Anda di halaman 1dari 2

Aplikasi Teori Konstruktivisme Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Apakah yang anda tahu tentang teori pembelajaran

konstruktivisme? Teori yang dipolopori oleh Lev Vigotsky dan juga Jean Piaget ini merujuk kepada idea bahawa pelajar membina pengetahuan untuk diri mereka sendiri. Setiap pelajar secara individu mahupun secara sosial membina pengetahuan baru dengan belajar membina makna bagi sesuatu pembelajaran. Konstruktivisme juga berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik. Ia berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seseorang individu. Dalam ertikata lain, apa yang dilalui dalam kehidupan seorang individu merupakan himpunan kesemua pengalaman yang dialami oleh manusia. Seseorang individu akan membina ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri dan bukan menguasainya daripada orang lain semasa proses ini. Teori ini dapat diaplikasikan dalam pembelajaran matematik dalam banyak cara. Dalam artikel ini, saya akan menghuraikan beberapa contoh pengaplikasiannya dalam pembelajaran matematik terutama sekali untuk kanak-kanak yang sedang mencari cara pembelajaran mereka. Dalam teori kontruktivisme, pembelajaran perlulah aktif dan murid-murid yang terlibat dituntut supaya terlibat secara aktif sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Prinsip pembelajaran aktif diamana murid menggunakan deria sensori mereka untuk belajar. Dengan melihat, menyentuh, merasa dan menghidu, murid dapat membuat satu makna dalam diri mereka tentang apa yang mereka sedang alami. Sebagai contoh, dalam suatu pembelajaran mengenal bentuk dalam subjek matematik bahan-bahan maujud untuk bentuk-bentuk seperti segi empat, segi tiga, bulat dan sebagainya perlu disediakan supaya murid tersebut dapat melihat dan merasa sendiri bentuk tersebut seterusnya dapat membina pengetahuan yang baru dalam diri mereka. Berdasarkan penerangan teori dan juga contoh aplikasi di atas, kita boleh mengetahui bahawa teori ini merupakan teori yang menggunakan pendekatan berpusatkan murid. Guru yang sebagai fasilitator perlulah melibatkan semua murid dalam sesuatu sesinya di kelas secara aktif dengan menggalakkan murid bertanya. Sebagai contoh, aktiviti seperti lakonan, demonstrasi perbincangan dan juga pembentangan membolehkan murid meneroka sendiri dengan lebih dalam. Aktiviti

seperti membuat ayat matematik daripada soalan penyelesaian masalah dan dilakukan secara berkumpulan merupakan satu aktiviti yang boleh dilakukan bagi menggalakkan perbincangan antara murid. Dalam perbincangan ini, murid akan mengeluarkan ideaidea berdasarkan kreativiti mereka. Oleh itu, pengetahuan sedia ada mereka dapat diperkukuhkan lagi. Seterusnya, dalam pembelajaran matematik, bahan bantu pengajaran yang digunakan oleh guru-guru harus menunjukkan perkaitan dengan pengalaman sedia ada murid-murid. Persembahan pengajaran mesti menarik dan pelbagai untuk menarik minat murid-murid agar mereka cepat menguasai ilmu baru. Murid-murid mengambil kesempatan untuk menerapkan idea-idea baru berasaskan pemahaman kendiri daripada bahan-bahan bantu pengajaran. Dengan itu, murid-murid dapat menggunakan minda mereka secara aktif untuk membandingkan maklumat-maklumat baru dengan pengalaman sedia ada mereka dan untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru ini. Tuntasnya

Anda mungkin juga menyukai