16, maka kita akan mendapati bahawa mustahil
sebarang hubungan tidak terjalin di antara Sultan Melaka dan Sultan
Uthmaniyah. Rempah merupakan komoditi yang paling penting dalam
perdagangan dunia pada abad ke-15 dan abad ke-16. Perdagangan
rempah pada ketika itu umpama perdagangan minyak petrol pada
hari ini. Siapa yang menguasai perdagangan rempah maka dia boleh
menguasai ekonomi dunia. Dengan sebab itu, Tome Pires pernah
mencatatkan seperti berikut:-

“Barangsiapa yang dapat menguasai Melaka, maka dia sedang


mencekik leher (dapat menguasai) Venice.” 1

Menurut Tome Pires, Melaka mula menjadi pusat perdagangan


di rantau ini terutamanya perdagangan rempah sejak dari zaman
pemerintahan Sultan Megat Iskandar Syah iaitu Sultan Melaka yang
kedua (1414 hingga 1424). Di dalam Suma Oriental dicatatkan seperti
berikut:-

Para pedagang Pasai pun mulai berdagang di Melaka, sejumlah


pedagang Islam menjadi kaya dan memutuskan untuk pindah
ke Melaka, begitu juga dengan orang-orang Parsi, Bengal dan Islam
dari Arab.2

Megat Iskandar Syah merasa gembira dengan kedatangan para


pedagang Islam tersebut. Baginda memberikan mereka penghormatan,

1 Armando Cortesao (1944), The Suma Oriental of Tome Pires An Account of East,
From The Sea to China and The Book of Francisco Rodrigues (Volume II)
Hlm 287
2 Ibid. Hlm 240

120
tempat tinggal dan tempat untuk membina masjid. Di lokasi yang
disediakan tersebut, pedagang-pedagang Islam membina rumah-
rumah yang indah sesuai dengan gaya pulau dan kota setempat.
Perdagangan mula berkembang pesat, terutama disebabkan oleh
kekayaan pedagang-pedagang Islam tersebut. Megat Iskandar Syah,
Sultan Melaka mendapat keuntungan dan kepuasan yang besar.3

Seorang tokoh agama di Indonesia menyatakan bahawa hubungan


antara Sultan Melaka dan Sultan Uthmaniyah mula terjalin sejak
zaman pemerintahan Sultan Muhammad Iskandar Syah (1424 hingga
1444) iaitu putera kepada Sultan Megat Iskandar Syah. Ketika
mengungkapkan tentang biografi Syeikh Siti Jenar Kyai Haji Sohibul
Faroji al-Rabbani menyatakan fakta berikut:-

Syeikh Siti Jenar lahir sekitar tahun 1404 Masihi di Parsi, Iran.
Sejak kecil dia berguru kepada ayahnya Sayyid Soleh dalam bidang
Al-Quran dan tafsirnya. Syeikh Siti Jenar semasa kecil berjaya
menghafal Al-Quran pada usia 12 tahun. Kemudian ketika Syeikh
Siti Jenar berusia 17 tahun, maka dia bersama ayahnya berdakwah
dan berdagang ke Melaka. Apabila tiba di Melaka, ayahnya iaitu
Syeikh Soleh dilantik menjadi mufti Melaka oleh Kesultanan
Melaka di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Iskandar Syah.
Ketika itu, Kesultanan Melaka adalah di bawah naungan Khalifah
Muhammad I, Khalifah Turki Uthmaniyah. Akhirnya Syeikh Siti
Jenar dan ayahnya bermukim di Melaka.4

3 Ibid. Hlm 241


4 Kyai Haji Sohibul Faroji al-Rabbani. 2015. Siapakah Syeh Siti Jenar. Dlm Tim
Dakwah Pesantren (penyt.). Hlm 5609

121
Selain itu, seorang penulis Turki yang bernama Zafer Ozcan menulis
di dalam bukunya yang bertajuk Intizar Anne bahawa pernah terjadi
hubungan langsung antara Sultan Mansur Syah dengan Sultan
Muhammad al-Fatih. Hubungan yang terjalin pada tahun 1471 ini
adalah disebabkan perdagangan.5

Perkara ini bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila kita


mengetahui bahawa Melaka merupakan pusat perdagangan rempah
dunia pada zaman Sultan Mansur Syah. Manakala keazaman dan
keyakinan kerajaan Turki Uthmaniyah untuk menguasai perdagangan
rempah tercetus sejurus selepas Sultan Muhammad al-Fatih berjaya
menakluki Konstantinopel.

Pius Malakandathil menukilkan di dalam Maritime India : Trade,


Religion and Polity in the Indian Ocean seperti berikut:-

“Keinginan Uthmaniyah untuk mengawal laluan-laluan perdagangan


di antara Eropah dan dunia timur begitu juga dengan pusat-
pusat perdagangan yang strategik yang berada dalam laluan
perdagangan ini mula menyala dengan penaklukan Konstantinople
pada tahun 1453 oleh Muhammad II. Kemajuan berikutan peristiwa
genting itu menunjukkan bahawa minat Uthmaniyah tidak hanya
terbatas kepada pengawalan laluan perdagangan di timur semata-
mata, tetapi melanjutkan kepada kemungkinan yang paling jauh
iaitu memperolehi kekayaan dari setiap sumber perdagangan
di India dan mewujudkan lingkungan pengaruh pada tahap-tahap
yang berbeza. Kita menemui ramai pengembara-pengembara dan

5 Zafer Ozcan. 2015. Intizar Anne. Hlm. 57

122
pedagang-pedagang berhijrah ke India dari Konstantinople pada
waktu itu selepas penaklukan kota tersebut oleh Uthmaniyah.6

Apa yang mengejutkan, Zafer Ozcan bukan sekadar menyatakan


hubungan yang terjadi di antara Melaka dan Uthmaniyah berlandaskan
perdagangan semata-mata, tetapi hubungan kekeluargaan melalui
pernikahan juga terjalin di antara kedua-dua kerajaan ini iaitu di
antara Sultan Mansur Syah dan Sultan Muhammad al-Fatih. Beliau
mendakwa bahawa Sultan Mansur Syah menikahkan puteranya iaitu
Sultan Alauddin Riayat Syah dengan puteri Sultan Muhammad al-
Fatih. Di dalam buku Intizar Anne dinyatakan seperti berikut:-

Malaylar ile Osmanlı arasındaki ilişkiler, aslında çok daha önceleri


başlıyor. 13. asırda Malay halkının İslamiyeti kabul etmesinden
sonra ilk temaslar başlamış ve 15. asırda Osmanlı Devleti ile Malay
Sultanlığı birbirlerini tanımış. İlişkilerin ilk ticari sonuçları ise Fatih
Sultan Mehmet zamanında alınır. 1471’de Fatih Sultan Mehmet ile
Malay Sultanı Mansur Şah arasında ticaret anlaşması imzalanır.
Anlaşma sadece ticaretle sınırlı kalmaz. Fatih’in kızı, Sultan Mansur
Şah’ın büyük oğlu Raja Alauddin Şah ile evlenir. Bu evlilik, Malaylar
ile Türkler arasındaki bağların daha da güçlenmesine sebep olur.

Terjemahannya dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:-

Hubungan di antara Melayu dan Uthmaniyah dikatakan telah lama


bermula. Sejak dari kurun ke-13 ketika Alam Melayu memeluk
Islam hubungan ini dikatakan telah bermula dan kurun ke-15 telah

6 Pius Malakandathil. 2010. Maritime India : Trade, Religion and Polity in the Indian
Ocean. Hlm 110

123
menyaksikan Sultan dari Daulah Uthmaniyah dan Kesultanan
Melayu mengiktiraf hubungan antara satu sama lain. Hubungan
perdagangan yang pertama telah berlaku sejak zaman Sultan
Muhammad al-Fatih. Pada tahun 1471, Sultan Muhammad al-Fatih
bersama Sultan Melayu, Sultan Mansur Syah telah menandatangani
perjanjian perdagangan. Perjanjian tersebut bukan hanya
terhenti dengan perdagangan. Puteri Sultan Muhammad al-Fatih
dikatakan telah dikahwinkan dengan anak sulung Sultan Mansur
Syah iaitu Raja Alauddin Syah. Perkahwinan tersebut menjadikan
hubungan antara Melayu dan Turki lebih kuat.7

Fakta ini turut disokong oleh seorang penulis sukan di laman web
Redbull bahasa Turki ketika menulis tentang sejarah sukan sepak
takraw. Penulis tersebut menyatakan seperti berikut:-

Tarihi buluntulara bakılırsa 15. yüzyılda bile Malay Yarımadası bu


sporla yatıp kalkıyormuş. Öyle ki Malay tarihinde bu oyunun izine
rastladığımız ilk vaka, neredeyse bir iç savaşla noktalanıyor: Sultan
Mansur Şah’ın oğullarından Raja Muhammed, bir gün sepak takraw
oynarken Tun Perak’ın (sultanlığın bugünkü başbakanlığa denk gelen
“bendahara” unvanına sahip güçlü ismi) oğlunun vuruşu kafasında
patlar ve yere yığılır. Sultanın oğlu bunu gururuna yediremez ve Tun
Perak’ın oğlunu sırtından bıçaklar. Bu iç gerginlikten kurtulmak
isteyen Mansur Şah, oğlunu Pahang valiliğine sürer. Yerini ise daha
sonra Fatih Sultan Mehmet’in kızlarından biriyle evlenecek Alaaddin
Riayat Şah’a miras bırakır.

7 Zafer Ozcan. 2015. Intizar Anne. Hlm. 57 - 58

124
Terjemahannya dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:-

Pada kurun ke-15 tercatat sejarah permainan sukan yang


dimainkan sehingga kini. Berlarutan dari peristiwa sewaktu
permainan itu dipermainkan membawa kepada perang dingin yang
pertama berlaku: Anak Sultan Mansur Syah Raja Muhammad pada
suatu hari bermain sepak takraw dengan Anak Tun Perak (bendahara
pada masa sekarang bersamaan dengan Perdana Menteri) tersepak
bola terkena tengkolok Raja dan tengkolok tersebut telah jatuh. Anak
Sultan tidak boleh menerima keadaan sedemikian berlaku dan terus
menikam anak Tun Perak. Bagi meredakan ketegangan disebabkan hal
yang berlaku, Sultan Mansur Syah telah menghantar anaknya untuk
menjadi Gabenor di Pahang. Tidak lama kemudian Sultan kahwinkan
anakandanya itu dengan anak perempuan Sultan Muhammad al-Fatih
yang membawa kepada keturunan Sultan Alauddin Riayat Syah.8

Bukan hanya penulis Turki, penulis-penulis Arab juga mengakui


bahawa wujudnya hubungan di antara Sultan Mansur Syah dan
Sultan Muhammad al-Fatih. Dalam al-Mausu’ah al-Muyassarah
Fi at-Tarikh al-Islami karya Qasim A. Ibrahim dan Muhammad
A. Saleh dinyatakan seperti berikut :-

Kerajaan Melaka pernah dipimpin oleh tujuh orang raja. Raja


paling masyhur bernama Mansur Pasha. la digelari Pasha untuk
menghormati Turki dan tidak memakai gelaran Sultan demi
menghormati Dinasti Uthmaniyah yang masih ada. Mansur Pasha
berjaya menakluki Semenanjung Tanah Melayu hingga perbatasan

8 https://www.redbull.com/tr-tr/yeni-baslayanlar-icin-sepak-takraw-ayak-
voleybolu-nasil-oynanir

125
Myanmar dan beberapa wilayah Sumatera. Pada masanya, Islam
dipeluk oleh majoriti bangsa Melayu hingga masuk ke Brunei.9

Barangkali Sultan Melaka tidak memakai gelaran sultan pada pangkal


nama sewaktu berurusan dengan Sultan Uthmaniyah. Sedangkan,
raja-raja Melaka sememangnya memakai gelaran ‘Sultan’ sejak dari
Melaka mula menerima Islam. Pemakaian gelaran Sultan ini termasuk
oleh Sultan Mansur Syah. Secara logiknya, sebagai sebuah kerajaan di
bawah naungan Turki Uthmaniyah, adalah wajar bagi Sultan Melaka
untuk hanya memakai gelaran ‘Pasha’ sahaja, iaitu gelaran bagi
para pembesar Turki Uthmaniyah. Tindakan ini sebagai satu tanda
pengakuan bahawa Kesultanan Melaka adalah sebuah kerajaan yang
bernaung di bawah kekuasaan Uthmaniyah.

Di samping itu, Dr. Eeman Mohamed Abbas turut menukilkan fakta


tentang hubungan yang terjalin antara Sultan Mansur Syah dengan
Sultan Muhammad al-Fatih. Di dalam buku yang bertajuk Sultan
Abdul Hamid II & Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan
Nasionalis & Golongan Minoriti), beliau menyatakan seperti berikut:-

“Sebagai contoh sultan yang memerintah sebuah negeri


di Malaysia, iaitu Melaka yang bernama Mansur Shah yang memerintah
selama sembilan belas tahun (1458-1477 Masihi). Baginda menerima
tampuk pemerintahan enam tahun setelah pembukaan Konstantinople.
Oleh kerana itu baginda tidak menggunakan gelaran sultan sebagai
hormati dan menghargai Sultan Muhammad al- Fatih dan sebagai
pengiktirafannya terhadap kerakyatannya secara tidak langsung

9 Qasim A. Ibrahim dan Muhammad A. Saleh. 2014. al-Mausu’ah Al Muyassarah Fi


at-Tarikh Al Islami. Zainal Arifin (terj.). Buku Pintar Sejarah Islam. Hlm. 1057

126
kepada Sultan Muhammad al-Fatih. Baginda menggunakan gelaran
Turki iaitu basha, lalu nama baginda menjadi Mansur Basha.
Terdapat tujuh orang pemerintah secara berturut-turut memerintah
negeri tersebut. Angkatan tentera negeri tersebut sampai hingga ke
sempada Burma. Islam tersebar luas di kalangan bangsa Melayu
dan huruf-huruf Arab digunakan di dalam penulisan bahasa Melayu.
Apabila orang-orang Islam menghadapi sebarang kesulitan, mereka
akan memohon bantuan dari pusat khilafah dan dari khalifah
sendiri” 10

Kesimpulannya, dengan melihat kepada polisi hubungan antarabangsa


yang diamalkan oleh Sultan Mansur Syah dan status Melaka sebagai
pusat perdagangan dunia, maka kewujudan hubungan di antara
Sultan Mansur Syah (1456-1477) dan Sultan Muhammad al-Fatih
(1451-1481) adalah sangat munasabah. Sebagai sebuah kerajaan
yang memiliki pelabuhan yang terkaya dan terpenting di dunia,
maka fakta tentang kewujudan hubungan antara Kesultanan Melaka
dan Uthmaniyah tidak patut ditolak. Mustahil sebuah kerajaan yang
ulung seperti Uthmaniyah mengabaikan Melaka sedangkan Portugis
sendiri menjadikan pemilikan Melaka sebagai matlamatnya yang
paling utama.

PEPATAH MELAYU
Laksana barang derham,
sedia ada suratan Istanbul

Maksudnya
Pekerjaan mulia yang telah dilakukan dengan pujian istimewa.

10 Eeman Mohamed Abbas. 2007. Sultan Abdul Hamid II & Kejatuhan Khilafah
Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis & Golongan Minoriti). Hlm. 55-56

127
128
Penulis di sisi makam Sultan Muhammad al-Fatih di Istanbul, Turki.
Sultan Muhammad al-Fatih dikatakan telah menjalinkan hubungan
diplomatik dengan Sultan Mansur Syah di Melaka.

129
Makam Sultan Ala'uddin Riayat Syah yang terletak
di Pagoh, Johor. Menurut seorang penulis Turki
yang bernama Zafer Ozcan, Sultan Muhammad
al-Fatih telah mengahwinkan anak perempuannya
dengan Sultan Ala'uddin Riayat Syah.

130
Batu nisan Sultan Mansur
Syah Melaka yang ditemui
di Bukit St Paul Melaka.

131
132
Lembaran salasilah yang menghubungkan
Sultan-sultan Melaka dan Sultan-sultan
Uthmaniyah. Tidak diketahui siapa penulis
salasilah ini dan salasilah ini kini berada di
SOAS, Universiti London.

133
Bahagian salasilah Sultan Melaka.

134
135
Bahagian salasilah Sultan Uthmaniyah. Kedua-dua salasilah Sultan
Uthmaniyah dan Sultan Melaka bertemu pada Yafith bin Nuh.

136
137
SULTAN UTHMANIYAH
YANG SEZAMAN DENGAN
KESULTANAN MELAKA

Sultan Sultan Muhammad I Sultan


Bayezid I (1413-1421) Murad II
(1389-1403) (1421-1451)

Sultan Muhammad Sultan


Al-Fatih Bayezid II
(1451-1481) (1481-1512)

138
Parameswara Sultan Megat Sultan Muhammad
(1400-1414) Iskandar Syah Syah
(1414-1424) (1424-1444)

Sultan Ibrahim Syah Sultan Muzaffar Syah Sultan Mansur Syah


(1444-1446) (1446-1456) (1456-1477)

Sultan Ala'uddin Sultan Mahmud Syah


Riayat Syah (1488-1511)
(1477-1488)

139
Illustrasi kedatangan utusan Daulah Uthmaniyah di Melaka yang
disambut oleh salah seorang pembesar istana Sultan Melaka.

140
KONFLIK UTHMANIYAH DAN PORTUGIS
SEBELUM PENAKLUKAN

MELAKA onflik di antara Portugis dan Sepanyol bermula seawal

K tahun 1481 apabila Portugis dan Uthmaniyah terlibat dalam


perang yang mana Portugis sendiri memanggilnya sebagai
Perang Salib Turki. Pada musim panas tahun 1480, atas arahan Sultan
Muhammad al-Fatih, pasukan tentera Uthmaniyah meneruskan
kemaraan mereka ke Itali. Sekitar 18,700 angkatan tentera Uthmaniyah
di bawah pimpinan panglima Gedik Ahmad Pasha berjaya menawan
kota Otranto yang terletak di selatan Itali.

141
Wilayah kerajaan Islam Cordoba yang wujud dari tahun 929 hingga 1031
Masihi meliputi negara Portugal dan Sepanyol pada hari ini. Oleh itu,
dendam Portugis dan Sepanyol terhadap umat Islam amat tinggi kerana
negara mereka pernah dikuasai pemerintah Islam. Portugal dan Sepanyol
juga mengambil manfaat ilmu pelayaran yang dipelajari dari sumber-sumber
Islam bagi melakukan penjelajahan ke timur jauh.

Kejayaan itu memberi kebimbangan yang besar kepada para paderi


Kristian di Eropah pada ketika itu. Namun begitu, kemangkatan
Sultan Muhammad al-Fatih sejurus selepas kejayaan menakluki kota
Otranto, membantutkan kemaraan Uthmaniyah ke seluruh Itali.1

Oleh itu pada 8 April 1481, Pope Sixtus IV mengeluarkan arahan


kepada raja-raja di Eropah untuk melancarkan perang salib ke atas
Turki Uthmaniyah. Bagi menyahut arahan dari pemimpin Kristian
1 Christopher D. Nelson. 2017. Otranto, Battle of (1480-1481). Dlm Jeffrey M. Shaw
dan Timothy J. Demy (penyt.) War and Religion : An Encyclopedia of Faith and
Conflict (Jilid I). Hlm 623

142
itu, kerajaan Portugal bersama kerajaan-kerajaan lain di Eropah
memutuskan untuk menghantar pasukan tentera bagi mengusir
penguasaan Uthmaniyah ke atas kota tersebut. Kerajaan Portugal
telah menghantar sepasukan tentera perang di bawah pimpinan
Garcias Meneses untuk membantu kerajaan-kerajaan Kristian yang
lain menentang angkatan tentera Uthmaniyah. Maka pada 1 Mei 1481,
kota Otronto berjaya direbut kembali dari tentera Uthmaniyah.2

Peristiwa ini memberi amaran kepada kerajaan-kerajaan Kristian


di Eropah bahawa kekuatan Uthmaniyah perlu dibendung. Mereka
mendapati bahawa salah satu cara untuk melemahkan Uthmaniyah
ialah dengan merampas perdagangan rempah dunia dari tangan umat
Islam di mana perdagangan rempah ini memberi manfaat ekonomi
kepada kerajaan-kerajaan Islam termasuk Uthmaniyah. Kebetulan,
pada waktu itu, Melaka menjadi pusat perdagangan rempah di timur.

Sejurus selepas keluar dari zaman kegelapan ilmu pengetahuan,


Portugal yang kedudukannya secara geografi lebih jauh dari Alam
Melayu berbanding Turki Uthmaniyah telah sedar tentang kepentingan
Kota Melaka bagi perdagangan di dunia. Prof Azyumardi Azra telah
memetik teori Schrike tentang matlamat Portugis menguasai Melaka.
Menurut Schrike, niat Portugis untuk meluaskan penguasaannya di
kepulauan Melayu mesti dilihat dari kesinambungan perang salib yang
berlaku di Eropah dan Timur Tengah. Hakikatnya, Portugis sangat
bercita-cita untuk meningkatkan kemasyhuran, maruah dan kekayaan
yang disertakan dengan semangat keagamaan yang tinggi.3

2 Kenneth M. Setton. 1978. The Papacy and The Levant (1204-1571) (Jilid II).
Hlm 372
3 Azyumardi Azra. 2002. Jaringan Global dan Lokal Islam Nusantara. Hlm 38

143
Setelah tewas berkali-kali dengan tentera Islam dalam perang salib,
keperitan orang-orang Portugis, Sepanyol serta orang-orang Kristian
di Eropah bertambah apabila Sultan Muhammad al-Fatih berjaya
menakluki Konstantinople yang merupakan ibu kota empayar Rom.
Peristiwa ini menambahkan dendam mereka terhadap umat Islam.
Bangsa-bangsa Eropah terutamanya Portugis dan Sepanyol sedar
bahawa kunci untuk menewaskan kekuatan umat Islam ialah dengan
menguasai perdagangan dunia. Komoditi utama perdagangan dunia
pada ketika itu ialah rempah dan tempat pengeluaran rempah di dunia
adalah di kepulauan Nusantara.

Di samping itu, Kota Melaka menjadi pelabuhan utama bagi


perdagangan rempah di dunia. Perkara ini sangat disedari oleh
bangsa-bangsa Eropah yang baru sahaja keluar dari zaman kegelapan.
Mereka tidak mampu menewaskan kuasa-kuasa besar Islam seperti
Uthmaniyah dan Mamluk dengan serta merta. Maka cara mereka
untuk melemahkan penguasaan Islam ialah dengan menakluki sumber
kekayaan kuasa-kuasa besar Islam itu. Maka dengan itu, Portugis
merancang untuk menakluki Melaka dan Maluku. Kota Melaka
sebagai pelabuhan utama perdagangan rempah, manakala Maluku
pula ialah pengeluar utama rempah ratus.

Perkara-perkara ini meningkatkan keazaman Portugis untuk menjajah


kepulauan Melayu yang merupakan sumber kekayaan dunia pada
ketika itu melalui penguasaan perdagangan rempah. Berikutan dengan
terusirnya orang-orang Islam dari Semenanjung Iberia (Portugal dan
Sepanyol) pada tahun 1492, semangat mereka untuk menewaskan
umat Islam dan mengambil alih khazanah ilmu-ilmu Islam semakin
berkobar-kobar.

144
Portugis dan Sepanyol banyak mendapat manfaat dari ilmu-ilmu yang
ditinggalkan oleh para ilmuwan Islam terutamanya dalam ilmu bidang
pelayaran. Usaha Portugis untuk menjelajah ke dunia timur berhasil
apabila pada 27 Mei 1498, satu ekspedisi pelayaran Portugis yang
diketuai oleh Vasco de Gamma berjaya mendarat di Calicut. Dengan
itu, semangat mereka semakin berkobar-kobar untuk meluaskan
penguasaan mereka di bahagian timur terutama di India dan kepulauan
Melayu.4

Schrieke yang menekankan tentang semangat perang salib yang


menjadi antara faktor peguasaan Portugis ke timur dengan menyatakan
seperti berikut :-

Semangat agama yang tercermin dalam tradisi Perang Salib dan


kenangan perjuangan yang pahit kepahitan melawan orang-orang
Islam di Semenanjung Iberia sudah pasti terus menjadi suatu motivasi
yang sangat penting ......Unsur agama juga tetap menjadi satu faktor
yang signifikan dalam politik Sepanyol pada masa-masa berikutnya.
Bagi penduduk di Semenanjung Iberia, penganut Islam dipanggil
‘Moor’ dan mereka menjadi sasaran kebencian.5

Pada zaman perang salib, Portugis, Sepanyol dan orang-orang


Kristian di Eropah secara keseluruhannya meletakkan kebencian
yang ketara di dalam hati mereka terhadap orang-orang Islam.
Sekian lama minda orang-orang Portugis sangat berkait rapat

4 Izziyah Suryani Arshad. 2009. Kekuasaan Portugis Di Timur dan Hubungannya


Dengan Kerajaan Uthmaniyah. Dlm Farid Mat Zain (penyt.). Daulah Uthmaniyah
dan Alam Melayu. Hlm 3
5 Kenneth M. Setton. 1978. The Papacy and The Levant (1204-1571) (Jilid II).
Hlm 372

145
dengan kisah lagenda pemimpin Kristian yang hidup pada abad
ke-12 yang mereka begitu sanjungi iaitu Prester John. Beliau
dikatakan pernah menewaskan orang-orang Islam dan berjaya
memiliki wilayah kekuasaan hingga ke timur. Dengan ‘bantuannya’,
mereka berharap bahawa mereka mampu berperang dengan orang-
orang Islam dan menamatkan penguasaan orang-orang Islam
ke atas dunia.

Kekuatan yang dimiliki oleh orang-orang Islam ini antara punca


utamanya ialah penguasaan mereka ke atas jalur perdagangan dunia.
Orang-orang Islam menguasai jalur perdagangan ke timur melalui
darat dan laut. Pedagang-pedagang Islam menguasai jalur perdagangan
di darat yang melalui jalan sutera dan jalur perdagangan laut yang
melintasi Lautan Hindi. Situasi ini membuatkan kerajaan-kerajaan
Islam di barat seperti Mamluk dan Uthmaniyah berada dalam keadaan
yang kukuh.

Saingan terhadap perkembangan agama, perdagangan dan kuasa


politik di Lautan Hindi bermula sejak tahun 1942 lagi iaitu ketika
orang-orang Eropah terutamanya yang berada di Semenanjung Iberia
keluar dari zaman kegelapan ilmu pengetahuan. Pada tahun 1492,
orang-orang Sepanyol berjaya menguasai Granada, wilayah Islam
terakhir di Andalusia. Oleh itu, mereka mengambil manfaat daripada
ilmu-ilmu yang ditinggalkan oleh orang-orang Islam.

Mereka juga mengamalkan polisi “Inkuisisi Sepanyol” iaitu proses


pembantaian umat Islam dan penghapusan kesan-kesan Islam. Perkara
yang sama telah dilakukan oleh Portugis ketika mereka menawan
Andalusia barat dari Umat Islam. Umat-umat Islam dan bangsa Yahudi

146
yang melarikan diri dari kekejaman Sepanyol itu sebahagian besarnya
melarikan diri ke Istanbul bagi mendapatkan perlindungan dari Sultan
Beyazid II.

Sebelum berlakunya saingan di Lautan Hindi antara Sepanyol dan


Portugis, seorang pelayar Potugis yang bernama Bartolomeu Dias
telah berjaya tiba di bahagian paling selatan Afrika pada tahun 1488.
Beliau juga membuktikan bahawa pelayaran ke India boleh dilakukan
dari situ.6

Namun pada tahun 1492, seorang pelayar Itali iaitu Christopher


Columbus yang berkhidmat dengan Raja Sepanyol, dikatakan
telah menjumpai ‘dunia baru’ iaitu Amerika apabila mereka berniat
menjelajah Lautan Hindi. Perkara ini menimbulkan rasa tidak senang
buat Portugis.

Oleh itu, enam tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1498, seorang
pelayar Portugis yang bernama Vasco de Gama telah mula belayar
ke Lautan Hindi dengan kapal kecil beliau atas arahan Raja Portugal.
Kapal beliau dikemudikan dari timur Afrika ke Lautan Hindi oleh
seorang nakhoda Islam yang berasal dari Gujerat.

Vasco de Gama juga meminta bantuan dari kepakaran seorang pelayar


Islam berbangsa Arab iaitu Ibn Majid. Portugis terpaksa menggunakan
kepakaran pelayar-pelayar Islam kerana pengetahuan mereka terhadap
jalur pelayaran di Lautan Hindi sangat terbatas. Dengan itu, Vasco de

6 Izziyah Suryani Arshad. 2009. Kekuasaan Portugis Di Timur dan Hubungannya


Dengan Kerajaan Uthmaniyah. Dlm Farid Mat Zain (penyt.). Daulah Uthmaniyah
dan Alam Melayu. Hlm 2.

147
Gama akhirnya berjaya berlabuh di Pelabuhan Malabar sebelum ke
Calicut.

Sejak itu, Portugis dan Sepanyol saling bersaing bagi merebut jalur
laluan perdagangan rempah di timur dari tangan pedagang-pedagang
Islam. Mereka bukan sahaja membawa matlamat menguasai
perdagangan rempah, malah mereka juga membawa bersama dendam
agama yang tidak pernah pudar. Sepanyol dan Portugis sedar bahawa
mereka tidak akan mampu menewaskan kerajaan Islam yang terkuat
pada zaman itu iaitu Daulah Uthmaniyah. Apatah lagi Uthmaniyah
baru sahaja berjaya menewaskan Byzantin Rom dan menguasai
Konstantinople iaitu kira-kira 40 tahun yang lalu.

Portugis memulakan rancangan mereka untuk menawan


pelabuhan-pelabuhan di India seperti Goa dan Calicut kerana
pelabuhan ini merupakan salah satu pelabuhan yang sangat
penting dalam perdagangan rempah dunia. Rempah-rempah dari
timur yang dikumpulkan di pelabuhan Kota Melaka akan dibawa
ke India sebelum dibawa ke Istanbul melalui pelabuhan Iskandariah.
Maka pelabuhan Kota Melaka dan pelabuhan-pelabuhan di India
dianggap penting bagi seluruh pedagang Islam di dunia pada ketika
itu.

Misi pelayaran Pedro Alvares Cabral, pelayar Portugis ke


India bagi menyebarkan agama Kristian secara paksaan.
Beliau adalah pelayar dari Eropah yang pertama berjaya
menubuhkan gudang di Calicut, India.

148
Pada 18 Mei 1498, Vasco de Gama menghadap Zamorin (pemerintah) Calicut
untuk memujuknya agar memberikan hak perdagangan yang eksklusif kepada
Portugis sahaja. Vasco de Gama juga memujuk Zamorin agar mengusir
seluruh pedagang Islam dari Calicut. Namun permintaan Vasco de Gama itu
ditolak dengan tegas oleh Zamorin.

149
Halil Inalcik menyatakan bahawa selepas Vasco da Gama tiba
di India, kargo rempah yang pertama tiba di Lisbon pada tahun
1501. Bagi menguasai secara mutlak laluan perdagangan di Lautan
Hindi, operasi armada laut Portugis digerakkan pada kelajuan yang
luar biasa. Maka semua pihak yang berkepentingan merasa bimbang
tentang perkembangan tersebut.

Oleh itu, seawal tahun 1502, pemimpin Venice mengutuskan mesej


ke Kaherah memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya kesan
yang buruk akibat kejayaan Portugis itu. Sehubungan itu, Sultan
Mamluk menghubungi pemerintah-pemerintah di India dan memohon
kepada mereka untuk menutup pasar-pasar mereka ke atas Portugis.
Kerajaan Mamluk juga memohon dan menerima keizinan dari Sultan
Uthmaniyah untuk mendapatkan khidmat pedagang-pedagang Turki
bagi berperang menentang Portugis.7

Sebagai musuh tradisi dalam perang-perang salib di Eropah


dan Timur Tengah, kedatangan orang Portugis ke Lautan India
sememangnya mencurigakan pedagang-pedagang Islam. Sejak
zaman berzaman, pedagang-pedagang Islam ini telah menjadi
pemilik kepada jalur perdagangan di Lautan Hindi. Portugis
yang sememangnya begitu kuat memusuhi orang-orang Islam
berazam untuk menghapuskan orang-orang Islam seramai mungkin
di wilayah yang mereka kuasai.

Maka dengan itu, kedatangan Vasco de Gama ke Calicut sudah tentu


dicurigai oleh pedagang-pedagang Islam. Mereka seolah-olah dapat
7 Abdullah al-Ahsan. 1999. Muslim and European Perceptions of Oceanic "Trade"
in the Fifteenth and Sixteenth Centuries and their Implications for International
Politics. Intellectual Discourse (Jilid 7, No 2). Hlm 173-174

150
menghidu niat jahat kehadiran Portugis di Lautan Hindi itu. Ketika
Vasco de Gama mula menghampiri pelabuhan Calicut pada tahun
1498, sebanyak lapan buah kapal perang milik pemimpin Calicut iaitu
Zamorin cuba menyerang rombongan kapal Vasco de Gama. Namun,
mereka tidak berjaya menewaskan kapal-kapal Portugis itu. Fakta ini
telah dinyatakan oleh Kaushik Roy seperti berikut:-

“Pada tahun 1498, lapan buah kapal perang Zamorin Calicut


menyerang kapal Berrio milik armada perang Vasco de Gama. Kapal
Berrio mempunyai meriam-meriam gangsa sementara anak-anak
kapal-kapal Zamorin hanya dilengkapi dengan busur-busur dan
anak-anak panah, tombak, pedang dan lembing tanpa senjata api.
Kapal-kapal Portugis telah dibina dengan paku-paku besi sementara
kapal-kapal Zamorin diikat dengan sabut kelapa. Bagi menghadapi
kekuatan angkatan laut bersenjata Portugis ini, Zamorin mendapat
bantuan meriam-meriam dari Daulah Uthmaniyah.” 8

Kedatangan Vasco de Gama tidak lain tidak bukan adalah untuk


mengusir pedagang-pedagang Islam dari pelabuhan-pelabuhan di
India beserta dengan menyebarkan ajaran Kristian kepada penduduk-
penduduk di India. Dr. Hussain Randathani pula menyatakan seperti
berikut :-

“Catatan-catatan sejarah menukilkan bahawa semasa pelayarannya,


de Gama akan sentiasa berusaha untuk menukarkan agama orang-
orang India kepada Kristian. Vasco de Gama membawa paderi-paderi
bersama-sama dengannya untuk menyampaikan dakyah Kristian.

8 Kaushik Roy. 2011. War Culture and Society In Early Modern South Asia, 1740-1849.
Hlm. 12

151
Perang Diu yang berlaku di India pada tahun 1509 antara perikatan
Uthmaniyah-Mamluk-Gujerat-Calicut menentang angkatan tentera Portugis.

Menurut Fritz Jean, “Beliau sangat kejam terhadap orang-orang


Islam yang enggan patuh padanya dan selalu menggunakan cara
seksaan. Oleh itu, beliau sentiasa dilihat sebagai orang yang sangat
kejam oleh orang-orang India. Beliau sangat degil untuk mendengar
kata-kata dari orang lain kecuali Raja Portugal. Dia telah melakukan
setiap perkara yang dia fikir patut dilakukan, termasuk membunuh
ramai orang yang tidak berdosa, bagi memastikan Portugal memiliki
yang terbaik dan menjadi yang terbaik. Saya tidak suka orang
sepertinya, sama ada hari ini ataupun waktu lampau, iaitu seperti
pelayar Vasco de Gama.” 9

9 Hussain Randathani. 2007. Mappila Muslims : A Study on Society and


Anti Colonial Struggles. Hlm. 83

152
Di Calicut, Vasco de Gama membedil kota Calicut selama tiga hari.
Beliau menawan orang-orang Islam, menyeksa mereka dengan
memotong telinga, hidung dan tangan tahanan-tahanan yang
kebanyakannya terdiri daripada orang-orang Islam sebelum membakar
mereka hidup-hidup. Antara hobinya semasa berada di India ialah
menggantung orang Islam pada tiang dan menjadikannya sebagai
sasaran dalam latihan memanah. Vasco de Gama kemudiannya pulang
semula ke Portugal pada bulan Ogos 1498.10

Pada tahun 1500, Portugis datang semula ke Lautan Hindi. Kali ini
bersama dengan sebuah angkatan tentera yang diketuai oleh Pedro
Alvares Cabral. Mereka belayar dari Portugal dengan 13 buah kapal.
Pedro Alvares Cabral belayar ke Lautan Hindi dengan tunjuk ajar
dan bimbingan dari Vasco de Gama. Ketika di Lautan Hindi, Portugis
menunjukkan sikap biadap mereka. Atas arahan Pedro Alvares Cabral,
mereka menawan kapal-kapal pedagang Arab dan membunuh sekitar
600 orang anak-anak kapal tersebut. Pedro juga mengarahkan agar
pelabuhan Calicut dibedil dengan meriam-meriam Portugis. Beliau
benar-benar mahu mengusir seluruh pedagang Islam dari pelabuhan
Calicut.11

Atas usaha Portugal meneroka Lautan Hindi dan cuba menghapuskan


penguasaan pedagang Islam, maka pada tahun 1502, Raja Portugal
dianugerahkan oleh Pope Alexander VI sebagai “Penguasa pelayaran,
penjajahan dan perdagangan bagi Habsyah, Arab, Parsi dan India.
Pada tahun yang sama, Vasco de Gama sekali lagi datang ke Calicut

10 Hussain Randathani. 2007. Mappila Muslims : A Study on Society and Anti Colonial
Struggles. Hlm. 79
11 Geraldo Affonso Muzzi. 2014. The Portuguese in Malay Land. Hlm 24

153
Illustrasi pertempuran antara armada laut Uthmaniyah dan armada laut
Portugis di Lautan Hindi.

dengan membawa angkatan tentera. Beliau dikatakan ingin membalas


dendam di atas kematian tentera-tentera Portugis di bawah pimpinan
Pedro Alvares Cabral yang dibunuh oleh orang-orang Islam di Calicut.

Di Lautan Hindi berhampiran Calicut, tindakan pertama yang


dilakukan oleh Vasco de Gama ialah menahan kapal-kapal orang
Islam yang membawa jemaah haji. Setelah itu, kapal-kapal itu

154
dibakar. Beratus-ratus wanita dan kanak-kanak yang berada
di atas kapal itu terbakar hidup-hidup. Vasco de Gama juga menawan
empat buah kapal laut yang membawa beras ketika kapal itu
menghampiri Calicut. Seramai 800 orang anak-anak kapal itu ditawan
dan diseksa dengan teruk. Kaki dan tangan mereka diikat lalu tangan,
telinga dan hidung mereka dipotong. Gigi mereka juga dipukul
dengan kayu hingga tercabut. Selain itu, tanpa sebarang alasan, Vasco
de Gama menahan sebuah kapal haji orang-orang Calicut yang baru
pulang dari Mekah. Setelah itu, kapal itu dibakar bersama dengan 400
orang anak-anak kapal.

Kekejaman Vasco de Gama terhadap umat Islam sememangnya


amat ketara. Sepanjang pelayarannya, beliau telah membunuh
ramai pedagang-pedagang Islam dari bangsa Afrika, Arab, India dan
sebagainya. Di Malabar, beliau dan tentera Portugis telah melaksanakan
pembunuhan semaksimum mungkin terhadap umat Islam Kekejaman
Vasco de Gama dan para tentera Portugis ini didorong dari matlamat
Alfonso de Albuquerque. Laksamana Portugis itu pernah memberitahu
Raja Portugal bahawa beliau mahu memusnahkan Mekah. Beliau
telah merancang untuk mengutuskan seramai 400 orang tentera untuk
merampas harta benda umat Islam dan menculik jenazah Rasulullah ‫ﷺ‬
untuk dijadikan tebusan bagi pembebasan Jurusalem dari kekuasaan
Islam.12

Kekejaman Portugis dan tindakan mereka mahu menghapuskan


penguasaan pedagang-pedagang Islam di pelabuhan-pelabuhan di
India mendapat perhatian Khalifah Uthmaniyah. Pemerintah Calicut

12 Hussain Randathani. 2007. Mappila Muslims : A Study on Society and Anti Colonial
Struggles. Hlm. 82

155
juga sudah hilang sabar dengan sikap orang-orang Portugis. Maka
pada tahun 1503, berlakunya peperangan di antara pemimpin Calicut
dan Portugis. Zamorin yang merupakan pemimpin Calicut, sekali lagi
memohon bantuan ketenteraan dan senjata api dari Sultan Bayezid II.

Di dalam buku bertajuk Warfare in Pre-British India, 1500 BCE to


1740 CE, Kaushik Roy menyatakan seperti berikut:-

“Pada 10 Februari 1503, Vasco de Gama bersama dengan 10


buah kapal perang memutuskan untuk berhadapan dengan armada
perang Calicut. Setiap kapal memiliki 30 orang tentera, empat pucuk
meriam besar (dua pucuk di setiap sisi), enam pucuk meriam ringan
dan 12 pucuk senapang lantak yang kecil. Vincente Sodre bersama
dengan lima buah kapal perang mengawal yang persisir pantai
Malabar menyertai anagkatan laut pimpinan Vasco de Gama. Dalam
peperangan laut yang terbuka itu, kapal-kapal perang Sodre dengan
tembakan secara serentak, mampu untuk menenggelamkan tiga
buah kapal besar Calicut. Kapal kargo Koja Casim telah tenggelam
dan perahu-perahu sambak lari berundur. Walau bagaimanapun,
Serangan Portugis ke atas pelabuhan
Jeddah di Tanah Hijaz pada tahun
1517.

156
Zamorin giat melakukan percubaan-percubaan untuk meningkatkan
keupayaan senjata api pada kapalnya. Dalam hal ini, dua orang
tentera upahan berbangsa Itali telah membantu Zamorin. Selain itu,
Zamorin juga memohon bantuan Turki Uthmaniyah untuk dibekalkan
dengan teknologi senjata api armada laut.” 13

Bagi menghadapi Portugis yang memberikan ancaman kepada dunia


Islam pada ketika itu, pakatan Daulah Uthmaniyah dan Mamluk
telah menghantarkan tentera-tentera mereka ke Lautan Hindi untuk
membantu kerajaan-kerajaan Islam di sana. Kehadiran Uthmaniyah
di Lautan Hindi, selain bertujuan menghindarkan rampasan terhadap
perdagangan rempah oleh Portugis, Uthmaniyah mahu melindungi
jemaah-jemaah haji yang diganggu oleh Portugis semasa dalam
pelayaran.

Prof Azyumardi Azra menyatakan seperti berikut:-

Kehadiran angkatan laut Uthmaniyah di Lautan Hindi setelah tahun


1498, tidak hanya mengakibatkan semakin besarnya saham Turki
dalam perdagangan di Lautan Hindi, tetapi juga menyebabkan
terciptanya pelayaran yang lebih selamat bagi jemaah haji. Ini
pada gilirannya (setelah Arab) memberikan sumbangan penting
bagi pertumbuhan kegiatan ekonomi sebagai kesan sampingan bagi
perjalanan ibadah haji. Walaupun pada masa yang sama, Portugis
mulai meningkatkan kehadirannya di kawasan Lautan Hindi,
angkatan laut Uthmaniyah mampu menegakkan kekuasaannya
di kawasan Teluk Parsi, Laut Merah dan di Lautan Hindi umumnya
sepanjang abad ke-16. Perkembangan ini memberikan kesempatan

13 Kaushik Roy. 2015. Warfare in Pre-British India, 1500 BCE to 1740 CE. Hlm. 190

157
baik bagi Muslim Nusantara khususnya yang berasal dari Samudera
Pasai, Melaka dan Aceh untuk mengadakan perjalanan ke Timur
Tengah dan sekaligus menjalinkan hubungan lebih erat dengan
saudara-saudara seiman mereka di sana (Mekah).14

Pada tahun 1507, kerajaan Uthmaniyah telah membantu kerajaan


Mamluk telah membina kubu di Jeddah sebelum belayar ke Lautan
Hindi. Pada bulan Mac 1508, berlakunya satu perikatan antara Zamorin
dan kerajaan-kerajaan Islam. Zamorin yang merupakan pemimpin
Calicut bergabung dengan kerajaan Mamluk, Turki Uthmaniyah,
Kesultanan Bijapur dan Kesultanan Gujerat untuk berperang dengan
Portugis. Maka berlakulah sebuah peperangan yang dipanggil Perang
Chaul. Peperangan ini berlaku di Chaul yang berhampiran dengan
Mumbai. Dalam perang ini, Portugis telah mengalami kekalahan yang
teruk sehinggakan anak Gabenor Portugis di India yang bernama
Lourenco terbunuh. Gabenor Portugis pada ketika itu ialah Francisco
de Almeida. Beliau berasa sangat marah dan berjanji untuk membalas
dendam.

Maka pada bulan Februari 1509, berlaku lagi satu peperangan antara
Portugis dan perikatan Calicut, Gujerat, Mamluk dan Uthmaniyah.
Perang kali ini tercetus kerana Portugis hendak membalas dendam di
atas kekalahan mereka dalam perang Chaul. Peperangan ini berlaku
di Diu yang terletak berhampiran dengan Goa. Dengan sebab itu
peperangan ini dinamakan Perang Diu. Namun dalam perang ini,
perikatan Calicut, Gujerat, Mamluk dan Uthmaniyah mengalami
kekalahan.

14 Azyumardi Azra. 2013. Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara
Abad 17 dan 18. Hlm 370

158
Pada tahun yang sama, Portugis mula menghantar perisik mereka ke
Melaka. Atas arahan Raja Manuel, Diego Lopez de Sequeira dan bala
tenteranya yang berada di India diutuskan ke Melaka sebagai perisik
yang menyamar menjadi duta Portugis. Maka pada 18 Ogos 1509,
Diego Lopez de Sequeira dan Ruy de Araujo berserta dengan 18 orang
Portugis yang lain meninggalkan India dan belayar menuju ke Melaka
sebagai duta Raja Portugis. Mereka sebenarnya ingin merisik tentang
keadaan Melaka sebelum usaha penaklukan dilakukan.

Di India pula, Alfonso de Albuquerque dilantik menjadi gabenor


Portugis di India menggantikan Francisco de Almeida pada tahun
1510. Pada ketika ini, pemerintahan Portugis di India berpusat
di Cochin. Tidak beberapa lama setelah itu, Alfonso de Albuquerque
memulakan usaha untuk menakluki pelabuhan Goa. Pada ketika itu,
Goa berada di bawah pemerintahan Kesultanan Bijapur. Sultan Bijapur
pada ketika itu bernama Sultan Yusuf Adil Shah yang dikatakan
berbangsa Turki dan lahir di Istanbul. Malah ada yang mendakwa
beliau adalah putera kepada Sultan Murad II. Jika dakwaan ini benar,
bererti beliau adalah saudara kandung kepada Sultan Muhammad al-
Fatih.

Pius Malakandathil menukilkan seperti berikut:-

“Keinginan Uthmaniyah untuk mengawal laluan-laluan perdagangan


di antara Eropah dan dunia timur begitu juga dengan pusat-
pusat perdagangan yang strategik yang berada dalam laluan
perdagangan ini mula menyala dengan penaklukan Konstantinople
pada tahun 1453 oleh Muhammad II. Kemajuan berikutan
peristiwa genting itu menunjukkan bahawa minat Uthmaniyah
tidak hanya terbatas kepada pengawalan laluan perdagangan di

159
timur semata-mata, tetapi melanjutkan kepada kemungkinan yang
paling jauh iaitu memperolehi kekayaan dari setiap sumber
perdagangan di India dan mewujudkan lingkungan pengaruh pada
tahap-tahap yang berbeza. Kita menemui ramai pengembara-
pengembara dan pedagang-pedagang berhijrah ke India dari
Konstantinople pada waktu itu selepas penaklukan kota tersebut
oleh Uthmaniyah. Bukti yang paling jelas ialah tokoh kelahiran
Konstantinople iaitu Yusuf Adil Shah, yang kemudiannya menjadi
pemerintah Bahman ke atas sebuah wilayah yang luas di Konkan
termasuk Bijapur dan Goa.”15

Stuart Cary Welch pula menukilkan seperti berikut:-

“Menurut sejarawan Ferishta yang menulis sejarah yang terperinci


bertajuk History of Muhammadan Power in India semasa berkhidmat
di Istana Sultan Ibrahim Adil Shah II ketika akhir abad ke-16,
pengasas dinasti Adil Shah (Sultan Yusuf Adil Shah) di Bijapur adalah
anak kepada Sultan Uthmaniyah, Sultan Murad II yang mana beliau
keluar dari Turki ketika pelantikan abangnya iaitu Sultan Muhammad
II (al-Fatih) sebagai sultan.”16

Alfonso de Albuquerque menyerang Goa pada 17 Februari 1510 iaitu


setahun sebelum beliau menyerang Kota Melaka. Kerajaan Bijapur di
bawah pimpinan Sultan Yusuf Adil Shah turut mendapat sokongan dan
bantuan dari kerajaan Uthmaniyah dan Mamluk. Maka pada kali ini
perikatan tentera Islam Uthmaniyah, Mamluk dan Bijapur bersama-

15 Pius Malakandathil, 2010. Maritime India : Trade, Religion and Polity in the
Indian Ocean. Hlm 110
16 Stuart Cary Welch. 1985. India Art and Culture : 1300-1900. Hlm. 121

160
sama menentang Portugis. Namun, Alfonso de Albuquerque berjaya
menawan Goa dalam masa yang singkat.

Ketika di Goa, Alfonso de Albuquerque sekali lagi mendapat berita


bahawa angkatan tentera Uthmaniyah yang menjalinkan perikatan
dengan Raja Calicut telah tiba di Aden, Yaman. Kedatangan tentera
Turki Uthmaniyah adalah untuk membantu tentera-tentera Islam dalam
peperangan dengan Portugis di Lautan Hindi. Dalam Portuguese
Documents On Malacca From 1509-1511 dinyatakan seperti berikut:-

“Gabenor menerima maklumat bahawa orang-orang Rume (Turki


Uthmaniyah) telah berada di Aden. Mereka menjalinkan perikatan
dengan Raja Calicut dan Hidalco..”17

“Gabenor ketika dalam khidmatnya kepada Raja sebagaimana yang


sebenarnya, meneruskan usahanya untuk menakluki Goa dan beliau
berfikir bahawa beliau mampu membantu Raja, tetapi hakikatnya
beliau tidak mampu melakukannya buat masa sekarang, disebabkan
beberapa peristiwa yang terjadi berlainan dengan apa yang
diramalkannya, di mana beliau telah menerima maklumat bahawa
orang-orang Rume (Turki Uthmaniyah) akan menyerang tenteranya
di India.18

Sejurus selepas menawan Goa, Alfonso de Albuquerque menjalankan


dasar “Portuguese Inquisition” dengan melakukan pelbagai kezaliman
dan keganasan terhadap umat Islam di Goa. Walaupun tidak bersahabat
dengan kerajaan Mamluk, Sultan Uthmaniyah menawarkan bantuan

17 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 293
18 Ibid. Hlm 295

161
untuk melindungi Mekah dan Madinah, dan pada tahun 1507 beliau
mengutuskan pekerja-pekerja dan senjata api untuk membina benteng
di Jeddah, di mana serangan dipercayai akan terjadi, dan untuk
melengkapi armada kapal perang dengan senjata untuk berperang
dengan Portugis di India. Kejayaan dalam perang Chaul, berhampiran
Mumbai, pada 1508, pada tahun berikutnya armada-armada perang
ini turut digunakan dalam perang Diu di Gujerat. Bagi menghadapi
perikatan Mamluk-Uthmaniyah ini, Albuquerque berazam tu
menakluki Goa pada tahun berikutnya.19

Alfonso de Albuquerque sendiri pernah melaporkan pada Raja Manuel


tentang peperangannya melawan Turki Uthmaniyah dan Mamluk di
Goa sebelum beliau menakluki Melaka. Beliau menyatakan seperti
berikut:-

“Saya telah menawan Goa atas arahan Yang Mulia dan juga kerana
ia merupakan sebahagian daripada arahan Marshal. Saya juga
telah melakukan perkara ini kerana ketua pasukan (perikatan)
telah ditubuhkan untuk menghalau kami keluar dari India. Jikalau
kumpulan yang dihimpunkan oleh orang Turki (Uthmaniyah) di
Sungai Goa (cukup bilangan dan lengkap bersenjata) telah belayar,
dan jika pasukan Mamluk telah tiba sebagaimana yang diharapkan,
semuanya pasti akan kalah.” 20

Albuquerque telah memilih Goa sebagai pusat pemerintahannya kerana


kapal-kapal laut yang berpusat di situ boleh mengawal laluan laut di
19 Licoln Paine. 2013. The Sea and Civilization : A Maritime History of The World.
Tanpa penomboran halaman
20 T.F. Earle dan John Villiers. 1995. Albuquerque Ceasar Timur : Teks-teks Pilihan
daripada Afonso de Albuquerque dan Anaknya. Hlm 30

162
antara India dan Arab, ianya senang dipertahankan dan beliau telah
mengawal perdagangan terhadap kerajaan Deccan dan Vijayanagar.
Di samping itu, kejayaan penaklukan ke atas Goa juga menyebabkan
Sultan Gujerat dan Zamorin di Calicut terpaksa bersetuju untuk
membenarkannya membina kubu-kubu di wilayah mereka.

Ramai orang-orang Portugis menentang penaklukan ke atas Goa,


di sebalik lokasinya yang strategik, atas alasan bahawa daerah itu
tidak sihat dan mahal untuk dibiayai dan ianya akan menggalakkan
penentangan yang berlanjutan terhadap orang-orang Portugis.
Albuquerque telah memujuk Raja Portugal bahawa Goa patut dikuasai
(Portugis menguasainya sehingga 1961). Dengan sebab itu, beliau
sering berkata bahawa beliau layak mendapat penghargaan yang lebih
banyak dari Raja Manuel ke atas dirinya disebabkan mempertahankan
Goa terhadap orang-orang Portugis berbanding usaha beliau
menaklukinya dalam dua peperangan daripada orang-orang Turki.21

Selepas berjaya mengalahkan kerajaan-kerajaan di India yang


mendapat bantuan Daulah Uthmaniyah, orang-orang Portugis
yang dipimpin oleh Alfonso de Albuquerque mula bergerak
ke Selat Melaka bagi tujuan menakluki pelabuhan yang terkaya dan
terpenting di dunia iaitu pelabuhan Kota Melaka. Kerajaan Uthmaniyah
yang telah menghulurkan bantuan ketenteraan dan senjata api kepada
kerajaan-kerajaan di India dalam menentang Portugis juga sebenarnya
melakukan perkara yang sama kepada Kesultanan Melaka. Sama
ada bantuan secara langsung ataupun tidak langsung. Ini kerana
Melaka sangat penting bagi perdagangan dunia Islam pada ketika itu.

21 Licoln Paine. 2013. The Sea and Civilization : A Maritime History of The World.
Tanpa penomboran halaman

163
Sekiranya Melaka dapat ditawan, maka hilang penguasaan pedagang-
pedagang Islam terhadap perdagangan dunia di mana ianya akan bertukar
ke tangan Portugis.

Kapal perang laut Uthmaniyah


pada zaman Sultan Bayezid II.

164
TURKI UTHMANIYAH
DALAM ANGKATAN
TENTERA

MELAKA
P
ada 11 September 1509, sebuah angkatan tentera Portugis yang
diketuai Diego Lopez de Sequeira berserta dengan 18 orang
Portugis yang lain tiba di Melaka. Salah seorang panglima
perang Portugis yang bernama Ruy de Araujo turut terlibat dalam
rombongan tersebut. Setelah mereka berlabuh di pelabuhan Melaka,
Diego Lopez de Sequeira telah memerintahkan salah seorang anak
buahnya yang bernama Texeira untuk menyampaikan hadiah-hadiah
dari Raja Portugal kepada Sultan Melaka.

165
Tujuan utama kedatangan angkatan tentera Portugis itu ke Melaka
ialah untuk mengintip dan mendapatkan maklumat tentang keadaan
Kesultanan Melayu Melaka sebelum usaha penyerangan dilakukan.
Dengan sebab itu, mereka berlagak seperti rombongan diplomatik.

Portugis menyatakan kepada Sultan Melaka bahawa kedatangan


mereka ke Melaka adalah untuk menjalinkan hubungan diplomasi.
Dengan sebab itu, mereka mahu meminta izin kepada Sultan Melaka
untuk membina gudang dan kubu di pelabuhan Melaka bagi tujuan
melindungi pedagang-pedagang mereka. Namun, niat sebenar mereka
adalah ingin menakluki Melaka.

Orang-orang Portugis yang mula tiba di Melaka itu memulakan


aktiviti perdagangan di Kota Melaka. Mereka mula membeli barang-
barang dagangan di Melaka. Tindakan mereka itu mencetuskan
perasaan curiga di kalangan pedagang-pedagang Islam dari luar. Maka
pedagang-pedagang Islam itu pun pergi berjumpa Bendahara Melaka
dan mereka menceritakan tindak tanduk Portugis di Kota Melaka.
Mereka juga mencadangkan agar orang-orang Portugis itu ditangkap
atau diusir dari bumi Melaka.

Atas desakan pedagang-pedagang Islam itu, Bendahara Melaka pun


mengarahkan agar semua Portugis itu ditangkap dan dipenjarakan.
Maka kesemua orang-orang Portugis yang sedang berada di Kota
Melaka ditangkap termasuk Ruy de Araujo. Namun begitu, Diego
Lopez de Sequeira berjaya melarikan diri. Beliau pun belayar
meninggalkan Melaka dengan segera.

Berita penaklukan Goa oleh orang-orang Portugis pada tahun 1510


itu juga tersebar di Melaka. Ini mengukuhkan alasan Sultan Melaka

166
untuk menolak berhubung baik dengan Portugis. Namun pada tahun
1510 itu juga, Melaka sedang mengalami konflik dalam pentadbiran.
Sultan Mahmud Syah yang merupakan Sultan Melaka pada waktu
itu telah membunuh Bendahara Melaka iaitu Tun Mutahir dan ahli
keluarganya kerana termakan hasutan dan fitnah dari berapa pembesar
Melaka yang lain seperti Raja Mudeliar dan Si Kitul. Sultan Mahmud
telah melantik Bendahara Tepok yang umurnya sangat tua sebagai
Bendahara Melaka yang baru bagi menggantikan Tun Mutahir. Selain
itu, Sultan Mahmud Syah juga telah menggantikan Hang Nadim
dengan Khoja Hassan sebagai Laksamana Melaka.

Cara Sultan Mahmud mentadbir Melaka ini menyebabkan musuh


sangat mudah menjatuhkan Melaka. Tidak seperti Sultan-sultan
Melaka yang terdahulu, Sultan Mahmud Syah agak lemah dalam
mentadbir Melaka. Baginda didakwa memiliki beberapa sikap negatif
seperti terburu-buru, mudah terpengaruh dengan hasutan, agak kejam
dan lain-lain. Sikap baginda itu menjadikan Kesultanan Melaka berada
dalam keadaan goyah dan genting walaupun Kesultanan Melaka
memiliki kekuatan angkatan tentera yang besar dan hebat. Di samping
itu, Sultan Mahmud Syah pada ketika itu dikelilingi oleh pembesar-
pembesar yang mudah dirasuah dan bersikap tamak. Sikap menerima
rasuah dan tamak itu membuatkan mereka mudah membelot dan
khianat pada tanah air mereka sendiri.

Kegagalan Diego Lopez de Sequeira membina pengaruh


di Melaka telah mendapat perhatian yang besar oleh Raja Manuel,
Raja Portugal pada ketika itu. Alfonso de Albuquerque yang baru
dilantik menjadi gabenor Portugis di India diberi tanggungjawab

167
untuk menyerang Melaka. Raja Portugal telah mengutuskan sebuah
angkatan perang yang diketuai oleh Diego Mendez Vasconcelos untuk
menyerang Melaka.

Ketika angkatan tentera Portugis itu tiba di Goa, Alfonso de


Albuquerque tidak membenarkan Vasconcelos untuk terus menyerang
Melaka kerana angkatan tentera Portugis yang dibawa oleh beliau
sangat kecil dan tidak cukup kelengkapannya untuk menyerang
angkatan tentera Melaka. Alfonso de Albuquerque sebenarnya telah
mendapat maklumat bahawa Melaka memiliki angkatan perang yang
kuat. Jadi beliau ingin membina dahulu kekuatan angkatan tentera
Portugis di Goa sebelum pergi menyerang Melaka.

Apabila Alfonso de Albuquerque merasakan bahawa masanya


telah tiba untuk beliau pergi menyerang Melaka, beliau pun mula
menyiapkan segala kelengkapan dan angkatan tentera untuk belayar
ke Melaka. Maka pada awal bulan Mei 1511, Alfonso de Albuquerque
mula bertolak dari India menuju ke Melaka bersama dengan 1,400
orang tentera di mana 800 orang daripada mereka adalah berbangsa
Portugis, manakala 600 orang yang lain berbangsa India. Angkatan
tentera pimpinan Alfonso de Albuquerque menaiki sebanyak 19 buah
kapal. Alfonso de Albuquerque menaiki kapal Portugis yang paling
besar yang dinamakan Flor de la Mar.

Pelayaran angkatan tentera Portugis ke Melaka itu dipandu oleh


seorang nakhoda Gujerat. Apabila sampai di Pedir (Pidie), Alfonso
de Albuquerque mendapat tahu bahawa ada pembesar Melaka yang
sedang belayar ke Melaka dari Pedir untuk menghantar mesej kepada
Sultan Melaka tentang kehadiran angkatan tentera Portugis di Pedir.

168
Illustrasi perang antara Melaka dan Portugis pada tahun 1511.

169
Albuquerque pun menahan kapal tersebut dan membunuh semua
anak-anak kapal itu.

Sultan Melaka sudah bersiap sedia di atas kedatangan angkatan tentera


Portugis di Melaka. Namun konflik yang berlaku dalam Melaka di
samping dengan pengkhianatan dari dalam menyebabkan kekuatan
Melaka menjadi rapuh. Pada awal Julai tahun 1511, angkatan tentera
Portugis yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque itu tiba di
Melaka. Albuquerque menghantar utusan menghadap Sultan Melaka.
Beliau mahu Sultan Melaka membebaskan semua tahanan Portugis.

Sultan Melaka memberikan syarat kepada Albuquerque bahawa


baginda akan membebaskan semua tahanan Portugis dengan syarat
Portugis mesti mengeluarkan semua kapal-kapal Portugis dari
Melaka dengan serta merta. Alfonso de Albuquerque tidak bersetuju
dengan syarat Sultan. Beliau nekad mahu menyerang kota Melaka.
Beberapa orang pedagang asing yang bukan Islam dari China dan
India bertindak membantu Portugis. Pedagang-pedagang China telah
memberi askar-askar Portugis meminjam jong dan tongkang mereka.
Manakala sebahagian pembesar-pembesar Melaka yang dirasuah
mula menyalurkan maklumat sulit tentang pertahanan Melaka kepada
Alfonso de Albuquerque.1

Di pihak Melaka, pedagang-pedagang Islam dari Arab, Parsi, India,


Turki, Turki Uthmaniyah dan lain-lain bersiap sedia untuk bergabung
dalam angkatan tentera Melaka. Penyertaan bangsa asing yang
beragama Islam dalam angkatan tentera Melaka diakui sendiri oleh
penulis-penulis Portugis. Fernao Lopes De Castanheda mencatatkan

1 Bahasa Othman. 1989. Melaka Sejarah Awal Negara Kita. Hlm 56-67

170
bahawa bangsa Turki Uthmaniyah yang lengkap berbaju besi
berperang bersama orang-orang Melayu dalam menghadapi Portugis
di Kota Melaka pada tahun 1511.

Penglibatan tentera-tentera Islam dari luar negara dalam perang


menentang Portugis membuktikan semangat persaudaraan yang tinggi
di kalangan orang-orang Islam pada waktu itu. Mereka menganggap
bahawa perang tersebut bukan semata-mata perang merebut wilayah,
tetapi perang mempertahankan agama Islam.

Fernao Lopes De Castanheda mencatatkan dalam History of The


Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese seperti
berikut:-

Gabenor meminta bantuan orang Cina dalam menyediakan kepadanya


dua buah jong yang beliau menjangkakan bahawa beliau akan
memerlukannya untuk serangan ke atas kota, yang dipertahankan oleh
dua puluh ribu orang tentera. Sepuluh ribu daripada mereka adalah
tentera biasa, yang merupakan pahlawan yang handal dan lengkap
bersenjata, begitu juga dengan orang pejuang-pejuang Arab yang
bersenjatakan pedang bengkok, pedang-pedang dan perisai-perisai
yang dibekalkan kepada mereka oleh orang-orang Gujerat. Selain
daripada dua puluh ribu orang tentera tersebut, yang merupakan
penduduk tempatan, terdapat ramai tentera Jawa, Turki, Rumes
(Turki Uthmaniyah) yang berbaju besi, dan orang-orang Parsi yang
merupakan pemanah yang mahir. Sultan juga mempunyai dua puluh
gajah perang. Tidak hairanlah mengapa Sultan tidak mempunyai

171
sebarang keraguan untuk membuat keputusan ke atas bala tenteranya
bagi menghadapi mana-mana peperangan.2

Penyertaan bangsa Turki Uthmaniyah dalam angkatan tentera Melaka


boleh diramalkan bahawa wujudnya bantuan secara langsung dari
kerajaan Uthmaniyah kepada Melaka. Kewujudan bantuan Daulah
Uthmaniyah ke atas Kesultanan Melayu Melaka dalam menghadapi
Portugis adalah sangat munasabah. Ini dikuatkan lagi dengan
kenyataan dari Prof Madya Dr. Saim Kayadibi. Beliau menyatakan
seperti berikut:-

“Sultan Uthmaniyah dengan serta-merta telah mengutuskan angkatan


tentera laut dan ketenteraan bagi membantu orang-orang Melayu
ketika Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511.” 3

Di samping itu, terdapat orang-orang dari Cambay, Gujerat, Bengal


dan Calicut dalam angkatan tentera Melaka yang mana beberapa tahun
sebelum itu, orang-orang Cambay, Gujerat Bengal, dan Calicut telah
mengadakan perikatan dengan angkatan tentera Uthmaniyah untuk
menyerang Portugis di Lautan Hindi.

Tome Pires mencatatkan dalam Suma Oriental seperti berikut:-

2 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511.


Hlm 317
3 Saim Kayadibi. 2012. Islamization of the Southeast Asia: The Role of Turks.
International Conference on Islam In Asia and Oceania : Historical, Cultural and
Global Perspectives. The International Istitute of Islamic Thought and Civilization
(ISTAC), 9-11 October 2012. Kuala Lumpur

172
Illustrasi lukisan Portugis tentang penaklukan Melaka pada tahun 1511.
Kelihatan tentera asing berserban yang beragama Islam yang menyertai
angkatan tentera Melaka telah terkorban.

173
Orang-orang Melayu telah membina tembok yang kuat. Mereka juga
menempatkan banyak lancang (kapal) di laut, perahu di sungai, jong-
jong serta kapal Gujerat di laut. Semuanya siap untuk berperang.
Pada saat itu di Melaka, terdapat seorang panglima yang berasal
dari Gujerat. Dia ditugaskan untuk mempersiapkan angkatan
perang (Melaka). Nampaknya, dia sendiri sahaja cukup kuat untuk
mengatasi kapal-kapal dan tentera kita (Portugis).4

Joao de Barros pula mencatatkan dalam On The Deeds & Discoveries


& Conquests Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands
seperti berikut:-

Albuquerque datang untuk membantu (dua orang kaptennya) dan


kerana dia tidak sabar untuk memiliki semula kedudukan di jambatan
itu, dan mengukuhkan kedudukannya di situ. Tiga panglima Sultan
terbunuh termasuk Tuan Bandar yang telah diamanahkan untuk
mempertahankan jambatan tersebut. Tuan Bandar merupakan
seorang Bengali dan amat bijak serta licik.5

Di samping itu bantuan-bantuan senjata dari India ke Melaka juga


membawa kemungkinan bahawa bantuan senjata itu sebenarnya
dari Turki Uthmaniyah. Sebagai contoh, ketika Zamorin di Calicut
berperang dengan Portugis di Lautan Hindi pada tahun 1498, mereka
menerima bantuan meriam api dari Daulah Uthmaniyah. Manakala
Portugis pula telah menjumpai meriam paling besar yang digunakan

4 Armando Cortesao (1944), The Suma Oriental of Tome Pires An Account of East,
From The Sea to China and The Book of Francisco Rodrigues (Volume II).
Hlm 279
5 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511.
Hlm 165

174
oleh tentera Melaka yang dikatakan berasal dari Calicut. Maka tidak
mustahil Daulah Uthmaniyah menyalurkan bantuan meriam kepada
Melaka melalui India.

Bantuan meriam dari Uthmaniyah kepada kerajaan Calicut dinyatakan


oleh Kaushik Roy di dalam buku War Culture and Society In Early
Modern South Asia, 1740-1849. Kaushik Roy menyatakan seperti
berikut:-

“Pada tahun 1498, lapan buah kapal perang Zamorin Calicut


menyerang kapal Berrio milik armada perang Vasco de Gama.
Kapal Berrio mempunyai meriam-meriam gangsa sementara anak-
anak kapal-kapal Zamorin hanya dilengkapi dengan busur-busur
dan anak-anak panah, tombak, pedang dan lembing tanpa senjata
api. Kapal-kapal Portugis telah dibina dengan paku-paku besi
sementara kapal-kapal Zamorin diikat dengan sabut kelapa. Bagi
menghadapi kekuatan angkatan laut bersenjata Portugis ini,
Zamorin (Raja Calicut) mendapat bantuan meriam-meriam dari
Daulah Uthmaniyah.” 6

Manakala beberapa orang penulis Portugis seperti Fernao Lopes De


Castanheda dan Joao de Barros menyatakan bahawa meriam paling
besar yang ditemui oleh Portugis di Melaka adalah dari Calicut. Di
sini terdapat kemungkinan besar bahawa asal meriam besar itu adalah
dari Daulah Uthmaniyah kerana kerajaan Calicut sendiri menerima
bantuan meriam dari Daulah Uthmaniyah.

6 Kaushik Roy. 2011. War Culture and Society In Early Modern South Asia, 1740-1849.
Hlm. 12

175
Fernao Lopes De Castanheda mencatatkan dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese seperti
berikut:-

Antara meriam-meriam yang ditemui adalah beberapa pucuk meriam


besar, yang mana ianya dikatakan dihantar oleh pemerintah Kerajaan
Calicut kepada Sultan Melaka. Maka banyak senjata-senjata telah
ditemui.7

Manakala Joao de Barros pula mencatatkan dalam On The Deeds


& Discoveries & Conquests Made By Portuguese In The Seas and
Eastern Lands seperti berikut:-

7 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511.


Hlm 351

Replika Meriam Agung Kesultanan Melaka yang dipanggil Portugis sebagai


'Peca de Malacca'. Meriam yang asli berada di Muzium Ketenteraan di
Lisbon.

176
Terdapat tiga ribu pucuk meriam daripada lapan ribu pucuk meriam
yang dimiliki oleh musuh (tentera Melaka) telah ditemui yang mana
jumlahnya dimaklumkan oleh Ruy de Araujo tatkala dia memberikan
maklumat (kepada Albuquerque selepas dia dibebaskan, sebelum
berlakunya serangan ke atas kota). Beberapa pucuk meriam sangat
berat, dan salah satu daripada meriam-meriam yang sangat berat
itu adalah sangat cantik yang mana ianya dihadiahkan oleh Raja
Calicut tidak beberapa lama sebelum ini.8

Charles Truxillo dalam Crusaders In The Far East : The Moro Wars In
The Philippines In The Context of The Ibero-Islamic World War pula
menyatakan seperti berikut :-

8 Ibid. Hlm 181

177
Dari 1492-1663, orang Iberia dan umat Islam telah terkunci dalam
pertempuran untuk mengawal bahagian Afro-Eurasia. Sepanyol dan
Portugis memulakan perjuangan dengan penaklukan Granada dan
bahagian-bahagian Afrika Utara. Akhirnya, Portugis menjalankan
perang menentang Islam di Lautan Hindi, mengganggu perdagangan
umat Islam dan wilayah-wilayah Islam yang strategik (seperti Kilwa,
Mombasa, Hormuz, Diu, Melaka, dan Ternate). Sebagai tindak
balas, orang Islam di laut-laut Selatan dan Afrika Utara memanggil
Uthmaniyah untuk memohon bantuan kerana Uthmaniyah ialah
kekuasaan Islam yang terulung zaman tersebut, berjuang menentang
Sepanyol dan Portugis di Mediterranean. Empayar Uthmaniyah
menentang kuasa Portugis di Lautan Hindi, dan melancarkan
ekspedisi ke India, Habsyah dan Afrika Timur. Masyarakat di
Semenanjung Tanah Melayu bertindak balas ke atas pencerobohan
orang-orang Iberia (Portugis) dengan mengadakan perikatan
bersama umat Islam dan memohon kepada Sultan Uthmaniyah
untuk bantuan. Orang-orang Turki Uthmaniyah juga melancarkan
perang di bahagian Eropah Tengah terhadap orang-orang Danubian
dari kerajaan Flabsburgs. Di samping itu, mereka cuba untuk
mengundurkan kemaraan Russia, dan melancarkan perang terhadap
kerajaan Shafawi di Iran yang terdiri daripada penyebar-penyebar
fahaman Syiah.9

Jika Sultan Uthmaniyah sedar tentang bahaya ancaman Portugis


terhadap umat Islam di India, mustahil baginda tidak menyedari
perkara yang sama bakal berlaku di Melaka. Jika Daulah Uthmaniyah
menghantar bantuan kepada umat Islam di India ketika menghadapi

9 Charles Truxillo. 1953. Crusaders In The Far East : The Moro Wars In The
Philippines In The Context of The Ibero-Islamic World War. Hlm 115

178
Makam Sultan Bayezid II yang terletak di Istanbul, Turki.

Portugis, maka tidak mustahil Daulah Uthmaniyah turut melakukan


perkara yang sama pada Melaka.

Namun, salah satu sebab yang menjadikan bantuan secara langsung


dari Daulah Uthmaniyah kepada Melaka pada tahun 1511 tidak
dapat dikenal pasti dalam catatan-catatan sejarah adalah kerana
situasi yang dihadapi sendiri oleh Daulah Uthmaniyah. Ketika
Melaka diserang Portugis pada tahun 1511, Daulah Uthmaniyah
juga sedang mengalami detik-detik yang sukar. Tahun 1511 itu
adalah waktu-waktu terakhir pemerintahan Sultan Bayezid II
di mana baginda wafat pada bulan Mei 1512.

Pada penghujung tahun 1511, Sultan Bayezid II menghadapi pelbagai


masalah dan tentangan dari dalam dan luar negara. Di dalam Daulah
Uthmaniyah, berlaku pergaduhan sengit di antara kedua-dua puteranya
iaitu Putera Salim dan Putera Ahmad. Pergaduhan ini hampir
mencetuskan perang saudara antara pengikut Putera Salim dan Putera

179
Ahmad. Situasi ini menyebabkan Sultan Beyazid II sibuk meredakan
ketegangan yang berlaku di antara kedua-dua putera baginda itu.
Tentangan yang dihadapi oleh baginda dari luar Uthmaniyah pula ialah
dari kerajaan Shafawi dan Sultan Bayezid II sedang sibuk menangani
tentangan dari kerajaan Syiah Shafawi dan kerajaan-kerajaan Kristian
di Eropah.

Kerajaan Shafawi yang bermazhab Syiah dan berpusat di Tabriz, Iran


pada ketika itu diperintah oleh Sultan Shah Ismail. Pada tahun 1511,
Sultan Shah Ismail cuba menyebarkan mazhab Syiah dalam Daulah
Uthmaniyah sebagai langkah awal beliau untuk menumbangkan
Daulah Uthmaniyah. Maka Sultan Bayezid II pun menghantarkan
angkatan tenteranya keseluruh pelusuk Daulah Uthmaniyah untuk
membendung gerakan pemberontak yang berfahaman Syiah yang
didalangi oleh Sultan Shah Ismail itu. Kemuncaknya, Perdana Menteri
Uthmaniyah iaitu Ali Pasha terbunuh ketika menentang pemberontak-
pemberontak Syiah ini.10

Kesibukan yang dialami oleh Sultan Bayezid II pada tahun 1511 ini
menyebabkan baginda tidak dapat memberi perhatian dan tumpuan
khusus terhadap Melaka. Namun catatan Castanheda tentang
kewujudan orang-orang Turki Uthmaniyah yang berbaju besi dalam
angkatan tentera Melaka membuktikan bahawa wujudnya bantuan
ketenteraan dari Uthmaniyah kepada Melaka. Orang-orang Turki
datang ke Melaka dengan membawa baju besi membawa erti bahawa
matlamat utama kedatangan mereka ialah untuk memberi bantuan
ketenteraan.

10 Mehmet Maksudoglu. 2011. Osmanli History and Institutions. Hlm 223

180
Serangan pertama Portugis di bawah pimpinanan Albuquerque ke
atas Melaka berlaku pada 25 Julai 1511. Mereka menembak peluru-
peluru meriam mereka dari laut menuju ke Kota Melaka. Serangan
meriam Portugis itu dibalas dengan serangan meriam dari angkatan
tentera Melaka. Perahu-perahu Portugis yang bergerak dari kapal-
kapal mereka dibedil dengan peluru-peluru meriam dari askar-askar
Melaka. Namun, sebahagian mereka berjaya mendarat ke pelabuhan
Melaka dan berlakulah pertempuran hebat di darat.

Peperangan pertama ini dimenangi oleh angkatan tentera Melaka.


Portugis mengalami kekalahan teruk sehingga menyebabkan mereka
terpaksa berundur. Di samping itu, sebahagian kapten Portugis
memujuk Alfonso de Albuquerque untuk menghentikan usaha
penaklukan Melaka. Kekalahan yang mereka alami itu menyebabkan
mereka yakin bahawa mereka tidak akan dapat menawan Melaka.
Fernao Lopes De Castanheda mencatatkan dalam History of The
Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese seperti
berikut:-

Apabila Albuquerque menyedari bahawa kejadian yang berlaku


ternyata bertentangan dengan apa yang telah diramalkan,
beliau memutuskan agar seluruh angkatan tentera kembali
ke kapal armada. Ia tidak boleh dilaksanakan untuk mengutuskan
sebahagian tentera ke kapal armada untuk membawa balik makanan
kerana setiap tentera yang bersama dengannya memang benar-
benar diperlukan. Tidak mungkin untuk mereka dapat mengukuhkan
kubu di jambatan dalam keadaan tenteranya mengalami keletihan
sebagaimana dirinya. Mereka tidak mampu untuk membangunkan kubu
kayu. Jika beliau mara ke kawasan masjid, pasti akan mengalami

181
kekalahan, disebabkan musuh akan mengatasi tentera-tenteranya.
Atas sebab-sebab sedemikian, beliau mengambil keputusan untuk
berundur.11

Apabila tidak menerima sebarang jawapan, Kapten Major berunding


dengan kapten-kaptennya tentang apa yang perlu dilakukan. Beliau
telah memutuskan bahawa oleh kerana Melaka adalah terlalu
kuat, maka amat bodoh untuk memeranginya. Di samping pulang
ke pelabuhan, mereka harus kembali ke India sebelum "monsun
kecil" berakhir. Jika mereka tidak pulang, mereka perlu menunggu
tiga atau empat bulan untuk "monsun besar", dan tiada tempat untuk
menunggu, mereka akan merasa kehilangan. Adalah lebih baik untuk
kehilangan orang-orang tawanan yang masih tinggal di darat dari
kehilangan seluruh armada, yang pasti akan hilang jika mereka
menentang musuh yang telah bersedia untuk melakukan sedaya upaya
bagi memusnahkannya, jika armada Portugis kekal lebih lama.12

Sejak kekalahan pertama dengan angkatan tentera Melaka, Alfonso


de Albuquerque mula menyusun kembali strateginya untuk menawan
Kota Melaka. Beliau cuba mendapatkan maklumat-maklumat sulit
tentang pertahanan Melaka dari pembesar-pembesar dan pedagang-
pedagang asing beliau telah sogok. Fernao Lopes De Castanheda
mencatatkan bagaimana maklumat sulit Melaka dibocorkan kepada
Portugis. Beliau mencatatkan seperti berikut:-

Terdapat begitu banyak insiden yang menunjukkan kesombongan


Sultan, yang mana Gabenor tidak dapat bersabar lagi, lalu memutuskan
11 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511.
Hlm 333
12 Ibid. Hlm 97

182
untuk memulakan perang ke atas Sultan. Ini kerana beliau kini tahu
tentang maklumat terperinci berkaitan pertahanan di kota ini,
misalnya tentang bilangan angkatan tentera yang dimiliki Sultan
dan di mana senjata-senjata api diletakkan. Beliau memberikan
arahan agar serangan ke atas kota dilakukan oleh pasukan bot-bot
kapal, sebahagian daripada mereka bersenjatakan meriam berat, dan
juga dengan menggunakan dua bot panjang yang telah ditawan.13

Rui D 'Araujo menyatakan pendapatnya kepada Gabenor bahawa


sekiranya dia berjaya menawan jambatan, maka Sultan akan menyerah
diri. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang dilihat selepas itu,
pendapat ini adalah salah, dan juga Rui D 'Araujo tidak tahu keadaan
sebenarnya, tetapi hanya bercakap berdasarkan apa yang dilihatnya
sahaja. Ketua-ketua orang Cina memberikan maklumat yang lebih
baik mengenai kekuatan angkatan tentera Melaka, dan mereka
melihat bahawa kuasa Portugis adalah begitu kecil, iaitu hanya
satu per sembilan belas daripada ukuran tentera Melaka. Mereka
menasihati Gabenor agar tidak mendarat dan memberikannya fakta
sebenar tentang angkatan tentera Melaka. Musuh boleh dikalahkan
dengan baik dengan melakukan kepungan, kata mereka, kerana
tentera Melaka akan terputus bekalan mereka sendiri dan bergantung
kepada makanan yang masuk melalui jalan laut. Jadi, jika bekalan
melalui jalan laut terputus, maka angkatan Melaka boleh mengalami
kebuluran dan membawa kepada kekalahan.14

Setelah dua minggu berundur dari menyerang Melaka, maka Alfonso


de Albuquerque memutuskan untuk menyerang Melaka sekali lagi.

13 Ibid. Hlm 325


14 Ibid. Hlm 327

183
Berikutan itu, pada 8 Ogos 1511, angkatan tentera Portugis telah
menyerang Melaka buat kali kedua. Namun pada kali ini angkatan
tentera Melaka telah tewas. Kota Melaka dapat ditawan oleh Portugis.
Mereka pun mula membina kubu mereka yang diberi nama A Famosa.
Di samping itu, Portugis turut membina gereja mereka di Melaka.

Portugis turut melakukan “Portuguese Inquisition” ke atas Melaka


iaitu satu proses penghapusan Islam secara total. Semua masjid-masjid
dirobohkan atau ditukar menjadi gereja. Batu-batu nisan pada makam
umat Islam habis dibongkar dan dicabut. Umat Islam juga dipaksa
memeluk agama Kristian. Mereka diseksa dengan seksaan yang penuh
kejam seperti mana yang dilakukan ke atas umat-umat Islam di India.15

Sultan Mahmud Syah dan para pembesarnya telah melarikan diri ke


Johor dan kemudiannya baginda melarikan diri ke Kampar, Sumatera.
Putera baginda yang bernama Sultan Alauddin Riayat Syah II telah
ditabalkan menjadi Sultan Kerajaan Johor Lama yang berpusat di Kota
Tinggi. Dari situ baginda melakukan beberapa serangan dan ancaman
terhadap Portugis di Melaka. Seorang lagi putera Sultan Mahmud
Syah iaitu Sultan Muzaffar Syah pula dirajakan di Perak. Kedua-dua
buah kerajaan Melayu itu menggantikan Kesultanan Melayu Melaka
yang diranapkan oleh Portugis.

15 Ibid. Hlm 353

184
USAHA

UTHMANIYAH
MERAMPAS MELAKA
DARI PORTUGIS

S
etelah Portugis menguasai Melaka, pedagang-pedagang Islam
mula beralih ke Aceh. Pedagang-pedagang Islam tidak dapat
lagi berdagang di Kota Melaka kerana Portugis melakukan
kekejaman dan penindasan terhadap umat Islam. Kapal-kapal
perdagangan Islam di pelabuhan Melaka juga semuanya habis dibakar
oleh Portugis. Sehubungan itu, semua pedagang-pedagang Islam dari
Arab, Parsi, Turki Uthmaniyah, India dan lain-lain yang mana sebelum
ini menjadikan Melaka sebagai tempat perdagangan yang utama telah
memilih Aceh sebagai pelabuhan utama yang baru. Ini disebabkan
Kesultanan Aceh bangkit sebagai sebuah kekuasaan Islam yang baru
di rantau ini bagi menggantikan Melaka.

185
Dr. Ahmad Dahlan menukilkan di dalam buku yang bertajuk Sejarah
Melayu seperti berikut:-

“Sejak Portugis menguasai Pelabuhan Melaka, saudagar-saudagar


Islam dari Gujerat, Turki, Parsi dan Jazirah Arab enggan belabuh di
Melaka dan memilih Aceh sebagai tujuan.” 1

Sebelum wujudnya Kesultanan Aceh, telah wujud beberapa


kerajaan Islam di Wilayah Aceh seperti Samudera Pasai, Pedir
dan Lamuri. Pada tahun 1514, Sultan Ali Mughayat Syah telah
mengasaskan Kesultanan Aceh dan menjadikan Kutaraja (Banda
Aceh) sebagai pusat pemerintahannya. Pada tahun 1524, Sultan
Ali Mughayat Syah telah berjaya menakluki Pedir dan Samudera
Pasai lalu menyatukannya di bawah Kesultanan Aceh. Sejak itu,
Aceh mula menjadi satu kuasa besar di rantau ini menggantikan
Kesultanan Melayu Melaka. Malah Aceh boleh dianggap sebagai
sebuah kerajaan Islam paling gemilang dan paling unggul
di Nusantara.

Sebaik sahaja Portugis berjaya menguasai Melaka pada tahun


1511, Melaka telah menjadi pusat perdagangan Portugis paling
utama di rantau ini. Di samping itu, Portugis turut menjadikan
Melaka sebagai pusat penyebaran agama Kristian. Portugis juga
telah menjalankan dasar yang sangat kejam terhadap umat Islam
di Melaka. Keadaan ini menyebabkan Daulah Uthmaniyah dan semua
kerajaan-kerajaan Islam di Alam Melayu berusaha untuk mengusir
Portugis dari Melaka. Serangan dan ancaman dari Kesultanan Johor

1 Ahmad Dahlan. 2014. Sejarah Melayu. Hlm. 165

186
Lama juga dilakukan secara berterusan ke atas Portugis di Melaka
semenjak Melaka ditawan Portugis.

Pada tahun 1519, Kesultanan Johor telah mengadakan sekatan makanan


ke atas Portugis di Melaka. Pedagang-pedagang di Selat Melaka
ditegah dari membawa bekalan makanan ke Melaka. Keadaan ini
sangat menyukarkan Portugis sehingga mereka terpaksa menghantar
pegawai mereka yang bernama Antonio Correa untuk mendapatkan
bekalan makanan dari Burma untuk dibawa ke Melaka.2

Pada tahun itu juga iaitu tahun 1519, Portugis di Melaka mendapat
berita bahawa Daulah Uthmaniyah telah menggerakkan angkatan
tenteranya ke Melaka untuk membebaskan umat Islam yang
ditindas sekaligus mengusir Portugis dari bumi Melaka. Berita ini
sangat membimbangkan Portugis. Pihak Portugis kini diserang oleh
kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara dari pelbagai arah. Jika Turki
Uthmaniyah datang menyerang mereka pada ketika itu, sudah pasti
mereka sukar untuk mempertahankan Melaka. Sehubungan itu, cuba
menyekat angkatan tentera Uthmaniyah di Laut Merah.

Prof Azyumardi Azra dalam bukunya yang bertajuk Jaringan


Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad ke-17 dan 18
menyatakan seperti berikut:-

Pada 1519, Portugis di Melaka digemparkan dengan berita tentang


pelepasan armada perang Uthmaniyah untuk membebaskan umat
Islam Melaka dari penjajahan kafir (Portugis). Sebaliknya, berita ini
tentu sahaja menggembirakan kaum Muslimin tempatan. Menurut

2 Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Hlm 326

187
Pigafetta, yang melaporkan berita itu, Portugis segera mengirimkan
armada perangnya di Laut Merah untuk menghadang angkatan laut
Turki tersebut. Ketika Portugis melihat sejumlah kapal Turki terdampar
di pantai berhampiran Aden, mereka segera menghancurkannya.3

Pada tahun 1525, seorang Laksamana Uthmaniyah yang bernama


Salman Reis telah mengutuskan satu laporan kepada Sultan
Uthmaniyah pada ketika itu iaitu Sultan Salim tentang ancaman
Portugis di kepulauan Alam Melayu khususnya Melaka. Beliau
mencadangkan agar Daulah Uthmaniyah dapat mengutuskan angkatan
tentera di kepulauan Alam Melayu (Nusantara) supaya mengusir
Portugis dari Melaka.

Prof Azyumardi Azra menyatakan bahawa pihak berkuasa Uthmaniyah


dilihat mendapat maklumat penuh tentang pencerobohan Portugis
di Lautan Hindi. Pada tahun 1528, Laksamana Turki yang terkenal
di Laut Merah, Salman Reis telah mengingatkan Istanbul tentang
ancaman Portugis ke atas wilayah-wilayah Uthmaniyah di rantau
Laut Merah dan Teluk Parsi. Selepas memberi penerangan terperinci
tentang serangan Portugis terhadap pelbagai pelabuhan di Lautan
Hindi, beliau melaporkan tentang kemajuan pergerakan Portugis di
kepulauan Alam Melayu dan bahayanya mereka terhadap perdagangan
rempah yang dimiliki pedagang-pedagang Turki. Salman Reis
akhirnya mencadangkan penghantaran kuasa Uthmaniyah ke sana.4

Pada tahun 1537 itu, tentera Aceh seramai 3,000 orang datang
menyerang Portugis di Melaka. Terjadilah pertempuran di antara
3 Azyumardi Azra. 2013. Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan
Nusantara Abad 17 dan 18. Hlm 42
4 Ibid. Hlm 41

188
kedua-dua pihak selama 3 hari 3 malam. Setelah itu, tentera
Aceh kembali semula ke Aceh. Pada tahun 1537 itu juga, putera
Sultan Ali Mughayat Syah iaitu Sultan Ala’uddin Riayat Shah
al-Qahar telah ditabalkan menjadi Sultan Aceh yang baru.
Seperti mana ayahandanya, baginda juga sangat berkeinginan untuk
mengusir Portugis dari bumi Melaka.5

Maka pada tahun 1547, Sultan Ala’uddin Riayat Shah al-Qahar


telah menyerang Portugis di Melaka. Kali ini dengan bilangan
askar yang lebih ramai. Tentera Aceh hampir berjaya menguasai
Kota Melaka. Mereka telah berjaya menawan Melaka hingga
ke Kampung Keling. Namun tentera Aceh gagal menawan kubu
A Famosa. Kekuatan pertahanan Portugis menyebabkan Aceh gagal
mengusir Portugis dari Melaka. Portugis terus menguasai Melaka
disebabkan kegagalan tentera Aceh menawan kubu A Famosa. Tentera
Aceh terpaksa berundur ke Aceh.6

Sultan Ala’uddin Riayat Shah al-Qahar berfikir bahawa Aceh patut


mendapat bantuan ketenteraan dari Uthmaniyah dalam misi mengusir
Portugis dari Melaka. Baginda mahu menjadikan Aceh sebagai
pengkalan utama Daulah Uthmaniyah di Nusantara untuk menyerang
Portugis di Melaka. Tanpa bantuan Uthmaniyah, amat sukar bagi Aceh
untuk menentang Portugis.

Prof Dr. Abdullah al-Ahsan menukilkan dalam makalahnya yang


bertajuk Muslim and European Perceptions of Oceanic “Trade”

5 Hasanuddin Yusuf Adan. 2013. Islam dan Sistem Pemerintahan Di Aceh Masa
Kerajaan Aceh Darussalam. Hlm 187
6 Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Hlm 287

189
in the Fifteenth and Sixteenth Centuries and their Imp.lications for
International Politics seperti berikut:-

“Ancaman Portugis terhadap umat Islam turut membawa (tentera)


Uthmaniyah ke Nusantara. Sejurus selepas kejatuhan Melaka,
pelbagai percubaan dilakukan untuk menawan kembali Melaka dari
umat Islam tempatan iaitu dari Johor, dari kerajaan Aceh yang baru
ditubuhkan dan kerajaan-kerajaan Islam yang berhampiran menemui
kegagalan.”7

Maka pada tahun 1547, Sultan Ala’uddin Riayat Shah al-Qahar


telah mengutuskan seorang duta dari Aceh ke Istanbul untuk
memperkukuhkan hubungan dua hala. Pada tahun 1562 dan 1564,
Sultan Ala’uddin Riayat Shah al-Qahar sekali lagi mengutuskan
utusan ke Istanbul bagi menghadap Sultan Sulaiman al-Qanuni.

Baginda mahu menjalankan perikatan dengan Uthmaniyah untuk


menyerang Portugis di Melaka. Melalui utusannya, Sultan Ala’uddin
Riayat Shah al-Qahar telah menghadiahkan emas, rempah ratus dan
lada kepada Sultan Uthmaniyah.

Pada tahun 1565, Sultan Sulaiman al-Qanuni telah mengutuskan


duta Uthmaniyah ke Aceh sebagai balasan pengutusan duta Aceh ke
Istanbul. Pada tahun 1566, Sultan Sulaiman al-Qanuni telah wafat.
Pengganti baginda iaitu Sultan Salim II telah meneruskan misi Daulah
Uthmaniyah untuk memberikan bantuan ketenteraan kepada Aceh.

7 Abdullah al-Ahsan. 1999. Muslim and European Perceptions of Oceanic "Trade"


in the Fifteenth and Sixteenth Centuries and their Implications for International
Politics. Intellectual Discourse (Jilid 7, No. 2). Hlm 176

190
Pada tahun 1566, Sultan Salim II telah mengarahkan Laksamana
Uthmaniyah iaitu Kurtoglu Hezeir Reis untuk mengetuai angkatan
tentera Uthmaniyah yang diutuskan ke Aceh. Di samping sepasukan
besar angkatan tentera, Sultan Salim II juga mengirimkan sejumlah 15
buah kapal panjang, dua buah kapal besar dan pakar-pakar pembuat
meriam diraja. Namun begitu, Sultan Salim kemudiannya mendapat
berita tentang pemberontakan yang terjadi di Yaman. Jadi baginda
terpaksa mengarahkan agar pasukan tentera yang disiapkan ke Aceh
itu dilencongkan ke Yaman terlebih dahulu.

Kesan dari arahan Sultan Salim II itu, maka bantuan yang tiba ke Aceh
menjadi lebih kecil dari perancangan yang asal. Bantuan ketenteraan
dari Uthmaniyah yang tiba di Aceh pada tahun 1566 ialah sepasukan
angkatan tentera, dua buah kapal perang berserta dengan 5 orang pakar
pembuat senjata api dan meriam.8

Syeikh Nuruddin ar-Raniri menukilkan dalam Bustanus Salatin seperti


berikut:-

Kemudian dari itu maka Kerajaan Sultan Alauddin Riayat Shah ibn
Sultan Ali Mughayat Shah, pada hari Isnin waktu Dhuha 20 bulan
Dzulkaedah ialah yang mengadatkan segala istiadat kerajaan Aceh
Darussalam dan menyuruh utusan kepada Sultan Rum (Uthmaniyah),
ke negeri Istanbul kerana meneguhkan agama Islam. Maka dikirim
Sultan Rum daripada segala jenis-jenis utus dan pandai yang tahu
menuang bedil. Maka pada zaman itulah dituang orang meriam yang
besar-besar. Dan ialah yang pertama berbuat kota di negeri-negeri

8 Ermy Azziaty Rozali. 2016. Turki Uthmaniah : Persepsi dan Pengaruh Dalam
Masyarakat Melayu. Hlm 108-111

191
Aceh Darussalam, dan ialah yang pertama-tama ghazi dengan segala
kafir sehingga sendirinya berangkat menyerang Melaka.9

Dengan itu, pada 16 Februari 1568, perikatan tentera Aceh,


Uthmaniyah, Calicut dan Jepara telah menyerang Portugis
di Melaka. Dalam serangan ini, angkatan tentera Aceh terdiri
daripada 15,000 orang tentera yang mana 400 orang daripadanya
adalah tentera Turki Uthmaniyah. Selain itu, mereka juga
membawa sebanyak 200 pucuk meriam tembaga. Serangan ini
dipimpin oleh Sultan Ala’uddin Riayat Shah al-Qahar
sendiri. Namun kali ini perikatan tentera Aceh,
Uthmaniyah, Calicut dan Jepara itu juga gagal
menewaskan Portugis di Melaka.10
9 Siti Hawa Haji Salleh (penyt). 2012. Bustan al-Salatin. Hlm 2
10 Ermy Azziaty Rozali. 2016. Turki Uthmaniah : Persepsi dan
Pengaruh Dalam Masyarakat Melayu. Hlm 111

Penulis di sisi makam Sultan


Ala’uddin Riayat Shah
al-Qahar yang terletak di
Banda Aceh. Sultan al-Qahar
pernah berhubung dengan
Sultan Sulaiman al-Qanuni
bagi membebaskan Melaka
dari cengkaman Portugis.

192
Usaha penyerangan Portugis ini tidak terhenti apabila Sultan
Ala’uddin Riayat Shah al-Qahar wafat pada tahun 1571. Sultan-
sultan Aceh yang berikutnya masih tetap menyerang Portugis di
Melaka dan mereka terus mendapat bantuan dari Daulah Uthmaniyah.
Namun kegemilangan Daulah Uthmaniyah juga mula menurun
setelah kewafatan Sultan Sulaiman al-Qanuni. Beberapa siri serangan
terhadap Portugis berikutnya dilakukan oleh Aceh pada tahun 1579,
1582, 1587 dan 1606.

Serangan terhadap Portugis oleh Aceh menjadi semakin aktif dan


rancak di bawah pimpinan Sultan Iskandar Muda. Baginda mula
ditabalkan menjadi Sultan Aceh pada tahun 1607. Setelah menjadi
Sultan Aceh, Sultan Iskandar
Muda terus berusaha untuk,
mengusir Portugis dari
Melaka. Hubungan antara
Aceh dan Uthmaniyah kembali
diperkukuhkan dengan lebih
erat lagi.

Sultan Ahmad yang


merupakan
S u l t a n
Uthmaniyah
pada zaman

193
itu telah mengutuskan duta ke Aceh.
Selain itu, baginda juga mengutuskan
sejumlah besar senjata-senjata api
pakar dalam bidang ketenteraan dari
Daulah Uthmaniyah ke Aceh. Sultan
Iskandar Muda turut mendapat khidmat
para arkitek Turki dan tenaga mahir
dalam bidang binaan dari Istanbul bagi
membina kompleks istananya yang
begitu hebat. Mereka ini dikatakan
berasal dari Wilayah Syam. Apabila
tiba di Aceh, mereka membina sebuah
penempatan yang dinamakan Bitay,
sempena nama Baitul Muqadis yang
terletak dalam Wilayah Syam.11

Dalam misi membebaskan Melaka


dari Portugis, Uthmaniyah nampaknya
mahu menjadikan Aceh sebagai sebuah
kerajaan khalifah di Nusantara di
mana semua kerajaan-kerajaan Islam
di Nusantara harus tunduk bernaung
di bawah Aceh. Sultan Iskandar Muda
mahu kerajaan-kerajaan Islam di
Semenanjung Tanah Melayu bernaung
di bawahnya supaya mudah bagi Aceh
mengusir Portugis. Namun kerajaan-
kerajaan Islam ini enggan. Maka Aceh
Penulis di hadapan makam Sultan
11 Ibid. Hlm 111 Sulaiman al-Qanuni di Istanbul, Turki.

194
pun menyerang Johor dan Pahang.
Perkara ini menyebabkan hubungan
di antara Aceh dan kerajaan-kerajaan
Islam di Semenanjung Tanah Melayu
menjadi tegang.

Dengan bantuan Uthmaniyah, Sultan


Iskandar Muda memulakan usahanya
untuk menewaskan Portugis di Melaka.
Pada tahun 1615, Sultan Iskandar Muda
memulakan serangan terhadap Portugis
di Melaka. Namun Aceh gagal lagi pada
kali ini. Pada 1629, Sultan Iskandar
Muda telah melakukan serangan secara
besar-besaran ke atas Portugis di Melaka
buat kali kedua.

Perang kali ini dipimpin sendiri oleh


Sultan Iskandar Muda. Beberapa orang
pembesar dan orang penting di Aceh
turut terlibat dalam perang ini seperti
Ketua Hakim Kerajaan Aceh, Syeikh
Syamsuddin as-Sumatra-i. Namun
apabila tiba di Deli, seorang menantu
Sultan Iskandar Muda telah membelot.
Beliau secara senyap telah pergi ke
Melaka untuk memberitahu Portugis
tentang kedatangan bala tentera Aceh.
Oleh itu, pembesar-pembesar Aceh
menasihati Sultan Iskandar Muda agar

195
baginda tidak menyertai peperangan ini dan pulang semula ke Aceh.
Mereka bimbangkan keselamatan baginda. Maka Sultan Iskandar
Muda pun pulang semula ke Aceh.

Angkatan perang Aceh pada kali ini terdiri daripada 20,000 orang
tentera bersama 236 buah kapal perang. Angkatan perang ini
terbahagi kepada 2 pasukan iaitu pasukan laut dan pasukan darat.
Pasukan tentera Aceh mula menyerang di darat melalui Tengkera,
Kampung Jawa, Bandar Hilir dan Tebing Sungai Punggur. Serangan
dari darat dan dari laut dilakukan secara serentak menyebabkan
angkatan tentera Portugis yang berkubu di Bukit Cina dan Bukit
St John dapat dikalahkan. Portugis terpaksa berundur dan bertahan
di Bukit Gereja Madra de Dios.

Portugis dapat mempertahankan kekuatannya di Bukit Gereja Madra


de Dios selama dua bulan sahaja. Aceh telah meningkatkan serangan
ke atas pertahanan Portugis di Bukit Gereja Madra de Dios itu. Tentera
Aceh akhirnya berjaya menewaskan pertahanan Portugis di situ serta
dapat membunuh panglima perang Portugis yang bernama Diego
Lopez de Fonseca.

Tentera Portugis yang masih hidup melarikan diri ke dalam kubu


A Famosa. Berikutan kematian Fonseca, angkatan Portugis dipimpin
pula oleh Francisco de Maya. Angkatan tentera Aceh berjaya menawan
banyak tempat di Kota Melaka. Oleh itu, angkatan tentera Aceh telah
membina benteng yang panjang dari Tengkera ke Bukit Cina. Mereka
seterusnya dapat memasuki Kota Melaka melalui Bunga Raya terus ke
Gereja St Laurenga di tepi Sungai Melaka dan berjaya mengepung A
Famosa di mana askar-askar Portugis bertahan di dalamnya.

196
Angkatan tentera Aceh mengepong tentera Portugis yang
terperangkap dalam kubu A Famosa itu selama lima bulan dengan
harapan agar angkatan tentera Portugis kebuluran dan seterusnya
akan menyerah diri. Aceh hampir berjaya menakluki Melaka dari
Portugis. Namun begitu, berita pengepungan ini telah sampai
ke Goa, India iaitu pusat pemerintahan Portugis di Asia. Terdapat
orang yang membelot dengan melaporkan berita itu kepada Portugis
di India.

Maka sejumlah besar angkatan tentera Portugis dari India telah


diutuskan ke Melaka untuk membantu tentera Portugis yang terkepung.
Tentera-tentera Melayu dari Pahang, Johor dan Patani juga turut
bersekutu dan bergabung dengan Portugis bagi membalas dendam
terhadap tindakan Aceh terhadap mereka. Perang pun berlaku sekali
lagi. Kedatangan angkatan tentera Portugis dari Goa sambil dibantu
oleh angkatan tentera Pahang, Johor dan Patani ini menyebabkan
Aceh mengalami kekalahan kali ini.12

Seramai 19,000 orang dari kalangan tentera Aceh yang syahid


di bumi Melaka. Antaranya Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i.
Kekalahan besar Aceh itu menyebabkan Aceh tidak lagi aktif untuk
menyerang Melaka. Namun dari satu sisi yang lain, Portugis juga
mengalami banyak kerugian akibat serangan Aceh itu sehingga
Portugis dikatakan hampir muflis. Sebab itu Portugis tidak lagi
berjaya menjadi kuasa besar dunia akibat kerugian yang dialaminya
setelah menakluki Melaka. Sejak itu juga, penguasaan Portugis
di Nusantara semakin melemah.

12 Haji Mohamed Hisa Tahat. 1994. Serangan Terbesar dan Terakhir Aceh
Ke Atas Portugis Di Melaka Tahun 1629. Hlm 33-38

197
Beberapa tahun kemudian, Sultan Iskandar Muda telah mengahwinkan
puterinya dengan putera Raja Ahmad Pahang yang ditawannya
dahulu iaitu Iskandar Thani. Tindakan Sultan Iskandar Muda ini telah
memulihkan hubungan Pahang/Johor dengan Aceh. Sultan Iskandar
Thani kemudiannya dilantik menjadi Sultan Aceh setelah kemangkatan
Sultan Iskandar Muda pada tahun 1637.13

Pada tahun 1641, angkatan tentera Johor yang dibantu oleh Belanda
telah berjaya mengalahkan Portugis di Melaka. Kesan dari kemenangan
tersebut, Johor telah menyerahkan Melaka kepada Belanda dan
Johor diminta melindungi kepentingan perniagaan Belanda di Selat
Melaka.14

Belanda yang pada mulanya dilihat hanya mahu menjalankan


perniagaan di rantau ini, telah bertindak memulakan usaha penjajahan.
Sikap dan polisi yang dijalankan oleh Belanda ini tidak jauh dengan
sikap Portugis. Tindak tanduk Belanda ini menyebabkan orang-orang
Melayu mula memusuhi Belanda. Belanda terus menguasai Melaka
sehingga tahun 1824 sebelum diserahkan kepada Inggeris. Sejak
Inggeris mengambil alih, Melaka tidak lagi menjadi pusat perdagangan
yang penting. Inggeris terus menguasai Melaka sehinggalah Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Sementara itu, Johor mula menjalinkan hubungan secara rasmi


dengan Turki Uthmaniyah ketika zaman pemerintahan Sultan
Abu Bakar. Baginda telah mengunjungi Sultan Abdul Hamid II

13 Hasanuddin Yusuf Adan. 2013. Islam dan Sistem Pemerintahan Di Aceh


Masa Kerajaan Aceh Darussalam. Hlm 157
14 Ahmad Dahlan. 2014. Sejarah Melayu. Hlm. 184

198
di Istanbul sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1879 dan 1893. Sultan
Abdul Hamid II juga telah menganugerahkan bintang kebesaran
kepada Sultan Abu Bakar.

Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar mentadbir Johor turut mendapat


pujian dari Sultan Abdul Hamid II. Sultan Abu Bakar mendapat
pujian yang tinggi dari Sultan Abdul Hamid II kerana berjaya
mempertahankan kerajaan Johor dari dijajah oleh Inggeris.
Hubungan akrab yang terjalin di antara kerajaan Johor dengan
Uthmaniyah menyebabkan bandar Johor Baharu dianggap
sebagai bandar kembar Istanbul. Di samping itu, undang-undang
Uthmaniyah iaitu Majallah al-Ahkam al-Adliyyah dijadikan
undang-undang rasmi Johor dan dinamakan Majalah Ahkam Johor.
Bulan dan bintang yang menjadi simbol pada bendera rasmi kerajaan
Johor juga adalah pengaruh dari bendera Turki Uthmaniyah.15

Kesimpulannya, hubungan antara bangsa Turki dan Melayu bukanlah


sesuatu yang baru. Setelah bangsa Turki berjaya mendirikan empayar
Islam Uthmaniyah, hubungan antara bangsa Turki dan Melayu terus
terjalin. Di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, Daulah
Turki Uthmaniyah turut mendapat manfaat dari perdagangan rempah
yang dijalankan di pelabuhan Kota Melaka. Dengan sebab itu, apabila
Portugis menakluki Melaka, Daulah Uthmaniyah telah berusaha
membantu untuk merampas kembali Melaka dari tangan Portugis.

15 Ermy Azziaty Rozali. 2016. Turki Uthmaniah : Persepsi dan Pengaruh Dalam
Masyarakat Melayu. Hlm 73-77

199
Meriam-meriam Aceh buatan
Turki Uthmaniyah yang kini
berada di Belanda.

200
201
Meriam-meriam besar Aceh buatan Turki Uthmaniyah yang dirampas oleh
Belanda setelah Belanda berjaya menawan Banda Aceh pada tahun 1874.
Meriam-meriam ini telah dibawa ke Belanda dan kini dipamerkan di salah
sebuah muzium di Belanda.
Surat dari Sultan Aceh,
Sultan Ala'uddin al-Qahar
kepada Sultan Uthmaniyah,
Sultan Sulaiman al-Qanuni.
Surat ini menyatakan
permohonan bantuan
ketenteraan untuk mengusir
Portugis dari Kota Melaka.

202
GARIS MASA
HUBUNGAN UTHMANIYAH DAN
ALAM MELAYU
● Pada tahun 1397, Sharif Ali datang ke Brunei membawa
sebilah pedang yang dinamakan Pedang Bongkok. Pedang
itu hadiah dari Sultan Turki Uthmaniyah (berkemungkinan
Sultan Bayezid I (1389-1402) semasa beliau menjadi Sharif
Mekah. Setelah Sharif Ali ditabalkan menjadi Sultan Brunei

203
pada tahun 1425, Pedang Bongkok itu dijadikan alat kebesaran
Kesultanan Brunei yang rasmi.1

● Hubungan awal antara Daulah Turki Uthmaniyah dengan


kerajaan Alam Melayu ialah Kesultanan Melayu Melaka iaitu
pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. Kesultanan
Melayu Melaka menjalinkan hubungan perdagangan dengan
Kerajaan Turki Uthmaniyah yang dipimpin oleh Sultan
Muhammad al-Fatih seawal tahun 1471 Masihi. Di samping
itu, Sultan Muhammad al-Fatih telah mengahwinkan
puterinya dengan putera Sultan Mansur Syah iaitu Sultan
Ala’uddin Riayat Syah. Kesultanan Melayu Melaka juga
bernaung bawah kekuasaan Uthmaniyah di mana Sultan
Mansur Syah memakai gelaran Mansur Pasha.2

● Sultan Turki Uthmaniyah iaitu Sultan Bayezid II dengan serta-


merta telah mengutuskan angkatan tentera laut dan ketenteraan
bagi membantu orang-orang Melayu ketika Portugis menyerang
Melaka pada tahun 1511.3

● Portugis mencatatkan bahawa ketika mereka berperang

1 Awang Mohd Jamil al-Sufri. 2001. Tarsilah Brunei : Sejarah Awal dan
Perkembangan Islam (Jilid I) Pusat Sejarah Brunei. Bandar Seri Begawan.
Hlm 80 & 91
2 Zafer Ozcan. 2015. Intizar Anne. Kaynak Yayinlari. Istanbul. Hlm. 57
Eeman Mohamed Abbas. 2007. Sultan Abdul Hamid II & Kejatuhan Khilafah
Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis & Golongan Minoriti). Hlm. 55
3 Saim Kayadibi. 2012. Islamization of the Southeast Asia: The Role of Turks.
International Conference on Islam In Asia and Oceania : Historical, Cultural and
Global Perspectives. The International Istitute of Islamic Thought and Civilization
(ISTAC), 9-11 October 2012. Kuala Lumpur

204
dengan Melaka pada tahun 1511, mereka mendapati bahawa
dalam angkatan tentera Melaka terdapat ramai orang-orang
Turki Uthmaniyah yang disebut sebagai Rum yang lengkap
bersenjata dan berbaju besi. Portugis kemudiannya berjaya
menakluki Kota Melaka dan berakhirlah Kesultanan Melayu
Melaka.4

● Dalam perang ini, Portugis berjaya merampas 3,000 pucuk


meriam dari 8,000 pucuk Meriam Melaka. Termasuk yang
berjaya dirampas ialah meriam paling besar yang digunakan
oleh tentera Melaka. Meriam ini berasal dari Calicut.
Sedangkan, ketika Calicut berperang dengan Portugis pada
tahun pada tahun 1498, mereka mendapat bekalan meriam dari
Turki Uthmaniyah. Maka tidak mustahil Daulah Uthmaniyah
yang menyalurkan bantuan meriam kepada Melaka melalui
Calicut.5

● Pada tahun 1512, Sultan Aceh iaitu Sultan Firman Syah telah
menjalinkan hubungan dengan Sultan Daulah Uthmaniyah,
Sultan Salim I.6

● Pada tahun 1519, Portugis di Melaka digemparkan dengan berita


tentang pelepasan armada perang Uthmaniyah untuk
membebaskan umat Islam Melaka dari penjajahan kafir
(Portugis). Sebaliknya, berita ini tentu sahaja menggembirakan
4 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 317
5 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 181
Kaushik Roy. 2011. War Culture and Society In Early Modern South Asia, 1740-1849.
Hlm. 12.
6 Hasanuddin Yusuf Adan. 2013. Islam dan Sistem Pemerintahan Di Aceh Masa
Kerajaan Aceh Darussalam. Hlm 189

205
kaum Muslimin tempatan. Menurut Pigafetta, Portugis segera
mengirimkan armada perangnya di Laut Merah untuk
menghadang angkatan laut Turki tersebut dari sampai ke Alam
Melayu. Ketika Portugis melihat sejumlah kapal Turki terdampar
di pantai berhampiran Aden, mereka segera menghancurkannya.7

● Prof Azyumardi Azra menyatakan bahawa hubungan awal


kerajaan Aceh dengan Uthmaniyah berlaku pada tahun 1530-
an iaitu di awal pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah
al-Qahar (1537-1571).8

● Pada tahun 1537, Aceh menyerang Portugis di Melaka tanpa


bantuan Uthmaniyah. Kegagalan Aceh menewaskan Portugis
di Melaka telah menguatkan azam Sultan Ala’uddin Riayat
Shah al-Qahar untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan
Daulah Uthmaniyah.9

● Ferdinand Mendez Pinto mencatatkan bahawa pada tahun


1539, 300 orang tentera Turki Uthmaniyah yang lengkap
bersenjata seperti meriam dan senapang telah membantu
Kerajaan Aceh Darussalam memerangi suku Batak.10

7 Azyumardi Azra. 2013. Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan


Nusantara Abad 17 dan 18. Hlm 42
8 Ibid. Hlm 42
9 Hasanuddin Yusuf Adan. 2013. Islam dan Sistem Pemerintahan Di Aceh Masa
Kerajaan Aceh Darussalam. Hlm 187
10 Azyumardi Azra. 2013. Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan
Nusantara Abad 17 dan 18. Hlm 43
Hasanuddin Yusuf Adan. 2013. Islam dan Sistem Pemerintahan Di Aceh Masa
Kerajaan Aceh Darussalam. Hlm 190

206
● Satu sumber Turki menyatakan bahawa utusan dari Aceh
buat pertama kalinya tiba di Istanbul pada tahun 1547. Aceh
juga mengisytiharkan wilayahnya sebagai naungan
11
Uthmaniyah.

● Pada tahun 1547, Sultan Ala’uddin Riayat Shah al-Qahar telah


menyerang Portugis di Melaka. Angkatan Aceh hampir
berjaya menewaskan Portugis. Namun gagal menembusi
kekuatan kubu A Famosa.12

● Pada tahun 1561, 2 buah kapal perang Portugis memintas


kapal perang besar milik orang Islam yang belayar dari Aceh
menuju ke Istanbul. Kapal perang tersebut dikendalikan oleh
500 orang pahlawan yang terdiri dari bangsa Turki, Habsyah
dan Aceh membawa 50 buah meriam dan wang emas untuk
diserahkan kepada Sultan Uthmaniyah. Berlakunya
pertempuran antara kedua-dua pihak. Namun kapal yang
membawa utusan Aceh berjaya sampai ke Istanbul.13

● Duta Aceh tiba di Istanbul secara rasminya pada bulan Jun


tahun 1562. Aceh ingin memohon bantuan ketenteraan dari
Uthmaniyah bagi memerangi Portugis di Melaka. Ini termasuk
bantuan senjata api seperti meriam dan pakar-pakar pembuat
senjata. Duta Aceh ini membawa emas, lada hitam dan

11 Ermy Azziaty Rozali. 2016. Turki Uthmaniah : Persepsi dan Pengaruh Dalam
Masyarakat Melayu. Hlm 107
12 Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Hlm 287
13 Azyumardi Azra. 2013. Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara
Abad 17 dan 18. Hlm 44

207
rempah ratus untuk dihadiahkan kepada Sultan Uthmaniyah,
Sultan Sulaiman al-Qanuni.14

● Pada tahun 1565, Sultan Sulaiman al-Qanuni menghantarkan


utusan balas ke Aceh. Duta tersebut bernama Lutfi Bey.15

● Pada tahun 1566, Aceh sekali lagi mengutuskan utusannya


ke Istanbul. Duta Aceh yang bernama Hussein telah datang
ke Istanbul membawa surat perutusan Sultan Alauddin
al-Qahar kepada Sultan Sulaiman al-Qanuni yang bertarikh
16 Jamadil Akhir 973 Hijrah (7 Januari 1566). Surat tersebut
ditulis dalam bahasa Turki.16

● Namun, Hussein tiba di Istanbul ketika Sultan Sulaiman


al-Qanuni (1520-1566) dalam ekspedisi ketenteraan
di Szigetvar, Hungary. Sultan Sulaiman al-Qanuni meninggal
dunia ketika ekpedisi tersebut yang menyebabkan Hussein
terpaksa menunggu selama hampir dua tahun di Istanbul.17

14 Ermy Azziaty Rozali. 2016. Turki Uthmaniah : Persepsi dan Pengaruh Dalam
Masyarakat Melayu. Hlm 108
Azyumardi Azra. 2013. Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan
Nusantara Abad 17 dan 18. Hlm 44
15 Ismail Hakki Goksoy. 2011. Ottoman-Aceh Relations As Documented In Turkish
Sources. Dlm R. Micheal Feener, Patrick Daly & Anthony Reid (penyt.). Mapping The
Acehnese Past. KITLV Press. Leiden. Hlm 69
16 Baiquni Hasbi. 2014. Relasi Kerajaan Aceh Darussalam dan Kerajaan Utsmani. .
Hlm 127
Ermy Azziaty Rozali. 2016. Turki Uthmaniah : Persepsi dan Pengaruh Dalam
Masyarakat Melayu. Hlm 108
17 Ibid. Hlm 109

208
● Sultan Salim II (1566-1574) menggantikan ayahandanya,
Sultan Sulaiman al-Qanuni sebagai Sultan Daulah
Uthmaniyah yang baru. Baginda bersetuju untuk memberikan
bantuan ke Aceh. Oleh itu, baginda telah mengutuskan
sebuah angkatan perang yang besar ke Aceh. Angkatan perang
tersebut terdiri daripada 15 buah kapal panjang, dua buah
kapal besar, angkatan tentera dari Mesir, pakar-pakar
pembuat meriam dan pelbagai kelengkapan senjata. Antara
tokoh yang diutuskan Sultan Salim II ialah Mustafa Cavus
dan Kurtoglu Hizir.18

● Namun kemudiannya, Sultan Salim II mendapat berita


berlakunya pemberontakan di Yaman. Oleh itu, baginda
mengarahkan supaya angkatan perang tersebut dilencongkan
ke Yaman dan menangguhkan pengutusan angkatan perang
ke Aceh pada tahun berikutnya.19

● Sekitar tahun 1566 atau 1567, utusan yang dihantar oleh


Daulah Uthmaniyah telah tiba di Aceh. Utusan tersebut
terdiri daripada dua buah kapal perang berserta dengan
rombongan seramai lima orang termasuk pakar membuat
senjata. Perutusan diraja dan bendera turut diutuskan dari
Daulah Uthmaniyah ke Aceh.20

● Pada tahun 1567, Sultan Uthmaniyah telah menghadiahkan


sepucuk meriam lalu meriam sebagai imbalan hadiah

18 Ibid. Hlm 110


19 Ibid. Hlm 110
20 Ibid. Hlm 111

209
secupak rempah yang dari duta Aceh. Maka meriam tersebut
dinamakan “Meriam Lada Secupak”.21

● Pada 16 Februari tahun 1568, Sultan Alauddin Riayat Shah


al-Qahar sekali lagi menyerang Portugis di Melaka. Kali ini
baginda mendapat bantuan ketenteraan dari Daulah
Uthmaniyah, Kerajaan Calicut dan Jepara. Baginda
menyerang Melaka bersama dengan 15,000 angkatan tentera
yang terdiri daripada 400 orang Turki dan 200 buah meriam
tembaga.22

● Sultan Alauddin Riayat Shah al-Qahar turut mendapat


bantuan angkatan tentera Uthmaniyah ketika berperang
dengan orang Batak dan menawan Aru di Sumatera Utara.
Seramai 60 orang Turki, 40 tentera Janisari serta tentera-
tentera dari Islam yang lain diutuskan oleh Daulah
Uthmaniyah untuk membantu Aceh.23

● Sebagai balasan, Sultan Alauddin Riayat Shah al-Qahar


memberikan keistimewaan kepada Daulah Uthmaniyah
dalam perdagangan di Pelabuhan Pasai.24

21 Baiquni Hasbi. 2014. Relasi Kerajaan Aceh Darussalam dan Kerajaan Utsmani. .
Hlm 70
Hasanuddin Yusuf Adan. 2013. Islam dan Sistem Pemerintahan Di Aceh Masa
Kerajaan Aceh Darussalam. Hlm 188
22 Ermy Azziaty Rozali. 2016. Turki Uthmaniah : Persepsi dan Pengaruh Dalam
Masyarakat Melayu. Hlm 111
23 Ibid. Hlm 113
24 Ibid. Hlm 113

210
● Pemberian meriam-meriam dan senjata-senjata api serta
pengutusan pakar-pakar pembuat senjata api menyebabkan
berlakunya perpindahan teknologi senjata api Uthmaniyah
ke Aceh. John Davis menukilkan dalam catatan
pengembaraannya bahawa meriam yang terdapat di Aceh
adalah antara meriam terbesar yang pernah beliau saksikan.25

● Industri pembuatan meriam berkembang di Aceh sehingga


menerima tempahan dari wilayah-wilayah lain di Alam
Melayu seperti Demak dan Banten. Ini bermakna teknologi
membuat meriam dari Uthmaniyah mengalir ke Alam
Melayu melalui Aceh.26

● Walaupun hubungan antara Aceh dan Uthmaniyah tetap


berlangsung dan terpelihara sehingga abad ke-19, namun
hubungan antara Aceh dan Turki Uthmaniyah dilihat agak
suram dan surut selepas kemangkatan Sultan Sultan Alauddin
Riayat Shah al-Qahar.

● Pada tahun 1575, Sultan Babullah di Ternate melancarkan


perang ke atas Portugis dan baginda berjaya menewaskan
Portugis dan mengusir Portugis dari Ternate. Pada tahun
1579, duta England yang bernama Francis Drake datang
ke Ternate dan beliau mendakwa bahawa beliau menjumpai
orang Turki di Istana Sultan Babullah. Di samping itu, beliau
juga melihat 60 orang dalam Majlis Penasihat Sultan Babullah

25 Ibid. Hlm 113


26 Ibid. Hlm 113

211
yang berjubah dan berserban seperti pakaian orang-orang
Turki.27

● Sultan Babullah mampu menewaskan Portugis dan berkuasa


di rantau kepulauan Maluku kerana mendapat bantuan
ketenteraan dari Uthmaniyah. Tentera-tentera Ternate
mendapat latihan dari ahli senjata api Turki di mana mereka
diajar tentang bom, bahan peledak dan senjata api yang lain.28

● Setelah Sultan Iskandar Muda naik takhta Aceh pada


tahun 1607, hubungan antara Aceh dan Uthmaniyah kembali
diperkukuhkan dengan lebih erat lagi. Semasa zaman
pemerintahan Sultan Iskandar Muda, Sultan Uthmaniyah
iaitu Sultan Ahmad pernah mengutuskan dua orang utusan
iaitu Celebi Ridwan dan Celebi Ahmad ke Aceh untuk
mendapatkan bekalan ubat-ubatan terutama kapur barus bagi
merawat Sultan Ahmad. Di samping itu, baginda turut
mengutuskan sejumlah besar senjata-senjata api pakar dalam
bidang ketenteraan dari Daulah Uthmaniyah ke Aceh.29

● Sultan Iskandar Muda turut mendapat khidmat para arkitek


Turki dan tenaga mahir dalam bidang binaan dari Istanbul
bagi membina kompleks istananya yang begitu hebat. Mereka
ini dikatakan berasal dari Wilayah Syam. Apabila tiba
27 John Barrow. 1844. The Life, Voyages and Exploits of Sir Francis Drake. Hlm 68
28 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. 2015. A History of Early Modern
Southeast Asia, 1400-1830. Hlm 167
29 Ermy Azziaty Rozali. 2016. Turki Uthmaniah : Persepsi dan Pengaruh Dalam
Masyarakat Melayu. Hlm 54 & 59
Baiquni Hasbi. 2014. Relasi Kerajaan Aceh Darussalam dan Kerajaan Utsmani. .
Hlm 72

212
di Aceh, mereka membina sebuah penempatan yang
dinamakan Bitay, sempena nama Baitul Muqadis yang terletak
dalam Wilayah Syam.30

● Pada tahun 1615, Sultan Iskandar Muda memulakan serangan


terhadap Portugis di Melaka dengan bantuan Uthmaniyah.
Pada 1629, Sultan Iskandar Muda telah melakukan serangan
secara besar-besaran ke atas Portugis di Melaka buat kali
kedua. Perang kali ini dipimpin oleh tokoh-tokoh penting
Aceh. Antaranya Qadi Malikul Adil (Ketua Hakim Kerajaan
Aceh) Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i. Angkatan perang
Aceh pada kali ini terdiri daripada 20,000 orang tentera
bersama 236 buah kapal perang.31

● Ketika zaman pemerintahan Sultanan Safiatuddin Tajul


Alam (1641-1675), duta Uthmaniyah yang juga bertugas
sebagai komandan angkatan laut Aceh iaitu Sayyid al-Kamal
telah membantu Syeikh Abdul Rauf as-Sinkili untuk belayar
ke Yaman. Tujuan pelayaran Syeikh Abdul Rauf as-Sinkili
ke Yaman ialah untuk menyambung pengajian ilmu agamanya
di sana.32

● Dalam rangka usaha menentang Belanda, Sultan Ageng


Tirtayasa (1651-1682) iaitu Sultan Banten telah mengutuskan
puteranya Abdul Qahar (Sultan Haji) ke Istanbul untuk
mempelajari selok belok pentadbiran dan ilmu ketenteraan
30 Ermy Azziaty Rozali. 2016. Turki Uthmaniah : Persepsi dan Pengaruh Dalam
Masyarakat Melayu. Hlm 111
32 Anthony Reid. 1969. Sixteenth Century Turkish Influence in Western Indonesia.
Journal of Southeast Asia History. Jld 10. No.3. Hlm 414

213
dari Uthmaniyah. Di samping itu, Syeikh Yusuf al-Makasari
yang menjadi penasihat utama Sultan Ageng Tirtayasa juga
pernah menuntut ilmu di Istanbul. Beliau turut berperang
bersama Sultan Ageng Tirtayasa menentang Belanda.33

● Pada tahun 1757, Sultan Sulu iaitu Sultan Mu’izuddin telah


meminta bantuan Uthmaniyah untuk menghadapi tentera
Sepanyol.34

● Pengaruh Uthmaniyah juga amat besar dalam Perang Jawa -


Belanda yang dipimpin oleh Pangeran Diponegoro dari tahun
1825-1830. Pangeran Diponegoro menjadikan Uthmaniyah
sebagai model ikutannya. Beliau menggelarkan dirinya
Ngabdulhamit sempena nama Sultan Abdul Hamid
Uthmaniyah.35

● Pangeran Diponegoro juga membentuk pasukan tenteranya


berdasarkan sistem tentera Uthmaniyah. Para panglima
perangnya memakai gelaran ‘Basya’ (Pasha), gelaran yang
dipakai oleh para pembesar dan panglima Uthmaniyah seperti
panglima tertinggi angkatan jihad Diponegoro iaitu
Ali Basya Sentot dan panglima-panglima yang lain seperti
Basya Uthman, Basya Raden Prawirodirjo dan Basya
Ngabdul Latif.36

33 Ermy Azziaty Rozali. 2016. Turki Uthmaniah : Persepsi dan Pengaruh Dalam
Masyarakat Melayu. Hlm 85
34 Ibid. Hlm 10
35 Ibid. Hlm 51
36 Ibid. Hlm 51

214
Surat dalam bahasa Arab dari Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin Syah
kepada Sultan Uthmaniyah untuk meminta bantuan menghadapi
pencerobohan Siam ke atas Kedah pada tahun 1825.

● Pada tahun 1825, ketika Siam menceroboh Kedah yang


membawa kepada Perang Siam- Kedah, Sultan Kedah iaitu
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah mengutus surat
kepada Sultan Uthmaniyah untuk memohon bantuan tentera
Uthmaniyah bagi menghadapi angkatan tentera Siam.

● Aceh kembali mempereratkan hubungan dengan Uthmaniyah


pada 1849 apabila Sultan Aceh iaitu Sultan Ibrahim Mansur
Syah (1836-1870) mengutuskan surat yang ditulis dalam
bahasa Arab dan bahasa Melayu kepada Sultan Abdul Majid

215
Surat dalam bahasa Melayu
dari Sultan Aceh, Sultan
Ibrahim Mansur Syah
kepada Sultan Uthmaniyah,
Sultan Abdul Majid pada
tahun 1849 untuk memohon
bantuan bagi menghadapi
serangan Belanda.

Peta Alam Melayu yang


dilakar oleh Sultan
Ibrahim Mansur Syah
pada tahun 1850 dan
diutuskan kepada
Sultan Abdul Majid.

216
YANG TERSIRAT PADA PETA
SEMENANJUNG TANAH MELAYU
LAKARAN SULTAN ACEH KEPADA
SULTAN UTHMANIYAH
Pada tahun 1850, Sultan Ibrahim Mansur Syah Aceh telah melakar
peta Alam Melayu untuk diutuskan pada Sultan Abdul Majid I
Uthmaniyah (ayah Sultan Abdul Hamid II). Pada peta tersebut,
Semenanjung Tanah Melayu dinamakan sebagai ‘Anadolu ( 
)’
(Anatolia). Seperti sedia maklum, Anatolia atau Anadolu adalah
sebuah wilayah Uthmaniyah yang terletak di Turki.

Apa yang tersurat, nama Anadolu ( 


) ini membawa maksud
semenanjung walaupun makna asalnya bukanlah semenanjung. Ini
kerana Anatolia itu adalah sebuah semenanjung di Turki. Sedangkan
semenanjung dalam bahasa Turki ialah ‘yarimadasi’

Namun penulis merasakan ada yang tersirat pada peta ini kenapa
semananjung Tanah Melayu ditandakan dengan nama Anadolu setelah
membaca kandungan surat Sultan Ibrahim Mansur Syah kepada Sultan
Abdul Majid yang ditulis dalam bahasa Melayu. Ini hanyalah andaian
penulis berdasarkan penelitian pada peta dan surat.

Dalam surat yang ditulis pada tahun 1849 itu, Sultan Ibrahim Mansur
Syah Aceh seolah-olah memberikan isyarat pada Sultan Abdul Majid
agar Uthmaniyah bertapak di Semenanjung Tanah Melayu dan
menjadikannya Anatolia kedua buat Uthmaniyah bagi menghadapi

217
kejahatan Belanda di Alam Melayu. Pada ketika ini Semenanjung
Tanah Melayu masih bebas dari penguasaan Inggeris memandangkan
Perjanjian Pangkor mula ditandatangani pada tahun 1874.

Antara kandungan surat dalam bahasa Melayu yang diutuskan


oleh Sultan Ibrahim Mansur Syah Aceh pada Sultan Abdul Majid I
(Uthmaniyah) :-

1) Adapun kerana hal ehwal surat ini Patik mengirimkan ke


bawah Dauli Hadrah kerana tatkala dahulu Negeri Jawi
(Alam Melayu) sekiannya orang muslim kuatlah dengan
berbuat ibadah dan tetaplah agama Islam dan senanglah
kehidupan segala orang fakir dan miskin dan lainnya. Dan
sekarang sudah lama binasa negeri kerana sudah masuk
orang kafir Belanda…..

2) Adapun sekarang ini kita hendak berlawan perang dengan


orang Belanda kerana Belanda itu adalah kepala perang….

3) Adapun kerana Patik sekarang ini sangatlah musykil dan


kesukaran kerana Negeri Jawa dan Negeri Bugis dan Negeri
Bali dan Negeri Burniu dan Negeri Palembang dan Negeri
Minangkabau sudah lama dihukumkan oleh orang Belanda
dan sangatlah susah segala orang muslim….

4) Sesudah itu maka Patik berfikirlah dengan segala hulubalang


dan segala orang-orang besar bagaimanalah kita ini tiadalah
datang perintah dan wasatah daripada Penghulu kita
di Negeri Rum adapun kerana Negeri Rum terlalu sangat
jauh…..

218
I (1839-1861). Baginda turut mengutuskan selembar peta
Alam Melayu berserta dengan surat-surat pada tahun 1850.
Sultan Ibrahim Mansur Syah berkemungkinan besar
menjangkakan bahawa Belanda akan menyerang Aceh.37

Surat dalam bahasa


Arab dari Sultan
Jambi iaitu Sultan
Taha Saifuddin kepada
Sultan Uthmaniyah,
Sultan Abdul Majid
untuk meminta bantuan
bagi menghadapi
serangan Belanda.

37 Baiquni Hasbi. 2014. Relasi Kerajaan Aceh Darussalam dan Kerajaan Utsmani. .
Hlm 155-159

219
● Pada tahun 1857, Sultan Taha Saifuddin, Sultan Jambi telah
memohon bantuan dari Daulah Uthmaniyah untuk
menghadapi Belanda.38

● Pada tahun 1864, seorang Arab yang bernama Abdullah al-


Junaid dilantik menjadi duta Uthmaniyah di Singapura. Ini
adalah petanda usaha awal Turki Uthmaniyah untuk
membebaskan Alam Melayu dari penjajahan British.39

● Aceh kembali mempereratkan hubungan ketenteraan dengan


Uthmaniyah pada 1868 apabila Sultan Aceh mengutuskan
Habib Abdul Rahman al-Zahir, imam besar Aceh
Darussalam ke Mekah untuk menyampaikan petisyen
permohonan bantuan daripada 65 orang pentadbir Aceh
kepada gabenor Turki Uthmaniyah di Jeddah iaitu
Muhammad Pasha. Petisyen itu juga memohon Uthmaniyah
untuk menghantarkan pegawai-pegawainya ke Aceh bagi
mengukuhkan naungan Uthmaniyah ke atas Aceh.40

● Pada tahun 1873 Belanda mula menyerang Aceh


Darussalam. Sultan Aceh iaitu Sultan Mahmud Shah
(1870-1878) mengutuskan Habib Abdul Rahman
az-Zahir dan Teuku Nyak Abbas ke Istanbul sebagai duta
Aceh pada tahun tersebut. Habib Abdul Rahman membawa
tiga pucuk surat dari Sultan Mahmud Shah, Aceh kepada

38 Ermy Azziaty Rozali. 2016. Turki Uthmaniah : Persepsi dan Pengaruh


Dalam Masyarakat Melayu. Hlm 291
39 Ibid. Hlm 291
40 Ibid. Hlm 119

220
Sultan Abdul Aziz (1861-1876) bagi memohon bantuan
ketenteraan menentang Belanda.41

● Pada tahun 1877, berlakunya perang antara Uthmaniyah


dan Rusia. Pada tahun yang sama juga, seorang pembesar
Turki Uthmaniyah bernama Ahmad Efendi telah datang ke
Pulau Pinang dan menceritakan tentang perang yang berlaku
antara kedua-dua pihak tersebut. Maka pada tahun 1896,
sebuah kitab yang berjudul Hikayat Peperangan al-Maulana
Sultan Istanbul telah siap dikarang oleh Muhammad Saman
yang mana hikayat ini dikarang berdasarkan cerita lisan oleh
Ahmad Efendi.42

● Pada tahun 1879, Kesultanan Johor mula menjalinkan


hubungan secara rasmi dengan Turki Uthmaniyah iaitu
ketika zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda
telah mengunjungi Sultan Abdul Hamid II di Istanbul pada
tahun tersebut.43

● Pada tahun 1883, pejabat kedutaan Uthmaniyah ditubuhkan


di Betawi (Jakarta) oleh Sultan Abdul Hamid II berikutan
layanan buruk yang diterima oleh umat Islam di Jawa
dari Belanda. Muhammad Kaimil Bey dilantik menjadi duta
Uthmaniyah di Betawi. Usaha menghantar pelajar-pelajar
dari Alam Melayu ke Istanbul juga telah dijalankan. Puluhan
orang pelajar dari Jawa, Sumatera, Singapura dan Sulawesi

41 Ibid. Hlm 51
42 Ibid. Hlm 39
43 Ibid. Hlm 86

221
Gambar dua orang pelajar dari Jawa yang belajar di sebuah institusi
pengajian Uthmaniyah di Istanbul.

222
telah belajar di Istanbul dengan dibiayai sepenuhnya oleh
Daulah Uthmaniyah. Mereka belajar pelbagai bidang ilmu
termasuk sains, teknologi, ekonomi dan pentadbiran.44

● Pihak Belanda memantau pergerakan Kiamal Bey terutama


apabila mendapat tahu beliau cuba membantu Kerajaan
Aceh dan Deli. Beliau juga memiliki pengaruh yang sangat
besar ke atas golongan berketurunan Arab Hadhrami di Jawa.
Beliau juga mencetuskan semangat di kalangan orang-orang
Jawa untuk menentang Belanda dan beliau bertindak
memboikot majlis sambutan pertabalan Queen Wilhelmina
(Ratu Belanda) yang diadakan di Betawi.45

● Pada tahun 1883, seorang ulama dan pemikir agung Alam


Melayu iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani telah mengunjungi
Istanbul untuk belajar pelbagai perkara. Beliau turut membawa
anak muridnya iaitu Raja Ali Kelana.46

● Pada tahun 1884, Syeikh Ahmad al-Fathani dilantik


menjadi Pentashih kitab di Mekah oleh kerajaan Turki
Uthmaniyah.47

● Pada tahun 1885, Syeikh Ahmad al-Fathani mengunjungi


Sultan Abdul Hamid II di Istanbul. Syeikh Ahmad al-Fathani
adalah seorang ulama Tanah Melayu yang bermukim
di Mekah. Beliau telah membentangkan kitab Sabil
44 Ibid. Hlm 225
45 Ibid. Hlm 293
46 Wan Mohd Shaghir Abdullah. 2007. Puisi-puisi Syeikh Ahmad al-Fathani.
Hlm xxxiv
47 Ibid. Hlm xxx

223
al-Muhtadin karangan Syeikh Arsyad al-Banjari. Kitab ini
menarik perhatian Sultan Abdul Hamid II dan mengarahkan
agar kitab ini diulang cetak dan kos cetakannya dibiayai oleh
baginda. Sultan Abdul Hamid II menghadiahkan sebuah peta
glob yang besar buatan Turki Uthmaniyah kepada Syeikh
Ahmad al-Fathani.48

● Dari sini kemudiannya Syeikh Ahmad al-Fathani berusaha


menubuhkan badan penerbitan dan percetakan di Alam
Melayu. Dengan itu, anak-anak muridnya iaitu Syeikh Daud
bin Ismail menubuhkan Mathba’ah al-Miriyah
al-Kalantaniyah dan Raja Ali Kelana pula menubuhkan
Mathba’ah al-Miriyah ar-Riauwiyah. Setelah beberapa lama,
seorang lagi anak muridnya iaitu Syeikh Abdul Mubin
al-Fathani membuka syarikat pencetakan dan penerbitan
iaitu Mathba’ah al-Ubudiyah al-Fathaniyah di Beserah,
Kuantan, Pahang. Melalui seorang lagi anak muridnya
iaitu Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani, dua buah
badan penerbitan telah ditubuhkan oleh Raja Haji Ahmad.
Yang pertama ialah Syarikat al-Ahmadi di Pulau Midai dan
cawangannya ditubuhkan oleh Raja Ali bin Raja Muhammad
di Singapura. Manakala yang kedua ialah Mathba’ah
al-Miriyah al-Fathaniyah di Pattani.49

● Syeikh Ahmad al-Fathani sangat optimis untuk melihat


orang-orang Alam Melayu bebas dari penjajahan Belanda,
48 Ermy Azziaty Rozali. 2016. Turki Uthmaniah : Persepsi dan Pengaruh
Dalam Masyarakat Melayu. Hlm 121
49 Wan Mohd Shaghir Abdullah. 2007. Puisi-puisi Syeikh Ahmad al-Fathani.
Hlm xxvi- xxxi

224
British dan Siam serta bernaung bawah pemerintahan
Uthmaniyah. Sheikh Ahmad al-Fathani juga menjadi
perancang kepada usaha penentangan penjajah di Tanah
Melayu dan beliau berusaha agar kerajaan-kerajaan di Tanah
Melayu bernaung di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyah.
Dalam usahanya itu, beliau telah melatih ramai kader-kader
dari kalangan anak muridnya.50

● Antara anak murid Syeikh Ahmad al-Fathani dan kader-


kadernya ialah Raja Ali Kelana, Raja Khalid Hitam, Dato’
Paduka Nik Mahmud (Menteri Besar Kelantan), Tok Kenali,
Haji Sulong dan ramai lagi. Beliau juga sangat rapat dengan
Sultan-sultan Melayu seperti Sultan Mansur Kelantan, Sultan
Zainal Abidin III Terengganu, Sultan Abdul Hamid Kedah,
Sultan Abu Bakar Johor dan Sultan Zainal Abidin Rokan.51

● Syeikh Ahmad al-Fathani juga adalah ulama Melayu yang


paling banyak menulis dan membincangkan tentang sejarah
Daulah Uthmaniyah iaitu melalui kitab-kitabnya iaitu Tarikh
Turki Uthmaniyah dan Hadiqatul Azhar Wal Rayahin. Sultan
Abdul Hamid II sendiri yang menyuruh Syeikh Ahmad
al-Fathani untuk menulis sejarah Turki Uthmaniyah. Maka
Syeikh Ahmad pun menulis sejarah itu dalam bahasa Arab dan
bahasa Melayu. Sejarah Turki Uthmaniyah itu selesai ditulis
pada tahun 1885. Penulisan ini dilakukan bagi meningkatkan

50 Ibidi. Hlm xxxi - xxxvi


51 Wan Mohd Shaghir Abdullah. 2005. Syeikh Ahmad al-Fathani : Pemikir Agung
Melayu dan Islam (Jilid 1). Hlm 131-139

225
kesedaran kepada bangsa Melayu tentang betapa pentingnya
Alam Melayu bernaung di bawah Khalifah Uthmaniyah.52

● Pada tahun 1888 dan 1895, Raja Ali Kelana mengiringi Syeikh
Ahmad al-Fathani ke Istanbul atas urusan diplomatik.
Di samping itu, duta Turki Uthmaniyah di Singapura iaitu
Kiamil Bey pernah membiayai perjalanan Raja Ali Kelana
ke Istanbul pada awal abad ke-20.53

● Sultan Abdul Hamid II yang bertindak sebagai penaung


gagasan Pan-Islamisme bukan sahaja dianggap sebagai Sultan
Uthmaniyah, tetapi sebagai Khalifah Umat Islam di Alam
Melayu. Nama Sultan Abdul Hamid turut didoakan dalam
khutbah-khutbah Jumaat di masjid-masjid di Alam Melayu.54

● Pada tahun 1889, Syeikh Ahmad al-Fathani dilantik menjadi


penasihat Syarif Mekah yang berada di bawah pemerintahan
Turki Uthmaniyah. Beliau juga diberikan kerakyatan Turki
Uthmaniyah. Pada tahun ini juga Syeikh Ahmad al-Fathani
juga mengunjungi Istanbul bagi membentangkan berita
dan laporan tentang perkembangan masyarakat Alam Melayu
yang berada bawah cengkaman penjajah kepada Sultan Turki
Uthmaniyah, Sultan Abdul Hamid II.55

52 Wan Mohd Shaghir Abdullah. 2007. Puisi-puisi Syeikh Ahmad al-Fathani.


Hlm xxxvi
53 Ermy Azziaty Rozali. 2016. Turki Uthmaniah : Persepsi dan Pengaruh Dalam
Masyarakat Melayu. Hlm 97
54 Ibid. Hlm 225
55 Ibid. Hlm 51

226
● Pada tahun 1892, 2 orang pembesar Negeri Sembilan
iaitu Sayyid Hamid bin Sayyid Shaaban (Tunku Besar Tampin)
dan Encik Omar (Penghulu Inas) mengemukakan rayuan
kepada Ketua Tentera Laut Uthmaniyah yang singgah
di Singapura agar memberikan bantuan kepada masyarakat
Melayu bagi menghadapi penjajahan Inggeris. Tindakan ini
menyebabkan Tunku Besar Tampin diberikan amaran keras
oleh Inggeris. Manakala Penghulu Inas dipecat dari
jawatannya.56

● Pada tahun 1893, Sultan Abu Bakar sekali lagi mengunjungi


Sultan Abdul Hamid II di Istanbul. Sultan Abdul Hamid II
juga telah menganugerahkan bintang kebesaran Uthmaniyah
Darjah Pertama kepada Sultan Abu Bakar. Kerajaan
Johor mendapat pujian Sultan Abdul Hamid II kerana berjaya
mempertahankan negeri dari penjajahan British. Selain itu,
bendera Turki Uthmaniyah juga dikibarkan di Johor Bahru.57

● Sultan Abu Bakar juga telah dikurniakan dua orang wanita


iaitu Khadijah Hanum untuk bernikah dengan baginda sendiri
dan Ruqayyah Hanum untuk bernikah dengan Engku Majid
bin Temenggung Ibrahim iaitu adinda Sultan Abu Bakar.
Pengurniaan kedua-dua wanita ini adalah sebagai lambang
hubungan yang berpanjangan di antara kedua-dua bangsa
tersebut iaitu Turki Uthmaniyah dan Melayu Johor.58

56 Ibid. Hlm 295


57 Ibid. Hlm 87
58 Saim Kayadibi. 2011. Ottoman Connections To The Malay World. Hlm 20

227
● Pada tahun 1891, Kapal Perang Etugrul milik Uthmaniyah
telah berlabuh di Singapura dalam perjalanan dari Turki
ke Jepun. Sebahagian anak-anak kapalnya naik ke Istana
Besar Johor. Utusan dari Aceh iaitu Sayyid Zin dihantar
ke Singapura pada Julai 1891 dengan membawa dua
pucuk surat iaitu kepada Sayyid Muhammad al-Saggof,
Konsul Uthmaniyah di Singapura dan Uthman
Basha, Kapten Kapal Etugrul. Isi kandungan
surat tersebut memohon bantuan dari Uthmaniyah
menghadapi Belanda.59

● Pada tahun 1899, Sultan Zainal Abdin Rokan telah


mengutuskan utusan ke Istanbul bagi memohon bantuan
untuk melawan penjajah Belanda. Ketika itu Syeikh Ahmad
al-Fathani turut berada di Istanbul.60

● Syeikh Ahmad al-Fathani juga berusaha menjadikan


Kemboja, Pattani, Kelantan, Terengganu bernaung di bawah
Turki Uthmaniyah. Pada tahun 1900, Syeikh Ahmad
al-Fathani telah mengunjungi Kemboja. Beliau menyalakan
semangat umat Islam di Kemboja untuk membebaskan diri
dari penjajahan Perancis dan seterusnya bernaung bawah
kekuasaan Turki Uthmaniyah.61

59 Ermy Azziaty Rozali. 2016. Turki Uthmaniah : Persepsi dan Pengaruh


Dalam Masyarakat Melayu. Hlm 272
60 Wan Mohd Shaghir Abdullah. 2005. Syeikh Ahmad al-Fathani: Pemikir Agung
Melayu dan Islam (Jilid 1). Hlm 135
61 Ermy Azziaty Rozali. 2016. Turki Uthmaniah : Persepsi dan Pengaruh Dalam
Masyarakat Melayu. Hlm 124

228
Surat dari Sultan Brunei, Sultan Hashim kepada Sultan Abdul Hamid II
untuk meminta bantuan bagi menghadapi Charles Brooke.

● Pada tahun 1903, Sultan Brunei iaitu Sultan Hashim Jalilul


Alam Aqamaddin (1885-1906) telah menulis surat kepada
Sultan Abdul Hamid II untuk meminta bantuan Uthmaniyah
disebabkan Charles Brooke telah merampas wilayah Limbang
pada tahun 1890. Namun begitu, surat tersebut tidak berjaya
sampai ke Turki kerana berjaya dirampas oleh James Heweet,
Residen British dari Singapura yang melawat Brunei.62

● Pada tahun 1908, Syeikh Ahmad al-Fathani mengambil


inisiatif dengan memohon Sultan Abdul Hamid II menjadikan
Kelantan berada di bawah naungan Uthmaniyah. Maka

62 Rozan Yunos. 2017. Dri Brunei ke Turki : Kajian Warkah Perutusan Sultan Hashim
Jalilul Aqamaddin Ke Hadapan Majlis Sultan Abdul Hamid II Pada Tahun 1903
Dalam Usaha Mempertahankan Kedaulatan Brunei Melalui Dasar Pan-Islamisme
(Al-Jami’ah Al-Islamiyyah) Kesultanan Uthmaniyyah. Kertas Kerja Seminar Kajian
Manuskrip Borneo. Pusat Sejarah Brunei

229
Sultan Abdul Hamid II telah mengutuskan dua orang wakilnya
ke Kelantan. Namun usaha untuk membebaskan Kelantan dari
penjajahan British dan bernaung di bawah Uthmaniyah
gagal.63

● Pada tahun 1912, Sultan Perak iaitu Sultan Idris Murshidul


'Adzam Shah telah mengarahkan salah seorang puteranya
iaitu Raja Harun al-Rashid untuk melancarkan kempen
mengutip derma bagi membantu Daulah Uthmaniyyah dalam
menghadapi Perang Balkan. Hasilnya, pada 4 Januari 1913,
kutipan derma yang berjaya
dipungut mencecah $ 7610.33.
Sultan Idris sendiri turut terlibat
dalam menyumbangkan dana
tersebut. Hasil kutipan dana
itu kemudiannya diserahkan
kepada Persatuan Bulan Sabit
Merah Daulah Turki
64
Uthmaniyyah.

● Selain itu, Sultan Idris Sultan


Idris Murshidul 'Adzam
Surat rayuan dari Sultan Perak,
Sultan Abdul Aziz Shah kepada
rakyat jelata untuk menderma
kepada rakyat Turki Uthmaniyah
yang dilanda gempa bumi pada
tahun 1939.

63 Ermy Azziaty Rozali. 2016. Turki Uthmaniah : Persepsi dan Pengaruh Dalam
Masyarakat Melayu. Hlm 125
64 Ibid. Hlm 212

230
Shah turut mengamanahkan kepada penasihat agamanya
iaitu Syeikh Salleh Minangkabawi untuk menubuhkan
Madrasah Ihsaniyah di Teluk Intan, Perak. Madrasah ini dibina
dan ditubuhkan dengan wakaf dari Sultan Idris Murshidul
'Adzam Shah sendiri. Madasah Ihsaniyah
ini menjadi pusat pengajian agama Islam
di Hilir Perak. Semangat cintakan Islam
telah ditanamkan oleh Syeikh Salleh
Minangkabawi kepada umat Islam di sekitar
Teluk Intan. Maka ketika Daulah
Uthmaniyyah mengecap kejayaan dalam
perang di Edirne, bendera Turki
Uthmaniyyah dikibarkan bersama-sama
dengan bendera Perak di hadapan
madrasah ini.65

● Pada tahun 1914, kader Syeikh Ahmad


al-Fathani iaitu Haji Sulong ditangkap
oleh Perancis di Kemboja kerana disyaki
menjadi ejen perisik Turki Uthmaniyah.
Pada tahun ini juga, seorang pendakwah
Islam dari Istanbul iaitu Syeikh
Muhammad Wajih al-Jilani telah
diutuskan ke Zamboanga, Filipina untuk
memperkukuhkan pendidikan Islam.66
Syeikh Muhammad Wajih al-Jilani, pendakwah
warga Uthmaniyah yang diutuskan ke
Zamboanga, Filipina.

65 Ibid. Hlm 216


66 Ibid. Hlm 186

231
● Pada Julai 1918, satu perjumpaan sulit diadakan di rumah
Syeikh Sayyid bin Salim Moshabi di Jawa. Tujuan utama
perjumpaan ini ialah untuk menjalankan propaganda
anti-British di Tanah Melayu. Antara tokoh yang hadir dalam
perjumpaan ini ialah Syeikh Umar Manqush dan Refat Bey,
konsul Turki Uthmaniyah. Hasil dari perjumpaan ini, seorang
tokoh bernama Ali bin Awad bin Sunkar telah datang ke Pulau
Pinang bagi menjalankan misi propaganda anti-British.67

● Pada 4 November 1922, berakhirnya Daulah Turki


Uthmaniyah dengan terusir Sultannya yang terakhir
iaitu Sultan Muhammad VI Wahiduddin.
Pemerintahan kekhalifahan Turki Uthmaniyah
digantikan dengan sistem republik di mana
Mustafa Kamal Ataturk dilantik menjadi
Presiden Republik Turki yang pertama pada
29 Oktober 1923.68

Sebilah keris dari Alam Melayu


yang dipercayai keris abad ke-
17 yang disimpan di Muzium
Ketenteraan di Istanbul.

67 Ibid. Hlm 298


68 Mehmet Maksudoglu. 2011. Osmanli History and Institutions. Hlm 488
Ahmed Akgunduz & Said Ozturk. 2011. Ottoman History : Misconceptions and Truths.
Hlm 366

232
BIBLIOGRAFI
A. Samad Ahmad. 2013. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Abdul Rahman al-Ahmadi, 1985. Ibnu Batutah Pernah Singgah Di


Kuala Krai, Kelantan dlm. Nik Safiah Karim & Wan Abdul
Kadir Yusuf (pnyt.), Kelantan Dalam Perspektif Sosio-
Budaya: Satu Kumpulan Esei. Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

233
Abdullah al-Ahsan. 1999. Muslim and European Perceptions of
Oceanic "Trade" in the Fifteenth and Sixteenth Centuries and
their Implications for International Politics. Intellectual
Discourse (Jilid 7, No 2).

Ahmad Dahlan. 2014. Sejarah Melayu. Kepustakaan Populer


Gramedia. Jakarta.

Ahmad Jelani Halimi. 2006. Perdagangan dan Perkapalan Melayu


Di Selat Melaka Abad Ke-15 Hingga Ke-18. Dewan Bahasa
dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu.


Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Ahmed Akgunduz & Said Ozturk. 2011. Ottoman History :


Misconceptions and Truths. IUR Press. Rotterdam.

Anthony Reid. 1969. Sixteenth Century Turkish Influence in


Western Indonesia. Journal of Southeast Asia History.
Jld 10. No.3.

Armando Cortesao. 1944. The Suma Oriental of Tome Pires An


Account of East, From The Sea to China and The Book of
Francisco Rodrigues (Volume I). Hakluyt Society. London.

Armando Cortesao. 1944. The Suma Oriental of Tome Pires An


Account of East, From The Sea to China and The Book of
Francisco Rodrigues (Volume II). Hakluyt Society. London.

234
Awang Mohd Jamil al-Sufri. 2001. Tarsilah Brunei : Sejarah Awal
dan Perkembangan Islam (Jilid I). Pusat Sejarah Brunei.
Bandar Seri Begawan.

Azyumardi Azra. 2002. Jaringan Global dan Lokal Islam


Nusantara. Penerbit Mizan. Jakarta.

Azyumardi Azra. 2008. 1530-1670 : A Race Between Islam


Christianity. Dlm Jan Sihar Aritonang & Karel Adriaan
Steenbrink (pnyt.) A History of Christianity in Indonesia.
Koninklijke Brill NV. Leiden.

Azyumardi Azra. 2013. Jaringan Ulama Timur Tengah dan


Kepulauan Nusantara Abad 17 dan 18. Kencana
Prenadamedia Group. Jakarta.

Bahasa Othman. 1989. Melaka Sejarah Awal Negara Kita. Marwilis


Publisher & Distributors Sdn Bhd. Shah Alam.

Baiquni Hasbi. 2014. Relasi Kerajaan Aceh Darussalam dan


Kerajaan Utsmani. Lembaga Studi Agama dan Masyarakat
Aceh (LSAMA). Banda Aceh.

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. 2015. A History


of Early Modern Southeast Asia, 1400-1830. Cambridge
University Press. Cambridge.

Buzurg al-Ramhurmuzi. Aja’ibul Hind. Terj. Arsyad Mokhtar.


2017. Baytul Hikma. Pulau Pinang.

235
Charles Truxillo. 1953. Crusaders In The Far East : The Moro Wars
In The Philippines In The Context of The Ibero-Islamic World
War. Jain Publishing. California.

Christopher D. Nelson. 2017. Otranto, Battle of (1480 -1481). Dlm


Jeffrey M. Shaw dan Timothy J. Demy (penyt.) War and
Religion : An Encyclopedia of Faith and Conflict (Jilid I).
Abc- Clio. California.

Dr. Ali Muhammad ash-Shalabi. 2011. Faktor Kebangkitan dan


Sebab Kejatuhan Empayar Uthmaniyah. Salehan Ayub (terj.).
Pustaka Salam. Kuala Lumpur.

Dr. Ali Muhammad ash-Shalabi. 2015. Muhammad al-Fatih Sang


Penakluk. Muhammad Isa Anshory (terj.). al-Wafi. Solo.

Ermy Azziaty Rozali. 2016. Turki Uthmaniah : Persepsi dan


Pengaruh Dalam Masyarakat Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.

Ernest Small. 2006. Culinary Herbs. NRC Research Press. Ottawa

George Percy Badger. 1863. The Travels of Ludovico Di Varthema


in Egypt, Syria, Arabia Deserta and Arabia Felix, in Persia,
India and Ethiopia. The Hakluyt Society. London.

Geraldo Affonso Muzzi. 2014. The Portuguese in Malay Land.


Edicoes Vercial. Lisbon.

236
Haji Mohamed Hisa Tahat. 1994. Serangan Terbesar dan Terakhir
Aceh Ke Atas Portugis Di Melaka Tahun 1629. Warisan:
Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri
Sembilan 18.

Hasanuddin Yusuf Adan. 2013. Islam dan Sistem Pemerintahan


Di Aceh Masa Kerajaan Aceh Darussalam. Yayasan Pena.
Banda Aceh.

Hashim Musa & Rohaidah Kamaruddin. 2015. Hang Tuah :


Catatan Okinawa. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Serdang.

Hussain Randathani. 2007. Mappila Muslims : A Study on Society


and Anti Colonial Struggles. Other Books. Kerala.

Ismail Hakki Goksoy. 2011. Ottoman- Aceh Relations As


Documented In Turkish Sources. Dlm R. Micheal Feener,
Patrick Daly & Anthony Reid (penyt.). Mapping The
Acehnese Past. KITLV Press. Leiden.

Izziyah Suryani Arshad. 2009. Kekuasaan Portugis Di Timur dan


Hubungannya Dengan Kerajaan Uthmaniyah. Dlm Farid
Mat Zain (penyt.). Daulah Uthmaniyah dan Alam Melayu.
Karisma Publications Sdn Bhd. Shah Alam.

John Barrow. 1844. The Life, Voyages and Exploits of Sir Francis
Drake. John Murray Albemarle Street. London.

237
John Crawfurd. 1856. A Descriptive Dictionary of the Indian
Islands and Adjacent Countries. Bradbury and Evans. London.

Kassim Ahmad. 2008. Hikayat Hang Tuah. Dewan Bahasa dan


Pustaka & Yayasan Karyawan. Kuala Lumpur.

Kaushik Roy. 2011. War Culture and Society In Early Modern


South Asia, 1740-1849. Routledge. New York.

Kaushik Roy. 2015. Warfare in Pre-British India, 1500 BCE to


1740 CE. Routledge. New York.

Kenneth M. Setton. 1978. The Papacy and The Levant (1204 -1571)
(Jilid II). The American Philosophical Society. Philadelphia.

Kevin Reilly. 2012. The Human Journey: A Concise Introduction


to World History. Rowman & Littlefield Publishers. Plymouth.

Kong Yuanzhi. 2010. Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu.


Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kyai Haji Sohibul Faroji al-Rabbani. 2015. Siapakah Syeh Siti


Jenar. Dlm Tim Dakwah Pesantren (penyt.). Kumpulan
Tanya Jawab Keagamaan. Pustaka Ilmu Sunni Salafiyah-
KTB. Yogyakarta.

Liang Liji. 2009. Hubungan Empayar Melaka- Dinasti Ming Abad


ke-15. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

238
Licoln Paine. 2013. The Sea and Civilization : A Maritime History
of The World. Atlantic Books. London.

Luis Filipe Ferreira Reis Thomaz. 1993. The Malay Sultanate of


Malacca. Dlm Anthony Reid (penyt.) Southeast Asia in the
Early Modern Era: Trade, Power, and Belief. Cornell
University Press. New York.

M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From


1509-1511. Arkib Negara Malaysia. Kuala Lumpur.

Mansel Longworth Dames. 1812. The Book of Duarte Barbosa.


Hakluyt Society, London.

Mehmet Maksudoglu. 2011. Osmanli History and Institutions.


Ensar. Istanbul.

Mohd Supian Sabtu. 2002. Tamadun Awal Lembah Bujang. Dewan


Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Nayef R. F. Al Rodhan. 2012. The Role of the Arab-Islamic World


in the Rise of the West. Palgrave Macmillan. New York.

Nik Hassan Shuhaimi & Zuliskandar Ramli. 2012. Aktiviti


Perdagangan Pedagang Arab-Parsi di Semenanjung Tanah
Melayu Berdasarkan Sumber Asing dan Data Arkeologi. Dlm
International Journal of the Malay World Civilisation
(IMAN) 30 (1)

239
O.W. Wolters. 2011. Early Indonesian Commerce : The Origins of
Srivijaya. Terj. Edy Sembodo. Komunitas Bambu. Jakarta.

Paul Wheatley. 2010. The Golden Khersonese. University of


Malaya Press, Kuala Lumpur.

Pius Malakandathil, 2010. Maritime India : Trade, Religion and


Polity in the Indian Ocean. Primus Books. Delhi.

Qasim A. Ibrahim dan Muhammad A. Saleh. 2014. al-Mausu’ah


al-Muyassarah Fi At Tarikh Al Islami. Zainal Arifin (terj.).
Buku Pintar Sejarah Islam. Penerbit Zaman. Jakarta.

Rozan Yunos. 2017. Dari Brunei ke Turki : Kajian Warkah Perutusan


Sultan Hashim Jalilul Aqamaddin Ke Hadapan Majlis Sultan
Abdul Hamid II Pada Tahun 1903 Dalam Usaha
Mempertahankan Kedaulatan Brunei Melalui Dasar Pan-
Islamisme (al-Jami’ah al-Islamiyyah) Kesultanan
Uthmaniyyah. Kertas Kerja Seminar Kajian Manuskrip
Borneo. Pusat Sejarah Brunei.

S.Q Fatimi. 1963. Two Letters from Maharaja to the Khalifah : A


Study in the Early of Islam in the East. Islamic Studies.
(Karachi) 2:1.

Saim Kayadibi. 2011. Ottoman Connections To The Malay World.


The Other Press. Kuala Lumpur.

240
Saim Kayadibi. 2012. Islamization of the Southeast Asia: The Role
of Turks. International Conference on Islam In Asia and
Oceania : Historical, Cultural and Global Perspectives. The
International Istitute of Islamic Thought and Civilization
(ISTAC), 9 -11 October 2012. Kuala Lumpur.

Siti Hawa Haji Salleh (penyt). 2012. Bustan al-Salatin. Dewan


Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Stephen Oppenheimer. 2010. Eden In The East : The Drowned


Continent of Southeast Asia. Terj. Iryani Syahrir, Dieni
Purwandari & Melody Violine. Ufuk Press, Jakarta Selatan.

Stuart Cary Welch. 1985. India Art and Culture : 1300-1900. The
Metropolitan Museum of Art. New York.

Syed Nurul Akla Syed Abdullah & Adi Setia Mohd. Dom, 2006.
Pengembaraan Ibnu Battutah : Pengembara agung, karya
terulung, mengungkap wajah dunia. Institut Kefahaman Islam
Malaysia. Kuala Lumpur.

T.F. Earle dan John Villiers. 1995. Albuquerque Ceasar Timur :


Teks-teks Pilihan daripada Afonso de Albuquerque dan
Anaknya. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Vladimir Braginsky. 2012. Co-Opting The Rival Ca(N)Non: The


Turkish Episode Of Hikayat Hang Tuah. Malay literature 25-
2. School of Oriental and African Studies (SOAS). University
of London.

241
Wan Mohd Shaghir Abdullah. 2005. Syeikh Ahmad al-Fathani :
Pemikir Agung Melayu dan Islam (Jilid 1). Persatuan
Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah
Fathaniyah. Kuala Lumpur.

Wan Mohd Shaghir Abdullah. 2007. Puisi-puisi Syeikh Ahmad al-


Fathani. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Zafer Ozcan. 2015. Intizar Anne. Kaynak Yayinlari. Istanbul.

Zakaria Ali. 1994. Islamic Art In Southeast Asia 830 A.D-1570


A.D. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Laman Sesawang
https://www.redbull.com/tr-tr/yeni-baslayanlar-icin-sepak-takraw-
ayak-voleybolu-nasil-oynanir

242
BIODATA
PENULIS
Mohd Hasanuddin Bin Mohd Yusof merupakan anak kelahiran
Langkap, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Keb.
Seri Langkap dan Sek. Men Agama Izzuddin Shah, Ipoh, Perak.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan
Syariah (LLB_S) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang
Islam (LLM) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai peguambela dan peguamcara
di Azra & Associates, Petaling Jaya. Kemudian beliau menyertai
perkhidmatan awam dengan berkhidmat sebagai Pegawai Syariah di
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

243
Jawatan beliau yang terakhir dalam perkhidmatan awam
ialah sebagai Pegawai Penyelidik Bagi Ketua Hakim Syarie Negeri
Melaka. Setelah berkhidmat sebagai penjawat awam, beliau telah
meletakkan jawatan dan kemudiannya beliau telah menubuhkan sebuah
badan penyelidikan swasta berkaitan sejarah dan ketamadunan Islam di
Alam Melayu atau Nusantara. Badan penyelidikan tersebut diberi nama
Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu dan Islam. Beliau
juga sedang menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah
di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Sehingga kini, beliau sangat aktif melakukan penyelidikan
sejarah dan ketamadunan Islam di dalam dan luar negara.

Beliau juga aktif dalam bidang penulisan yang berkaitan sejarah Islam.
Antara karya-karyanya ialah Sultan-Sultan Soleh Di Nusantara,
Syariah Di Hati King Roger II, Red Indian Madinah, 10 Sahabat
Dijamin Syurga, Teknologi Kesultanan Melaka dan Miftahul
Malayu.

244

Anda mungkin juga menyukai