Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum w.b.t..

Yang dihormati pengerusi majlis, yang berbahagia Ketua Jabatan Matematik, En Abdul
Razak b. salleh, penolongketua jabatan, encik mohammad ariff bin abdul rahman, para
pensyarah, rakan-rakan semester 8 serta adik2 sekalian...
Alhamdulillah.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya dapat kita
berkumpul bersama pada Majlis Makan Malam Jabatan Matematik pada malam yang penuh
berseri ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
jawatankuasa pelaksana kerana telah memberi ruang kepada saya bagi menyampaikan
sedikit ucapan mewakili semester 8. Terima kasih juga kepada semua yang hadir pada
malam ini. Majlis ini merupakan salah satu majlis perpisahan yang dijayakan oleh adik-adik
matematik kepada kakak dan abang-abang semester 8 yang bakal menamatkan pengajian
tak lama lagi. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua rakan guru pelatih yang hadir
pada malam ini bagi memeriahkan lagi majlis yang diadakan untuk kita semua.
Hadirin sekalian.
Masa begitu pantas berlalu dan terus bergerak ke hadapan. Rupa-rupanya kita sudahpun
hampair mengjangkau lima tahun setengah berada di maktab ini, iaitu khusus bagi semester
8. Namun, kadangkala diri ini merasakan seolah-olah baru sahaja mendaftar sewaktu
Minggu Orientasi pada 5 tahun yang lepas. Terlalu banyak memori kita dalam jabatan
matematik, bermula daripada anak jabatan tunggal sehingga kini ada 3 unit di bawah jabatan
matematik. Meskipun malam ini kami diraikan di dalam majlis perpisahan, namun saya pasti
malam ini mungkin majlis terakhir buat kita semua. In shaa Allah ukhuwah kita bersama di
bawah jabatan matematik akan diteruskan sampai bila-bila. Meskipun, guru pelatih semester
8 akan membawa haluan dan hidup masing-masing setelah menamatkan pengajian, namun
diharapkan perhubungan kita di bawah satu jabatan tidak akan terputus dan sama-sama
bertanyakan khabar dan berhubung lagi dengan warga matematik IPGKSM ini. Mungkin
perkara ini agak berat untuk saya perkatakan tetapi, percayalah bahawa majlis pada mala
mini akan membawa seribu satu makna buat kita seolah-olah ia mengumpulkan segala
kenangan manis yang kita lalui sepanjang berada di maktab tercinta.
Hadirin sekalian.
Menjadi norma dalam kehidupan manusia, setiap kejayaan yang dikecapi disulami dengan
pengorbanan. Dalam diri setiap individu yang berjaya, lahir daripada individu yang besar
peranannya dalam usaha membangukn anak bangsa. Keagungan sesebuah
tamadun terbina dari arkitek-arkitek ilmu dalam membina sebuah bentuk generasi yang
mampu meneruskan kelangsungan peradaban. Sebuah bangunan tidak dapat didirikan jika
tiada arkitek yang merancang. Seorang pesakit mungkin menghadapi kematian jika tiada
doctor yang merawat. Namun, sebuah generasi akan hancur jika tiada guru yang mendidik.
Maka di kesempatan ini izinkan saya untuk menyampaikan sekalung penghargaan terima
kepada semua barisan pensyarah jabatan matematik yang telah banyak mengorbankan
masa dan tenaga dalam mendidik kami menjadi insan yang berilmu dan berakhlak.
Sumbangan kalian dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kami kagumi. Sesungguhnya,
jasa dan pengorbanan kalian tidak dapat kami balas dengan wang yang berjuta namun
usaha untuk melahirkan generasi yang bertamadun akan kami teruskan selaras dengan

kesinambungan dan kesaksamaan peranan seorang pendidik. Semoga amanat dan nasihat
yang diberikan akan kami ingati dan amalkan apabila keluar menemui dunia profesion kelak.
Hadirin sekalian,
Bagai aur dan tebing, saling memerlukan satu sama lain. Andai dipisah lagu dan irama,
lemah tiada berjiwa. Ibarat berilmu tanpa guru, kelak diri terkulai layu. Jika dipupuk nilai
kesabaran, psti lahir generasi cmerlang. Umpama seorang peguam sedia masuk ke kandang
perbicaraan, maka hari ini pewaris-pewaris ilmu yang berada dalam dewan jamuan yang
mulia ini in shaa Allah telah bersiap sedia untuk menggalas dan menjalankan peranan serta
tanggunggjawab dalam meneruskan usha untuk mendidik anak bangsa. Ucapan terima
kasihyang tidak terhingga kepada semua pensyarah jabatan matematik. Segala jasa baik
dan budi kalian semua akan kami kenang dan kami tidak akan pernah alpa untuk
mempraktikkan nilai-nilai murni yang telah ditunjukkan oleh kalian. Malah, budi baik kalian
akan dijadikan contoh teladan dalam usaha mencorak peribadi anak bangsa.
Hadirin yang dihormati,
Tentera Islam mungkin tidak dapat mengalahkan tentera Parsi jika tiada panglima yang
hebat sepri Khalid Al-Walid. Pasukan Manchester United mungkin tidak akan memenangi
Kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebanyak hamper 20 kali jika tiada pengurus yang
berbakat seperti Sir Alex Ferguson. Negara Jepun pula mungkin tidak akan mengalami tahap
kemajuan seperti sekarang jika tiada pemerintah yang berani seperti Maharaja Meiji. Pada
kesempatan ini juga, saya ingin menyampaikan sekalung penghargaan terima kasih kepada
Puan Wan Haspinah Binti Wan Hussin sekalu mentor kami yang banyak bersama kami.
Jatuh bangun kami dan banyak perkara yang kita kongsi bersama selama kami menjadi
anak mentinya. Beliau antara insan yang banyak memberi tunjuk ajar dalam mempersiapkan
diri menjadi pendidik yang berjiwa murobbi. Semoga segala kebaikan kalian akan dibalas
dengan keberkatan hidup dan ganjaran pahala oleh-Nya.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan mewakili
semua rakan guru pelatih semester 8 kepada semua barisan pensyarah khususnya, serta
adik-adik matematik semua atas kekhilafan kami sepanjang kami bersama kalian semua.
Halalkanlah segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan kepada kami selama ini.
Kepada semua rakan guru pelatih semester 8, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan
selamat maju jaya kepada kita semua. Jadikanlah majlis pada malam ini sebagai satu wadah
untuk mempereratkan lagi ukhuwwah dan jalinan persabahatan yang telah terjalin.
Sesungguhnya cabaran yang mendatang akan kita tempuhi dengan hati yang utuh dan
semangat yang kental. Jangan pernah takut untuk mencuba dalam menggapai erti sebuah
kejayaan. Berpeganglah pada kata-kata ini :
tanpa kegelapan, bintang tidak akan dilahirkan. Usah takut kepada bayang, kerana bayang
itu merupakan cahaya di tempat yang sinar.

Dengan ini, saya akhiri ucapan saya dengan selamat maju jaya kepada semua dan wabillahi
taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai