Anda di halaman 1dari 16

BAHAGIAN A –

1.0 MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN

1.1 Tajuk Artikel 1:


Kajian Gaya Pembelajaran Dan Motivasi Terhadap Pencapaian Pelajar Diploma
Kejuruteraan Di Politeknik

Konsep dan Teori Pendidikan


Kajian ini dilakukan untuk mengkaji aspek motivasi yang mendorong pembelajaran dengan
menggunakan soal selidik dan pengumpulan data yang diperolehi dari pelajar kemudian
dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi menggunakan ujian ANOVA satu hala.
Kajian juga dilakukan untuk mengetahui dimensi gaya pembelajaran yang paling dominan
iaitu secara visual atau verbal dan unsur motivasi yang mendorong pembelajaran seperti
faKtor keluarga. Hasil kajian yang ingin dibuktikan adalah kesedaran penggunaan dimensi
yang berkesan sebagai peneguhan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai
implikasi di samping mengetahui sejauh mana keluarga memainkan peranan dalam
memotivasikan pelajar.

Kajian ini menunjukkan, pelajar bidang kejuruteraan elektrik dijadikan sebagai


respondan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran supaya menjadi tenaga mahir dan tenaga
kerja professional dalam industri elektrik dan elektronik (E&E) agar menyumbang kepada
kemajuan ekonomi negara. Ini merupakan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang menyumbang kepada kesejahteraan
negara. Selaras dengan pendapat kajian Arsat dan Rasid (2009), disebabkan kemajuan
industri elektrik dan elektronik yang begitu pesat berkembang, maka institusi pengajian tinggi
dilihat perlu memainkan peranannya bagi membekalkan pengetahuan dan pengalaman serta
kemahiran kepada pelajar bagi menampung permintaan industri tersebut.

Objektif Penyelidikan

Artikel ini mengkaji tahap pemahaman seseorang pelajar institusi pengajian tinggi dalam
bidang masing-masing. Kajian ini juga meneroka bagaimana gaya pembelajaran yang
diamalkan pelajar dapat membantu mengenal pasti corak atau strategi untuk mencapai tahap
akademik yang lebih baik. Kajian ini seterusnya melihat kemampuan diri pelajar dalam

1
mengadaptasi gaya pembelajaran yang sesuai untuk diri sendiri selain meniru situasi rakan-
rakan lain dalam persekitaran yang sama. Secara dominannya, kajian ini dijalankan untuk
mencapai objektif mengenal pasti gaya pembelajaran serta jenis motivasi yang sesuai untuk
mencapai kecemerlangan akademik. Berdasarkan sorotan kajian, objektif yang hendak
dicapai adalah maklum balas berkaitan gaya pembelajaran yang dominan dikalangan pelajar
diploma kejuruteraan serta jenis motivasi yang mendorong mereka.

Kaedah Pengumpulan Data

Data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada semua pelajar
diploma kejuruteraan bagi tahun semasa dan ditentukan dengan saiz sampel. Data diperolehi
melalui penggunaan instrumen soal selidik yang mengandungi item gaya pembelajaran
adaptasi dari Index of Learning Style (ILS) oleh Felder dan Silvermann (1988) serta item-
item berkaitan motivasi yang dirangka dan diadaptasi mengikut kesesuaian. Bagi menetapkan
standard data yang bakal diperolehi, soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu item
A, item B, dan item C dengan masing-masing mempunyai jumlah soal selidik yang
bersesuaian. Kebolehpercayaan data yang dikumpul ditentukan melalui kajian rintis yang
dilakukan sebelum semua item soalan dibina. Kajian rintis telah dijalankan kepada 30 orang
pelajar dan pekali Alpha Cronbach bagi semua item bagi ketiga-tiga bahagian perlu
menunjukkan nilai kebolehpercayaan item berada di tahap yang tinggi bagi kesemua item
yang terlibat.

Prosedur Persampelan Dan Analisis Yang Digunakan

Prosedur persampelan dijalankan ke atas gaya pembelajaran jenis visual dari keseluruhan
sampel dengan menilai tahap kekerapan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar.
Antara analisis yang dijalankan adalah;
a) Analisis gaya pembelajaran paling dominan.
b) Analisis jenis motivasi paling dominan.
c) Analisis ANOVA (Satu Hala) Perbandingan gaya pembelajaran dengan pencapaian.
Faktor yang mempengaruhi persampelan dan analisis motivasi adalah tahap motivasi
ekstrinsik yang mendorong pelajar untuk belajar terutama dari aspek keluarga. Bagi analisis
perbandingan (Satu Hala), perbandingan dibuat antara dimensi gaya pembelajaran dengan
gred pencapaian pelajar.

2
Keputusan Dan Penemuan Penyelidikan

Dapatan kajian mendapati gaya pembelajaran memainkan peranan penting dengan


mengadaptasi pelbagai cara agar ilmu yang dipelajari lebih mudah difahami dan dikuasai.
Gaya pembelajaran juga harus bersesuaian dengan pelajar supaya bidang yang diceburi dapat
dikuasai dengan efektif serta memperkembangkan potensi akademik pelajar secara
maksimum. Penggunaan gaya pembelajaran yang betul dan sesuai membantu meningkatkan
pencapaian akademik di dalam pembelajaran seterusnya akan menggunakannya untuk
memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kajian ini telah mendapati bahawa,
amalan gaya pembelajaran yang bersesuaian secara langsung melibatkan beberapa
pembolehubah seperti persekitaran tempat belajar, motivasi dan latarbelakang pelajar.

Aspek motivasi pula mempunyai pengaruh ke atas pencapaian akademik pelajar


kerana kekurangan motivasi dalam diri pelajar akan menjadi jurang pemisah dan punca
kepada kemerosotan pencapaian pelajar. Menurut Rusillo dan Arias (2004), motivasi
mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas pembelajaran di sekolah. Pelajar yang kurang
bermotivasi akan menunjukkan keinginan yang rendah dalam mencapai matlamat akademik
(Awanbor, 2005). Ini menunjukkkan, kajian ini telah membuktikan secara signifikan bahawa
usaha untuk memotivasikan pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik adalah
penting dan perlu diberi perhatian dalam aktiviti pendidikan. Kajian ini juga membuka ruang
kepada pelajar untuk meneroka dan mempunyai gaya pembelajaran yang sesuai untuk
mengimbangi dan mencapai kecemerlangan dalam akademik.

PENEMUAN DAN JUSTIFIKASI ARTIKEL 1


Dalam kajian ini, didapati bilangan pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran visual
adalah tinggi dan diikuti dengan gaya tersusun, aktif dan konkrit dengan bilangan sederhana.
Manakala gaya pembelajaran yang paling sedikit diamalkan adalah gaya global yang
tergolong dalam dimensi tersusun. Kecenderungan ini membuktikan bahawa pelajar yang
memiliki gaya pembelajaran visual lebih banyak memahami topik pelajaran kerana gaya
pembelajaran visual memaparkan gambar-gambar yang bersesuaian dengan topik disamping
penerangan yang jelas. Golongan pelajar ini dikatakan gemar belajar dengan melihat huruf,
gambar atau gambar rajah, dan persembahan grafik yang digemari pelajar. Gaya
pembelajaran visual juga membantu pelajar lebih mudah mengingati pembelajaran

3
berdasarkan paparan imej disamping minat pelajar menggambarkan suatu isi pembelajaran
melalui penggunaan peta minda yang ringkas dan menyeluruh.

Dalam kajian ini juga didapati bahawa tahap motivasi intrinsik pelajar berada pada
tahap tinggi dari aspek minat yang mendorong pelajar untuk melakukan sesuatu. Idris (2010)
menyatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan
pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah
pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik. Manakala motivasi intrinsik dari aspek
sikap mendorong pelajar berdikari untuk belajar dalam menentukan kejayaan mereka.
Dimensi lain yang turut membantu kajian gaya pembelajaran adalah peranan dan fungsi
keluarga dalam membantu minat dan sikap pelajar untuk mencapai kejayaan dalam
akademik. Crow dan Crow (1980) menyatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
penting dalam perkembangan motivasi pencapaian pelajar. Purwanto (2007) yang
menyatakan bahawa faktor keluarga atau keadaan rumah tangga mempengaruhi motivasi
belajar seseorang pelajar. Slamento (2003) dalam kajiannya menunjukkan hubungan antara
ahli keluarga seperti kasih sayang, kebencian, sikap terlalu keras, sikap acuh tidak acuh dan
sebagainya juga memberi kesan kepada pembelajaran pelajar.

4
1.2 Tajuk Artikel 2:
Sikap dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu.

Konsep dan Teori Pendidikan


Kajian ini dijalankan terhadap pelajar warga asing yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai
bahasa ketiga di Institusi Pengajian Tinggi. Kajian juga dilakukan bagi mengenal pasti sikap
dan motivasi pelajar warga asing terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Kaedah berasaskan
deskriptif asas diguna bagi memperolehi data peritus respondan yang mempunyai sikap
positif dan motivasi yang tinggi ketika mempelajari Bahasa Melayu. Sikap dan motivasi
pelajar ini juga tidak banyak dipengaruhi oleh faktor luaran untuk menguasai Bahasa Melayu
kerana masyarakat kurang berminat untuk bercakap dengan mereka dalam Bahasa Melayu.
Ini menunjukkan bahawa, sikap dan motivasi pelajar asing ini untuk mempelajari dan
seterusnya menguasai Bahasa Melayu akan tinggi sekiranya mendapat dorongan dan panduan
dari individu berkaitan.

Di Malaysia, kursus ini diwajibkan sebagai medium komunikasi yang ditawarkan


khusus untuk pelajar asing yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi yang
datang dari pelbagai negara dan juga dari fakulti yang berbeza. Teori causal attributional
menyebutkan bahawa, perbezaan persekitaran dan faktor personal seperti pengetahuan,
kepercayaan terdahulu serta perbezaan individu mempengaruhi persepsi seseorang pelajar
untuk berjaya dan sikapnya terhadap pembelajaran (Gardner, 1992). Dalam arus pendidikan
di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia, latar belakang pelajar akan mempengaruhi minat
mereka manakala motivasi untuk mempelajari Bahasa Melayu dirangsang oleh aspek motif
dan intensif termasuk pemberian gred atau markah. atau gred sebagai ganjaran.

Objektif Penyelidikan

Objektif kajian ini adalah jelas iaitu berkaitan dengan sikap pelajar asing terhadap
pembelajaran Bahasa Melayu dan sejauh mana tahap motivasi mereka mempelajarainya
sebagai bahasa kedua. Objektif ini dipilih sebagai usaha untuk mengetahui minat pelajar
terhadap Bahasa Melayu disamping melengkapkan pengetahuan dan pemahaman mereka
dalam penggunaan Bahasa Melayu serta meningkatkan prestasi pencapaian kursus ahasa.
Secara khususnya kajian ini dijalankan bagi menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa melayu kepada warga asing agar membolehkan mereka melibatkan diri secara aktif

5
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang bermakna, berfaedah, dan
menyeronokkan. Objektif kajian juga menyasarkan prestasi dan tahap penguasaan pelajar
asing dalam menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang baik dengan
meletakkan pelbagai peneguhan dalam pelbagai bentuk untuk mempertingkatkan motivasi
mereka.

Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah soal selidik dan kaedah pemerhatian ikut serta digunakan dalam urusan pengumpulan
data bagi kajian ini. Ini bagi mendapatkan data bagi analisis sikap pelajar secara umum dan
sebab-sebab mereka mempelajari Bahasa Melayu serta analisis terhadap motivasi pelajar
dalam mempelajarinya. Persampelan juga dibuat ke atas pengaruh persekitaran seperti
kesetiaan kepada bahasa nenek moyang yang akan menunjukkan data tentang peratus
penggunaan Bahasa Melayu dikalangan pelajar warga asing. Kajian pengunaan Bahasa
Melayu juga dijalankan di beberapa buah negara seperti Thailand dan Indonesia sebagai
respondan untuk mengumpul data kepada tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
komunikasi kedua. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua oleh warga asing amat
terhad selepas beberapa kajian dibuat yang menunjukkan pelajar warga asing sebenarnya
lebih berminat kepada Bahasa Inggeris. Ini kerana, mereka terdedah kepada sistem Bahasa
Inggeris dan mempunyai sikap yang positif terhadap Bahasa Inggeris. Di samping itu,
dapatan kajian juga mendapati motivasi mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap
prestasi pelajar yang mempelajari bahasa. Ini berasaskan kajian yang mendapati motivasi
yang tinggi dapat membantu pelajar melakukan usaha-usaha yang lebih giat untuk belajar
bahasa kedua.

Prosedur Persampelan dan Analisis yang digunakan

Analisis yang diperolehi adalah berdasarkan kaedah soal selidik dan kaedah pemerhatian ikut
serta yang digunakan ke atas respondan yang terdiri daripada pelajar warga asing. Selain
kajian yang dijalankan di Malaysia, ada juga kajian dilakukan di negara mereka sendiri untuk
menentukan had atau tahap penggunaan Bahasa Melayu dikalangan mereka. Analisis sikap
pelajar asing terhadap pembelajaran Bahasa Melayu didapati positif kerana mereka dapat
menyiapkan tugasan dengan baik serta merasa selesa bergaul dengan bertutur dalam Bahasa
Melayu. Analisis berdasarkan kaedah soal selidik dan pemerhatian ikut serta diletakkan

6
dalam jadual bagi menunjukkan dapatan berbeza antara sikap dan motivasi pelajar asing
dalam mempelajari Bahasa Melayu atau dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Keputusan dan Penemuan Penyelidikan

Dapatan dan penemuan di dalam kajian ini mendapati bahawa sikap pelajar asing terhadap
tugasan adalah baik dan mereka juga boleh bergaul dengan selesa menggunakan Bahasa
Melayu semasa bertutur disamping mendapat ramai kawan dikalangan masyarakat tempatan.
Dalam kajian ini sikap pelajar asing terhadap pembelajaran Bahasa Melayu boleh dibahagi
kepada dua bahagian iaitu sikap positif dan negatif. Berdasarkan jadual di atas jelas
menunjukkan sikap positif yang paling tinggi adalah dengan mempelajari Bahasa Melayu.
Dapatan terhadap sikap positif terhadap pembelajaran Bahasa Melayu, pelajar beranggapan
bahawa mereka dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan dan lebih selesa serta
dapat mengumpul ramai rakan dalam kalangan masyarakat tempatan. Pernyataan bagi sikap
negatif, Manakala bagi pernyataan sikap negatif pula, pelajar mengatakan bahawa mereka
tidak tahu mengapa mereka perlu belajar Bahasa Melayu. Ini mungkin kerana kebanyakan
pelajar ini merupakan pelajar dari bidang lain selain daripada bidang bahasa kerana bidang
bahasa merupakan satu bidang yang amat dekat dengan silibus pembelajaran Bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua.

PENEMUAN DAN JUSTIFIKASI ARTIKEL 2


Melalui penyelidikan ini, dapatan kajian menunjukkan bahawa peranan guru dan masyarakat
sekeliling amat penting dalam meningkatkan motivasi pelajar seterusnya mendalami sikap
mereka dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Ini kerana pelajar
asing memang gemar bertutur dalam Bahasa Melayu sekiranya mendapat dorongan dan
galakan daripada masyarakat sekitar. Ini memerlukan kemahiran dalam mengelolakan bahan
pengajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk terus mengikuti pembelajaran Bahasa
Melayu. Di samping itu, motivasi pelajar juga dapat ditingkatkan dengan melaksanakan
penilaian pengajaran. Penilaian ini secara tidak langsung dapat memberitahu pelajar tentang
kelemahan dan kekuatannya dalam proses penguasaan bahasa kedua. Oleh itu, guru perlu
melaksanakan pengajaran yang mempertimbangkan kepelbagaian pendekatan, kaedah,
teknik, aktiviti dan bahan untuk memenuhi kepelbagaian pelajar yang datang dari pelbagai
negara.

7
1.3 Tajuk Artikel 3:
Hubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik
Tambahan Pelajar Tingkatan 4

Konsep dan Teori Pendidikan


Konsep kajian adalah untuk menentukan hubungan motivasi, gaya pembelajaran dengan
pencapaian pelajar bagi mengenalpasti perbezaan gaya pembelajaran mengikut jantina, etnik
dan pencapaian awal. Kajian dijalankan ke atas emapat gaya pembelajaran iaitu gaya
mendalam, gaya permukaan, gaya terancang, dan gaya gigih usaha. Sementara gaya
pembelajaran yang ke lima pula adalah gaya dorongan yang diubahsuai untuk mengukur
motivasi dalaman dan luaran pelajar. Seterusnya kajian ini akan menghasilkan implikasi di
mana faktor motivasi memainkan peranan penting dalam menentukan pemilihan gaya
pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar.

Kemahiran mengasimilasi dan menilai maklumat secara Matematik dan statistik perlu
dikuasai oleh pelajar bagi mempersiapkan mereka sebagai pakar dalam bidang teknologi dan
Sains. Bagi memantapkan bidang berkaitan, pembelajaran dirancang untuk
mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan minat pelajar dalam Matematik serta
berfungsi secara produktif dalam kerjaya. Kajian ini juga akan menjadi pemangkin kepada
pelbagai program yang dirancang dengan tujuan untuk membangkitkan minat, sikap dan
motivasi pelajar.

Objektif Penyelidikan

Kajian ini menentukan hubungan antara motivasi dengan gaya pembelajaran dan pencapaian
serta menentukan perbezaan gaya pembelajaran mengikut jantina, etnik dan pencapaian.
Kajian dijalankan untuk menguji gaya pembelajaran yang diamalkan serta mengenal pasti
ciri-ciri pembelajaran yang diamalkan dan apakah yang mendorong serta memotivasikan
pelajar. Dalam kajian ini, pencapaian rendah serta kelemahan-kelemahan pelajar perlu diatasi
dengan menentukan gaya pembelajaran yang bersesuaian di samping motivasi yang berkesan.
Pembelajaran setiap individu juga perlu diberi perhatian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dengan memberi penekanan kepada gaya pembelajaran yang sesuai diamalkan.

8
Gaya pembelajaran perlu dikenalpasti agar dapat membantu pelajar meningkatkan
pencapaian ke tahap cemerlang. Di peringkat ini, pelbagai gaya pembelajaran harus
diperkenalkan bagi membantu pelajar dalam memahami kecenderungan dan cara belajar yang
sesuai seterusnya mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran mereka. Menurut Maznah
dan Yoong Suan (1995), kajian mengenai gaya pembelajaran begitu penting dalam usaha
memperbaiki kualiti pembelajaran pelajar.

Kajian ini menentukan hubungan antara motivasi dengan gaya pembelajaran dan
pencapaian serta menentukan perbezaan gaya pembelajaran mengikut jantina, etnik dan
pencapaian. Kajian dijalankan untuk menguji gaya pembelajaran yang diamalkan serta
mengenal pasti ciri-ciri pembelajaran yang diamalkan dan apakah yang mendorong serta
memotivasikan pelajar. Dalam kajian ini, pencapaian rendah serta kelemahan-kelemahan
pelajar perlu diatasi dengan menentukan gaya pembelajaran yang bersesuaian di samping
motivasi yang berkesan. Pembelajaran setiap individu juga perlu diberi perhatian semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dengan memberi penekanan kepada gaya pembelajaran
yang sesuai diamalkan.

Gaya pembelajaran perlu dikenal pasti agar dapat membantu pelajar meningkatkan
pencapaian ke tahap cemerlang. Di peringkat ini, pelbagai gaya pembelajaran harus
diperkenalkan bagi membantu pelajar dalam memahami kecenderungan dan cara belajar yang
sesuai seterusnya mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran mereka. Menurut Maznah
dan Yoong Suan (1995), kajian mengenai gaya pembelajaran begitu penting dalam usaha
memperbaiki kualiti pembelajaran pelajar.

Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah yang digunakan adalah secara tinjauan. Sampel terdiri daripada tiga ratus lima puluh
orang pelajar dan data kajian dikumpul secara tinjauan yang berbentuk korelasi kerana
bersesuaian dengan tujuan kajian iaitu melihat hubungan antara motivasi dengan gaya
pembelajaran dan pencapaian. Soal selidik juga digunakan dalam pengumpulan data untuk
mendapatkan maklumat atau data mengenai sebarang pembolehubah yang ada dalam kajian.
Kajian rintis dijalankan bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan dan memastikan
kesesuaian alat kajian. Pengumpulan data kajian yang diperolehi adalah dari populasi kajian
yang terdiri dari pelajar berkaitan daripada beberapa buah sekolah. Data yang dikutip melalui

9
soal selidik dan peperiksaan dianalisis dengan menggunakan bantuan komputer. Perisian
komputer yang digunakan dalam kajian ini ialah Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS PC
+ VERSION 7.5). Dalam kajian ini juga kaedah soal selidik yang digunakan terdiri daripada
dua bahagian, iaitu Bahagian A mengandungi maklumat pelajar dan Bahagian B ialah soal
selidik Inventori Pembelajaran.

Prosedur Persampelan dan Analisis yang digunakan

Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan pakej SPSS.
Persampelan adalah terdiri daripada 350 orang pelajar daripada empat buah sekolah yang
dipilih secara rawak. Namun begitu, bilangan pelajar yang dipilih adalah berdasarkan 45%
daripada populasi setiap buah sekolah yang terlibat dalam Hubungan Antara Motivasi, Gaya
Pembelajaran Dengan Pencapaian kajian ini. Sampel terdiri daripada pelajar lelaki dan
perempuan daripada berbagai bangsa dan kumpulan pencapaian. Majoriti pelajar adalah
daripada bangsa melayu dan selebihnya bangsa cina.

Proses menganalisis melibatkan dua jenis analisis, iaitu analisis deskriptif dan analisis
inferensi. Analisis deskriptif digunakan untuk memerihalkan maklumat tentang profil
respondan seperti jantina, etnik dan pencapaian awal pelajar. Di samping itu, analisis
deskriptif juga digunakan untuk menghuraikan gaya pembelajaran serta ciri-ciri pembelajaran
yang diamalkan oleh pelajar. Statistik yang digunakan adalah kekerapan, peratusan, min dan
sisihan piawai.

Keputusan dan Penemuan Penyelidikan

Hasil analisis deskriptif mendapati para pelajar mempunyai dorongan motivasi dalaman yang
tinggi berbanding motivasi luaran serta mengamalkan gaya permukaan dan gaya mendalam
berbanding gaya terancang dan gigih usaha. Hasil analisis inferensi mendapati pencapaian
Matematik Tambahan mempunyai hubungan dengan gaya pembelajaran mendalam, gigih
usaha dan terancang. Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran
mendalam dengan motivasi dalaman. Tidak terdapat perbezaan signifikan gaya pembelajaran
mengikut jantina, etnik dan pencapaian awal.
Di peringkat sekolah, pelbagai aktiviti dan program dilaksanakan seperti Klinik
Matematik, Kem Matematik dan kelas tambahan. Kajian PISA mencadangkan satu cara yang

10
lain untuk meningkatkan pencapaian dalam Matematik adalah melalui strategi pendekatan
pembelajaran pelajar. Kajian lepas membuktikan perbezaan gaya pembelajaran mengikut
etnik dan jantina dan hubungan positif antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
akademik adalah tidak konsisten. Walau bagaimanapun, masih terdapat hubungan antara gaya
pembelajaran dengan motivasi, iaitu gaya pembelajaran mendalam mempunyai kaitan dengan
motivasi dalaman.

PENEMUAN DAN JUSTIFIKASI ARTIKEL 3


Dapatan kajian menunjukkan pelajar mengamal pembelajaran berbagai dan tidak terikat
kepada satu gaya pembelajaran sahaja. Pelajar mempunyai motivasi dalaman yang lebih jika
dibandingkan dengan motivasi luaran. Terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran
dengan jenis motivasi. Di samping itu, pelajar juga dapat memahami kecenderungan,
kekuatan dan kelemahan sendiri dalam gaya pembelajaran yang diamalkan oleh mereka. Ini
boleh menjadi pendorong untuk membangunkan gaya pembelajaran baru yang dapat
meningkatkan pencapaian mereka.

Seperti yang disebutkan dalam kajian ini, hanya empat gaya pembelajaran
dimasukkan dan gaya dorongan telah diadaptasi untuk mengukur motivasi dalaman dan
luaran. Pemilihan alat kajian ini adalah berdasarkan penggunaannya dalam pelbagai aspek
pendidikan. Di samping itu, alat kajian tersebut juga didapati sesuai dengan keadaan yang
dialami di sekolah dan boleh digunakan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar bagi
sesuatu mata pelajaran. Amalan gaya pembelajaran yang sesuai dan berkesan dapat
membantu pelajar memperolehi pencapaian yang tinggi dengan motivasi mempunyai
hubungan dengan amalan gaya pembelajaran pelajar.

11
1.4 Tajuk Artikel 4:
Tinjauan Terhadap Faktor-Faktor Yang Memberi Motivasi Kepada Kreativiti Guru
Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Enam Buah Sekolah
Menengah Kebngsaan Daerah Johor Bahru.

Konsep dan Teori Pendidikan


Dalam kajian ini, faktor-faktor yang mempengaruhi memotivasikan kreativiti guru dalam
pengajaran secara intrinsik, ekstrinsik dan persekitaran. Guru juga disarankan agar membuat
perancangan dengan teliti sebelum menyampaikan pengajaran yang berkesan. Kaedah-kaedah
pengajaran yang sesuai juga harus dikenal pasti termasuk kawalan kelas agar pengajaran yang
disampaikan berjalan dengan lancar, berkesan dan bermakna. Kreativiti dikalangan guru
dianggap sebagai nadi dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran guru agar lebih
menyeronokkan. Mohd Azhar (2001) berpendapat zaman kanak-kanak adalah zaman
perkembangan daya kreativiti. Kreativiti ini terus subur dari hari ke sehari. Ini kerana sebaik
sahaja memasuki alam persekolahan atau semakin tinggi tahap persekolahan, semakin nipis
daya kreativiti seseorang. Oleh yang demikian, kreativiti amat memerlukan motivasi yang
mendorong guru untuk melaksanakan pengajaran atau pembelajaran dengan lebih baik.

Objektif Penyelidikan

Kajian ini akan mengenal pasti faktor-faktor yang memberi motivasi kepada kreativiti guru
dalam pengajaran secara intrinsik, ekstrinsik dan persekitaran. Kajian ini juga dijalankan
untuk memberi manfaat dan panduan kepada para pendidik supaya menliti hal yang memberi
motivasi kepada kreativiti guru dalam pengajaran. Kajian ini juga diharap dapat memberi
maklumat dan menjadi input yang berguna kepada pihak sekolah untuk memastikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lebih berkesan. Penyediaan pelbagai
input tambahan terhadap guru-guru khasnya untuk tujuan percambahan idea atau kreativiti
para guru. Menerusi kajian ini lagi, diharapkan juga agar para guru menyedari kepentingan
kreativiti dalam proses pengajaran. Ini adalah kerana, penyaluran ilmu pengetahuan kepada
pelajar ketika ini amat menuntut guru supaya lebih kreatif bagi menjana pula kreativiti murid
dan seterusnya mencapai objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
manusia yang kreatif dan inovatif. Melalui kreativiti dan dorongan, pelajar akan lebih
bersemangat dan seterusnya meningkatkan minat secara rasional.

12
Kaedah Pengumpulan Data
Dalam kajian ini soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan
maklumat dan data kajian. Kajian ini mendapatkan data serta perancangan pengkaji supaya
data yang diperolehi dapat memenuhi kehendak objektif kajian. Kajian ini menggunakan soal
selidik sebagai sumber utama untuk mendapatkan data dan ianya merupakan perkara yang
terpenting dalam kajian ini. Bilangan populasi diperluaskan bagi mendapatkan data yang
lebih relevan kerana ianya memainkan peranan yang besar dalam menentukan kejayaan dan
kebolehpercayaan ujian. Penyelidik memerlukan saiz sampel yang cukup besar bagi membuat
kesimpulan daripada sampel kepada populasi bagi mendapatkan hasil dapatan kajian yang
lebih baik dan pemilihan sampel tanpa mengira opsyen. Pilihan soal selidik dalam kajian ini
adalah jenis soalan kadar menggunakan Kaedah Likert. Soal selidik yang baik akan menepati
objektif yang dikehendaki, memperoleh maklumat yang paling tepat dan lengkap serta dapat
mencapai tujuan sebenar kajian dengan perbelanjaan yang sederhana.

Prosedur Persampelan dan Analisis yang digunakan

Sampel kajian terdiri daripada 46 orang guru mata pelajaran dan hasil kajian dianalisis
menggunakan perisisan SPSSv, iaitu Statistical Packages for The SocialScience (SPSS) for
Windows version 11.5 untuk mendapatkan kekerapan peratusan, dan min. Skala Likert
digunakan bagi mendapatkan maklum balas terhadap setiap kenyataan yang dikemukakan.
Penyelidik memilih satu set pernyataan sikap dan subjek perlu menandakan persetujuan atau
pun ketidakpersetujuan terhadap setiap pernyataan sepanjang Skala Lima Point. Bermula
daripada ‘amat bersetuju’ kepada ‘amat tidak bersetuju’. Tiada juri diperlukan bagi
menentukan kedudukan pada skala pernyataan. Ini adalah kerana semua subjek yang memilih
‘amat bersetuju’ dianggap lebih menyukai pernyataan sikap itu berbanding dengan yang
hanya menjawab ‘agak setuju’ dan ‘amat tidak bersetuju’. Skor setiap subjek dijadualkan
dengan memberikan nilai bernombor pada setiap jawapan bermula dari 1 bagi pilihan di satu
hujung hingga 5. Bagi pilihan di akhir skor dan kemudian menjumlahkan keseluruhan nilai
jawapan bagi setiap soalan.

Keputusan dan Penemuan Penyelidikan

Kajian menunjukkan faktor intrinsik paling mempengaruhi dalam memberi motivasi kepada
kreativiti guru dalam pengajaran. Manakala dua faktor lain yang memberi motivasi kepada

13
kreativiti guru dalam pengajaran iaitu faktor ekstrinsik dan faktor persekitaran adalah
seimbang. Hasil dapatan menunjukkan faktor intrinsik jelas merupakan faktor yang memberi
motivasi kepada kreativiti guru dalam pengajaran. Ini kerana respondan bersetuju bahawa
mereka sentiasa positif mengenai motivasi intrinsik masing-masing. Intrinsik merupakan
salah satu jenis motivasi yang telah banyak dibuat kajian mengenainya dan ianya merupakan
faktor penting dalam pembangunan dan pendidikan. Kajian yang kedua menunjujkkan
kebanyakan responden bersetuju dengan pernyataan faktor-faktor ekstrinsik yang memberi
motivasi kepada kreativiti guru dalam pengajaran. Dalam keadaan ini faktor-faktor yang
menyebabkan seseorang itu berasa seronok tidak ada pada tugas itu. Motivasi ekstrinsik amat
bertentangan dengan motivasi intrinsik, di mana ia merujuk kepada melakukan sesuatu hanya
untuk keseronokan semata. Ia juga merupakan faktor penggerak luaran seperti perhatian,
insentif yang diperolehi, pujian, dan dorongan pihak lain. Pada persoalan kajian yang ketiga
pula respondan bersetuju dengan pernyataan faktor persekitaran juga merupakan faktor yang
memberi motivasi kepada kreativiti guru. Ini memandangkan respondan bersetuju bahawa
faktor-faktor persekitaran seperti rakan sekerja, tempat bekerja dan suasana bekerja juga
memainkan peranan yang penting dalam memberi motivasi kepada kreativiti guru dalam
pengajaran.

PENEMUAN DAN JUSTIFIKASI ARTIKEL 4


Kesimpulannya didapati respondan bersetuju bahawa ketiga-tiga faktor intrinsik, ekstrinsik
dan persekitaran faktor intrinsik merupakan faktor yang memberi motivasi kepada kreativiti
guru. Faktor ekstrinsik adalah faktor dominan yang memberi motivasi kepada kreativiti guru.
Melalui dapatan yang diperolehi, faktor intrinsik paling berkesan dalam memberi motivasi
kepada para pendidik atau guru yang sentiasa menitikberatkan kualiti dalam pengajaran
supaya dapat membantu pelajar untuk menguasai kemahiran yang dipelajari melalui kreativiti
guru dalam penyampaiannya. Dedikasi para pendidik dalam pengajaran mereka diharap dapat
memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman
yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat. Maka selaras dengan
itu pelajar akan memperoleh banyak input baru yang bersifat kreatif dan inovatif untuk
membantu mengembangkan daya fikir dan potensi intelektual mereka.

Dalam kajian ini diterangkan bahawa, setiap individu mempunyai daya kreatif tetapi
kreativiti tidak akan kekal kerana ianya perlu dipupuk atau ianya berlaku atas dorongan

14
sesuatu. Adakalanya guru-guru tidak menyedari kepentingan kreativiti ini dalam pengajaran
atau tidak menyedari potensi kreativiti guru sendiri. Kajian ini telah meninjau beberapa
faktor-faktor yang memberi motivasi kepada kreativiti guru dalam pengajaran. Faktor-faktor
yang dikaji adalah dari segi intrinsik, ekstrinsik dan persekitaran. Juga adalah diharapkan
bahawa, kajian ini memberi manfaat dalam membantu guru-guru menyedari setiap potensi
serta kreativiti masing-masing supaya dapat mengamalkannya dalam pengajaran. Selain itu
para pendidik juga perlu menyedari kepentingan faktor-faktor tersebut yang memberi
motivasi kepada kreativiti guru dalam pengajaran.

15
BAHAGIAN B.

PRENSENTASI: BAGAIMANA MENGAPLIKASIKAN TEMA ‘MOTIVASI DALAM


PEMBELAJARAN’ DI DALAM BILIK DARJAH UNTUK MENGHASILKAN
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LEBIH BAIK.

Presentasi :
Link: https://youtu.be/qqQuXCL2y2c

BAHAN RANGSANGAN:
1. SLIDE 5 MUKA SURAT
2. ALAT BANTU MENGAJAR
3. RAKAMAN VIDEO 10 MINIT
4. MUAT TURUN LINK YOUTUBE

16

Anda mungkin juga menyukai