Anda di halaman 1dari 22

 INTERAKSI 12

9. PEDAGOGI MASA KINI

Kerangka Kemahiran Pedagogi

- A) Kemahiran Pembelajaran dan Inovasi


- B) Kemahiran Maklmat, Media dan
Teknologi
- C) Kemahiran Kehidupan dan Kerjaya
Hasil Pembelajaran:

Di akhir pembelajaran, pelajar dapat:

Merancang aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran Menggunakan
Pendekatan, Strategi dan Kaedah
Pengajaran Masa Kini dan Membuat
Pembentangan
Nyatakan 3 kemahiran yang perlu dikuasai
oleh setiap bakal guru dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
• A)Kemahiran pembelajaran dan inovasi
(learning and innovation skills)

• B) Kemahiran maklumat, media dan


teknologi (information, media and
technology skills)

• C) Kemahiran hidup dan kerjaya (life and


career skills)
Kemahiran Pembelajaran dan Inovasi
• Kemahiran belajar dan Inovasi adalah gabungan
kemahiran kognitif, kemahiran kegunaan dan
kemahiran teknikal.
Kemahiran Maklumat, Media dan Teknologi

• Pembelajaran amat memerlukan pengintegrasian


kemahiran maklumat, media dan teknologi agar
pembelajaran menarik dan berkesan.
Kemahiran Kehidupan dan Kerjaya

• Kemahiran insaniah amat penting untuk


melengkapkan diri pelajar untuk kehidupan dan
kerjaya pada masa depan.

• Guru perlu mempunyai tanggungjawab untuk


mendorong murid membentuk dan
mengamalkan tingkah laku positif.
Kemahiran Kehidupan dan Kerjaya

Renungan:

• Bagaimanakah cara memupuk semangat


keupayaan diri pelajar untuk belajar tingkah
laku positif?
Kemahiran Kehidupan dan Kerjaya
• Guru boleh memupuk semangat keupayaan diri murid utk mempelajari tabiat
positif, misalnya murid boleh:-
1. Mengenal pasti dan menukar pemikiran, perspektif, tabiat, tindakan dan
niat yang menghantar diri anda ke jalan yg salah kpd keperibadian dan
akhlak baik utk meneruskan kehidupan.
2. Melihat sesuatu perkara dgn positif. Melihat diri sendiri, orang lain dan
situasi dlm cara berniat baik serta boleh memupuk nilai-nilai berteraskan
kerohanian sbg kemahiran hidup dan berkerjaya.
3. Berfikir di luar kotak, iaitu memanfaatkan kreativiti anda utk mengatasi
ketakutan, had dan halangan-halangan yn membantutkan kejayaan anda.
Dgn itu, anda boleh mencari, memilih alternatif yg lebih afdal serta
melaksanakannya supaya boleh berdikari dan berjaya.
4. Jangan sentiasa berada dalam zon selesa; sentiasa berwaspada serta peka
terhadap peluang dan risiko utk menghadapi cabaran dan perlu mahir
menyesuaikan diri dgn keadaan.
5. Tahu secara implisit tentang kebenaran diri kita, kebolehan atau bakat unik
ke arah membulatkan tekad utk mahir dlm kerjaya dan kehidupan serta
boleh memahami, menghormati orang lain dan berupaya berkhidmat dgn
masyarakat di sekeliling kita.
Kemahiran abad ke-21 diberi penekanan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025
• Pendidikan merupakan peranan utama bagi
perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah
negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk
utama yang dapat mengukur dengan tepat kemajuan
masa depan sesebuah negara.

• Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan


generasi yang mempunyai kemahiran abad-21,
seseorang guru perlu menguasai pelbagai bidang,
mengikuti perkembangan dasar dan isu pendidikan,
mahir dalam pedagogi (pengajaran dan
pembelajaran), menggunakan teknologi terkini dan
menerapkan nilai-nilai murni bagi tujuan
pembentukan akhlak dan sahsiah yang baik.
Kenapa KPM memberi penekanan kemahiran
abad ke-21 dalam sistem pendidikan negara.
• Memandangkan guru adalah agen perubahan
maka profesion perguruan tidak terkecuali
daripada terlibat dengan perubahan akibat
daripada internationalisme dan globalisasi.

• Antara elemen-elemen yang ditekankan KPM


dalam kemahiran abad ke-21 ialah kreativiti dan
inovasi, komunikasi dan kolaborasi, literasi
maklumat, literasi media, literasi teknologi,
fleksibiliti dan mempunyai keupayaan
menyesuaikan diri, berinisiatif dan mempunyai
haluan diri, kemahiran sosial antara budaya,
produktiviti dan akauntabiliti serta kepimpinan
dan tanggungjawab.
Daripada semua kemahiran abad ke-21, pilih satu
kemahiran yang anda fikirkan perlu anda dan pelajar
kuasai. Mengapa anda pilih kemahiran tersebut.
• Kemahiran maklumat, media dan teknologi
(Information, Media dan Technology Skills) antara
salah satu kemahiran abad ke-21 yang perlu dikuasai
guru dan pelajar.

• Kemahiran ini diaplikasikan dalam pengajaran dan


pembelajaran dalam aspek pengajaran guru dan
aspek pembelajaran pelajar. Dalam konteks
pengajaran kemahiran ICT ini dikategorikan sebagai
tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi.

• Manakala dari konteks pengajaran pula ICT boleh


diaplikasikan guru-guru sebagai tutor dan alat
demonstrasi.
KERANGKA KEMAHIRAN PEDAGOGI
• Kejayaan abad ke-21 merangkumi kemahiran
pembelajaran yg berteraskan:
a) Kreativiti dan inovasi
b) Pemikiran kritikal
c) Komunikasi dan kolaborasi maklumat
d) Kemahiran media dan teknologi
e) Kemahiran hidup dan kerjaya
KERANGKA PEMBELAJARAN DAN INOVASI
Kemahiran belajar dan inovasi adalah gabungan
kemahiran kognitif kemahiran kegunaan dan
kemahiran teknikal.
KERANGKA MAKLUMAT, MEDIA DAN TEKNOLOGI
Pembelajaran amat memerlukan pengintegrasian
kemahiran maklumat, media dan teknologi agar
pembelajaran menarik dan berkesan.

Contoh: Aplikasi youtube dalam pengajaran dan


pembelajaran
KERANGKA KEHIDUPAN DAN KERJAYA
Kemahiran insaniah amat penting untuk
melengkapkan diri pelajar utk kehidupan dan
kerjaya pada masa depan.

Renungan:
Bagaimanakah cara memupuk semangat
keupayaan diri pelajar untuk belajar tingkah laku
positif?
Tutorial 12:

Semua kumpulan tutorial membentangkan laporan


PBS.
PEMBELAJARAN KENDIRI (ISL 12):
PELAJAR MENCARI BAHAN ATAU MAKLUMAT MENGENAI
13. – CIRI-CIRI PEDAGOGI MASA KINI

PERSEDIAAN INTERAKSI 13
13. MEMAHAMI DENGAN TERPERINCI ASPEK-ASPEK DALAM KETIGA
-TIGA KOMPONEN KERANGKA KEMAHIRAN PEDAGOGI DAN
BERSEDIA UTK MEMBUAT PEMBENTANGAN.

DAN MEMBUAT NOTA MENGENAINYA.


- MASUKKAN NOTA DALAM PORTFOLIO.
Pentaksiran
• Pembentangan (0.5 JAM)

Anda mungkin juga menyukai