Anda di halaman 1dari 19

Kajian Novel

PAPA
Hasil Karya - Deana Yusof Dikaji oleh ;) - Noor Syazni bt. Sazali (4 Al - Biruni) - Nur Jamilin Rosyidah Uzma bt. Mohammad Yusaini (4 Al - Biruni)

Akhirnya kau tewas juga

TEMA PENGAJARAN PERSOALAN

NILAI

Papa
PLOT

WATAK DAN PERWATAKAN

GAYA BAHASA

LATAR

Kasih sayang antara ahli keluarga.


Kasih sayang amat penting untuk mewujudkan keluarga yang bahagia dan harmoni. Buktinya, 1. Papa - Sebelum mama koma, hubungan mama dan papa sangat mesra dan erat. Setelah mama koma, papa tidak pernah cuai menjaga mama. Papa sentiasa menemani dan berbual-bual dengan mama. - Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Walaupun telah berkahwin lain, kasih sayang papa kepada mama tidak pernah pudar bahkan papa melarang isteri keduanya, Aisyah masuk ke dalam bilik mama berseorangan kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Kali terakhir papa menangis sewaktu kelahiran Julia, namun papa menangis lagi sewaktu mama meninggal dunia.

Tema

2. Mama - Mama membuktikan kasih sayangnya kepada papa dengan mengandung lagi walaupun dia mengetahui risiko yang bakal dihadapinya. Mama pernah mengalami komplikasi dan koma semasa melahirkan Julia. - Namun begitu, mama tetap meneruskan kandungannya walaupun telah dinasihati oleh Mak Cik Noraini dan rakannya, Cikgu Suzie. 3. Julia - Demi kebahagiaan dan kesejahteraan papa, Julia membenarkan papa berkahwin dengan Aisyah walaupun pada awalnya, dia menentang hasrat papa itu.

Persoalan
Ketabahan dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup.
- Papa tetap tabah menerima kenyataan yang anak kembar yang dinantinantikan meninggal dunia manakala isteri yang amat disayanginya pula koma. Papa sentiasa bersikap optimis dan berharap mama akan pulih pada suatu hari nanti. Papa telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa dengan baik. - Julia juga tabah mengharungi dugaan hidup tanpa seorang ibu di sisinya.

Kegigihan menimba ilmu pengetahuan.


- Julia gigih dan tekun belajar untuk menghadapi SPM. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan meneruskan pelajarannya di Kolej Matrikulasi UIA. Walaupun Julia menghadapi tragedi dan masalah keluarga serta cinta, dia tetap gigih menimba ilmu.

Poligami dalam sesebuah keluarga.


- Sebagai manusia biasa, papa juga mempunyai naluri dan berasa sunyi apabila insan yang dicintainya telah koma. Akhirnya, papa membuat keputusan untuk berkahwin lagi walaupun tidak dipersetujui oleh Julia. Setelah mendengar alasan-alasan papa yang munasabah, Julia membenarkan papa berkahwin dengan Aisyah. Walau bagaimanapun, papa tetap mendahulukan kebajikan dan keperluan mama dan Julia.

Keprihatinan terhadap masalah orang lain.


- Mak Cik Noraini dan Cikgu Suzie amat prihatin dengan masalah kesihatan mama (Intan Maliana). Mereka meningatkan mama keadaannya semasa melahirkan Julia 17 tahun lalu. Mama mengalami komplikasi dan koma. Julia dilahirkan tidak cukup bulan dan menghidapi demam kuning. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana mama tetap dengan keputusannya untuk meneruskan kandungannya

Cinta pada zaman remaja. - Julia berkenalan dengan Rasylan sejak di tingkatan lima. Hubungan mereka bertambah intim selepas mereka belajar di kolej matrikulasi yang sama. Rasylan dan Julia sering bertukar-tukar pendapat jika salah seorang daripada mereka mempunyai masalah. Namun begitu, sudah menjadi lumrah orang bercinta, masalah cemburu telah timbul sehingga merunsingkan hati Julia.

Gejala sosial dalam masyarakat. - Rasylan menjadi mangsa kepada gejala pembuangan bayi yang berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini. Dia merupakan anak luar nikah yang dibuang oleh ibu dan bapanya. Dia dijaga di rumah JKM sebelum menjadi anak angkat Datuk Mustakim. Rasylan mengalami konflik apabila Encik Muaz al-Khalibi tiba-tiba datang mengaku sebagai ayah kandungnya.

Watak dan perwatakan


Watak utama Intan Julia
o o o o Berusia 16 tahun pada permulaan cerita dan 19 tahun pada akhir cerita. Fizikalnya mempunyai ketinggian 160cm. Anak sulung kepada Jeffri dan Intan Marliana. Meneruskan pengajian di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Taat kepada ibu bapa. Buktinya dia sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati ibu bapanya dengan belajar bersungguh-sungguh. Seorang yang penyayang, sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan Makcik Noraini. Sebagai umat Islam, Julia taat kepada perintah Allah. Dia rajin bersolat dan bertudung. Suka berdikari, walaupun tempat pengajiannya berdekatan dengan rumahnya, namun dia memilih untuk tinggal di asrama. Seorang yang sensitif. Ini dibuktikan apabila dia tidak membenarkan papanya berkahwin lagi. Dia benar-benar terasa bahawa papanya tidak menyayangi mamanya lagi.

o
o o o o

Watak sampingan.
Jeffri (Papa)
o Seorang pensyarah di universiti tempatan. o Seorang yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap keluarganya. o Setia terhadap isterinya. Dia tidak jemu-jemu menjaga isterinya yang koma selepas mengalami komplikasi ketika melahirkan anak kembarnya. o Sedia berkorban demi keluarga. Dia sanggup meminta izin daripada doktor untuk menjaga isterinya di rumah agar dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada isterinya. o Tabah menghadapi dugaan apabila isterinya koma dan anak kembarnya meninggal dunia.

Intan Marliana (Mama)


o o o Isteri kepada Jeffri. Seorang guru matematik di Sekolah Menengah Seri Gading. Sangat mengasihi suaminya. Bertekad untuk meneruskan kandungannya dan pasrah kepada takdir Ilahi untuk membuktikan kasihnya kepada suami. o Koma setelah menghadapi komplikasi semasa melahirkan anak kembar siamnya. o Meninggal dunia setelah tiga tahun dalam keadaan koma.

Makcik Noraini
o Sepupu kepada Jeffri. o Tinggal bersama Jeffri setelah kematian suami dan dua orang anaknya dalam suatu kemalangan jalan raya. o Dia menjaga Julia sejak bayi sehingga dewasa. o Banyak mengetahui perihal keluarga Jeffri dan sejarah percintaan mereka. o Sentiasa mengambil berat tentang Intan Julia dan sering member nasihat kepada Intan Marliana.

Rasylan
o Anak angkat kepada Datuk Mustakim. Dia diambil oleh Datuk Mustakim daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. o Rasylan lahir hasil daripada hubungan terlarang bapanya seorang pensyarah kolej yang berasal dari Jordan iaitu Muaz al-Khalibi dan seorang pekerja Indonesia. o Tidak mahu mengakui bapa kandungnya yang dirasakan tidak bertanggungjawab. o Kawan rapat Intan Julia.

Latar
Latar masa - Semua peristiwa itu berlaku dalam tempoh beberapa tahun iaitu sejak Intan Julia berusia 16 tahun hingga dia berusia 19 tahun. Latar Masyarakat Masyarakat bandar dan terdiri daripada golongan elit. Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan. Masyarakat yang terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi. Masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan. Masyarakat yang bersikap prihtain dan mengambil berat akan masalah orang lain.

Latar Tempat
Di rumah Jeffri di Kelana Jaya Tempat Jeffri dan keluarganya serta Mak Cik Noraini pembantu rumah mereka tinggal dalam suasana yang harmoni. Di Sekolah Menengah Seri Gading Tempat Julia belajar dan tempat Intan Maliana menjadi guru Matematik. Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia Tempat Intan Maliana melahirkan anak kembarnya dan dirawat semasa dia dalam keadaan koma. Di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Tempat Julia dan rakan rapatnya Rasylan meneruskan pengajian selepas tamat sekolah menengah. Di Restoran Starbucks Coffee di Mid Valley Tempat Julia dan Rasylan kunjungi untuk minum dan di sinilah jugalah mereka terserempak dengan papa Julia minum bersama-sama dengan Aishah sebanyak dua kali.

PLOT
Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan Pada suatu petang, ketika Intan Julia berada di dapur dengan Mak cik Noraini, dia memerhatikan kemesraan yang ditunjukkan oleh mama dan papanya yang ketika itu berada di kebun kecil berhampiran dengan rumah mereka. Dia berasa kagum akan kemesraan antara mama dengan papanya yang tetap kekal walaupun mereka telah lama berumahtangga. Walau bagaimanapun, apabila melihat keterbukaan mama dan papanya dalam menunjukkan kemesraan mereka, dia berasa kurang senang .

(ii) Perkembangan

Ibu Julia telah mengandung anak kedua. Hal ini membimbangkan orang-orang yang rapat dengan ibunya kerana ibunya pernah mengalami komplikasi sewaktu melahirkan anak pertama. Namun begitu, mamanya tetap berhasrat untuk meneruskan kandungannya bagi menunjukkan kasihnya kepada papa. Akhirnya, mama melahirkan anak kembar siam. Anak mereka diberi nama Ahmad dan Muhammad. Walau bagaimanapun, anak kembar ini meninggal dunia dan mama koma. Julia mula rapat dengan Rasylan, iaitu teman sekolahnya. Walau bagaimanapun, hubungan mereka tidak disenangi papa. Selepas SPM, Julia dan Rasylan berjaya mendapat tempat di matrikulasi UIA. Di samping itu, papa Julia pula mula rapat dengan pelajarnya yang bernama Aisyah. Aisyah cuba mendekati Julia dengan sering bertanyakan khabar dan mengajaknya bermain tenis. Akhirnya, papa menyatakan hasrat mahu memperisterikan Aisyah. Julia menentang hasrat papanya. Konflik berlaku hingga papa menamparnya. Tetapi selepas papanya berbincang dari hati ke hati dengan Julia, akhirnya Julia bersetuju.

(iii) Konflik Intan Maliana pernah mengalami kesulitan ketika melahirkan Intan Julia namun begitu dia sanggup berkorban untuk mengandung semula dan melahirkan anak kedua setelah anak pertamanya berusia 16 tahun. Julia dilarang daripada berkawan dengan Rasylan kerana papa Julia tidak mengetahui latar belakang keturunan Rasylan. Julia khuatir kasih sayang papanya akan berkurangan jika papanya berkahwin dengan Aisyah. Jeffri pula ingin berkahwin lagi tetapi sanggup membatalkan niatnya jika Julia membantah hasratnya.

(iv) Klimaks Klimaks novel ini bermula pada suatu malam selepas Julia bersembahyang jemaah dengan papanya. Mama yang sudah lama koma akhirnya sedar dan mula membuka matanya serta mencuba untuk bercakap. Pada ketika itu, semua ahli keluarganya ada di sisi. Walau bagaimanapun, setelah melihat Aisyah, raut wajahnya berubah. Papa menjelaskan perkara yang sebenar, mama berasa kecewa dan menangis. Sejurus selepas itu, mama menghembuskan nafasnya yang terakhir. (v) Peleraian Kematian mama amat menyedihkan Julia dan buat pertama kalinya, papanya menangis.

GAYA BAHASA
Simile Contoh: Aku lihat Mak Cik Noraini, pembantu di rumahku sedang sibuk macam lipas kudung membancuh kopi dan menggoreng karipap yang dibelinya dari pasar raya pada petang minggu yang lalu. Personifikasi Contoh: Matahari sudah mula menunjukkan wajahnya yang garang.

Sinkof Contoh: Tak ada apa-apa, mama cuma mabuk darahtu saja.
Kata Ganda Contoh: Dia menelan liurnya berkali-kali sebelum memberikan jawapan.

Peribahasa Contoh: Tentu you ingat lagi pada saat you melahirkan Julia enam belas tahun yang lalu! Apa you tak takut ke? Dia menjeling padaku yang sedap menyandar tetapi memasang telinga.

NILAI
Bertanggungjawab Jeffri bertanggungjawab membawa Makcik Noraini tinggal bersamanya setelah suami dan dua anaknya meninggal dalam kemalangan jalan raya. Belas kasihan Datuk Mustakim sanggup mengambil Rasylan menjadi anak angkatnya selepas mengambilnya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kasih sayang Jeffri sangat mengasihi keluarganya. Dia sanggup membawa balik isterinya daripada hospital untuk membolehkannya meluangkan masa dan menjaga isterinya dengan rapi.

Hormat menghormati Julia tidak membenci Rasylan walaupun dia tahu bahawa Rasylan berasal dari perhubungan terlarang seorang pensyarah kolej yang berasal dari Jordan iaitu Muaz al-Khalibi dan seorang wanita Indonesia.

PENGAJARAN
Suami dan isteri perlu mengekalkan hubungan mesra walaupun telah lama mendirikan rumahtangga. Janganlah membelakangkan aspek kesihatan dalam memenuhi keinginan mahu mendapatkan zuriat. Jagalah diri agar tidak terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan hubungan terlarang. Kita hendaklah gigih berusaha bagi mencapai kejayaan dalam pelajaran. Kita hendaklah menjaga ikatan kekeluargaan agar sentiasa hidup dalam kesejahteraan. Kita perlu menjaga batasan dalam menunjukkan kemesraan kepada keluarga tetapi jangan keterlaluan. Kita hendaklah menjaga batas hubungan semasa bercinta. Kita perlu bersedia memaafkan kesalahan orang lain bagi membina hubungan yang mesra.

Anda mungkin juga menyukai