Anda di halaman 1dari 8

TAJUK NOVEL : PAPA… (akhirnya kau tewas

jua!)
NAMA : NUR NADIA AWALUDIN
SINOPSIS
Cerita bermula pada suatu petang, ketika Intan Julia perasan akan kemesraan papa
dengan mama.Mak cik Noraini, pembantu rumah mereka menyediakan minuman petang.
Ju berasa kagum tetapi jengkel melihat kehangatan hubungan tersebut meskipun mereka
sudah lama mendirikan rumahtangga.

Mak cik Noraini sering bercerita tentang sejarah percintaan mama dan papa Juliana.
Perbualan mereka terputus tatkala papa memberitahu Juliana bahawa mamanya sedang
mengandung anak yang kedua.Mendengar berita tersebut, membuatkan hati mak cik
Noraini bimbang. Malah rakah-rakan Intan Marliana juba bimbang risiko yang bakal
dihadapi oleh Intan Marliana memandangkan mama pernah mengalami komplikasi yang
teruk tatkala melahirkan Juliana.Namun, kedegilan Intan Marliana untuk membuktikan
kasihnya kepada papa, beliau bertekad untuk meneruskan kandungannya dan pasrah
kepada Tuhan.Hal ini demikian kerana, papa memang sudah lama teringin menimang
cahaya mata kedua.

Di dalam kereta, Cikgu Suzie mengingatkan Intan Marliana tentang risiko yang
bakal dihadapi oleh sahabatnya itu.Namun Intan Marliana tetap dengan pendiriannya
untuk terus mengandung dan melahirkan cahaya mata demi cintanya yang mendalam
kepada Jefri. Julia yang mendengar perbualan bkan Julia tertanya-tanya dan mencari
jawapan daripada mak cik Noraini. Makcik Noraini menceritakan sejarah kelahiran Julia
yang tidak cukup bulan dan keadaan mamanya yang pengsanserta betapa susahnya untuk
menjaga Ju.

Memandangkan Intan Marliana mengandungkan anak kembar, maka Jefri menyediakan


dua buah katil buat bakal bayi mereka. Intan Marliana dibawa ke Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia tatkala saat melahirkan tiba.Doktor memaklumkan bahawa mama
perlu menjalani pembedahan kerana komplikasi terhadap kandungannya itu.Akhirnya,
bayi kembar lelaki yang melekat dari bahagian kepala hingga punggung dilahirkan
melalui pembedahan. Namun, tidak panjang umurnya dan meninggal dunia. Manakala
Intan Marliana pula koma akibat kehilangan banyak darah.Kembar tersebut dinamakan
Ahmad dan Muhammad.

Kesedihan menyelubungi keluarga mereka lantaran anak yang dinanti-nantikan pergi


menyahut seruan Ilahi. Jefri menggantikan tempat Intan Marliana menguruskan
kehidupan dan idak jemu-jemu menjaga dan mendoakan agar isterinya pulih seperti
sediakala. Ketika di rumah, Ju menatap foto-foto lama milik mama dan papa sambil
membayangkan kisah mereka semasa usia muda. Sepucuk surat yang pernah dikirimkan
oleh papa kepada mama dibaca. Melalui surat itu, Ju mengetahui betapa tingginya kasih
saying papa terhadap mama.

Juliana pula kian dewasa dan rapat dengan Rasylan, rakan sekolahnya. Papa benar-benar
menentang akan hubungan tersebut memandangkan Rasylan merupakan anak angkat yang
status keturunannya serta asal-usulnya tidak diketahui. Jud an Rasylan memperoleh
keputusan cemerlang dalam SPM dan berjaya melanjutkan pelajaran di Pusat Matrikulasi,
Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Dalam masa yang sama, papa mula rapat dengan
pelajar beliau yang bernama Aishah. Aishah sentiasa mengambil berat dan member
perhatian kepada papa menyebabkan hubungan mereka menjadi rapat. Malh, Ju telah
beberapa kali terserempak mereka berbual-bual di kedai makanan segera.

Hakikatna, papa mula tertarik kepada Aishah dan ingin memperisterikannya. Hasrat
hatinya disuarakan kepada mak cik Noraini. Perbualan tersebut telah didengari oleh Ju dan
bermula konflik antara mereka kerana Ju berasa kurang senang dengan hasrat papa yang
ingin berkahwin lagi. Kata-kata Ju menimbulkan kemarahan papa. Ju juga telah ditampar
oleh papa. Akhirnya konflik tersebut dapat dileraikan apabila papa berbincang dari hati ke
hati dengan Ju. Ju bersetuju kerana kasihan melihat papa yang kesunyian sepanjang mama
koma.

Aishah pandai mengambil hati Jud an sering bertanya khabar dan mengajak bermain tenis.
Malah Aishah membawa Ju pulang ke rumahnya dan ketika itu barulah Ju tahu bahawa
Aishah anak orang berada. Jefri pula tidak jemu-jemu berbual dengan isterinya tentang
masa depan anak mereka.

Papa selamat diijabkabulka dan Ju pula akhirnya Berjaya menamatkan kursus di UIA.

Intan Marliana telah bertahun-tahun koma akhirnya telah membuka mata di biliknya. Ju
terkejut dan barasa amat gembira. Papa hanya tersenyum tenang mengahadapi situasi
tersebut. Namun keadaan bertukar sepi apabila Aishah masuk ke bilik itu sambil
memegang bahu papa. Situasi tersebut menyebabkan papa serba salah lalu menceritakan
keadaan yang sebenar. Mama kelihatan marah mendengar berita tersebut dan mendengus
dengan kuat sambil melepaskan genggaman tangan papa. Akhirnya mama meninggal
dunia selepas lebih tiga tahun koma.
 TEMA
Novel ini bertemakan kasih sayang sesama keluarga. Sebagai contoh, mama
sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali kedua sebagai tanda
kasih saying yang mendalam terhadap papa yang inginkan anak meskipun tahu
risiko yang bakal dihidapi sekiranya mama meneruskan kandungannya itu. Papa
juga membuktikan kasih sayang yang mendalam terhadap mama dengan cara
menjaganya, berbual-bual dengan mama sepanjang masa mama koma dengan
harapan mama akan pulih seperti dahulu. Malah, Intan Julia turut membuktikan
kasih sayangnya dengan mengizinkan papa mengahwini Aishah meskipun pada
peringkat awalnya dia menentang hasrat papa.
 BINAAN PLOT
 DIALOG

 Perbualan antara dua atau lebih watak dalam sesebuah novel.

 CONTOH

 “ Apa you buat dalam bilik tu tadi? ” Diam. Tiada jawapan yang
kudengar.

 “ Aishah, I’m talking to you, please answer me! ” Ulang papa sekali
lagi dan kali ini lebih keras daripada tadi. Aku dapat mengenali
suara papa. Rasa-rasanya dia sedang marah.

 “ Saja, I nak jenguk Kak Maliana, salah ke? ”

 PEMERIAN

 Digunakan untuk memerihalkan suatu keadaan, suasana, ciri-ciri


fizikal, dan perasaan seseorang.

 CONTOH

 Kemesraan dua insane itu nyata amat payah untuk dipisahkan.


Mereka sering menemani satu sama lain untuk kerja-kerja
sedemikian. Mereka lebih menampakkan kemesraannya ketika
mama ditemani angin petang yang bertiup lembut.

 MONOLOG DALAMAN

 Percakapan batin sesuatu watak bukan bertujuan untuk


berkomunikasi tetapi untuk menyatakan sesuatu keadaan perasaan
atau fikiran ketika berhadapan dengan sesuatu situasi.
 CONTOH

 Papa ada di sini? Kali ini dengan siapa pula? Mungkinkah dengan
wanita yang kulihat di Starbucks Coffee di Mid Valley dahulu? Oh,
tidak. Hati kecilku menjerit kerana tidak mahu terserempak
dengannya.

 IMBAS KEMBALI

 Imbas kembali sesuatu watak terhadap peristiwa suatu ketika


dahulu.

 CONTOH
 Soalan yang berbunyi begini pernah aku dengar terkeluar
daripada mulut papa ketika dia melarang mama daripada
berbelanja sewenang-wenangnya. “Betullah macam apa
yang you kata, tapi duit tu bukannya daun kering yang
bersepah di tepi jalan,”
 PERSOALAN
1. Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagiaan bersama. Sebagai contoh,
Intan Marliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak
suaminya meskipun tahu risiko yang dihadapinya. Jeffri pula berkorban dengan
menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun.

2. Kesetiaan seorang suami terhadap isteri. Sebagai contoh, Jeffri setia


menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah semasa
melahirkan anak kembar Ahmad dan Muhammad. Malah, Jeffri juga enggan
berkahwin lain ketika didesak oleh mak cik Noraini sebagai bukti kesetiaannya
itu. Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat selepas bertahun-tahun
hidup keseorangan.

3. Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan. Sebagai contoh, Jeffri


tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk
mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak kembarnya turut
meninggalkannya.

4. Keprihatinan terhadap masalah orang lain. Sebagai contoh, Cikgu Suzie


cuba menasihati Intan Marliana agar tidak terus mengadung kerana sedar akan
risiko yang bakal dihadapi.

Anda mungkin juga menyukai