Anda di halaman 1dari 9

Buku Cerita Kanak-kanak

MILA
SAYANG
IBU
KUMPULAN 2:
Nurlyana
Ivy Vivianna
Shafikah
Nur Atikah
Sollehin
Araf
HALAMAN 1

Mila suka pergi ke sekolah. Mila ada


ramai kawan. Siti, Rayyan, Zul dan
Rita. Kawan-kawan Mila semuanya
baik. Mila pergi ke sekolah dengan
menaiki bas sekolah. Setiap pagi,
ibu akan menyediakan sarapan pagi
untuk Mila.
HALAMAN 2

Hari ini, ibu masak roti telur dan susu


kurma. Mila dapat membawa
bekalan untuk ke sekolah. Sebelum
keluar menaiki bas, Mila salam dan
cium tangan ibunya. Mila ingin
mendapat restu ibunya supaya
pembelajarannya di sekolah sentiasa
dipermudahkan.
HALAMAN 3

“Terima kasih ibu untuk bekalan ini.


Jumpa petang nanti. Mila sayang ibu.”
“Hati-hati Mila.” balas ibunya.
Mila berlari menuju ke pintu bas
sekolah. Dia melambai-lambai
tangannya ke arah ibu sehingga bas
berlalu pergi.
HALAMAN 4

Di sekolah, Mila bermain dengan kawan-


kawannya. Mila berkongsi makanannya
dengan Zul. Zul seorang anak yatim.

“Nah, Zul. Roti telur ni sedap! mak kata kita


perlu berkongsi makanan dan ilmu supaya
kita pandai dan kuat. Jemputlah ,makan roti
telur ini.

Rakan Mila sangat suka bermain dengan


Mila. Mila seorang yang baik hati, suka
menolong kawan dan menghormati orang
lain.
HALAMAN 5

Di sekolah, Mila amat disenangi oleh


rakan dan gurunya. Hal ini kerana, Mila
seorang murid yang pandai dan
berdisiplin.
Mila sentiasa ingat pesan ibunya
supaya sentiasa menghormati guru
dan menjadi murid yang patuh pada
peraturan sekolah.
HALAMAN 6

Pada cuti hujung minggu, Mila bangun


awal pagi. Mila sentiasa membantu
ibunya menyediakan sarapan.

Setelah itu, Mila membantu ibunya


mengemaskan rumah. Contohnya,
Mila selalu menyapu dan mengemop
lantai. Selepas itu, membantu ibunya
menyidai pakaian di ampaian.
HALAMAN 7

Pada suatu hari, ibu Mila jatuh sakit.


Mila berasa sungguh sedih. Dia sayang
akan ibunya. Mila berdoa agar ibunya
sentiasa sihat.
Mila menjaga ibunya yang sakit
dengan baik.
HALAMAN 8

Akhirnya, ibu Mila kembali sembuh.


Mila sungguh gembira. Dia bersyukur
kepada tuhan. Mila bahagia bersama
ibunya yang tersayang.

Anda mungkin juga menyukai