Anda di halaman 1dari 2

Kelebihan teori pembelajaran konstruktivisme

Teori pembelajaran konstruktivisme dikatakan dapat merentas displin ilmu.


Berdasarkan xxx dalam buku murid dan alam belajar, teori pembelajaran konstruktivisme
mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan diberikan kepada bagaimana struktur
kognitif membina dan mengorganisasikan pengetahuan. Fasa merentas displin ilmu
boleh dikatakan satu kemahiran memanipulasikan ilmu pengetahuan yang ada pada diri
sekarang ke dalam pelbagai disiplin ilmu. Maknanya, teori pembelajaran konstruktivisme
dikatakan dapat membantu murid membina ilmu pengetahuan yang baru semasa
pengajaran seni visual melalui pengetahuan sedia ada yang terdapat dari subjek lain
seperti sains dan matematik. Oleh itu, marilah kita bersama-sama melihat kelebihan yang
terdapat teori pembelajaran konstruktivisme sehingga dikatakan merentas disiplin ilmu.

Antara kelebihan teori pembelajaran konstruktivisme ialah menggalakkan


penglibatan aktif murid-murid. Kanak-kanak suka bermain. Main biasanya dianggap
sebagai aktiviti yang tidak berfaedah, tetapi sebenarnya melalui bermain, kanak-kanak
dapat mempelajari pelbagai kemahiran seperti kemahiran sosial, kemahiran psikomotor
dan juga kemahiran berfikir. Teori pembelajaran konstruktivisme yang menekankan
pengajaran dan pembelajaran berbentuk aktiviti menyebabkan murid-murid dapat
melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti
berbentuk permainan akan manarik minat murid dan mereka akan melakukan proses
pembinaan pengetahuan secara serentak.

Selain itu, memupuk kemahiran berfikir aras tinggi juga merupakan kelebihan
Teori Konstruktivisme. Dalam kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran penyelesaian
masalah merupakan tahap yang tertinggi. Setiap murid perlu dilengkapi dengan
kemahiran ini agar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan.
Menurut Jean Piaget dalam buku murid dan alam belajar, proses membina ilmu berlaku
secara berperingkat yang bermula dengan pengetahuan sedia ada yang dinamakan
skema. Apabila murid menemui pengetahuan baru mempunyai ciri-ciri yang sama dengan
pengetahuan lama, pengetahuan tersebut akan diserapkan dengan mudah. Sebagai
contoh, Ahmad pernah mewarna semut dalam mata pelajaran seni visual, semasa guru
sains mengenalkan satu konsep tentang serangga mempunyai 6 kaki. Pada masa itu,
Ahmad akan menjalankan proses asimilasi dalam otaknya dan dia akan mengetahui
bahawa semut merupakan serangga. Dengan ini, semasa murid menghadapi masalah
yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan skemanya, dia dapat menyelesaikannya
dengan lebih mudah.

Di samping itu, kelebihan teori konstruktivisme ialah

Anda mungkin juga menyukai