Anda di halaman 1dari 1

KAEDAH PENGAJARAN :

PERBINCANGAN
Kaedah pengajaran merupakan satu cara atau langkah yang digunakan oleh
guru dalam mengajar murid berkenaan sesuatu topik. Di dalam rancangan pengajaran
yang telah dibuat tersebut, kaedah pengajaran yang dilaksanakann adalah berdasarkan
kaedah pengajaran secara perbincangan.
Secara teorinya, mengikut Gauthier (2001), perbincangan merupakan satu
proses aktif yang melibatkan guru dan pelajar dalam persekitaran pembelajaran. Teknik
ini bertujuan untuk melatih murid mengeluarkan buah fikiran dan pendapat dengan
bernas. Dalam kaedah pengajaran iaitu perbincangan ini guru lebih banyak menjadi
fasilitator kepada murid akan apa yang perlu dilakukan sama ada secara berkumpulan
mahupun individu.
Seperti aktiviti yang diadakan berdasarkan rancangan pengajaran tersebut,
murid dibahagikan dalam kumpulan berdua atau berpasangan bagi menggalakkan
mereka bersama-sama berbincang akan apa yang perlu dilakukan berdasarkan arahan
yang diberikan oleh guru. Sebagai contohnya guru membahagikan murid kepada
kumpulan dan mengarahkan mereka untuk melakar bentuk-bentuk yang mempunyai
yang sama bentuknya pada kad manila. Kemudian, mereka perlu menggunting dan
membuat perbentangan berkenaan dengan apa yang mereka lakar dan bentukkan
tersebut. Semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini, sebenarnya secara tidak
langsung mereka melakukan perbincangan sihat untuk melakar dan membentuk bentuk
yang betul, manakala guru bertindak sebagai fasilitator yang membantu mereka. oleh
itu, dengan wujudnya perbincangan yang sihat dalam kalangan murid ini menjadikan
mereka sebagai murid yang aktif sebagaimana yang dinyatakan oleh Bond (2001).
Selain itu juga, dalam kaedah pengajaran ini juga, murid dapat dipupuk dengan
nilai-nilai

saling

berkongsi,

bekerjasama

dan

peningkatan

dalam

kelancaran

komunikasi. Keadaan ini secara tidak langsung melatih murid menjadi lebih yakin diri
dalam mengeluarkan hujah dan kata-kata khususnya seperti bersikap kepimpinan. Oleh
itu, jelaslah bahawa kaedah perbincangan yang digunakan ini banyak memberi manfaat
kepada pelajar sekali gus membantu mewujudkan pembelajaran yang aktif.

Anda mungkin juga menyukai