Anda di halaman 1dari 3

SINOPSIS PAPA...(AKHIRNYA KAU TEWAS JUA!

)
Tugasan 4WP Set 1
Lengkapkan tempat-tempat kosong di bawah .
Novel ini mengisahkan ______________ (1) yang hidup bahagia dengan bapanya, ___________(2) dan
mamanya, _______________ (3) serta pembantu rumahnya, ___________ (4) di ____________ (5).
Intan Julia yang berumur ___________ (6) bersekolah di ____________ (7). Di sekolah ini juga ibunya
Intan Maliana menjadi guru ____________ (8). Bapanya juga pernah menjadi guru ____________ (9) di
sekolah yang sama. Kemudian bapanya menjadi pensyarah ekonomi di ____________ (10).

Intan Maliana mengandung lagi bagi memenuhi kehendak suaminya. ____________ (11) dan Makcik
Noraini melarang Intan Maliana mengandung kerana 17 tahun lalu dia pernah pengsan ketika melahirkan
Intan Julia. Doktor terpaksa memerah susu kerana bayi itu enggan minum susu tepung. Intan Julia
dilahirkan tidak cukup bulan, hanya ____________ (12) sahaja.

Makcik Noraini ialah ____________ (13) Jefri. Dia kematian suami dan anak-anak 17 tahun lalu akibat
kereta berlanggar dengan lori tangki semasa dalam perjalanan dari __________ (14) ke__________
(15). Mereka hendak pulang berhari raya. Makcik Noraini tidak setuju dengan tindakan Jeffri membeli dua
buah katil bayi sebagai persiapan menyambut bayi anak kembar. Intan Maliana telah melahirkan
anak kembar Siam bernama ____________ (16) dan ____________ (17) di
_______________________________________ (18) diCheras,Selangor. Anak kembar ini mati di dalam
perut dan Intan Maliana koma selama ___________ (19). Jeffri membawa pulang isterinya dan dirawat di
rumah sahaja .

Selepas SPM, Intan Julia belajar di Kolej Matrikulasi, ___________________________


(20), Gombak , Selangor. Dia tinggal di asrama dan papa keseorangan di rumah. Dia sesekali pulang ke
rumah dan menjaga ibunya yang koma . Dia telah berkenalan dengan pelajar baharu bernama
__________ (21) semasa di bangku sekolah lagi. Mereka selalu bersama ke perpustakaan, minum di
Restoran Starbuck Coffee di Mid Valley dan restoran makanan segera . Dia terserempak dua kali dengan
bapa dan ___________ (22) minum bersama.

Aisyah merupakah gadis cantik, anak hartawan dan tinggal di Kelana Jaya. Dia merupakan pelajar Jeffri.
Di selalu bermain _________ (23) dengan Jeffri dan Intan Julia di Kelab sukan Kelana Jaya. Secara
berseloroh Intan Julia menyuruh bapanya berkahwin dengan Aisyah. Rasylan menasihati Intan Julia agar
tidak membantah bapanya berkahwin dengan Aisyah. Jeffri pernah menampar Intan Julia kerana isu itu.
Rasylan ialah ____________ (24) antara pensyarah UIA, ___________ (25) dengan pembantu rumahnya
warga ___________ (26). Pembantu rumah itu balik ke ___________ (27) dan meletakkan bayi itu di
tepi jalan kerana malu tidak berbapa. Muaz al Khalibi telah pulang ke Jordan. Jabatan Kebajikan
Masyarakat
menyerahkan bayi itu kepada _______________ (28) yang tinggal di Taman Sri Andalas , Kelang.

Jefri melarang Intan Julia rapat dengan Rasylan kerana tidak ketahuan keturunannya. Rasylan menjadi
________________ (29) Datuk Mustakim. Dia tidak mendapat kasih sayang dan ditinggalkan di rumah
sahaja. Rasylan ditinggalkan di rumah ketika keluarga Datuk Mustakim pulang ke kampung di Kuala
Kangsar. Jeffri 'bermusuh' dengan Datuk Mustakim kerana ibu bapanya mati dilanggar oleh Datuk
Mustakim. Atas rasa bersalah, Datuk mustakim memberi bantu kewangan kepada keluarga Jeffri.

Jefri melarang Aisyah masuk ke bilik isteri pertamanya Intan Maliana kerana ___________ (30). Setelah
3 tahun koma dan terbaring di rumah, Mama boleh membuka mata. Mama terkejut apabila melihat
Aisyah yang sedang mengandung di sebelah suaminya. Papa memperkenalkan Mak Cik Aisyah dan
menjelaskan sebab-sebab dia berkahwin lagi. Namun begitu, mama kelihatan tidak dapat menerima
kenyataan itu. Mama tiba-tiba nazak dan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sejak kelahiran
Julia, papa tidak pernah menangis, namun kali ini papa akhirnya tewas jua.

Biodata Pengarang:
Nama sebenar Deana Yusof ialah Norhaiza binti Yusof yang dilahirkan
pada 3 Mac 1957 di Kepong, Selangor. Beliau memperoleh pendidikan
awal di Sekolah Menengah Kampung Baru, Kuala Lumpur.Seterusnya,
melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA di Shah Alam,
Selangor.
kini, Deana merupakan suri rumahtangga sepenuh masa dan menjadi
penulis di Pekan Ilmu Publications. Beliau, berazam menulis sebuah
novel setahun kerana lebih mementingkan kualiti karya daripada
kuantiti.
SINOPSIS NOVEL PAPA
Cerita bermula pada suatu petang, ketika Intan Julia perasan akankemesraan papa dengan
mama.Mak cik Noraini, pembantu rumahmereka menyediakan minuman petang. Ju berasa
kagum tetapijengkel melihat kehangatan hubungan tersebut meskipun merekasudah lama
mendirikan rumahtangga.
mak cik Noraini sering bercerita tentang sejarah percintaan mama dan
papa Juliana. Perbualan mereka terputus tatkala papa memberitahu
Juliana bahawa mamanya sedang mengandung anak yang
kedua.Mendengar berita tersebut, membuatkan hati mak cik Noraini
bimbang. Malah rakah-rakan Intan Marliana juba bimbang risiko yang
bakal dihadapi oleh Intan Marliana memandangkan mama pernah
mengalami komplikasi yang teruk tatkala melahirkan Juliana.Namun,
kedegilan Intan Marliana untuk membuktikan kasihnya kepada papa,
beliau bertekad untuk meneruskan kandungannya dan pasrah kepada
Tuhan.Hal ini demikian kerana, papa memang sudah lama teringin
menimang cahaya mata kedua.
Di dalam kereta, Cikgu Suzie mengingatkan Intan Marliana tentang
risiko yang bakal dihadapi oleh sahabatnya itu. Namun Intan Marliana
tetap dengan pendiriannya untuk terus mengandung dan melahirkan
cahaya mata demi cintanya yang mendalam kepada Jefri. Julia yang
mendengar perbualan tersebut perasan akan perubahan air muka
mamanya. Hal ini menyebabkan Julia ingin tertanya-tanya dan
mencari jawapan daripada mak cik Noraini. Makcik Noraini
menceritakan sejarah kelahiran Julia yang tidak cukup bulan dan
keadaan mamanya yang pengsan serta betapa susahnya untuk
menjaga Ju.
Memandangkan Intan Marliana mengandungkan anak kembar, maka
Jefri menyediakan dua buah katil buat bakal bayi mereka. Intan
Marliana dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia tatkala
saat melahirkan tiba.Doktor memaklumkan bahawa mama perlu
menjalani pembedahan kerana komplikasi terhadap kandungannya
itu.Akhirnya, bayi kembar lelaki yang melekat dari bahagian kepala
hingga punggung dilahirkan melalui pembedahan. Namun, tidak
panjang umurnya dan meninggal dunia. Manakala Intan Marliana pula
koma akibat kehilangan banyak darah.Kembar tersebut dinamakan
Ahmad dan Muhammad.
Kesedihan menyelubungi keluarga mereka lantaran anak yang dinanti-
nantikan pergi menyahut seruan Ilahi. Jefri menggantikan tempat
Intan Marliana menguruskan kehidupan dan tidak jemu-jemu menjaga
dan mendoakan agar isterinya pulih seperti sediakala. Ketika di
rumah, Ju menatap foto-foto lama milik mama dan papa sambil
membayangkan kisah mereka semasa usia muda. Sepucuk surat yang
pernah dikirimkan oleh papa kepada mama dibaca.Melalui surat itu, Ju
mengetahui betapa tingginya kasih sayang papa terhadap mama.
Juliana pula kian dewasa dan rapat dengan Rasylan, rakan sekolahnya.
Papa benar-benar menentang akan hubungan tersebut
memandangkan Rasylan merupakan anak angkat yang status
keturunannya serta asal-usulnya tidak diketahui.Ju dan Rasylan
memperoleh keputusan cemerlan dalam SPM dan berjaya melanjutkan
pelajaran di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam
Antarabangsa(UIA).Dalam masa yang sama, papa mula rapat dengan
pelajar beliau yang bernama Aishah. Aishah, sentiasa mengambil berat
dan memberi perhatian kepada papa menyebabkan hubungan mereka
menjadi rapat. malah ,Ju telah beberapa kali terserempak mereka
berbual-bual di kedai makanan segera.
Hakikatnya, papa mula tertarik kepada Aishah dan ingin

Anda mungkin juga menyukai