Anda di halaman 1dari 6

Novel Tingkatan 4

PAPA….(AKHIRNYA KAU TEWAS


JUA!)
SINOPSIS

BAB 1

Julia di dapur bersama pembantu rumahnya, Mak Cik Noraini. Tidak lama kemudian, mamanya
(Intan Muliana) dan papanya (Jeffri) masuk ke rumah. Papa mencadangkan mama ……… untuk makan
malam.

BAB 2

Julia terlalu sibuk dengan kerja sekolah di rumah. Mama dan papa tiada di rumah. Mak Cik Noraini
mempelawanya makan bubur jagung. Julia teringat kemesraan papa yang melayan mama apabila
tangan mama terkena pisau. Mak Cik Noraini menceritakan sejarah percintaan mama dengan papa.
Dikatakan papa pernah gagal dalam cinta ketika belajar di university. Dikatakan juga papa pernah
jatuh hati dengn seorang doctor yang berkhidmat di Hospital Desa, Bidor. Perbualan mereka
terputus apabila mama dan papa pulang. Kemudian, papa memberitahu yang mama sebenarnya
mengandung. Mak Cik Noraini mengingatkan papa tentang komplikasi yang dihadapi mama ketika
melahirkan Julia.

BAB 3

Julia terdengar perbualan Mak Cik Noraini dengan mama. Ketika Julia dilahirkan, menurut Mak Cik
Noraini Julia menghidap demam kuning dan alah kepada susu tepung bayi, manakala mama pula
tidak sedarkan diri. Mama menjelaskan, apa yang dilakukan adalah kerana keinginan suaminya yang
menginginkan seorang anak lagi. Apabila papa pulang, Julia mengajak papa bermain tenis. Selepas
bermain tenis, papa memperkenalkan pelajarnya di kolej, Aisyah kepada Julia yang datang melihat
mereka bermain.

BAB 4

Ketika mahu pulang dari sekolah, mama menunggu Julia kerana Julia meminjamkan nota Geografi
kepada rakannya. Cikgu Suzie menumpang kereta mama kerana mahu ke bengkel kereta. Cikgu Suzie
juga menegur sikap mama kerana mengandung lagi setelah 16 tahun tidak mengandung. Mama

1 PAPA…(AKHIRNYA KAU TEWAS JUA!)


menolak hujah-hujah yang dikemukakan oleh Cikgu Suzie dengan mengatakan Cikgu Suzie tidak
mengerti disebabkan belum berkahwin.

BAB 5

Sudah 5 bulan mama mengandung. Papa mensihati mama agar mematuhi pesanan doctor terutama
dalam memakan ubat. Mak Cik Noraini terus menceritakan keadaan Julia ketika baru dilahirkan.
Ketika Julia berusia ……… tubuhnya sebesar anak kucing. Julia asyik menangis kerana kelaparan.
Seorang doktor perempuan mengambil susu mama yang dalam keadaan pengsan untuk diberikan
kepada Julia.

BAB 6

Papa menceritakan dia selalu balik bersama pelajarnya Aisyah yang sering dating untuk bertanyakan
hal pelajaran. Julia secara bergurau mencadangkan papa agar memikat gadis itu tetapi papa tidak
berminat kerana kasih sayangnya terhadap mama.

BAB 7

Julia melangkah ke tingkatan 5. Papa membeli dua buah katil kerana mama dikatakan akan
melahirkan anak kembar. Mak Cik Noraini mengingatkan papa akan pesanan orang tua-tua agar
jangan membuat persiapan terlalu awal, takut kempunan. Jam 4 pagi, Julia dikejutkan dengan
perkhabaran mama mahu bersalin. Mama dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
(HUKM) di Cheras. Papa ke hospital itu bukan kerana soal berjimat, tetapi kerana kepakaran para
doktornya jika mama menghadapi kesulitan ketika bersalin kelak. Mama meminta maaf daripada
papa sebelum masuk ke wad bersalin.

BAB 8

Mama selamat melahirkan 2 orang anak kembar tetapi bayi yang melekat dari kepala hingga
bahagian punggung itu telah meninggal dunia manakala mama banyak kehilangan darah dan kini
dalam keadaan koma. Bayi itu diberi nama Ahmad dan Muhammad. Rakan mama dan rakan papa
mengunjungi jenazah sebelum dikebumikan.

BAB 9

Papa mengambil alih tempat mama dengan menghantar dan menjemput Julia pulang dari sekolah.
Rasylan pelajar baharu sekolah ini mengambil kesempatan untuk bercakap dengan Julia. Masing-
masing bertukar cerita. Rasylan mengajak untuk berjumpa Julia selepas sesi persekolahan berakhir,
tetapi Julia menolak kerana mahu bertemu mama di hospital.

2 PAPA…(AKHIRNYA KAU TEWAS JUA!)


BAB 10

Julia ke hospital melawati mama. Mama masih lagi dalam keadaan koma. Apabila tiba di rumah, Julia
berpeluang melihat gambar perkahwinan mam dan papa. Julia juga terbaca surat cinta papa kepada
mama pada awal perkahwinan mereka. Tahulah Julia betapa kasihnya papa terhadap mama. Mak Cik
Noraini menceritakan bahawa dia adalah sepupu kepada papa. Dia pernah memiliki keluarga yang
bahagia, tetapi menjelang hari raya kira-kira 17 tahun lalu, kereta yang dipandu suaminya dalam
perjalanan dari Johor Bahru ke Bidor terlibat dalam kemalangan. Suami dan kedua-dua anaknya
meninggal. Papa membawa Mak Cik Noraini tinggal bersam-samanya, jauh dari Johor agar dapat
melupakan tragedy buruk itu. Di sekolah, Julia dapat merasakan rakan-rakannya begitu cemburu
terhadapnya kerana dia sering menjadi contoh atas kecemerlangannya dalam pelajarn. Di rumah
pula, Julia berasa begitu sunyi sejak ketiadaan mamanya.

BAB 11

Mama masih koma. Mak Cik Noraini mencadangkan papa berkahwin tetapi papa masih sanggup
menanti kepulangan mama. Papa kemudiannya menanyakan Julia tentang kertas peperiksaan yang
akan dihadapi.

BAB 12

Ketika menanti papa untuk turun makan malam bersama-sama, Julia mendapat panggilan telefon
daripada Aisyah. Aisyah mengajaknya bermain tenis petang esok. Keesokan harinya pula,
sekembalinya Julia dari sekolah, setelah selesai menghadapi kertas SPM, Julia terkejut apabila papa
membawa mama pulang ke rumah. Kata papa, biarpun mama masih koma, apabila mama di rumah
mudah untuk dijaga. Kemudian, Julia bermain tenis dengan Aisyah. Selepas bermain, Julia dibawa ke
rumah Aisyah. Berdasarkan deretan rumah, tahulah Julia bahawa Aisyah daripada keluarga berada.
Apabila ulang, papa memarhi Julia kerana pulang agak lewat. Julia kemudian melihat papa
bercakap-cakap dengan mama, seolah-olah mama sudah sedar daripada koma.

BAB 13

Sudah 8 bulan mama dalam keadaan koma.pada suatu hari, Rasylan datang ke rumah Julia. Rasylan
memberitahu bahawa dia tinggal bersam ibu bapa angkatnya di Taman Seri Andalas. Ayah angkatnya
Datuk Mustakim telah mengambilnya dari rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika dia berusia 2
tahun. Menurut papa, kereta Datuk Mustakim telah melanggat kereta ayah dan emaknya
sehinggakan orang tuanya meninggal. Sehingga kini, Datuk Mustakim tidak berani bertemu dengan
ahli keluarga papa.

3 PAPA…(AKHIRNYA KAU TEWAS JUA!)


BAB 14

Julia pulang ketika hari menjelang malam setelah membeli buku bersama-sam Rasylan. Papa
melarang Julia terus berhubungan dengan Rasylan kerana latar belakang hidupnya. Supaya
pertengkaran dengan papa tidak berpanjangan, Julia bersetuju merenggangkan hubungannya
dengan Rasylan.

BAB 15

Keputusan SPM telah diumumkan. Julia dan Rasylan memperoleh keputusan yang cemerlang. Ketika
Julia mahu meraikan kejayaan di Starbucks Coffee, dia ternampak papanya makan bersama Aisyah.
Ketika di rumah pula, Julia memberitahu papa akan hasratnya melanjutkan pelajaran ke Kolej
Matrikulasi di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang ekonomi agar suatu hari kelak boleh
menjadi pakar ekonomi yang disegani.

BAB 16

Julia berjaya melanjutkan pelajaran ke UIA dan dia tinggal di asrama. Papa menghantar Julia pada
hari pendaftaran. Julia tinggal di Asrama Siti Khadijah dan Rasylan di Asrama Usman Affan. Mereka
keluar bersama-sama ke kedai buku. Sekali lagi dia ternampak papa bersama Aisyah di Starbucks
Coffee.

BAB 17

Mak Cik Noraini menegur sikap papa kerana terlalu rapat dengan Julia kerana Julia sudah menjadi
anak gadis sunti. Jam 4 petang, papa menghantar Julia ke UIA. Rasylan memberitahu bahawa Encik
Muaz al-Khalibi menyuruhnya membuat ujian DNA. Untuk kali ke-3 di Restoran A&W, Julia
terserempak dengan papa dan Aisyah yang leka berbual. Hatinya berasa begitu hancur dan pecah
berderai.

BAB 18

Julia terdengar perbualan papa denga Mak Cik Noraini tentang hasrat papa mahu berkahwin lagi.
Kemudian, Julia memberitahu sudah 3 kali dia terserempak papa makan bersama Aisyah. Bagi Julia,
papa telah curang terhadap mama kerana mahu berkahwin lagi. Disebabkan suara Julia begitu keras
dan papa pula tidak dapat mengawal perasaan, papa menampar Julia. Awal pagi esoknya, Julia sudah
mahu balik ke asrama dengan menaiki teksi.

4 PAPA…(AKHIRNYA KAU TEWAS JUA!)


BAB 19

Rasylan memujuk Julia supaya menerima kenyataan tetapi Julia enggan menerima reality bahawa
papa mahu berkahwin lagi. Kemudian, Rasylan menjelaskan dia sudah membuat ujian DNA dan
darahnya dalam satu kelompok dengan darah Encik Muaz. Dia tetap tidak menerima lelaki itu
sebagai bapa. Bagi Julia, walau siapa pun ayah RAsylan dia tetap ayah Rasylan. Beberapa hari
kemudian, papa datang mahu bertemu Julia. Pada awalnya, Julia tidak mahu bertemu tetapi setelah
menerima pujukan Rasylan, akhirnya dia menerimanya. Papa kemudiannya membawa Julia ke
Coffee House di Hotel Paya Serai. Papa menjelaskan tujuan dia mahu berkahwin lagi supaya ada
orang yang menjaganya apatah lagi papa dalam keadaan tidak sihat. Memikirkan keadaan papa,
akhirnya Julia bersetuju dengan rancangan papa itu.

BAB 20

Menurut Rasylan, Encik Muaz al-Khalibi tidak dapat mengawal nafsu lalu membuat perbuatan
terkutuk dengan pengemas biliknya. Apabila dia tamat belajar, ditinggalkan perempuan Indonesia
yang sedang mengandung itu. Apabila dia dilahirkan, dia yang masih bayi ditinggalkan di tepi
longkang besar berdekatan sebuah masjid di Bandar Klang sehinggalah dia diselamatkan orang lalu
diserahkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum diambil oleh Datuk Mustakim. Bagi Rasylan,
Datuk Mustakim merupakan ayahnya, bukan Encik Muaz al-Khalibi. Pada suatu petang, Julia
menerima ajakan papa untuk diperkenalkan kepada calon isterinya, Aisyah. Pada hari pernikahan,
Julia tidak ikut serta dengan alasan mahu menjaga mama.

BAB 21

Julia dalam keadaan lemah. Fikirannya meracau. Dalam mimpinya, dia bertemu dengan Jeffri iaitu
papanya tetapi dalam wajah yang berbeza. Jeffri meminta Julia menerima kenyataan yang papa
sudah berkahwin lagi. Apabila dia terjaga, dia sudah berada di hospital. Julia tidak sedarkan diri
apabila doctor memberikan suntikan pelali kepadanya.

BAB 22

Selama 3 hari Julia terlantar di hospital. Dr. Razif menasihati Julia agar bertenang dan menerima
segala-galanya dengan hati yang terbuka. Papa dan ibu tirinya datang untuk menjemput Julia pulang.
Apabila cuti berakhir, Julia meneruskan pengajiannya. Peperiksaan akhir Julia hadapi dan jika dia
berjaya dia akan masuk ke kampus induk. Setelah peperiksaan berakhir, Julia melalui percutian
selama 6 minggu. Pada satu malam, Aisyah masuk ke bilik mama. Papa memarahi Aisyah kerana
masuk ke bilik mama tanpa berteman. Bagi papa, isteri keduanya itu perlu berteman ketika bertemu
madunya untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Perang mulut berlaku tetapi akhirnya masalah
tersebut dapat diselesaikan apabila masing-masing saling memahami.

5 PAPA…(AKHIRNYA KAU TEWAS JUA!)


BAB 23

Julia memasuki semester ke-3. Julia mengambil kesempatan ke ruma bersama Rasylan dengan
menaiki bas. Rasylan menjelaskan bahawa dia tidak akan menerima Encik Muaz al-Khalibi sebagai
ayahnya. Kemunculan lelaki itu juga tidak pernah Rasylan ceritakan kepada bapa angkatnya.
Seterusnya Julia dan Rasyalan memperteguh janji untuk kekal setia bersama.

BAB 24

Papa menegur mama yang masih koma. Kemudian mama membuka mata dan mulutnya terbuka.
Mama menggerakkan tangan dan jejarinya. Bibirnya terkumat-kamit mahu menyatakan sesuatu.
Mama memandang Aisyah. Papa menceritakan kedudukan Aisyah dalam hidupnya. Daripada riak
muka mama, mama seakan-akan marah. Mama mendengus kuat. Tangannya dalam genggaman
papa ditarik dengan kuat. Julia mengusap rambut mama. Air mata yang mengalir dikesat dengan
tisu. Tiba-tiba dada mama bergoncang dengan kencang. Mak Cik Noraini meminta diajar mama
mengucap. Julia membisikkan ke telinga mama dua kalimah syahadah. Mama begitu payah mahu
menyebut namun akhirnya dia berjaya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Papa membetulkan
tangan mama seperti orang mahu sembahyang. Akhirnya papa menangis kesedihan menghadapi
situasi tersebut.

TEMA
Pengorbanan seorang suami menghadapi isteri yang koma

6 PAPA…(AKHIRNYA KAU TEWAS JUA!)

Anda mungkin juga menyukai