Anda di halaman 1dari 10

WATAK DAN PERWATAKAN 1. FARIDAH (IDAH) y Watak utama novel ini.

y Berusia awal 20-an pada permulaan cerita dan berusia linkungan 50-an pada penghujung cerita. y Berasal dari Kampung Parit Tiga, Sungai Besar, Selangor. y Anak kepada pasangan Salmah dan Mejar (B) Kamarudin dan merupakan kakak kembar seiras Rahayu. y Tinggal bersama ibunya sewaktu ibu bapanya berpisah. y Berkerja sebagai sukarelawan di Jabatan Kebajikan Masyarakat selama 3 tahun ketika muda. y Berkahwin dengan Ghazali dan berhijrah ke New Zealand setelah kematian ibu dan suaminya. y Berkahwin dengan Soleh Johnsons sewaktu mengikuti kursus dan menetap di New Zealand selama 25 tahun. y Dikurniakan sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne. y Penyanyang kerana tetap tinggal bersama ibunya walaupun telah berkahwin. y Tabah walaupun berbagai dugaan menimpanya seperti perpisahannya dengan bapanya dan adiknya serta kematian adiknya kemudian disusuli kematian ibu dan suaminya. y Kuat berpegang pada adat, budaya dan agama walaupun telah menetap di luar negara selama 25 tahun.

2. y y y y y y y y

RAHAYU (AYU) Berasal dari Kampung Parit Tiga, Sungai Besar, Selangor. Adik kembar Faridah. Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Pembangunan Manusia. Tinggal bersama bapanya dan ibu tirinya, Hamidah setelah ibu bapanya berpisah. Menghidap penyakit asma dan menderita kanser paru-paru. Rindu akan ibu dan kakaknya setelah lama berpisah, dia menghabiskan sisa hidupnya bersama ibunya di kampung dan termimpi-mimpikan kakaknya. Berkawan rapat dengan Azrul an meminta Azrul meneruskan impian mereka setelah dia tiada. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Parit Satu.

3. y y y y

AZRUL (DATUK AZRUL) Berasal dari Kampung Parit Satu, Sungai Besar, Selangor. Anak kepada Haji Othman dan Hajah Rahmah. Pelajar UPM bersama Ayu dalam bidang pertanian. Merupakan aktivis dan pejuang alam sekitar.

y y y y y y y

Kawan rapat Ayu, dia menemani Ayu ketika Ayu menjalani rawatan di hospital. Usahawan yang berjaya sehingga memiliki gelaran Datuk. Isterinya bernama Aishah dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Zain. Besan kepada Soleh Johnsons dan Faridah apabila anak mereka, Zain dan Anne berkahwin. Rakan peniagaan Soleh Johnsons ketika mengusahakan kawasan agropelancongan Tanah Tinggi Lojing. Gigih dan kuat berdikari kerana dia memilih untuk mengusahakan kambing selepas tamat pengajian daripada menerima pekerjaan makan gaji. Berpadangan jauh apabila menyuruh Zain melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk menimba pengalaman. SALMAH Ibu kepada Faridah dan Rahayu, merupakn isteri pertama Mejar (B) Kamarudin. Berpisah dengan Ayu apabila suaminya membawa Ayu pergi. Berusia 50 tahun dan sering sakit-sakit badan kerana terlalu kuat berkerja. Berketurunan Banjar. Berkulit kemerah-merahan, bermata agak sepet dan berlesung pipit ketika muda. Berkerja sebagai penyambut tetamu di Calet Seri Buana, Pangkalan Balak. Hidup susah selepas berpisah dengan suami, terpaksa berkerja keras untuk membesarkan Faridah. Penyayang kerana mahukan yang terbaik untuk anaknya apabila menyuruh Faridah mengahwini Ghazali. Sukar menerima pemergiaan Rahayu.

4. y y y y y y y y y

WATAK-WATAK LAIN 1. MEJAR (B) KAMARUDIN y Bapa Rahayu dan Faridah, bekas suami Salmah. 2. HAMIDAH y Isteri kedua Mejar (B) Kamarudin, sayangkan Ayu walaupun Ayu hanya anak tirinya. 3. y y y SOLEH JOHNSONS Nama sebenarnya Samuel Kirkby Johnsons, suami kedua Faridah. Bapa Melina dan Anne. Memiliki perusahaan menyembelih.

4. MELINA y Anak kembar Faridah dan Soleh. Mengahwini Benny dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Said al-Anbia.

5. ANNE y Adik kembar Melina. y Berkahwin dengan Zain anak Datuk Azrul, dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Melinda dan Rahayu. 6. BENNY y Nama sebenar, Jabbar al-Anbia. Suami Melina. y Hartawan berketurunan Arab. 7. y y y ZAIN Anak Datuk Azrul dan Datin Aishah. Menuntut di Universiti Lincoln. Berkahwin dengan Anne, mengusahakan perniagaan bapa mentuanya di Nw Zealand.

8. GHAZALI y Suami pertama Faridah. y Seorang yang bertanggung jawab, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. 9. MOHAMED ATTAR y Berasal dari Pakistan. y Warak, mempengaruhi Benny supaya menyertai kegiatan kumpulan militan

.BINAAN PLOT

1. PERMULAAN p Rahayu jatuh pengsan dan dirawat di hospital. p Dia disahkan menghidapi penyakit kanser paru-paru. p Dia ternampak akan gambaran bahawa dia terlibat dalam kemalangan sewaktu dia jatuh pengsan yang mana sebenarnya dialami oleh kakaknya, Faridah. p Usaha mencari Faridah dan Iqbal menemui jalan buntu.

2. PERKEMBANGAN p Kamarudin berjaya menjejaki Faridah dan Iqbal apabila Rahayu meracau-racau menyebut nama Bukit Kutu dan Sungai Kubu dalam mimpinya. p Dengan bantuan Buyung, Faridah ditemui dalam keadaan koma di perkampungan Orang Asli. p Namun Ayu telah meninggal di sisi Faridah apabila Faridah tersedar.

3. PERUMITAN/PERMASALAHAN p Faridah yang putus tunang berkahwin dengan Ghazali. p Salmah kehilangan anak buat kali kedua hingga menyebabkan keadaan kesihatannya terganggu dan akhirnya dia meninggal dunia. p Ghazali meninggal dunia setelah terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya. p Faridah yang tinggal sebatang kara telah menerima tawaran berkursus di New Zealand. p Dia terus menetap di sana dan berkahwin dengan Soleh Johnsons. p Faridah dikurniai sepasang anak kembar, Melina dan Anne.

4. KLIMAKS p Faridah bertemu Datuk Azrul, teman rapat Rahayu untuk berunding tentang perkahwinan anak mereka, Zain dan Anne.

5. PELERAIAN p Faridah kembali ke kampung halamannya setelah 25 tahun meninggalkannya. p Soleh dan Datuk Azrul berkerjasama untuk mengusahakan pusat peranginan di Tanah Tinggi Lojing. p Faridah menetap di Cameron Highlands dan berasa bersyukur dapat pulang ke tanah airnya. p Melina yang berkahwin dengan Benny telah menetap di Dubai dan dikurniai seorang anak lelaki bernama Said al-Anbia. p Anne yang berkahwin dengan Zain menetap di New Zealand untuk menguahakan perniagaan Soleh dan Anne dikurniai sepasang anak kembar iaitu Melinda dan Rahayu.

TEKNIK PLOT i.  PEMERIAN Penulis menerangkan suasana di Rosewood, Christchurch, New Zealand dan ciriciri rumah banglo yang menarik perhatian Melina di Marang.

ii.  

DIALOG Dialog antara Tok Batin Senik dengan Buyung sewaktu mereka mencari Faridah dan Iqbal. Dialog antara Datin Aishah, Faridah dan Datuk Azrul ketika mereka bertemu untuk membincangkan perkahwinan anak mereka.

iii. 

MONOLOG Rahayu bercakap sendirian apabila dia mengusap lehernya yang membengkak.

iv.  

IMBAS KEMBALI Kenangan Faridah ketika dia dan Rahayu masih kecil. Ingatan Melina terhadap ibu dan ayahnya ketika menunggu di ruang legar KLIA.

v. 

KEJUTAN Pengarang menggunakan teknik kejutan pada permulaan cerita apabila Ayu menjerit ketakutan lalu jatuh dan pengsan di lantai.

LATAR MASA  Zaman sekarang dan zaman lampau.  Jalan ceritanya berlangsung dalam jangka waktu lebih 25 tahun, iaitu ketika Faridah berkerja sebagai sukarelawan dan usianya ketika itu awal 20-an hingga dia pulang semula ke tanah air setelah 25 tahun menetap di New Zealand.  Ketika Faridah berada dalam keadaan koma, dia terperangkap dalam zaman lampau, iaitu sekitar tahun 1900-an.  Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu: Awal Pagi p Cikgu Raduan menelefon Mejar (B) Kamarudin untuk memaklumkan berita kehilangan Faridah. Pagi p Rahayu bangun pukul 6.00 pagi dan berada di perpustakaan pukul 8.00 pagi. Petang p Operasi mencari Faridah dan Iqbal terpaksa dihentikan keran hari sudah petang. Senja p Melina menikmati keindahan laut pada waktu senja dari beranda banglonya di Marang. Malam p Majlis bacaan surah Yasin diadakan di rumah Salmah pada waktu malam.

LATAR TEMPAT  Perpustakaan Universiti Putra Malaysia.  Rahayu tiba-tiba menjerit dan jatuh pengsan di situ.  Sebelum itu, Rahayu ternampak akan gambaran dia melanggar pengadang jalan lalu jatuh ke dalam gaung.  Bukit Fraser.  Faridah menyertai perkhemahan tahunan di sana telah terlibat dalam suatu kemalangan.  Van yang dipandunya terbabas lalu jatuh ke dalam gaung ketika menuruni Bukit Fraser dalam perjalanan ke Pekan Raub.  Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia  Rahayu yang tiba-tiba jatuh pengsan dirawat di situ.  Dr. Susan telah mengesahkan bahawa Rahayu menghidap kanser paru-paru.  Sungai Besar, Selangor.  Kampung halaman beberapa watak utama dan beberapa watak sampingan yang lain.  Tempat Faridah dibesarkan dan tempat pengebumian Rahayu, Salmah dan Ghazali.  Rosewood, Christchurch, New Zealand.  Faridah memulakan hidup barunya di sana.  Dia telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan menetap di sana elama 25 tahun.

LATAR MASYARAKAT  Masyarakat pelajar universiti yang bersemangat tinggi dan berwawasan. Azrul dan Rahayu memasang impian untuk berkerja sendiri apabila tamat pengajian mereka di Universiti Putra Malaysia.  Masyarakat Melayu yang berhijrah dan menetap di negara asing. Faridah yang pada mulanya berkursus di New Zealand terus menetap di sana apabila berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dikurnia sepasang anak kembar seiras.  Penduduk kampung yang mengamalkan semangat bermasyarakat. Masyarakat Kampung Parit Tiga mengadakan bacaan surah Yasin di rumah Salmah apabila mengetahui berita tentang kehilangan Faridah.  Masyarakat yang ekstrem dalam memperjuangkan agama dan sanggup bertindak di luar batasan. Mohamed Attar tertangkap ketika ingin menjalankan misinya mengebom Pulau Sentosa.  Masyarakat yang kuat berpegang kepada adat, budaya dan agamanya. Walaupun 25 tahun menetap di New Zealand, Faridah tetap berpegang kuat pada adat, budaya dan ajaran Islam.

NILAI 1. Kasih Sayang.  Hamidah sangat sayang akan Rahayu walaupun dia hanya anak tirinya dan sanggup menemaninya menjalankan rawatan di hospital.  Walaupun baru mengenal Iqbal, Tok Batin Senik sayang akan Iqbal dan menganggapnya seperti cucunya. 2. Bertanggungjawab  Sebagai bapa, Kamarudin bertanggungjawab untuk menjejaki Faridah setelah pasukan keselamatan gagal menemui Faridah.  Setelah kehilangan Benny, keluarga al-Anbia bertanggungjawab menjaga segala keperluan Melina yang ditinggalkan sendirian di Marang. Mereka mengurus keperluan Melina dan mengajak Melina tinggal di Dubai. 3. Gigih  Azrul gigih mengusahakan ternakan kambing hingga akhirnya menjadi usahawan yang berjaya.  Sebagai ibu tunggal, Salmah gigih berkerja untuk memperoleh pendapatan. Dia membuat pelbagai kerja seperti menjual pisang goreng dan bersawah untuk membesarkan Faridah. 4. Hormat-menghormati  Melina menghormati Haji Awang yang menjalani kehidupan yang sederhana dan Haji Awang menghormati Melina dan tidak memandang serong terhadap Melina dan tidak memandang serong terhadap Melina walaupun pakaian Melina mededahkan aurat. 5. Simpati  Tuan Cecil Renking membenarkan Faridah dan Iqbal timggal di rumahnya dan bercadang untuk membawa doktor dari Kelang untuk memeriksa penyakit Iqbal kerana bersimpati dengan Iqbal. 6. Baik Hati  Tok Batin Senik menjaga Iqbal dan Faridah dengan baik ketika orangorangnya menemui Faridah yang cedera di Sungai Kubu.  Walaupun Iqbal merupakan kanak-kanak istemewa dia mempunyai sikap baik hati. Dia menawarkan dirinya untuk mempunyai sikap baik hati. Dia menawarkan dirinya untuk memicit kepala Faridah ketika Faridah sedang sakit kepala. 7. Keberanian  Benny berani untuk menemui ibu bapa Melina di Christchurch. Dia melamar Melina dan ingin mengahwininya dengan segera. Apabila Soleh menyatakan

hasratnya untuk menyiasat latar belakang Benny, tanpa berselindung Benny mengeluarkan kad nama bagi memudahkan Soleh mendapatkan kepastian tentang dirinya. 8. Murah hati  Soleh dikenal dalam kalangan masyarakat muslim di New Zealand kerana sikap dermawannya. Beliau mengeluarkan kad nama bagi memudahkan Soleh mendapatkan kepastian tentang dirinya. 9. Berdikari  Melina yang tidak mahu meneruskan pengajian, ingin berdikari dengan berkerja di Auckland. Dia berkerja sebagai pembantu pelukis pelan dan hidup sendiri di Auckland.  Zain yang menuntut di Universiti Lincoln dalam bidang prtanian telah berkerja sambilan di Pusat Penyembelihan Hijrah pada hujung minggu. Selain mendapat gaji, kerja sambilan itu dapat menambahkan pengalamannya dalam bidang tersebut. 10. Kesederhanaan  Ustaz Haji Syukri mengamalkan sikap sederhana dalam memperjuangkan syiar Islam.

PENGAJARAN 1. Kita hendaklah reda pada qada dan qadar. Walaupun perasaan sedih terhadap pemergian Rahayu masih terasa, Faridah reda dengan pemergian ibunya. 2. Kita hendaklah berpegang kuat pada adat, budaya dan agama. Faridah masih mengamalkan adat dan budaya Melayu serta ajaran Islam walaupun sudah lama menetap di New Zealand. 3. Janganlah kita terlalu bergantung kepada kerjaya makan gaji. Azrul tidak mengharapkan pekerjaan makan gaji apabila tamat pengajian. Sebaliknya, dia mahu bekerja sendiri dan mencipta pekerjaan untuk orang lain. 4. Kita hendaklah berhati-hati memilih kawan. Benny yang berharap agar hubungannya dengan Mohamed Attar dan Mehmood dapat mendekatkan dirinya dengan ajaran Islam telah terjebak dalam perjuangan yang ekstrem. 5. Kita hendaklah bersimpati dan prihatin terhadap musibah yang menimpa orang lain. Haji Awang bersimpati kepada Melina apabila Benny menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita. Malah, Haji Awang bersedia memberikan bantuan kepada Melina.

6. Kita hendaklah abar dan tabah menghadapi dugaan. Faridah tabah menghadapi dugaan yang silih berganti. Dia kehilangan adik, kemudian ibunya, dan seterusnya suaminya. Namun, dia dapat bangkit semula dan menerima tawaran untuk berkursus di New Zealand. 7. Kita hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar. Faridah dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat di Christchurch setelah berhijrah ke sana. Begitunya dngan Soleh Johnsons dapat menyeuaikan diri dengan masyarakat di Cameron Highlands. 8. Kita hendaklah mengakui dan menebus kesilapan. Mejar (B) Kamarudin berasa beralah atas kesilapannya yang lalu. Disbabkan hal terebut, dia menjejaki Faridah supaya Rahayu yang sedang tenat dan berjumoa dengan Faridah. 9. Kita hendaklah menunjukkan belas dan kasih terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Tok Batin Senik sayang akan Iqbal, kanak-kanak sindrom down dan menganggap Iqbal seperti cucunya sendiri. Begitu juga dengan Tuan Cecil Renking yang simpati akan Iqbal dan ingin mengubati penyakitnya. 10. Kita hendak lah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Azrul yang sudah menanam tekad untuk bekerja sendiri, iaitu mengusahakan ternakan kambing. Berkat usahanya itu, dia menjadi usahawan yang berjaya dan bergelar Datuk atas jasanya dalam bidang pertanian.

LEMBARAN GRAFIK NOVEL TINGKATAN 5 KABUS DI PERBUKITAN

Nursyahril Syazreeena Azmi . 5GIGIIH

Anda mungkin juga menyukai