Anda di halaman 1dari 19

SINOPSIS BAB DEMI BAB

BAB   1 – Zulkifli sekeluarga dalam perjalanan ke kampung isterinya di Kampung


Sungai Baru Melaka. Dia membantu pasangan seikh kerana kereta mereka terjunam ke
dalam sungai. Pada mulanya Bushrah tidak mahu menolong namun dia terpaksa akur.
Pasangan seikh itu dihantar ke Hospital Seremban setelah tiba disana hari sudah lewat
malam. Keesokan harinya, mereka pergi ke Felda Ulu Tebrau menghadiri majlis
perkahwinan adik Zulkifli Nazirah. Dalam perjalanan keretanya rosak, dengan bantuan
seorang lelaki Cina kereta Zulkifli dapat diperbaiki.

BAB   2 – Zulkifli melihat banyak perubahan di Felda Ulu Tebrau. Semasa majlis
perkahwinan berlangsung Zulkifli berjumpa Maliyudi bersama isterinya Saleha bersama
anak-anaknya. Zulkifli menceritakan tentang penyakit yang dihadapi oleh anaknya
Nadhirah kepada Maliyudi. Maliyudi berasa kasihan kepada Nadhirah.

BAB   3 – Zulkifli dan Bushrah berbincang mengenai penyakit Nadhirah. Zulkifli


mengambil keputusan mendedahkan masalahnya di akhbar. Pada mulanya Bushrah malu
namun terpaksa akur. Bushrah mahu Nadhirah sihat selalu. Di samping itu Zulkifli
membuat permohonan untuk tukar kerja ke Hospital melaka kerana sudah jemu berulang
alik ke Kuala Lumpur.

BAB   4 – Zulkifli ke pejabat utusan Malaysia menyatakan hasratnya. Wartawan yang


menemubualnya bernama Mohd Yusuf. Mohd Yusuf berasa simpati terhadap penyakit
Nadhirah. Selepas itu, Zulkifli ke Hospital Kuala Lumpur untuk membuat permohonan
bertukar ke Hospital Melaka. Kemudiannya dia pergi menjemput isterinya.

BAB   5 – Pada hari itu Zulkifli dan Bushrah ke Seminar Anak Cemerlang. Zulkifli dan
Bushrah pergi ke atas kesedaran untuk menimba ilmu bagi mendidik anak supaya
menjadi cemerlang. Zulkifli dan Bushrah juga menghantar Nazli ke Tadika NURU
apabila berumur 4 tahun.

BAB   6 – Penderitaan Nadhirah yang mengidap penyakit rosak hati dan hempedu tersiar
di Utusan Malaysia. Mereka tidak menyangka Nadhirah menghidap penyakit kronik.
Sementara itu, Nadhirah tidak ke sekolah pagi itu. Gurunya menasihatinya agar berehat
sahaja di rumah. Disekolah Bushrah menjadi tumpuan rakan-rakanya, sekolah tempat
Bushrah berkerja juga telah melancarkan kutipan derma untuk keluarga Bushrah.

BAB   7 -  Tan Sri Shamsuddin sedih membaca kisah Nadhirah. Dia ialah Pengarah
Sapura Holdings. Beliau kemudian segera menghubungi isterinya, Puan Sri Sapura untuk
menyatakan hasratnya. Kemudian beliau menelefon rumah Nadhirah pula. Nadhirah yang
menjawab panggilan itu. Pada sebelah malam pula, Tan Sri Shamsuddin menelefon sekali
lagi dan dijawab oleh Zulkifli. Tan Sri Shamsuddin memintanya datang ke pejabat
keesokan hari.
BAB   8 -  Zulkifli bertemu dengan Tan Sri Shamsuddin di Pejabatnya dan membincang
mengenai kesedihan Tan Sri Shamsuddin membantu keluarganya.
Sebelum pulang Tan Sri Shamsuddin menghadiahkan kepada Zulkifli cek    RM50
000.00 sebagai permulaan sumbangannya. Sebelum pulang, Zulkifli segera ke Bank
Simpanan Nasional untuk menyimpan cek itu.

BAB   9 – Berita kesedihan Bushrah mendermakan hatinya mendapat pelbagai reaksi.


Namun dia tidak mempedulikannya. Wartwan Mohd Yusuf telah mewawancara Bushrah
mengenai perkara itu. Zulkifli pula menyokong dan menghargai pengorbanan yang
dilakukan oleh isterinya itu.

BAB   10 – Nadhirah dan ibunya, Bushrah menonton filem ` Punca Delima ` . Zulkifli
menaip skip drama, Nadhirah khusyuk mendengar lagu ` Berkorban Apa Sahaja ` yang
dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

BAB   11 -  Zulkifli menerima surat dari Muliyadi. Dia berjaya melanjutkan pelajaran
peringkat Ph.D. Dia bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian di kampus
Universiti Sains Malaysia. Sebulan selepas itu Muliyadi menyatakan dia dilantik menjadi
pensyarah kanan ITM, akhir surat Muliyadi rasa kasiahan kepada Nadhirah.

BAB   12 -  Zulkifli , Bushrah dan Nadhirah pergi ke unit hati, Hospital Kuala Lumpur.
Mereka ada temu janji bersama doktor Goethan. Sudah bertahun
Dr. Beathan merawat Nadhirah. Zulkifli dan Bushrah mendengar dengan khusyuk apa
yang diterangi oleh Dr. Goethan.

BAB   13 -  Zulkfli sekeluarga pulang ke kampung di Melaka. Pak Ramli, ayah 


mertuanya bersama kerana perkejaannya sebagai penambang di Sungai Linggi sudah
tiada lagi berikutan pembinaan jambatan baru. Bushrah menceritakan nasib Nadhirah
kepada keluarga. Mereka terkejut kerana tidak tahu Nadhirah menghidap penyakit kronik.

BAB   14 -  Nadhirah tidak ke sekolah berikutan penyakitnya yang semakin serius. Cikgu
Khairani selalu meberi soalan latihan. Beliau memberi perasang agar Nadhirah tabah
serta beliau mendoakan keselamatan Nadhirah.

BAB   15 -  Zulkifli menyatakan majlis kenduri selamat dan tahlil sempena pemergian
mereka ke Landon semua penduduk dikawasan kediamannya datang. Zulkifli membawa
Nadhirah berjumpa imam Ghazali. Imam Ghazali turut mengutip derma membantu
mereka sekeluarga.

BAB   16 -  Zulkifli sekeluarga akan berlepas ke Landon. Murid-murid Bushrah bersama


guru Bushrah berkerja turut melawat mereka. Turut hadir Tan Sri Shamsuddin bersama
isterinya, Puan Sri Sapura. Akhirnya mereka berangkat ke Landon.

BAB   17 -  Akhirnya, Zulkifli sekeluarga selamat tiba di Landon. Cuaca di Landon


cerah. Muliyadi datang melawat mereka. Muliyadi bersimpati melihat Nadhirah yang
dahulu cergas tiba-tiba menjadi lemah.
BAB   18 -  Zulkifli, Bushrah dan Nadhirah solat Subuh berjemaah. Selepas itu mereka
bersarapan bersama-sama. Zulkifli dan Bushrah bertikam lidah siapa yang patut derma
hati kepada Nadhirah. Menjelang pukul 10.30 pagi, mereka pergi ke Hospital King`s
College bertemu dengan Dr. Tan Kai Chah.

BAB   19 -  Dr. Tan Kai Chah mula melakukan ke atas pemedahan ke atas Nadhirah dan
Bushrah. Pada pukul 2.00 petang, Nadhirah perlu bedah. Pembedahan kembar itu
mengambil masa selama 14 jam dan akhirnya pembedahan itu berjaya. Doktor Tan kai
Chah menasihati Bushrah dan Nadhirah berada di Hospital selama 2 minggu.

BAB   20 -  Muliyadi menziarahi Bushrah dan Nadhirah. Mereka kelihatan masih lemah.
Pada hari ke 5, Bushrah dibernakan pulang manakala Nadhirah perlu berada di Hospital
beberapa hari lagi.

BAB   21 -  Hari minggu kota Landon cerah Muliyadi membawa keluarga Zulkifli
bersiar-siar di beberapa tempat. Antaranya Istana Bukigham, Sungai Thames, Muzium
British, Zoo Landon dan Westminster Abbey. Zulkifli meminta Muliyadi tidur
dirumahnya.

BAB   22 -  Sebelum pulang ke Malaysia Dr. Tan Kai Chah dilawati oleh Zulkifli
sekeluarga. Zulkifli mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Tan Kai Chah kerana
banyak membantu keluarganya . Muliyadi menghantar Zulkifli ke lapangan terbang.

BAB   23 -  Kapal terbang yang dinaikinya terpaksa mendarat di Batu Berendam Melaka
kerana Lapangan Terbang Subang terbakar. Mereka sekeluarga terus pergi menjemput
Nazli di rumah ibu bapa Bushrah. Bushrah telalu rindukan Nazli.

BAB   24 -  Nadhirah kini telah berusia 19 tahun dan telah melanjutkan pelajaran  ke ITM
dalam bidang perakaunan. Zulkifli mendapat tawaran berkeja di Utusan Malaysia. Pada
pagi Jumaat, tepat jam 4.00 pagi, Bushrah menghembuskan nafas terakhir. Kini Nadhirah
berjaya menamatkan pengajian dan bakal berkhawin dengan doktor Bedah Hospatal
Kuala Lumpur. Nazli berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah berasrama penuh di
Kuala Kangsar.
TEMA
= >  Kasih sayang ibu bapa terhadap anak mereka .

PERSOALAN
= > Pengorbanan ibu bapa demi kebahagian anak-anak.
= > Masyarakat yang prihatin dan saling Bantu membantu.
= > Sikap berterima kasih dan bersyukur terhadap bantuan yang diterima.

PERWATAKAN
Zulkifli
= >Bertugas di Hospital Kuala Lumpur
= >Berkahwinan dengan Bushrah
= >Seorang yang penyanyang
= >Tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup
= >Bertimbang rasa
= >Mencintai ilmu
= >Bushrah
Isteri Zulkifli
= >Mengajar di Sekolah Kebangsaan Tun Razak ( 2 )
= >Seorang ibu yang penyayang
= >Berpendirian tugas
= >Tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup
= >Meninggal dunia selepas lima tahun pembedahan hati dilakukan
Nadhirah
= >Anak sulung dan berusia 14 tahun
= >Seorang remaja yang pemalu dan tabah
= >Menghidap penyakit hati dan hempedu
Muliyadi
= >Sahabat Zulkfli
= >Berkahwin dengan bekas pensyarah
= >Melanjutkan pelajaran peringkat Ph.D. di Landon
= >Baik hati
= >Seorang yang gigih belajar
Tan Sri Shamsuddin
= >Suami Puan Sri Sapura
= >Pengarah Syarikat Sapura Holdings
= >Seorang yang sentiasa bersyukur
= >Membantu membiayai pembedahan Nadhirah di Landon
= >Bersikap rendah diri
Dr. Tan Kai Chah
= >Berasal dari Malaysia
= >Bertugas di Hospital King`s College sebagai doktor bedah.
= >Bersikap lemah lembut
= >Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
= >Akhirnya beliau kembali bertugas di Malaysia
LATAR TEMPAT
= >Simpang Jalan Kampung Melawar
= >Rumah Zulkifli, di Jalan Mewah Satu, Bandar Tun Razak
= >Rumah emak, ayah Bushrah di Kampung Kuala Sungai Muda
= >Rumah ayah Zulkifli di Felda Ulu Tebrau
= >Pejabat utusan Malaysia
= >Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak ( 2 )
= >Pejabat Tan Sri Shamsuddin ( Sapura Holdings ) di Lembah Keramat
= >Unit hati di Hospital Kuala Lumpur
= >Lapangan Terbang Subang
= >Hospital King`s College
= >Kota Landon seperti istana Buckigham, Zoo Landon, Sungai Thames dan Muzium
= >British
= >Lapangan Terbang Batu Berendam
LATAR MASA
= >berlaku pada zaman sekarang               
= >Ketika Nadhirah berumur 14 tahun   
= >Hingga dia menamatkan pengajian    
= >Waktu siang dan malam                          

LATAR MASYARAKAT
= >Masyarakat mentingkan ilmu
= >Masyarakat berkerjasama
= >Masyarakat yang prihatin
= >Masyarakat melayu

PLOT
Permulaan
Permulaan cerita ini mengisahkan perjalanan Zulkifli Sekeluarga dalam
perjalanan pulang ke Melaka. Di pertengahan jalan, Zulkifli ternampak akan sepasang
suami isteri berbangsa seikh. Pasangan itu terbabit dalam kemalangan jalan raya. Dia
menghantar pasangan seikh itu ke Hospital Seremban
Perkembangan
Berita kesedihan Bushrah mendermakan sebahagian hatinya mengemparkan
orang ramai. Tan Sri Shamsuddin bersedia membantu membiayai rawatan pembedahan
Nadhirah.
Klimaks
Bushrah dan Nadhirah di bedah. Pambedahan itu mengambil selama 14 jam.
Akhirnya pembedahan itu berjaya
Peleraian
Lima tahun kemudian Bushrah meninggal dunia. Nadhirah berjaya menamatkan
pengajiannya. Nazli pula berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah berasrama penuh.
Zulkifli bekerja di ruangan sastera Utusan Malaysia.
GAYA BAHASA
Diksi
- Penerangan
Gambaran selas serta bersesuaian dengan jalan cerita
Contoh :
Hati ialah kelejar paling besar dalam tubuh manusia. Hati terletak di sebelah kanan
bahagian atas abdomen. Ia terletak betul-betul di bawah diafragma . . . . .
( hal . 120 )

Peribahasa
Dalam novel ini, pengarang banyak menerapkan unsur peribahasa.
Contohnya :
- saya bab-bab enjin memang buta kayu
- Ia bukan mimpi disiang hari lagi
- setinggi – tinggi terbang bangau akhirnya hinggap di belakang kerbau juga

Bahasa Asing
- Bahasa inggeris. Contohnya : repair, role model, traffic jam, clear,
red fape, by line, urgent, survival, no problem, dan sebagainya.
- Bahasa Arab – Insya – allah, Subhanallah, Alhamdullilah

Inversi
- terdiam Zulkifli memikirkan jawapannya.

Metafora
- mereka tenggelam dalam lantaran fikiran masing-masing.
Simile
- Bagaikan sang pengembara yang berjalan di Gurun Sahara, keluarga   Nadhirah amat
memerlukan seteguk air untuk penghilang dahaga.                                                           
( hal. 70 )
Personifikasi
- Unsur personifikasi ada juga digunakan oleh pengrang, iaitu pengarang memberikan
sifat manusia kepada benda atau perkara.
- Yang berikut ialah contoh personifikasi :
Dalam pada menonton itu, perasaan Bushrah terus berperang.                      
( hal. 104 )
Hiperbola
-    Matahari terus memancar terik membakar kulit Zulkifli, kulit anak-anak, kulit
Bushrah dan kulit bumi.
Sinkof
-  “oh, gitu!“ kata Nadhirah sambil melontarkan pandangan ke arah Sungai Thames
( hal. 205 )
- Dalam petikan ini kata begitu disingkatkan menjadi gitu.
NILAI
- Kasih sayang
- Cekal dan Tabah
- Bersyukur dan berterima kasih
- Simpati dan belas kasihan

PENGAJARAN
- Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita dan handaklah berkorban demi
kebahagian anak- anak mereka.
- Kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan hidup dan sentiasa cekal.
- Kita hendaklah mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah membantu kita dan
bersyukur kepada Allah S.W.T.
- Kita hendaklah bersimpati dan belas kasihan kepada  orang yang berada dalam
kesusahan.

BIODATA PENGARANG
Talib Samat, dilahirkan di Senggarang, Batu Pahat, Johor. Beliau  dilahirkan pada
13 Mac 1959. Menerima pendidikan di Sekolah Rendah Felda Ulu Terbau, Sekolah
Menengah Rendah Kebangsaaan Majidi Johor Bharu hingga  peringkat Sijil Tinggi
Persekolahan. Dia menghasilkan lebih kurang 40 buah buku hingga kini. Novel dewasa
yang dihasilkannya ialah Bumi Merdeka (1987). Novel remaja yang dihasilkannya ialah
Mencari Keredaan_Mu (1989), Gores- gores Kenangan (1990), Panggilan jihad (1993),
Panas Salju (1995), Melewati Zon Selesa dan Anak Pulau Mengejar Impian. Kumpulan
cerpen beliau berjudul Hanya Sampai disini (1991) dan Lambaian Tanah Suci. Novel
Panas Salju beliau menerima hadiah Sastera Utusan Melayu Public Bank.
Soalan 1 :
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan sinopsis novel tersebut.
[ 10 markah ]
Jawapan
Novel Panas Salju, karya Talib Samat menceritakan kisah Zulkifli yang bekerja
sebagai atendan hospital di Hospital Besar Kuala Lumpur. Anaknya Nadhirah mendapat
penyakit kerosakan hati dan hempedu. Dr Gheethan dari HBKL mencadangkan Nadhirah
dirawat di King’s College, London. Isteri Zulkifli ialah Cikgu Bushrah binti Ramli yang
mengajar di Sekolah Kebangsaan Tun Razak (2) , Cheras . Cikgu Bushrah sanggup
menderma sebahagian hati kepada anak mereka, Nadhirah walaupun risikonya cukup
besar. Zulkifli menemui sahabat lamanya Mohamad Yusuf di pejabat Utusan
Malaysia agar penderitaan mereka disiarkan . Tan Sri Shamsudin yang menjadi pengarah
urusan syarikat telekomunikasi, Sapura Holding setuju menderma RM350,000 untuk kos
rawatan pemindahan hati di King’s College, London. Pakar bedah, Dr. Tan Kai Chah
berjaya memindahkan hati daripada Bushrah kepada Nadhirah. Semasa di London,
Zulkifli dibantu oleh Muliyadi Mahmood , sahabat lamanya yang juga kartunis dan
pensyarah di UiTM Shah Alam. Isteri Muliyadi Mahmood bernama Saleha Brigite ,
wanita Perancis. Muliyadi sekampung dengan Zulkifli di Felda Ulu Tiram, Johor.
Lima tahun kemudian, Bushrah meninggal dunia. Nadhirah berjaya dalam jurusan
perakaunan di UiTM Shah Alam dan bekerja di Bank Islam . Kemudian, Nadhirah
berkahwin dengan seorang doktor. Adiknya, Nazli dapat belajar di Kolej Melayu Kuala
Kangsar. Zulkifli sendiri telah belajar di Universiti Sains Malaysia secara jarak jauh.
Kemudian belajar peringkat sarjana dan seterusnya PhD di universiti yang sama. Zulkifli
akhirnya mengambil keputusan untuk tidak berkahwin lagi.
Soalan 2:
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema dan persoalan yang terkandung dalam
novel tersebut. [ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Tema novel ini
ialah kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa terhadap anak. Tema novel ini dapat
dikesan melalui rentetan peristiwa yang menjalin plotnya iaitu kisah kehidupan sebuah
keluarga yang mengalami masalah kewangan untuk merawat anak yang sakit kronik,
kerana memerlukan kos rawatan yang cukup besar jumlahnya bagi orang biasa, kecuali
keluarga itu jutawan. Sikap masyarakat yang prihatin, tanpa mengira kedudukan
membolehkan anak sakit ini menerima rawatan. Pengorbanan seorang ibu yang sanggup
bertukar nyawa untuk memberi kehidupan kepada seorang anak juga ada hubungan rapat
dengan tema novel ini.
Persoalan pertama ialah sabar dan cekal menghadapi kehidupan. Buktinya,
Zulkifli dan isterinya, Bushrah begitu sabar dan tabah menghadapi cabaran yang
menimpa mereka apabila anak gadis mereka, Nadhirah menghidap penyakit hati dan
hempedu. Mereka sering berbincang dan mencari jalan untuk mengubati anak mereka.
Persoalan kedua ialah kasih sayang ibu bapa. Buktinya, Zulkifli dan Bushrah amat
menyayangi anak mereka sehingga sanggup berkorban masa, tenaga, dan wang demi
keselamatan anaknya. Bushrah pula sanggup berkorban nyawa demi melihat kebahagiaan
anaknya.
Persoalan ketiga ialah hidup bermuafakat. Buktinya, penduduk Bandar Tun Razak
yang hidup bermuafakat telah mengadakan kenduri doa selamat sebelum Nadhirah
berangkat ke London untuk menjalani pembedahan. Hal ini bermakna muafakat amat
penting dalam hidup berjiran.
Persoalan keempat ialah kepentingan ilmu dalam kehidupan. Oleh sebab ingin
memajukan diri, Zulkifli amat mementingkan pendidikan. Dia dan kawannya, Muliyadi
berusaha sehingga berjaya memperoleh PhD.
Soalan 3:
Huraikan watak dan perwatakan bagi watak utama berdasarkan novel yang telah anda
kaji. [ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Watak utama
dalam novel ini ialah Zulkifli. Dia sudah berumah tangga dengan Bushrah dan
mempunyai dua orang anak yang bernama Nadhirah dan Nazli. Dia bekerja sebagai
pembantu perubatan di Hospital Kuala Lumpur.
Zulkifli seorang suami, bapa dan pekerja yang bertanggungjawab. Sebagai suami dan
bapa, dia berusaha mencari kos rawatan Nadhirah. Dia juga seorang pekerja yang
mematuhi peraturan di tempat kerjanya.
Zulkifli seorang yang gigih berusaha. Buktinya, dia melakukan pelbagai usaha
untuk mengumpul kos rawatan Nadhirah. Dia juga melakukan kerja-kerja sambilan
seperti menulis skrip drama radio serta gigih memperbaiki taraf pendidikan sehingga
melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.
Zulkifli seorang yang cekal dan tabah hati. Buktinya, pelbagai dugaan dan
cabaran kehidupan dilaluinya dengan semangat yang cekal. Hatinya tabah menghadapi
penyakit Nadhirah dan kematian Bushrah. Malah selepas isterinya meninggal dunia, dia
tetap meneruskan pengajiannya dalam peringkat PhD. Dia tabah menghadapi saat-saat
cemas sewaktu pembedahan Nadhirah dan Bushrah dijalankan.
Zulkifli juga digambarkan sebagai seorang yang mengenang budi dan
menghormati orang lain. Dia amat menghormati Tan Sri Shamsuddin. Yang sudi
membantu kos rawatan anaknya. Zulkifli sentiasa ingat akan bantuan yang dihulurkan
oleh orang ramai, jiran tetangga dan orang perseorangan. Zulkifli juga amat menghormati
ibu dan bapa mertuanya.
Soalan 4:
Huraikan watak dan perwatakan bagi empat watak sampingan berdasarkan novel yang
telah anda kaji. [ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Watak
sampingan pertama ialah Bushrah. Dia ialah ibu kepada Nadhirah dan Nazli. Dia seorang
guru yang bertanggungjawab dan menjalankan tugas di Sekolah Bandar Tun Razak (2).
Dia ialah isteri kepada Zulkifli dan menjadi penderma hati kepada Nadhirah. Dia
meninggal dunia lima tahun selepas pemindahan hatinya ke badan Nadhirah. Dia seorang
yang penyayang. Buktinya, dia sayang akan suami, anak, dan keluarga. Kasihnya kepada
anak terlalu mulia apabila dia sanggup mendermakan sebahagian daripada hatinya kepada
Nadhirah demi melihat anaknya bahagia.
Watak sampingan kedua ialah Nadhirah. Nadhirah ialah anak sulung pasangan
Zulkifli dan Bushrah. Dia mengalami kerosakan hati dan hempedu yang dikesan ketika
dalam darjah empat. Nadhirah seorang yang taat kepada orang tua. Dia amat
menghormati ibu bapanya dan sentiasa mendengar nasihat daripada mereka. Nadhirah
juga seorang yang berjiwa sensitif. Hatinya mudah tersentuh apabila mendengar lagu
“Kasih Ibu”. Dia juga simpati kepada mangsa kemalangan yang dibantu oleh ayahnya.
Nadhirah seorang yang berani. Dia berani menghadapi cabaran dan dugaan ketika
menghidapi sakitnya. Dia tetap bersikap optimis dan tidak mudah berputus asa.
Watak sampingan ketiga ialah Muliyadi. Beliau merupakan kawan baik Zulkifli
yang juga merupakan pensyarah ITM. Beliau berkahwin dengan wanita Perancis dan
mempunyai dua orang anak. Beliau seorang yang baik hati dan ikhlas. Bukitnya, ketika
Zulkifli dan sekeluarga berada di London, Muliyadi sentiasa memberikan pertolongan
dengan ikhlas dan memberikan sokongan moral kepada Zulkifli. Muliyadi seorang yang
gigih berusaha. Buktinya, beliau begitu gigih meningkatkan taraf akademiknya sehingga
ke peringkat PhD. Walaupun belajar di luar negara, dia tidak pernah melupakan asal-
usulnya. Buktinya, dia tetap berjiwa Melayu dan tidak lupa akan kampung halamannya.
Watak sampingan seterusnya ialah Dr. Tan Kai Chah. Beliau merupakan seorang
pakar bedah hati yang terkemuka. Beliau telah menjalankan pembedahan hati sebanyak
450 kali. Beliau seorang yang baik hati dan berfikiran terbuka. Buktinya, dia dengan
mudah menjalinkan kemesraan dengan keluarga Zulkifli tanpa mengira agama dan
kedudukan. Beliau seorang yang cekap menjalankan tugas. Buktinya, kepakaran dan cara
kerjanya yang profesional telah menunjukkan bahawa beliau seorang yang dedikasi
dalam menjalankan tugas. Beliau juga seorang yang rendah diri. Walaupun
berpendapatan lumayan, beliau sentiasa merendah diri.
Soalan 5:
Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan plot berdasarkan
novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Novel ini ditulis
mengikut kronologi. Pada bahagian permulaan atau dikenali sebagai eksposisi, biasanya
pengarang memperkenalkan watak. Permulaan cerita ini mengisahkan Zulkifli dan
keluarganya pulang ke Kuala Linggi, Melaka untuk menghadiri kenduri arwah adik
iparnya di rumah mertuanya. Selepas itu, mereka menuju ke selatan, Felda Ulu Tebrau,
Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan adik Zulkifli. Pada majlis tersebut, Zulkifli
bertemu kawan lamanya, Muliyadi yang bertugas sebagai pensyarah ITM Shah Alam.
Perkembangan cerita ialah bahagian pengarang memperkenalkan lebih banyak
watak dan cerita dilanjutkan dengan pelbagai peristiwa. Pada bahagian ini, Zulkifli dan
Bushrah berbincang tentang kos rawatan Nadhirah yang masih jauh daripada mencukupi.
Mereka kemudiannya meminta bantuan pihak media bagi memohon simpati masyarakat.
Pada waktu inilah, mereka memanjatkan kesyukuran apabila Tan Sri Shamsuddin telah
bermurah hati mendermakan RM350,000 untuk menjayakan pembedahan Nadhirah di
London.
Pada bahagian perumitan atau konflik, Bushrah dikatakan mengambil keputusan
untuk mendermakan sebahagian daripada hatinya kepada Nadhirah. Tindakannya
mendapat sokongan dan bantahan daripada pelbagai pihak. Namun begitu, Bushrah tetap
dengan keputusannya. Sebelum mereka berangkat ke London, penduduk di Taman Tun
Razak (2) telah mengadakan kenduri doa selamat untuk Nadhirah.
Pada bahagian klimaks atau puncak cerita, Zulkifli, Bushrah dan Nadhirah telah
sampai di London. Mereka menjalani pembedahan di Hospital King’s College.
Pembedahan yang dijalankan selama 14 jam tersebut diketuai oleh pakar bedah dari
Malaysia, Dr. Tan Kai Chah. Akhirnya pembedahan tersebut berjaya dilaksanakan.
Kejutan peristiwa pada bahagian ini ialah kematian Bushrah selepas lima tahun menjalani
pembedahan.
Pada bahagian peleraian atau akhir cerita, pengarang lebih tertumpu pada
kehidupan Zulkifli sekeluarga selepas kematian Bushrah. Nadhirah telah lulus Diploma
perakaunan dan bekerja di Bank Islam, Kuala Lumpur. Kemudiannya dia berkahwin
dengan seorang pakar bedah. Zukifli pula melanjutkan pelajaran dalam peringkat PhD
manakala Nazli meneruskan pelajarannya di Kuala Kangsar.
Soalan 6:
Teknik plot atau teknik penceritaan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah
karya. Huraikan teknik plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Teknik plot
pertama ialah teknik saspens. Teknik ini menyebabkan pembaca akan tertanya-tanya
tentang perkara yang berlaku. Buktinya, pengarang memasukkan teknik saspens pada
awal cerita apabila sepasang suami isteri berbangsa Sikh yang terjunam ke dalam parit
semasa Zulkifli sekeluarga dalam perjalanan menuju ke Melaka. Pembaca tertanya-tanya
keadaan mereka berdua.
Teknik kedua ialah kejutan. Teknik ini dimasukkan dan menambahkan minat
pembaca untuk meneruskan pembacaan. Dalam novel ini, kematian Bushrah selepas lima
tahun menjalani pembedahan ialah teknik kejutan. Teknik ini memberi kejutan kepada
pembaca Hal ini demikian kerana sebelum ini, tidak ada tanda-tanda Bushrah
menghadapi kesan buruk pembedahan yang dilaluinya.
Teknik ketiga ialah dialog. Dialog bermaksud pertuturan antara watak dalam
novel. Kebanyakan dialog berlaku antara Bushrah dengan suaminya. Buktinya, “Kita
mesti hadiri kursus anak cemerlang itu. Kalau tak, kita rugi besar”, kata Zulkifli sambil
menghadap sarapan pagi.
Teknik penceritaan keempat ialah monolog dalaman. Monolog dalaman
bermaksud bicara hati atau watak menyatakan perasaannya dalam hati tanpa
mengeluarkan sebarang kata-kata. Buktinya, “Ya Allah, ya Tuhanku, berilah aku
kekuatan untuk mengangkat kedua-dua mangsa ini ke dalam kereta,” doa Zulkifli dalam
hati.
Teknik imbas kembali juga banyak digunakan dalam novel ini. Teknik ini
digunakan semasa pengarang memasukkan unsur ingat semula fenomena kemalangan di
Sumatera Utara, Indonesia. Pihak berkuasa di sana dikatakan meletakkan kereta yang
remuk di bahu jalan sebagai peringatan kepada pemandu lain agar tidak memandu terlalu
laju hingga membawa maut.
Soalan 7:
Huraikan latar tempat berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang
berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Latar tempat
memainkan peranan penting dalam setiap plot cerita. Latar tempat pertama ialah Hospital
Seremban. Buktinya, kedua-dua mangsa Sikh yang terlibat dalam kemalangan dihantar
oleh Zulkifli untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Latar tempat kedua ialah Kuala Linggi, Melaka. Di sinilah rumah keluarga
Bushrah. Pada awal cerita pengarang menceritakan kenduri arwah yang dijalankan. Di
sini jugalah Nazli ditumpangkan selama Zulkifli, Bushrah dan Nadhirah berada di
London. Selepas pulang dari London, Zulkifli juga singgah di rumah mertuanya sekejap
sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
Latar tempat ketiga ialah Felda Ulu Tebrau. Tempat ini ialah kampung Zulkifli.
Zulkifli pulang ke kampung semasa menghadiri majlis perkahwinan adiknya dan
berjumpa dengan kawan lamanya yang bernama Muliyadi di situ.
Latar tempat keempat ialah Sekolah Bandar Tun Razak (2). Di sinilah Bushrah
bekerja sebagai guru. Setelah penderitaan Nadhirah disiarkan dalam surat khabar, warga
sekolah tersebut melancarkan kutipan derma kilat untuk membantu Nadhirah.
Latar tempat seterusnya ialah Hospital King’s College. Di hospital inilah
Nadhirah dan Bushrah menjalani pembedahan pemindahan hati. Pembedahan yang
dijalankan selama 14 jam itu telah berjaya dilaksanakan oleh Dr. Tan Kai Chah.
Soalan 8:
Huraikan latar masa berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang
berlaku pada masa yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Latar zaman
atau masa dalam novel ini ialah zaman moden. Terdapat beberapa peristiwa yang dapat
dikaitkan dengan latar masa seperti yang dinyatakan oleh pengarang. Latar masa pertama
ialah subuh. Pada waktu inilah Zulkifli, Bushrah, dan Nadhirah bersolat subuh
berjemaah, kemudian bersarapan pagi.
Latar masa kedua ialah waktu tengah hari. pada awal cerita, pengarang
memasukkan waktu tengah hari semasa kereta Zulkifli rosak berhampiran Simpang
Renggam. Namun begitu, dia dibantu oleh seorang lelaki yang bernama Cheng Guan.
Latar masa ketiga ialah petang. Semasa Nadhirah menjalani rawatan di London. Dr. Tan
kai Chah telah menetapkan pembedahan yang akan berlangsung selama 14 jam tersebut
bermula pada pukul 2 petang. Pada pukul 2 petanglah Nadhirah dibius.
Latar masa keempat ialah waktu malam. Pada waktu malam sebelum Nadhirah
berangkat ke London, penduduk di Taman Tun Razak (2) telah bekerjasama menjayakan
kenduri doa selamat.
Latar tempat seterusnya ialah lima tahun selepas pembedahan. Pada pukul 4.00
pagi hari Jumaat, Bushrah meninggal dunia di ribaan suaminya.
Soalan 9:
Huraikan latar masyarakat atau citra masyarakat yang digunakan oleh pengarang dalam
novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Latar
masyarakat pertama ialah masyarakat kota. Masyarakat ini terbahagi kepada dua jenis,
yakni golongan biasa dan golongan kaya raya. Buktinya, golongan biasa diwakili oleh
keluarga Zulkifli dan penduduk di taman perumahannya yang hidup harmoni. Namun
begitu, Tan Sri Shamsuddin yang dikategorikan sebagai golongan yang kaya raya tetap
tidak sombong. Malah, beliau sanggup membiayai kos pembedahan Nadhirah.
Latar masyarakat kedua ialah masyarakat desa. Masyarakat ini diwakili oleh ibu
bapa Bushrah yang tinggal di Kuala Linggi dan ibu bapa Zulkifli yang tinggal di Felda
Ulu Tebrau. Masyarakat kampung dikatakan lebih mengamalkan perpaduan terutamanya
semasa menjayakan sesuatu majlis.
Latar masyarakat ketiga ialah golongan penulis dan wartawan. Buktinya, Zulkifli
bekerja sambilan sebagai penulis skrip radio. Selain itu, Mohammad Yusuf bekerja
sebagai pemberita atau wartawan untuk akhbar Utusan Melayu.
Latar masyarakat keempat ialah golongan pendidik atau guru. Bushrah
digambarkan sebagai seorang guru yang sangat dedikasi. Dia bertugas di Sekolah Bandar
Tun Razak (2). Cikgu Khairani juga memainkan peranan yang penting dalam novel ini
kerana beliaulah yang selalu datang ke rumah Nadhirah apabila Nadhirah tidak dapat
hadir ke sekolah kerana sakit. Jasa yang ditaburkan oleh golongan pendidik amat penting
dalam masyarakat.
Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat pelbagai bangsa. Latar masyarakat
ini diwakili oleh pasangan yang berbangsa Sikh dan pemuda Cina yang bernama Cheng
Guan. Pasangan yang berbangsa Sikh inilah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya
manakala pemuda Cina yang bernama Cheng Guan membantu Zulkifli yang mengalami
kerosakan kereta di Simpang Renggam.
Soalan 10:
Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.
[ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Nilai pertama
ialah baik hati. Zulkifli digambarkan sebagai seorang yang baik hati kerana membantu
mereka yang memerlukan bantuan. Dia telah membantu pasangan Sikh yang mengalami
kemalangan.
Nilai kedua ialah kerajinan. Watak seperti Zulkifli dan Muliyadi mengamalkan
nilai ketekunan. Mereka berdua belajar bersungguh-sungguh sehingga ke peringkat PhD.
kejayaan mereka dalam bidang akademik perlu kita teladani.
Nilai ketiga ialah kejiranan. Tindakan masyarakat di tempat tinggal Zulkifli
sememangnya mengamalkan sikap kerajinan terutamanya semasa menjayakan kenduri
doa selamat. Nilai ini perlu ada pada semua penduduk di Malaysia.
Nilai keempat ialah kerjasama. Nilai ini jelas kelihatan pada penduduk desa yang
mengamalkan kerjasama semasa menjayakan sesuatu majlis. Buktinya, masyarakat desa
di Felda Ulu Tebrau bekerjasama menjayakan majlis perkahwinan adik Zulkifli.
Nilai kelima ialah kesyukuran. Oleh sebab syukur dengan kurniaan Tuhan atas
nikmat dan kekayaan yang dimiliki, Tan Sri Shamsuddin telah insaf akan kuasa Tuhan
dan mengambil keputusan untuk mendermakan RM350,000 untuk meringankan keperitan
Nadhirah.
Soalan 11:
Huraikan pengajaran atau mesej yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.
[ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Terdapat
beberapa pengajaran dalam novel ini. Pengajaran pertama ialah kita mestilah bersabar
apabila menghadapi masalah. Buktinya, Zulkifli dan Bushrah tetap bersabar menerima
takdir yang menimpa keluarga mereka. Penyakit Nadhirah dan pandangan masyarakat
terhadap mereka dihadapi dengan sabar.
Pengajaran kedua ialah kita tidak harus cepat berputus asa apabila berhadapan
dengan cabaran dan dugaan. Buktinya, Nadhirah pernah menjalani pembedahan tetapi
penyakitnya tidak sembuh. Zulkifli tetap yakin bahawa penyakit Nadhirah akan sembuh
dan melakukan pelbagai usaha untuk mengumpulkan kos pembedahan Nadhirtah.
Pengajaran ketiga ialah kita mestilah mensyukuri nikmat dan anugerah Tuhan.
Buktinya, Tan Sri Shamsuddin begitu insaf akan rezeki yang melimpah ruah yang
dikurniakan oleh Tuhan kepadanya. Oleh sebab itu, dia sanggup membiayai kos
pembedahan Nadhirah.
Pengajaran keempat ialah kita haruslah menuntut ilmu tanpa mengira usia. Buktinya,
Zulkifli tetap meneruskan hasratnya menuntut ilmu ke peringkat ijazah dan PhD
walaupun sudah berkeluarga dan bekerja.
Pengajaran seterusnya ialah kita mestilah menghargai pengorbanan orang lain.
Buktinya, Zulkifli amat menghargai pengorbanan isterinya, Bushrah yang menderma
sebahagian daripada hati kepada anaknya, Nadhirah.
Soalan 12:
Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Gaya bahasa
memainkan peranan yang amat penting dalam sesuatu karya. Gaya bahasa pertama ialah
penggunaan diksi atau istilah perubatan. Antara contoh diksi tersebut yang terdapat dalam
novel ini ialah hemoglobin, glukosa, asid laktik, glikogen, virus, bakteria dan banyak
lagi.
Gaya bahasa kedua ialah sinkof. Buktinya, tak usah, istana ni, gitu, kau.
Penggunaan singkatan kata ini banyak wujud dalam dialog.
Gaya bahasa ketiga ialah perulangan. Buktinya:
Selagi nafas berdenyut, selagi itulah kita mesti mencari ilmu. Perkataan selagi diulang
sebanyak 2 kali.
Gaya bahasa keempat ialah personifikasi atau unsur perorangan. Contohnya,
Matahari terus memancar terik membakar kulit Zulkifli. Dalam contoh tersebut, matahari
digambarkan mempunyai sifat manusia, iaitu membakar.
Gaya bahasa seterusnya ialah peribahasa. Antara peribahasa yang digunakan
dalam novel ini ialah simpulan bahasa. Buktinya, cari jalan, khabar angin, gulung tikar,
janji-janji manis, mata pencarian dan banyak lagi.

Anda mungkin juga menyukai