Anda di halaman 1dari 10

MODUL SOALAN TOPIKAL SAINS TAHUN 4 TOPIK : BUMI DAN ALAM SEMESTA Jawab semua soalan.

1. Antara pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah benar tentang Bumi ? A. Bumi terletak sangat dekat dengan Matahari. B. Bumi mengeluarkan cahaya C. Bumi lebih besar daripada Matahari. D. Bumi beredar mengelilingi Matahari.

2. Antara berikut yang manakah bukan anggota Sistem Suria? A. Asteroid B. Zuhrah C. Komet D. Batuan

3. Rajah 1 menunjukkan salah satu ahli dalam Sistem Suria.

Rajah 1 Namakan objek di atas. A. Meteoroid B. Asteroid C. Komet D. Satelit

4. Semua planet beredar mengelilingi Matahari pada laluan masing-masing. Apakah nama laluan tersebut ? A. Satelit

B. Orbit C. Meteor D. Gelang

5. Setiap planet mengambil masa yang berbeza untuk melengkapkan edarannya mengelilingi Mahahari. Mengapakah keadaan ini berlaku? A. Saiz planet yang berbeza B. Jarak planet dari Matahari C. Orbitnya yang sama besar D. Matahari semakin mengecil.

6. Mengapakah hanya planet Bumi sahaja mempunyai hidupan? I Mempunyai udara II Mempunyai kawasan darat yang luas III Mengandungi air IV Suhunya yang sesuai A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

7. Maklumat berikut menunjukkan beberapa buah planet dalam Sistem Suria. E Marikh G Musytari F Uranus H - Zuhal

Susunkan planet-planet di atas dari yang paling dekat ke paling jauh dengan Matahari. A. E, G, F, H C. G, H,U, F B. G, E, F, H D. E, G, H, F

8. Rajah 2 menunjukkan kedudukan bagi tiga planet dalam Sistem Suria.

Rajah 2 Antara berikut , yang manakah benar? K A. B. C. D. Bumi Zuhrah Utarid Bumi L Utarid Bumi Zuhrah Zuhrah M Zuhrah Utarid Bumi Utarid

9. Objek X boleh dijumpai di antara orbit Marikh dan Musytari. Ramalkan objek X. A. Bintang B. Asteroid C. Komet D. Satelit semula jadi

10. Antara berikut, yang manakah bukan sifat sebuah planet? A. Planet berputar pada paksinya B. Planet beredar mengelilingi Matahari C. Semua planet mempunyai satelit semula jadi D. Planet tidak mengeluarkan cahaya.

11. Pilih pernyataan yang betul. I II III IV Utarid adalah planet yang paling jauh dengan matahari Hanya planet Bumi sahaja yang mempunyai hidupan Terdapat 7 planet dalam Sistem Suria Bulan adalah satelit Semula jadi Bumi.

A. I dan II

B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

12. Kedudukan planet-planet berikut terletak selepas Bumi kecuali A. Neptun B. Marikh C. Zuhrah D. Zuhal

13. Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya Bumi terletak lebih jauh dari Matahari. I II III IV Semua hidupan akan terus hidup Tumbuhan akan mati Suhu Bumi akan menurun Permukaan Bumi akan menjadi beku

A. I, II dan III B. II, III dan IV C. I, II dan IV D. I, II, III dan IV 14. Jarak planet dari Matahari mempengaruhi masa yang diambil untuk mengelilingi Matahari. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kenyataan ini. A. Semakin bertambah jarak planet dari Matahari, semakin berkurang masa yang diambil untuk mengelilingi Matahari. B. Semakin berkurang jarak planet dari Mahari, semakin bertambah masa yang diambil untuk mengelilingi Matahari. C. Semakin bertambah masa yang diambil untuk mengelilingi matahari, semakin bertambah jarak planet dari Matahari. D. Semakin bertambah jarak planet dari Matahari, semakin bertambah masa yang diambil untuk mengelilingi Matahari.

15. Rajah 3 menunjukkan keadaan permukaan Bumi.

Rajah 3 Keadaan ini terjadi disebabkan oleh hentaman suatu objek P. Ramalkan objek P tersebut. A. Komet B. Asteroid C. Satelit D. Meteorit

16. Orbit di sekeliling Matahari Mempunyai kepala dan ekor yang bercahaya panjang Terjadi dari kepingan kecil ais dan habuk Terbakar terang dan ais terbakar sebagai gas dengan ekor sehingga 300 juta km panjangnya.

Pernyataan di atas dapat menjelaskan tentang ciri-ciri A. Komet B. Meteor C. Asteroid D. Satelit semula jadi

17. Planet R didapati mempunyai atmosfera yang memerangkap haba. Ini menyebabkan suhunya lebih tinggi daripada planet Utarid iaitu planet yang paling dekat dengan Matahari. Antara berikut, yang manakah planet itu ? A. Marikh B. Zuhrah C. Bumi D. Neptun

18. Di bawah adalah nisbah saiz Bulan, Bumi dan Matahari secara bandingan. 1 : 4 : 400

Pilih susunan objek yang sesuai untuk mewakili nisbah tersebut mengikut urutan menurun. A. Bola keranjang, sagu, guli B. Guli, sagu, bola keranjang C. Bola keranjang, guli, sagu D. Sagu, guli, bola keranjang

19. Rajah 4 di bawah menunjukkan beberapa buah planet di dalam Sistem Suria.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan dengan tepat kedudukan bagi planet Marikh. A. 1 B. 2 C. 3 D. 4

20. Mengapakah dari Bumi, saiz Matahari dan Bulan kelihatan lebih kurang sama? A. Matahari sangat jauh dari Bumi B. Bulan lebih jauh dari Bumi C. Saiz Matahari dan Bulan lebih kurang sama D. Matahari dan Bulan terletak pada kedudukan yang sama dalam alam semesta.

TOPIK : BUMI DAN ALAM SEMESTA

Jawab semua soalan. 1. Rajah 1 menunjukkan Sistem Suria.

(a) Namakan planet-planet yang berikut. i. ii. iii. iv. P : ___________________________________________________ Q : ___________________________________________________ R : ___________________________________________________ S : ___________________________________________________ ( 4 markah) (b) Nyatakan planet yang mempunyai hidupan. ___________________________________________________________ (1 markah) (c) Berikan inferens untuk menyokong jawapan anda di (b). ___________________________________________________________ (1 markah) (d) Nyatakan hubungan di antara saiz orbit dengan masa yang diambil oleh planet untuk beredar mengelilingi Matahari. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ (1 markah)

2. Jadual 1 di bawah menunjukkan planet dan jaraknya dari Matahari. Planet Zuhrah X Y Z Jaraknya dari Matahari (juta kilometer) 108 150 228 778

(a) Ramalkan apa yang akan berlaku kepada planet X sekiranya jaraknya ditambah? ___________________________________________________________ (1 markah) (b) Berikan dua pemerhatian yang boleh dibuat berdasarkan jadual di atas ? i. ii. ________________________________________________________ ________________________________________________________ (2 markah) (c) Apakah nama jasad yang wujud di antara planet Y dan Z ? _____________________________________________________________ (1 markah) (d) Apakah corak perubahan jarak planet dari Matahari? _____________________________________________________________ (1 markah) (e) Nyatakan pemboleh ubah berikut: i. ii. Pemboleh ubah dimanipulasi :________________________________ Pemboleh ubah bergerak balas : ______________________________ (2 markah)

SKEMA JAWAPAN TOPIK : BUMI DAN ALAM SEMESTA Bahagian A 1. D 2. D 3. C 4. B 5. B 6. C 7. D 8. C 9. B 10. C 11. C 12. C 13. B 14. D 15. D 16. A 17. B 18. C 19. D 20. A

Bahagian B. 1. (a) P : Zuhrah (b) Bumi (c) mempunyai udara / air/ suhu/ atmosfera yang sesuai (d) Semakin bertambah saiz orbit, semakin bertambah masa yang diambil oleh planet untuk beredar mengelilingi matahari. 2. (a) Planet X akan membeku / Semua benda hidup pada planet X akan mati / suhu planet menjadi sejuk / suhu menurun ( dan lain-lain jawapan yang boleh diterima) (b) i. Planet Zuhrah adalah paling dekat dengan matahari berbanding planet lain. ii. Planet Z / Musytari adalah paling jauh dari Matahari berbanding planet lain. (c) Asteroid (d) Bertambah /Meningkat (e) i. Planet ii. Jarak dari Matahari ( juta kilometer) Q: Marikh R: Musytari S : Zuhal

Anda mungkin juga menyukai