Anda di halaman 1dari 8

Sekolah Menengah Sains Rembau, 71300, Pilin, Rembau, Negeri Sembilan

Nama No K/P Kelas

: Ahmad Hazmi Bin Saibudin : 950417-10-5561 : 4 Al-Razi


1

Isi Kandungan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Sinopsis Umum 3~5 Sinopsis Bab.. Tema.. Persoalan. Plot.. Watak & Perwatakan.. Latar Gaya Bahasa. Nilai &Pengajaran.

Sinopsis Umum

Novel Papa (akhirnya kau tewas jua!) mengisahkan perjalanan hidup yang dilalui oleh seorang remaja, Intan Julia di samping insan-insan yang sangat disayangi. Kisah hidupnya bermula dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang ditunjukkan oleh papa (Jeffri) dan mamanya (Marliana) dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Mereka saling menyayangi dan kasih sayang mereka jelas terpamer sehingga ada kalanya menimbulkan perasaan kurang senang dalam diri Julia yang sedang meniti usia remaja. Namun, Julia sangat menyayangi papa dan mamanya. Julia berdepan dengan satu dilemma apabila mengetahui bahawa mamanya mengandung lagi, biarpun dia berasa gembira kerana bakal menerima kehadiran adik baru yang bakal menyerikan keluarga mereka. Menurut perbualan antara Mak Cik Noraini dengan mama yang didengari oleh Julia secara tidak sengaja, mama mengalami komplikasi yang agak teruk semasa melahirkan Julia pada 16 tahun yang lalu. Mama pengsan dan tidak sedarkan diri selama beberapa hari selepas melahirkannya. Julia yang dilahirkan pramatang pula perlu dimasukkan di dalam incubator dan nyaris maut apabila dijangkiti jaundis atau demam kuning. Atas permintaan papa dan kasih sayangnya terhadap suami yang tidak berbelah bahagi, mama sanggup untuk mengadung lagi. Papa juga sanggup menghadapi apa saja kemungkinan demi anak yang bakal dilahirkan. Walaupun tindakan mama yang sanggup mengandung lagi tidak dipersetujui oleh beberapa orang termasuk Mak Cik Noraini, pembantu rumah dan juga sepupu papa kerana bimbang akan risiko dan keadaan yang bakal mama akan lalui selepas kelahiran, mama tetap dengan keputusannya demi perasaan kasih sayangnya terhadap papa. Di sekolah, Julia berkawan baik dengan seorang pelajar lelaki bernama Rasylan yang kehilangan kasih sayang ayah dan ibunya. Hubungan mereka semakin rapat tetapi tidak diretui oleh papa kerana Rasylan ialah anak yang diambil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) oleh Datuk Mustakim ketika Rasylan berumur dua tahun. Kenderaan yang dipandu oleh Datuk Mustakim, ayah angkat Rasylan pula pernak meelanggar ayah dan emak papa sehingga ayah papa meninggal dunia, manakala emak papa lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Papa juga tidak menyenangi hubungan Julia dan Rasylan kerana asal usul Rasylan tidak diketahui sehingga dipelihara oleh JKM. Papa pula semakin rapat dengan salah seorang pelajarnya yang bernama Aisyah. Julia pernah diperkenalkan dengan Aisyah oleh papa ketika mereka bermain tenis di gelanggang tenis. Pada suatu pagi, iaitu pada pukul 4.00 pagi, mama mengadu kesakitan kerana sudah tiba masanya untuk mama bersalin. Mama terus dibawa ke hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang terletak di Cheras. Mama kelihatan pucat dan daripada raut wajahnya mama sedang menahan kesakitan yang amat sangan. Mama terpaksa melalui satu pembedahan kerana mama mengalami komplikasi. Mama akhirnya selamat melahirkan dua orang anak kembar lelaki, tetapi kedua-dua anak kembarnya meninggal dunia ketika masih dalam kandungan lagi. Menurut doktor yang menjalankan pembedahan mama, anak yang dilahirkan adalah kembar siam, iaitu bahagian belakangnya melekat dari bahagian punggung ke bahagian kepala. Mama pula kehilangan banyak darah ketika menjalani pembedahan dan terlalu lemah serta beradadalam keadaan koma, namun masih hidup. Ketika itu, papa yang begitu kental hatinya langsung tidak menangis biarpun telah diduga dengan ujian yang sangat berat, malah turut kehilangan anak yang sangat dinanti-nantikannya.

Sejak itu, Julia dan papa melawat mama setiap hari di hospital. Papa juga tidak pernah jemu untuk berbual-bual dengan mama, meskipun papa tahu mama tidak akan membalasnya. Kasih dan sayang papa terhadap mama tetap tadak berubah. Pada hari terakhir Julia menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mama yang masih dalam keadaan koma dibawa pulang ke rumah untuk memudahkan papa dan Julia melihatnya dan menjaganya. Keputusan cemerlang Julia dalam spm telah melayakkan untuk mengikut kursus matrikulasi di Universiti Islam Antarabangsa. Rasylan juga mengikut kursus di tempat yang sama. Beberapa kali Julia dan Rasylan keluar makan atau minum, Julia ternampak papa dengan Aisyah tanpa disedari oleh mereka. Kemesraan mereka membuatkan Julia beranggapan bahawa papanya mempunyai hubungan istimewa dengan Aisyah. Keadaan mama pula tidak berubah. Walaupun begitu, kasih papa terhadap mama tetap utuh. Julia dan papa masih sabar menanti dean berharap agar mama segera sedar serta menjalani kehidupan seperti biasa. Sementara itu, Encik Muaz al-Khalibi, seorang pensyarah dari Jabatan Sains Politik yang berasal dari Jordan serta mempunyai wajah mirip Rasylan telah meminta Rasylan untuk membuat ujian DNA. Hasil daripada ujian tersebut telah membuktiikan mereka sebenarnya ada hubungan darah. Kenyataan tersebut tidak diterima dengan mudah oleh Rasylan kerana memikirkan bahawa selama ini Encik Muaz tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa, sebaliknya menyebabkan dia diletakkan di JKM sebelum diambil sebagai anak angkat oleh Datuk Mustakim. Encik Muaz juga mengaku bahawa Rasylan dilahirkan daripada hubungan sulit dengan pengemas di biliknya, iaitu seorang wanita berwarganegara Indonesia. Encik Muaz meninggalkan ibu Rasylan sebaik sahaja dia tamat belajar. Rasylan kemudiannya diletakkan berhampiran longkang besar menghala sebuah masjid di Bandar Klang oleh ibunya. Kenyataan tersebut tidak dapat diterima oleh Rasylan dan menyebabkan dia tidak mudah menerima tawaran Encik Muaz kerana mengenangkan kesusahan hidupnya sebelum ini. Akhirnya papa berkahwn dengan Aisyah walaupun pada mulanya mendapat tentangan daripada Julia. Julia beranggapan bahawa papa telah curang terhadap mama dan sanggup menduakan mama sedangkan mama masih hidup. Biarpun begitu, Julia terpaksa merestui perkahwinan papa dengan Aisyah demi kebahagiaan papa dan kesejahteraan mereka sekeluarga. Perkahwinan papa dan Aisyah turut disokong oleh Mak Cik Noraini. Krisis dalam keluarga Julia mula berlaku apabila suatu hari Aisyah ditegur oleh papa kerana memasuki bilik mama sendirian. Sebelum ini, papa telah mengingatkan Aisyah agar tidak memasuki bilik mama bersendirian. Hal ini demikian kerana papa tidak mahu timbul sebarang masalah sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku semasa Aisyah memasuki bilik mama. Terpacul pula perkataan racun dari mulut Julia sehingga menimbulkan sedikit pertengkaran. Walau bagaimanapun, ketegangan itu reda setelah Julia menyatakan penerimaannya terhadapkehadiran Aisyah dalam keluarga mereka, manakala Aisyah pula menyatakan bahawa dia akan menjaga mama, papa dan Julia dengan baik. Pada suatu hari setelah selesai solat Maghrib berjemaah, papa dan Julia memasuki bilik mama. Tiba-tiba suatu keajaiban berlaku yang sememangnya diharapkan oleh mereka selama ini menjadi kenyataan. Mama membuka matanya dan mula menggerakkan tangan dan jari-jarinya. Mama juga mula bercakap. Tatkala itu juga, Aisyah masuk ke dalam bilik mama lalu merapati papa dan memegang bahu papa. Keadaan itu mengejutkan mama yang kelihatan amat marah dan tidak senang apabila melihat wanita lain yang sedang mengandung memegang bahu papa. Papa dalam keadaan serba salah memberitahu mama bahawa Aisyah ialan isterinya, isteri yang dikahwininya untuk mengisi hidupnya yang sunyi. Kenyataan itu begitu perit untuk diterima oleh mama sehingga mamaberdengus keras dan menarik tangannya yang berada digenggaman papa dengan kasar. Julia cuba meredakan perasaan mama yang mengalirkan air mata dengan mengusap lembut rambut mama.

Tiba-tiba dada mama bergoncang dengan terlalu kencang. Ketika itu mama memandang Julia dengan pandangan yang kosong. Mak Cik Noraini yang turut menyaksikan keadaan itu, meminta Julia mengajar mama mengucap. Keadaan mama yang tidak diduga itu menyebabkan papa tidak tentu arah. Akhirnya mama menghembuskan nafas terakhirnya di depan Julia, papa, Mak Cik Noraini dan Aisyah. Situasi hening itu mengundang duka dalam hati mereka. Julia, Mak Cik Noraini, dan Aisyah menangis ketika menghadapi kematian mama. Buat pertama kalinya, Julia melihat papa yang sebelum ini begitu kental hatinya, tidak pernah menangis tetapi kini tewas apabila melihat kelopak mata papa berair dan akhirnya air mata jatuh menuruni pipinya. Pemergian mama bagai suatu kehilangan besar buat papa. Kehilangan mama juga menyebabkan papa yang selama ini selalu berkeras hati untyuk tidak mengalirkan air matanya akhirnya tewas juga.

Tema

Pengorbanan sepasang suami isteri dalam menjalani kehidupan berumah tangga

Huraian 1
isah mereka bermula dengan tindakan Marliana yang sanggup untuk mengandung lagi. keputusan ini merupakan pengorbanan yang sangat besar kerana berdasarkan pengalaman yang lalu, mama menghadapi komplikasi yang teruk semasa melahirkan julia, iaitu anak pertama mereka.

Huraian 2
Mak Cik Noraini dan Cikgu Suzie menasihati marliana agar tidak meneruskan impiannya untuk mendapatkan anak, tetapi marliana tetap dengan keputusannya. papa mahukan anak lagi. Oleh itu, marliana sanggup berkorban demi kasih sayang pada suaminya.

Huraian 3
julia yang mengetahui perkara itu turut berasa tertekan setelah dia mendengar pelbagai cerita daripada Mak Cik Noraini dan juga perbualan Marliana dan Cikgu Suzie

Huraian 4
Jeffri sanggup berkorban dan menjaga Marliana dengan dibantu oleh Mak Cik Noraini. Jeffri Sentiasa menharapkan agar mama sembuh semula seperti sedia kala, tetapi dalam masa yang sama, Jeffri berkahwin dengan Aisyah, anak muridnya.

Persoalan
Jeffri dikenali sebagai seorang lelaki yanga mat susah menangis atau tidak pernah mengalirkan air mata. walau bagaimanapun, apabila Marliana meniggal dunia, Jeffri Menangis dan Julia menggangap Jeffri sudah tewas.( Teks Komsas Halaman 223 )

1. Kesedihan yang merubah pendirian

2. Tanggungjawab dalam menjalani kehidupan seharian

Tanggungjawab pekerja kepada majikannya seperti yang dilakukan oleh Mak Cik Noraini terhadap keluarga Jeffri.(Teks Komsas Halaman 47 ) Tanggugjawab seorang isteri terhadap seorang suami dan juga tanggungjawab suami kepada isteri apabila isteri menghadapi masalah. ( Teks Komsas Halaman 110 )

3. Nilai Persahabatan

Cikgu Suzie menasihati Marliana yang mengandung lagisetelah 16 tahun melahirkan Julia. Cikgu Suzie meminta agar memikirkan keselamatannya setelah mama menghadapi masalah ketika melahirkan Julia. ( Teks Komsas Halaman 38~39 ) Julia pula sanggup bersahabat baik dengan Rasylan walaupun dia mengetahui sejarah hidup Rasylan, Julia menasihati Rasylan agar tabah menghadapi dugaan hidup. ( Teks Komsas Halaman 153 )

4. Simpati Sesama Manusia

Julia bersimpati akan nasib Rasylan yang menghadapi masalah keluarga, begitu juga Rasylan bersimpati akan nasib yang menimpa Julia. ( Teks Komsas Halaman 135 ) Rakan-rakan Jeffri turut bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Jeffri, iaitu anak kembarnya meninggal dunia dan Marliana koma selepas pembedahan. ( Teks Komsas Halaman 62~63 )

5. Usaha dan Ikhtiar Untuk Merungkai Masalah

Encik Muaz berusaha untuk merungkaikan maslah yang dihadapinya dengan membuat ujian DNA untuk mengetahui ssiapa sebenarnya Rasylan (teks Komsas Halaman 152 ) Aisyah berbincang dengan Julia untuk mengetahui dan merungkaikan masalah Julia (Teks Komsas Halaman 214 )

Plot

Anda mungkin juga menyukai